SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
Télécharger pour lire hors ligne
BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM
Kisah Luqman
Siapakah Luqman Al-Hakim
Luqman Al-Hakim ialah seorang hamba Allah yang soleh lagi bertakwa. Namanya
tercatat dalam Al-Quran. Beliau dianugerahi ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman
agama yang mendalam, serta kemuliaan dan kedudukan yang tinggi. Beliau hidup pada zaman
Nabi Daud A.S.. Beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau dan kisahnya menjadi
pengajaran dan teladan kepada manusia. Luqman amat prihatin ketika mendidik anaknya agar
anaknya dapat menjalani kehidupan berdasarkan syariat Allah.
Wasiat Luqman Buat Ibu Bapa – Suatu Renungan
Wasiat turut memainkan peranan yang penting dalam berdakwah. Para bapa memikul
tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga. Umum tidak mengetahui bahawa
wasiat yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu ‘teknik’ dalam
berdakwah. Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian, nescaya
anak-anak akan lahir sebagai Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T..
Abdul Rahman Hassan Al-Maidani berkata dalam bukunya ‘Fikh Dakwah’ bahawa
terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya
melalui ‘wasiat’. Bersama-samalah kita menilai wasiat tersebut yang mengandung 14
permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.
Permasalahan Pertama
Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah “Jangan Syirik kepada
Allah”. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah adalah kezaliman yang amat
besar. Mengapa? Kerana hal ini mengandung syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha
Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada Tuhan yang
©Sasbadi Sdn. Bhd. i
NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5
Muka Surat 31 (Info-Ekstra)
Bahan-bahan Suplemen
disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah dengan sesuatu
lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah dengan sesuatu
yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah yang dinamakan Syirik!!! Meskipun syirik
terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah tidak
akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian!
Syirik adalah sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di
tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapakah syirik dikatakan
zalim? Telah disepakati bahawa Allahlah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah jualah
yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah ini dengan sesuatu kuasa
yang lain? Jika ada dalam kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah dengan kuasa
yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!
Allah sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak
mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah
kezaliman, iaitu meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Inilah yang diperkatakan
melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:
"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya
mempersekutukan Allah itu adalah kezaliman yang amat besar".
Permasalahan Kedua
Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah atas anugerah nikmat-Nya
yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandung erti: Balasan perbuatan yang
indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur
ini ialah beribadah kepada-Nya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan,
mendekatkan diri kepada-Nya, menuntut keredaan-Nya, dan memuji-Nya serta menghadapkan
diri dengan berdoa kepada-Nya yang Maha Esa.
Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas
yang dipuji apabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak
melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah ini
dikaitkan dengan pembalasan pada hari Kiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah,
maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan seksaan di atas
©Sasbadi Sdn. Bhd. ii
NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5
Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
kekufuran dan keingkaran. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang
bermaksud:
"Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu
bapanya. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada-Ku tempat kembali".
Permasalahan Ketiga
Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibu bapa di atas susah payah dan
jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan
kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikanlah hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu
bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah
melahirkan anak, menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun, dan
mentarbiyah anak siang dan malam.
Sesungguhnya ketaatan kepada ibu bapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti
kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan
oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.
Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima
kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah. 'Logiklah' bahawa ucapan
terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula
buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta. Inilah yang diterangkan melalui ayat
14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu
bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan
dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu
bapamu! Kepada-Kulah tempat kembali".
Permasalahan Keempat
Luqman mendidik anaknya dengan menegah anaknya dari mentaati ibu bapa yang
mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah dan segala macam perbuatan maksiat yang
dilarang oleh Allah.
©Sasbadi Sdn. Bhd. iii
NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5
Muka Surat 31 (info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
Walau bagaimanapun, kita sebagai anak wajib melayani ibu bapa dalam suasana yang penuh
kebahagiaan dan kasih sayang. Setiap anak perlu melakukan kebaikan kepada ibu bapa seperti
menjaga hal ehwal kewangan, hormat-menghormati, dan berkhidmat kepada mereka. Inilah yang
diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
“ Dan kalau kedua-duanya memaksa engkau supaya menyekutukan Aku, apa yag tiada
engkau ketahui, janganlah dituruti, dan bergaullah dengan kedua-duanya di dunia ini
dengan secara patut”.
Permasalahan Kelima
Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali
bertaut kepada Allah dengan keimanan, ketaatan, dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah
anugerahkan nikmat kepada mereka). Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah
dan mereka yang sesat!
Mereka yang kembali kepada Allah ini terdiri dalam kalangan para rasul dan Nabi,
golongan yang benar, dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhlasan dalam
kalangan orang mukmin. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang
bermaksud:
"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepada-Ku".
Permasalahan Keenam
Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang hari kiamat,
urusan Al-Qadha, pembalasan amalan, serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan
menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara dalam menongkah arus dunia ini. Inilah yang
diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Nanti kamu akan kembali kepada-Ku dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang
telah kamu kerjakan".
Permasalahan Ketujuh
Luqman menerangkan kepada anaknya akan kesyumulan ilmu Allah yang melewati ilmu
©Sasbadi Sdn. Bhd. iv
NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5
Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
