SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Télécharger pour lire hors ligne
1
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI
MASALAH DISIPLIN PELAJAR
Nurfarahin Binti Che Mohamad Ilias (P79056)
Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014)
Sarah Nadirah Binti Mohammad Kamal (P76316)
Dr. Mohd Mahzan B. Awang
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam negara. Sekolah
bukan sahaja menjadi tempat pendidikan akademik dan kemahiran tetapi juga berperanan sebagai
sebuah institusi yang membentuk dan mendidik anak muda mengikut kehendak dan acuan wawasan
negara. Namun begitu, sejak kebelakangan ini masalah disiplin yang melibatkan pelajar sekolah sering
dipaparkan melalui media massa dan diperkatakan oleh masyarakat. Pelanggaran disiplin dalam
kalangan pelajar sekolh kini telah menjadi satu isu yang agak membimbangkan. Isu disiplin di sekolah
ini telah menarik perhatian banyak pihak. Pelbagai andaian dibuat oleh masyarakat mengenai
kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah masa kini. Oleh itu, satu kajian tinjauan telah
dibuat mengenai masalah disiplin pelajar dengan memberi fokus kepada isu buli dan gansterism dalam
kalangan pelajar sekolah. Kajian ini akan melihat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya
masalah ini serta melihat keberkesanan daripada tindakan yang telah di ambil oleh pihak sekolah
dalam menangani masalah tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temubual di
mana tiga orang responden yang terdiri daripada guru kaunseling dipilih dari tiga buah sekolah yang
berlainan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa masalah buli dan gangsterism berpunca
daripada diri pelajar itu sendiri serta pengaruh persekitaran. Walaupun pelbagai usaha telah di ambil,
namun masih belum mampu mengawal masalah ini secara sepenuhnya
Kata kunci: Disiplin pelajar, buli dan gansterism
PENGENALAN
Pelajar merupakan aset dan modal insan yang penting bagi negara pada masa hadapan.
Generasi inilah yang akan terus memimpin dan membangunkan negara pada masa akan
datang bagi mencapai Wawasan 2020. Namun begitu, pada era globalisasi harini,
pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta
perkembangan teknologi maklumat yang semakin meluas ini telah membawa bersama gejala
sosial yang negatif dalam kalangan pelajar sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral
serta gaya hidup yang tidak sihat ini telah memberi kesan negatif kepada keluarga,
masyarakat dan negara.
Dalam konteks pendidikan, disiplin dan sekolah merupakan dua aspek penting dan
tidak dapat dipisahkan. Disiplin pada peringkat sekolah meliputi peraturan yang dikenakan
kepada pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku melalui hukuman dan ganjaran.
Disiplin menjadi teras kejayaan dan kecemerlangan kepada setiap insan. Pembentukan
disiplin dalam diri setiap individu adalah penting sebagaimana perlunya setiap individu untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam sesuatu bidang. Pada tahun 1990 an,
tidak banyak kajian yang menfokuskan mengenai masalah disiplin dalam kalangan pelajar
sekolah. Kenyataan tersebut disokong oleh Bowen (2012) di mana beliau menyatakan bahawa
telah perbezaan yang ketara mengenai disiplin pelajar pada masa kini dengan sebelum tahun
2
2000. Sejak akhir-akhir ini, masalah disiplin di sekolah menjadi semakin kompleks dengan
pelbagai jenis salah laku yang dilakukan oleh pelajar abad ke-21 ini.
Fenomena salah laku dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah bukan lagi
menjadi satu isu baru. Bermula dengan kegiatan ponteng sekolah, pergaduhan, buli dan
gangsterism kemudian kepada masalah yang lebih serius seperti rogol, seks bebas,
penyalahgunaan dadah dan homoseksual. Fenomena ini telah menuntut kerjasama daripada
semua pihak terutamanya keluarga, sekolah serta kerajaan untuk mencari satu kaedah
penyelesaian bagi mengawal gejala negatif ini daripada terus menular dalam kalangan
generasi muda pada masa akan datang. Penglibatan pelajar dalam kegiatan tidak sihat ini
bukan sahaja memberi impak negatif terhadap prestasi akademik pelajar tersebut malah
menjadi satu halangan kepada kerajaan untuk meneruskan hasrat melahirkan modal insan
yang mempunyai jati diri yang unggul pada masa hadapan.
Secara umumnya, ahli psikologi telah mengakaji masalah-masalah pelajar terutama
golongan remaja yang berusia lingkungan umur 12 hingga 18 tahun. Hasil daripada kajian ini
menunjukkan bahawa jangka masa umur antara 12 hingga 18 tahun adalah satu jangka masa
yang sangat kritikal dalam perkembangan hidup seseorang individu. Pelajar yang mempunyai
masalah disiplin adalah pelajar yang terlibat dalam tingkah laku yang kurang menepati nilai
pegangan masyarakat. Kajian daripada Rohany dan Fatimah (2006) menjelaskan bahawa
fenomena pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar remaja ini mempunyai kaitan dengan
keadaan sistem keluarga yang tidak dapat berfungsi dengan baik.
PERANAN GURU KAUNSELING
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak masalah disiplin yang melanda pelajar sekolah.
Menurut Suradi Salim (1993), masalah keruntuhan moral dalam kalangan pelajar memerlukan
perhatian yang lebih khusus. Perancangan yang lebih teliti harus disediakan oleh pihak
sekolah dalam usaha menangani masalah ini. Di sini menunjukkan bahawa peranan guru
kaunseling di sekolah sangat penting dalam membantu mengurangkan masalah keruntuhan
moral dan disiplin dalam kalangan pelajar.
Di Malaysia, Program Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di sekolah secara
rasmi pada tahun 1960 melalui program bimbingan kerjaya. Tujuan program ini
diperkenalkan adalah bagi membimbing dan meningkatkan pertumbuhan serta perkembangan
pelajar ke arah kematangan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Masalah
disiplin dalam kalangan pelajar ini kebanyakannya berpunca daripada institusi kekeluargaan
yang kurang baik dan sepatutnya masalah ini diselesaikan oleh keluarga namun kini masalah
disiplin dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah turut dipertanggungjawabkan kepada
pihak sekolah. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, jawatan guru kaunseling
diwujudkan dan ditugaskan khusus untuk membantu para pelajar yang bermasalah di sekolah.
Khidmat kaunseling ini akan dilakukan sama ada secara terus dengan pelajar yang bermasalah
atau melalui penganjuran program bersama dengan mereka yang berkait rapat dengan
golongan pelajar seperti ibu bapa, guru dan pihak sekolah. Secara rumusannya, peranan guru
bimbingan dan kaunseling adalah untuk mengubah dan menyesuaikan perlakuan pelajar
kepada satu perlakuan yang lebih baik.
3
BULI
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, buli bermaksud suatu perbuatan mempermainkan
seseorang yang lemah sepeti mendera, menggertak, menakut-nakutkan dan seumpamanya
agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Gejala buli boleh berlaku dalam
pelbagai bentuk dan cara sama ada dalam bentuk lisan dan fizikal tanpa mengira jantina.
Olweus mendefinisikan buli sebagai perbuatan yang agresif yang dilakukan ke atas orang lain
secara berulang kali. Buli juga dapat dilihat di mana berlaku ketidakseimbangan kuasa yakni
