SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  33
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY
PENGAJIAN MALAYSIA ( MPW 2133 )
ASSIGNMENT
CUKAI GST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
2BME 2
MADAM NOOR AZIRA BINTI ABD RASID @ KAMARUDDIN
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
CUKAI GST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
PENGAJIAN MALAYSIA
MPW 2133
MADAM NOOR AZIRA BINTI ABD RASID @ KAMARUDDIN
2BME 2
NATASHA NABILA BINTI RANI
53259313224
NUR HALIMATUN RADZIAH BINTI YAHAYA
53259313354
MUHAMMAD HAYATULL FIKRI BIN ZULKARNAIN
53259313337
MOHAMAD AKID BIN MOHD NAFI
53259313251
MUHAMMAD FAHMI IRFAN BIN MOHD RAIS
53259313258
MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAFRI
53259313267
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 Penghargaan III
2 Abstrak IV
3 Abstract V
4 Pengenalan 1
5 Objektif Kajian 5
6 Sebab Tajuk Dipilih 6
7 Apa Itu GST 8
8 Kesan Terhadap Masyarakat 11
9 Tindakan Yang Telah Diambil Oleh Kerajaan 14
10
Kelemahan Daripada Tindakan Yang Telah Diambil Oleh
Kerajaan
16
11
Cadangan Untuk Membaiki Kelemahan Daripada Tindakan Yang
Telah Diambil Oleh Kerajaan
17
12 Kesimpulan 18
13 Rujukan 21
14 Lampiran 23
15 Tokoh Kemerdekaan 28
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
PENGHARGAAN
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pertama sekali, kami dengan rendah diri ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah
S.W.T kerana atas limpah kurnia nikmatNya, kami berjaya menyiapkan kajian ilmiah kami
ini dalam masa yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran serta dugaan telah kami tempuh
dengan jayanya di dalam proses penyiapan kajian ilmiah ini. Justeru, kami berasa amat
terharu dan gembira kerana berkat usaha gigih, kami berjaya tiba ke penghujung kajian ini.
Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga
khususnya kedua ibu dan bapa kami. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mustahil kajian
ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Pengorbanan mereka tidak dapat kami balas
melainkan sekadar menghadiahkan kejayaan kami ini. Berkat doa dari mereka juga menjadi
bekalan untuk kami terus maju dalam kehidupan.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Universiti Kuala Lumpur, Malaysian
Institute of Aviation Technology kerana memberikan kami kemudahan sumber rujukan dan
yang sewaktu dengannya semasa proses kajian ilmiah ini dijalankan. Ucapan ribuan terima
kasih juga ditujukan kepada pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Puan Noor Azira Binti
Abd Rasid @ Kamaruddin kerana menjadi pendorong serta penyumbang idea bagi kami
menyiapkan tugasan ilmiah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan seperjuangan
yang sudi berkongsi pendapat dalam isu yang dikaji ini.
Akhir kata dari kami, sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam tugasan ilmiah ini. Semoga kajian ini dapat
memberikan manfaat buat kita semua dan semoga kita akn lebih maju dalam kehidupan.
Sekian. Wallahuaklam.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
ABSTRAK
Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa kerajaan tetap akan melaksanakan Cukai Barang dan
Perkhidmatan ( GST ) walaupun kerajaan memerlukan masa yang lebih panjang untuk
memastikan perancangan berjalan dengan lancar. Cukai GST ini dikatakan mahu
menambahkan pendapatan negara yang sekarang ini banyak bergantung kepada royalti
minyak yang dibekalkan oleh Petronas. Cukai GST diwar - warkan sebagai cara sumber
pendapatan kerajaan terbaik dan dilihat lebih adil kepada semua tidak kira kepada golongan
kaya, pertengahan mahupun kelompok bawahan. Namun, adakah rakyat Malaysia bersedia
menerima dan mengamalkan cukai GST apabila ianya dilaksanakan? Apakah kesan yang
akan ditanggung oleh masyarakat tempatan? Kertas kajian ini bakal mengupas dengan lebih
lanjut mengenai tindakan yang diambil oleh kerajaan serta kelemahan dari tindakan tersebut
agar dapat membaiki kelemahan itu melalui beberapa cadangan yang akan dikemukakan
dalam kertas kajian ini.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
ABSTRACT
Malaysians are well aware that the government will still implement Goods and Services Tax
( GST ), although the government needs more time to ensure their plan will success. GST tax
is said that it want to increase the income of the country which now it only relies heavily on
oil royalties supplied by Petronas. GST tax is touted as the best way of government revenue
sources and seen fairer to all sort of people no matter the rich, middle class or lower cluster.
However, do Malaysians will adopt the GST tax when it was done? What are the effect that
has to be face by the local citizen? This study will analyze more about the action taken by the
government and the weakness of the action in order to improve the weaknesses through
several proposals suggested in this paper.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
PENGENALAN
Pada tanggal 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Bin Tun Abdul
Razak telah mengumumkan bajet belanjawan 2014 dengan bertemakan “Memperteguh
Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”. Terdapat lima teras
yang diutamakan dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2014 ini iaitu merancak aktiviti
ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan
bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.1
Kami memilih isu pelaksanaan cukai Barang Dan Perkhidmatan ( GST )2 yang
telah diumumkan semasa pembentangan Bajet Belanjawan 2014 tersebut untuk dikaji
berdasarkan keadaan semasa negara kita pada hari ini. Antara ringkasan intipati mengenai isu
ini ialah pihak kerajaan akan melaksanakan cukai GST bermula pada tanggal 1 April 2015
hanya pada kadar enam peratus sahaja berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima
peratus dan sepuluh peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.3
Bagi memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, empat faktor utama yang
menjadi penentu ialah penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih.
Perbelanjaan kerajaan banyak bergantung kepada jumlah hasil cukai4 yang berjaya dikutip.
Hasil cukai merupakan penyumbang utama kepada jumlah hasil kerajaan. Jika hasil cukai
meningkat, kerajaan boleh melaksanakan pelbagai projek untuk menggerakkan pertumbuhan
ekonomi. Di Malaysia, nisbah hasil cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK )5
1 YAB Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul Razak, Ucapan Bajet Tahun 2014, Kementerian Kewangan Malaysia, 2013,
p. 6.
2 GST bermaksud Goods and Services Tax yang juga dikenali sebagai Value Added Tax ( VAT ).
3 Ibid., p. 30.
4 Cukai ialah bayaran ( bea, sumbangan ) yg dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (
perbadanan, syarikat, barang - barang, dll ) utk perbelanjaan Negara. Hasil cukai ialah pendapatan daripada
cukai.
5 jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah
negara pada masa tertentu ( lazimnya dalam tahun kalendar ). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang
dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan
dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
adalah 19.5 peratus pada tahun 2010.6 Jika dibandingkan dengan 34 buah negara maju, nisbah
yang dicatat oleh Malaysia adalah terlalu rendah.
Nisbah yang paling rendah bagi negara maju ialah 26.8 peratus. Oleh yang demikian,
nisbah hasil cukai atau KDNK yang rendah bagi Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia
mengalami kekurangan hasil cukai bagi membiayai perbelanjaan pembangunan.7 Apabila
jumlah hasil kerajaan tidak mencukupi, kedudukan kewangan kerajaan akan mengalami
defisit.8 Bagi menampung defisit tersebut, kerajaan perlu membuat pinjaman untuk
membiayai perbelanjaan pembangunan. Sistem percukaian Malaysia juga mempunyai asas
yang sempit kerana pergantungan yang keterlaluan kepada cukai pendapatan. Sekiranya
keuntungan syarikat berkurangan, jumlah kutipan cukai pendapatan juga berkurangan dan
keadaan ini memberikan tekanan kepada hasil kutipan kerajaan.
Selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, kerajaan
perlu melaksanakan reformasi9 cukai yang bermaksud menjadikan sistem cukai sedia ada
lebih mudah, telus dan lebih cekap. Reformasi cukai juga perlu untuk meningkatkan hasil dan
menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Oleh yang demikian, Malaysia perlu melaksanakan
cukai GST seperti yang telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara di dunia. Pelaksanaan
cukai GST akan membolehkan kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan individu dan
korporat serta menjadikan Malaysia lebih berdaya saing bagi menarik minat pelaburan asing.
Kadar cukai korporat10 di Malaysia kini adalah 25 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding
dengan Singapura, 17 peratus dan Hong Kong, 16.5 peratus.
Pada masa ini sebanyak 146 buah negara telah pun melaksanakan cukai GST. Negara
yang paling awal melaksanakan cukai GST ialah Perancis iaitu pada tahun 1954. Di
Association of Southeast Asian Nations ( ASEAN )11, negara paling awal ialah Indonesia
6 Abdul Aziz Awang, Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 2014, p. 1.
7 Ibid., p. 2.
8 kekurangan hasil pendapatan berbanding dgn perbelanjaan yg diperlukan ( bkn anggaran belanjawan dsb ).
9 perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan
kebudayaan sesebuah masyarakat.
10 Cukai dikenakan terhadap syarikat yang berdaftar.
11 ASEAN merupakan Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok
dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
yang telah melaksanakan cukai GST pada tahun 1984. Kini, semua negara ASEAN telah pun
melaksanakan cukai GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar. Sebenarnya, pengumuman
untuk pelaksanaan cukai GST di Malaysia telah dibuat semasa pembentangan Bajet 2005
yang menyebut bahawa cukai GST akan mula dilaksanakan di Malaysia pada tanggal 1
Januari 2007 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ( SST ).12
Walau bagaimanapun, kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan cukai GST bagi
membolehkan peniaga membuat perubahan kepada sistem pengkomputeran dan memberikan
latihan kepada kakitangan mereka. Pada tanggal 16 Disember 2009, Rang Undang - Undang
cukai GST telah dibentangkan di Parlimen untuk Bacaan Pertama.13 Rang Undang -
Undang14 tersebut sepatutnya dibentangkan untuk Bacaan Kedua tetapi ditangguhkan bagi
membolehkan pandangan rakyat pula untuk diambil kira.
Kaedah cukai GST mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan cukai SST.
Pelaksanaan cukai GST akan meningkatkan jumlah kutipan hasil kerajaan dan seterusnya
membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan. Pada masa ini, pergantungan
kepada sumber hasil berasaskan petroleum seperti cukai pendapatan petroleum, duti
eksport15, dividen16 dan lain - lain adalah tinggi iaitu kira - kira 40 peratus daripada jumlah
hasil kerajaan. Ini merupakan keadaan yang tidak efisien kerana Malaysia tidak boleh
bergantung selamanya kepada sumber pendapatan berasaskan petroleum memandangkan
bahan tersebut lama kelamaan akan susut. Oleh itu, pelaksanaan cukai GST mampu
mengatasi masalah ini di negara kita.
Cukai SST juga mempunyai banyak kelemahan seperti pengenaan cukai berganda dan
cukai bertingkat.17 Misalnya, jika sesebuah syarikat korporat mengambil perkhidmatan
kejuruteraan bebas untuk melaksanakan kerja - kerja untuk mereka, maka kos yang
12 SST bermaksud Sales and Services Tax.
13Rujuk Rang Undang - Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2009, D.R. 37/2009,
http://www.gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_bill.aspx
14 draf undang - undang ( yg akan dibincangkan di parlimen dan apabila diluluskan dinamakan Akta ).
15 cukai yg dikenakan oleh kerajaan pada barang yang dieksport.
16 bahagian keuntungan yg dibayar kpd pemegang saham dlm sesuatu syarikat.
17 Cukai SST dikenakan kepada semua barangan tanpa kecuali termasuklah pakaian, susu, tepung, beras,
semua barang keperluan, tiket bas, ubat - ubatan, bil telekomunikasi, tiket wayang dan sebagainya.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
dikenakan akan dilepaskan kepada pengguna. Oleh itu, cukai perkhidmatan syarikat tersebut
merupakan nilai yang telah dinaikkan kerana telah pun termasuk elemen cukai yang
dikenakan kerana mengambil perkhidmatan kejuruteraan bebas. Ini menunjukkan berlakunya
cukai berganda yang terpaksa ditanggung oleh pengguna akhir.
Dalam kaedah cukai GST, masalah ini tidak akan berlaku kerana cukai GST
merupakan cukai kepenggunaan yang dikenakan pada setiap peringkat pengagihan dan
pengedaran. Peniaga pula dibenarkan menuntut kembali cukai GST yang dibayar ke atas
input perniagaan. Oleh sebab itulah cukai GST dijangka menarik minat sektor perniagaan
untuk berdaftar sebagai syarikat GST walaupun jumlah jualan tahunan syarikat tersebut lebih
rendah daripada threshold ( nilai perolehan tahunan ) yang ditetapkan.18 Kadar cukai GST
terdiri daripada tiga kategori iaitu berkadar seragam, berkadar sifar dan barangan yang
dikecualikan daripada GST. Bagi barangan dan perkhidmatan yang berkadar sifar, peniaga
dibenarkan menuntut kembali cukai GST yang dikenakan ke atas input perniagaan, manakala
bagi barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai GST, peniaga tidak
dibenarkan menuntut kembali cukai GST tersebut yang dibayar ke atas input perniagaan.
18 Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus, Normala Mehat, “Kefahaman dan Kesediaan Pengguna
Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST ): Satu Tinjauan Awal”, in Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia, no 2 ( 2013 ), Johor Bharu, Malaysia, p. 689.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
OBJEKTIF KAJIAN
Semasa kami melakukan pembacaan umum mengenai cukai GST, kami telah memperolehi
beberapa objektif yang ingin kami capai dan seterusnya menjadikan ia sebagai isi kajian
kami. Objektif kajian tersebut antaranya ialah : -
1. Mengenal pasti maksud cukai GST, cara perlaksanaan cukai tersebut dan contoh
perlaksanaannya di beberapa buah negara yang terkemuka.
2. Mengenal pasti kesan - kesan yang akan ditanggung masyarakat apabila
perlaksanaan cukai GST dijalankan oleh pihak kerajaan.
3. Mengkaji tindakan – tindakan yang telah di ambil oleh pihak kerajaan mengenai
perlaksanaan cukai GST.
4. Mengenal pasti kelemahan – kelemahan daripada tindakan yang telah di ambil
oleh pihak kerajaan mengenai perlaksanaan cukai GST.
5. Mencadangkan beberapa perubahan atau penambahbaikan untuk membaiki
kelemahan daripada tindakan yang telah di ambil oleh pihak kerajaan mengenai
perlaksanaan cukai GST.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
SEBAB TAJUK DIPILIH
Secara umumnya, tujuan kumpulan kami memilih tajuk cukai GST adalah untuk mengetahui
apakah itu cukai GST. Dengan mengetahui apakah itu cukai GST, kami dapat mengesan
kebaikan dan keburukan pelaksanaan cukai GST dalam pelbagai aspek. Kami juga ingin
mengetahui tindakan kerajaan dalam melaksanakan cukai GST. Ia juga memberi manfaat
kepada kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara. Namun ia juga memberi kesan buruk
kepada rakyat kerana ia membebankan rakyat. Walau bagaimanapun, ia mempunyai manfaat
kepada semua masyarakat dan juga negara dalam mengawal kadar inflasi19 dan kadar
kenaikan harga barang.
Sepertimana yang kita ketahui, kadar jenayah di negara kita semakin meningkat
disebabkan faktor kenaikan kos sara hidup. Bagi yang sudah berkeluarga juga akan
mengalami kesusahan dalam menyara kehidupan. Tetapi, sebenarnya kerajaan telah
membantu rakyat dari segi subsidi20 minyak, bantuan khas awal persekolahan21, bantuan
rakyat 1 Malaysia ( BR1M )22, bantuan orang kurang upaya ( OKU ), bantuan Projek
