SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  10
UNIT 1 : KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA
Ada pendapat yang menyatakan bahawa kemalangan di tempat kerja berpunca daripada
kelemahan manusia yang berkaitan dengan sifat-sifat berikut;
1. sikap mementingkaan diri: seseorang akan merasakan impak sesuatu kemalangan dan
peka serta mengambil berat terhadapnya jika kemalangan itu mempunyai kepentingan
kepada dirinya. Ini termasuklah kemalangan yang melibatkan diri sendiri, keluarga,
kenalan dan harta bendanya. Mereka ini kurang mengambil berat terhadap kemalangan
itu jika ia melibatkan orang yang tidak dikenali.
2. Salah dan betul: Ada pendapat mengatakan bahawa sesiapa yang membuat kesilapan,
maka dialah yang patut menerima akibatnya. Dengan lain perkataan, kalau seseorang
itu buat kesilapan dan mengakibatkan kemalangan, dan jika kemalangan itu menimpa
dirinya maka kemalangan ini memang patut berlaku dan ia boleh diterima.
3. Fokus yang salah: Jika kemalangan berlaku, persoalannya bukan untuk mencari sebab
musabab berlakunya kemalangan dan mencegah kemalangan yang serupa berulang,
tetapi fokusnya lebih kepada menentukan seiapa yang membuat kesilapan. Begitu juga
pencegahan kemalangan lebih kepada tindakan reaktif untuk setakat mematuhi
keperluan undang-undang dan kurang kepada usaha mengubah sikap dan budaya kerja.
4. Orang ramai mengatasi individu: Masyarakat lebih mengambil berat jika masalah itu
adalah masalah ramai, dan kemalangan melibatkan ramai orang berbanding dengan jika
ia berlaku kepada beberapa individu sahaja. Sikap inilah yang menjadikan satu insiden
kepada satu bencana yang trajek di tempat kerja kerana tindakan yang diambil sudah
terlewat dan bencana yang menimpa sukar dikawal atau lebih mahal untuk dikawal.
5. Meremehkan insiden nyaris: Insiden nyaris yang berlaku di tempat kerja dianggap
remeh dan tidak perlu diambil kira. Mereka melakukan kesilapan yang besar dengan
membuat andaian bahawa insiden nyaris tidak akan menjadi kemalangan yang tragis.
6. Tidak memahami apa sebenarnya keselamatan: Bagi sebilangan majikan dan juga
pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang tidak mutlak dan risiko sifar tidak wujud. Ini
bermakna setiap pekerjaan mempunyai risikonya.
1.1 TAKRIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang
pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-
orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.
1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
1.2.1 Kod Hamurabi
Sejarah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh dijejak
seawal tahun 2500 sebelum masihi di Babylon, melalui kod Hammurabi.
Hammurabi ialah seorang raja yang telah memerintah negerinya berpandukan
kod undang-undang. Kod undang-undang ini dipahat pada sebuah monumen
batu hitam, lebih kurang 2.4 meter tinggi dan dipamerkan untuk tatapan
1
rakyatnya. Antara yang berkaitan dengan pengaturan keselamatan pekerjaan
ialah kod ini mentapkan agar pencegahan kemalangan dilakukan melalui
pembalasan berupa denda. Kawalan yang dicadangkan oleh kod ini dipanggil
‘pembalasan’. Sesiapa yang didapati cuai dan kecucaiannya mengakibatkan
kematian maka mereka akan menerima balasan yang setimpal dan jika
mengakibatkan kerugian maka dikehendaki menggantikan kerugian tersebut.
1.2.2 Revolusi Industri dan Perkembangan Legiftatif Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan di United Kingdom .
Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United
Kingdom mempunyai sejarah bermula sejak Revolusi Industri dalam kurun ke-19
yang membawa suasana kerja yang berbeza di mana pekerja lebih kerap bekerja
dengan mesin berbanding dengan menggunakan peralatan tangan atau
binatang. Misalnya, jika pekerja mengetahui kecacatan di dalam sistem kerja
dan gagal mengambil kira mengenainya, sekiranya berlaku kemalangan maka
mahkamah boleh meletakkan tuduhan kecuaian ke atas pekerja bukan majikan.
Pada tahun 1833, Akta Kilang diwartakan dengan tujuan untuk
menghadkan masa kerja pekerja yang berumur di bawah 18 tahun kepada 10
jam. Ini diikuti pada tahun 1844 dengan Akta Kilang membuat peruntukan
undang-undang untuk mengawal suasana kerja di mana buruh kanak-kanak
digunakan dan memagar mesin yang membahayakannya.
Pada tahun 1972, sebuah jawatankuasa yang diketuai Lord Roben
mendapati beberapa kelemahan yang melibatkan undang-undang sedia ada dan
bilangan kemalangan pekerjaan yang tidak berkurangan. Jawatankuasa tersebut
melaporkan bahawa ;
 Punca utama mengapa kemalangan berlaku adalah kerana sikap tidak
peduli,
 Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah terlalu
banyak, sukar difahami dan tidak memuaskan
 Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada, kurang
menekankan aspek sikap, kemampuan dan pencapaian seseorang dan
kecekapan sistem organisasi yang mereka bekerja.
Pada tahun 1974, Akta 1961 telah diatasi oleh Akta Kesihatan dan
Keselamatan di tempat kerja atau ‘ Health And Safety At Work Act ’, 1974
(HASAWA 1974). Pentadbiran HASAWA, 1974, dan segala perundangan yang
dibuat di bawahnya adalah menjadi tanggungjawab sebuah badan berkanun
yang dipanggil Suruhanjaya Kesihatan dan Keselamatan(Health and Safety
Commission, HSC) . Kesimpulanya penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di United Kingdom telah berubah daripada urusan berbagai pihak
penguatkuasa kepada yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Kesihatan dan
Keselamatan.
2
Kod Hamurabi mengatur organisasi masyarakat
berpandukan kod undang-undang yang dipamer
dan dimaklumkan kepada semua rakyat untuk
1.2.3 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia
Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah
bermula sejak 120 tahun yang lalu iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula dengan
keselamatan dandang dan kemudiannya ke atas keselamatan jentera, ini diikuti
dengan keselamatan industri, keselamatan dan kesihatan industri dan akhir
sekali meliputi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang meliputi semua
bidang pekerjaan. Sejarah perkembangan keselamatan dan kesihatan di
Malaysia boleh dijelaskan dalam LIMA era iaitu:
i) Era keselamatan dandang – sebelum 1914
ii) Era keselamatan jentera – 1914 hingga1962
iii) Era keselamatan industri – 1953 hingga 1967
iv) Era keselamatan dan keselamatan industri – 1970 hingga 1994
v) Era keselamatan dan kesihatan pekerjaan – selepas 1994
1.2.3.1 Era keselamatan Dandang – sebelum 1914
Tugas utama keselamatan pekerjaan yang mula-mula
dilaksanakan di Malaysia ialah pada tahun 1878, di mana En William
Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera. Beliau bertugas untuk
memeriksa keselamatan dandang stim yang ketika itu kebanyakanya
digunakan di lombong-lombong bijih timah. Pada sekitar tahun 1890an,
kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan sistem pemeriksaan oleh
orang perseorangan, di mana ia mempunyai kelayakan dalam bidang
