Sistem pencegahan kebakaran merupakan peralatan yang dipasang secara tetap untuk memberi amaran kebakaran secara otomatis. Terdapat dua jenis perlindungan yaitu aktif seperti detektor asap dan haba, serta pasif seperti tangga kebakaran. Sistem sprinkler dan hidran digunakan untuk memadamkan api, sementara pemadam api dan rencana tanggap darurat dipersiapkan untuk keselamatan.
2. PERALATAN PENCEGAHANPERALATAN PENCEGAHAN
KEBAKARANKEBAKARAN
Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini
merupakan sistem amaran kebakaran yang
dipasang secara tetap dan beroperasi secara
automatik dibangunan-bangunan.
Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau
premis yang menggunakan sistem manual untuk
memberi amaran kebakaran.
3. Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis
yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:
a. Perlindungan aktif.
Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di
bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam
kebakaran secara manual atau automatik.
b. Perlindungan pasif.
Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur
sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan
asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung,
menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang
selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika
melawan kebakaran
PERALATAN PENCEGAHANPERALATAN PENCEGAHAN
KEBAKARANKEBAKARAN
4. Jenis Perlindungan AktifJenis Perlindungan Aktif
i. Alat pecah kaca.
Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara
memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh
orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia
melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi
loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon
dimana kaca tersebut dipecahkan.
5. ii. Alat pengesan haba.
Alat ini beroperasi secara automatik. Ia
akan mengaktifkan sistem amaran
kebakaran apabila mengesan haba atau
suhu tertentu diperingkat awal kebakaran
6. iii. Alat pengesan asap.
Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga
berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran
apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.
Jenis Perlindungan AktifJenis Perlindungan Aktif
7. iv. Sistem pemasangan sprinkler.
Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada
peringkat awal dengan cara semburan air yang
bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit.
Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia
bertindak secara automatik
8. iv. SISTEM PEMERCIK (SPRINKLERiv. SISTEM PEMERCIK (SPRINKLER
SYSTEM)SYSTEM)
Pemasang pemercik adalah sistem bantu
mula yang dapat mencegah kebakaran pada
peringkat awal sahaja dan tidak boleh
dijangka untuk kebakaran lebih besar atau
yang merebak dari bahagian yang tidak
diberi perlindungan.
9. KEPERLUAN PEMASANGANKEPERLUAN PEMASANGAN
SISTEM SPRINGKLERSISTEM SPRINGKLER
Sistem springkler boleh dipasangkan untuk kesemua jenis
kegunaan tempat kecuali kawasan-kawasan atau tempat seperti
berikut;
Silo atau tempat simpanan bijirin dalam bangunan yang menjadi
sebahagian kilang jagung(corn mill), kilang arak (distillery) atau
kilang minyak (oil mill).
Oven, kilns di kilang tembikar, batu-bata, tile dan kaca.
Kawasan atau bilik dimana semburan air springkler boleh
mengujudkan bahaya.
Tempat atau bilik yang basah seperti tandas.
Di negara ini, Malaysia, penentuan keperluan untuk mengadakan
sistem springkler, dari undang-undang, ditetapkan oleh Undang-
Undang Malaysia, Akta 133, Undang-Undang Bangunan
Seragam 1984. Penjelasan terperinci adalah seperti di dalam
Jadual Kesepuluh Undang-Undang tersebut.
10. JENIS PEMERCIKJENIS PEMERCIK
1. Sistem basah
- Digunakan di bangunan yang sentiasa panas (sesuai
di bangunan tropika) bilamana suhunya melebihi
0 C dan risiko air di sistem pemercik menjadi beku⁰
tidak wujud.
- Sistem ini sentiasa dipenuhi air.
- Haba yang diperolehi dari kebakaran akan
membuka kepala pemercik yang terdekat mengikut
suhu kendaliannya.
- Air akan dicurahkan ke atas api yang ada dan
pengaliran air akan menggiatkan loceng penggera
yang dipasang berhaidralik di luar bangunan
ataupun diatur terus ke pihak bomba.
11. SISTEM BASAHSISTEM BASAH
Bangunan yang tingginya melebihi 20
tingkat atau 60mm paras bumi, yang mana
terlebih perlu disediakan satu atau lebih
pancur basah untuk kegunaan pencegah
kebakaran.
