Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.
KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI                    PERINGKAT TADIKA ATAU PRA SEKOLAH         ...
1.0 PENDAHULUANPendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yangmenyediakan pengalaman p...
2.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM PENDIDIKAN       PRASEKOLAHMenurut kajian Grace (1992) dalam S...
dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkankerana ianya boleh merencatkan proses ...
pengajian mereka. Kesemua aspek tersebut memerlukan pemantauan berterusan sepanjangsesi persekolahan.       Menurut kajian...
2.1     ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT        PRASEKOLAH.2.1.1   Celik HurufTimbalan Ketu...
Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalamBHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 j...
2.1.3       Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak PrasekolahTempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masa...
terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dantahap perkembangan.      Menurut ...
Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), dalam mengkaji sikap danpengetahuan dalam pengajaran sains awal di...
kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberipengalaman tentang keadilan, per...
kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaanstrategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, P...
Perkembangan      Sosioemosi.    Boleh    dikatakan   guru-guru    prasekolah    memahami      danberpengalaman dalam peng...
Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai danmembuat „dendaan‟. Ini penting kerana seseorang...
pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsangperkembangan positif kanak-kanak.   5....
penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengankemahiran berbahasa kanak-ka...
terlibat di prasekolah. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila latar belakang pendidikanmereka juga rendah sehingga kuran...
6.0 KESIMPULANMelalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yangsering menyukarkan...
BIBLIOGRAFIAbdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam   pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendid...
Fagen R.1981. Animal Play Behaviour, Oxford University Press.Grace, C. 1992. The portfolio and its use: Developmentally ap...
Morrison, G.S. (1978). Parent involvement in the home, school and community. Ohio:           Charles E. Merrill Publishing...
Taylor, A. R., & Machida, S. (1994). The contribution of parent and peer support to HeadStart children‟s early school adju...
Prochain SlideShare
Chargement dans…5
×

Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika atau pra sekolah

  • Soyez le premier à commenter

Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika atau pra sekolah

  1. 1. KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI PERINGKAT TADIKA ATAU PRA SEKOLAH Imran Ariff Ariffin Faizul Ab Kadir Khadijah Ibrahim Rizawati Abd Halim Wan Zurianti Wan Abdullah Jabatan Kemahiran Hidup (Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional) (Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010) 20 Oktober 2010 ABSTRAKPenulisan ini berkisarkan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak diperingkat tadika atau pra sekolah. Penulisan ini telah di jalankan secara terperinci bagimengetahui serba sedikit mengenai isu-isu, polisi kurikulum, dasar, pengajaran danpembelajar (P&P) dan juga masalah berkaitan penglibatan ibu bapa di peringkattadika/prasekolah. Penulisan ini juga akan menyentuh tentang masalah-masalah yangdi hadapi oleh pihak sekolah terutama guru-guru yang mengajar pelajartadika/prasekolah. Selain itu, penulisan ini juga akan membincangkan bagamana pihaksekolah menyelesaikan masalah pelajar tadika/prasekolah dan masalah hubugan pihaksekolah dengan ibu bapa. Namun, secara keseluruhan penulisan ini dirujukberdasarkan bahan-bahan yang terbukti kesahihannya melalui kajian-kajian yang telahdi buat oleh tokoh-tokoh dalam dunia pendidikan sebelum ini..
  2. 2. 1.0 PENDAHULUANPendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yangmenyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enamtahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam SistemPendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalamsemua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagaipersediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalammempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162. Selaras dengan matlamat FalsafahPendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu danseimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah keranapengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya. Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikanprasekolah pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakatmahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualitimasa awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masaakan datang.
  3. 3. 2.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAHMenurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam pendidikan prasekolah,kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan portfolioiaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran bolehdirekod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telahdipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksidengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut Surayah Zaidon (2003)lagi, portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapatmenceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti programprasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilaiperkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadarsebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yangbesar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan programprasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjaminperkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangankanak-kanak Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak mempunyai repertoir tingkahlaku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untukmenerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredanmelalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidakberupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman ataupembelajaran yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guruprasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya keranapinilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan
  4. 4. dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkankerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak.Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah. Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidakmempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika perlaksanaan PendidikanIslam dan Moral di peringkat prasekolah. Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan padapersediaan dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai semak danrekod individu jarang dilakukan. Hal ini kerana para ibu bapa lebih menekankan pencapaianakademik dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini jugamenyebabkan aspek-aspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak sepertiperkembangan sahsiah dan sikap pelajar tidak menyeluruh perlaksanaannya dan hanyadibincangkan bersama ibu bapa yang berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka. Bagi melaksanakan penilaian ini juga, para guru perlulah mempunyai kemahiran yangcukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar. Menurut kajian Mohamad (1993)berjudul Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan Kurikulum Prasekolah yangdijalankan ke atas 12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru Tabika Perpaduanmendapati aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun gurumenghadapi kesukaran mengendalikannya akibat kurang kemahiran. Isu yang sama timbuldalam kajian Rohaty (1996b) bertajuk Educational Assessment of Malaysian Preschoolers.Kajian tersebut juga menunjukkan guru kurang berpengetahuan tentang kepelbagaian jeniskaedah penilaian perkembangan kanak-kanak walaupun aspek-aspek penilaian perkembangankanak-kanak telah diketahui namun perlaksanaan penilaian perkembangan tersebut sukardijalankan. Aspek-aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) seharusnya dinilaimenggunakan pendekatan berbeza oleh guru mengikut kaedah yang dipelajari semasa dalam
  5. 5. pengajian mereka. Kesemua aspek tersebut memerlukan pemantauan berterusan sepanjangsesi persekolahan. Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon pula menunjukkan penilaian yangdijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpukepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang jugapenting dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosialkanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dankedudukan dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut padaperingkat prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan menggangguperkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalamitekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebihmengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka danmeningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, paraguru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentangkepentingan perkembangan pelajar dalam aspek-aspek lain. Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1977), ahli keluarga khususnya ibu bapamempunyai peranan penting sebagai agen sosialis dalam kehidupan kanak-kanak danmempunyai pengaruh paling besar ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak.Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembanganyang berbeza-beza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukanpencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum. Oleh hal yang demikian,perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek kognitif, fizikal atau kerohanian perlu lebihditerapkan dari kediaman kanak-kanak itu sendiri berbanding di prasekolah.
  6. 6. 2.1 ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH.2.1.1 Celik HurufTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddinberkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasaikemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolahrendah sebelum penghujung 2012. Beliau berkata demikian semasa merasmikan SeminarPenyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalupada awal Oktober 2009. Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan murid. Adaguru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahunsatu sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasaberat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikutikelas prasekolah. Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celikhuruf. Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru BahasaMelayu tahun satu. Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun 2006 KPMmemperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). PelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untukmemastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar disekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahunsatu belum celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satubelum menguasai 2M.
  7. 7. Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalamBHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik hurufpada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, apabila kitamengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak banyak berubahpada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluangmengikuti prasekolah pada tahun 2012 itu rendah. Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang inginmelihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar disekolah. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasaikemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaanpendukung PIPP.2.1.2 Kesukaran Menguasai Konsep NomborKonsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanakprasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaranMatematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangankanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanaksimbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek disekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombordengan keadaan sebenar.
  8. 8. 2.1.3 Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak PrasekolahTempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio. Terdapatberbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folderatau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman gurumenyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat ketidakcekapan gurumengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemuahasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak danmenjejaskan bentuk fizikal portfolio. Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul Persepsi GuruTerhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanaksemasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfoliotanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan dimana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebutmendapati pengesanan perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian keatas aktiviti kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasilkerja. Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuklembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukandi pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentudengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio,kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yangdijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang
  9. 9. terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dantahap perkembangan. Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentukperbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaankandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan.Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakanportfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlaluramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak danlimitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalamaspek penilaian perkembangan kanak–kanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yangberunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakalguru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaanpenilaian. Kanak–kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru,guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori danpratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaianyang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah denganmenggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanak–kanak. 2.1.4 Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains AwalPerubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan prosespembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolahkebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah.Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaransains awal. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guruprasekolah dalam pengajaran sains awal.
  10. 10. Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), dalam mengkaji sikap danpengetahuan dalam pengajaran sains awal di peringkat sekolah, walaupun umumnyamenunjukkkan respon positif terhadap pengajaran sains awal tetapi masih terhadap gurusebanyak (7.4%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak begitumenarik. Manakala hampir 40% pula berpendapat mereka menghadapi kesukaran untukmemahami sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang.Selain itu terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman dalam mengajar matapelajaran sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal diprasekolah. 3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) 3.1 Perlakasanaan Aktiviti Belajar Melalui Kaedah BermainPendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatiandi semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembanganhidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia,program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanakberusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal diTahun Satu sekolah rendah. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesankepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasankepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain jugakanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaanbahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Main adalah sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta,kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan
  11. 11. kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberipengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkankebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilikdarjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluranuntuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiritanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan.Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak – kanak melibatkandiri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian denganpandangan tokoh-tokoh lain dimana dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut;“Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untukkepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah adakebebasan memilih oleh peserta”. Mengikut Vygotsky (1962) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalampembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkantekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawalsituasidan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi prosespemikiran yang tinggi melalui bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer(Spodek,1983) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanakkanak menggunakankebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapatbahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan merekaberkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Namun begitu, masih terdapat isu iaitu guru sukar untuk melaksanakan kaedah belajarmelalui bermain kepada kanak – kanak. Strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu
  12. 12. kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaanstrategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA terdapat padapendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk rancangan pelajaran yang disediakandan interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan gurujuga tiada atau pun kurang kefahaman serta tidak memahami perkembangan dan minat kanak-kanak disamping keperluan mereka. Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan pengajaran melalui aktiviti bermain,terdapat faktor - faktor masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain.Antara faktor – faktor tersebut adalah mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untukmenyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Menurut mereka lagi, masalah ini berpuncadaripada perkembangan yang pesat dalam pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubualmengatakan mereka berkeyakinan bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika merekadiberi peluang mengadakan perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir danpenyelidik pendidikan prasekolah (Almy, 1984). Menyentuh hal tersebut, kebanyakan guru-guru mengatakan terdapat beberapa perkarapenting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran iaitu seperti gurukurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti, guru kurang yakindengan pengajaran yang ingin disampaikan, guru juga kurang memahami psikologi kanak-kanak, guru kurang mahir membuat alat bantu mengajar, guru kurang faham dengan kurikulumprasekolah kebangsaan, dan guru mengalami kesukaran membuat pemerhatian dan penilaianke atas kanak-kanak (Almy, 1984). Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain ialahbahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan bersesuaiandengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen iaitu komponenPerkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Fizikal,Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan Estetika dan
  13. 13. Perkembangan Sosioemosi. Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami danberpengalaman dalam pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu mengajar tidakmencukupi. Mereka boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativitiguru sendiri dalam mengolah bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis,cawan plastik, botol plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakansebagi bahan bantu mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain.Walau bagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul. Kebanyakan guru juga masih kurang faham tentang Huraian Kurikulum PrasekolahKebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan mental danfizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap pelajaran yang hendakdijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitandengan penyediaan bahan pengajaran. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadikamasing-masing perlu disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengantahap umur dan pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenalpasti tahap-tahap pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut(Rohani Abdullah ,2004). Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanakberaktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang seringdigunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolahtidak dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Terdapat banyak kelas ataubangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa dan kurang menggalakkan dari segipembelajaran kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat sebahagian tadika yang begitu sempit,tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai untuk keselamatan kanak –kanak.
  14. 14. Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai danmembuat „dendaan‟. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyaikemahiran mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing, penasihat, pengajar,pentadbir dan lain-lain lagi kepada kanak-kanak ini (Rohani Abdullah, 2004). Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar kepadapenggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh serta bahanlakonan kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkankurang kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Inidikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut.Berkaitan dengan penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan penilaian dikalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan pemerhatian,temuduga, ujian dan persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru.Umumnya kemahiran pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih ditahap yang minima. 4.0 DASAR"Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensifbagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuanMalaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaansedia ada". Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulanmasyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supayamereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualititinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlumenggembleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan,