manusia. Allah S.W.T. bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang halangan. Allah
mendatangkan sesuatu yang diingini-Nya dari segenap tempat yang tidak mampu dilakukan oleh
makhluk.
Sesuatu kebaikan atau kejahatan, kezaliman, dan kesalahan yang diumpamakan seperti
seberat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang
tinggi seperti di atas langit, atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan
didatangkan oleh Allah S.W.T. jua pada hari kiamat untuk dihisab atau dihitung dan diberikan
ganjaran dosa atau pahala. Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang
bermaksud:
“Kata Luqman: Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan
ada (tersembunyi) dalam batu, di langit, atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah
dan Allah itu Maha Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Maha Mengetahui”.
Permasalahan Kelapan
Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat kerana solat merupakan suatu
kefarduan melalui utusan-Nya di bumi (dalam kalangan Nabi dan rasul). Selepas manusia
ditegah dari melakukan syirik dan ditakutkan dengan ilmu Allah dan Kudrat-Nya yang tidak
dapat ditandingi oleh sesiapa, datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang
serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid, antaranya termasuklah solat. Solat adalah tiang agama serta
dalil keimanan dan keyakinan hamba terhadap Ilahi. Solat sebagai jalan untuk mendekatkan diri
kepada Allah serta membantu mencegah kemungkaran, kekejian, dan dapat menyucikan diri.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
“Hai anakku! Dirikanlah solat”.
Permasalahan Kesembilan
Luqman menyuruh anaknya berbuat yang makruf (kebaikan) dan mencegah yang
mungkar. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan
mencegah kemungkaran adalah dari 'tugasan' yang terkandung dalam seruan Ilahi kepada Agama
Islam sejak dahulu lagi. Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk."
©Sasbadi Sdn. Bhd. v
NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5
Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
Permasalahan Kesepuluh
Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang
menimpa diri sama ada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri, harta, suami isteri. dan anak-
anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci
pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat, pemberi ingatan, pembaik pulih, dan
pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan apabila
pendakwah mengajak manusia kepada agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau
cabang-cabang kebaikan.
Dimulakan wasiat dengan arahan solat dan ditamatkan dengan arahan supaya bersabar.
Mengapa? Hal ini adalah kerana solat adalah tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya
ketaatan sepanjang masa.
Secara jelas dapat difahami bahawa sabar menahan musibah ini tergolong dalam 'perkara
yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman’. Inilah yang diterangkan melalui
ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau, sesungguhnya (sikap)
yang demikian itu termasuk perintah yang sungguh-sungguh".
Permasalahan Kesebelas
Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun
yang menunjukkan kesombongan dan ketinggian diri di depan manusia. Luqman berpesan agar
jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerana hal ini menunjukkan sifat
takabbur dan menghina (merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-
rendahkan seseorang. Jangan memaling muka, membantah, atau membangkang tanpa usul
periksa. Sentiasalah tawaduk (merendahkan diri), berlemah lembut, manis berbicara, senang
diajak berbicara, seronok diajak berbicara, riak muka yang gembira, ramah, dan menjadi
pendengar yang baik. Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan".
©Sasbadi Sdn. Bhd. vi
NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5
Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
Permasalahan Kedua Belas
Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan
menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had
di dalam pergerakannya dan membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana hal ini
mengandung ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Ciri-ciri ini menjadikan
orang yang gembira bersikap takabbur dan sombong yang melebihi had syarak. Inilah yang
diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai
sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri".
Permasalahan Ketiga Belas
Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu
perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga
menampakkan diri lemah semacam ingin dikatakan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga
menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana di sekeliling. Bersikap
sederhanalah dan sekata antara lambat dan laju merupakan tanda/lambang seseorang itu tenang,
berakal, dan cergas. Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan besederhanalah dalam berjalan".
Permasalahan Keempat Belas
Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari
mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk
keperluan. Diterangkan dalam wasiat ini, bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan
merupakan perkara yang dikutuk, dikecam, dan tidak disukai. Contoh yang akan diberikan dalam
ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar(keldai) kerana suara himar pada
awalnya suara mengeluh dan akhirnya menjadi suara menguak atau melalak.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan lembutkanlah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara
himar”.
©Sasbadi Sdn. Bhd. vii
NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5
Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
Kisah Luqman Buat Renungan
Moral dan Iktibar
1. Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang.
2. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
3. Pendapat dan komen masyarakat tidak boleh diikuti secara melulu, kecuali memang
ada asas dan kebenarannya.
©Sasbadi Sdn. Bhd. viii
Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari Luqman telah masuk ke dalam
pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikuti dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang pun berkata, “Lihat orang tua yang
tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”. Setelah
mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu
lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar
itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya enak menaiki
himar itu, sungguh kurang ajar anak itu”.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang
himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi,
“Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyeksakan himar itu”.
Oleh kerana tidak suka mendengar kata-kata orang, maka Luaman dan anaknya turun
dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki,
sedangkan himar tidak dikenderai”.
Mendengar kata-kata ini, Luqman pun memberitahu anaknya, “Beginilah keadaan
masyarakat. Mereka hanya pandai komen, pandai melihat kesalahan orang. Ada saja
yang tidak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka, rosaklah kita. Kita tidak boleh
terima pandangan mereka secara melulu.Kita tidak boleh terima pandangan mereka
secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang difikirkan baik
bagi kita. Jangan pedulikan komen mereka”.
NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5
Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
4. Pertimbangan mestilah berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.
Gambar Foto Makam Luqman Al-Hakim di Alex City, Egypt
©Sasbadi Sdn. Bhd. xi
NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5
Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen

