EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Soalan: Bincangkan bagaimana guru merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di sekolah. Perbincangan perlu merangkumi aspek-aspek kepemimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, kokurikulum, disiplin dan sebagainya.
Copyright by Atifah Ruzana binti Abd Wahab, guru pelatih IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah
Opsyen: PISMP Sains Ambilan Jun 2015
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah
1. EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1
BAHAGIAN A
Bincangkan bagaimana guru dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
sekolah. Perbincangan perlu merangkumi aspek-aspek kepemimpinan, pengurusan,
budaya sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan sebaginya.
Setiap sistem pendidikan di setiap negara mempunyai falsafah pendidikan yang
tersendiri. Falsafah pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Falsafah pendidikan ini menjadi tunjang ataupun tulang belakang kepada sistem
pendidikan di Malaysia yang mampu memperkembangkan potensi individu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dalam realisasikan falsafah pendidikan ini, guru berperanan besar dalam
melaksanakan hasrat FPK. Guru merupakan role model kepada murid-murid untuk menimba
ilmu. Guru merupakan golongan yang memberi kesan besar terhadap perkembangan
personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Dalam memperkembang potensi-potensi
tersebut kepada murid untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah atau luar berhadapan dengan
masyarakat, guru dapat mencapaihasrat tersebut dengan melaksanakan inisiatif berdasarkan
aspek-aspek seperti kepimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, ko-kurikulum,
disiplin dan peningkat profesionalisme.
KEPEMIMPINAN
Guru perlu komited dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Guru mempunyai komitmen sedar bahawa pentingnya peranan yang dimainkan olehnya bagi
menghasilkan prestasi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Dalam aspek
kepimpinan, peranan guru dalam merealisasikan FPK adalah meliputi tugas seperti menjadi
guru kelas. Dalam menjadi guru kelas, guru perlulah menjalankan penguruasn bilik darjah
seperti memilih ketua kelas mengikut suara teramai di dalam kelas, menyediakan jadual
bertugas, memastikan kedudukan kerusi dan meja di dalam kelas tersusun dengan kemas
serta bersikap amanah dalam melaporkan kes-kes seperti ketidakhadiran atau masalah
disiplin pelajar kepada penolong kanan hal ehwal murid di dalam sekolah tersebut. Bidang
tugas seterusnya adalah menjadi ketua panitia mata pelajaran. Ketua panitia mata pelajaran
bertanggungjawab untuk memperbaiki murid dalam peperiksaan mata pelajaran berkenaan.
Dalam hal ini, guru boleh mengadakan kelas tambahan bagi mencapai objektif murid-murid
dalam memahami subjek tersebut. Selain itu, guru juga boleh menjemput penceramah-
penceramah dari luar untuk memberi ceramah mengenai bidang dan kursus mereka khas
2. EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
2
untuk murid yang berprestasi lemah dalam subjek tersebut. Tambahan pula, bagi guru yang
bertanggungjawab untuk menjadi guru bertugas mingguan pula, mereka harus
bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang membabitkan pelajar-pelajar dan sekolah
di sepanjang masa bertugas itu. Sebagai contoh, guru bertugas perlulah mengelolakan
perhimpunan harian dan menyampaikan pengumuman sekiranya diarahkan oleh pihak
sekolah. Selain itu, guru bertugas juga perlulah menulis laporan perjalanan sekolah sepanjang
masa bertugas di dalam Buku Laporan Guru Bertugas pada minggu itu dan menyerahkannya
kepada pengetua sekolah setelah selesai menyempurnakan tugas tersebut.
PENGURUSAN
Pada era modenisasiini, guru bukan sahaja mendidik murid-murid di dalam bilik darjah
sahaja, malah mereka juga terlibat dalam bidang pengurusan di bawah pentadbiran sekolah
seperti merekod dan mengurus termasuklah sebagai seorang perancang. Perancangan
pengajaran merupakan salah satu langkah utama seorang guru untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Contohnya, guru perlunya
menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berkenaan mata pelajaran yang diajar.