  15. 15. pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsangperkembangan positif kanak-kanak. 5.0 PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PRASEKOLAHDalam keadaan masyarakat sekarang ini, sebahagian besar ibu bapa bekerja sehinggamempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapadari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi padausia awal ini.Menurut Rohaty (2003) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumahkurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripadagolongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa bagi melayananak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syaratkejayaan di sekolah. Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara maksima. Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibubapa menyelesaikan permasalahan ini. Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalahproses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan danbakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa sangat menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan olehpihak prasekolah. Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkankerana memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademikkanak-kanak. Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkanbahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanakyang tinggi. Miedel and Reynolds (1999) juga mendapati bahawa penglibatan ibu bapa yanglebih tinggi di prasekolah berkaitan dengan kemahiran membaca kanak-kanak yang lebih baik,kadar keciciran yang lebih rendah, masa yang lebih pendek di kelas pendidikan khas ketikakanak-kanak berada di kelas lapan. Dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa
  16. 16. penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengankemahiran berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptifyang lebih baik. Kajian lain yang dilakukan di Head Start, Amerika Syarikat, mendapati bahawapenglibatan ibu bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di kelas (Taylor & Machida,1994). Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa sangat penting danpihak sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara untuk melibatkan ibu bapa bagimenyokong kejayaan pendidikan kanak-kanak. Guru dan pengetua perlu menyokongpenglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetuadan para guru tentang penglibatan ibu bapa. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikanprasekolah bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan sehingga penglibatanmereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasidaripada persepsi terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikanprasekolah merupakan topik utama daripada kajian ini. Namun begitu, terdapat beberapa masalah berkaitan dengan penglibatan ibu bapa diprasekolah. Masalah yang pertama berkaitan dengan persepsi ibu bapa terhadap pendidikanprasekolah. Sebagai negara kepulauan yang luas dan mempunyai masyarakat yang majmuk,persepsi ibu bapa akan pentingnya pendidikan prasekolah sangat beragam dan masih banyakibu bapa yang tidak menyedari kepentingan pendidikan prasekolah (Direktorat Pendidikan AnakUsia Dini, 2007). Ibu bapa daripada keluarga kurang bernasib baik cenderung kurangmenganggap kepenting pendidikan prasekolah. Apalagi bila mereka tinggal di luar bandar yangtidak mempunyai akses kepada pendidikan prasekolah. Persepsi ibu bapa yang rendahmengenai kepentingan pendidikan prasekolah ini mengakibatkan penglibatan mereka dipendidikan prasekolah juga rendah. Ibu bapa dari kelompok rendah kurang berpartisipasi dalampendidikan anak-anak mereka di sekolah (Grolnick et al., 1997). Ibu bapa biasanya mestibekerja untuk menyokong kewangan keluarga sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk
  17. 17. terlibat di prasekolah. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila latar belakang pendidikanmereka juga rendah sehingga kurang menganggap penting penglibatan mereka di prasekolah.Sedangkan ibu bapa daripada golongan tinggi menganggap tidak perlu terlibat banyak disekolah kerana sudah membayar mahal kepada pihak prasekolah. Kesibukan mereka jugamenjadi faktor kurangnya penglibatan mereka di prasekolah. Masalah kedua adalah masalahpersepsi guru dan pengetua tentang penglibatan ibu bapa yang dipengaruhi oleh latar belakangpendidikan dan pengalaman guru dan pengetua. Persepsi tentang sejauh mana ibu bapa bolehterlibat berbeza antara guru dan pengetua, antaranya sejauh mana ibu bapa boleh terlibatdalam membuat keputusan di prasekolah, sejauh mana ibu bapa boleh membantu guru danpelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan sejauh mana ibu bapa bolehdilibatkan dalam bidang kurikulum di prasekolah. Persepsi guru dan pengetua ini juga berkaitandengan keperibadian guru dan pengetua. Ada guru yang introvert, mempunyai sikap tidak mahudibetulkan oleh ibu bapa, berpendapat tidak perlu melibatkan ibu bapa terlalu banyak keranamereka pasti tidak mempunyai masa. Thomas (1987) menyatakan masalah timbul bila guruenggan bekerjasama dengan ibu bapa yang bukan daripada golongan profesional. Di Indonesia99 peratus prasekolah diurus oleh pihak swasta di mana kewangannya sangat bergantungkepada yuran pelajar dan pihak penyokong atau penderma (Direktorat Pembinaan TK dan SD,2008). Keadaan ini juga mempengaruhi pihak prasekolah untuk menumpukan perhatian padaprogram yang melibatkan ibu bapa di prasekolah.
  18. 18. 6.0 KESIMPULANMelalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yangsering menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Para guru danpihak pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segalamasalah yang akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah. Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah,bagaimana tahap pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukanakan meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatuperkara. Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yangberteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yangbakal menerajui Negara kita suatu hari nanti. Akhir kata, kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkandengan pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukanbagi kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya.
  19. 19. BIBLIOGRAFIAbdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Almy, M. 1984. A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating for young children. Washington: NAEYC.Almy, M., Monighan, P., Scales, B., & Van Hoorn, J. (1984). Recent research on play: The teachers perspective. In L. Katz (Ed.), Current topics in early childhood education, V (pp. 1-22).Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. (2008) . Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement to prelitery development. School Psychology Review 37 (1), 74-90.Bronfenbrenner, U., & Morris, P. A. (1998). The ecology of developmental processes. Dalam W. Damon (series Ed.) & R. Lerner (Vol. Ed.), Handbook of child psychology: Vol I, Theoretical models of human development (pp. 993-1028), New York:Wiley.Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London : HMSOConway, J. (2003). Parental involvement in school can work wonders for children. Diperoleh pada 21 Ogos 2010 http://www.ahwatukee.com/afn/opinion/editorial/010815e.html.Flansburg, S. (1994). Math Magic. New York : Harper Perennial
  20. 20. Fagen R.1981. Animal Play Behaviour, Oxford University Press.Grace, C. 1992. The portfolio and its use: Developmentally appropriate assesment of young children. ERIC Digest. (Online) http://www.ericdigests.org/1992-1/use.htm muat turun pada 20 Ogos 2010 Grolnick,W.S., Benjet, C., Kurowski, C.O., and Apostoleris, N.H. (1997). Predictors of parent involvement in childrens schooling. Journal of Educational Psychology 89, 538–548. Hunt, J.M. (1961). Intelligence Kamaruddin dan Siti Hajar. (2004), Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Marcon, R. A. (1999). Positive relationships between parent school involvement and public school inner-city preschooler‟s development and academic performance. The School Psychology Review 28(3), 395–412. Miedel, W. T., & Reynolds, A. J. (1999). Parent involvement in early intervention for disadvantaged children: does it matter? Chicago longitudinal study. Journal of School Psychology 37(4), 379–402.Mohamad Hj. Abu Daud. 1993. Tugas dan masalah guru dalam mengendalikan kurikulum prasekolah. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan.Universiti Malaya.Mohd Isa Abd Razak (2009). Celik Huruf : Semua Pihak Perlu Lebih Bersungguh Menanganinya diperoleh pada 20 Ogos 2010 daripada http://mohdisa- abdrazak.blogspot.com/2009/11/celik-huruf-semua-pihak-perlu-lebih.html
  21. 21. Morrison, G.S. (1978). Parent involvement in the home, school and community. Ohio: Charles E. Merrill Publishing Company. Nor Hashimah Hashim & Khadijah Zon.2000. Pelaksanaan penilaian pendidikan Islam Dan Moral: Satu tinjauan di prasekolah. Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak. Universiti Sains Malaysia. Piaget, J. (1952). The childs conception of number. New York: Norton Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.Rohaty Mohd. Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Rohaty Mohd. Majzub. 1996b. Educational assessment of Malaysian preschoolers.Projek IRPA.Sarina Baharuddin (2009), Definisi Pengajaran dan Pembelajaran (Online) diperolehi pada 20 Ogos 2010 http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-dan- pembelajaran.htmlSeefeldt, C.1990. Assessing young children. In Seefeldt (Ed.). Continuing issues in early childhood education. Upper Saddle River, NJ: Merrill/ Prentice Hall. Spodek.B. (ed). 1983. Handbook of Research in Early Childhood Education. New York: The Free Press. Surayah Zaidon (2004). Satu Tinjauan Penggunaan Protfolio Kanak – Kanak Prasekolah. Maktab Penguruan Islam : Jabatan Bahasa. Surayah Zaidon. 2003. Persepsi guru parasekolah terhadap penggunaan portfolio. Disertasi Sarjana Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
  22. 22. Taylor, A. R., & Machida, S. (1994). The contribution of parent and peer support to HeadStart children‟s early school adjustment. Early Childhood Research Quarterly 9(3/4), 205–387. Thomas, G. (1987). Extra people in the classroom. Educational Research 29, 173-81 Vygotsky, L.S. (1962). Thought and Language. Cambridge, M.A : Mit Press. Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), Sikap Dan Keyakinan Guru dalam Pengajaraan Sains Awal diperolehi pada 20 Ogos 2010 daripada http://eprints.usm.my/