dandang stim diberi lesen perlantikan sebagai ‘boiler surveyor’ . Pada
tahun 1892 dalam terdapat 83 dandang di Negeri Perak. Kesemua
dandang digunakan di lombong bijih timah melainkan 6 unit yang
digunakan di kilang gula.
Enakmen-enakmen dandang stim pada ketika ini bersifat
kenegerian yang mana keempat-empat negeri di bawah Negeri-negeri
Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan)
mempunyai perundangan dandangnya tersendiri. Perundangan
dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri Selangor iaitu ‘Boiler
Enacment’ 1892. manakala di Perak perundangan dandang stim yang
pertama berkuatkuasa pada tahun 1903. Pada tahun 1908 barulah
kesemua Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai perundangan
dandang mereka masing-masing dan kesemua pemeriksa pada ketika itu
dikenali sebagai ‘Inspector of Boiler’.
1.2.3.2 Era keselamatan Jentera – 1914 hingga 1952
Pada 1 Januari 1914 enekmen-enekmen dandang stim
dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Machinery Enactment’.
Berkuatkuasanya enekmen ini, pemeriksa tidak hanya membuat
pemeriksaan dandang stim sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera
3
lain termasuklah enjin pembakaran dalam, turbin air dan pemasangan
‘auxiliary’ yang bersangkutan. Pada masa yang sama jawatan ‘Inspector
of Boiler’ juga dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Inspector of
Machinery and Assistant Inspector of Machinery.’
Pada tahun 1932, ‘Machinery Enactment’ pada 1913 telah
dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Machinery Enactment’ pada 1932.
Pemeriksaan dan pendaftaran serta pemeriksaan pemasangan telah
dikuatkuasakan. Ketika itu pemeriksa-pemeriksa jentera adalah di
bawah pentadbiran Jabatan Galian iaitu di bawah cawangan
kejenteraan. Ini kerana pada ketika itu jentera-jentera kebanyakkan
tertumpu di sektor perlombongan menjadi perusahaan utama pada
ketika itu.
1.2.3.3 Era Keselamatan Industri – 1953 hingga 1967
Cawangan Kejenteraan berada di bawah Jabatan Galian
sehingga 1962, cawangan Kejenteraan telah dipisahkan dari Jabatan
Galian dan ditukar nama kepada Jabatan Kejenteraan. Ini kerana
kebanyakkan pemeriksaan telah berkembang luar daripada industri
perlombongan. Pada 1953, semua enekmen kejenteraan yang
digunakan di negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta
negeri-negeri Selat telah dimansuhkan dan digantikan dengan ordinan
1953. Berkuatkuasa ordinan ini, peranan pemeriksa tidak tertumpu
kepada dandang atau keselamatan jentera tetapi meliputi keselamatan
pekerja kilang-kilang di mana jentera digunakan. Peruntukan utama
ordinan tersebut adalah seperti berikut:
a) Hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pemeriksa dengan kuasa-
kuasa mengendalikan pemeriksaan dan kelulusan sijil-sijil
perakuan kebolehan.
b) Peraturan-peraturan perlu dibuat
c) Jentera-jentera tidak boleh dijalankan tanpa sijil perakuan
kelayakan
d) Jentera-jentera perlu diperiksa dari masa ke semasa
e) Kebenaran daripada pemeriksa hendaklah dilakukan sebelum
jentera diperlesenkan dan diubah
f) Semua kemalangan kepada orang atau harta benda bersangkut
paut dengan jentera hendaklah dilaporkan dan disiasat
g) Tidak sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh
mengakibatkan kecederaan kepada orang lain
h) Jentera-jentera yang tidak mematuhi peraturan tidak
dibenarkan dijual atau dipinjamkan atau disewakan
i) Pemeriksa diberi kuasa-kuasa untuk memasuki tempat-tempat
dan memberhentikan jentera-jentera yang tidak selamat.
1.2.3.4 Era Keselamatan Industri – 1970 hingga 1994
4
Pada tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera telah diluluskan oleh
Parlimen. Pada tahun 1970 Akta Kilang dan Jentera serta lapan
peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dikuatkuasakan. Dengan
berkuatkuasanya Akta ini, Ordinan Kejenteraan 1953 telah dimansuhkan
dan nama Jabatan pula ditukar kepada Jabatan Kilang dan Jentera.
Pemeriksa-pemeriksa yang menguatkuasakan akta tersebut bergelar
Pemeriksa Kilang dan Jentera. Akta ini digubal untuk mengatasi
kekurangan-kekurangan yang terdapat pada Ordinan Kejenteraan 1953,
iaitu dari segi skop liputan ke atas pekerja, di mana para pekerja di
tempat kerja yang tiada penggunaan jentera telah juga dilindungi.
Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan industri telah
diperlengkapkan.
Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk
memperuntuknan piawaian minimum bagi keselamatan, kesihatan dan
kebajikan di tempat kerja yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih
dan di semua premis di mana jentera digunakan, termasuklah di kilang-
kilang, tapak-tapak kerja binaan bangunan dan kerja binaan
kejuruteraan. Akta ini cuma berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia
sehinggalah pada tahun 1980 apabila pemakaiannya diperluaskan ke
Sabah dan Sarawak. Sehinggalah pada tahun 1968, Ketua-ketua
pemeriksa adalah terdiri daripada rakyat British berbangsa Inggeris.
Pada tahun 1968 jawatan Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah
sepenuhnya diisi oleh anak tempatan. Tahun 1968 juga menyaksikan
penubuhan seorang Pegawai Perubatan dan Pengawasan unit ini telah
dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kejenteraan. Unit tersebut
tidak kekal lama di bawah Kementerian Buruh dan telah diletakkan di
bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan pada tahun 1971.
Era ini juga menyaksikan perwujudan beberapa aktiviti serta
bahagian yang penting seperti tertubuhnya Bahagian Pencegahan
Pencemaran pada tahun 1971, penubuhan Unit Industri Hygiene pada
tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada Bahagian Industri Hyiegene
pada tahun 1980; permulaan aktiviti keselamatan petroleum dengan
tertubuhnya Bahagian Keselamatan Petroleum pada tahun 1985,
bermulanya aktiviti pemeriksaan khas bagi mencegah kemalangan besar
industri, aktiviti latihan keselamatan dan kesihatan industri pada tahun
1987 dengan bantuan kepakaran daripada Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO); penubuhan Pusat Kebangsaan bagi Maklumat
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (C.I.S.) pada tahun 1988 dan
penubuhan Bahagian ‘Major Hazards’ pada tahun 1991. Akta Petroluem
telah dikuatkuasa pada tahun 1984 dan penguatkuasaannya dibuat oleh
beberapa agensi kerajaan. Jabatan Kilang dan Jentera menguatkuasakan
peruntukan-peruntukan akta yang bersangkutan dengan penghantaran
pertoluem melalui talian paip, pengagihan dan penyimpanan petroleum
serta peralatan perkakasan yang berkaitan. Peraturan-peraturan 1985
telah dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Jabatan ini. Dengan
5
tanggungjawab baru ini pemeriksa-pemeriksa kilang dan jentera telah
juga diwartakan sebagai Pemeriksa Petroluem.
Cadangan untuk mengadakan sebuah Institut Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Negara telah dikemukakan oleh Jabatan Kilang dan
