SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  50
Télécharger pour lire hors ligne
1       PENGENALAN

Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah
Rendah ini mengandungi panduan, peraturan dan manual pelaksanaan PBS.


1.1     Tujuan

Buku ini bertujuan untuk membantu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD) dan sekolah berhubung dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem
pentaksiran kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Buku ini merupakan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah yang
merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Penerangan terperinci untuk melaksanakan
PBS terkandung dalam Manual Pentaksiran Sekolah (Perkara 4), Manual Pentaksiran Pusat
(Perkara 5), Manual PAJSK (Perkara 6), Manual Pentaksiran Psikometrik (Perkara 7) dan
Manual Penjaminan Kualiti (Perkara 8). Dokumen Standard Prestasi dan Manual Sistem
Pengurusan PBS (SPPBS) yang disediakan dalam bentuk cakera padat disertakan bersama-
sama buku ini dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan.


1.2     Dasar Pelaksanaan

Pelaksanaan PBS bagi sekolah rendah mulai Tahun 2011 adalah berdasarkan kepada Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550): Seksyen 67 - Penilaian Murid, Seksyen 68 - Peperiksaan dan
Seksyen 69 – Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 iaitu:

1.2.1   Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis
        tentang penilaian berasaskan sekolah;

1.2.2   Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-
        peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan

1.2.3   Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan
        pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis
        panduan dan arahan tentang peperiksaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya
penambahbaikan sistem pentaksiran kebangsaan bagi UPSR dilaksanakan dengan
memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang
pembelajaran.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan Surat Pekeliling
Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2011 rujukan KP. LP. 003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011
(Rujuk Lampiran A).




                 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    1
                  Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah       1
1.3       Pelaksanaan PBS di Sekolah Rendah

    Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah,
    Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran
    Psikometrik.

                      Jadual 1.1 - Pelaksanaan pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)

     BIL         KOMPONEN PBS                                          PERKARA
                                                                     Mata Pelajaran
      1     Pentaksiran Sekolah                1.   Bahasa Melayu           10. Dunia Seni Visual
                                               2.   Bahasa Inggeris         11. Dunia Muzik
                                               3.   Bahasa Cina             12. Dunia Sains & Teknologi
                                               4.   Bahasa Tamil            13. Bahasa Arab
                                               5.   Matematik               14. Bahasa Cina SK
                                               6.   Pendidikan Jasmani      15. Bahasa Tamil SK
                                               7.   Pendidikan Kesihatan    16. Bahasa Kadazandusun
                                               8.   Pendidikan Islam        17. Bahasa Iban
                                               9.   Pendidikan Moral        18. Bahasa Melayu SJK
                                                                            19. Bahasa Inggeris SJK
      2     Pentaksiran Aktiviti Jasmani,      Tiada
            Sukan dan Kokurikulum
      3     Pentaksiran Psikometrik            Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti
      4     Pentaksiran Pusat                  Tiada


             Jadual 1.2 - Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)
    BIL          KOMPONEN PBS                                         PERKARA
                                                                   Mata Pelajaran
     1     Pentaksiran Sekolah                 1. Bahasa Melayu             11. Pendidikan Muzik
                                               2. Bahasa Inggeris           12. Pendidikan Seni Visual
                                               3. Bahasa Cina               13. Pendidikan Islam
                                               4. Bahasa Tamil              14. Pendidikan Moral
                                               5. Matematik                 15. Sejarah
                                               6. Sains                     16. Bahasa Arab
                                               7. Reka Bentuk & Teknologi 17. Bahasa Cina SK
                                               8. Teknologi Maklumat dan    18. Bahasa Tamil SK
                                                   Komunikasi               19. Bahasa Kadazandusun
                                               9. Pendidikan Jasmani        20. Bahasa Iban
                                               10. Pendidikan Kesihatan     21. Bahasa Semai

     2     Pentaksiran Aktiviti Jasmani,       Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum
           Sukan dan Kokurikulum
     3     Pentaksiran Psikometrik             Ujian Aptitud Am, Ujian Aptitud Khusus dan Inventori
                                               Personaliti
     4     Pentaksiran Pusat                   Ditentukan mengikut format pentaksiran




2           Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
1.4   Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan PBS di Sekolah Rendah

      1.4.1.   Semua murid sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah
               swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah.