Sebagaimana namanya, sistem ini sentiasa
diisi dengan air bertekanan dari set pam dan
tangki.
Pili bomba disambungkan ke pancur ini di
tiap-tiap tingkat dan pam yang disediakan
boleh membekalkan 410 KPA di haidrant
teratas.
13. Untuk melindungi penyambung paip
hose ke pancur, haidrant di tingkat-tingkat
bawah disediakan dengan plet muncung
supaya peluahan air tekanannya dihadkan
kepada 520 KPA.
Satu paip pengembalian perlu dipasang
dari haidrant ke punca bekalan dan
tekanan statik semasa air tidak mengalir
tidak melebihi 690 KPA.
SISTEM BASAHSISTEM BASAH
14. 2. Sistem kering
- Digunakan di bangunan tidak dipanaskan dan
dengan suhunya boleh menurun hingga
bawah 0 C .⁰
- Perpaipannya dipenuhi dengan udara
pampatan yang sederhana dan kemasukan air
dikawal dengan injap bezaan.
- Apabila kepala pemercik terbuka dan
dikeluarkan angin di perpaipannya, air akan
masuk dan mengalir di dalamnya.
JENIS PEMERCIKJENIS PEMERCIK
15. SISTEM KERINGSISTEM KERING
Sebagaimana namanya pancur ini tidak
mengandungi air, ianya hanya dicaj dengan
air oleh pihak bomba bila berlaku kebakaran
Bomba akan menyambung pamnya di
sebelah sedutan ke bekalan melalui hidrat.
Sebelah ‘keluar’ pam disambung ke ‘inlet’
pancur kering dan pam akan memaksa air ke
pancurnya.
Injap udara automatik dihujung saluran
terbuka dan membolehkan udara dipaip lepas
keluar, tetapi akan tutup apabila paip
dipenuhi air.
16. Pihak bomba bolehlah menyambung hos
ke injap lantai yang dipasang di paip.
Pancur kering sebenarnya adalah satu
sambungan kepada hos bomba dan
sewajarnya dipasang di mana bantuan
serta merta boleh diperolehi dalam hal ini.
SISTEM KERINGSISTEM KERING
18. 3. Sistem basah dan kering (silih ganti)
- Digunakan di bangunan yang mana
kebekuan berlaku di musim sejuk
- Di musim panas, sistem ini dipenuhi air
dan digunakan sebagai sistem basah
- Apabila tiba musim sejuk, perpaipannya
akan dikosongkan dan udara pampatan
dimasukkan dan digunakan sebagai sistem
kering.
JENIS PEMERCIKJENIS PEMERCIK
19. KEPALA PEMERCIKKEPALA PEMERCIK
4 Jenis kepala pemercik yang biasa
digunakan:
- Jenis bebuli kuarza
- Jenis tepi dinding
- Kepala pemercik jenis tupang berpateri
(Soldered Strult)
- Kepala Pemercik Berpateri Tempoh laju
20. vi. Sistem pili bomba (hyderant)vi. Sistem pili bomba (hyderant)
Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran
gedung, hydran halaman dan hydran kota.
Hydran gedung ditempatkan dalam
gedung, untuk hydran halaman
ditempatkan di halaman, sedangkan
hydran kota biasanya ditempatkan pada
beberapa titik yang memungkinkan Unit
Pemadam Kebakaran (BOMBA) mudah
untuk mendapatkan air.
21. GELONG HOS (HOSE REEL)GELONG HOS (HOSE REEL)
Syarat hidraulik untuk gelung
hos adalah ianya
berkebolehan meluahkan air
0.4 l/s sejauh 6m dari
nozilnya dan tiga hos boleh
digunakan serentak.
Satu tekanan 200 KPA adalah
diperlukan dinozilkan dan
kiranya saluran bekalan biasa
tidak boleh membekalnya alat
pengepam perlu dipasang.
22. BEKALAN AIRBEKALAN AIR
Sesetengah pihak berkuasa air membenarkan
pam terus dari saluran bekalan.
Apabila pihak berkuasa tempatan
memerlukan tangki, ianya mesti cukup untuk
air bersipadu 1.6m.