Jentera kepada Majlis Penasihat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kebangsaan pada tahun 1985. Kabinet telah meluluskan penubuhan
institut ini pada tahun 1991 dan pelancarannya telah dibuat oleh Y.B.
Menteri Sumber Manusia pada bulan Disember 1992. Institut ini adalah
sebuah syarikat di bawah tanggungan kerajaan dan penubuhannya
bermatlamat untuk menjalankan aktiviti-akitiviti latihan, pengumpulan
dan penyebaran maklumat, kajian dan pembangunan dalam bidang
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
1.2.3.5 Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan- selepas 1994
Perundangan baru keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
diperbuat pada tahun 1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan parlimen pada tahun 1993
dan diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana
memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi
keselamatan dan kesihatan pekerjaan sektor perkilangan,
perlombongan dan pengkuarian dan pembinaan yang mana
keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri lain tidak
diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera
1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja manakala Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90%
daripada tenaga kerja dan hanya pengecualian pekerjaan atas kapal dan
angkatan tentera.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini bertujuan
untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan
kesihatan dikalangan pekerja dan juga mewjudkan organisasi dan
langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini
dilaksanakan di bawah skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan
dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Peruntukan Akta
Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi
peruntukan undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang
percanggahan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan
mengatasinya.
Akta ini mendefinisikan kewajipan-kewajipan am majikan,
pengilang, pekerja, pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan
pembekal. Prinsip-prinsip utama yang diambil sebagai asas dalam
penggubalan akta ini adalah seperti berikut:
6
Pertama - ‘Self regulation’ atau pengaturan kendiri yang bertujuan
menangani perkra-perkara berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu membangunkan satu sistem
pengurusan yang baik dan kemas bermula dengan mengadakan satu
polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya. Pihak
majikan mengadakan satu perkiraan yang baik untuk dilaksanakan.
Kedua – Perundingan iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu
berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja.
Ketiga – Kerjasama iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu
bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu
keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
Dengan Akta Keselamatan mulai April 1994 Jabatan Kilang dan
Jentera dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP) dan pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan
Keselamatan Pekerjaan. Di bawah Akta ini sektor-sektor industri yang
terlibat adalah seperti berikut:
a) Pengilangan
b) Perlombongan dan penguraian
c) Pembinaan
d) Pertanian, Perhutanan dan perikanan
e) Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
f) Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
g) Perdagangan borong dan runcit
h) Hotel dan restoran
i) Kewangan, insuran, harta dan perkhidmatan perniagaan
j) Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.
Misi utama Jabatan adalah untuk mewujudkan budaya kerja
yang selamat dan sihat dikalangan semua majikan dan pekerja supaya
keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka dan orang lain yang
terdedah risiko keselamatan pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti
orang bekerja adalah terpelihara.
Senarai contoh beberapa Akta dan Peraturan yang ditunjukkan
di dalam jadual 1.0 yang telah diwartakan oleh kerajaan Malaysia untuk
mengurus dan mengawal penggunaan bahan berhazard dan pekerjaan
yang berkaitan dengannya dan pekerjaan yang telah dikenalpasti
sebagai merbahaya kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
7
Jadual 1.1 Contoh akta dan peraturan
AKTA-AKTA DAN PERATURAN-
PERATURAN
HAZARD DAN PEKERJAAN
Environment Quality, 127, 1974 dan
Subsidiary Legislation
Bahan toksik dan berjadual
Akta Kilang dan Jentera, 139, 1967 Keselamatan dan kesihatan di kilang dan
pengendalian jentera
Akta Perlesenan Tenaga Atom, 304, 1984
dan peraturan-peraturannya
Keselamatan dan Kesihatan menangani
sinaran mengion
Akta Petroleum (Langkah-langkah
Keselamatan), 1984
Akta berhubung dengan keselamatan di
dalam pengangkutan, penstoran dan
penggunaan petroleum
Akta Bekalan Elektrik, 447, 1990 Keselamatan elektrik
Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, 514, 1994 dan Peraturan-
peraturanya.
Keselamatan, kesihatan dan kebajikan di
tempat kerja
Rajah 1.0 Sejarah perkembangan pengurusan keselamatan dan kesihatan di Malaysia
8
1.3 STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI
Jadual 1.2 Bilangan kemalangan Mengikut Perusahaan –2000
(Sumber Perkeso : www.perkeso.gov.my/statistik/jadual5.htm)
Perusahaan Bil. Kes
dilaporka
n
HUK
dilaporka
n
Maut
Dilaporkan
Bil. Kes
dilaporkan
L P
PERTANIAN,
PERHUTANAN &
PERIKANAN
i) Pertanian dan
ternakan
ii) Perhutanan &
Pembalakan
• Perhutanan
• Pembalakan
iii) Perikanan
10390
31
1437
35
867
3
318
2
62
0
51
2
6465
26
1385
30
3925
5
52
5
PERLOMBONGAN &
KUARI
626 105 11 598 28
PERKILANGAN i) Perusahaan
makanan, minuman
dan tembakau
ii) Perusahaan kulit,
pakaian, tekstil
iii) Kilang papan dan
proses mengetam
iv) Kilang papan dan
bekas rotan
v) Mengilang papan
dan gabus
vi) mengilang perabot
dan kelengkapan
vii) perusahaan kertas
& percetakan
viii) perusahaan bahan
kimia
3017
2828
3956
273
938
3100
1826
5564
376
270
512
46
95
453
320
743
23
19
36
4
1
14
14
35
2566
1535
3253
215
788
2438
1492
4385
541
1393
703
58
150
662
334
117
9
1.3 STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI
Jadual 1.2 Bilangan kemalangan Mengikut Perusahaan –2000
(Sumber Perkeso : www.perkeso.gov.my/statistik/jadual5.htm)
Perusahaan Bil. Kes
dilaporka
n
HUK
dilaporka
n
Maut
Dilaporkan
Bil. Kes
dilaporkan
L P
PERTANIAN,
PERHUTANAN &
PERIKANAN
i) Pertanian dan
ternakan
ii) Perhutanan &
Pembalakan
• Perhutanan
• Pembalakan
iii) Perikanan
10390
31
1437
35
867
3
318
2
62
0
51
2
6465
26
1385
30
3925
5
52
5
PERLOMBONGAN &
KUARI
626 105 11 598 28
PERKILANGAN i) Perusahaan
makanan, minuman
dan tembakau
ii) Perusahaan kulit,
pakaian, tekstil
iii) Kilang papan dan
proses mengetam
iv) Kilang papan dan
bekas rotan
v) Mengilang papan
dan gabus
vi) mengilang perabot
dan kelengkapan
vii) perusahaan kertas
& percetakan
viii) perusahaan bahan
kimia
3017
2828
3956
273
938
3100
1826
5564
376
270
512
46
95
453
320
743
23
19
36
4
1
14
14
35
2566
1535
3253
215
788
2438
1492
4385
541
1393
703
58
150
662
334
117
9

