2. Definisi
• Puisi berasal daripada bahasa Latin dari
kata poeta, yang artinya membangun,
menyebabkan, menimbulkan, menyair
• Bentuk karangan yang terikat atau tidak
terikat oleh rima, ritma dan jumlah baris
• Ditandai oleh bahasa yang padat
9. Tema
• persoalan pokok atau idea utama yang ingin disampaikan oleh
penyajak.
• pengalaman hidup yang ditempuhi atau dilihat oleh penyajak
dalam kehidupan sehariannya.
Contoh:
•cinta atau kasih sayang
•keluarga
•agama
•masyarakat
•alam sekitaran, dan sebagainya
10. Nada
• Nada ialah perasaan yang timbul dalam sajak.
• Ia berkait rapat dengan tujuan sajak itu ditulis.
Contoh:
• Nada protes: marah dan ingin memberontak
• Sinis: tidak senang akan sesuatu/ seseorang
• Melankolik: sedih
• Nostalgis: rindu
• Romantis: tenang atau ada rasa cinta
11. Pengajaran
• Nilai positif yang dapat dapat diraih oleh pembaca
Contoh:
• Hormat-menghormati
• Berjimat-cermat
• Rajin berusaha
• Berterima kasih kepada manusia, bersyukur kepada Tuhan
• Insaf
dan sebagainya.
12. Kupasan sajak dari aspek tema, nada
dan pengajaran
Sajak: ‘Seorang Guru Tua’
13. Seorang Guru Tua
Guruku yang baik
Masih lagi mengajar
Sedang aku kini sudah besar
Dulu wajahnya muda
Kini rambut memutih kepala
Ada anak-anak muridnya
Sudah menjadi menteri
Ada anak-anak muridnya
Kini memegang jawatan tinggi
Tidak kurang pula bergelar usahawan berjaya
14. Tema
• Tema: Kegigihan seorang guru
• penyajak menaikkan darjat seorang guru kerana dia telah mendidik
anak muridnya sehingga mereka berjaya
• guru yang masih gigih mengajar walaupun sudah bertahun-tahun
menjalankan tanggungjawab itu
• guru banyak berbakti pada masyarakat supaya masa depan anak bangsa
terjamin
• mengingatkan pembaca kepada peranan penting seorang guru dalam
masyarakat
15. Persoalan
• Tanggungjawab seorang guru
• mendidik anak bangsa ialah sebuah tanggungjawab yang berat
• seorang guru harus tetap menjalankan tugasnya dengan gigih
kerana mendidik merupakan satu amanah
• Pentingnya ilmu pengetahuan
• ilmu pengetahuan penting untuk menjamin masa depan yang
cerah
• orang yang berpendidikan tinggi boleh mencapai apa sahaja yang
dia cita-citakan.
16. Nada
• Nada: Romantis
• melahirkan rasa kasih sayang dan hutang budi kepada
manusia yang bergelar guru
• memperlihatkan keperibadian seorang guru yang seperti
lilin memberi cahaya; berkorban demi anak didik yang
tercinta
• penyajak menyeru kepada semua untuk mengingati jasa
guru
17. Pengajaran
• Berterima kasih
• kita harus berterima kasih atas segala pengorbanan guru-
guru kita
• tunjukkan rasa kasih dan hormat pada mereka.
• kita harus menyedari dan menginsafi kepayahan guru yang
bersusah-payah mendidik kita
• Guru sanggup memenuhi segala keperluan anak murid
walaupun terpaksa bersusah payah
• Guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk
mendidik
19. Apakah itu deklamasi?
• membaca puisi dengan lagu atau gerak tubuh
sebagai alat bantu
• gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat
bantu yang puitis, yang seirama dengan isi
bacaan
• mendeklamasikan puisi dengan menggunakan
ketinggian suara dan irama yang sesuai
20. Mengenalpasti nada puisi
• Nada berkaitan dengan perasaan yang ingin disampaikan oleh
penyajak dalam sajaknya.
• Deklamator harus menilai apakah nada sajak yang dipilih.
• Kalau sajak yang dipilih itu mengandung kepahlawanan,
keberanian dan kegagahan, maka kita harus
mendeklamasikan puisi tersebut dengan perasaan dan
perbuatan, yang menunjukkan seorang pahlawan, seorang
yang gagah berani.
21. Cara-cara lain mendeklamasi sajak
Mestamu
• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
• Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan
seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
• Murid lebih mudah mengingati sajak
• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair,
gurindam, dan seloka.
22. Cara-cara lain mendeklamasi sajak
Dekon
• Seorang murid mendeklamasikan sajak
• Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang
sesuai dengan maksud sajak
• Murid lebih mudah mengingati sajak