RPH perlulah disediakan lebih awal dan disemak oleh pengetua, penolong kanan atau ketua
panitia. Semakan ini dilakukan bagi menentukan strategi semasa penyampaikan isi pelajaran
dengan sistematik dan teratur. Selain daripada menyiapkan RPH, guru juga menyediakan fail-
fail pengurusan seperti fail kelas, evidens murid dan juga mengisi markah penilaian dalam
pelaporan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Secara tidak langsung, guru
mencapai salah satu matlamat FPK iaitu bertanggungjawab. Aktiviti pengurusan ini bukan
sahaja kepada pengurusan pengajaran malah meliputi pengurusan kemudahan-kemudahan
bilik darjah. Antaranya adalah menyusun kerusi dan meja murid-murid serta menyediakan
sudut ilmu yang menarik dan kontemporari bagi mengambil perhatian murid untuk menimba
ilmu dalam suasana yang kondusif. Pada pengajaran abad ke-21, Kementerian telah
memperkenalkan sistem peperiksaan online dan rekod prestasi murid perlulah dimuat turun
oleh guru kelas masing-masing. Hal ini untuk memudahkan ibu bapa mengakses prestasi
anak-anak mereka secara maya.
BUDAYA SEKOLAH
Dalam sebuah sistem sosial, setiap sekolah mempunyai budaya tersendiri untuk
membezakan iklim sekolah tersebut dengan sekolah yang lain. Secara umumnya, terdapat
sekolah yang mengamalkan ciri budaya moral. Sebagai contoh, Program Guru Penyayang
3. EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
3
dilaksanakan bukan sahaja untuk merapatkan jurang sosial di antara guru dan murid, baik
kemesraan dan keriangan melalui pergaulan, malah dapat mewujudkan suasana harmonis di
sekolah. Program ini selaras dengan hasrat FPK dalam mewujudkan insan yang harmonis
dan berakhlak mulia. Selain itu, budaya sekolah dalam aspek fizikal juga merangkumi
keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Sebagai contoh, sekolah tersebut perlulah
mewujudkan sebuah persatuan yang terdiri daripada guru dan juga staf sekolah.
Jawatankuasa induk perlulah dilaksanakan bagi memudahkan pengurusan dalam persatuan
tersebut. Pada masa kelapangan, ahli-ahli dalam persatuan ini akan menanam pokok bunga
di kawasan persekitaran sekolah, melukis mural pada dinding sebagai perhiasan sekolah dan
juga menyediakan sudut info berdasarkan bidang khusus guru tersebut seperti sudut info
sains, bahasa dan sebagainya. Pada masa yang sama, perpaduan dan hubungan sosial
dapat dipupuk di antara guru-guru sekolah tersebut.
KURIKULUM
Guru berperanan sebagai pakar rujuk, pakar bidang khusus dan juga pemudahcara.
Dalam merealisasikan FPK, guru bertanggungjawab untuk mempunyai ilmu pengetahuan
yang mendalam mengenai mata pelajaran dan kurikulum yang diajar kemudian
mengaplikasikan ilmu tersebut kepada murid-muridnya. Sebagai contoh, guru harus
menyediakan alat bantu mengajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sekaligus dapat
membantu murid memahami sukatan pelajaran dengan mudah. Selain itu, Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) yang sejajar dengan KSSR perlulah diaplikasikan kepada murid sekolah
rendah. Dalam merealisasikan hasrat ini, kaedah perbincangan dapat dilakukan di antara guru
dan murid secara bersemuka manakala murid bebas untuk mengeluarkan dan mengulas
pendapat mengenai sesuatu tajuk. Dengan itu, murid dapat belajar secara aktif, kemahiran
belajar mereka berkembang serta mereka juga dapat mengukuhkan kemahiran
berkomunikasi secara berkesan.
KOKURIKULUM
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa guru berperanan sebagai pencungkil bakat
dan potensi murid. Setiap murid mempunyai bakat tersendiri. Guru merupakan agen
perubahan kerana guru yang mengenalpasti dan memperkembang potensi murid itu.
Sesetengah murid yang berbakat berasa rendah diri untuk menonjolkan bakat mereka kerana
malu dan tidak mempunyai peluang untuk mengembangkan bakat mereka. Pada masa yang
sama, guru dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta memberikan
4. EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
4
khidmat sosial bagi kepentingan muridnya. Sebagai contoh, bagi murid yang mempunyai
potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih dan terus mengasah bakat murid tersebut
sehingga menjadi atlet. Secara tidak langsung, faktor jasmani dapat diperkembangkan dan
mencapai salah satu matlamat FPK. Begitu juga bagi murid yang petah dan fasih berkata
kerana murid ini berpotensi untuk mengikuti debat ataupun pidato. Guru perlu membimbing
dan memberi tunjuk ajar sehingga ia dapat mewakili peringkat sekolah, negeri mahupun
antarabangsa.