pembuli lebih berkuasa berbanding mangsa buli dan mangsa buli tidak akan bertindak balas
sekiranya dirinya dibuli kerana mereka bimbang akan keselamatan diri mereka.
Terdapat beberapa jenis buli yang diklasifikasikan oleh Olweus iaitu buli berbentuk
fizikal, verbal dan antisosial. Perbuatan buli fizikal dan verbal melibatkan perbuatan secara
langsung dan perbuatan buli anti sosial adalah perbuatan buli tidak langsung. Buli berbentuk
fizikal terdiri daripada menendang, menumbuk, memukul dan menarik rambut. Manakala buli
verbal ialah mengejek, menghina dan mengusik seseorang. Bagi buli yang berbentuk anti
sosial boleh tergolong dalam buli fizikal dan psikologi di mana pelajar mengata, memfitnah,
memulau dan merosakkan harta benda sesorang. Seseorang pembuli mempunyai bentuk
fizikal yang kuat dan kental serta agresif berbanding dengan mangsa yang dibuli dan
kebanyakan pembuli ialah dalam kalangan lelaki. Nisbah gejala buli ialah satu daripada
sepuluh pelajar sekolah terlibat dalam gejala buli sama ada menjadi pembuli atau mangsa
buli (Glover, 2000).
Di Malaysia, pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dalam gejala buli akan
melakukan buli berbentuk psikologi seperti mengejek, memfitnah, memulau serta menyisih
dan kebanyakan pelajar lelaki gemar melakukan buli berbentuk fizikal seperti memukul,
menampar dan menolak mangsa (Noran Fauziah Yaakub, 2004). Berlakunya kes buli adalah
kerana pembuli sengaja melampiaskan amarahnya kepada mangsa buli sekiranya berlaku
sebarang perkara yang tidak kena di mata pembuli. Pembuli sengaja melampiaskan kepada
orang lain agar mangsa buli berasa tertekan dan mereka si pembuli pula berasa puas dengan
tindakan mereka walaupun terpaksa mengancam keselamatan mental dan fizikal orang lain.
.
GENGSTERISME
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, gengsterisme didefinisikan sebagai suatu kegiatan
gangster yakni masalah gejala samseng dalam kalangan pelajar. Gengsterisme diambil dari
perkataan gangster di mana membawa maksud ahli atau anggota kumpulan samseng. Jadi
gengsterisme ialah suatu perbuatan gangster yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar ke atas
pelajar lain. Pelajar yang dipukul oleh empat orang pelajar atau lebih akan diklasifikasikan
oleh pihak polis ialah kegiatan gengsterisme yang boleh membawa kepada kes soal siasat bagi
tindakan lanjut. Kesalahan gengsterisme yang dilakukan oleh pelajar melibatkan kes-kes
keganasan seperti peras ugut barangan kemas dan duit, menggunakan bahasa kasar, memukul
dan menakutkan pelajar. Selain itu, gengsterisme bukan sahaja melibatkan pelajar lain
menjadi mangsa bahkan guru dan pihak pengurusan sekolah turut menjadi mengsa kekerasan
(Futrell, 1996). Perbuatan dan amalan gengsterisme ini merupakan masalah sosial yang
4
melibatkan pertimbangan moral yang perlu diambil tindakan serius untuk menanganinya agar
dapat menjamin keselamatan semua pihak.
ISU BULI DAN GENGSTERISME
Pada masa kini, fenomena buli dan gengsterisme bukan perkara biasa berlaku di sekolah. Kes-
kes yang melibatkan buli, gengsterisme dan pelanggaran disiplin acap kali terpampang di
dada-dada akhbar. Hal ini amat membimbangkan negara kerana sekolah merupakan institusi
yang membentuk dan mendidik anak bangsa untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.
Jadi perkara serius sebegini seharusnya ditangani segera kerana ianya boleh menjatuhkan imej
sesebuah sekolah dan memberi kesan kepada negara.
Kegiatan buli dan gengsterisme dalam kalangan pelajar ini adalah disebabkan oleh
beberapa faktor. Faktor utama ialah disebabkan oleh latar belakang keluarga mendorong
kepada tercetusnya masalah buli dan gengsterisme. Keluarga yang porak peranda dan
bermasalah akan mengakibatkan pelajar tertekan dan mengambil jalan pintas bagi melepaskan
tekanan yang berlaku di rumah. Ibu bapa yang kurang perihatin dan sibuk bekerja mencari
pendapatan seakan-akan alpa dengan tanggungjawab utama mereka untuk memantau kegiatan
anak-anak mereka. Ibu bapa mengambil sikap lepas tangan kerana menganggap bahawa anak
mereka sudah besar dan boleh berfikir secara bijak baik dan buruk masa depan mereka.
Didikan agama yang kurang menyumbang lagi berlakunya masalah buli dan gengsterisme
dalam kalangan pelajar. Selain itu, media massa sama ada media cetak dan elektronik banyak
memberi kesan kepada pelajar untuk bertindak lebih agresif. Dengan teknologi yang semakin
canggih, pelajar mudah mendapat akses di mana-mana sahaja sekiranya tidak dipantau. Faktor
pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca berlaku masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Mereka cenderung untuk melakukan perkara yang sama seperti rakan mereka kerana takut
mereka juga akan disisihkan dan tidak mempunyai kawan sekiranya tidak melakukan kegiatan
yang sama.
Menurut Olweus, gejala buli dan gengsterisme akan mengakibatkan mangsa buli
berasa rendah diri, kurang berkeyakinan diri, penghargaan kendiri menjadi rendah, murung
dan tertekan. Lebih buruk lagi mangsa buli akan bertindak membunuh diri kerana sudah tidak
tahan dengan tekanan yang dihadapi. Selain itu, jika masalah disipilin seperti buli dan
gengsterisme ini tidak ditangani ianya akan membawa keburukan kepada pelajar dimana
pencapaian akademik dan sahsiah pelajar akan merosot. Hal ini akan memberi kesan kepada
masa depan pelajar sama ada bagi pembuli dan mangsa buli. Kajian lampau mendapati,
kemungkinan besar apabila dewasa nanti pembuli menjadi penjenayah adalah tinggi kerana
sikap mereka yang sukar untuk berubah dan terdorong untuk terus melakukan kegiatan yang
tidak bermoral sehingga mereka menginjak usia dewasa.
Sebagai langkah menangani masalah buli dan gengsterisme, jika di rumah ibu bapa
perlu mengawal tindakan dan kegiatan anak-anak agar tidak berlaku keadaan di mana anak-
anak melakukan kesalahan yang tidak bermoral seperti bergaduh, memukul dan sebagainya.
Ibu bapa juga jangan terlalu percaya dan manjakan anak-anak kerana jika keadaan ini berlaku
anak-anak mudah mengambil kesempatan terhadap mereka kerana mereka tahu yang ibu bapa
mereka sibuk dan meletakkan sepenuh kepercayaan ke atas diri mereka untuk menjaga diri
sendiri. Di sekolah pula, langkah untuk membendung masalah ini perlu dilakukan oleh guru-
5
guru dan pihak sekolah. Sebagai pendidik, pihak sekolah tidak boleh menunding jari ke atas
pelajar sekiranya mereka melakukan kesalahan disiplin. Sebaliknya pihak sekolah perlu
mengambil inisiatif seperti memberi bimbingan, kaunseling dan nasihat kepada pelajar yang
terlibat dengan masalah disiplin. Kerjasama pihak polis juga adalah perlu bagi mengatasi
masalah buli dan gengsterisme dalam kalangan pelajar. Pihak polis harus peka dengan
keadaan sekeliling dan bekerjasama dengan ibu bapa dan pihak sekolah untuk menjalankan
program yang berterusan bagi mencegah aktiviti buli dan gengsterisme sama ada di dalam
sekolah mahupun diluar sekolah.
Ringkasnya, isu untuk menangani masalah buli dan gengsterisme perlu digembling
dari akar umbi dan diusahakan secara bersama oleh semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa,
pihak sekolah, media massa, dan kerajaan agar pendekatan yang dilaksanakan akan lebih
berkesan.
OBJEKTIF KAJIAN
I. Meneroka pendekatan yang telah diambil oleh guru kaunseling terhadap pelajar