Contenu connexe

Tendances

Pendidikan anak islami
Pendidikan anak islamiPendidikan anak islami
Pendidikan anak islamiAgus Salim
 
Video Motivasi Islami : Mendidik anak secara islami "Wajib Tau"
Video Motivasi Islami : Mendidik anak secara islami "Wajib Tau" Video Motivasi Islami : Mendidik anak secara islami "Wajib Tau"
Video Motivasi Islami : Mendidik anak secara islami "Wajib Tau" Bilik Kehidupan
 
Jurus jitu mendidik anak
Jurus jitu mendidik anakJurus jitu mendidik anak
Jurus jitu mendidik anakIlham Ismail
 
Majalah remaja muslim 7
Majalah remaja muslim 7Majalah remaja muslim 7
Majalah remaja muslim 7Rendra Visual
 
Contoh khutbah jumaat
Contoh khutbah jumaatContoh khutbah jumaat
Contoh khutbah jumaatkenza08
 
Ceramah agama tentang jasa seorang ibu
Ceramah agama tentang jasa seorang ibuCeramah agama tentang jasa seorang ibu
Ceramah agama tentang jasa seorang ibuSonin Saputra
 
! Meng ingat akherat - www.islamterbuktibenar.net
! Meng ingat akherat - www.islamterbuktibenar.net! Meng ingat akherat - www.islamterbuktibenar.net
! Meng ingat akherat - www.islamterbuktibenar.netNano Nani
 
! Aku dilanda cinta
! Aku dilanda cinta! Aku dilanda cinta
! Aku dilanda cintanie2t
 
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahiKunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahiJamhur Ilmi
 

Tendances (16)

Pendidikan anak
Pendidikan anakPendidikan anak
Pendidikan anak
 
Pendidikan anak islami
Pendidikan anak islamiPendidikan anak islami
Pendidikan anak islami
 
Kekuatan istigfar
Kekuatan istigfarKekuatan istigfar
Kekuatan istigfar
 
Video Motivasi Islami : Mendidik anak secara islami "Wajib Tau"
Video Motivasi Islami : Mendidik anak secara islami "Wajib Tau" Video Motivasi Islami : Mendidik anak secara islami "Wajib Tau"
Video Motivasi Islami : Mendidik anak secara islami "Wajib Tau"
 
Jurus jitu mendidik anak
Jurus jitu mendidik anakJurus jitu mendidik anak
Jurus jitu mendidik anak
 
Majalah remaja muslim 7
Majalah remaja muslim 7Majalah remaja muslim 7
Majalah remaja muslim 7
 
Pendidikan anak menurut islam
Pendidikan anak menurut islamPendidikan anak menurut islam
Pendidikan anak menurut islam
 
Cerita..
Cerita..Cerita..
Cerita..
 