Contenu connexe

Tendances

Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Tengkurex
 
Bab 2 punca & pencegahan kemalangan
Bab 2 punca & pencegahan kemalanganBab 2 punca & pencegahan kemalangan
Bab 2 punca & pencegahan kemalangan
Sri Devi
 
Penyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan TanganPenyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan Tangan
Juradi Durjari
 
5.0 PW - AUDIT KESELAMATAN.pptx
5.0 PW - AUDIT KESELAMATAN.pptx5.0 PW - AUDIT KESELAMATAN.pptx
5.0 PW - AUDIT KESELAMATAN.pptx
ssuserc110d7
 
Dokumentasi keselamatan
Dokumentasi keselamatanDokumentasi keselamatan
Dokumentasi keselamatan
Zurida Shoheh
 

Tendances (20)

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Pejabat
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di PejabatKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Pejabat
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Pejabat
 
Keselamatan dan Kesihatan healthcare
Keselamatan dan Kesihatan healthcareKeselamatan dan Kesihatan healthcare
Keselamatan dan Kesihatan healthcare
 
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
 
Keselamatan di bengkel
Keselamatan di bengkelKeselamatan di bengkel
Keselamatan di bengkel
 
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 1 - Perundangan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 1 - Perundangan Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 1 - Perundangan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 1 - Perundangan
 
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaKeselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
 
Keselamatan kimpalan
Keselamatan kimpalanKeselamatan kimpalan
Keselamatan kimpalan
 
Bab 2 punca & pencegahan kemalangan
Bab 2 punca & pencegahan kemalanganBab 2 punca & pencegahan kemalangan
Bab 2 punca & pencegahan kemalangan
 
KEJADIAN KEMALANGAN & PENYAKIT PEKERJAAN
KEJADIAN KEMALANGAN & PENYAKIT PEKERJAANKEJADIAN KEMALANGAN & PENYAKIT PEKERJAAN
KEJADIAN KEMALANGAN & PENYAKIT PEKERJAAN
 
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya Elektrik
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya ElektrikAsas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya Elektrik
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya Elektrik
 
Penggunaan ppe
Penggunaan ppePenggunaan ppe
Penggunaan ppe
 
Skop tugas dan fungsi jkkp
Skop tugas dan fungsi jkkpSkop tugas dan fungsi jkkp
Skop tugas dan fungsi jkkp
 
budaya sistem kerja
budaya sistem kerjabudaya sistem kerja
budaya sistem kerja
 
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan PekerjaAkta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
 
Topik 2 hazard dan risiko
Topik 2 hazard dan risikoTopik 2 hazard dan risiko
Topik 2 hazard dan risiko
 
Penyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan TanganPenyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan Tangan
 
5.0 PW - AUDIT KESELAMATAN.pptx
5.0 PW - AUDIT KESELAMATAN.pptx5.0 PW - AUDIT KESELAMATAN.pptx
5.0 PW - AUDIT KESELAMATAN.pptx
 
Osha ete 101
Osha ete 101Osha ete 101
Osha ete 101
 
Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan
Kecemasan Kebakaran & Prosedur PengosonganKecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan
Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan
 
Dokumentasi keselamatan
Dokumentasi keselamatanDokumentasi keselamatan
Dokumentasi keselamatan
 

En vedette (13)

OSHA
OSHAOSHA
OSHA
 
Ppt osha 1994
Ppt osha 1994Ppt osha 1994
Ppt osha 1994
 
Contoh kemalangan
Contoh kemalanganContoh kemalangan
Contoh kemalangan
 
Factories And Machinery Act 1967 Revised 1974 Malaysia
Factories And Machinery Act 1967 Revised 1974 MalaysiaFactories And Machinery Act 1967 Revised 1974 Malaysia
Factories And Machinery Act 1967 Revised 1974 Malaysia
 
Membangunkan Dokumentasi KKP untuk Makmal
Membangunkan Dokumentasi KKP untuk MakmalMembangunkan Dokumentasi KKP untuk Makmal
Membangunkan Dokumentasi KKP untuk Makmal
 
Industrial hygiene
Industrial hygieneIndustrial hygiene
Industrial hygiene
 
Osha Assignment 2
Osha Assignment 2Osha Assignment 2
Osha Assignment 2
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Akta1994
Akta1994Akta1994
Akta1994
 
Senarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppkSenarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppk
 
Merancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaMerancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerja
 
rancangan perniagaan
rancangan perniagaan rancangan perniagaan
rancangan perniagaan
 
Azlanmohdnorf
AzlanmohdnorfAzlanmohdnorf
Azlanmohdnorf
 

Similaire à Unit1 OSHA

Bahan-Bacaan-1-Dasar-dasar-K3.pdf
Bahan-Bacaan-1-Dasar-dasar-K3.pdfBahan-Bacaan-1-Dasar-dasar-K3.pdf
Bahan-Bacaan-1-Dasar-dasar-K3.pdf
afri7
 
matari kuliah rpm keselamatanKULIAH_I.pdf
matari kuliah rpm keselamatanKULIAH_I.pdfmatari kuliah rpm keselamatanKULIAH_I.pdf
matari kuliah rpm keselamatanKULIAH_I.pdf
zhultan175
 
KESELAMATAN_DAN_KESEHATAN_KERJA_K3.ppt
KESELAMATAN_DAN_KESEHATAN_KERJA_K3.pptKESELAMATAN_DAN_KESEHATAN_KERJA_K3.ppt
KESELAMATAN_DAN_KESEHATAN_KERJA_K3.ppt
AlisaSalsabila1
 
