1. Bidang hafazan ayat-ayat al Quran memang wajar di terapkan terutamanya di peringkat
kanak-kanak agar ianya dapat menjadi amalan hidup yang berterusan.Ia juga penting
terutamanya apabila ia menjadi satu amalan dalam solat seharian.Dengan pengenalan dan
perlaksanaan Bidang Tilawah Al Quran ( Hafazan ) diharapkan murid khususnya di Tahun
Dua dapat menguasai atau mengingati surah-surah yang telah ditetapkan oleh Sukatan
Pelajaran Peringkat Persekutuan iaitu Surah Al Kafirun, Al Kausar, Al Maun dan Surah
Quraisy.Ada Surah yang mempunyai 7 ayat dan yang terpendeknya ialah 3 ayat sahaja.
Dari segi pembahagian masa dan tempoh pengajaran, guru perlu bijaksana dalam
menentukan berdasarkan kebolehan murid dan panjang pendeknya surah tersebut supaya
dapat mencapai objektif yang sempurna. Kaedah yang biasa digunakan ialah Talaqqi dan
Musyafahah serta kaedah lain yang digabungkan bagi memastikan pengajaran berkesan dan
dapat menjadi amalan harian pelajar.Guru juga memberi penekanan terhadap hukum Tajwid
sukun dan tasydid sesuai dengan tahap kebolehan dan latar belakang murid.
Bidang hafazan juga merupakan satu amalan Rasullullah s.a.w apabila menerima wahyu
daripada Allah s.w.t. Allah Taala menganugerahkan pedada Nabi Muhammad daya ingatan
dan kebijaksanaan yang tinggi walaupun baginda seorang ummi iaitu tidak tahu membaca
dan menulis. Ummi ini adalah merupakan satu mukjizat kepada nabi lantaran orang-orang
kafir Quraish ketika itu menuduh Al Quran adalah ciptaan Nabi, mana mungkin Nabi mampu
menciptakan Al Quran sedangkan Nabi Ummi.Oleh itu, cara baginda memelihara wahyu Allah
ialah dengan menghafaznya, Nabi juga menggalakkan para sahabat baginda turut
menghafaz ayat-ayat Allah itu.Perkembangan ilmu Al Quran ketika iatu ialah melalui hafazan.
Seterusnya, apabila Rasullullah s a w wafat, kebimbangan terhadap terhapusnya al Quran
mulai timbul terutamanya selepas berlakunya peperangan demi peperangan yang
mengakibatkan banyak penghafaz-penghafaz al Quran gugur syahid contohnya dalam
Peperangan Arriddah iaitu peperangan yang berlaku dalam zaman pemerintahan Syaidina
Abu Bakar Assidik uang mengakibatkan 60 huffaz terkorban syahid. Peristiwa inilah yang
membawa kepada timbulnya era penulisa ayat-ayat AlQuran.
2. Berbalik kepada Kaedah mengajar hafazan surah al Quran bagi murid-murid tahun dua
khususnya, empat surah yang ditetapkan itu diwajibkan bagi setiap murid mengingatinya.
Kebanyakan guru-guru mengaplikasikan kaedah Talaqqi dan Musafahah malahan bolehlah
dikatakan ianya merupakan kaedah wajib. Talaqqi bererti berjumpa atau berhadapan
manakala musafahah bererti memberi erti melihat gerak bibir guru. Apabila mengajar
hafazan, guru hendaklah berhadapan dengan murid samada seorang dengan seorang atau
seorang guru denganbeberapa murid.Ianya amat berkesan bagi menilai murid mana yang
mempunyai daya ingatan yang kuat atau sebaliknya. Melalui cara ini, guru dapat
memperbaiki setiap kesilapan murid juga membantu mana-mana yang yang perlukan
bimbingan. Ketika berhadapan itu, guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat alQuran
dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir., aktiviti sedemikian bertujuan untuk
mrnyrbut dengan fasih dan betul dihadapan murid supaya murid dapat mencontohi sebutan
guru itu berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru juga akan
mengulang-ulang sebutan huruf atau kalimah ayat-ayat al Quran dengan meminta murid
memerhatikan gerak bibirnya kemudian meminta murid menyebutnya dengan guru
membetulkan sebutan tersebut. Pengulangan sedemikian amat berkesan kepada murid.