Makalah pai
Makalah paiMakalah pai
Makalah pai
 
! Ikhlas
! Ikhlas! Ikhlas
! Ikhlas
 
Contoh khutbah jumaat
Contoh khutbah jumaatContoh khutbah jumaat
Contoh khutbah jumaat
 
Kunci rezeki
Kunci rezekiKunci rezeki
Kunci rezeki
 
Ceramah agama tentang jasa seorang ibu
Ceramah agama tentang jasa seorang ibuCeramah agama tentang jasa seorang ibu
Ceramah agama tentang jasa seorang ibu
 
! Meng ingat akherat - www.islamterbuktibenar.net
! Meng ingat akherat - www.islamterbuktibenar.net! Meng ingat akherat - www.islamterbuktibenar.net
! Meng ingat akherat - www.islamterbuktibenar.net
 
! Aku dilanda cinta
! Aku dilanda cinta! Aku dilanda cinta
! Aku dilanda cinta
 
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahiKunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
 

Similaire à Nasihat luqmanul hakim

Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinyaNasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinyaMuhsin Hariyanto
 
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)NurHaziqah35
 
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATAE book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATAkriptonium
 
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptxPPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptxLuthfi Izzulhaq
 
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13Muhsin Hariyanto
 
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakTanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakSalina Ahmad
 
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docxSKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docxSitiAzziraIdris
 
Kunci rezeki mempermudah hidup
Kunci rezeki mempermudah hidupKunci rezeki mempermudah hidup
Kunci rezeki mempermudah hidupIntan Aprilia
 
Kunci kuncir ezeki syaik hdrfadhlilahi
Kunci kuncir ezeki syaik hdrfadhlilahiKunci kuncir ezeki syaik hdrfadhlilahi
Kunci kuncir ezeki syaik hdrfadhlilahiAbdul H-u
 
Ahlak Kepada Allah dan Rasullulah
Ahlak Kepada Allah dan RasullulahAhlak Kepada Allah dan Rasullulah
Ahlak Kepada Allah dan RasullulahMuhamad Yogi
 
Kelebihan Ibu Mengandung
Kelebihan Ibu MengandungKelebihan Ibu Mengandung
Kelebihan Ibu Mengandungfrubo
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuncs7797
 

Similaire à Nasihat luqmanul hakim (20)

Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinyaNasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
 
Bersyukur kepada allah swt
Bersyukur kepada allah swtBersyukur kepada allah swt
Bersyukur kepada allah swt
 
Makalah pai
Makalah paiMakalah pai
Makalah pai
 
Ayat Hadis Ahkam
Ayat Hadis AhkamAyat Hadis Ahkam
Ayat Hadis Ahkam
 
Ayat hadis ahkam
Ayat hadis ahkamAyat hadis ahkam
Ayat hadis ahkam
 
Pendidikan anak menurut islam
Pendidikan anak menurut islamPendidikan anak menurut islam
Pendidikan anak menurut islam
 
Pendidikan anak menurut islam
Pendidikan anak menurut islamPendidikan anak menurut islam
Pendidikan anak menurut islam
 
Pendidikan anak menurut islam
Pendidikan anak menurut islamPendidikan anak menurut islam
Pendidikan anak menurut islam
 
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
 
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATAE book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
 
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptxPPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
 
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
 
AKHLAK UNIT 1.pptx
AKHLAK UNIT 1.pptxAKHLAK UNIT 1.pptx
AKHLAK UNIT 1.pptx
 
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakTanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
 
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docxSKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
 
Kunci rezeki mempermudah hidup
Kunci rezeki mempermudah hidupKunci rezeki mempermudah hidup
Kunci rezeki mempermudah hidup
 
Kunci kuncir ezeki syaik hdrfadhlilahi
Kunci kuncir ezeki syaik hdrfadhlilahiKunci kuncir ezeki syaik hdrfadhlilahi
Kunci kuncir ezeki syaik hdrfadhlilahi
 