Bab II Tinjauan Pustaka Inspeksi K3 Alat Berat - Erli Yuni Manalu
Bab II Tinjauan Pustaka Inspeksi K3 Alat Berat - Erli Yuni ManaluBab II Tinjauan Pustaka Inspeksi K3 Alat Berat - Erli Yuni Manalu
Bab II Tinjauan Pustaka Inspeksi K3 Alat Berat - Erli Yuni Manalu
Early Yuni Manalu
 
Kesehatan, Keamanan dan Keselamatan Kerja (K3)
Kesehatan, Keamanan dan Keselamatan Kerja (K3)Kesehatan, Keamanan dan Keselamatan Kerja (K3)
Kesehatan, Keamanan dan Keselamatan Kerja (K3)
Lady Perry Pasaribu
 
Dkk05 menerapkan keselamatan dan kesehatan kerja (k3)
Dkk05 menerapkan keselamatan dan kesehatan kerja (k3)Dkk05 menerapkan keselamatan dan kesehatan kerja (k3)
Dkk05 menerapkan keselamatan dan kesehatan kerja (k3)
Eko Supriyadi
 

Similaire à Unit1 OSHA (20)

Bahan-Bacaan-1-Dasar-dasar-K3.pdf
Bahan-Bacaan-1-Dasar-dasar-K3.pdfBahan-Bacaan-1-Dasar-dasar-K3.pdf
Bahan-Bacaan-1-Dasar-dasar-K3.pdf
 
2. Sejarah & Perundangan K3.pptx
2. Sejarah & Perundangan K3.pptx2. Sejarah & Perundangan K3.pptx
2. Sejarah & Perundangan K3.pptx
 
Perundangan Malaysia berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Perundangan Malaysia berkaitan Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanPerundangan Malaysia berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Perundangan Malaysia berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
 
matari kuliah rpm keselamatanKULIAH_I.pdf
matari kuliah rpm keselamatanKULIAH_I.pdfmatari kuliah rpm keselamatanKULIAH_I.pdf
matari kuliah rpm keselamatanKULIAH_I.pdf
 
Topik 1 konsep kselamtan & ksihatan
Topik 1 konsep kselamtan & ksihatanTopik 1 konsep kselamtan & ksihatan
Topik 1 konsep kselamtan & ksihatan
 
KESELAMATAN_DAN_KESEHATAN_KERJA_K3.ppt
KESELAMATAN_DAN_KESEHATAN_KERJA_K3.pptKESELAMATAN_DAN_KESEHATAN_KERJA_K3.ppt
KESELAMATAN_DAN_KESEHATAN_KERJA_K3.ppt
 
Peraturan Perundangan K3 Peraturan Perundangan K3
Peraturan Perundangan K3 Peraturan Perundangan K3Peraturan Perundangan K3 Peraturan Perundangan K3
Peraturan Perundangan K3 Peraturan Perundangan K3
 
Dasar Keselamatan dan kesehatan kerja.pptx
Dasar Keselamatan dan kesehatan kerja.pptxDasar Keselamatan dan kesehatan kerja.pptx
Dasar Keselamatan dan kesehatan kerja.pptx
 
K3 lh
K3 lhK3 lh
K3 lh
 
konsep k3. docx
konsep k3. docxkonsep k3. docx
konsep k3. docx
 
Pengembangan dan Aplikasi K3 dalam Perusahaan
Pengembangan dan Aplikasi K3 dalam PerusahaanPengembangan dan Aplikasi K3 dalam Perusahaan
Pengembangan dan Aplikasi K3 dalam Perusahaan
 
Bab5 penyiasatan
Bab5 penyiasatanBab5 penyiasatan
Bab5 penyiasatan
 
ASAS PERUNDANGAN KKP(OSHTVET).pptx
ASAS PERUNDANGAN KKP(OSHTVET).pptxASAS PERUNDANGAN KKP(OSHTVET).pptx
ASAS PERUNDANGAN KKP(OSHTVET).pptx
 
Bab II Tinjauan Pustaka Inspeksi K3 Alat Berat - Erli Yuni Manalu
Bab II Tinjauan Pustaka Inspeksi K3 Alat Berat - Erli Yuni ManaluBab II Tinjauan Pustaka Inspeksi K3 Alat Berat - Erli Yuni Manalu
Bab II Tinjauan Pustaka Inspeksi K3 Alat Berat - Erli Yuni Manalu
 
Osha94
Osha94Osha94
Osha94
 
Kesehatan, Keamanan dan Keselamatan Kerja (K3)
Kesehatan, Keamanan dan Keselamatan Kerja (K3)Kesehatan, Keamanan dan Keselamatan Kerja (K3)
Kesehatan, Keamanan dan Keselamatan Kerja (K3)
 
Pertanyaan mengenai keselamatan dan kesehatan kerja
Pertanyaan mengenai keselamatan dan kesehatan kerjaPertanyaan mengenai keselamatan dan kesehatan kerja
Pertanyaan mengenai keselamatan dan kesehatan kerja
 
Modul keselamatan-dan-kesehatan-kerja
Modul keselamatan-dan-kesehatan-kerjaModul keselamatan-dan-kesehatan-kerja
Modul keselamatan-dan-kesehatan-kerja
 
Keselamatan kerja
Keselamatan kerja Keselamatan kerja
Keselamatan kerja
 
Dkk05 menerapkan keselamatan dan kesehatan kerja (k3)
Dkk05 menerapkan keselamatan dan kesehatan kerja (k3)Dkk05 menerapkan keselamatan dan kesehatan kerja (k3)
Dkk05 menerapkan keselamatan dan kesehatan kerja (k3)
 

Dernier

PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptxPPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
davidsagita2
 
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah MifepristoneIn Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
jaanualu31
 
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Abortion pills in Riyadh +966572737505 get cytotec
 
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN 082223109953 GUGURKAN JANIN KLINIK Bandung💊
 
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.pptstrategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
areeistyk
 
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptxModul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
ahmadirhamni
 
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di SurabayaObat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya Cytotec Asli Di Surabaya
 
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec AsliObat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Terpercaya 082220077622
 

Dernier (12)

resiko, pengembalian dan kebijakan dividen
resiko, pengembalian dan kebijakan dividenresiko, pengembalian dan kebijakan dividen
resiko, pengembalian dan kebijakan dividen
 
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptxPPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
 
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah MifepristoneIn Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
 
DRAFT PROGRAM KERJA UMUM SEKSI BIDANG.pdf
DRAFT PROGRAM KERJA UMUM SEKSI BIDANG.pdfDRAFT PROGRAM KERJA UMUM SEKSI BIDANG.pdf
DRAFT PROGRAM KERJA UMUM SEKSI BIDANG.pdf
 
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
 
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
 
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.pptstrategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
 