mereka.
II. Memahami dan meneroka persepsi guru kaunseling terhadap keberkesanan
tindakan yang diambil terhadap pelajar bagi mengatasi masalah displin.
III. Meneroka pengalaman guru kaunseling dalam mengurusdisplin pelajar
sekolah.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah temubual untuk pengumpulan data. Melalui kaedah temu
bual, pengkaji telah menemu bual 3 orang guru kaunseling di tiga buah sekolah menengah
yang berlainan bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan kajian ini. Data
diperolehi dengan menggunakan soalan-soaln temubual semi-struktur. Berikut adalah
protokol temubual yang digunakan dalam kajian ini:
a) Bahagian A: Maklumat Latar belakang Responden
b) Bahagian B: Buli dan gangsterism
a. Apakah kes-kes disiplin yang sering berlaku di sekolah ini? (nyatakan 3 kes utama
yang sering berlaku di sekolah ini).
b. Adakah kes seperti kes buli/ gansterism dalam kalangan pelajar ini sering berlaku di
sekolah ini? Anggaran kekerapan perkara ini berlaku dalam setahun? Jumlah yang
diketahui oleh guru tersebut.
6
c. Apakah antara sebab-sebab masalah seperti ini berlaku?
d. Apakah contoh peranan guru kaunseling/ guru disiplin atau pihak pentadbiran dalam
menyelesaikan masalah ini di sekolah ?
e. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membendung kes disiplin
sebegini daripada berulang?
f. apakah tahap keberkesanan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah samaada guru
disiplin, guru kaunseling atau pihak pentadbiran? (mengikut skala berikut: Skala
Likert: Sangat Tidak Berkesan (STB), Tidak Berkesan (TB), Sederhana memuaskan
(Sm), Berkesan (B), Sangat Berkesan (SB)
g. Apakah harapan pihak guru dan sekolah dalam mengatasi masalah ini?
h. Pada pendapat cikgu, adakah matapelajaran yang diajar di sekolah dapat membantu
dalam member kesedaran kepada para pelajar mengena isu ini?
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa tema yang muncul daripada temubual iaitu:
TEMA 1: Tahap kekerapan, jenis kes disiplin dan faktor terjadinya masalah disiplin
dalam kalangan pelajar
Kajian ini mendapati bahawa sering berlaku masalah disiplin di sekolah. Tiga responden
menyatakan:
“Ya, kes seperti kes buli/gansterism dalam kalangan pelajar ini sering berlaku di
sekolah ini.” (Responden A, SMK X)
“Terdapat juga berlaku kes buli terutama pelajar senior membuli pelajar junior dan
maksiat sejak penubuhan sekolah ini.” (Responden B. SMK Y)
“Ya, sering berlaku masalah buli dalam kalangan pelajar di sekolah ini”(Responden
C, SMK Z)
Kajian turut mendapati terdapat juga masalah disiplin lain yang berlaku di sekolah ini. Tiga
responden menyatakan:
“Kes-kes disiplin yang sering berlaku di sekolah ini seperti ponteng sekolah, buli &
gangsterism dan tingkah laku musnah (Vandalisme).” (Responden A, SMK X)
7
“Kes disiplin yang sering berlaku antaranya tidak mengikut etika berpakaian seperti
seluar lelaki ketat, buli pelajar junior, rambut panjang, merokok, berpacaran dan
tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.” (Responden B. SMK Y)
“Kes-kes disiplin yang sering berlaku di sekolah ini seperti homoseksual, bercinta,
kekemasan diri serta buli" (Responden C, SMK Z)
Berdasarkan kajian ini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah
disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Tiga responden menyatakan:
Sub-tema 1: Faktor diri sendiri
“Latarbelakang pelajar itu sendiri. Mempunyai masalah perkembangan diri. Sentiasa
ingin mencuba termasuklah perkara-perkara yang negatif. Menganggap diri sendiri
“handal” atau “hebat” apabila dapat melakukan perkara yang menyalahi undang-
undang atau perkara negatif.” (Responden A, SMK X)
“Pelajar sendiri yang suka mencuba sesuatu yang baru dan mudah terikut dengan
gejala-gejala tidak sihat di luar serta aspek kekemasan diri.” (Responden C, SMK Z)
Sub- tema 2: Faktor persekitaran
“Kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa di era globalisasi ini, Lahir
dalam keluarga yang bermasalah, mendapat contoh negatif daripada keluarga sendiri
dan pengaruh rakan sebaya.” (Responden A, SMK X)
“Antara sebab berlakunya kes buli adalah kerana pengaruh rakan sebaya,mengikut
trend masa kini, sikap ingin mencuba, kurang pendedahan maklumat, mengikut nafsu
dan tidak berfikir sebelum bertindak buruk atau negatif serta kurang kesedaran atau
motivasi. Perbandingan kes disiplin berbeza setiap tahun mengikut kategori kes dan
jenis serta jantina dan umur murid.” (Responden B. SMK Y)
“Antara faktor persekitaran seperti kes seksual akibat rakan sebaya. Majoriti mangsa
akan cenderung menjadi pemangsa. Bercinta, cenderung mengikut rakan-rakan yang
bercinta.” (Responden C, SMK Z)
8
TEMA 2: Peranan guru kaunseling dan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah
dalam membendung masalah displin.
Daripada kajian yang telah dilakukan, ketiga-tiga responden menyatakan pihak kaunseling
terlibat dalam proses membendung masalah displin pelajar. Tiga responden menyatakan:
“Pihak kaunseling akan membantu para pelajar dengan menyediakan sesi kaunseling
yang bersesuaian dengan pelajar akan dilakukan. sesi kaunseling dilakukan bagi
membantu pelajar berubah kearah positif seperti bertingkah laku yang sesuai seperti
minat, bakat, sikat dan kebolehan. Kami juga membantu para pelajar memahami diri
sendiri dan persekitaranya, serta menolong pelajar mencapai keperluan tertentu untuk
mengembangkan keupayaan diri termasuklah dalam membuat keputusan sendiri”.
(Responden A, SMK X.)
“Tindakan yang diambil untuk membendung masalah disiplin murid ialah dengan
mebawa murid ke unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling. Rawatan
bimbingan dan kaunseling turut diberikan agar dapat memberi kesedaran kepada
murid. Selain itu, pihak sekolah juga menggalakkan murid untuk bergiat aktif dalam
bidang kepimpinan. Ini kerana kepimpinan dapat memberi ruang kepada murid untuk
lebih bertanggungjawab dan sedar agar sentiasa bersikap positif dan cuba
mengembangkan bakat yang ada dalam diri murid”. (Responden B, SMK Y.)
“Antara tindakan yang dilakukan adalah dengan memberi sesi kaunseling kepada
pelajar yang berkenaan”. (Responden C, SMK Z.)
Kajian ini juga mendapati terdapat juga tindakan lain yang diambil oleh pihak sekolah dalam
mengatasi masalah displin pelajar disekolah. Keterangan 2 responden adalah seperti berikut:
“tindakan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membendung kes displin sebegini
daripada berulang ialah dengan memberi amaran bagi kesalahan pertama, memberi
nasihat, memberi hukuman setimpal seperti gantung persekolahan,tindakan tata tertib
iaitu melakukan kerja kebajiakan disekolah seperti mengutip sampah di padang
sekolah”. (Responden A, SMK X.)
“Antara tindakan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membendung kes disiplin
sebegini daripada berulang ialah seperti rotan, dan buang sekolah”. (Responden C,
SMK Z.)
9
Selain itu, kajian ini juga mendapati, keberkesanan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah
sama ada guru disiplin, guru kaunseling atau pihak pentadbiran. Ketiga-tiga responden
menyatakan seperti berikut:
“Tindakan memberi amaran merupakan tindakan yang tidak berkesan. Manakala
tindakan dengan memberi nasihat dan juga sesi kaunseling pula hanya mencapai