Modul Pengajaran Ayat-Ayat Hafazan.
Pengenalan.
3. Modul pengajaran ini adalah bagi kegunaan dua penggal persekolahan. Ianya bertujuan
membahagikan atau memecahkan keempat-empat surah hafazan tersebut bagi tempoh
pengajaran selama setahun mengikut rangcangan tahunan dan mingguan secara
dasarnya.Kemudian, setiap perincian langkah itu akan diadaptasikan dalam rancangan
pengajaran harian. Sebagai asas perlaksanaan modul ini, maka diperturunkan rangka asas
kepada pembinaan RPH sepanjang tahun bagi bidang hafazan ini.
Asas Pembinaan Rancangan Pengajaran Tilawah Al Quran.
Persediaan Sebelum Mengajar.
Tahun Dua
Masa 60 minit (berdasar agihan mingguan )
Tajuk Hafazan Surah Al Kafirun,Al Kausar,Al Maun, Quraish
Fokus Pemikiran: Murid boleh membaca dan menghafaz surah-
surah tersebut.
Amalan: Mengekalkan hafazan surah-surah yang telah
dipelajari dengan betul dan fasih dalam solat.
Penghayatan: Sentiasa mengamalkan surah-surah yang
dihafaz dalam kehidupan seharian.
Prinsip Asas Islam (penerapan nilai)
1.Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
4. 2.Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah.
3.Kehidupan yang berkualiti.
Kaedah 1-Latih tubi
2.Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah.
3.Tasmik hafazan murid
Pengetahuan sedia 1.Murid telah belajar surah yang dihafaz
ada
2.Murid telah boleh membaca surah yang akan dihafaz.
Sumber pengajaran
dan pembelajaran
Kad Imbasan/carta ayat 4. lembaran kerja
Pita rakaman
VCD Majlis tahfiz al Quran
Persediaan Menyediakan kad/ carta ayat dalam kelas
Menyediakan pita rakaman surah yang akan diajar
Menyediakan VCD majlis tahfiz al Quran serta lembaran kerja
5. Hasil Pengajaran Aras 1;
dan pembelajaran
1.Menghafaz potongan ayat dari Surah AlKafirun dengan
betul
2.Menghafaz surah Al Kafirun dengan betul
3.Bersungguh-sungguh dalam menghafaz ayat al Quran.
4.Mengamalkan surah yang di hafaz.
Aras 2:
Menghafaz potongan ayat dari surah al Kausar dan al Maun
dengan betul.
Menghafaz surah al Kausar dan al Maun dengan betul.
Mengekalkan hafazan surah-surah yang telah dihafaz.
Aras 3:
Menghafaz potongan ayat dari surah Quraish.
Menghafaz surah Quraish dengan betul
Menghafaz surah al Kafirun, al Kausar, al Maun dan Quraish
dengan fasih secara Tadwir.
Mengamalkan surah-surah yang dihafaz.
Isi pengajaran Isi Gabungjalin Penyerapan KBKK
1.Surah al 1. Ibadah 1.Kajian Beza bacaan
Kafirun tempatan; Tadwir dan
Membaca Tartil.