      1.4.2.   Semua kes khas hendaklah dipohon melalui Pengarah Pelajaran setiap
               Jabatan Pelajaran Negeri dan dipanjangkan kepada Pengarah
               Peperiksaan untuk kelulusan.

      1.4.3.   Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan buku ini, dokumen Standard
               Prestasi dan Manual SPPBS yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

      1.4.4.   Jadual Pengoperasian PBS disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan
               hendaklah dipatuhi oleh semua pihak.

      1.4.5.   Jawatankuasa PBS Sekolah hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-
               kurangnya empat kali setahun.

      1.4.6.   Pengurusan evidens dalam PBS dijalankan secara sistematik mengikut
               keputusan Jawatankuasa PBS Sekolah.

      1.4.7.   Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS
               dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan.

      1.4.8.   Penjaminan kualiti hendaklah dilaksanakan secara berjadual di semua
               peringkat sama ada JPN, PPD atau sekolah.




               Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   3
2      PENGENALAN KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
    afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
    Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang
    akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Bidang akademik
    terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang
    bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti
    Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan
    dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang
    berasaskan sekolah.



                                            Pentaksiran Berasaskan Sekolah




                      Akademik                                                  Bukan Akademik




        Pentaksiran                Pentaksiran                     Pentaksiran Aktiviti           Pentaksiran
          Pusat                     Sekolah                          Jasmani, Sukan               Psikometrik
                                                                    dan Kokurikulum

                              Rajah 2.1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah




    2.1    Pentaksiran Sekolah (PS)

    Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
    sekolah yang berkenaan.

              2.1.1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran
                    dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah
                    lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan,
                    tugasan rumah dan ujian.

              2.1.2 Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran.
                    Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan
                    ujian penggal.

    PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
    pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).




                       Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah       4
4           Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
2.2   Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang
ditetapkan mengikut mata pelajaran.



2.3   Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan
melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan,
sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.



2.4   Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.




                Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah     5
                  Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah       5
3          PENTADBIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah hendaklah memastikan
    pengoperasian PBS dilaksanakan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:



    3.1        Jadual Pengoperasian PBS

                                         Jadual 3.1: Jadual Pengoperasian PBS

        BIL.                     PERKARA                                TEMPOH                      TINDAKAN
          1      Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke                    Disember                  LP
                 JPN

          2      Mengedarkan Surat Pekeliling dan                   Disember                  JPN
                 Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke
                 PPD dan Sekolah

          3      Mesyuarat Jawatankuasa PBS                         Januari, April,           JPN/PPD/Sekolah
                                                                    Ogos dan
                                                                    Disember

          4      Pendaftaran SPPBS                                  Januari – Februari        Sekolah

          5      Tempoh pelaksanaan PBS                             Sepanjang sesi            Sekolah
                                                                    persekolahan

          6      Aktiviti Penjaminan Kualiti:                       Sepanjang tahun           Sekolah/PPD/JPN/
                 Pementoran, Pemantauan,                                                      LP/Bahagian KPM
                 Penyelarasan dan Pengesanan

          7      Pengumpulan skor murid dalam                       Sepanjang tahun           Sekolah
                 SPPBS

          8      Pelaporan skor murid                               Mengikut                  Sekolah
                                                                    keperluan




                          Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah     6
6              Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
3.2   Jawatankuasa PBS Negeri

      3.2.1   Senarai Jawatankuasa

              Pengerusi                      : Pengarah Pelajaran Negeri
              Naib Pengerusi                 : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri
              Setiausaha                     : Ketua Sektor SPP, JPN
              Ahli Jawatankuasa
                                             :   Semua Ketua Sektor JPN
                                             :   Pengarah IPGM
                                             :   Ketua Nazir JNJK (Negeri)
                                             :   Ketua Penolong Pengarah, BTPN
                                             :   Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN
                                             :   Semua Pegawai Pelajaran Daerah
                                             :   YDP Majlis Pengetua
                                             :   YDP Majlis Guru Besar
                                             :   YDP Majlis Guru Cemerlang

      3.2.2   Senarai Tugas

              i.         Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri;
              ii.        Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri;
              iii.       Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan;
              iv.        Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar ke
                         Lembaga Peperiksaan.