tahap memuaskan keberkesanannya dalam mengatasi masalah displin pelajar.
Tindakan berat seperti memberi hukuman yang setimpal pula lebih berkesan dalam
mengatasi masalah displin”. (Responden A, SMK X.)
“Keberkesanan masalah disiplin murid dapat dibendung dan kurangnya kes risiko
mencederakan atau merosakkan diri dan orang lain”. (Responden B, SMK Y.)
“Masih kurang berkesan untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 75% kesalahan
disiplin dalam tempoh 3 bulan pemerhatian saya sendiri”. (Responden C, SMK Z.)
TEMA 3: Harapan dan cadangan lain dalam menyelesaikan masalah disiplin.
Daripada kajian yang telah dilakukan, ketiga-tiga responden menyatakan harapan guru dan
pihak sekolah dalam membendung masalah displin pelajar. Tiga responden menyatakan:
“Pelajar dapat menjadi insan yang berguna kepada negara serta bijak dalam
membuat keputusan. Pelajar juga dapat memperkembangkan kebolehan diri dan
mampu mempertingkatkan potensi diri dengan positif.” (Responden A, SMK X.)
“Harapan agar kes disiplin yang berisiko seperti buli mental dan fizikal, berkhalwat,
cinta sejenis, mencuri dan masalah pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku dan
jarang terjadi di sekolah ini”.( Responden B, SMK Y.)
“Sangat meletakkan harapan yang tinggi dan sedang merancang pembaharuan serta
program yang perlu dilaksanakan bagi menghadapi persekolahan tahun hadapan.
Pihak pentadbir juga sangat mengharapkan sesuatu dilaksanakan oleh Guru
Bimbingan Kaunseling Sekolah Menengah (GBKSM) dalam menangani isu disiplin
sekolah selain guru disiplin itu sendiri”. (Responden C, SMK Z.)
10
Daripada kajian yang dijalankan, subjek yang diajar di sekolah dapat membentuk sahsiah
pelajar. Berikut merupakan keterangan responden:
“Para guru perlu memainkan peranan yang besar dalam cuba mendidik pelajarnya
untuk memahami subjek yang diajar dan juga membentuk sahsiah pelajar tersebut.
Subjek-subjek seperti sivik dan pendidikan agama amat penting bagi membentuk
mereka menjadi lebih positif. Namun begitu, sukatan pelajaran bagi subjek-subjek in
perlu lebih menarik minat pelajar, mudah difahami oleh pelajar.” (Responden A,
SMK X.)
“Ya, mata pelajaran yang diajar di sekolah dapat membantu memberi kesedaran
kepada murid mengenai isu ini. Pihak pentadbir sekolah sering mengingatkan guru
supaya sentiasa memberi motivasi dan kesedaran yang berkaitan dengan topik
pembelajaran semasa mengajar agar pelajar dapat menjauhkkan diri dengan
perkara-perkara mungkar ”. (Responden B, SMK Y.)
“Ya, kerana pelajar didedahkan soal hukum hakam dalam islam malah pelajar sendiri
menyedari kesalahan yang mereka lakukan. Namun, kesilapannya adalah dalam aspek
mengaplikasi apa yang diajar dalam kehidupan mereka.” (Responden C, SMK Z.)
KESIMPULAN
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah merupakan satu isu utama yang perlu
diberikan tumpuan oleh semua pihak. Hal ini demikian kerana, pelajar merupakan generasi
muda yang bakal mewarisi dan memimpin negara pada masa akan datang. Semakin hari,
masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin menunjukkan peningkatan. Misalnya
daripada kajian yang dibuat menunjukkan terdapat peningkatan masalah disiplin dalam
kalangan pelajar di sekolah terutamanya isu buli dan gansterism. Kajian ini juga menunjukkan
bahawa punca-punca masalah ini adalah disebabkan faktor diri sendiri serta persekitaran
seperti pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan masyarakat. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar
yang terlibat akan diberikan sesi kaunseling serta amaran supaya tidak mengulangi perbuatan
tersebut. Namun begitu, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa tindakan yang
diambil pihak berkaitan masih tidak berkesan secara menyeluruh. Oleh itu, perancangan yang
lebih teliti perlu dikaji bagi mengawal masalah ini daripada terus menjadi lebih serius. Kajian
juga menunjukkan bahawa semua pihak terutamanya guru kaunseling mengahrapkan setiap
hukuman atau nasihat yang diberikan kepada pelajar yang terlibat ini dapat meninggalkan satu
kesan positif kepada pelajar tersebut untuk berubah menjadi menjadi insan yang lebih
baik,berguna kepada bangsa, agama dan negara. Malah pihak sekolah turut meletakkan
harapan supaya terhadap penambahbaikan dalam sistem persekolahan pada masa akan datang
serta mengharapkan semua pelajar supaya bijak dalam membuat keputusan dan mengawal diri
daripada terjebak dengan gejala-gejala sosial lain.
11
RUJUKAN
Abdul Halim. 2011. Penguasaan guru terhadap tatacara pengurusan disiplin sekolah: Satu
kajian kes. Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan Sosiologi Pendidikan, Fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Azizi Hj Yahaya & Abdul Latif Ahmad. 2008. Perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah
menengah, Dlm Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku
agresif, 1: 1-34. Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Hj Yahaya & Aida Mazan. 2008. Permasalahan social di kalangan remaja. Dlm Yusof
Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 11: 281-295.
Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Hj Yahaya & Faizah Idris. 2008. Perlakuan agresif di kalangan remaja. Dlm Yusof
Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 5: 108-135.
Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Hj Yahaya, K. Shoba Karuppaya & Aida Mazan. 2008. Faktor-faktor yang
mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan remaja. Dlm Yusof Boon &
Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 10: 251-280. Skudai:
Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham & Salasiah Hanin Hamjah. 2013. Ciri-ciri remaja
berisiko: Kajian literatur. Islamiyyat, 35 (1): 111-119
Azzi Hj. Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Mohammad Sharif Mustaffa & Zurhana
Muhamad. 2008. Indeks perlakuan buli di kalangan pelajar-pelajar di sekolah
menengah dan sekolah rendah di Malaysia. Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti
Teknologi Malaysia.
Khalim Zainal, Rohani Ahmad Tarmizi, Zakaria Kasa & Mizan Adillah Ahmad Ibrahim.
2007. Jurnal Pendidikan, 32:61-76
Muhammad Faizal A.Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr & Husaina Banu
Kenayatullah. 2014. Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luar
bandar: Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1).
Noordin Yahaya & Mohd Nasil Hamid. 2008. Masalah disiplin di kalangan remaja. Dlm
Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 8: 187-221.
Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Nurulhuda Azizi & Mascilla Hamzah. 2008. Masalah salah laku agresif di kalangan remaja
hubungannya dengan gaya keibubapaan. Dlm Yusof Boon & Jamauddin Ramli
(Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 7: 161-186. Skudai: Penerbit Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Rohaya Hashim. Pelajar melanggar disiplin sekolah: Kaitan interaksi keluarga terhadap
konsepkendiri. Jurnal Kemanusiaan, 18 (ISSN:1675-1930)
Sharin Hashim & Jesmin Abd Wahab. 2008. Program-program pemulihan tingkah laku. Dlm
Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 6: 136-160.
Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Contenu connexe