2. Surah al surah yang Perubahan
Kausar dihafaz dalam musim
solat
3.Surah al 2.Matematik;
Maun
Bil. ayat
4.Surah
Quraih
6. Secara dasarnya, begitulah gambaran bagi pokok pengajaran ayat-ayat hafazan bagi
pendidikan Islam Tahun Dua. Jadual di ataslah yang akan menjadi asas kepada pembinaan
RPH dan perlaksanaannya dalam bilik darjah.Kaedah hafazan biasanya mempunyai langkah-
langkah yang hamper sama iaitu murid dibiasan dengan kalimah, membacanya hingga ingat,
kemudian kalimah-kalimah itu disambung agar menjadi ayat yang lengkap dan guru meminta
murid menghafaz pula ayat-ayat tersebut secara latih tubi hingga betul-betul ingat. Di bawah
ini diperturunkan juga langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas secara
umumnya sebagai penduan perlaksanaannya.
RANCANGAN PENGAJARAN TILAWAH ALQURAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIDALAM KELAS.
Set Induksi Guru menayangkan VCD Majlis Tahfiz Al Quran
Bersoal jawab mengenai tayangan VCD
Penerangan guru dan kaitan dengan tajuk pelajaran.
7. Perkembangan Langkah 1-semua murid boleh menguasai hasil pembelajaran
aras satu.
Ilmu: Amali; Penghayatan/nilai Amalan Pembudayaan
Memperdengankan 1.Menghafaz Bersungguh Membaja Menghafaz al
bacaan surah al Kafirun surah al Kafirun menghafaz al Quran dalam Quran sebagai
Menghafaz potongan solah usaha
ayat dari surah al meningkatkan
Kafirun ketaqwaan.
Dengan betul
Perkembangan Langkah 2- Untuk murid aras 2 dan 3.
Pemulihan Aras 1;
Suaikan potongan ayat dengan betul
Nomborkan ayat yang diberu mengikut urutan.
Latih tubi menghafaz potongan ayat surah Al Kafirun.
Pemulihan Aras 1;
Suaikan potongan ayat dengan betul
Nomborkan ayat yang diberu mengikut urutan.
Latih tubi menghafaz potongan ayat surah Al Kafirun.
8. Ilmu Amali Penghayatan Amalan Pembudayaan
1. Talaqqi Musafahah 1. Menghafaz 1. Bersungguh Mengekalkan Membentuk
potongan ayat surah al dalam hafazan surah ketaqwaan kepada
Kausar dan menghafaz ayat tersebut. Allah
2. Memperdengarkan Al maun. al Quran
bacaan surah al Membaca dan
Kafirun,al Kausar, al mengamalkan
maun dan Quraish dalam solat
daripada pita rakaman.
3.Menghafaz potongan
ayat dari surah al kausar
dan al Maun dengan
betul dan fasih.
Penilaian Menghafaz surah al Kausar dan al Maun dengan betul
Perkembangan Langkah ke 3-untuk murid bagi hasil pembelajaran aras 3
Pemulihan aras 2
1.suaikan potongan ayat dengan betul. (lampiran)
2.Nomborkan ayat-ayat berikut mengikut urutan (lampiran)
3.Latih tubi menghafaz potongan ayat surah al Kausar dan al Maun.
Pemulihan aras 2
1.suaikan potongan ayat dengan betul. (lampiran)
2.Nomborkan ayat-ayat berikut mengikut urutan (lampiran)
3.Latih tubi menghafaz potongan ayat surah al Kausar dan al Maun.
9. Ilmu Ilmu Amali Nilai Amalan Penghayatan
1.Guru 1.Menghafaz 1.Bersyukur Mengamalkan bacaan Sentiasa
memperdengarkan surah al dengan kebolehan Tadwir ketika menghafaz dan
bacaan surah al Kafirun,al menghafaz al menghafaz. memelihara
kafirin,al Kausar, Kausar,al Maun Quran. hafazan.
alMaun dan Quraish dan Quraih. Mengamalkannya
melalui CD. 1.Guru 2.Bersungguh- dalam solat dan dalam
memperdengark sungguh dalam kehidupan
2.Talaqqi Musafahah an bacaan surah menghafaz al
surah tersebut. al kafirin,al Quran.
Kausar, alMaun
3.Potongan kalimah dari dan Quraish
surah. melalui CD.