Perumahan Rakyat Miskin Tegar ( PPRT )23 dan bantuan sara diri.
Justeru itu, rakyat Malaysia tidak boleh sesuka hati memaki - hamun kerajaan kerana
disebalik kenaikan harga barang ini rakyat jelata juga dapat merasai kenikmatan yang
sepertimana yang dinyatakan sebentar tadi. Rakayat Malaysia pernah menyatakan bahawa
kerajaan haruslah membenarkan syarikat dari luar negara seperti Honda24, Volkswagen25 dan
19 keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli .
20 bantuan berupa wang atau kebendaan ( biasanya drpd kerajaan ) yg diberi kpd sesuatu pihak tertentu ( spt
perbadanan, kumpulan petani, dll )
21 Bantuan sebanyak RM100 bagi setiap pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah
kerajaan mahupun sekolah bantuan kerajaan.
22 Projek BR1M yang pertama datang dari idea Datuk Seri Najib Razak untuk membantu rakyat Malaysia yang
miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM 500.00 Ringgit Malaysia telah diberikan kepada isi
rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 sebulan buat pertama kalinya.
23 program membantu membaiki rumah penduduk Malaysia yang tinggal di pedalaman yang miskin dan daif.
PPRT telah diperluaskan skopnya dengan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi
mempunyai tanah.
24 sebuah syarikatpengeluaran yangditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya,syarikat
ini dikenali sebagai "InstitutPenyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama
syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
Toyota26 bertapak di Malaysia bagi mengurangkan kadar cukai yang dikenakan iaitu hampir
50 peratus. Tetapi, sebenarnya rakyat tidak tahu dengan pertapakan syarikat dari luar negara
akan menyebabkan orang putih akan menguasai sedikit demi sedikit ekonomi di negara kita.
Oleh itu, berfikirlah semua akan tindakan kita atau tindakan kerajaan yang melakukan
sebagaimana rupa. Kita juga tidak tahu yang kerajaan Malaysia telah membuat pinjaman
dengan Bank Antarabangsa iaitu di Amerika Syarikat sebanyak dalam anggaran berbilion.
Kita juga tidak tahu bahawa kerajaan telah mementingkan hak bumiputra kepada
rakyat Malaysia iaitu bantuan Majlis Amanah Rakyat ( MARA )27. Ramai pelajar kita yang
dibiayai oleh MARA dalam meneruskan pembelajaran mereka sama di dalam Malaysia atau
di luar Malaysia. Oleh itu, patutlah kerajaan mengenakan cukai GST kepada rakyat Malaysia.
25 sebuah pengeluar kereta yang bertapak di Wolfsburg, Jerman, dan membentuk komponen utama ( dari segi
jumlah jualan ) bagi Kumpulan Volkswagen ( "Volkswagen Aktiengesellschaft", atau "Volkswagen AG" ), yang
menjadi pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia pada 30 Julai 2007, mengekori Toyota dan General Motors.
26 sebuah pengeluar kenderaan antarabangsadari Jepun yangdiasaskan oleh Kiichiri Toyoda pada tahun 1937.
Syarikatini telah menjadi pengeluar kereta terbesar dunia mengalahkan General Motor dari Amerika Syarikat.
Beberapa syarikat automotif bernaung di bawah Toyota iaitu Daihatsu, Lexus, dan Hino.
27 sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966
di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
APA ITU GST?
VAT / GST diperkenalkan di Perancis pada tahun 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti
sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi
menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.28 Kini 138 negara
melaksanakan cukai VAT sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai
jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hampir semua negara,
cukai - cukai ini adalah semada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada
peroleh negara.
GST adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang
digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai
cukai kepenggunaan ( consumption tax ). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas
daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. Cukai GST
dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar
dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk
mengutip cukai GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal
melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
Cukai GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan
perkhidmatan ( dikenali juga sebagai bekalan ) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh
organisasi perniagaan ( tidak termasuk GST ) ke atas semua aktiviti yang dicukai. Aktiviti
yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan
yang berkenaan hendaklah membekal ( atau bersetuju untuk membekal ) barangan atau
perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain
seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
28 (2011, 01). Malaysia Gst. StudyMode.com. Retrieved 01, 2011, from
http://www.studymode.com/essays/Malaysia-Gst-563851.html
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi
perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam
bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai
kredit cukai input29. Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut.
Bagaimanapun, penyerahkan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual
bukannya pengguna terakhir.
Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas
barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . Cukai GST yang dikutip dibayar kepada
kerajaan. Cukai GST dikenakan ke atas bekalan yang di cukai iaitu hampir semua barangan
dan perkhidmatan. Peniaga bayar cukai GST bila membeli barangan dan perkhidmatan.
Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit cukai input kepada cukai GST yang dibayar.
Kredit cukai input ditampung semula dari cukai GST yang dikutip. Jika caj GST melebihi
kredit cukai input bagi satu tempoh , peniaga perlu remit30 cukai GST kepada kerajaan. Jika
kredit cukai Input melebihi cukai GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya
semula ( refund ). Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya
dan membayar GST tetapi mendapat kredit cukai input. Beban akhirnya ialah pengguna.
Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak
dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak
dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi ( kecuali makanan tersedia, makanan
bawa - balik, snek, alkohol dan minuman ringan ), perkhidmatan kesihatan, ubat - ubatan,
pendidikan dan penjagaan kanak - kanak, utiliti31, barangan tertentu yang dibekalkan oleh
pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.
29 Jumlah nilai semua barang yang digunakan dalam proses sesuatu pengeluaran oleh firma dalam tempoh
tertentu, seperti bahan mentah, bahan bakar, pelincir, air, elektrik, dan perbelanjaan terhadap kerja yang
dilakukan oleh firma lain terhadap bahan-bahan yang digunakan. Nilai input ini ialah pada harga bayaran
sewaktu diterima oleh firma, termasuk cukai dan duti yang dikenakan.
30 Membebaskan seseorang daripadasebahagian atau keseluruhan tanggunjawabnya,seperti cukai,hutang
dan sebagainya.
31 perkakasan atau atur cara sampingan ygmembantu dan memudahkan penggunaan sesebuah komputer atau
atur cara.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
Pelaksanaan cukai GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan
kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk
mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan
untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya
inflasi.32 Cukai GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang
mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga
dikecualikan daripada GST.
Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai
pihak, cukai GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan
cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod
kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem cukai GST dianggap
mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan
masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.
32 kemerosotan nilai mata wang kerana banyaknya wangyg beredar dan menyebabkan harga barang - barang
naik.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
KESAN TERHADAP MASYARAKAT
Terdapat pelbagai pendapat mengenai kesan yang akan dialami oleh masyarakat umumnya
rakyat Malaysia. Ada pendapat yang mengatakan bahawa pelaksanaan cukai GST tidak akan
menjejaskan rakyat kerana ia disasarkan untuk golongan yang perpendapatan tinggi.
Bagaimanapun, ada juga pendapat dari penganalisis ekonomi mengatakan ia akan
menjejaskan kuasa pembeli apabila rakyat akan lebih berhati hati dalam berbelanja kerana
cukai yang dikenakan. Seterusnya akan menyebabkan transaksi33 ekonomi menjadi semakin
lembab dan seterusnya runtuh.
Selain itu, dengan pelaksanaan cukai GST juga akan menjangkakan kadar inflasi34 di
negara ini akan meningkat menjadi empat peratus di atas kertas, walaupun jumlah peratusan
dilihat kecil tetapi ia akan masih menjejaskan realiti hidup rakyat biasa. Hal ini juga
disebabkan oleh penambahan rakyat yang tidak mampu lagi untuk membeli tanah kerana
beban hutang isi rumah yang semakin meningkat.
Satu implikasi lain yang dapat dilihat adalah, berbanding dengan sistem cukai
langsung35 ( direct tax ) kepada badan korporat dan individu, ialah cukai GST juga dilihat
sebagai sistem percukaian yang regresif36 iaitu semakin tinggi pendapatan individu atau
korporat semakin rendah bahagian dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai.
Sebaliknya lebih rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu
disalur kepada pembayaran cukai.
Bermakna, sistem ini lebih memberi tekanan kepada golongan miskin dan
berpendapatan kecil. Jaminan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban
33 penyelesaian pembayaran dlm perniagaan ( perdagangan ); 2. persetujuan jual beli, urusan jual beli (
perdagangan ), urus niaga.
34 keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli, facebook-(Saya benci
harga barang naik)- Apa itu GST dan Kesanya pada kita? http://ms-my.facebook.com/notes/saya-benci-harga-
barang-naik/apa-itu-gst-dan-kesannya-pada-kita/173218662732664
35 cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan ( mis cukai pendapatan
dan cukai laba harta tanah )
36 cukai yg kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi .
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
belum menyakinkan. Mekanisme37 cukai GST yang diumumkan belum jelas menghuraikan
kesan yang sangat fundamental38 kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat
sensitif kepada harga barangan dan perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan
akan bertambah kepada golongan miskin , daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan
terhakis.
Hal ini berbeza pula dari pendapat yang menekankan bahawasanya pelaksanaan cukai
GST tidak akan memberikan bebanan kepada pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan
dan perkhidmatan sedia ada yang kini dikenakan sebanyak antara 5 peratus hingga 10 peratus
sahaja. Cukai GST merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju. Oleh sebab cukai GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan
sedia ada, maka pelaksanaan cukai GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya
kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai yang dikenakan
adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa
ini.
Walau bagaimanapun, Kerajaan dijangka mengenakan kadar cukai GST yang lebih
rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan. Alasan yang menyatakan bahawa
kerajaan akan sentiasa menaikkan kadar cukai GST juga kurang tepat berdasarkan
pengalaman lepas menunjukkan kadar cukai jualan yang diperkenalkan pada tahun 1972
hanya dinaikkan sekali sahaja iaitu pada tahun 1983. Kadar cukai perkhidmatan pula tidak
pernah dinaikkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975. Oleh yang demikian, cadangan
kerajaan untuk melaksanakan cukai GST wajar disokong kerana ia akan member kebaikan
dan kesan positif kepada ekonomi negara terutamanya dalam jangka masa panjang.
Sekiranya cukai GST ini telah dilaksanakan, orang ramai akan mula bercakap
mengenainya. Sebelum ini, istilah yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan
duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka
membayar cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, apa yang akan
37 cara ( sistem, saluran, dsb ) utk memungkinkan atau membuka jalan kpd pelaksanaan dsb.
38bersifat dasar, sangat penting, asas, pokok, Wartawan Sinar Harian -17 oktober 2013, GST dan Kesannya
pada rakyat, http://www.sinarharian.com.my/wawancara/gst-dan-kesannya-kepada-rakyat-1.211853
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan. Walaupun secara
umumnya, ramai yang masih tidak menyukai pengenaan cukai pada rakyat tapi dalam hal ini,
terdapat faedah dari segi jangka panjang, demokrasi39 dan akauntabiliti40 dalam negara, ia
agak positif.
Selain itu , melalui kajian yang telah dilakukan sejak 2005 melibatkan tiga golongan
iaitu mereka yang berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi. Cukai GST dibuat dengan
kadar sifar dan standard. Untuk barang makanan asas dan keperluan perkhidmatan asas
seperti bas dan sebagainya, mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang paling
ramai menggunakannya. Katakanlah orang bergaji RM1,000 sebulan, kira - kira 60 peratus
hingga 70 peratus daripada pendapatannya digunakan untuk makanan dan perkhidmatan asas
yang tidak dikenakan cukai GST.
Golongan berpendapatan sederhana contohnya, mungkin akan membelanjakan dalam
30 peratus sebulan untuk bayar cukai GST seperti makan Kentucky Fried Chicken ( KFC )41
dan sebagainya. Berbeza dengan golongan kaya, gaji mereka tidak digunakan untuk perkara
ini. Mereka lebih banyak makan di luar, menggunakan internet dan lebih kepada hiburan. Ini
bermakna, orang kaya lebih banyak menanggung cukai GST berbanding golongan
berpendapatan rendah dan sederhana. Sama ada ia membebankan pengguna atau tidak, ia
sebenarnya dipengaruhi trend42 pengguna itu sendiri sama ada berbelanja besar atau tidak.
Kita kena fahami antara keperluan dan kehendak.
39 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen ( perwakilan )
pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politi k atau sosial yg pd dasarnya dikuasai
oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; berdemokrasi mengamalkan
atau berasaskan prinsip - prinsip demokrasi;mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi,menjadikan sesuatu
berasaskan demokrasi; pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan.
40 sifat bertanggungjawab kpd seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dsb serta bersedia
memberikan penjelasan, justifikasi dsb yg diperlukan.
41 mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc..
Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam
dalamcampuran tepung gandum, garam, lada hitam,dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak
panas di dalam periuk tekanan.
42 arah aliran (gerakan dsb), perkembangan rentetan kejadian (amalan dll) yg s eolah - olah menuju ke suatu
arah.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN
Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai GST telah
diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula pada tanggal
1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan
kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk
mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 196743. Ini katanya
bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana
hasil negara.
GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa
ini, cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan.
Cukai perkhidmatan44 pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional,
hotel dan restoran. Cukai GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif45,