Tendances

Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-gurudewaperangmop
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)Herney Aqilah Kay
 
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)miera84
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrennersmk changlun
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Aina Azrina
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Tendances (20)

Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
 
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
En vedette

Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Fungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplinFungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplinafiqbahri
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahLangkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahTangan-tangan Putih
 
Salah laku pelajar
Salah laku pelajarSalah laku pelajar
Salah laku pelajarAbu eL IQram
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Yurhamy Yusuf
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Hishamhana583
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling廷武 邹
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107baskin robbin
 
Buli presentation
Buli presentationBuli presentation
Buli presentationSeri Najwa
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahThavasri Chandiran
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
En vedette (20)

Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Fungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplinFungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplin
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 
Isu kauseling Sekolah
Isu kauseling SekolahIsu kauseling Sekolah
Isu kauseling Sekolah
 
B&k
B&kB&k
B&k
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahLangkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
 
Salah laku pelajar
Salah laku pelajarSalah laku pelajar
Salah laku pelajar
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunseling
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107
 
Buli presentation
Buli presentationBuli presentation
Buli presentation
 
Kes buli
Kes buliKes buli
Kes buli
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Similaire à PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-smegyd welyn
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaUbaidillah Muhammad
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Yee Ivy
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL Santa Barbara
 
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakterCegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakterkencana skinclinic
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianirosesani1
 
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...Psikopedagogia uad
 
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolahFaktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolahYee Ivy
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaAL Imtiyaz
 
Similaire à PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR (20)

Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakterCegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
 
Artikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosialArtikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosial
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal riani
 
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
 
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolahFaktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Asg2
Asg2Asg2
Asg2
 
Gengsterisme ppt
Gengsterisme pptGengsterisme ppt
Gengsterisme ppt
 
Kenakalan Remaja
Kenakalan RemajaKenakalan Remaja
Kenakalan Remaja
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
 
Plus de FazHani Faz

PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRFazHani Faz
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANFazHani Faz
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT FazHani Faz
 
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARMATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARFazHani Faz
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan KewanganDasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan KewanganFazHani Faz
 
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...FazHani Faz
 
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI FazHani Faz
 
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)FazHani Faz
 
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...FazHani Faz
 
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH FazHani Faz
 
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAFazHani Faz
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAFazHani Faz
 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...FazHani Faz
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIAFazHani Faz
 
Plus de FazHani Faz (15)

PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
 
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARMATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan KewanganDasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
 
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
 
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
 
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
 
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
 
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
 
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
GURU BERKESAN
 GURU BERKESAN GURU BERKESAN
GURU BERKESAN
 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
 
Dernier

Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdfAfriYani29
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Dernier (20)

Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

  • 1. 1 PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR Nurfarahin Binti Che Mohamad Ilias (P79056) Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Sarah Nadirah Binti Mohammad Kamal (P76316) Dr. Mohd Mahzan B. Awang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam negara. Sekolah bukan sahaja menjadi tempat pendidikan akademik dan kemahiran tetapi juga berperanan sebagai sebuah institusi yang membentuk dan mendidik anak muda mengikut kehendak dan acuan wawasan negara. Namun begitu, sejak kebelakangan ini masalah disiplin yang melibatkan pelajar sekolah sering dipaparkan melalui media massa dan diperkatakan oleh masyarakat. Pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar sekolh kini telah menjadi satu isu yang agak membimbangkan. Isu disiplin di sekolah ini telah menarik perhatian banyak pihak. Pelbagai andaian dibuat oleh masyarakat mengenai kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah masa kini. Oleh itu, satu kajian tinjauan telah dibuat mengenai masalah disiplin pelajar dengan memberi fokus kepada isu buli dan gansterism dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini akan melihat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini serta melihat keberkesanan daripada tindakan yang telah di ambil oleh pihak sekolah dalam menangani masalah tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temubual di mana tiga orang responden yang terdiri daripada guru kaunseling dipilih dari tiga buah sekolah yang berlainan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa masalah buli dan gangsterism berpunca daripada diri pelajar itu sendiri serta pengaruh persekitaran. Walaupun pelbagai usaha telah di ambil, namun masih belum mampu mengawal masalah ini secara sepenuhnya Kata kunci: Disiplin pelajar, buli dan gansterism PENGENALAN Pelajar merupakan aset dan modal insan yang penting bagi negara pada masa hadapan. Generasi inilah yang akan terus memimpin dan membangunkan negara pada masa akan datang bagi mencapai Wawasan 2020. Namun begitu, pada era globalisasi harini, pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat yang semakin meluas ini telah membawa bersama gejala sosial yang negatif dalam kalangan pelajar sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat ini telah memberi kesan negatif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Dalam konteks pendidikan, disiplin dan sekolah merupakan dua aspek penting dan tidak dapat dipisahkan. Disiplin pada peringkat sekolah meliputi peraturan yang dikenakan kepada pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku melalui hukuman dan ganjaran. Disiplin menjadi teras kejayaan dan kecemerlangan kepada setiap insan. Pembentukan disiplin dalam diri setiap individu adalah penting sebagaimana perlunya setiap individu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam sesuatu bidang. Pada tahun 1990 an, tidak banyak kajian yang menfokuskan mengenai masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Kenyataan tersebut disokong oleh Bowen (2012) di mana beliau menyatakan bahawa telah perbezaan yang ketara mengenai disiplin pelajar pada masa kini dengan sebelum tahun
  • 2. 2 2000. Sejak akhir-akhir ini, masalah disiplin di sekolah menjadi semakin kompleks dengan pelbagai jenis salah laku yang dilakukan oleh pelajar abad ke-21 ini. Fenomena salah laku dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah bukan lagi menjadi satu isu baru. Bermula dengan kegiatan ponteng sekolah, pergaduhan, buli dan gangsterism kemudian kepada masalah yang lebih serius seperti rogol, seks bebas, penyalahgunaan dadah dan homoseksual. Fenomena ini telah menuntut kerjasama daripada semua pihak terutamanya keluarga, sekolah serta kerajaan untuk mencari satu kaedah penyelesaian bagi mengawal gejala negatif ini daripada terus menular dalam kalangan generasi muda pada masa akan datang. Penglibatan pelajar dalam kegiatan tidak sihat ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap prestasi akademik pelajar tersebut malah menjadi satu halangan kepada kerajaan untuk meneruskan hasrat melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang unggul pada masa hadapan. Secara umumnya, ahli psikologi telah mengakaji masalah-masalah pelajar terutama golongan remaja yang berusia lingkungan umur 12 hingga 18 tahun. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa jangka masa umur antara 12 hingga 18 tahun adalah satu jangka masa yang sangat kritikal dalam perkembangan hidup seseorang individu. Pelajar yang mempunyai masalah disiplin adalah pelajar yang terlibat dalam tingkah laku yang kurang menepati nilai pegangan masyarakat. Kajian daripada Rohany dan Fatimah (2006) menjelaskan bahawa fenomena pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar remaja ini mempunyai kaitan dengan keadaan sistem keluarga yang tidak dapat berfungsi dengan baik. PERANAN GURU KAUNSELING Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak masalah disiplin yang melanda pelajar sekolah. Menurut Suradi Salim (1993), masalah keruntuhan moral dalam kalangan pelajar memerlukan perhatian yang lebih khusus. Perancangan yang lebih teliti harus disediakan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani masalah ini. Di sini menunjukkan bahawa peranan guru kaunseling di sekolah sangat penting dalam membantu mengurangkan masalah keruntuhan moral dan disiplin dalam kalangan pelajar. Di Malaysia, Program Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di sekolah secara rasmi pada tahun 1960 melalui program bimbingan kerjaya. Tujuan program ini diperkenalkan adalah bagi membimbing dan meningkatkan pertumbuhan serta perkembangan pelajar ke arah kematangan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar ini kebanyakannya berpunca daripada institusi kekeluargaan yang kurang baik dan sepatutnya masalah ini diselesaikan oleh keluarga namun kini masalah disiplin dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah turut dipertanggungjawabkan kepada pihak sekolah. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, jawatan guru kaunseling diwujudkan dan ditugaskan khusus untuk membantu para pelajar yang bermasalah di sekolah. Khidmat kaunseling ini akan dilakukan sama ada secara terus dengan pelajar yang bermasalah atau melalui penganjuran program bersama dengan mereka yang berkait rapat dengan golongan pelajar seperti ibu bapa, guru dan pihak sekolah. Secara rumusannya, peranan guru bimbingan dan kaunseling adalah untuk mengubah dan menyesuaikan perlakuan pelajar kepada satu perlakuan yang lebih baik.
  • 3. 3 BULI Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, buli bermaksud suatu perbuatan mempermainkan seseorang yang lemah sepeti mendera, menggertak, menakut-nakutkan dan seumpamanya agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Gejala buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan cara sama ada dalam bentuk lisan dan fizikal tanpa mengira jantina. Olweus mendefinisikan buli sebagai perbuatan yang agresif yang dilakukan ke atas orang lain secara berulang kali. Buli juga dapat dilihat di mana berlaku ketidakseimbangan kuasa yakni pembuli lebih berkuasa berbanding mangsa buli dan mangsa buli tidak akan bertindak balas sekiranya dirinya dibuli kerana mereka bimbang akan keselamatan diri mereka. Terdapat beberapa jenis buli yang diklasifikasikan oleh Olweus iaitu buli berbentuk fizikal, verbal dan antisosial. Perbuatan buli fizikal dan verbal melibatkan perbuatan secara langsung dan perbuatan buli anti sosial adalah perbuatan buli tidak langsung. Buli berbentuk fizikal terdiri daripada menendang, menumbuk, memukul dan menarik rambut. Manakala buli verbal ialah mengejek, menghina dan mengusik seseorang. Bagi buli yang berbentuk anti sosial boleh tergolong dalam buli fizikal dan psikologi di mana pelajar mengata, memfitnah, memulau dan merosakkan harta benda sesorang. Seseorang pembuli mempunyai bentuk fizikal yang kuat dan kental serta agresif berbanding dengan mangsa yang dibuli dan kebanyakan pembuli ialah dalam kalangan lelaki. Nisbah gejala buli ialah satu daripada sepuluh pelajar sekolah terlibat dalam gejala buli sama ada menjadi pembuli atau mangsa buli (Glover, 2000). Di Malaysia, pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dalam gejala buli akan melakukan buli berbentuk psikologi seperti mengejek, memfitnah, memulau serta menyisih dan kebanyakan pelajar lelaki gemar melakukan buli berbentuk fizikal seperti memukul, menampar dan menolak mangsa (Noran Fauziah Yaakub, 2004). Berlakunya kes buli adalah kerana pembuli sengaja melampiaskan amarahnya kepada mangsa buli sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak kena di mata pembuli. Pembuli sengaja melampiaskan kepada orang lain agar mangsa buli berasa tertekan dan mereka si pembuli pula berasa puas dengan tindakan mereka walaupun terpaksa mengancam keselamatan mental dan fizikal orang lain. . GENGSTERISME Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, gengsterisme didefinisikan sebagai suatu kegiatan gangster yakni masalah gejala samseng dalam kalangan pelajar. Gengsterisme diambil dari perkataan gangster di mana membawa maksud ahli atau anggota kumpulan samseng. Jadi gengsterisme ialah suatu perbuatan gangster yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar ke atas pelajar lain. Pelajar yang dipukul oleh empat orang pelajar atau lebih akan diklasifikasikan oleh pihak polis ialah kegiatan gengsterisme yang boleh membawa kepada kes soal siasat bagi tindakan lanjut. Kesalahan gengsterisme yang dilakukan oleh pelajar melibatkan kes-kes keganasan seperti peras ugut barangan kemas dan duit, menggunakan bahasa kasar, memukul dan menakutkan pelajar. Selain itu, gengsterisme bukan sahaja melibatkan pelajar lain menjadi mangsa bahkan guru dan pihak pengurusan sekolah turut menjadi mengsa kekerasan (Futrell, 1996). Perbuatan dan amalan gengsterisme ini merupakan masalah sosial yang
