SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
CORETAN KENANGAN
Ruangan ADILA Radio Klasik Nasional Menggamit Kenangan ini amat tepat dengan minat dan jalan
hidupku. Jadi, inginlah aku berkongsi denyut nadi kenangan hidupku sejak kecil bersama-sama
dengan tujuh orang adik-beradikku, seorang ibu dan seorang ayah. Aku anak yang keempat. Di atasku
yang sulung seorang lelaki yang kami panggil abang. Anak kedua perempuan yang kami panggil kak
nik. Yang ketiga perempuan, aku dan tiga orang adik perempuanku. Tujuh orang semuanya adik –
beradikku iaitu seorang lelaki dan enam orang perempuan.
Ayahku seorang penarik beca. Itulah pekerjaan ayahku yang tertulis di sijil lahirku. Selain itu pada
masa musim menanam padi, ayah dan ibu tetap turun ke sawah mengerjakan 4 petak kecil sawah
kepunyaan mereka sendiri. Hasil padi daripada penanaman dua kali setahun itu dapatlah
menampung keperluan beras setahun kami sekeluarga. Maknanya aku dan adik-beradik dapat makan
nasi beras baru hasil titik peluh ayah dan ibu kami sendiri. Ayah juga ada memelihara lembu. Biasalah
orang kampung; binatang ternakan terutama lembu tidak berpisah daripada cara hidup mereka.
Ibu pula selain menjadi suri rumah, tetap gigih berusaha menambah pendapatan kami sekeluarga.
Macam-macam pekerjaan yang ibu lakukan asalkan halal demi memberi pelajaran kepada kami. Ibu
pandai membuat kuih untuk jualan yang diletak di kedai-kedai kopi sekitar kampung kami. Kuih
buatan ibu sedap, kata orang kampung. Suatu ketika ibu juga pernah menjadi peraih barangan
daripada Pekan Golok (barangan daripada Siam). Sekitar tahun 70-an dahulu wanita-wanita Kelantan
ramai berniaga sebagai peraih.
Hasil kegigihan ayah dan ibu mencari nafkah itu, maka dapatlah kami bersekolah. Hal ini amat baik
jika dibandingkan dengan anak-anak orang lain pada masa itu di kampung kami yang ramai tercicir
daripada alam persekolahan. Maka aku adik-beradik amat bersyukur kerana ayah dan ibu
mempunyai kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan sanggup berkorban apa sahaja
bagi memastikan kami dapat pergi ke sekolah.
Aku masih ingat ketika akan masuk ke darjah 2 awal tahun 70-an dahulu, aku menemani ibu ke
rumah beberapa orang kampung semata-mata untuk membeli buku-buku terpakai anak-anak
mereka. Pada masa itu Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) belum ada lagi. Ibu tidak malu malahan
berbangga kerana kami bukan meminta percuma, sekadar mencari harga yang lebih murah daripada
yang sudah terpakai.
Abang sulungku diberi sepenuh perhatian oleh ayahku, maklumlah anak pertama, lelaki pula.
Tambahan lagi abang ada penyakit yang dihidapnya sejak lahir iaitu paru-paru berlubang. Penyakit
abang itu menyebabkan dia tidak boleh bergerak lasak atau bekerja kuat. Jika digagahkan juga,
seluruh anggota abang akan menjadi biru kerana kekurangan oksigen. Takut kami dibuatnya
almaklumlah pada masa itu bukan calang-calang hendak ke hospital. Abang juga sering demam.
Abang seorang yang bijak dalam pelajaran tetapi akibat penyakitnya itu, sedikit sebanyak
mengganggu pelajarannya. Abang tidak lama dipinjamkan kepada kami. Hanya 3 tahun sempat
menyumbang tenaga sebagai teknisyen di JKR Kota Bharu. Akhirnya abang pergi meninggalkan kami
kerana satu penyakit misteri dalam usia 27 tahun. Ibu dan ayah belum sempat melihat abang
bersanding di pelamin. Sedangkan abang sering menjadi jurufoto orang kahwin dan macam-macam
kepandaian abang yang berkaitan dengan urusan perkahwinan. Tiadalah sudah satu-satunya anak
lelaki ibu dan ayah. Tinggallah kami enam beradik yang kesemuanya perempuan.
Itu kisah duka abang sulungku. Ini pula kisah sedih dan lara Kak Nik iaitu anak kedua dalam keluarga
kami. Setelah ibu mengambil keputusan untuk menjadi peraih, maka timbul masalah untuk mencari
pengasuh kepada adik ketigaku yang berumur tidak sampai setahun ketika itu. Fikir punya fikir, ibu
dan ayah mengambil keputusan drastik untuk memberhentikan persekolahan Kak Nik walaupun
dalam keadaan amat berat hati. Kak Nik reda menjadi korban demi masa depan adik-adiknya yang
lain, walaupun Kak Nik maju dalam pelajarannya. Pada masa itu Kak Nik baru masuk darjah enam.