PEDOMAN PEMBENTUKAN PANWASLU KECAMATAN UNTUK PEMILIHAN TAHUN 2024 OKE.pdf
PEDOMAN PEMBENTUKAN PANWASLU KECAMATAN UNTUK PEMILIHAN TAHUN 2024 OKE.pdfPEDOMAN PEMBENTUKAN PANWASLU KECAMATAN UNTUK PEMILIHAN TAHUN 2024 OKE.pdf
PEDOMAN PEMBENTUKAN PANWASLU KECAMATAN UNTUK PEMILIHAN TAHUN 2024 OKE.pdf
 
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptxModul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
 
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di SurabayaObat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
 
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec AsliObat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
 
UNIKBET : Link Slot Gacor Pragmatic Play Yang Bisa Pakai Doku Banyak Bonus
UNIKBET : Link Slot Gacor Pragmatic Play Yang Bisa Pakai Doku Banyak BonusUNIKBET : Link Slot Gacor Pragmatic Play Yang Bisa Pakai Doku Banyak Bonus
UNIKBET : Link Slot Gacor Pragmatic Play Yang Bisa Pakai Doku Banyak Bonus
 

Unit1 OSHA

  • 1. UNIT 1 : KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA Ada pendapat yang menyatakan bahawa kemalangan di tempat kerja berpunca daripada kelemahan manusia yang berkaitan dengan sifat-sifat berikut; 1. sikap mementingkaan diri: seseorang akan merasakan impak sesuatu kemalangan dan peka serta mengambil berat terhadapnya jika kemalangan itu mempunyai kepentingan kepada dirinya. Ini termasuklah kemalangan yang melibatkan diri sendiri, keluarga, kenalan dan harta bendanya. Mereka ini kurang mengambil berat terhadap kemalangan itu jika ia melibatkan orang yang tidak dikenali. 2. Salah dan betul: Ada pendapat mengatakan bahawa sesiapa yang membuat kesilapan, maka dialah yang patut menerima akibatnya. Dengan lain perkataan, kalau seseorang itu buat kesilapan dan mengakibatkan kemalangan, dan jika kemalangan itu menimpa dirinya maka kemalangan ini memang patut berlaku dan ia boleh diterima. 3. Fokus yang salah: Jika kemalangan berlaku, persoalannya bukan untuk mencari sebab musabab berlakunya kemalangan dan mencegah kemalangan yang serupa berulang, tetapi fokusnya lebih kepada menentukan seiapa yang membuat kesilapan. Begitu juga pencegahan kemalangan lebih kepada tindakan reaktif untuk setakat mematuhi keperluan undang-undang dan kurang kepada usaha mengubah sikap dan budaya kerja. 4. Orang ramai mengatasi individu: Masyarakat lebih mengambil berat jika masalah itu adalah masalah ramai, dan kemalangan melibatkan ramai orang berbanding dengan jika ia berlaku kepada beberapa individu sahaja. Sikap inilah yang menjadikan satu insiden kepada satu bencana yang trajek di tempat kerja kerana tindakan yang diambil sudah terlewat dan bencana yang menimpa sukar dikawal atau lebih mahal untuk dikawal. 5. Meremehkan insiden nyaris: Insiden nyaris yang berlaku di tempat kerja dianggap remeh dan tidak perlu diambil kira. Mereka melakukan kesilapan yang besar dengan membuat andaian bahawa insiden nyaris tidak akan menjadi kemalangan yang tragis. 6. Tidak memahami apa sebenarnya keselamatan: Bagi sebilangan majikan dan juga pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang tidak mutlak dan risiko sifar tidak wujud. Ini bermakna setiap pekerjaan mempunyai risikonya. 1.1 TAKRIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang- orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. 1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1.2.1 Kod Hamurabi Sejarah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh dijejak seawal tahun 2500 sebelum masihi di Babylon, melalui kod Hammurabi. Hammurabi ialah seorang raja yang telah memerintah negerinya berpandukan kod undang-undang. Kod undang-undang ini dipahat pada sebuah monumen batu hitam, lebih kurang 2.4 meter tinggi dan dipamerkan untuk tatapan 1
  • 2. rakyatnya. Antara yang berkaitan dengan pengaturan keselamatan pekerjaan ialah kod ini mentapkan agar pencegahan kemalangan dilakukan melalui pembalasan berupa denda. Kawalan yang dicadangkan oleh kod ini dipanggil ‘pembalasan’. Sesiapa yang didapati cuai dan kecucaiannya mengakibatkan kematian maka mereka akan menerima balasan yang setimpal dan jika mengakibatkan kerugian maka dikehendaki menggantikan kerugian tersebut. 1.2.2 Revolusi Industri dan Perkembangan Legiftatif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di United Kingdom . Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United Kingdom mempunyai sejarah bermula sejak Revolusi Industri dalam kurun ke-19 yang membawa suasana kerja yang berbeza di mana pekerja lebih kerap bekerja dengan mesin berbanding dengan menggunakan peralatan tangan atau binatang. Misalnya, jika pekerja mengetahui kecacatan di dalam sistem kerja dan gagal mengambil kira mengenainya, sekiranya berlaku kemalangan maka mahkamah boleh meletakkan tuduhan kecuaian ke atas pekerja bukan majikan. Pada tahun 1833, Akta Kilang diwartakan dengan tujuan untuk menghadkan masa kerja pekerja yang berumur di bawah 18 tahun kepada 10 jam. Ini diikuti pada tahun 1844 dengan Akta Kilang membuat peruntukan undang-undang untuk mengawal suasana kerja di mana buruh kanak-kanak digunakan dan memagar mesin yang membahayakannya. Pada tahun 1972, sebuah jawatankuasa yang diketuai Lord Roben mendapati beberapa kelemahan yang melibatkan undang-undang sedia ada dan bilangan kemalangan pekerjaan yang tidak berkurangan. Jawatankuasa tersebut melaporkan bahawa ;  Punca utama mengapa kemalangan berlaku adalah kerana sikap tidak peduli,  Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah terlalu banyak, sukar difahami dan tidak memuaskan  Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada, kurang menekankan aspek sikap, kemampuan dan pencapaian seseorang dan kecekapan sistem organisasi yang mereka bekerja. Pada tahun 1974, Akta 1961 telah diatasi oleh Akta Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja atau ‘ Health And Safety At Work Act ’, 1974 (HASAWA 1974). Pentadbiran HASAWA, 1974, dan segala perundangan yang dibuat di bawahnya adalah menjadi tanggungjawab sebuah badan berkanun yang dipanggil Suruhanjaya Kesihatan dan Keselamatan(Health and Safety Commission, HSC) . Kesimpulanya penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United Kingdom telah berubah daripada urusan berbagai pihak penguatkuasa kepada yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Kesihatan dan Keselamatan. 2 Kod Hamurabi mengatur organisasi masyarakat berpandukan kod undang-undang yang dipamer dan dimaklumkan kepada semua rakyat untuk