Ahlak Kepada Allah dan Rasullulah
Ahlak Kepada Allah dan RasullulahAhlak Kepada Allah dan Rasullulah
Ahlak Kepada Allah dan Rasullulah
 
Kelebihan Ibu Mengandung
Kelebihan Ibu MengandungKelebihan Ibu Mengandung
Kelebihan Ibu Mengandung
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 

Dernier

TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMRiniGela
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptpalagoro17
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 

Dernier (20)

TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 

Nasihat luqmanul hakim

  • 1. BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM Kisah Luqman Siapakah Luqman Al-Hakim Luqman Al-Hakim ialah seorang hamba Allah yang soleh lagi bertakwa. Namanya tercatat dalam Al-Quran. Beliau dianugerahi ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, serta kemuliaan dan kedudukan yang tinggi. Beliau hidup pada zaman Nabi Daud A.S.. Beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau dan kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia. Luqman amat prihatin ketika mendidik anaknya agar anaknya dapat menjalani kehidupan berdasarkan syariat Allah. Wasiat Luqman Buat Ibu Bapa – Suatu Renungan Wasiat turut memainkan peranan yang penting dalam berdakwah. Para bapa memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga. Umum tidak mengetahui bahawa wasiat yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu ‘teknik’ dalam berdakwah. Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian, nescaya anak-anak akan lahir sebagai Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.. Abdul Rahman Hassan Al-Maidani berkata dalam bukunya ‘Fikh Dakwah’ bahawa terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui ‘wasiat’. Bersama-samalah kita menilai wasiat tersebut yang mengandung 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini. Permasalahan Pertama Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah “Jangan Syirik kepada Allah”. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana hal ini mengandung syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada Tuhan yang ©Sasbadi Sdn. Bhd. i NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5 Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
  • 2. disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah yang dinamakan Syirik!!! Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian! Syirik adalah sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapakah syirik dikatakan zalim? Telah disepakati bahawa Allahlah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah jualah yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada dalam kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!! Allah sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman, iaitu meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud: "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu adalah kezaliman yang amat besar". Permasalahan Kedua Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandung erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepada-Nya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepada-Nya, menuntut keredaan-Nya, dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepada-Nya yang Maha Esa. Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji apabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah ini dikaitkan dengan pembalasan pada hari Kiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah, maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan seksaan di atas ©Sasbadi Sdn. Bhd. ii NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5 Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
  • 3. kekufuran dan keingkaran. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud: "Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada-Ku tempat kembali". Permasalahan Ketiga Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibu bapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikanlah hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak, menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun, dan mentarbiyah anak siang dan malam. Sesungguhnya ketaatan kepada ibu bapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu. Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta. Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud: "Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu! Kepada-Kulah tempat kembali". Permasalahan Keempat Luqman mendidik anaknya dengan menegah anaknya dari mentaati ibu bapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang oleh Allah. ©Sasbadi Sdn. Bhd. iii NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5 Muka Surat 31 (info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
  • 4. Walau bagaimanapun, kita sebagai anak wajib melayani ibu bapa dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Setiap anak perlu melakukan kebaikan kepada ibu bapa seperti menjaga hal ehwal kewangan, hormat-menghormati, dan berkhidmat kepada mereka. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud: “ Dan kalau kedua-duanya memaksa engkau supaya menyekutukan Aku, apa yag tiada engkau ketahui, janganlah dituruti, dan bergaullah dengan kedua-duanya di dunia ini dengan secara patut”. Permasalahan Kelima Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah dengan keimanan, ketaatan, dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah anugerahkan nikmat kepada mereka). Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah dan mereka yang sesat! Mereka yang kembali kepada Allah ini terdiri dalam kalangan para rasul dan Nabi, golongan yang benar, dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhlasan dalam kalangan orang mukmin. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud: "Dan turutlah jalan orang yang kembali kepada-Ku". Permasalahan Keenam Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang hari kiamat, urusan Al-Qadha, pembalasan amalan, serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara dalam menongkah arus dunia ini. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud: "Nanti kamu akan kembali kepada-Ku dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan". Permasalahan Ketujuh Luqman menerangkan kepada anaknya akan kesyumulan ilmu Allah yang melewati ilmu ©Sasbadi Sdn. Bhd. iv NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5 Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