Kak nik menangis kerana sedih dan kecewa diberhentikan sekolah. Namun, kak nik tidak sekali-kali
melawan kata-kata ibu dan ayah. Kesian kak nik, dalam umur 12 tahun sudah terpaksa menjadi
pembantu rumah, pengasuh adik kecil dan menjaga makan minum adik-adik yang lain semasa ibu
dan ayah keluar bekerja. Aku sangat sayang dan kagum dengan kak nik yang walaupun hatinya
hancur namun tetap reda dengan nasib dirinya.
Kakak keduaku pula yang kupanggil Kak Lang merupakan pelajar terpintar di sekolahnya hatta di
daerah kami. Selepas SRP, Kak Lang diterima memasuki sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala
Lumpur. Wah...........gah satu kampung kami kerana Kak Lang lah budak perempuan pertama di
kampungku yang berjaya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh, di Kuala Lumpur pulak tu. Satu
kampung datang berziarah ketika Kak Lang hendak naik keretapi untuk ke Kuala Lumpur. Bangga
betul rakan-rakan, guru-guru, saudara-mara dan orang kampung dengan kejayaan Kak Lang.
Ibu semakin kuat bekerja untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak terutama Kak Lang.
Maklumlah belajar jauh tidak sama dengan belajar di kampung dan tinggal pula bersama ibu dan
ayah. Akulah tempat luahan hati ibu jika beliau menghadapi masalah kewangan. Kak Lang selalu juga
mengirim surat meminta itu ini. Pernah suatu malam gelap aku menemani ibu ke rumah seorang
guru untuk mengutip hutang kedai. Apa-apapun Kak Lang maju dalam pelajaran dan sering mendapat
pencapaian terbaik. Walaupun anak kampung, dia masih berjaya mengalahkan anak-anak Kuala
Lumpur.
Ketika di Kuala Lumpur, Kak Lang mulai terpengaruh dengan fahaman sesat sebuah jamaah yang kini
telah diharamkan. Selepas itu Kak Lang terjebak pula dengan sebuah jamaah lain yang lebih ekstrim.
Kak Lang sudah berubah 100 %. Ketika di tahun pertama universiti, Kak Lang menyatakan hasratnya
untuk berkahwin kerana katanya ustaz ketua jamaah sudah menetapkan pasangan hidup untuknya.
Anak gadis tidak elok lama membujang, katanya lagi. Terduduk ibu dan ayahku dibuatnya.
“Sepatutnya belajarlah habis dulu, lepas tu nak kahwin, kahwinlah.....kita bukan orang senang,” kata
ayah dengan nada sedih. Terasa harapan ayah sedikit kurang semangat untuk melihat kejayaan
anaknya yang pintar itu. Ibu dan ayah tidak dapat berbuat apa-apa kerana Kak Lang tetap berkeras
hendak berkahwin.
Tidak lama selepas berkahwin, Kak Lang membuat kejutan sekali lagi kerana tidak mahu meneruskan
pengajiannya di universiti. Orang perempuan tidak elok bekerja katanya, terutama makan gaji
dengan kerajaan, haram....... “Masya Allah.............. “ keluh ibu, ayah dan semua orang yang
mendengarnya.
Ketika menunggu keputusan STPM, aku berkunjung ke rumah sewa Kak Lang di Kuala Lumpur. Ketika
itu pelajar universiti sedang menghadapi peperiksaan. Kulihat Kak Lang releks sahaja walaupun pada
hari esok dia ada kertas peperiksaan. Berlainan daripada sifat biasa dia yang kukenal iaitu tidak akan
tidur malam kerana membuat persediaan untuk peperiksaan.
Rupa-rupanya itulah rancangan Kak Lang untuk berhenti belajar iaitu dengan menggagalkan dirinya
dalam peperiksaan. “Hummmmm............,nekad sungguh dia, sampai hati mengecewakan ibu dan
ayah di kampung”aku mengeluh panjang.
Setelah menerima surat daripada universiti bahawa Kak Lang gagal dalam peperiksaan, ayah dan ibu
seminggu tidak dapat tidur malam. Kesian ayah..... . Orang kampungpun sosek-sosek bercerita
tentang hal itu tanpa dapat kami halang.
Kini, tanggungjawab untuk membantu ibu dan ayah sudah terletak di batu jemala aku. Aku tidak akan
mengecewakan ibu dan ayahku lagi. Adik-adikkupun tidak akan kubiarkan bertindak seperti kakakku
yang seorang itu. Akhirnya aku dan tiga orang adikku semuanya menjadi guru berkelulusan universiti
dan maktab perguruan. Ayah sempat merasa gaji kami sebelum dia pergi menemui Ilahi 12 tahun
lalu. Kini tinggallah ibu seorang yang kelihatan sudah semakin dimakan usia walaupun tidak
menghadapi apa-apa penyakit.
IBU, KAULAH RATU HATI KAMI.............MAAFKAN KAMI IBU DAN AYAH, YA ALLAH , KAUAMPUNILAH
DOSA-DOSA MEREKA DAN DOSA-DOSA KAMI YANG SELAMA INI TERLALU BANYAK MENYUSAHKAN
MEREKA. TERIMA KASIH IBU DAN AYAH KERANA TELAH BERJAYA MENJADIKAN KAMI MANUSIA
BERGUNA.