  • 3. 1.2.3 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah bermula sejak 120 tahun yang lalu iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula dengan keselamatan dandang dan kemudiannya ke atas keselamatan jentera, ini diikuti dengan keselamatan industri, keselamatan dan kesihatan industri dan akhir sekali meliputi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang meliputi semua bidang pekerjaan. Sejarah perkembangan keselamatan dan kesihatan di Malaysia boleh dijelaskan dalam LIMA era iaitu: i) Era keselamatan dandang – sebelum 1914 ii) Era keselamatan jentera – 1914 hingga1962 iii) Era keselamatan industri – 1953 hingga 1967 iv) Era keselamatan dan keselamatan industri – 1970 hingga 1994 v) Era keselamatan dan kesihatan pekerjaan – selepas 1994 1.2.3.1 Era keselamatan Dandang – sebelum 1914 Tugas utama keselamatan pekerjaan yang mula-mula dilaksanakan di Malaysia ialah pada tahun 1878, di mana En William Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera. Beliau bertugas untuk memeriksa keselamatan dandang stim yang ketika itu kebanyakanya digunakan di lombong-lombong bijih timah. Pada sekitar tahun 1890an, kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan sistem pemeriksaan oleh orang perseorangan, di mana ia mempunyai kelayakan dalam bidang dandang stim diberi lesen perlantikan sebagai ‘boiler surveyor’ . Pada tahun 1892 dalam terdapat 83 dandang di Negeri Perak. Kesemua dandang digunakan di lombong bijih timah melainkan 6 unit yang digunakan di kilang gula. Enakmen-enakmen dandang stim pada ketika ini bersifat kenegerian yang mana keempat-empat negeri di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) mempunyai perundangan dandangnya tersendiri. Perundangan dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri Selangor iaitu ‘Boiler Enacment’ 1892. manakala di Perak perundangan dandang stim yang pertama berkuatkuasa pada tahun 1903. Pada tahun 1908 barulah kesemua Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai perundangan dandang mereka masing-masing dan kesemua pemeriksa pada ketika itu dikenali sebagai ‘Inspector of Boiler’. 1.2.3.2 Era keselamatan Jentera – 1914 hingga 1952 Pada 1 Januari 1914 enekmen-enekmen dandang stim dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Machinery Enactment’. Berkuatkuasanya enekmen ini, pemeriksa tidak hanya membuat pemeriksaan dandang stim sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera 3
  • 4. lain termasuklah enjin pembakaran dalam, turbin air dan pemasangan ‘auxiliary’ yang bersangkutan. Pada masa yang sama jawatan ‘Inspector of Boiler’ juga dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Inspector of Machinery and Assistant Inspector of Machinery.’ Pada tahun 1932, ‘Machinery Enactment’ pada 1913 telah dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Machinery Enactment’ pada 1932. Pemeriksaan dan pendaftaran serta pemeriksaan pemasangan telah dikuatkuasakan. Ketika itu pemeriksa-pemeriksa jentera adalah di bawah pentadbiran Jabatan Galian iaitu di bawah cawangan kejenteraan. Ini kerana pada ketika itu jentera-jentera kebanyakkan tertumpu di sektor perlombongan menjadi perusahaan utama pada ketika itu. 1.2.3.3 Era Keselamatan Industri – 1953 hingga 1967 Cawangan Kejenteraan berada di bawah Jabatan Galian sehingga 1962, cawangan Kejenteraan telah dipisahkan dari Jabatan Galian dan ditukar nama kepada Jabatan Kejenteraan. Ini kerana kebanyakkan pemeriksaan telah berkembang luar daripada industri perlombongan. Pada 1953, semua enekmen kejenteraan yang digunakan di negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta negeri-negeri Selat telah dimansuhkan dan digantikan dengan ordinan 1953. Berkuatkuasa ordinan ini, peranan pemeriksa tidak tertumpu kepada dandang atau keselamatan jentera tetapi meliputi keselamatan pekerja kilang-kilang di mana jentera digunakan. Peruntukan utama ordinan tersebut adalah seperti berikut: a) Hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pemeriksa dengan kuasa- kuasa mengendalikan pemeriksaan dan kelulusan sijil-sijil perakuan kebolehan. b) Peraturan-peraturan perlu dibuat c) Jentera-jentera tidak boleh dijalankan tanpa sijil perakuan kelayakan d) Jentera-jentera perlu diperiksa dari masa ke semasa e) Kebenaran daripada pemeriksa hendaklah dilakukan sebelum jentera diperlesenkan dan diubah f) Semua kemalangan kepada orang atau harta benda bersangkut paut dengan jentera hendaklah dilaporkan dan disiasat g) Tidak sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada orang lain h) Jentera-jentera yang tidak mematuhi peraturan tidak dibenarkan dijual atau dipinjamkan atau disewakan i) Pemeriksa diberi kuasa-kuasa untuk memasuki tempat-tempat dan memberhentikan jentera-jentera yang tidak selamat. 1.2.3.4 Era Keselamatan Industri – 1970 hingga 1994 4
  • 5. Pada tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera telah diluluskan oleh Parlimen. Pada tahun 1970 Akta Kilang dan Jentera serta lapan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, Ordinan Kejenteraan 1953 telah dimansuhkan dan nama Jabatan pula ditukar kepada Jabatan Kilang dan Jentera. Pemeriksa-pemeriksa yang menguatkuasakan akta tersebut bergelar Pemeriksa Kilang dan Jentera. Akta ini digubal untuk mengatasi kekurangan-kekurangan yang terdapat pada Ordinan Kejenteraan 1953, iaitu dari segi skop liputan ke atas pekerja, di mana para pekerja di tempat kerja yang tiada penggunaan jentera telah juga dilindungi. Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan industri telah diperlengkapkan. Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk memperuntuknan piawaian minimum bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih dan di semua premis di mana jentera digunakan, termasuklah di kilang- kilang, tapak-tapak kerja binaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan. Akta ini cuma berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sehinggalah pada tahun 1980 apabila pemakaiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Sehinggalah pada tahun 1968, Ketua-ketua pemeriksa adalah terdiri daripada rakyat British berbangsa Inggeris. Pada tahun 1968 jawatan Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah sepenuhnya diisi oleh anak tempatan. Tahun 1968 juga menyaksikan penubuhan seorang Pegawai Perubatan dan Pengawasan unit ini telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kejenteraan. Unit tersebut tidak kekal lama di bawah Kementerian Buruh dan telah diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan pada tahun 1971. Era ini juga menyaksikan perwujudan beberapa aktiviti serta bahagian yang penting seperti tertubuhnya Bahagian Pencegahan Pencemaran pada tahun 1971, penubuhan Unit Industri Hygiene pada tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada Bahagian Industri Hyiegene pada tahun 1980; permulaan aktiviti keselamatan petroleum dengan tertubuhnya Bahagian Keselamatan Petroleum pada tahun 1985, bermulanya aktiviti pemeriksaan khas bagi mencegah kemalangan besar industri, aktiviti latihan keselamatan dan kesihatan industri pada tahun 1987 dengan bantuan kepakaran daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); penubuhan Pusat Kebangsaan bagi Maklumat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (C.I.S.) pada tahun 1988 dan penubuhan Bahagian ‘Major Hazards’ pada tahun 1991. Akta Petroluem telah dikuatkuasa pada tahun 1984 dan penguatkuasaannya dibuat oleh beberapa agensi kerajaan. Jabatan Kilang dan Jentera menguatkuasakan peruntukan-peruntukan akta yang bersangkutan dengan penghantaran pertoluem melalui talian paip, pengagihan dan penyimpanan petroleum serta peralatan perkakasan yang berkaitan. Peraturan-peraturan 1985 telah dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Jabatan ini. Dengan 5