2.Talaqqi
4.Menghafaz dengan Musafahah
bacaac Tadwir surah tersebut.
3.Potongan
kalimah dari
surah.
4.Menghafaz
dengan bacaac
Tadwir
Penilaian 1.Menghafaz surah al Kafirun. Al Maun,al Kausar dan Quraish dengan betul dan fasih
secara tadwir.
1.Menghafaz surah al Kafirun. Al Maun,al Kausar dan Quraish dengan betul dan fasih
secara tadwir. 1.Menghafaz surah al Kafirun. Al Maun,al Kausar dan Quraish dengan
betul dan fasih secara tadwir. 1.Menghafaz surah al Kafirun. Al Maun,al Kausar dan
10. Quraish dengan betul dan fasih secara tadwir. 1.Menghafaz surah al Kafirun. Al Maun,al
Kausar dan Quraish dengan betul dan fasih secara tadwir.
Rumusan Orang yang menghafaz al Quran dikasihi Allah.
Perbincangan kelebihan menghafaz al Quran
Orang yang menghafaz al Quran dikasihi Allah. Orang yang menghafaz al Quran dikasihi
Allah. Orang yang menghafaz al Quran dikasihi Allah. Orang yang menghafaz al Quran
dikasihi Allah.
Perbincangan kelebihan menghafaz al Quran
Perbincangan kelebihan menghafaz al Quran
Perbincangan kelebihan menghafaz al Quran
Perbincangan kelebihan menghafaz al Quran
Tugas Aras 1-Menyalin surah Quraish ke dalam buku latihan.
-Nomborkan mengikut urutan yang betul.
Aras 2.-Menyalin ke dalam buku latihan dan mengulang hafazan di rumah.
Aras 3.-Buat senarai semak kekerapan menghafaz surah.
Aras 1-Menyalin surah Quraish ke dalam buku latihan. Aras 1-Menyalin surah Quraish ke
dalam buku latihan. Aras 1-Menyalin surah Quraish ke dalam buku latihan. Aras 1-
Menyalin surah Quraish ke dalam buku latihan.
-Nomborkan mengikut urutan yang betul.
Aras 2.-Menyalin ke dalam buku latihan dan mengulang hafazan di rumah.
Aras 3.-Buat senarai semak kekerapan menghafaz surah.
-Nomborkan mengikut urutan yang betul.
Aras 2.-Menyalin ke dalam buku latihan dan mengulang hafazan di rumah.
Aras 3.-Buat senarai semak kekerapan menghafaz surah.
-Nomborkan mengikut urutan yang betul.
Aras 2.-Menyalin ke dalam buku latihan dan mengulang hafazan di rumah.
Aras 3.-Buat senarai semak kekerapan menghafaz surah.
-Nomborkan mengikut urutan yang betul.
Aras 2.-Menyalin ke dalam buku latihan dan mengulang hafazan di rumah.
Aras 3.-Buat senarai semak kekerapan menghafaz surah.
Ulasan kendiri 15% murid aras 2 tidak dapat menghafaz surah-surah tersebut
15% murid aras 2 tidak dapat menghafaz surah-surah tersebut 15% murid aras 2 tidak
dapat menghafaz surah-surah tersebut 15% murid aras 2 tidak dapat menghafaz surah-
11. surah tersebut 15% murid aras 2 tidak dapat menghafaz surah-surah tersebut
Agihan waktu dalam setahun.
Berdasarkan Buku Agihan Mingguan keluaran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman
yang menjadi rujukan agihan mingguan bagi tempoh setahun, terdapat 11 minggu bagi
bidang hafazan surah. Ini bermakna, masa bagi hafazan keempat-empat surah tersebut ialah
selama 11 jam termasuk amali yang perlu dilaksanakan.Mengukut urutannya Surah al Kafirun
mendapat 3 jam atau 3 minggu iaitu minggu ke 7,8 dan 9. Surah al Kausar sebanyak 2
minggu atau 2 jam iaitu minggu ke 14 dan 15.Surah al Maun mendapat 3 minggu atau 3 jam
iaitu di minggu 24, 25 dan 26 manakala Surah Quraish pula juga mendapat 3 minggu atau 3
jam iaitu minggu ke 30,31 dan 32 menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 11 minggu atau
11 jam kesemuanya. Pengajaran paling asas ialah dengan memberi penekanan terhadap
hafazan seterusnya membuat penilaian dan pemulihan berterusan bagi murid yang belum
menguasai sesuatu surah yang ditetapkan.