Catatan rasa: Cikgu Efdi 06/12/13 ~ untuk siaran, terima kasih Puan DJ.....

###LAGU2 KENANGAN SAYA: SAYA SUKA SEMUA LAGU NYANYIAN AHMAD JAIS DAN SANISAH HURI.
TERPULANG KPD PIHAK RADIO KLASIK ASALKAN SESUAI.##

Nama dan alamat sebenar: (tolong jgn siarkan)
FARIDAH BT DAUD,
376, TAMAN MEGAH JAYA,
KG.KUBANG PAK AMIN,
17000 PASIR MAS, KELANTAN.
0199053516.
KENANGAN KELUARGA

Contenu connexe

Tendances

Alinalisis cerpen
Alinalisis cerpenAlinalisis cerpen
Alinalisis cerpenDek Matang
 
Cintaku Bersemi di Kota Bali
Cintaku Bersemi di Kota BaliCintaku Bersemi di Kota Bali
Cintaku Bersemi di Kota Balifrda arumitha
 
Cerpen "Cinta salah benci juga salah" by Mardhatillah
Cerpen "Cinta salah benci juga salah" by MardhatillahCerpen "Cinta salah benci juga salah" by Mardhatillah
Cerpen "Cinta salah benci juga salah" by MardhatillahMardhatillah Ibrahim
 
Matahari terbit diufuk timur sinarnya memancar di jendela kamarku
Matahari terbit diufuk timur sinarnya memancar di jendela kamarkuMatahari terbit diufuk timur sinarnya memancar di jendela kamarku
Matahari terbit diufuk timur sinarnya memancar di jendela kamarkuvanijuniwati
 
Cerita singkat perjalanan hidup dan pendidikan abdul latif
Cerita singkat perjalanan hidup dan pendidikan abdul latifCerita singkat perjalanan hidup dan pendidikan abdul latif
Cerita singkat perjalanan hidup dan pendidikan abdul latifLatief Nagan
 
Cerpen indo
Cerpen indoCerpen indo
Cerpen indo26765422
 
Cinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuCinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuHeni Handayani
 
Presentation1 ( cerpen , novel, roman)
Presentation1 ( cerpen , novel,  roman) Presentation1 ( cerpen , novel,  roman)
Presentation1 ( cerpen , novel, roman) Ardabellaviescha
 
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanCerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanIrfan Rosyidin
 
Impian seorang mahasiswi
Impian seorang mahasiswiImpian seorang mahasiswi
Impian seorang mahasiswiPT. SASA
 
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartikaYou Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartikaMakmun Rasyid
 

Tendances (20)

Alinalisis cerpen
Alinalisis cerpenAlinalisis cerpen
Alinalisis cerpen
 
Blog faizal
Blog faizalBlog faizal
Blog faizal
 
Cintaku Bersemi di Kota Bali
Cintaku Bersemi di Kota BaliCintaku Bersemi di Kota Bali
Cintaku Bersemi di Kota Bali
 
Warkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibuWarkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibu
 
Cerpen "Cinta salah benci juga salah" by Mardhatillah
Cerpen "Cinta salah benci juga salah" by MardhatillahCerpen "Cinta salah benci juga salah" by Mardhatillah
Cerpen "Cinta salah benci juga salah" by Mardhatillah
 
Matahari terbit diufuk timur sinarnya memancar di jendela kamarku
Matahari terbit diufuk timur sinarnya memancar di jendela kamarkuMatahari terbit diufuk timur sinarnya memancar di jendela kamarku
Matahari terbit diufuk timur sinarnya memancar di jendela kamarku
 
Cerita singkat perjalanan hidup dan pendidikan abdul latif
Cerita singkat perjalanan hidup dan pendidikan abdul latifCerita singkat perjalanan hidup dan pendidikan abdul latif
Cerita singkat perjalanan hidup dan pendidikan abdul latif
 
Cerpen 1 pop
Cerpen 1 popCerpen 1 pop
Cerpen 1 pop
 
Cerpen indo
Cerpen indoCerpen indo
Cerpen indo
 
Cinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuCinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktu
 
Presentation1 ( cerpen , novel, roman)
Presentation1 ( cerpen , novel,  roman) Presentation1 ( cerpen , novel,  roman)
Presentation1 ( cerpen , novel, roman)
 
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanCerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
 
Cerita nyata seorang gadis
Cerita nyata seorang gadisCerita nyata seorang gadis
Cerita nyata seorang gadis
 
Impian seorang mahasiswi
Impian seorang mahasiswiImpian seorang mahasiswi
Impian seorang mahasiswi
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Petikan cerita
Petikan ceritaPetikan cerita
Petikan cerita
 
Autobiografi
AutobiografiAutobiografi
Autobiografi
 
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartikaYou Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
 
BM TAHUN 5
BM TAHUN 5BM TAHUN 5
BM TAHUN 5
 

En vedette

What Makes Great Infographics
What Makes Great InfographicsWhat Makes Great Infographics
What Makes Great InfographicsSlideShare
 
10 Ways to Win at SlideShare SEO & Presentation Optimization
10 Ways to Win at SlideShare SEO & Presentation Optimization10 Ways to Win at SlideShare SEO & Presentation Optimization
10 Ways to Win at SlideShare SEO & Presentation OptimizationOneupweb
 
Masters of SlideShare
Masters of SlideShareMasters of SlideShare
Masters of SlideShareKapost
 
STOP! VIEW THIS! 10-Step Checklist When Uploading to Slideshare
STOP! VIEW THIS! 10-Step Checklist When Uploading to SlideshareSTOP! VIEW THIS! 10-Step Checklist When Uploading to Slideshare
STOP! VIEW THIS! 10-Step Checklist When Uploading to SlideshareEmpowered Presentations
 
How To Get More From SlideShare - Super-Simple Tips For Content Marketing
How To Get More From SlideShare - Super-Simple Tips For Content MarketingHow To Get More From SlideShare - Super-Simple Tips For Content Marketing
How To Get More From SlideShare - Super-Simple Tips For Content MarketingContent Marketing Institute
 
How to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksHow to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksSlideShare
 

En vedette (7)

What Makes Great Infographics
What Makes Great InfographicsWhat Makes Great Infographics
What Makes Great Infographics
 
10 Ways to Win at SlideShare SEO & Presentation Optimization
10 Ways to Win at SlideShare SEO & Presentation Optimization10 Ways to Win at SlideShare SEO & Presentation Optimization
10 Ways to Win at SlideShare SEO & Presentation Optimization
 
Masters of SlideShare
Masters of SlideShareMasters of SlideShare
Masters of SlideShare
 
STOP! VIEW THIS! 10-Step Checklist When Uploading to Slideshare
STOP! VIEW THIS! 10-Step Checklist When Uploading to SlideshareSTOP! VIEW THIS! 10-Step Checklist When Uploading to Slideshare
STOP! VIEW THIS! 10-Step Checklist When Uploading to Slideshare
 
How To Get More From SlideShare - Super-Simple Tips For Content Marketing
How To Get More From SlideShare - Super-Simple Tips For Content MarketingHow To Get More From SlideShare - Super-Simple Tips For Content Marketing
How To Get More From SlideShare - Super-Simple Tips For Content Marketing
 
You Suck At PowerPoint!
You Suck At PowerPoint!You Suck At PowerPoint!
You Suck At PowerPoint!
 