3.3   Jawatankuasa PBS Daerah

      3.3.1   Senarai Jawatankuasa

              Pengerusi                      : Pegawai Pelajaran Daerah
              Naib Pengerusi                 : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
              Setiausaha                     : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS)
              Ahli Jawatankuasa
                                             : YDP Majlis Pengetua Daerah
                                             : YDP Majlis Guru Besar Daerah
                                             : Semua Penolong PPD
                                             : Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru

      3.3.2   Senarai Tugas

              i.         Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah;
              ii.        Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah ;
              iii.       Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan;
              iv.        Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke
                         Jabatan Pelajaran Negeri.




                     Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    7
                      Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah       7
3.4   Jawatankuasa PBS Sekolah

      3.4.1   Senarai Jawatankuasa

              Pengerusi                       : Guru Besar
              Naib Pengerusi                  : Semua Guru Penolong Kanan
              Setiausaha                      : Setiausaha Peperiksaan
              Ahli Jawatankuasa
                                              : Ketua Panitia Yang Dilantik (Latihan)
                                              : Ketua Panitia Yang Dilantik (Penyelarasan)
                                              : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pementoran)
                                              : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pemantauan)
                                              : Ketua Panitia Yang Dilantik (PS dan PP)
                                              : Guru Cemerlang
                                              : Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)
                                              : Guru Penolong Yang Dilantik (PAJSK)
                                              : Jurulatih Utama Pentaksiran (setiap mata pelajaran)

      3.4.2   Senarai Tugas

              i.           Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan
                           yang ditetapkan.
              ii.          Mengadakan 4 kali mesyuarat setahun:
              iii.         Mesyuarat Kali Pertama – menetapkan hala tuju, matlamat,
                           menyediakan jadual aktiviti dan sebagainya
              iv.          Mesyuarat Kali Kedua – Kajian Suku Tahun Pertama
              v.           Mesyuarat Kali Ketiga – Kajian Suku Tahun Kedua
              vi.          Mesyuarat Kali Keempat – Post Mortem Pelaksanaan
              vii.         Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca
                           kuasa kepada pengoperasian/pelaksanaan semua komponen PBS di
                           sekolah.




      Nota: Pelantikan Jawatankuasa PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada
      keperluan pihak lain.




                     Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   8
8      Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
4     PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran
(P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran
guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau
dicapai dalam satu-satu proses P&P.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek
perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau
penskoran, perekodan dan pelaporannya.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan
yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak
sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS mempunyai ciri-ciri berikut:

          Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian
           pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
          Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P
          Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan
           kesediaan murid.
          Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum

PS boleh dilaksanakan secara:

          Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P
          Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau
           tahun




4.1   Pentaksiran Rujukan Standard

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan
dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia
merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan
boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan
murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada
pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang


                 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah     9
                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah       9
murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
 menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
 dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa
 mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.



                          FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN




             STANDARD KURIKULUM                                            STANDARD PRESTASI


           Matlamat                                                              Pernyataan Standard
           Objektif                                                              Deskriptor
                                                  PENTAKSIRAN
           Standard Kandungan                                                    Evidens
           Standard Pembelajaran



                                                                           Apa yang dilaporkan tentang
           Apa yang patut dipelajari
                                                                           pencapaian murid




            Rajah 4.1 : Hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi



 Rajah 4.1 menunjukkan hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi.

 Dokumen Standard Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,
 Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan
 perlu disampaikan dalam proses pengajaran-pembelajaran.

 Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian
 Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut
 tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.




 4.2   Standard Prestasi

 Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau
 penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh
 pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti.
 Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat
 dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

 Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam
 pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak




                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    10
10      Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam
sistem pendidikan.
Dengan menggunakan Standard Prestasi ;

       �    Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir
            dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

       �    Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa
            yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

       �    Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka
            selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

       �    Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem
            pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada
            sistem pendidikan tersebut.

Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan
sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.

Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3,
Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan
deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam
menentukan prestasi individu.




4.3   Kerangka Standard Prestasi

Jadual 4.1 menunjukkan kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam PS.


                         Jadual 4.1: Kerangka Standard Prestasi

           BAND                                    STANDARD
              6      Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
              5      Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
              4      Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
              3      Tahu, Faham dan Boleh Buat
              2      Tahu dan Faham
              1      Tahu


Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.




                  Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   11
Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pada suatu situasi.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,
mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran
dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan
maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara
tekal.

Jadual 4.2 menunjukkan kerangka Dokumen Standard Prestasi yang diguna pakai untuk
Pentaksiran Sekolah.


Jadual 4.2: Kerangka Dokumen Standard Prestasi

     Band        Pernyataan Standard                       Deskriptor                            Evidens

      1           Penerangan generik /              APA murid tahu dan                  BAGAIMANA murid
      2           umum tentang tahap                      boleh buat                  menunjukkan apa yang
      3         kemajuan pembelajaran                (Merujuk Standard                dia tahu dan boleh buat
      4          (Merujuk Objektif Mata            Kurikulum Tahun-Tahun
      5                Pelajaran)                    Tertentu Bagi Mata
      6                                                   Pelajaran)




Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai dari Tahun 1 hingga Tahun
6 kerana pernyataan ini digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan.

Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat
berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata
pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap
tahun pembelajaran.

Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid
menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk kepada aspek-
aspek yang boleh dilaksana dan boleh ditadbir.

Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan
oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens boleh dalam bentuk produk atau
proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Guru harus kreatif dalam memilih
tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji
penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuai
digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.




12          Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
            Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
Rajah 4.2 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah.



                          Peranan Standard Prestasi dalam PS

                                                MULA




                 Pemulihan



              Belum mencapai
              tahap penguasaan


                             Telah mencapai
                             Tahap penguasaan




              Rajah 4.2 : Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah




Permulaan proses pengajaran-pembelajaran ialah perancangan guru menyediakan perkara
yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen
Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan
pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada murid dengan
menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru.

Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran
juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran
yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran
secara tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilai
setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat.

Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untuk
melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama
ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu.




               Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah     13
                 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    13
Bagi murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan
 pengajaran-pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum.

 Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi
 pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran
 berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid.




 4.4     Sistem Pelaporan

 4.4.1   Formatif

         Pernyataan evidens digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid.


 4.4.2   Sumatif

          Pernyataan deskriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid.




 4.5     Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah

 Pentaksiran Sekolah memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid
 dan ibu bapa.


 4.5.1   Pentadbir Sekolah

         i.     Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi
                aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS
         ii.    Menyediakan peralatan, bahan dan jadual
         iii.   Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS
         iv.    Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod
         v.     Menjalankan pemantauan dan penyelarasan


 4.5.2   Guru

         i.     Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran
         ii.    Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk
                mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran
         iii.   Menyediakan instrumen pentaksiran
         iv.    Memberi maklum balas tentang pencapaian murid
         v.     Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang
                diperoleh
         vi.    Mengumpul rekod dan data pencapaian murid




                    Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   14
14       Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
4.5.3   Murid

        i.      Mengetahui dan memahami standard prestasi
        ii.     Mengetahui perkara yang perlu dikuasai
        iii.    Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
        iv.     Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan


4.5.4   Ibu Bapa

        i.       Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran
        ii.      Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak
        iii.     Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual
                 differences)
        iv.      Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan




                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    15
                  Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    15
5     PENTAKSIRAN PUSAT (PP)

 Pentaksiran Pusat (PP) adalah pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh
 guru berdasarkan tugasan dan rubrik penskoran yang dikeluarkan oleh Lembaga
 Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu.

 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat ini dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di
 peringkat sekolah oleh guru mata pelajaran mengikut garis panduan dan jadual yang
 ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran Pusat dikendalikan oleh guru-guru mata
 pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
 kerangka (framework) yang ditetapkan.