    Soyez le premier à commenter

    Identifiez-vous pour voir les commentaires

  • ikramqwertyuiop

    Feb. 2, 2015
  • rozalina96

    Feb. 23, 2015
  • aflahunhusna

    Feb. 26, 2015
  • idamdnor

    Mar. 3, 2015
  • arinamustapa9

    Apr. 6, 2015
  • misskoala

    Apr. 15, 2015
  • EmilyAinee

    May. 13, 2015
  • Qomoeyuyu

    May. 15, 2015
  • hasrinmy

    May. 15, 2015
  • wanyipoh

    May. 29, 2015
  • PutRyFara

    Oct. 23, 2015
  • HanyaAyuu

    Jul. 17, 2016
  • ismiazie

    Jan. 23, 2018
  • WanIshakHadenan

    May. 23, 2018
  • st_aishahhh

    Jul. 20, 2018
  • TaylorLiewZhaoYu

    Sep. 22, 2018
  • AinaaSafiahMustafaKamal

    Jan. 13, 2020
  • YetliLeong

    Feb. 1, 2020
  • RaCldy

    Feb. 19, 2020
  • NurulSazwaniWani

    Sep. 25, 2020

Vues

Nombre de vues

109 914

Sur Slideshare

0

À partir des intégrations

0

Nombre d'intégrations

25

Actions

Téléchargements

2 957

Partages

0

Commentaires

0

Mentions J'aime

32

×