1. Sebuah cerita tentang sepasang suami isteri miskin bernama Pak Cik Din dan Mak Cik Kiah yang hidup dengan menjual sayur.
2. Pak Cik Din bermimpi disuruh pergi ke bawah jambatan dan menemukan karung berisi kalung emas.
3. Karung itu ternyata memiliki tulisan yang menunjukkan ada karung lain di bawahnya, yang kemudian ditemukan berisi harta karun. Keluarga itu pun menjadi kaya.
1. Assalammualaikum dan salam satu malaysia,
Kepada barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-
rakan yang saya kasihi sekalian.
Sidang hadirin,
Pada zaman dahulu ,di sebuah kampung hiduplah sepasang suami isteri
yang sangat miskin. Suaminya bernama Pak Cik Din manakala isterinya Mak
Cik Kiah. Mereka mencari rezeki dengan menjual sayur. Pak Cik Din dan Mak
Cik Kiah mempunyai lima orang anak.
Setiap hari, hasil jualan sayur mereka tidak mencukupi untuk
menampung perbelanjaan seharian sehingga anak mereka selalu menangis
kelaparan. Pak Cik Din bingung kerana dia hanya mempunyai kebun untuk
ditanam sayur. Apa lagi yang harus dia lakukan? Mak Cik Kiah pula hanya
mampu bersabar menghadapi dugaan tersebut.
Pada suatu malam, Pak Cik Din bermimpi didatangi seorang tua
berambut putih. Orang tua itu berkata, “ Hai anakku, pergilah kamu ke
jambatan itu, kelak kamu akan berjumpa sebuah karung dibawahnya”.
Selesai sahaja orang tua itu berkata demikian, Pak Cik Din pun terjaga.
Dia terus mendapatkan Mak Cik Kiah lalu menceritakan tentang mimpinya
itu.
2. “ Ah, it ukan hanya mimpi sahaja, bang. Mana mungkin akan menjadi
kenyat aan,” jawab Mak Cik Kiah sambil mencebik.
“Tidak, mimpi itubiasanya benar”, kata Pak Cik Din pula. Sudahlah,
jangan suka berangan, lebih baik kita bekerja”, bantah Mak Cik Kiah.
Apabila Pak Cik Din mendengar kata-kata isterinya itu, dia tidak
hiraukan mimpinya lagi.
Namun, pada malam berikutnya dia bermimpi lagi. Dia mendengar
suara orang tua itu menyuruhnya pergi ke bawah jambatan itu.
Pak Cik Din pun terjaga daripada tidur. Dia segera mempercayainya.
Keesokan harinya Pak Cik Din pun pergilah kearah jambatan yang terletak
di hujung kampung. Sesampainya di sana, dia segera melihat ke bawah
jambatan. Dilihatnya ada sebuah karung berwarna kusam terbiar di situ. Dia
pun segera mengambilnya lalu membawanya pulang.
Setiba di rumah ,Pak Cik Din pun menceritakan kepada isterinya apa
yang telah dilakukannya hari itu. Mak Cik Kiah mencemuhnya tetapi ketika
Pak Cik Din membuka karung itu, mereka terkejut kerana ia berisi kalung
emas.
Jumlahnya sangat banyak. Pak Cik Din dan Mak Cik Kiah
kebingungan, tetapi mereka berusaha menenangkan diri masing-masing.
“Bang, kita akan kaya,anak-anak t idak akan kelaparan lagi” kata Mak Cik
Kiah gembira.
3. “Tet api, janganlah kita tergopoh-gapah, takut ada pencuri yang
mendengarnya. Marilah kita simpam karung ini ke t empat yang selamat,”
kata Pak Cik Din.
Karung itu diletakkannya di tempat yang selamat berhampiran
dengan barang-barang yang rosak dibahagian dapur.tiba-tiba dia terlihat
ada tulisan di karung itu,tetapi dia tidak pandai membaca.
Pada suatu hari datanglah Haji Nik , guru agama yang terkenal di
kampungnya. Dia hendak membeli sayur-sayuran daripada Pak cik Din. Haji
Nik terasa dahaga,lalu dia meminta kepada air. Lalu dia pun mengikut Pak
Cik Din ke dapur. Dia terpandang karung yang sangat aneh.
“Din , mana kamu dapat karung ini ?”tanya Haji Nik.
“oh, karung ini suadah lama, buruk dan kusam,” ujar Pak Cik Din.
Haji Nik segera membali-balikkan karing itu. Tiba-tiba dia terbaca tulisan
yang tertera di bawah karung tersebut.
“Din kamu t idak membaca tulisan inikah?” Tanya Haji Nik.
“Oh ya,saya t ak pandai membaca,tetapi saya nampak ada t ulisan,” jawab
Pak Cik Din.
“Tulisan ini mengatakan di bawah karung ini masih ada lagi karung yang
lain” kata Haji Nik.
Pak Cik Din terkejut tetapi dia cuba tidak memperlihatkan perubahan
wajahnya.
4. Setelah Haji Nik pergi, Pak Cik Din dan isterinya pergi semula ke tempat
pertemuan karung itu.
Dia teringat kata-kata Haji Nik bahawa di bawah karung ini masih ada
karung yang lain lagi.
Pak Cik Din pun segera pergi ke tempat yang dimaksudkan. Mereka segera
mengali dan didapati ada karung yang sangat besar. Mereka sangat
gembira.
“ Wah t entukita akan menjadi kaya raya,” kata Pak Cik Din. “tetapi kita
mesti membantu anak yatim,fakir miskin dan orang susah.”
“Bet ul, kata awak,” jawab Mak Cik Kiah.
Sejak hari itu Pak Cik Din dan keluarga hidup mewah tetapi mereka tidak
sombong dan selalu membantu orang yang dalam kesusahan.Sekarang
hidup mereka tidak lagi susah seperti dahulu.