DISIPLIN
Setiap profesion mempunyai kod etika yang tersendiri. Bagi profesion keguruan,
semuaaspek berkaitan peraturan, perabadan dan tingkah laku ditekankan bagi meningkatkan
kualiti seorang guru. Guru yang mempunyai idealisme yang tinggi terhadap pengajaran,
profesionalisme dan adab menampilkan ciri-ciri ‘role model’. Dalam konteks ini, murid
menganggap guru sebagai teladan dan mereka cenderung untuk mengikuti perwatakan guru
tersebut. Oleh itu, guru seharusnya menunjukkan perwatakan yang positif semasa berada di
dalam bilik darjah mahupun di luar kawasan sekolah. Sebagai contoh, guru haruslah
mematuhi kod etika pemakaian yang berunsurkan kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, guru
juga haruslah melaksanakan akauntabiliti di dalam bilik darjah termasuk mematuhi masa dan
mencapai objektif pengajaran. Secara tidak langsung, murid dapat menerapkan nilai-nilai
kemanusiaan di dalam diri dan dapat membentuk modal insan yang berguna kepada keluarga,
masyarakat dan negara selaras dengan FPK dalam membentuk rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia.
PENINGKATAN PROFESIONALISME
Dalam konteks profesionalisme keguruan, pelbagai usaha dan cara untuk
memperkembangkan profesionalisme keguruan. Antara usaha yang perlu dilakukan untuk
mencapai tahap profesionalisme, guru perlu sentiasa peka terhadap segala perkembangan
dasar pendidikan daripada pelbagai segi. Ini bermaksud guru perlu mengetahui
perkembangan-perkembangan terkini dalam mata pelajaran yang diajar olehnya. Usaha yang
kedua ialah guru juga mesti mengamalkan kajian dan penyelidikan untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam mencapai hasrat ini, guru perlu sentiasa
berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi-inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seiring
dengan perubahan zaman. Sebagai contoh, guru perlulah menerapkan penggunaan ICT
5. EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
5
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar ini lebih menarik dan
bersesuaian dengan kecenderungan pelajar di abad ke-21 ini.
Sebagai kesimpulan, guru merupakan insan yang terpenting dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini kerana guru berperanan agen dominan dari segi
kepemimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, kokurikulum, disiplin dan
peningkatan profesionalisme. FPK juga menjadi landasan kepada sistem pendidikan
kebangsaan. Hasrat yang terkandung di dalam FPK ini terletak di bahu guru dan harus
diterapkan kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi
cabaran yang menguji profesion yang mulia ini dan sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi
dalam memartabatkan pendidikan negara yang berkualiti.
6. EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
6
RUJUKAN
Abd. Fatah Hassan (2001). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication and
Distributors.
Abdullah Sani & Kumar, P (1990). Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Longman
Malaysia.
Ahmad Mahdzan Ayob & Noran Fauziah Yaakub (1992). Guru dan Perguruan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anzalina (2011). Cara Meningkatkan Tahap Profesional Guru. Di akses pada 19 Ogos 2015.
http://anzalina74.blogspot.com/2011/07/cara-meningkatkan-tahap-profesional.html
Maran Ramping (2014). Guru Menjadi ‘Role Model’. Di akses pada 18 Ogos 2015.
http://kemayangambai.blogspot.com/2014/11/guru-menjasi-role-model.html
Meor1980 (2011). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dimuat turun pada 14 Ogos 2015.
meor1980-guruwawasan.blogspot.com/2011/11/falsafah-pendidikan-
kebangsaan.html
Merija Kadir (2015). Cara untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru. Di akses pada 19
Ogos 2015.
http://ustazahmerija.blogspot.com/2015/01/cara-untuk-meningkatkan-
profesionalisme.html
Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch (1990). Kurikulum dan Pendidikan Guru.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Omardin Ashaari (1998). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Robiah Sidin (1994). Pendidikan di Malaysia; Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti
Ting Len Siong dan Muhamad Sidek Said (2007). Ingin Menjadi Guru. Puchong: Ilmu Media
Trade.
West-Burham, J & O’Sullivan, F (2006). Leadership and Professional Development in
Schools. London: Pitman Publishing.