Tangki boleh ditempatkan sama ada di paras
bawah atau atas, dan dua pam perlu
disediakan yang boleh meluahkan 2.3 l/s
minima.
Pam gantian mungkin dipasang dengan enjin
diesel atau petrol.
24. PAMPAM
Untuk pembekalan air secukupnya sepanjang
masa dua pam perlu dipasang yang mana satu
adalah sebagai gantian.
Setiap pam perlu mengalirkan 15 l/s.
Pam-pam perlu dipasang selari dengan
sedutannya.
Sentiasa basah apabila tangki dipenuhi air.
Pam boleh dijalankan dengan kuasa elektrik, di
mana satu janakuasa gantian yang cukup
kekuatan perlu dipasang kiranya berlaku
bekalan terputus.
Sebagai pilihan pam gantian boleh dijalankan
dengan enjin petrol atau diesel.
25. JENIS PERLINDUNGAN PASIFJENIS PERLINDUNGAN PASIF
b. Jenis Perlindungan pasif.
i. Tangga terlindung.
ii. Koridor terlindung
iii. Pintu rintangan api
iv. Ruang akses menentang kebakaran
v. Tiada Lif Bomba
26. JENIS-JENIS KEBAKARANJENIS-JENIS KEBAKARAN
Api kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 5 jenis iaitu;
1. Kelas A
Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) sepeti
kayu, kertas, kain, plastik dan sebagainya.
2. Kelas B
Berpunca dari bahan cecair yang mudah terbakar seperti
minyak petrol, gas dapur, diesel, varnis, cat dan sebagainya.
3. Kelas C
Berpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti
hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene, gas LPG dapur
dan sebagainya.
27. 4. Kelas D
Berpunca dari bahan logam seperti magnesium,
aluminium, natrium, kalium dan sebagainya.
5. Kelas E
Berpunca dari bahan masakan seperti minyak
masak atau lemak.
Kebakaran dari peralatan elektrik pula tidak
dikelaskan.
Nota: Pengelasan jenis api kebakaran di atas
hanya sah di Malaysia sahaja. Di negara-negara
lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.
JENIS-JENIS KEBAKARANJENIS-JENIS KEBAKARAN
28. Berikut adalah jenis pemadam api yang biasa digunakan:
1) Pemadam Api Serbuk Kering ABC
Berat: 12kg atau 3kg
Warna: Biru
Jenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C
Catatan : Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh
merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan,
berbahaya kepada makanan.
JENIS-JENIS PEMADAMJENIS-JENIS PEMADAM
KEBAKARANKEBAKARAN
29. 2) Pemadam Api Karbon Dioksida
Berat: 3kg
Warna: Hitam
Jenis api yang boleh dipadamkan:
Api dari peralatan elektrik
Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka
JENIS-JENIS PEMADAMJENIS-JENIS PEMADAM
KEBAKARANKEBAKARAN
30. 3) Pemadam Api Serbuk Kering ABC
Berat: 12kg dan 3kg
Warna: Merah
Jenis api yang boleh dipadamkan:
A, B, C dan api dari peralatan elektrik
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.
JENIS-JENIS PEMADAMJENIS-JENIS PEMADAM
KEBAKARANKEBAKARAN
31. Setiap alat pemadam api untuk kegunaan bukan
domestik (seperti di kilang dan pejabat) wajib
didaftarkan kepada pihak bomba melalui kontraktor
yang telah berdaftar dengan pihak bomba.
Pihak bomba akan mengeluarkan sijil untuk setiap
alat pemadam api dan juga pelekat untuk ditampal
pada badan pemadam api tersebut.
Sijil ini perlu diperbaharui setiap tahun, manakala
alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu
dilupuskan kerana bahan kimianya tidak lagi efektif
untuk memadamkan api.
32. PELAN TINDAKANPELAN TINDAKAN
KESELAMATAN (PTK)KESELAMATAN (PTK)
adalah untuk menyediakan orang dan organisasi
terhadap kecemasan untuk mencegah
kecederaan dan kerosakan harta benda.
Terdapat beberapa jenis kecemasan yang
memerlukan pelan tindakan keselamatan
diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana
alam, keracunan, kebocoran toksid, bangunan
runtuh dan lain-lain.