efisien46, telus47 dan efektif48. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan
untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari Universiti
Teknologi MARA ( UiTM ) berpendapat, cukai GST tidak membebankan dan akan
menambahkan hasil negara.
Pada tanggal 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni
Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan
cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari cukai GST. Beliau berkata, sebanyak 143 buah
negara telah melaksanakan cukai GST. Dalam ASEAN hanya Malaysia, Brunei dan
Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan cukai GST akan dapat
mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu.
43 sebuah akta yang dikuatkuasakan di Malaysia pada 1967 bagi mengenakan cukai pendapatan.
44 cukai yg dikenakan pd barangspt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan
tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll.
45 luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dalamnya .
46 bkn individu, organisasi, mesin, dll yg boleh menjalankan tugas dgn cekap ( tanpa pembaziran waktu dan
tenaga ); keefisienan perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan
47 1. dapatmasuk ke dlmlubangdll,terus menem-bus, bulus,celus,lulus;2.mudah di-faha-mi atau diketahui (
tiada hal yg tersem-bunyi, disangsikan dsb ).
48 ada kesannya ( pengaruhnya ), berkesan, mujarab ( bkn ubat ).
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
Kini, negara jiran yang melaksanakan cukai GST adalah Singapura, Thailand,
Indonesia dan Filipina. Kadar cukai GST yang diguna oleh negara - negara ini waktu ini ialah
Singapura 5 peratus, Thailand 7 peratus, Indonesia 10 peratus dan Filipina 10 peratus.
Lantaran itu, lanjutan daripada pembentangan Bajet Tahunan 2005, pihak kerajaan akan
melaksanakan cukai GST bermula pada tanggal 1 April 2015 hanya pada kadar enam peratus
sahaja berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima peratus dan sepuluh peratus dan cukai
perkhidmatan pada kadar enam peratus.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
KELEMAHAN DARIPADA TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL
OLEH KERAJAAN
Dari segi pelaksanaan cukai GST, yang pastinya harga barangan akan menjadi berbeza
daripada sekarang. Jadi, yang pastinya, jika harga sekarang RM10, apabila dikenakan cukai
GST sebanyak 6 peratus, maka harga pasti akan naik sebanyak 6 peratus. Itu tidak dapat
dielak sebab adanya cukai baru. Tetapi ia boleh diseimbangkan. Sekiranya kerajaan
mengatakan bahawa mereka menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, jadi, mungkin
akan berlaku proses penyeimbangan di situ, di mana apabila cukai diperkenalkan, ada cukai
dihapuskan.
Jadi, mungkin ia akan turun jadi tengah - tengah balik. Akibatnya, kalau naik pun,
akan naik sedikit. Malahan ada juga ahli ekonomi yang kata apabila kajian dibuat, sekiranya
cukai GST diperkenalkan, maka harga barang akan turun dulu sedikit. Hal ini kerana, cukai
GST diperkenalkan kadarnya lebih rendah daripada gabungan cukai jualan dan pekhidmatan.
Jadi, impak kepada harga barangan secara segera kita tak dapat nak jangka sekarang sebab ia
bergantung kepada kadar yang ditentukan.
Tetapi dari segi kerajaan pula, impak yang pasti akan berlaku adalah kerajaan akan
dianggap tidak popular sebab rakyat akan mula mengatakan bahawa kerajaan mengenakan
cukai. Sebelum ini tak ada cukai. Itu tidak betul. Sebelum ini dah ada cukai, sekarang ini
ditukar dalam bentuk cukai yang lain. Rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber
pendapatan masing - masing, tiba - tiba kerajaan mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup
duit. Kerajaan belanja berlebihan, rakyat pula kena bayar.
Walau bagaimanapun, dalam hal cukai GST ini ada sedikit pengecualian yang mana
cukai GST ini bagus dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini,
istilah yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud.
Sebenarnya ia duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar
bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, apa yang akan berlaku ialah rakyat menuntut lebih
banyak akauntabiliti daripada kerajaan.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
CADANGAN UNTUK MEMBAIKI KELEMAHAN DARIPADA
TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN
Kerajaan sedar akan keperluan untuk mempunyai pelan komunikasi yang komprehensif bagi
memastikan pelaksanaan cukai GST dapat dijalankan dengan lancar diterima oleh semua
lapisan masyarakat. Rakyat perlu sedar bahawa pelaksanaan cukai GST merupakan salah satu
langkah kerajaan dalam menyusun semula struktur percukaian negara bagi menjadikan ianya
lebih telus, efisyen dan mesra peniaga. Cukai GST yang dicadangkan bukanlah satu cukai
baharu, tetapi hanyalah bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedang
dilaksanakan sekarang.
Kementerian ini mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan mempunyai pelbagai
kelemahan yang mana kelemahan ini adalah diesebabkan oleh sistem percukaian itu sendiri.
Laman sesawang “ww.gst.customs.gov.my” telah lama dilancarkan dan kesemua maklumat
berkenaan cukai GST boleh diperoleh di laman ini. Program kesedaran dan penjelasan cukai
GST telah dijalankan semenjak tahun 2010 yang mana golongan sasarannya adalah terbahagi
kepada tiga iaitu pengguna, peniaga dan juga jabatan kerajaan. Program penerangan GST
kepada pelajar - pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS ) serta penduduk kampung juga turut dilaksanakan. Sehingga
pada tanggal 18 September 2013, sebanyak 4720 program latihan telah dijalakan sejak tahun
2010 yang melibatkan 211 335 orang peserta.
Program - program yang dijalankan ini diharap dapat memberi kefahaman
sepenuhnya kepada rakyat mengenai mekanisma dan model GST yang dicadangkan di
Malaysia, kesan pelaksanaan cukai GST serta langkah - langkah yang akan diambil oleh
kerajaan di dalam menangani sebarang isu berbangkit dari pelaksanaan cukai GST. Melalui
inisiatif yang dijalankan kerajaan ini, adalah diharap maklumat yang tepat dan betul berkaitan
cukai GST dapat disebar luas dan seterusnya rakyat menerima baik pelaksanaan cukai GST.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
KESIMPULAN
Terdapat dua cukai kepenggunaan yang sedang dilaksanakan di negara ini iaitu cukai jualan
dan cukai perkhidmatan. Bagi barang tertentu yang dikeluarkan dalam negara dan barang
import, cukai jualan dikenakan. Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan
tertentu. Sejak tahun 1972, cukai jualan telah diperkenalkan melalui akta cukai jualan 1972.
Apabila nilai tahunan melebihi RM 100, 000 cukai jualan tempatan dikenakan. Terdapat tiga
jenis kadar cukai jualan yang dikenakan iaitu 5 peratus , 10 peratus, dan spesifik.
Seterusnya, cukai perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 melalui akta
Cukai Perkhidmatan 1975. Kadar yang ditetapkan adalah pada 6% manakala kadar spesifik
dikenakan ke atas kad kredit. Kebiasaanya, kebanyakan perkhidmatan tidak dikenakan
threshold kecuali beberapa jenis perkhidmatan di mana threshold akan dikenakan iaitu pada
RM 150, 000 , RM 300, 000 dan RM 3 juta setahun.
Terdapat beberapa cadangan yang diharap akan dapat digunakan pada masa hadapan ,
cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa dimansuhkan dan diganti dengan cukai
kepenggunaan berasaskan konsep nilai ditambah dan dikenali sebagai Cukai Barangan dan
Perkhidmatan atau GST.
Model GST yang dicadang untuk dilaksanakan di Malaysia adalah yang pertama
melalui Skop. GST yang dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan di semua
peringkat bermula dari pengeluaran, pengilangan, pemborongan dan peruncitan. Seterusnya,
GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang dibekalkan ke dalam negara atau yang
diimport. Bekalan yang dibuat oleh jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri tidak termasuk
dalam skop pengenaan GST kecuali beberapa perkhidmatan yang ditetapkan oleh Menteri
Kewangan. Tambahan pula, GST yang dikenakan ke atas semua input perniagaan seperti
harta modal dan bahan mentah dikenali sebagai cukai input. Manakala, GST yang dikenakan
ke atas semua bekalan ( jualan ) dikenali sebagai cukai output. Bagi peniaga yang layak,
cukai input ditanggung boleh dituntut semula sepenuhnya daripada kerajaan melalui kaedah
kredit cukai input.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
Yang kedua pula adalah melalui Bekalan berkadar Sifar. Bekalan berkadar sifar
bermaksud barang dan perkhidmatan yang dijual oleh peniaga dan dikenakan GST pada
kadar sifar. Kepada peniaga pula, GST yang dibayar ke atas input boleh dituntut sebagai
kredit.
Yang ketiga pula adalah melalui bekalan dikecualikan. Bekalan dikecualikan
bermaksud barang dan perkhidmatan yang dijual oleh peniaga dikecualikan dari dikenakan
GST. Kepada peniaga, GST yang dibayar ke atas input tidak boleh dituntut sebagai kredit.
Yang keempat pula adalah kadar standard. Kadar Standard yang ditetapkan adalah
sebanyak 6 peratus. Yang kelima pula adalah melalui threshold. Threshold dikenakan bagi
tujuan pendaftaran di bawah GST adalah nilai jualan tahunan sebanyak RM 500,000. Ini
bermakna mana-mana perniagaan yang jualan tahunannya RM 500,000 dan ke atas perlu
berdaftar di bawah perundangan GST. Perniagaan di bawah threshold tidak perlu berdaftar
tetapi boleh berdaftar secara sukarela.
Pelaksanaan dan pengurusan GST yang baik disamping mendapat kerjasama pelbagai
pihak mampu memberi impak yang besar. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan hasil negara
melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.Walaupun pelaksanaan dan pengurusan sistem
GST dianggap mencabar, namun tempoh yang selesa dan sesuai sebelum pelaksanaannya
diperlukan bagi membolehkan semua orang bersedia dan faham serta didedahkan kepada
sistem cukai GST ini lebih adil daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada.
Cukai GST tidak akan memberikan bebanan kepada pengguna kerana ia
menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang kini dikenakan sebanyak antara
5 peratus hingga 10 peratus. Cukai GST merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh sebab cukai GST menggantikan cukai jualan dan
cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan cukai GST dijangka tidak akan
menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang
dikenakan pada masa ini.
Walau bagaimanapun, kerajaan dijangka mengenakan kadar cukai GST yang lebih
rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan. Alasan yang menyatakan bahawa
kerajaan akan sentiasa menaikkan kadar cukai GST juga kurang tepat berdasarkan
pengalaman lepas menunjukkan kadar cukai jualan yang diperkenalkan pada tahun 1972
hanya dinaikkan sekali sahaja pada tahun 1983. Kadar cukai perkhidmatan pula tidak pernah
dinaikkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975. Oleh yang demikian, cadangan kerajaan
untuk melaksanakan cukai GST wajar disokong kerana ia akan memberi kebaikan dan kesan
positif kepada ekonomi negara terutamanya dalam jangka masa panjang.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
RUJUKAN
( 2007 ). Hajah Noresah Binti Baharom, Kamus Dewan ( Edisi Keempat ), Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia, ISBN 978 – 983 – 62 – 8339 – 9.
( 2010 ). DBP, Kamus Ekonomi Islam: Perniagaan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, Malaysia, ISBN 978 – 983 – 46 – 0589 – 6.
( 2013 ), Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus, Normala Mehat, “Kefahaman dan
Kesediaan Pengguna Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST ): Satu
Tinjauan Awal”, di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia, no 2 Johor Bharu,
Malaysia.
( 2007 ). Singh, V, The truth about GST, Malaysian Bussines.
( 2010 ). Chan, A, Grappling with the goods and services tax, Malaysian Business.
( 2012 ). Nor Zahidi Alias, Hard decision ahead, Malaysian Business.
( 2007 ). Yeo Kai Eng. You and the Taxman: Insights on tax issues that matter, Ernst &
Young Hock Cheong Printing Pte Ltd.
( 2013 ). YAB Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul Razak, Ucapan Bajet Tahun 2014,
Kementerian Kewangan Malaysia, Malaysia.
( 2007 ). Lim dan Lisa, GST advance ruling system to be introduced. International Taxation.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
( 2010 ). Abdul Aziz Awang, Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST),
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013.
( 2009 ). Rang Undang - Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2009, D.R. 37/2009,
Dicapai pada Februari 23, 2014, dari
http://www.gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_bill.aspx
( 2011 ). Malaysia Gst. StudyMode.com. Dicapai pada Februari 23, 2014, dari
http://www.studymode.com/essays/Malaysia-Gst-563851.html
( 2014 ). keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli,
facebook-(Saya benci harga barang naik)- Apa itu GST dan Kesanya pada kita?Dicapai pada
Mac 2, 2014, dari http://ms-my.facebook.com/notes/saya-benci-harga-barang-naik/apa-itu-
gst-dan-kesannya-pada-kita/173218662732664
( 2013 ). Wartawan Sinar Harian -17 oktober 2013, GST dan Kesannya pada rakyat, Dicapai
pada Mac 2, 2014, dari http://www.sinarharian.com.my/wawancara/gst-dan-kesannya-
kepada-rakyat-1.211853
( 2013 ). Info GST, Dicapai pada Mac 9, 2014, dari http://www.jpn.gov.my/hebahan-gst
( 2013 ). Cukai Barang & Perkhidmatan ( GST ), Dicapai pada Mac 9, 2014, dari
http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2244&Itemid
=154&lang=my
( 2013 ). Q&A: Apakah itu GST?, Dicapai pada Mac 9, 2014, dari
http://www.astroawani.com/budget/news/show/q-a-apakah-itu-gst-24529
( 2013 ). GST atasi masalah peniaga elak cukai. Utusan Melayu ( M ) Bhd, Dicapai pada
Mac 9, 2014, dari http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130628/dn_06/GST-
atasi-masalah-peniaga-elak-cukai#ixzz2vkPRkwgz
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
LAMPIRAN
Halaman hadapan risalah maklumat mengenai Cukai GST.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
Halaman belakang risalah maklumat mengenai Cukai GST.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
Info 16 negara yang telah melaksanakan sistem Cukai GST / VAT.
Rajah Cukai SST vs Cukai GST.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
Info lanjut mengenai Cukai GST.
ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN
GST atasi masalah peniaga elak cukai
ARKIB : 28/06/2013
Ahmad Husni Hanadzlah
KUALA LUMPUR 27 Jun - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang
dicadangkan oleh kerajaan akan dapat membantu mengatasi masalah ketirisan kutipan cukai
dalam kalangan peniaga.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kaedah GST
berkesan kerana cukai dikenakan bagi setiap transaksi perniagaan.
"Berdasarkan kajian jangkaan untuk 2015, jumlah kutipan melalui sistem cukai jualan dan
perkhidmatan (SST) sedia ada adalah RM20 bilion tetapi jika sistem ditukarkan kepada GST,
jumlahnya ialah sebanyak RM26 bilion.
"GST jauh lebih efisien kerana dapat menghalang peniaga mengelak daripada cukai dan kita
tidak boleh katakan tambahan RM6 bilion hasil kerajaan ini datang daripada rakyat," katanya
kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Menurut beliau, cadangan GST masih lagi di peringkat kajian dan pertimbangan kerajaan.
Ahmad Husni menjelaskan, GST bukan tambahan kepada cukai sedia ada, sebaliknya
merupakan cadangan bagi menggantikan cukai SST.
"Kita sedang mengkaji impak GST kepada golongan berpendapatan rendah tetapi perlu
diingatkan sebanyak 20 kumpulan barangan dan perkhidmatan akan diberikan pengecualian
cukai seperti barang makanan," katanya.
Tegasnya, harga barang dan perkhidmatan tidak ditentukan sepenuhnya kepada cukai yang
dikenakan tetapi melibatkan juga margin keuntungan peniaga.