Susunan sebegini pasti memudahkan guru menjalankan aktiviti-aktiviti hafazan dengan lebih
terancang billamana susunan minggunya berada berjauhan antara satu sama lain yang
membolehkan latihan ulangan dapan dijalankan berterusan hingga tamat sesi persekolahan
satu tahun.
Surah al Kafirun dan surah al Kausar berada dalam penggal pertama manakala surah al
Maun dan Quraish berada dalam penggal persekolahan yang ke dua.
12. Perlaksanaan Kaedah Talaqqi dan Musafahah.
Seperti yang telah difahami, tidak dinafikan bahawa kaedah Talaqqi Musahah ini amat
penting dan menjadi asas kepada pengajaran al Quran samada bacaan atau hafazan. Berikut
diperturunkan beberapa langkah yang biasanya amat berkesan dalam perlaksanaan kaedah
ini.
Langkah 1.
Guru memperdengarkan bacaan surah al Quran samada dari bacaan guru sendiri atau
melalui kaset rakaman. Cara bacaan perlulah bersesuaian dengan tahap murid sekiranya
guru menggunakan kaset. Jangan memilih kaset agak laju bacaannya, seelok-eloknya guru
sendiri yang merakamkan suaranya di kaset agar sesuai dengan murid. Masa yang
diperuntukkan untuk memperdengarakan ayat al Quran ini ialah selama 7 ke lapan minit
secara latih tubi berulang-ulang agar ianya tidak mengambil masa bagi langkah-langkah lain
yang dirancang seterusnya menjejaskan keberkesanan pengajaran guru kerana gagal
mengurus masa dengan baik.
Langkah 2.
13. Guru mempamerkan ayat-ayat tersebut dalam bentuk keseluruhan dengan menggunakan
kad carta, LCD atau kad manila. Guru membaca pula dan meminta murid mengikut bacaan
guru. Guru kemudiannya meminta murid membaca secara kelas, kumpulan dan individu.
Langkah 3.
Guru menggunakan kaedah latih tubi dimana potongan kalimah-kalimah dari ayat-ayat
tertentu ditampal dihadapan kelas.Guru menyebut berulang kali dan murid juga mengikut
bacaan guru berulang kali hingga dapat diingati.
Sebutan secara hafazan digunakan iaitu guru menutup kalimah-kalimah yang dipamerkan
dan meminta murid menyebut satu persatu tampa melihatnya.Kalimah-kalimah tersebut
mestilah disusun mengukut urutan asal surah yang hendak dihafaz.
Langkah 4.
Guru perlu mengukuhkan hafazan murid dengan kaedah kuiz atau permainan.Guru perlu
bijak memainkan peranan agar aktiviti hafazan tidak membosankan murid.Permainan secara
menyusun semula atau menampal semula adalah antara aktiviti yang dapat merangsang
minda dan menyeronokkan murid.Guru menyediakan kad-kad kalimah dan
menyelerakkannya seterusnya meminta murid dari kumpulan-kumpulan berbeza untuk
menyusunnya dan menampalkannya di hadapan kelas.Murid perlu menyusun kalimah-
kalimah agar menjadi ayat yang lengkap dan sempurna.
Demikian adalah asas bagi perlaksanaan kaedah hafazan yang berkesan dan menarik minat
murid.Langkah-langkah yang dinyatakan diatas adalah asas kepada pembinaan dan
perlaksanaan modul ini.