How to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksHow to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
 

Similaire à KENANGAN KELUARGA

Similaire à KENANGAN KELUARGA (20)

Success story pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasional
Success story  pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasionalSuccess story  pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasional
Success story pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasional
 
NOVEL ESTERRRR.ppt
NOVEL ESTERRRR.pptNOVEL ESTERRRR.ppt
NOVEL ESTERRRR.ppt
 
Kelompok borobudur
Kelompok  borobudurKelompok  borobudur
Kelompok borobudur
 
Kisah Hidup Damayanti
Kisah Hidup Damayanti Kisah Hidup Damayanti
Kisah Hidup Damayanti
 
Autobiografi
AutobiografiAutobiografi
Autobiografi
 
Autobiografi joni kece badai
Autobiografi joni kece badaiAutobiografi joni kece badai
Autobiografi joni kece badai
 
Bacaan Papua - "Keluarga Bahagia"
Bacaan Papua - "Keluarga Bahagia"Bacaan Papua - "Keluarga Bahagia"
Bacaan Papua - "Keluarga Bahagia"
 
Kisah nyata seorang muallaf
Kisah nyata seorang muallafKisah nyata seorang muallaf
Kisah nyata seorang muallaf
 
8 kebohongan ibu
8 kebohongan ibu8 kebohongan ibu
8 kebohongan ibu
 
Biografi alamsyah firdaus
Biografi alamsyah firdausBiografi alamsyah firdaus
Biografi alamsyah firdaus
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiri
 
Ayah dan aku
Ayah dan akuAyah dan aku
Ayah dan aku
 
zaidan maulana_XTMK1.doc
zaidan maulana_XTMK1.doczaidan maulana_XTMK1.doc
zaidan maulana_XTMK1.doc
 
Bahasa pdf small hway
Bahasa pdf small hwayBahasa pdf small hway
Bahasa pdf small hway
 
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
 
My adventure
My adventureMy adventure
My adventure
 
Trauma embah
Trauma embahTrauma embah
Trauma embah
 
Bicara Buku Teks Besar.pptx
Bicara Buku Teks Besar.pptxBicara Buku Teks Besar.pptx
Bicara Buku Teks Besar.pptx
 
Motivator indonesia zulkifli
Motivator indonesia zulkifliMotivator indonesia zulkifli
Motivator indonesia zulkifli
 
'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1
'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1
'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1
 