Contenu connexe

Tendances

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...FaFai S.
 
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Qing Hao Chai
 
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPMSalehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPMalifah808
 
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungaiBentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungaiEllyDanish
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaNurhawa Rosman
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Maria Nordin
 
Unit 1: Berkawad
Unit 1: BerkawadUnit 1: Berkawad
Unit 1: Berkawadmokhtar
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukanSing Lin Tiong
 
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2umi nabila
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembuttokey_sport
 
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin fieearra
 
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasiNur Az
 
pengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalpengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalsafeqa
 
Sistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahSistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahnorazanePBSM
 
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPImbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPShaiful Izham
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranAzizah Had
 
6.7 sistem respiratori
6.7 sistem respiratori6.7 sistem respiratori
6.7 sistem respiratorishareShare
 

Tendances (20)

2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor
 
1.kaedah teknik D.R.A.B.C
1.kaedah teknik D.R.A.B.C1.kaedah teknik D.R.A.B.C
1.kaedah teknik D.R.A.B.C
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
 
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
 
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPMSalehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
 
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungaiBentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
Sistem respiratori
Sistem respiratoriSistem respiratori
Sistem respiratori
 
Unit 1: Berkawad
Unit 1: BerkawadUnit 1: Berkawad
Unit 1: Berkawad
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan
 
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembut
 
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
 
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
 
pengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalpengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejal
 
Sistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahSistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran Darah
 
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPImbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 
6.7 sistem respiratori
6.7 sistem respiratori6.7 sistem respiratori
6.7 sistem respiratori
 

En vedette

Karangan GST (Pengajian Am STPM)
Karangan GST  (Pengajian Am STPM)Karangan GST  (Pengajian Am STPM)
Karangan GST (Pengajian Am STPM)路人 路过
 
The Implementation of Goods and Service Tax (GST) Malaysia
The Implementation of Goods and Service Tax (GST) MalaysiaThe Implementation of Goods and Service Tax (GST) Malaysia
The Implementation of Goods and Service Tax (GST) Malaysiavicksontan
 
What is GST in malaysia?
What is GST in malaysia?What is GST in malaysia?
What is GST in malaysia?Sue Boey
 
GST Power Point Presentation
GST Power Point PresentationGST Power Point Presentation
GST Power Point Presentationpraveendel
 
06 Politik Organisasi
06 Politik Organisasi06 Politik Organisasi
06 Politik OrganisasiWanBK Leo
 
Catatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatanCatatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatansuhail muhammad
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
Nota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPNota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPRafiza Diy
 
Voluntary tax compliance. Knowledge. Cooperation between DIAN and Skatteverke...
Voluntary tax compliance. Knowledge. Cooperation between DIAN and Skatteverke...Voluntary tax compliance. Knowledge. Cooperation between DIAN and Skatteverke...
Voluntary tax compliance. Knowledge. Cooperation between DIAN and Skatteverke...EUROsociAL II
 
CONTOH BUKU REKOD PERKHIDMATAN (edit 2015)
CONTOH BUKU REKOD PERKHIDMATAN (edit 2015)CONTOH BUKU REKOD PERKHIDMATAN (edit 2015)
CONTOH BUKU REKOD PERKHIDMATAN (edit 2015)fazrul
 

En vedette (20)

GST - Manfaat Kepada Rakyat
GST - Manfaat Kepada RakyatGST - Manfaat Kepada Rakyat
GST - Manfaat Kepada Rakyat
 
Karangan GST (Pengajian Am STPM)
Karangan GST  (Pengajian Am STPM)Karangan GST  (Pengajian Am STPM)
Karangan GST (Pengajian Am STPM)
 
The Implementation of Goods and Service Tax (GST) Malaysia
The Implementation of Goods and Service Tax (GST) MalaysiaThe Implementation of Goods and Service Tax (GST) Malaysia
The Implementation of Goods and Service Tax (GST) Malaysia
 
Taklimat GST
Taklimat GSTTaklimat GST
Taklimat GST
 
What is GST in malaysia?
What is GST in malaysia?What is GST in malaysia?
What is GST in malaysia?
 