  • 4. 4 melibatkan pertimbangan moral yang perlu diambil tindakan serius untuk menanganinya agar dapat menjamin keselamatan semua pihak. ISU BULI DAN GENGSTERISME Pada masa kini, fenomena buli dan gengsterisme bukan perkara biasa berlaku di sekolah. Kes- kes yang melibatkan buli, gengsterisme dan pelanggaran disiplin acap kali terpampang di dada-dada akhbar. Hal ini amat membimbangkan negara kerana sekolah merupakan institusi yang membentuk dan mendidik anak bangsa untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jadi perkara serius sebegini seharusnya ditangani segera kerana ianya boleh menjatuhkan imej sesebuah sekolah dan memberi kesan kepada negara. Kegiatan buli dan gengsterisme dalam kalangan pelajar ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama ialah disebabkan oleh latar belakang keluarga mendorong kepada tercetusnya masalah buli dan gengsterisme. Keluarga yang porak peranda dan bermasalah akan mengakibatkan pelajar tertekan dan mengambil jalan pintas bagi melepaskan tekanan yang berlaku di rumah. Ibu bapa yang kurang perihatin dan sibuk bekerja mencari pendapatan seakan-akan alpa dengan tanggungjawab utama mereka untuk memantau kegiatan anak-anak mereka. Ibu bapa mengambil sikap lepas tangan kerana menganggap bahawa anak mereka sudah besar dan boleh berfikir secara bijak baik dan buruk masa depan mereka. Didikan agama yang kurang menyumbang lagi berlakunya masalah buli dan gengsterisme dalam kalangan pelajar. Selain itu, media massa sama ada media cetak dan elektronik banyak memberi kesan kepada pelajar untuk bertindak lebih agresif. Dengan teknologi yang semakin canggih, pelajar mudah mendapat akses di mana-mana sahaja sekiranya tidak dipantau. Faktor pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca berlaku masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Mereka cenderung untuk melakukan perkara yang sama seperti rakan mereka kerana takut mereka juga akan disisihkan dan tidak mempunyai kawan sekiranya tidak melakukan kegiatan yang sama. Menurut Olweus, gejala buli dan gengsterisme akan mengakibatkan mangsa buli berasa rendah diri, kurang berkeyakinan diri, penghargaan kendiri menjadi rendah, murung dan tertekan. Lebih buruk lagi mangsa buli akan bertindak membunuh diri kerana sudah tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi. Selain itu, jika masalah disipilin seperti buli dan gengsterisme ini tidak ditangani ianya akan membawa keburukan kepada pelajar dimana pencapaian akademik dan sahsiah pelajar akan merosot. Hal ini akan memberi kesan kepada masa depan pelajar sama ada bagi pembuli dan mangsa buli. Kajian lampau mendapati, kemungkinan besar apabila dewasa nanti pembuli menjadi penjenayah adalah tinggi kerana sikap mereka yang sukar untuk berubah dan terdorong untuk terus melakukan kegiatan yang tidak bermoral sehingga mereka menginjak usia dewasa. Sebagai langkah menangani masalah buli dan gengsterisme, jika di rumah ibu bapa perlu mengawal tindakan dan kegiatan anak-anak agar tidak berlaku keadaan di mana anak- anak melakukan kesalahan yang tidak bermoral seperti bergaduh, memukul dan sebagainya. Ibu bapa juga jangan terlalu percaya dan manjakan anak-anak kerana jika keadaan ini berlaku anak-anak mudah mengambil kesempatan terhadap mereka kerana mereka tahu yang ibu bapa mereka sibuk dan meletakkan sepenuh kepercayaan ke atas diri mereka untuk menjaga diri sendiri. Di sekolah pula, langkah untuk membendung masalah ini perlu dilakukan oleh guru-
  • 5. 5 guru dan pihak sekolah. Sebagai pendidik, pihak sekolah tidak boleh menunding jari ke atas pelajar sekiranya mereka melakukan kesalahan disiplin. Sebaliknya pihak sekolah perlu mengambil inisiatif seperti memberi bimbingan, kaunseling dan nasihat kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin. Kerjasama pihak polis juga adalah perlu bagi mengatasi masalah buli dan gengsterisme dalam kalangan pelajar. Pihak polis harus peka dengan keadaan sekeliling dan bekerjasama dengan ibu bapa dan pihak sekolah untuk menjalankan program yang berterusan bagi mencegah aktiviti buli dan gengsterisme sama ada di dalam sekolah mahupun diluar sekolah. Ringkasnya, isu untuk menangani masalah buli dan gengsterisme perlu digembling dari akar umbi dan diusahakan secara bersama oleh semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, pihak sekolah, media massa, dan kerajaan agar pendekatan yang dilaksanakan akan lebih berkesan. OBJEKTIF KAJIAN I. Meneroka pendekatan yang telah diambil oleh guru kaunseling terhadap pelajar mereka. II. Memahami dan meneroka persepsi guru kaunseling terhadap keberkesanan tindakan yang diambil terhadap pelajar bagi mengatasi masalah displin. III. Meneroka pengalaman guru kaunseling dalam mengurusdisplin pelajar sekolah. METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah temubual untuk pengumpulan data. Melalui kaedah temu bual, pengkaji telah menemu bual 3 orang guru kaunseling di tiga buah sekolah menengah yang berlainan bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan kajian ini. Data diperolehi dengan menggunakan soalan-soaln temubual semi-struktur. Berikut adalah protokol temubual yang digunakan dalam kajian ini: a) Bahagian A: Maklumat Latar belakang Responden b) Bahagian B: Buli dan gangsterism a. Apakah kes-kes disiplin yang sering berlaku di sekolah ini? (nyatakan 3 kes utama yang sering berlaku di sekolah ini). b. Adakah kes seperti kes buli/ gansterism dalam kalangan pelajar ini sering berlaku di sekolah ini? Anggaran kekerapan perkara ini berlaku dalam setahun? Jumlah yang diketahui oleh guru tersebut.
  • 6. 6 c. Apakah antara sebab-sebab masalah seperti ini berlaku? d. Apakah contoh peranan guru kaunseling/ guru disiplin atau pihak pentadbiran dalam menyelesaikan masalah ini di sekolah ? e. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membendung kes disiplin sebegini daripada berulang? f. apakah tahap keberkesanan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah samaada guru disiplin, guru kaunseling atau pihak pentadbiran? (mengikut skala berikut: Skala Likert: Sangat Tidak Berkesan (STB), Tidak Berkesan (TB), Sederhana memuaskan (Sm), Berkesan (B), Sangat Berkesan (SB) g. Apakah harapan pihak guru dan sekolah dalam mengatasi masalah ini? h. Pada pendapat cikgu, adakah matapelajaran yang diajar di sekolah dapat membantu dalam member kesedaran kepada para pelajar mengena isu ini? DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa tema yang muncul daripada temubual iaitu: TEMA 1: Tahap kekerapan, jenis kes disiplin dan faktor terjadinya masalah disiplin dalam kalangan pelajar Kajian ini mendapati bahawa sering berlaku masalah disiplin di sekolah. Tiga responden menyatakan: “Ya, kes seperti kes buli/gansterism dalam kalangan pelajar ini sering berlaku di sekolah ini.” (Responden A, SMK X) “Terdapat juga berlaku kes buli terutama pelajar senior membuli pelajar junior dan maksiat sejak penubuhan sekolah ini.” (Responden B. SMK Y) “Ya, sering berlaku masalah buli dalam kalangan pelajar di sekolah ini”(Responden C, SMK Z) Kajian turut mendapati terdapat juga masalah disiplin lain yang berlaku di sekolah ini. Tiga responden menyatakan: “Kes-kes disiplin yang sering berlaku di sekolah ini seperti ponteng sekolah, buli & gangsterism dan tingkah laku musnah (Vandalisme).” (Responden A, SMK X)
  • 7. 7 “Kes disiplin yang sering berlaku antaranya tidak mengikut etika berpakaian seperti seluar lelaki ketat, buli pelajar junior, rambut panjang, merokok, berpacaran dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.” (Responden B. SMK Y) “Kes-kes disiplin yang sering berlaku di sekolah ini seperti homoseksual, bercinta, kekemasan diri serta buli" (Responden C, SMK Z) Berdasarkan kajian ini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Tiga responden menyatakan: Sub-tema 1: Faktor diri sendiri “Latarbelakang pelajar itu sendiri. Mempunyai masalah perkembangan diri. Sentiasa ingin mencuba termasuklah perkara-perkara yang negatif. Menganggap diri sendiri “handal” atau “hebat” apabila dapat melakukan perkara yang menyalahi undang- undang atau perkara negatif.” (Responden A, SMK X) “Pelajar sendiri yang suka mencuba sesuatu yang baru dan mudah terikut dengan gejala-gejala tidak sihat di luar serta aspek kekemasan diri.” (Responden C, SMK Z) Sub- tema 2: Faktor persekitaran “Kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa di era globalisasi ini, Lahir dalam keluarga yang bermasalah, mendapat contoh negatif daripada keluarga sendiri dan pengaruh rakan sebaya.” (Responden A, SMK X) “Antara sebab berlakunya kes buli adalah kerana pengaruh rakan sebaya,mengikut trend masa kini, sikap ingin mencuba, kurang pendedahan maklumat, mengikut nafsu dan tidak berfikir sebelum bertindak buruk atau negatif serta kurang kesedaran atau motivasi. Perbandingan kes disiplin berbeza setiap tahun mengikut kategori kes dan jenis serta jantina dan umur murid.” (Responden B. SMK Y) “Antara faktor persekitaran seperti kes seksual akibat rakan sebaya. Majoriti mangsa akan cenderung menjadi pemangsa. Bercinta, cenderung mengikut rakan-rakan yang bercinta.” (Responden C, SMK Z)