 PP mempunyai ciri-ciri berikut:

               Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian
                pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
               Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P dalam
                tempoh yang ditetapkan
               Fleksibel iaitu pelaksanaan tugasan boleh mengikut kesesuaian masa dan
                persekitaran
               Bersepadu iaitu tugasan yang menguji pelbagai konstruk dan konteks
               Autentik iaitu tugasan yang merujuk keadaan sebenar
               Merujuk rubrik penskoran yang dibina berdasarkan tugasan



 5.1   Objektif Pentaksiran Pusat

 Objektif Pentaksiran Pusat ialah untuk:
              Mentaksir penguasaan dan pencapaian murid dalam aspek pemerolehan
               ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran serta penghayatan nilai dan sahsiah
              Memastikan maklumat yang dikumpul mengenai murid adalah mencukupi dan
               tepat dengan menggunakan pelbagai instrumen
              Mengesahkan penguasaan murid dalam Pentaksiran Sekolah
              Penyamataraan dan standardization.



 5.2   Rubrik

 Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria seperti
 daripada lemah ke cemerlang. Kriteria ini digunakan untuk membuat ranking atau
 pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Rubrik terdiri daripada rubrik analitik dan rubrik
 holistik. Rubrik holistik mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja
 murid. Rubrik analitik pula terdiri daripada penerangan terperinci berserta agihan markah
 bagi setiap poin untuk menilai hasil kerja murid. Rubrik memberikan penerangan tentang
 ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh
 menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan
 kesahan dan kebolehpercayaan Pentaksiran Pusat.




                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   16
16      Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
5.3     Instrumen Pentaksiran Pusat

Pelbagai instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan konstruk yang akan ditaksir
dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara instrumen yang digunakan ialah:

5.3.1   Pencerapan

        Pencerapan ialah satu proses pemerhatian bagi tujuan tertentu. Proses ini biasanya
        kurang berstruktur dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu
        sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum.
        Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu
        instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod,
        seperti senarai semak dan skala pengkadaran (rating scale) yang hanya memerlukan
        sedikit catatan dan masa untuk merekod.

5.3.2   Ujian

        Ujian ialah sejenis alat/instrumen untuk mengumpul maklumat. Ujian lebih berstruktur,
        tegar dan membolehkan guru mengumpul evidens bagi semua murid dengan cara
        dan masa yang sama. Murid-murid dapat mempamerkan evidens tentang
        pembelajaran mereka melalui ujian dan penghakiman tentang pencapaian murid
        dapat dibuat dengan penskoran.

5.3.3   Persembahan

        Persembahan ialah tugasan yang bersifat lebih fleksibel berbanding dengan ujian dan
        melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
        dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran
        persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan
        menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amali.


5.3.4   Pentaksiran Kendiri, Rakan Sebaya dan Kerja Berkumpulan

        Pentaksiran kendiri merupakan refleksi dilaksanakan oleh seseorang murid ke atas
        pembelajarannya sendiri. Murid mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran
        akademik dan prestasi dengan tepat dengan panduan yang diberikan oleh guru.
                                                      .

        Pentaksiran rakan sebaya membenarkan murid untuk menilai prestasi rakan sebaya
        dengan menggunakan senarai semak atau rubrik.

        Pentaksiran kerja berkumpulan melibatkan pentaksiran hasil kerja kumpulan selain
        daripada kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan.


5.3.5   Projek

        Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang
        dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Ia biasanya melibatkan aktiviti
        pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Tugasan ini boleh dijalankan
        secara individu atau secara berkumpulan. Projek membolehkan murid
        mengintergrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan
        tugasan.




                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   17
5.3.6   Ujian Amali

         Ujian amali merupakan satu tugasan yang bertujuan mengukur kebolehan murid
         mengaplikasi ilmu dan kemahiran yang diperoleh. Ujian ini dinilai berdasarkan
         penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kemahiran kreatif dan
         pelbagai kemahiran kendiri yang berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran. Semua
         kemahiran tersebut dinilai sama ada secara langsung semasa ujian dijalankan atau
         berpandukan evidens yang dipamerkan melalui penghasilan produk.