  • 6. tanggungjawab baru ini pemeriksa-pemeriksa kilang dan jentera telah juga diwartakan sebagai Pemeriksa Petroluem. Cadangan untuk mengadakan sebuah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara telah dikemukakan oleh Jabatan Kilang dan Jentera kepada Majlis Penasihat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan pada tahun 1985. Kabinet telah meluluskan penubuhan institut ini pada tahun 1991 dan pelancarannya telah dibuat oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada bulan Disember 1992. Institut ini adalah sebuah syarikat di bawah tanggungan kerajaan dan penubuhannya bermatlamat untuk menjalankan aktiviti-akitiviti latihan, pengumpulan dan penyebaran maklumat, kajian dan pembangunan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 1.2.3.5 Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan- selepas 1994 Perundangan baru keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan parlimen pada tahun 1993 dan diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sektor perkilangan, perlombongan dan pengkuarian dan pembinaan yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan hanya pengecualian pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan dikalangan pekerja dan juga mewjudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan di bawah skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Peruntukan Akta Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya. Akta ini mendefinisikan kewajipan-kewajipan am majikan, pengilang, pekerja, pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal. Prinsip-prinsip utama yang diambil sebagai asas dalam penggubalan akta ini adalah seperti berikut: 6
  • 7. Pertama - ‘Self regulation’ atau pengaturan kendiri yang bertujuan menangani perkra-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas bermula dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya. Pihak majikan mengadakan satu perkiraan yang baik untuk dilaksanakan. Kedua – Perundingan iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja. Ketiga – Kerjasama iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Dengan Akta Keselamatan mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan. Di bawah Akta ini sektor-sektor industri yang terlibat adalah seperti berikut: a) Pengilangan b) Perlombongan dan penguraian c) Pembinaan d) Pertanian, Perhutanan dan perikanan e) Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan f) Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi g) Perdagangan borong dan runcit h) Hotel dan restoran i) Kewangan, insuran, harta dan perkhidmatan perniagaan j) Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun. Misi utama Jabatan adalah untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat dikalangan semua majikan dan pekerja supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka dan orang lain yang terdedah risiko keselamatan pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti orang bekerja adalah terpelihara. Senarai contoh beberapa Akta dan Peraturan yang ditunjukkan di dalam jadual 1.0 yang telah diwartakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurus dan mengawal penggunaan bahan berhazard dan pekerjaan yang berkaitan dengannya dan pekerjaan yang telah dikenalpasti sebagai merbahaya kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 7
  • 8. Jadual 1.1 Contoh akta dan peraturan AKTA-AKTA DAN PERATURAN- PERATURAN HAZARD DAN PEKERJAAN Environment Quality, 127, 1974 dan Subsidiary Legislation Bahan toksik dan berjadual Akta Kilang dan Jentera, 139, 1967 Keselamatan dan kesihatan di kilang dan pengendalian jentera Akta Perlesenan Tenaga Atom, 304, 1984 dan peraturan-peraturannya Keselamatan dan Kesihatan menangani sinaran mengion Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan), 1984 Akta berhubung dengan keselamatan di dalam pengangkutan, penstoran dan penggunaan petroleum Akta Bekalan Elektrik, 447, 1990 Keselamatan elektrik Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994 dan Peraturan- peraturanya. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja Rajah 1.0 Sejarah perkembangan pengurusan keselamatan dan kesihatan di Malaysia 8
  • 9. 1.3 STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI Jadual 1.2 Bilangan kemalangan Mengikut Perusahaan –2000 (Sumber Perkeso : www.perkeso.gov.my/statistik/jadual5.htm) Perusahaan Bil. Kes dilaporka n HUK dilaporka n Maut Dilaporkan Bil. Kes dilaporkan L P PERTANIAN, PERHUTANAN & PERIKANAN i) Pertanian dan ternakan ii) Perhutanan & Pembalakan • Perhutanan • Pembalakan iii) Perikanan 10390 31 1437 35 867 3 318 2 62 0 51 2 6465 26 1385 30 3925 5 52 5 PERLOMBONGAN & KUARI 626 105 11 598 28 PERKILANGAN i) Perusahaan makanan, minuman dan tembakau ii) Perusahaan kulit, pakaian, tekstil iii) Kilang papan dan proses mengetam iv) Kilang papan dan bekas rotan v) Mengilang papan dan gabus vi) mengilang perabot dan kelengkapan vii) perusahaan kertas & percetakan viii) perusahaan bahan kimia 3017 2828 3956 273 938 3100 1826 5564 376 270 512 46 95 453 320 743 23 19 36 4 1 14 14 35 2566 1535 3253 215 788 2438 1492 4385 541 1393 703 58 150 662 334 117 9
  • 10. 1.3 STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI Jadual 1.2 Bilangan kemalangan Mengikut Perusahaan –2000 (Sumber Perkeso : www.perkeso.gov.my/statistik/jadual5.htm) Perusahaan Bil. Kes dilaporka n HUK dilaporka n Maut Dilaporkan Bil. Kes dilaporkan L P PERTANIAN, PERHUTANAN & PERIKANAN i) Pertanian dan ternakan ii) Perhutanan & Pembalakan • Perhutanan • Pembalakan iii) Perikanan 10390 31 1437 35 867 3 318 2 62 0 51 2 6465 26 1385 30 3925 5 52 5 PERLOMBONGAN & KUARI 626 105 11 598 28 PERKILANGAN i) Perusahaan makanan, minuman dan tembakau ii) Perusahaan kulit, pakaian, tekstil iii) Kilang papan dan proses mengetam iv) Kilang papan dan bekas rotan v) Mengilang papan dan gabus vi) mengilang perabot dan kelengkapan vii) perusahaan kertas & percetakan viii) perusahaan bahan kimia 3017 2828 3956 273 938 3100 1826 5564 376 270 512 46 95 453 320 743 23 19 36 4 1 14 14 35 2566 1535 3253 215 788 2438 1492 4385 541 1393 703 58 150 662 334 117 9