GST
GSTGST
GST
 
GST IN MALAYSIA
GST IN MALAYSIAGST IN MALAYSIA
GST IN MALAYSIA
 
Gst ppt
Gst pptGst ppt
Gst ppt
 
GST Power Point Presentation
GST Power Point PresentationGST Power Point Presentation
GST Power Point Presentation
 
06 Politik Organisasi
06 Politik Organisasi06 Politik Organisasi
06 Politik Organisasi
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerja Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
Catatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatanCatatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatan
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Konsep dasar ekonomi
Konsep dasar ekonomiKonsep dasar ekonomi
Konsep dasar ekonomi
 
Nota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPNota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPP
 
Tax compliance
Tax complianceTax compliance
Tax compliance
 
Perubahan sosial budaya
Perubahan sosial budayaPerubahan sosial budaya
Perubahan sosial budaya
 
Voluntary tax compliance. Knowledge. Cooperation between DIAN and Skatteverke...
Voluntary tax compliance. Knowledge. Cooperation between DIAN and Skatteverke...Voluntary tax compliance. Knowledge. Cooperation between DIAN and Skatteverke...
Voluntary tax compliance. Knowledge. Cooperation between DIAN and Skatteverke...
 
bmm31011
bmm31011bmm31011
bmm31011
 
CONTOH BUKU REKOD PERKHIDMATAN (edit 2015)
CONTOH BUKU REKOD PERKHIDMATAN (edit 2015)CONTOH BUKU REKOD PERKHIDMATAN (edit 2015)
CONTOH BUKU REKOD PERKHIDMATAN (edit 2015)
 

Similaire à GST (20)

Cukai gst
Cukai gstCukai gst
Cukai gst
 
Tugasan projek pembangunan
Tugasan projek pembangunanTugasan projek pembangunan
Tugasan projek pembangunan
 
Pembangunan Masyarakat III
Pembangunan Masyarakat IIIPembangunan Masyarakat III
Pembangunan Masyarakat III
 
Rmk10
Rmk10Rmk10
Rmk10
 
Pte
PtePte
Pte
 
Teks Ucapan Bajet 2013
Teks Ucapan Bajet 2013Teks Ucapan Bajet 2013
Teks Ucapan Bajet 2013
 
Group asgment induksi
Group asgment induksiGroup asgment induksi
Group asgment induksi
 
Persyarikatan Malaysia
Persyarikatan MalaysiaPersyarikatan Malaysia
Persyarikatan Malaysia
 
Tadbir urus negara copy
Tadbir urus negara   copyTadbir urus negara   copy
Tadbir urus negara copy
 
Tugasan 3 penswastaan
Tugasan 3   penswastaanTugasan 3   penswastaan
Tugasan 3 penswastaan
 
PROJEK PEMBANGUNAN
PROJEK PEMBANGUNANPROJEK PEMBANGUNAN
PROJEK PEMBANGUNAN
 
Penswastaan
PenswastaanPenswastaan
Penswastaan
 
Teks bajet 2011
Teks bajet 2011Teks bajet 2011
Teks bajet 2011
 
Tugasan bandar mapan 3
Tugasan bandar mapan 3Tugasan bandar mapan 3
Tugasan bandar mapan 3
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Lmcp 1532 tugasan 3 (Penswastaan)
Lmcp 1532   tugasan 3 (Penswastaan)Lmcp 1532   tugasan 3 (Penswastaan)
Lmcp 1532 tugasan 3 (Penswastaan)
 
Lmcp 1532 tugasan 3 (penswastaan)
Lmcp 1532   tugasan 3 (penswastaan)Lmcp 1532   tugasan 3 (penswastaan)
Lmcp 1532 tugasan 3 (penswastaan)
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Sabah
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - SabahLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Sabah
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Sabah
 
Lmcp1532 tugasan 3
Lmcp1532 tugasan 3Lmcp1532 tugasan 3
Lmcp1532 tugasan 3
 
Faktor
FaktorFaktor
Faktor
 

Plus de Natasha Nabila

Menu makanan latihan medan
Menu makanan latihan medan Menu makanan latihan medan
Menu makanan latihan medan Natasha Nabila
 
Complete tentatif latihan medan
Complete tentatif latihan medanComplete tentatif latihan medan
Complete tentatif latihan medanNatasha Nabila
 
Kem latihan medan unikl miat julai 2015
Kem latihan medan unikl miat julai 2015Kem latihan medan unikl miat julai 2015
Kem latihan medan unikl miat julai 2015Natasha Nabila
 
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES Natasha Nabila
 
Human Factor Study Case
Human Factor Study CaseHuman Factor Study Case
Human Factor Study CaseNatasha Nabila
 
Assignment on cargo compartment classification
Assignment on cargo compartment classification Assignment on cargo compartment classification
Assignment on cargo compartment classification Natasha Nabila
 
Mechanical properties
Mechanical properties Mechanical properties
Mechanical properties Natasha Nabila
 
History of aircraft complete
History of aircraft complete History of aircraft complete
History of aircraft complete Natasha Nabila
 
Reading and evaluating electronic sources
Reading and evaluating electronic sources Reading and evaluating electronic sources
Reading and evaluating electronic sources Natasha Nabila
 
Foreign Object Damage/Debris
Foreign Object Damage/DebrisForeign Object Damage/Debris
Foreign Object Damage/DebrisNatasha Nabila
 
Contoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianContoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianNatasha Nabila
 
Bahasa kebangsaan - analisis debat
Bahasa kebangsaan - analisis debatBahasa kebangsaan - analisis debat
Bahasa kebangsaan - analisis debatNatasha Nabila
 
kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahNatasha Nabila
 

Plus de Natasha Nabila (18)

Menu makanan latihan medan
Menu makanan latihan medan Menu makanan latihan medan
Menu makanan latihan medan
 
Complete tentatif latihan medan
Complete tentatif latihan medanComplete tentatif latihan medan
Complete tentatif latihan medan
 
Kem latihan medan unikl miat julai 2015
Kem latihan medan unikl miat julai 2015Kem latihan medan unikl miat julai 2015
Kem latihan medan unikl miat julai 2015
 
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
 
Human Factor Study Case
Human Factor Study CaseHuman Factor Study Case
Human Factor Study Case
 
Assignment on cargo compartment classification
Assignment on cargo compartment classification Assignment on cargo compartment classification
Assignment on cargo compartment classification
 
Aerodynamics
Aerodynamics Aerodynamics
Aerodynamics
 
Mechanical properties
Mechanical properties Mechanical properties
Mechanical properties
 
ulasan forum
ulasan forumulasan forum
ulasan forum
 
History of aircraft complete
History of aircraft complete History of aircraft complete
History of aircraft complete
 
Reading and evaluating electronic sources
Reading and evaluating electronic sources Reading and evaluating electronic sources
Reading and evaluating electronic sources
 
Foreign Object Damage/Debris
Foreign Object Damage/DebrisForeign Object Damage/Debris
Foreign Object Damage/Debris
 
Ulasan bajet 2014
Ulasan bajet 2014Ulasan bajet 2014
Ulasan bajet 2014
 
Contoh surat rasmi
Contoh surat rasmi Contoh surat rasmi
Contoh surat rasmi
 
Contoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianContoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmian
 
Bahasa kebangsaan - analisis debat
Bahasa kebangsaan - analisis debatBahasa kebangsaan - analisis debat
Bahasa kebangsaan - analisis debat
 
