1. Model permintaan dan penawaran menerangkan interaksi dalam pasaran untuk
sesuatu barangan di antara pengeluar dan pengguna, dan hubungannya dengan harga dan
penawaran barangan itu. Ia merupakan model asas mikroekonomi dan digunakan untuk menjelaskan
beberapa senario, dan juga sebagai konsep asas untuk berbagai-bagai model perekonomian dan
teori yang lain. Ia asalnya diterangkan oleh Antoine Augustin Cournot, dan dipopularkan oleh Alfred
Marshall.
Model ini meramalkan bahawa dalam sebuah pasaran bebas yang sempurna, harga berfungsi untuk
menyeimbangkan jumlah diperlukan oleh pengguna dan jumlah dibekal oleh pengeluar dalam
menghasilkan sebuah ekonomi seimbang.