  • 5. manusia. Allah S.W.T. bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang halangan. Allah mendatangkan sesuatu yang diingini-Nya dari segenap tempat yang tidak mampu dilakukan oleh makhluk. Sesuatu kebaikan atau kejahatan, kezaliman, dan kesalahan yang diumpamakan seperti seberat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti di atas langit, atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah S.W.T. jua pada hari kiamat untuk dihisab atau dihitung dan diberikan ganjaran dosa atau pahala. Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud: “Kata Luqman: Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tersembunyi) dalam batu, di langit, atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Maha Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Maha Mengetahui”. Permasalahan Kelapan Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat kerana solat merupakan suatu kefarduan melalui utusan-Nya di bumi (dalam kalangan Nabi dan rasul). Selepas manusia ditegah dari melakukan syirik dan ditakutkan dengan ilmu Allah dan Kudrat-Nya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa, datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid, antaranya termasuklah solat. Solat adalah tiang agama serta dalil keimanan dan keyakinan hamba terhadap Ilahi. Solat sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah serta membantu mencegah kemungkaran, kekejian, dan dapat menyucikan diri. Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: “Hai anakku! Dirikanlah solat”. Permasalahan Kesembilan Luqman menyuruh anaknya berbuat yang makruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah dari 'tugasan' yang terkandung dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam sejak dahulu lagi. Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk." ©Sasbadi Sdn. Bhd. v NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5 Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
  • 6. Permasalahan Kesepuluh Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri sama ada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri, harta, suami isteri. dan anak- anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat, pemberi ingatan, pembaik pulih, dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan. Dimulakan wasiat dengan arahan solat dan ditamatkan dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Hal ini adalah kerana solat adalah tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa. Secara jelas dapat difahami bahawa sabar menahan musibah ini tergolong dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman’. Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau, sesungguhnya (sikap) yang demikian itu termasuk perintah yang sungguh-sungguh". Permasalahan Kesebelas Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongan dan ketinggian diri di depan manusia. Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerana hal ini menunjukkan sifat takabbur dan menghina (merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah- rendahkan seseorang. Jangan memaling muka, membantah, atau membangkang tanpa usul periksa. Sentiasalah tawaduk (merendahkan diri), berlemah lembut, manis berbicara, senang diajak berbicara, seronok diajak berbicara, riak muka yang gembira, ramah, dan menjadi pendengar yang baik. Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud: "Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan". ©Sasbadi Sdn. Bhd. vi NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5 Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
  • 7. Permasalahan Kedua Belas Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya dan membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana hal ini mengandung ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Ciri-ciri ini menjadikan orang yang gembira bersikap takabbur dan sombong yang melebihi had syarak. Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud: "Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri". Permasalahan Ketiga Belas Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah semacam ingin dikatakan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana di sekeliling. Bersikap sederhanalah dan sekata antara lambat dan laju merupakan tanda/lambang seseorang itu tenang, berakal, dan cergas. Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan besederhanalah dalam berjalan". Permasalahan Keempat Belas Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan. Diterangkan dalam wasiat ini, bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk, dikecam, dan tidak disukai. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar(keldai) kerana suara himar pada awalnya suara mengeluh dan akhirnya menjadi suara menguak atau melalak. Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan lembutkanlah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar”. ©Sasbadi Sdn. Bhd. vii NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5 Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
  • 8. Kisah Luqman Buat Renungan Moral dan Iktibar 1. Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang. 2. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. 3. Pendapat dan komen masyarakat tidak boleh diikuti secara melulu, kecuali memang ada asas dan kebenarannya. ©Sasbadi Sdn. Bhd. viii Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari Luqman telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikuti dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang pun berkata, “Lihat orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”. Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya enak menaiki himar itu, sungguh kurang ajar anak itu”. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyeksakan himar itu”. Oleh kerana tidak suka mendengar kata-kata orang, maka Luaman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar tidak dikenderai”. Mendengar kata-kata ini, Luqman pun memberitahu anaknya, “Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen, pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tidak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka, rosaklah kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu.Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang difikirkan baik bagi kita. Jangan pedulikan komen mereka”. NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5 Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen
  • 9. 4. Pertimbangan mestilah berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi. Gambar Foto Makam Luqman Al-Hakim di Alex City, Egypt ©Sasbadi Sdn. Bhd. xi NEXUS SPM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & 5 Muka Surat 31 (Info-Ekstra) Bahan-bahan Suplemen