Miat presentation
Miat presentationMiat presentation
Miat presentation
 
kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiah
 

GST

  • 1. UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY PENGAJIAN MALAYSIA ( MPW 2133 ) ASSIGNMENT CUKAI GST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN 2BME 2 MADAM NOOR AZIRA BINTI ABD RASID @ KAMARUDDIN
  • 2. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN CUKAI GST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN PENGAJIAN MALAYSIA MPW 2133 MADAM NOOR AZIRA BINTI ABD RASID @ KAMARUDDIN 2BME 2 NATASHA NABILA BINTI RANI 53259313224 NUR HALIMATUN RADZIAH BINTI YAHAYA 53259313354 MUHAMMAD HAYATULL FIKRI BIN ZULKARNAIN 53259313337 MOHAMAD AKID BIN MOHD NAFI 53259313251 MUHAMMAD FAHMI IRFAN BIN MOHD RAIS 53259313258 MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAFRI 53259313267
  • 3. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1 Penghargaan III 2 Abstrak IV 3 Abstract V 4 Pengenalan 1 5 Objektif Kajian 5 6 Sebab Tajuk Dipilih 6 7 Apa Itu GST 8 8 Kesan Terhadap Masyarakat 11 9 Tindakan Yang Telah Diambil Oleh Kerajaan 14 10 Kelemahan Daripada Tindakan Yang Telah Diambil Oleh Kerajaan 16 11 Cadangan Untuk Membaiki Kelemahan Daripada Tindakan Yang Telah Diambil Oleh Kerajaan 17 12 Kesimpulan 18 13 Rujukan 21 14 Lampiran 23 15 Tokoh Kemerdekaan 28
  • 4. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN PENGHARGAAN Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pertama sekali, kami dengan rendah diri ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia nikmatNya, kami berjaya menyiapkan kajian ilmiah kami ini dalam masa yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran serta dugaan telah kami tempuh dengan jayanya di dalam proses penyiapan kajian ilmiah ini. Justeru, kami berasa amat terharu dan gembira kerana berkat usaha gigih, kami berjaya tiba ke penghujung kajian ini. Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga khususnya kedua ibu dan bapa kami. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mustahil kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Pengorbanan mereka tidak dapat kami balas melainkan sekadar menghadiahkan kejayaan kami ini. Berkat doa dari mereka juga menjadi bekalan untuk kami terus maju dalam kehidupan. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Aviation Technology kerana memberikan kami kemudahan sumber rujukan dan yang sewaktu dengannya semasa proses kajian ilmiah ini dijalankan. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Puan Noor Azira Binti Abd Rasid @ Kamaruddin kerana menjadi pendorong serta penyumbang idea bagi kami menyiapkan tugasan ilmiah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan seperjuangan yang sudi berkongsi pendapat dalam isu yang dikaji ini. Akhir kata dari kami, sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam tugasan ilmiah ini. Semoga kajian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua dan semoga kita akn lebih maju dalam kehidupan. Sekian. Wallahuaklam.
  • 5. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN ABSTRAK Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa kerajaan tetap akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST ) walaupun kerajaan memerlukan masa yang lebih panjang untuk memastikan perancangan berjalan dengan lancar. Cukai GST ini dikatakan mahu menambahkan pendapatan negara yang sekarang ini banyak bergantung kepada royalti minyak yang dibekalkan oleh Petronas. Cukai GST diwar - warkan sebagai cara sumber pendapatan kerajaan terbaik dan dilihat lebih adil kepada semua tidak kira kepada golongan kaya, pertengahan mahupun kelompok bawahan. Namun, adakah rakyat Malaysia bersedia menerima dan mengamalkan cukai GST apabila ianya dilaksanakan? Apakah kesan yang akan ditanggung oleh masyarakat tempatan? Kertas kajian ini bakal mengupas dengan lebih lanjut mengenai tindakan yang diambil oleh kerajaan serta kelemahan dari tindakan tersebut agar dapat membaiki kelemahan itu melalui beberapa cadangan yang akan dikemukakan dalam kertas kajian ini.
  • 6. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN ABSTRACT Malaysians are well aware that the government will still implement Goods and Services Tax ( GST ), although the government needs more time to ensure their plan will success. GST tax is said that it want to increase the income of the country which now it only relies heavily on oil royalties supplied by Petronas. GST tax is touted as the best way of government revenue sources and seen fairer to all sort of people no matter the rich, middle class or lower cluster. However, do Malaysians will adopt the GST tax when it was done? What are the effect that has to be face by the local citizen? This study will analyze more about the action taken by the government and the weakness of the action in order to improve the weaknesses through several proposals suggested in this paper.
  • 7. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN PENGENALAN Pada tanggal 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan bajet belanjawan 2014 dengan bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”. Terdapat lima teras yang diutamakan dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2014 ini iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.1 Kami memilih isu pelaksanaan cukai Barang Dan Perkhidmatan ( GST )2 yang telah diumumkan semasa pembentangan Bajet Belanjawan 2014 tersebut untuk dikaji berdasarkan keadaan semasa negara kita pada hari ini. Antara ringkasan intipati mengenai isu ini ialah pihak kerajaan akan melaksanakan cukai GST bermula pada tanggal 1 April 2015 hanya pada kadar enam peratus sahaja berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima peratus dan sepuluh peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.3 Bagi memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, empat faktor utama yang menjadi penentu ialah penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih. Perbelanjaan kerajaan banyak bergantung kepada jumlah hasil cukai4 yang berjaya dikutip. Hasil cukai merupakan penyumbang utama kepada jumlah hasil kerajaan. Jika hasil cukai meningkat, kerajaan boleh melaksanakan pelbagai projek untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Di Malaysia, nisbah hasil cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK )5 1 YAB Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul Razak, Ucapan Bajet Tahun 2014, Kementerian Kewangan Malaysia, 2013, p. 6. 2 GST bermaksud Goods and Services Tax yang juga dikenali sebagai Value Added Tax ( VAT ). 3 Ibid., p. 30. 4 Cukai ialah bayaran ( bea, sumbangan ) yg dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan ( perbadanan, syarikat, barang - barang, dll ) utk perbelanjaan Negara. Hasil cukai ialah pendapatan daripada cukai. 5 jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu ( lazimnya dalam tahun kalendar ). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.
  • 8. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN adalah 19.5 peratus pada tahun 2010.6 Jika dibandingkan dengan 34 buah negara maju, nisbah yang dicatat oleh Malaysia adalah terlalu rendah. Nisbah yang paling rendah bagi negara maju ialah 26.8 peratus. Oleh yang demikian, nisbah hasil cukai atau KDNK yang rendah bagi Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia mengalami kekurangan hasil cukai bagi membiayai perbelanjaan pembangunan.7 Apabila jumlah hasil kerajaan tidak mencukupi, kedudukan kewangan kerajaan akan mengalami defisit.8 Bagi menampung defisit tersebut, kerajaan perlu membuat pinjaman untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Sistem percukaian Malaysia juga mempunyai asas yang sempit kerana pergantungan yang keterlaluan kepada cukai pendapatan. Sekiranya keuntungan syarikat berkurangan, jumlah kutipan cukai pendapatan juga berkurangan dan keadaan ini memberikan tekanan kepada hasil kutipan kerajaan. Selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, kerajaan perlu melaksanakan reformasi9 cukai yang bermaksud menjadikan sistem cukai sedia ada lebih mudah, telus dan lebih cekap. Reformasi cukai juga perlu untuk meningkatkan hasil dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Oleh yang demikian, Malaysia perlu melaksanakan cukai GST seperti yang telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara di dunia. Pelaksanaan cukai GST akan membolehkan kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan individu dan korporat serta menjadikan Malaysia lebih berdaya saing bagi menarik minat pelaburan asing. Kadar cukai korporat10 di Malaysia kini adalah 25 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding dengan Singapura, 17 peratus dan Hong Kong, 16.5 peratus. Pada masa ini sebanyak 146 buah negara telah pun melaksanakan cukai GST. Negara yang paling awal melaksanakan cukai GST ialah Perancis iaitu pada tahun 1954. Di Association of Southeast Asian Nations ( ASEAN )11, negara paling awal ialah Indonesia 6 Abdul Aziz Awang, Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 2014, p. 1. 7 Ibid., p. 2. 8 kekurangan hasil pendapatan berbanding dgn perbelanjaan yg diperlukan ( bkn anggaran belanjawan dsb ). 9 perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat. 10 Cukai dikenakan terhadap syarikat yang berdaftar. 11 ASEAN merupakan Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
  • 9. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN yang telah melaksanakan cukai GST pada tahun 1984. Kini, semua negara ASEAN telah pun melaksanakan cukai GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar. Sebenarnya, pengumuman untuk pelaksanaan cukai GST di Malaysia telah dibuat semasa pembentangan Bajet 2005 yang menyebut bahawa cukai GST akan mula dilaksanakan di Malaysia pada tanggal 1 Januari 2007 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ( SST ).12 Walau bagaimanapun, kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan cukai GST bagi membolehkan peniaga membuat perubahan kepada sistem pengkomputeran dan memberikan latihan kepada kakitangan mereka. Pada tanggal 16 Disember 2009, Rang Undang - Undang cukai GST telah dibentangkan di Parlimen untuk Bacaan Pertama.13 Rang Undang - Undang14 tersebut sepatutnya dibentangkan untuk Bacaan Kedua tetapi ditangguhkan bagi membolehkan pandangan rakyat pula untuk diambil kira. Kaedah cukai GST mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan cukai SST. Pelaksanaan cukai GST akan meningkatkan jumlah kutipan hasil kerajaan dan seterusnya membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan. Pada masa ini, pergantungan kepada sumber hasil berasaskan petroleum seperti cukai pendapatan petroleum, duti eksport15, dividen16 dan lain - lain adalah tinggi iaitu kira - kira 40 peratus daripada jumlah hasil kerajaan. Ini merupakan keadaan yang tidak efisien kerana Malaysia tidak boleh bergantung selamanya kepada sumber pendapatan berasaskan petroleum memandangkan bahan tersebut lama kelamaan akan susut. Oleh itu, pelaksanaan cukai GST mampu mengatasi masalah ini di negara kita. Cukai SST juga mempunyai banyak kelemahan seperti pengenaan cukai berganda dan cukai bertingkat.17 Misalnya, jika sesebuah syarikat korporat mengambil perkhidmatan kejuruteraan bebas untuk melaksanakan kerja - kerja untuk mereka, maka kos yang 12 SST bermaksud Sales and Services Tax. 13Rujuk Rang Undang - Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2009, D.R. 37/2009, http://www.gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_bill.aspx 14 draf undang - undang ( yg akan dibincangkan di parlimen dan apabila diluluskan dinamakan Akta ). 15 cukai yg dikenakan oleh kerajaan pada barang yang dieksport. 16 bahagian keuntungan yg dibayar kpd pemegang saham dlm sesuatu syarikat. 17 Cukai SST dikenakan kepada semua barangan tanpa kecuali termasuklah pakaian, susu, tepung, beras, semua barang keperluan, tiket bas, ubat - ubatan, bil telekomunikasi, tiket wayang dan sebagainya.
  • 10. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN dikenakan akan dilepaskan kepada pengguna. Oleh itu, cukai perkhidmatan syarikat tersebut merupakan nilai yang telah dinaikkan kerana telah pun termasuk elemen cukai yang dikenakan kerana mengambil perkhidmatan kejuruteraan bebas. Ini menunjukkan berlakunya cukai berganda yang terpaksa ditanggung oleh pengguna akhir. Dalam kaedah cukai GST, masalah ini tidak akan berlaku kerana cukai GST merupakan cukai kepenggunaan yang dikenakan pada setiap peringkat pengagihan dan pengedaran. Peniaga pula dibenarkan menuntut kembali cukai GST yang dibayar ke atas input perniagaan. Oleh sebab itulah cukai GST dijangka menarik minat sektor perniagaan untuk berdaftar sebagai syarikat GST walaupun jumlah jualan tahunan syarikat tersebut lebih rendah daripada threshold ( nilai perolehan tahunan ) yang ditetapkan.18 Kadar cukai GST terdiri daripada tiga kategori iaitu berkadar seragam, berkadar sifar dan barangan yang dikecualikan daripada GST. Bagi barangan dan perkhidmatan yang berkadar sifar, peniaga dibenarkan menuntut kembali cukai GST yang dikenakan ke atas input perniagaan, manakala bagi barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai GST, peniaga tidak dibenarkan menuntut kembali cukai GST tersebut yang dibayar ke atas input perniagaan. 18 Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus, Normala Mehat, “Kefahaman dan Kesediaan Pengguna Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST ): Satu Tinjauan Awal”, in Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia, no 2 ( 2013 ), Johor Bharu, Malaysia, p. 689.
  • 11. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN OBJEKTIF KAJIAN Semasa kami melakukan pembacaan umum mengenai cukai GST, kami telah memperolehi beberapa objektif yang ingin kami capai dan seterusnya menjadikan ia sebagai isi kajian kami. Objektif kajian tersebut antaranya ialah : - 1. Mengenal pasti maksud cukai GST, cara perlaksanaan cukai tersebut dan contoh perlaksanaannya di beberapa buah negara yang terkemuka. 2. Mengenal pasti kesan - kesan yang akan ditanggung masyarakat apabila perlaksanaan cukai GST dijalankan oleh pihak kerajaan. 3. Mengkaji tindakan – tindakan yang telah di ambil oleh pihak kerajaan mengenai perlaksanaan cukai GST. 4. Mengenal pasti kelemahan – kelemahan daripada tindakan yang telah di ambil oleh pihak kerajaan mengenai perlaksanaan cukai GST. 5. Mencadangkan beberapa perubahan atau penambahbaikan untuk membaiki kelemahan daripada tindakan yang telah di ambil oleh pihak kerajaan mengenai perlaksanaan cukai GST.