  • 8. 8 TEMA 2: Peranan guru kaunseling dan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membendung masalah displin. Daripada kajian yang telah dilakukan, ketiga-tiga responden menyatakan pihak kaunseling terlibat dalam proses membendung masalah displin pelajar. Tiga responden menyatakan: “Pihak kaunseling akan membantu para pelajar dengan menyediakan sesi kaunseling yang bersesuaian dengan pelajar akan dilakukan. sesi kaunseling dilakukan bagi membantu pelajar berubah kearah positif seperti bertingkah laku yang sesuai seperti minat, bakat, sikat dan kebolehan. Kami juga membantu para pelajar memahami diri sendiri dan persekitaranya, serta menolong pelajar mencapai keperluan tertentu untuk mengembangkan keupayaan diri termasuklah dalam membuat keputusan sendiri”. (Responden A, SMK X.) “Tindakan yang diambil untuk membendung masalah disiplin murid ialah dengan mebawa murid ke unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling. Rawatan bimbingan dan kaunseling turut diberikan agar dapat memberi kesedaran kepada murid. Selain itu, pihak sekolah juga menggalakkan murid untuk bergiat aktif dalam bidang kepimpinan. Ini kerana kepimpinan dapat memberi ruang kepada murid untuk lebih bertanggungjawab dan sedar agar sentiasa bersikap positif dan cuba mengembangkan bakat yang ada dalam diri murid”. (Responden B, SMK Y.) “Antara tindakan yang dilakukan adalah dengan memberi sesi kaunseling kepada pelajar yang berkenaan”. (Responden C, SMK Z.) Kajian ini juga mendapati terdapat juga tindakan lain yang diambil oleh pihak sekolah dalam mengatasi masalah displin pelajar disekolah. Keterangan 2 responden adalah seperti berikut: “tindakan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membendung kes displin sebegini daripada berulang ialah dengan memberi amaran bagi kesalahan pertama, memberi nasihat, memberi hukuman setimpal seperti gantung persekolahan,tindakan tata tertib iaitu melakukan kerja kebajiakan disekolah seperti mengutip sampah di padang sekolah”. (Responden A, SMK X.) “Antara tindakan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membendung kes disiplin sebegini daripada berulang ialah seperti rotan, dan buang sekolah”. (Responden C, SMK Z.)
  • 9. 9 Selain itu, kajian ini juga mendapati, keberkesanan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah sama ada guru disiplin, guru kaunseling atau pihak pentadbiran. Ketiga-tiga responden menyatakan seperti berikut: “Tindakan memberi amaran merupakan tindakan yang tidak berkesan. Manakala tindakan dengan memberi nasihat dan juga sesi kaunseling pula hanya mencapai tahap memuaskan keberkesanannya dalam mengatasi masalah displin pelajar. Tindakan berat seperti memberi hukuman yang setimpal pula lebih berkesan dalam mengatasi masalah displin”. (Responden A, SMK X.) “Keberkesanan masalah disiplin murid dapat dibendung dan kurangnya kes risiko mencederakan atau merosakkan diri dan orang lain”. (Responden B, SMK Y.) “Masih kurang berkesan untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 75% kesalahan disiplin dalam tempoh 3 bulan pemerhatian saya sendiri”. (Responden C, SMK Z.) TEMA 3: Harapan dan cadangan lain dalam menyelesaikan masalah disiplin. Daripada kajian yang telah dilakukan, ketiga-tiga responden menyatakan harapan guru dan pihak sekolah dalam membendung masalah displin pelajar. Tiga responden menyatakan: “Pelajar dapat menjadi insan yang berguna kepada negara serta bijak dalam membuat keputusan. Pelajar juga dapat memperkembangkan kebolehan diri dan mampu mempertingkatkan potensi diri dengan positif.” (Responden A, SMK X.) “Harapan agar kes disiplin yang berisiko seperti buli mental dan fizikal, berkhalwat, cinta sejenis, mencuri dan masalah pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku dan jarang terjadi di sekolah ini”.( Responden B, SMK Y.) “Sangat meletakkan harapan yang tinggi dan sedang merancang pembaharuan serta program yang perlu dilaksanakan bagi menghadapi persekolahan tahun hadapan. Pihak pentadbir juga sangat mengharapkan sesuatu dilaksanakan oleh Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah Menengah (GBKSM) dalam menangani isu disiplin sekolah selain guru disiplin itu sendiri”. (Responden C, SMK Z.)
  • 10. 10 Daripada kajian yang dijalankan, subjek yang diajar di sekolah dapat membentuk sahsiah pelajar. Berikut merupakan keterangan responden: “Para guru perlu memainkan peranan yang besar dalam cuba mendidik pelajarnya untuk memahami subjek yang diajar dan juga membentuk sahsiah pelajar tersebut. Subjek-subjek seperti sivik dan pendidikan agama amat penting bagi membentuk mereka menjadi lebih positif. Namun begitu, sukatan pelajaran bagi subjek-subjek in perlu lebih menarik minat pelajar, mudah difahami oleh pelajar.” (Responden A, SMK X.) “Ya, mata pelajaran yang diajar di sekolah dapat membantu memberi kesedaran kepada murid mengenai isu ini. Pihak pentadbir sekolah sering mengingatkan guru supaya sentiasa memberi motivasi dan kesedaran yang berkaitan dengan topik pembelajaran semasa mengajar agar pelajar dapat menjauhkkan diri dengan perkara-perkara mungkar ”. (Responden B, SMK Y.) “Ya, kerana pelajar didedahkan soal hukum hakam dalam islam malah pelajar sendiri menyedari kesalahan yang mereka lakukan. Namun, kesilapannya adalah dalam aspek mengaplikasi apa yang diajar dalam kehidupan mereka.” (Responden C, SMK Z.) KESIMPULAN Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah merupakan satu isu utama yang perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak. Hal ini demikian kerana, pelajar merupakan generasi muda yang bakal mewarisi dan memimpin negara pada masa akan datang. Semakin hari, masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin menunjukkan peningkatan. Misalnya daripada kajian yang dibuat menunjukkan terdapat peningkatan masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah terutamanya isu buli dan gansterism. Kajian ini juga menunjukkan bahawa punca-punca masalah ini adalah disebabkan faktor diri sendiri serta persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan masyarakat. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar yang terlibat akan diberikan sesi kaunseling serta amaran supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Namun begitu, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa tindakan yang diambil pihak berkaitan masih tidak berkesan secara menyeluruh. Oleh itu, perancangan yang lebih teliti perlu dikaji bagi mengawal masalah ini daripada terus menjadi lebih serius. Kajian juga menunjukkan bahawa semua pihak terutamanya guru kaunseling mengahrapkan setiap hukuman atau nasihat yang diberikan kepada pelajar yang terlibat ini dapat meninggalkan satu kesan positif kepada pelajar tersebut untuk berubah menjadi menjadi insan yang lebih baik,berguna kepada bangsa, agama dan negara. Malah pihak sekolah turut meletakkan harapan supaya terhadap penambahbaikan dalam sistem persekolahan pada masa akan datang serta mengharapkan semua pelajar supaya bijak dalam membuat keputusan dan mengawal diri daripada terjebak dengan gejala-gejala sosial lain.
  • 11. 11 RUJUKAN Abdul Halim. 2011. Penguasaan guru terhadap tatacara pengurusan disiplin sekolah: Satu kajian kes. Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Azizi Hj Yahaya & Abdul Latif Ahmad. 2008. Perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah, Dlm Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 1: 1-34. Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Hj Yahaya & Aida Mazan. 2008. Permasalahan social di kalangan remaja. Dlm Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 11: 281-295. Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Hj Yahaya & Faizah Idris. 2008. Perlakuan agresif di kalangan remaja. Dlm Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 5: 108-135. Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Hj Yahaya, K. Shoba Karuppaya & Aida Mazan. 2008. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan remaja. Dlm Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 10: 251-280. Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham & Salasiah Hanin Hamjah. 2013. Ciri-ciri remaja berisiko: Kajian literatur. Islamiyyat, 35 (1): 111-119 Azzi Hj. Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Mohammad Sharif Mustaffa & Zurhana Muhamad. 2008. Indeks perlakuan buli di kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah di Malaysia. Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia. Khalim Zainal, Rohani Ahmad Tarmizi, Zakaria Kasa & Mizan Adillah Ahmad Ibrahim. 2007. Jurnal Pendidikan, 32:61-76 Muhammad Faizal A.Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr & Husaina Banu Kenayatullah. 2014. Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luar bandar: Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1). Noordin Yahaya & Mohd Nasil Hamid. 2008. Masalah disiplin di kalangan remaja. Dlm Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 8: 187-221. Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Nurulhuda Azizi & Mascilla Hamzah. 2008. Masalah salah laku agresif di kalangan remaja hubungannya dengan gaya keibubapaan. Dlm Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 7: 161-186. Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Rohaya Hashim. Pelajar melanggar disiplin sekolah: Kaitan interaksi keluarga terhadap konsepkendiri. Jurnal Kemanusiaan, 18 (ISSN:1675-1930) Sharin Hashim & Jesmin Abd Wahab. 2008. Program-program pemulihan tingkah laku. Dlm Yusof Boon & Jamauddin Ramli (Pnyt). Remaja dan tingkah laku agresif, 6: 136-160. Skudai: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.