KENANGAN KELUARGA

  • 1. CORETAN KENANGAN Ruangan ADILA Radio Klasik Nasional Menggamit Kenangan ini amat tepat dengan minat dan jalan hidupku. Jadi, inginlah aku berkongsi denyut nadi kenangan hidupku sejak kecil bersama-sama dengan tujuh orang adik-beradikku, seorang ibu dan seorang ayah. Aku anak yang keempat. Di atasku yang sulung seorang lelaki yang kami panggil abang. Anak kedua perempuan yang kami panggil kak nik. Yang ketiga perempuan, aku dan tiga orang adik perempuanku. Tujuh orang semuanya adik – beradikku iaitu seorang lelaki dan enam orang perempuan. Ayahku seorang penarik beca. Itulah pekerjaan ayahku yang tertulis di sijil lahirku. Selain itu pada masa musim menanam padi, ayah dan ibu tetap turun ke sawah mengerjakan 4 petak kecil sawah kepunyaan mereka sendiri. Hasil padi daripada penanaman dua kali setahun itu dapatlah menampung keperluan beras setahun kami sekeluarga. Maknanya aku dan adik-beradik dapat makan nasi beras baru hasil titik peluh ayah dan ibu kami sendiri. Ayah juga ada memelihara lembu. Biasalah orang kampung; binatang ternakan terutama lembu tidak berpisah daripada cara hidup mereka. Ibu pula selain menjadi suri rumah, tetap gigih berusaha menambah pendapatan kami sekeluarga. Macam-macam pekerjaan yang ibu lakukan asalkan halal demi memberi pelajaran kepada kami. Ibu pandai membuat kuih untuk jualan yang diletak di kedai-kedai kopi sekitar kampung kami. Kuih buatan ibu sedap, kata orang kampung. Suatu ketika ibu juga pernah menjadi peraih barangan daripada Pekan Golok (barangan daripada Siam). Sekitar tahun 70-an dahulu wanita-wanita Kelantan ramai berniaga sebagai peraih. Hasil kegigihan ayah dan ibu mencari nafkah itu, maka dapatlah kami bersekolah. Hal ini amat baik jika dibandingkan dengan anak-anak orang lain pada masa itu di kampung kami yang ramai tercicir daripada alam persekolahan. Maka aku adik-beradik amat bersyukur kerana ayah dan ibu mempunyai kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan kami dapat pergi ke sekolah. Aku masih ingat ketika akan masuk ke darjah 2 awal tahun 70-an dahulu, aku menemani ibu ke rumah beberapa orang kampung semata-mata untuk membeli buku-buku terpakai anak-anak mereka. Pada masa itu Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) belum ada lagi. Ibu tidak malu malahan berbangga kerana kami bukan meminta percuma, sekadar mencari harga yang lebih murah daripada yang sudah terpakai. Abang sulungku diberi sepenuh perhatian oleh ayahku, maklumlah anak pertama, lelaki pula. Tambahan lagi abang ada penyakit yang dihidapnya sejak lahir iaitu paru-paru berlubang. Penyakit abang itu menyebabkan dia tidak boleh bergerak lasak atau bekerja kuat. Jika digagahkan juga, seluruh anggota abang akan menjadi biru kerana kekurangan oksigen. Takut kami dibuatnya almaklumlah pada masa itu bukan calang-calang hendak ke hospital. Abang juga sering demam. Abang seorang yang bijak dalam pelajaran tetapi akibat penyakitnya itu, sedikit sebanyak mengganggu pelajarannya. Abang tidak lama dipinjamkan kepada kami. Hanya 3 tahun sempat menyumbang tenaga sebagai teknisyen di JKR Kota Bharu. Akhirnya abang pergi meninggalkan kami kerana satu penyakit misteri dalam usia 27 tahun. Ibu dan ayah belum sempat melihat abang bersanding di pelamin. Sedangkan abang sering menjadi jurufoto orang kahwin dan macam-macam
  • 2. kepandaian abang yang berkaitan dengan urusan perkahwinan. Tiadalah sudah satu-satunya anak lelaki ibu dan ayah. Tinggallah kami enam beradik yang kesemuanya perempuan. Itu kisah duka abang sulungku. Ini pula kisah sedih dan lara Kak Nik iaitu anak kedua dalam keluarga kami. Setelah ibu mengambil keputusan untuk menjadi peraih, maka timbul masalah untuk mencari pengasuh kepada adik ketigaku yang berumur tidak sampai setahun ketika itu. Fikir punya fikir, ibu dan ayah mengambil keputusan drastik untuk memberhentikan persekolahan Kak Nik walaupun dalam keadaan amat berat hati. Kak Nik reda menjadi korban demi masa depan adik-adiknya yang lain, walaupun Kak Nik maju dalam pelajarannya. Pada masa itu Kak Nik baru masuk darjah enam. Kak nik menangis kerana sedih dan kecewa diberhentikan sekolah. Namun, kak nik tidak sekali-kali melawan kata-kata ibu dan ayah. Kesian kak nik, dalam umur 12 tahun sudah terpaksa menjadi pembantu rumah, pengasuh adik kecil dan menjaga makan minum