  • 12. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN SEBAB TAJUK DIPILIH Secara umumnya, tujuan kumpulan kami memilih tajuk cukai GST adalah untuk mengetahui apakah itu cukai GST. Dengan mengetahui apakah itu cukai GST, kami dapat mengesan kebaikan dan keburukan pelaksanaan cukai GST dalam pelbagai aspek. Kami juga ingin mengetahui tindakan kerajaan dalam melaksanakan cukai GST. Ia juga memberi manfaat kepada kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara. Namun ia juga memberi kesan buruk kepada rakyat kerana ia membebankan rakyat. Walau bagaimanapun, ia mempunyai manfaat kepada semua masyarakat dan juga negara dalam mengawal kadar inflasi19 dan kadar kenaikan harga barang. Sepertimana yang kita ketahui, kadar jenayah di negara kita semakin meningkat disebabkan faktor kenaikan kos sara hidup. Bagi yang sudah berkeluarga juga akan mengalami kesusahan dalam menyara kehidupan. Tetapi, sebenarnya kerajaan telah membantu rakyat dari segi subsidi20 minyak, bantuan khas awal persekolahan21, bantuan rakyat 1 Malaysia ( BR1M )22, bantuan orang kurang upaya ( OKU ), bantuan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar ( PPRT )23 dan bantuan sara diri. Justeru itu, rakyat Malaysia tidak boleh sesuka hati memaki - hamun kerajaan kerana disebalik kenaikan harga barang ini rakyat jelata juga dapat merasai kenikmatan yang sepertimana yang dinyatakan sebentar tadi. Rakayat Malaysia pernah menyatakan bahawa kerajaan haruslah membenarkan syarikat dari luar negara seperti Honda24, Volkswagen25 dan 19 keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli . 20 bantuan berupa wang atau kebendaan ( biasanya drpd kerajaan ) yg diberi kpd sesuatu pihak tertentu ( spt perbadanan, kumpulan petani, dll ) 21 Bantuan sebanyak RM100 bagi setiap pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah kerajaan mahupun sekolah bantuan kerajaan. 22 Projek BR1M yang pertama datang dari idea Datuk Seri Najib Razak untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM 500.00 Ringgit Malaysia telah diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 sebulan buat pertama kalinya. 23 program membantu membaiki rumah penduduk Malaysia yang tinggal di pedalaman yang miskin dan daif. PPRT telah diperluaskan skopnya dengan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah. 24 sebuah syarikatpengeluaran yangditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya,syarikat ini dikenali sebagai "InstitutPenyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.
  • 13. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN Toyota26 bertapak di Malaysia bagi mengurangkan kadar cukai yang dikenakan iaitu hampir 50 peratus. Tetapi, sebenarnya rakyat tidak tahu dengan pertapakan syarikat dari luar negara akan menyebabkan orang putih akan menguasai sedikit demi sedikit ekonomi di negara kita. Oleh itu, berfikirlah semua akan tindakan kita atau tindakan kerajaan yang melakukan sebagaimana rupa. Kita juga tidak tahu yang kerajaan Malaysia telah membuat pinjaman dengan Bank Antarabangsa iaitu di Amerika Syarikat sebanyak dalam anggaran berbilion. Kita juga tidak tahu bahawa kerajaan telah mementingkan hak bumiputra kepada rakyat Malaysia iaitu bantuan Majlis Amanah Rakyat ( MARA )27. Ramai pelajar kita yang dibiayai oleh MARA dalam meneruskan pembelajaran mereka sama di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. Oleh itu, patutlah kerajaan mengenakan cukai GST kepada rakyat Malaysia. 25 sebuah pengeluar kereta yang bertapak di Wolfsburg, Jerman, dan membentuk komponen utama ( dari segi jumlah jualan ) bagi Kumpulan Volkswagen ( "Volkswagen Aktiengesellschaft", atau "Volkswagen AG" ), yang menjadi pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia pada 30 Julai 2007, mengekori Toyota dan General Motors. 26 sebuah pengeluar kenderaan antarabangsadari Jepun yangdiasaskan oleh Kiichiri Toyoda pada tahun 1937. Syarikatini telah menjadi pengeluar kereta terbesar dunia mengalahkan General Motor dari Amerika Syarikat. Beberapa syarikat automotif bernaung di bawah Toyota iaitu Daihatsu, Lexus, dan Hino. 27 sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.
  • 14. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN APA ITU GST? VAT / GST diperkenalkan di Perancis pada tahun 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.28 Kini 138 negara melaksanakan cukai VAT sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hampir semua negara, cukai - cukai ini adalah semada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara. GST adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan ( consumption tax ). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang. GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. Cukai GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip cukai GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan. Cukai GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan ( dikenali juga sebagai bekalan ) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan ( tidak termasuk GST ) ke atas semua aktiviti yang dicukai. Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal ( atau bersetuju untuk membekal ) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab. 28 (2011, 01). Malaysia Gst. StudyMode.com. Retrieved 01, 2011, from http://www.studymode.com/essays/Malaysia-Gst-563851.html
  • 15. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai kredit cukai input29. Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahkan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir. Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . Cukai GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan. Cukai GST dikenakan ke atas bekalan yang di cukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan. Peniaga bayar cukai GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit cukai input kepada cukai GST yang dibayar. Kredit cukai input ditampung semula dari cukai GST yang dikutip. Jika caj GST melebihi kredit cukai input bagi satu tempoh , peniaga perlu remit30 cukai GST kepada kerajaan. Jika kredit cukai Input melebihi cukai GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula ( refund ). Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit cukai input. Beban akhirnya ialah pengguna. Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi ( kecuali makanan tersedia, makanan bawa - balik, snek, alkohol dan minuman ringan ), perkhidmatan kesihatan, ubat - ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak - kanak, utiliti31, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport. 29 Jumlah nilai semua barang yang digunakan dalam proses sesuatu pengeluaran oleh firma dalam tempoh tertentu, seperti bahan mentah, bahan bakar, pelincir, air, elektrik, dan perbelanjaan terhadap kerja yang dilakukan oleh firma lain terhadap bahan-bahan yang digunakan. Nilai input ini ialah pada harga bayaran sewaktu diterima oleh firma, termasuk cukai dan duti yang dikenakan. 30 Membebaskan seseorang daripadasebahagian atau keseluruhan tanggunjawabnya,seperti cukai,hutang dan sebagainya. 31 perkakasan atau atur cara sampingan ygmembantu dan memudahkan penggunaan sesebuah komputer atau atur cara.
  • 16. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN Pelaksanaan cukai GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi.32 Cukai GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST. Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, cukai GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem cukai GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya. 32 kemerosotan nilai mata wang kerana banyaknya wangyg beredar dan menyebabkan harga barang - barang naik.
  • 17. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN KESAN TERHADAP MASYARAKAT Terdapat pelbagai pendapat mengenai kesan yang akan dialami oleh masyarakat umumnya rakyat Malaysia. Ada pendapat yang mengatakan bahawa pelaksanaan cukai GST tidak akan menjejaskan rakyat kerana ia disasarkan untuk golongan yang perpendapatan tinggi. Bagaimanapun, ada juga pendapat dari penganalisis ekonomi mengatakan ia akan menjejaskan kuasa pembeli apabila rakyat akan lebih berhati hati dalam berbelanja kerana cukai yang dikenakan. Seterusnya akan menyebabkan transaksi33 ekonomi menjadi semakin lembab dan seterusnya runtuh. Selain itu, dengan pelaksanaan cukai GST juga akan menjangkakan kadar inflasi34 di negara ini akan meningkat menjadi empat peratus di atas kertas, walaupun jumlah peratusan dilihat kecil tetapi ia akan masih menjejaskan realiti hidup rakyat biasa. Hal ini juga disebabkan oleh penambahan rakyat yang tidak mampu lagi untuk membeli tanah kerana beban hutang isi rumah yang semakin meningkat. Satu implikasi lain yang dapat dilihat adalah, berbanding dengan sistem cukai langsung35 ( direct tax ) kepada badan korporat dan individu, ialah cukai GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang regresif36 iaitu semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah bahagian dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu disalur kepada pembayaran cukai. Bermakna, sistem ini lebih memberi tekanan kepada golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban 33 penyelesaian pembayaran dlm perniagaan ( perdagangan ); 2. persetujuan jual beli, urusan jual beli ( perdagangan ), urus niaga. 34 keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli, facebook-(Saya benci harga barang naik)- Apa itu GST dan Kesanya pada kita? http://ms-my.facebook.com/notes/saya-benci-harga- barang-naik/apa-itu-gst-dan-kesannya-pada-kita/173218662732664 35 cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan ( mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah ) 36 cukai yg kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi .
  • 18. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN belum menyakinkan. Mekanisme37 cukai GST yang diumumkan belum jelas menghuraikan kesan yang sangat fundamental38 kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat sensitif kepada harga barangan dan perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan akan bertambah kepada golongan miskin , daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan terhakis. Hal ini berbeza pula dari pendapat yang menekankan bahawasanya pelaksanaan cukai GST tidak akan memberikan bebanan kepada pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang kini dikenakan sebanyak antara 5 peratus hingga 10 peratus sahaja. Cukai GST merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh sebab cukai GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan cukai GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan dijangka mengenakan kadar cukai GST yang lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan. Alasan yang menyatakan bahawa kerajaan akan sentiasa menaikkan kadar cukai GST juga kurang tepat berdasarkan pengalaman lepas menunjukkan kadar cukai jualan yang diperkenalkan pada tahun 1972 hanya dinaikkan sekali sahaja iaitu pada tahun 1983. Kadar cukai perkhidmatan pula tidak pernah dinaikkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975. Oleh yang demikian, cadangan kerajaan untuk melaksanakan cukai GST wajar disokong kerana ia akan member kebaikan dan kesan positif kepada ekonomi negara terutamanya dalam jangka masa panjang. Sekiranya cukai GST ini telah dilaksanakan, orang ramai akan mula bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, apa yang akan 37 cara ( sistem, saluran, dsb ) utk memungkinkan atau membuka jalan kpd pelaksanaan dsb. 38bersifat dasar, sangat penting, asas, pokok, Wartawan Sinar Harian -17 oktober 2013, GST dan Kesannya pada rakyat, http://www.sinarharian.com.my/wawancara/gst-dan-kesannya-kepada-rakyat-1.211853
  • 19. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan. Walaupun secara umumnya, ramai yang masih tidak menyukai pengenaan cukai pada rakyat tapi dalam hal ini, terdapat faedah dari segi jangka panjang, demokrasi39 dan akauntabiliti40 dalam negara, ia agak positif. Selain itu , melalui kajian yang telah dilakukan sejak 2005 melibatkan tiga golongan iaitu mereka yang berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi. Cukai GST dibuat dengan kadar sifar dan standard. Untuk barang makanan asas dan keperluan perkhidmatan asas seperti bas dan sebagainya, mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang paling ramai menggunakannya. Katakanlah orang bergaji RM1,000 sebulan, kira - kira 60 peratus hingga 70 peratus daripada pendapatannya digunakan untuk makanan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan cukai GST. Golongan berpendapatan sederhana contohnya, mungkin akan membelanjakan dalam 30 peratus sebulan untuk bayar cukai GST seperti makan Kentucky Fried Chicken ( KFC )41 dan sebagainya. Berbeza dengan golongan kaya, gaji mereka tidak digunakan untuk perkara ini. Mereka lebih banyak makan di luar, menggunakan internet dan lebih kepada hiburan. Ini bermakna, orang kaya lebih banyak menanggung cukai GST berbanding golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sama ada ia membebankan pengguna atau tidak, ia sebenarnya dipengaruhi trend42 pengguna itu sendiri sama ada berbelanja besar atau tidak. Kita kena fahami antara keperluan dan kehendak. 39 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen ( perwakilan ) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politi k atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; berdemokrasi mengamalkan atau berasaskan prinsip - prinsip demokrasi;mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi,menjadikan sesuatu berasaskan demokrasi; pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan. 40 sifat bertanggungjawab kpd seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dsb serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dsb yg diperlukan. 41 mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalamcampuran tepung gandum, garam, lada hitam,dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan. 42 arah aliran (gerakan dsb), perkembangan rentetan kejadian (amalan dll) yg s eolah - olah menuju ke suatu arah.
  • 20. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula pada tanggal 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 196743. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara. GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini, cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan44 pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. Cukai GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif45, efisien46, telus47 dan efektif48. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) berpendapat, cukai GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara. Pada tanggal 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari cukai GST. Beliau berkata, sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan cukai GST. Dalam ASEAN hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan cukai GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu. 43 sebuah akta yang dikuatkuasakan di Malaysia pada 1967 bagi mengenakan cukai pendapatan. 44 cukai yg dikenakan pd barangspt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll. 45 luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dalamnya . 46 bkn individu, organisasi, mesin, dll yg boleh menjalankan tugas dgn cekap ( tanpa pembaziran waktu dan tenaga ); keefisienan perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan 47 1. dapatmasuk ke dlmlubangdll,terus menem-bus, bulus,celus,lulus;2.mudah di-faha-mi atau diketahui ( tiada hal yg tersem-bunyi, disangsikan dsb ). 48 ada kesannya ( pengaruhnya ), berkesan, mujarab ( bkn ubat ).
