2. Silkscreen Silkscreen adalah kaedah memindahkan hasil rekaan seni atau grafik terus ke medium berbeza sama ada kotak, barangan dan juga tshirt khususnya. Cara penyediaan adalah berlainan mengikut kaedah yang besesuaian dengan individu yang mengendalikannya dan juga bahan serta peralatan yang akan digunakan. Cetak saring adalah salah satu teknik proses cetak yang menggunakan layar (screen) dengan kaedah tertentu dan umumnya bahan dasarnya Nylon atau sutera. Skrin ini akan menghasilkan blok yang berasal dari negatif rekabentuk yang dibuat sebelumnya. Kain ini direntangkan dengan kuat agar menghasilkan skrin layar dan hasil cetakan yang mendatar. Setelah diberi penchahyaan, akan terbentuk bahagian yang boleh ditembusi dye dan tidak. Proses pengakhirannya adalah dengan menuangkan dye di atas skrin dan kemudian disapu menggunakan sekuji yang dibuat daripada bahan bergetah. Satu skrin atau blok digunakan untuk satu warna.
3. Peralatan Terdapat berjenis peralatan yang perlu digunakan untuk projek silkscreen. Ya dalam ebook ini setiap bab akan disarankan alat yang perlu untuk setiap langkah. Peralatan ini biasanya mudah didapati di bandar-bandar besar dan dapatkan panduan dan tips daripada pekerja yang menjual alat ini tidak keberatan memberikan sedikit penerangan tentang alatan yang perlu dibeli dan diguna. Ianya mudah untuk difahami mudah lagi-lagi dengan minat yang mendalam dan tidak malu untuk bertanya. Kos untuk semua peralatan akan dinyatakan dan ianya bergantung kepada pengguna untuk memilih jenis alatan dan kualiti setiap pembelian bahan di kawasan masing-masing. Anggaran semua kos peralatan di atas kira-kira RM450.00 sahaja
4. Proses-prosesterlibat Buatblokkayu Rentangkan mesh (silkscreen) Sapu emulsion dankeringkan Pencahayaandanbiarkanselama 4 minit Semburdengan air yang kuat Keringkanblok Sapudengan hardener Tutuptepiblokdengan masking tape Buatpenandaan
5. Proses Silkscreen Langkah pertama adalah dengan melekatkan masking tape di sekeliling lubang tepi blok demi mengelakkan kebocoran rubber dye pada baju nanti. Pastikan lekatan meyeluruh tanpa sebarang lubang kecil sekalipun. Tanda pada blok bahagian tengah, jika cetakan adalah berada di tengah-tengah dan seterusnya letakkan blok pada kedudukan yang dikehendaki. Ukuran jarak dan penandaan perlu dibuat jika perlu bagi memastikan cetakan adalah berkedudukan serupa pada semua baju. Sebelum itu dapatkan plywood atau papan lapis yang dipotong mengikut jarak keluasan muat baju untuk menjadi alas baju. Gam baju yang boleh didapati di kedai silkscreen disapukan ke atas papan untuk mencetak dan biarkan kering. Semburan spray mount (boleh dibeli di kedai alat tulis yang besar-besar) juga boleh dilakukan ke atas papan mencetak.