adik-adik yang lain semasa ibu dan ayah keluar bekerja. Aku sangat sayang dan kagum dengan kak nik yang walaupun hatinya hancur namun tetap reda dengan nasib dirinya. Kakak keduaku pula yang kupanggil Kak Lang merupakan pelajar terpintar di sekolahnya hatta di daerah kami. Selepas SRP, Kak Lang diterima memasuki sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. Wah...........gah satu kampung kami kerana Kak Lang lah budak perempuan pertama di kampungku yang berjaya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh, di Kuala Lumpur pulak tu. Satu kampung datang berziarah ketika Kak Lang hendak naik keretapi untuk ke Kuala Lumpur. Bangga betul rakan-rakan, guru-guru, saudara-mara dan orang kampung dengan kejayaan Kak Lang. Ibu semakin kuat bekerja untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak terutama Kak Lang. Maklumlah belajar jauh tidak sama dengan belajar di kampung dan tinggal pula bersama ibu dan ayah. Akulah tempat luahan hati ibu jika beliau menghadapi masalah kewangan. Kak Lang selalu juga mengirim surat meminta itu ini. Pernah suatu malam gelap aku menemani ibu ke rumah seorang guru untuk mengutip hutang kedai. Apa-apapun Kak Lang maju dalam pelajaran dan sering mendapat pencapaian terbaik. Walaupun anak kampung, dia masih berjaya mengalahkan anak-anak Kuala Lumpur. Ketika di Kuala Lumpur, Kak Lang mulai terpengaruh dengan fahaman sesat sebuah jamaah yang kini telah diharamkan. Selepas itu Kak Lang terjebak pula dengan sebuah jamaah lain yang lebih ekstrim. Kak Lang sudah berubah 100 %. Ketika di tahun pertama universiti, Kak Lang menyatakan hasratnya untuk berkahwin kerana katanya ustaz ketua jamaah sudah menetapkan pasangan hidup untuknya. Anak gadis tidak elok lama membujang, katanya lagi. Terduduk ibu dan ayahku dibuatnya. “Sepatutnya belajarlah habis dulu, lepas tu nak kahwin, kahwinlah.....kita bukan orang senang,” kata ayah dengan nada sedih. Terasa harapan ayah sedikit kurang semangat untuk melihat kejayaan anaknya yang pintar itu. Ibu dan ayah tidak dapat berbuat apa-apa kerana Kak Lang tetap berkeras hendak berkahwin. Tidak lama selepas berkahwin, Kak Lang membuat kejutan sekali lagi kerana tidak mahu meneruskan pengajiannya di universiti. Orang perempuan tidak elok bekerja katanya, terutama makan gaji dengan kerajaan, haram....... “Masya Allah.............. “ keluh ibu, ayah dan semua orang yang mendengarnya.
  • 3. Ketika menunggu keputusan STPM, aku berkunjung ke rumah sewa Kak Lang di Kuala Lumpur. Ketika itu pelajar universiti sedang menghadapi peperiksaan. Kulihat Kak Lang releks sahaja walaupun pada hari esok dia ada kertas peperiksaan. Berlainan daripada sifat biasa dia yang kukenal iaitu tidak akan tidur malam kerana membuat persediaan untuk peperiksaan. Rupa-rupanya itulah rancangan Kak Lang untuk berhenti belajar iaitu dengan menggagalkan dirinya dalam peperiksaan. “Hummmmm............,nekad sungguh dia, sampai hati mengecewakan ibu dan ayah di kampung”aku mengeluh panjang. Setelah menerima surat daripada universiti bahawa Kak Lang gagal dalam peperiksaan, ayah dan ibu seminggu tidak dapat tidur malam. Kesian ayah..... . Orang kampungpun sosek-sosek bercerita tentang hal itu tanpa dapat kami halang. Kini, tanggungjawab untuk membantu ibu dan ayah sudah terletak di batu jemala aku. Aku tidak akan mengecewakan ibu dan ayahku lagi. Adik-adikkupun tidak akan kubiarkan bertindak seperti kakakku yang seorang itu. Akhirnya aku dan tiga orang adikku semuanya menjadi guru berkelulusan universiti dan maktab perguruan. Ayah sempat merasa gaji kami sebelum dia pergi menemui Ilahi 12 tahun lalu. Kini tinggallah ibu seorang yang kelihatan sudah semakin dimakan usia walaupun tidak menghadapi apa-apa penyakit. IBU, KAULAH RATU HATI KAMI.............MAAFKAN KAMI IBU DAN AYAH, YA ALLAH , KAUAMPUNILAH DOSA-DOSA MEREKA DAN DOSA-DOSA KAMI YANG SELAMA INI TERLALU BANYAK MENYUSAHKAN MEREKA. TERIMA KASIH IBU DAN AYAH KERANA TELAH BERJAYA MENJADIKAN KAMI MANUSIA BERGUNA. Catatan rasa: Cikgu Efdi 06/12/13 ~ untuk siaran, terima kasih Puan DJ..... ###LAGU2 KENANGAN SAYA: SAYA SUKA SEMUA LAGU NYANYIAN AHMAD JAIS DAN SANISAH HURI. TERPULANG KPD PIHAK RADIO KLASIK ASALKAN SESUAI.## Nama dan alamat sebenar: (tolong jgn siarkan) FARIDAH BT DAUD, 376, TAMAN MEGAH JAYA, KG.KUBANG PAK AMIN, 17000 PASIR MAS, KELANTAN. 0199053516.