  • 21. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN Kini, negara jiran yang melaksanakan cukai GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar cukai GST yang diguna oleh negara - negara ini waktu ini ialah Singapura 5 peratus, Thailand 7 peratus, Indonesia 10 peratus dan Filipina 10 peratus. Lantaran itu, lanjutan daripada pembentangan Bajet Tahunan 2005, pihak kerajaan akan melaksanakan cukai GST bermula pada tanggal 1 April 2015 hanya pada kadar enam peratus sahaja berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima peratus dan sepuluh peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.
  • 22. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN KELEMAHAN DARIPADA TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN Dari segi pelaksanaan cukai GST, yang pastinya harga barangan akan menjadi berbeza daripada sekarang. Jadi, yang pastinya, jika harga sekarang RM10, apabila dikenakan cukai GST sebanyak 6 peratus, maka harga pasti akan naik sebanyak 6 peratus. Itu tidak dapat dielak sebab adanya cukai baru. Tetapi ia boleh diseimbangkan. Sekiranya kerajaan mengatakan bahawa mereka menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, jadi, mungkin akan berlaku proses penyeimbangan di situ, di mana apabila cukai diperkenalkan, ada cukai dihapuskan. Jadi, mungkin ia akan turun jadi tengah - tengah balik. Akibatnya, kalau naik pun, akan naik sedikit. Malahan ada juga ahli ekonomi yang kata apabila kajian dibuat, sekiranya cukai GST diperkenalkan, maka harga barang akan turun dulu sedikit. Hal ini kerana, cukai GST diperkenalkan kadarnya lebih rendah daripada gabungan cukai jualan dan pekhidmatan. Jadi, impak kepada harga barangan secara segera kita tak dapat nak jangka sekarang sebab ia bergantung kepada kadar yang ditentukan. Tetapi dari segi kerajaan pula, impak yang pasti akan berlaku adalah kerajaan akan dianggap tidak popular sebab rakyat akan mula mengatakan bahawa kerajaan mengenakan cukai. Sebelum ini tak ada cukai. Itu tidak betul. Sebelum ini dah ada cukai, sekarang ini ditukar dalam bentuk cukai yang lain. Rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan masing - masing, tiba - tiba kerajaan mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit. Kerajaan belanja berlebihan, rakyat pula kena bayar. Walau bagaimanapun, dalam hal cukai GST ini ada sedikit pengecualian yang mana cukai GST ini bagus dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, apa yang akan berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan.
  • 23. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN CADANGAN UNTUK MEMBAIKI KELEMAHAN DARIPADA TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN Kerajaan sedar akan keperluan untuk mempunyai pelan komunikasi yang komprehensif bagi memastikan pelaksanaan cukai GST dapat dijalankan dengan lancar diterima oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat perlu sedar bahawa pelaksanaan cukai GST merupakan salah satu langkah kerajaan dalam menyusun semula struktur percukaian negara bagi menjadikan ianya lebih telus, efisyen dan mesra peniaga. Cukai GST yang dicadangkan bukanlah satu cukai baharu, tetapi hanyalah bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedang dilaksanakan sekarang. Kementerian ini mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan mempunyai pelbagai kelemahan yang mana kelemahan ini adalah diesebabkan oleh sistem percukaian itu sendiri. Laman sesawang “ww.gst.customs.gov.my” telah lama dilancarkan dan kesemua maklumat berkenaan cukai GST boleh diperoleh di laman ini. Program kesedaran dan penjelasan cukai GST telah dijalankan semenjak tahun 2010 yang mana golongan sasarannya adalah terbahagi kepada tiga iaitu pengguna, peniaga dan juga jabatan kerajaan. Program penerangan GST kepada pelajar - pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS ) serta penduduk kampung juga turut dilaksanakan. Sehingga pada tanggal 18 September 2013, sebanyak 4720 program latihan telah dijalakan sejak tahun 2010 yang melibatkan 211 335 orang peserta. Program - program yang dijalankan ini diharap dapat memberi kefahaman sepenuhnya kepada rakyat mengenai mekanisma dan model GST yang dicadangkan di Malaysia, kesan pelaksanaan cukai GST serta langkah - langkah yang akan diambil oleh kerajaan di dalam menangani sebarang isu berbangkit dari pelaksanaan cukai GST. Melalui inisiatif yang dijalankan kerajaan ini, adalah diharap maklumat yang tepat dan betul berkaitan cukai GST dapat disebar luas dan seterusnya rakyat menerima baik pelaksanaan cukai GST.
  • 24. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN KESIMPULAN Terdapat dua cukai kepenggunaan yang sedang dilaksanakan di negara ini iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Bagi barang tertentu yang dikeluarkan dalam negara dan barang import, cukai jualan dikenakan. Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu. Sejak tahun 1972, cukai jualan telah diperkenalkan melalui akta cukai jualan 1972. Apabila nilai tahunan melebihi RM 100, 000 cukai jualan tempatan dikenakan. Terdapat tiga jenis kadar cukai jualan yang dikenakan iaitu 5 peratus , 10 peratus, dan spesifik. Seterusnya, cukai perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 melalui akta Cukai Perkhidmatan 1975. Kadar yang ditetapkan adalah pada 6% manakala kadar spesifik dikenakan ke atas kad kredit. Kebiasaanya, kebanyakan perkhidmatan tidak dikenakan threshold kecuali beberapa jenis perkhidmatan di mana threshold akan dikenakan iaitu pada RM 150, 000 , RM 300, 000 dan RM 3 juta setahun. Terdapat beberapa cadangan yang diharap akan dapat digunakan pada masa hadapan , cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa dimansuhkan dan diganti dengan cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai ditambah dan dikenali sebagai Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST. Model GST yang dicadang untuk dilaksanakan di Malaysia adalah yang pertama melalui Skop. GST yang dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan di semua peringkat bermula dari pengeluaran, pengilangan, pemborongan dan peruncitan. Seterusnya, GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang dibekalkan ke dalam negara atau yang diimport. Bekalan yang dibuat oleh jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri tidak termasuk dalam skop pengenaan GST kecuali beberapa perkhidmatan yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan. Tambahan pula, GST yang dikenakan ke atas semua input perniagaan seperti harta modal dan bahan mentah dikenali sebagai cukai input. Manakala, GST yang dikenakan ke atas semua bekalan ( jualan ) dikenali sebagai cukai output. Bagi peniaga yang layak, cukai input ditanggung boleh dituntut semula sepenuhnya daripada kerajaan melalui kaedah kredit cukai input.
  • 25. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN Yang kedua pula adalah melalui Bekalan berkadar Sifar. Bekalan berkadar sifar bermaksud barang dan perkhidmatan yang dijual oleh peniaga dan dikenakan GST pada kadar sifar. Kepada peniaga pula, GST yang dibayar ke atas input boleh dituntut sebagai kredit. Yang ketiga pula adalah melalui bekalan dikecualikan. Bekalan dikecualikan bermaksud barang dan perkhidmatan yang dijual oleh peniaga dikecualikan dari dikenakan GST. Kepada peniaga, GST yang dibayar ke atas input tidak boleh dituntut sebagai kredit. Yang keempat pula adalah kadar standard. Kadar Standard yang ditetapkan adalah sebanyak 6 peratus. Yang kelima pula adalah melalui threshold. Threshold dikenakan bagi tujuan pendaftaran di bawah GST adalah nilai jualan tahunan sebanyak RM 500,000. Ini bermakna mana-mana perniagaan yang jualan tahunannya RM 500,000 dan ke atas perlu berdaftar di bawah perundangan GST. Perniagaan di bawah threshold tidak perlu berdaftar tetapi boleh berdaftar secara sukarela. Pelaksanaan dan pengurusan GST yang baik disamping mendapat kerjasama pelbagai pihak mampu memberi impak yang besar. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.Walaupun pelaksanaan dan pengurusan sistem GST dianggap mencabar, namun tempoh yang selesa dan sesuai sebelum pelaksanaannya diperlukan bagi membolehkan semua orang bersedia dan faham serta didedahkan kepada sistem cukai GST ini lebih adil daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Cukai GST tidak akan memberikan bebanan kepada pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang kini dikenakan sebanyak antara 5 peratus hingga 10 peratus. Cukai GST merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh sebab cukai GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan cukai GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar
  • 26. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini. Walau bagaimanapun, kerajaan dijangka mengenakan kadar cukai GST yang lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan. Alasan yang menyatakan bahawa kerajaan akan sentiasa menaikkan kadar cukai GST juga kurang tepat berdasarkan pengalaman lepas menunjukkan kadar cukai jualan yang diperkenalkan pada tahun 1972 hanya dinaikkan sekali sahaja pada tahun 1983. Kadar cukai perkhidmatan pula tidak pernah dinaikkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975. Oleh yang demikian, cadangan kerajaan untuk melaksanakan cukai GST wajar disokong kerana ia akan memberi kebaikan dan kesan positif kepada ekonomi negara terutamanya dalam jangka masa panjang.
  • 27. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN RUJUKAN ( 2007 ). Hajah Noresah Binti Baharom, Kamus Dewan ( Edisi Keempat ), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia, ISBN 978 – 983 – 62 – 8339 – 9. ( 2010 ). DBP, Kamus Ekonomi Islam: Perniagaan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia, ISBN 978 – 983 – 46 – 0589 – 6. ( 2013 ), Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus, Normala Mehat, “Kefahaman dan Kesediaan Pengguna Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST ): Satu Tinjauan Awal”, di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia, no 2 Johor Bharu, Malaysia. ( 2007 ). Singh, V, The truth about GST, Malaysian Bussines. ( 2010 ). Chan, A, Grappling with the goods and services tax, Malaysian Business. ( 2012 ). Nor Zahidi Alias, Hard decision ahead, Malaysian Business. ( 2007 ). Yeo Kai Eng. You and the Taxman: Insights on tax issues that matter, Ernst & Young Hock Cheong Printing Pte Ltd. ( 2013 ). YAB Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul Razak, Ucapan Bajet Tahun 2014, Kementerian Kewangan Malaysia, Malaysia. ( 2007 ). Lim dan Lisa, GST advance ruling system to be introduced. International Taxation.
  • 28. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN ( 2010 ). Abdul Aziz Awang, Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST), Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013. ( 2009 ). Rang Undang - Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2009, D.R. 37/2009, Dicapai pada Februari 23, 2014, dari http://www.gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_bill.aspx ( 2011 ). Malaysia Gst. StudyMode.com. Dicapai pada Februari 23, 2014, dari http://www.studymode.com/essays/Malaysia-Gst-563851.html ( 2014 ). keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli, facebook-(Saya benci harga barang naik)- Apa itu GST dan Kesanya pada kita?Dicapai pada Mac 2, 2014, dari http://ms-my.facebook.com/notes/saya-benci-harga-barang-naik/apa-itu- gst-dan-kesannya-pada-kita/173218662732664 ( 2013 ). Wartawan Sinar Harian -17 oktober 2013, GST dan Kesannya pada rakyat, Dicapai pada Mac 2, 2014, dari http://www.sinarharian.com.my/wawancara/gst-dan-kesannya- kepada-rakyat-1.211853 ( 2013 ). Info GST, Dicapai pada Mac 9, 2014, dari http://www.jpn.gov.my/hebahan-gst ( 2013 ). Cukai Barang & Perkhidmatan ( GST ), Dicapai pada Mac 9, 2014, dari http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2244&Itemid =154&lang=my ( 2013 ). Q&A: Apakah itu GST?, Dicapai pada Mac 9, 2014, dari http://www.astroawani.com/budget/news/show/q-a-apakah-itu-gst-24529 ( 2013 ). GST atasi masalah peniaga elak cukai. Utusan Melayu ( M ) Bhd, Dicapai pada Mac 9, 2014, dari http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130628/dn_06/GST- atasi-masalah-peniaga-elak-cukai#ixzz2vkPRkwgz
  • 29. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN LAMPIRAN Halaman hadapan risalah maklumat mengenai Cukai GST.
  • 30. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN Halaman belakang risalah maklumat mengenai Cukai GST.
  • 31. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN Info 16 negara yang telah melaksanakan sistem Cukai GST / VAT. Rajah Cukai SST vs Cukai GST.
  • 32. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN Info lanjut mengenai Cukai GST.
  • 33. ICUKAIGST, SUATU KEMUDAHAN ATAU SUATU BEBANAN GST atasi masalah peniaga elak cukai ARKIB : 28/06/2013 Ahmad Husni Hanadzlah KUALA LUMPUR 27 Jun - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadangkan oleh kerajaan akan dapat membantu mengatasi masalah ketirisan kutipan cukai dalam kalangan peniaga. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kaedah GST berkesan kerana cukai dikenakan bagi setiap transaksi perniagaan. "Berdasarkan kajian jangkaan untuk 2015, jumlah kutipan melalui sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada adalah RM20 bilion tetapi jika sistem ditukarkan kepada GST, jumlahnya ialah sebanyak RM26 bilion. "GST jauh lebih efisien kerana dapat menghalang peniaga mengelak daripada cukai dan kita tidak boleh katakan tambahan RM6 bilion hasil kerajaan ini datang daripada rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Menurut beliau, cadangan GST masih lagi di peringkat kajian dan pertimbangan kerajaan. Ahmad Husni menjelaskan, GST bukan tambahan kepada cukai sedia ada, sebaliknya merupakan cadangan bagi menggantikan cukai SST. "Kita sedang mengkaji impak GST kepada golongan berpendapatan rendah tetapi perlu diingatkan sebanyak 20 kumpulan barangan dan perkhidmatan akan diberikan pengecualian cukai seperti barang makanan," katanya. Tegasnya, harga barang dan perkhidmatan tidak ditentukan sepenuhnya kepada cukai yang dikenakan tetapi melibatkan juga margin keuntungan peniaga.