 5.4     Pelaksanaan Pentaksiran Pusat

 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat melibatkan perancangan yang menyeluruh di semua
 peringkat dengan memastikan prosedur adalah seragam dan dipatuhi bagi menjamin
 keadilan, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran.

 Pengoperasian Pentaksiran Pusat merangkumi:

 5.4.1   Perancangan

         Perancangan adalah untuk menyelaraskan kerja-kerja pengoperasian Pentaksiran
         Pusat supaya pelaksanaannya berjalan lancar menepati kehendak dan spesifikasi
         tugasan, dilaksanakan secara sistematik dan menepati jadual kerja yang ditetapkan.
         Perancangan Pentaksiran Pusat melibatkan Lembaga Peperiksaan dan pelbagai
         Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Bahagian Pembangunan
         Kurikulum, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
         Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian, Pejabat Pelajaran Daerah,
         sekolah serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

         Perancangan di peringkat sekolah merujuk kepada:
             � murid yang akan ditaksir,
             � bila pentaksiran dilaksanakan,
             � siapa yang terlibat,
             � pemahaman tugasan yang dibekalkan,
             � penskoran, perekodan dan pelaporan

 5.4.2   Penyediaan Jadual Kerja

         Tindakan utama dalam perancangan ialah menyediakan satu jadual kerja yang
         mengandungi maklumat mengenai aktiviti/tindakan yang akan dijalankan, tempoh
         masa dan penglibatan/ tanggungjawab.

         a. Perkara-Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

             i.       Peringatan kepada murid
             ii.      Kualiti Tugasan
                      � Tidak dibenarkan menciplak hasil kerja orang lain
                      � Perlu mengikut spesifikasi penghasilan tugasan yang ditetapkan
                      � Bagi tugasan berbentuk amali, persembahan/penghasilan mestilah
                         berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut mata pelajaran seperti
                         dalam Panduan bagi setiap mata pelajaran
                      � Perlu mencapai tahap yang ditetapkan




18       Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
5.4.3 Penataran

        Penataran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman dan
        kesefahaman dalam kalangan pentaksir dan pengguna supaya skor yang diperoleh
        mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penataran dijalankan
        dengan tujuan memberi pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung
        perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang
        digunakan dan kaedah pemberian skor.


5.4.4 Penyelarasan

        Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap
        peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan juga dilakukan dari aspek
        penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan
        seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi
        menjamin kualiti.


5.4.5   Pelaporan

        Pelaporan Pentaksiran Pusat merujuk kepada rumusan skor oleh guru pentaksir bagi
        mendapatkan tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan
        prinsip rumusan yang telah ditetapkan. Pelaporan skor menunjukkan tahap
        penguasaan dan pencapaian murid dan boleh diperbaiki atau dipertingkatkan dari
        semasa ke semasa.


        Rajah 5.1 menunjukkan Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat di semua
        peringkat manakala Rajah 5.2 menunjukkan Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di
        Sekolah.




                 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah      19
                    Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    19
KEMENTERIAN
     PELAJARAN MALAYSIA

           MULA



      Menyediakan bahan             JABATAN
         Penataran              PELAJARAN NEGERI

        Menjalankan
        penataran PP             Menerima penataran                PEJABAT
          peringkat                 PP dari KPM               PELAJARAN DAERAH
         kebangsaan

                                    Mengadakan
                                                               Menerima penataran
                                    penataran PP                                                   SEKOLAH
                                                                  PP dari JPN
                                   peringkat Negeri                                                Menerima
                                                                                                penataran PP dari
                                                                   Mengadakan                         PPD
                                                                  penataran PP
                                                                 peringkat daerah
                                                                                                Taklimat kepada
                                                                                                J/K PBS Sekolah


                                                                                                 Mengadakan
                                                                                                  penataran
                                Menyediakan laporan             Menyediakan laporan             PBS di peringkat
                                    penataran                       penataran                      Sekolah

                                                                                                 Menyediakan
                                                                                                    laporan
                                                                                                 penataran PP

                                                                                                   Menghantar
                                                                                                     laporan
                                                                Menerima laporan                penataran ke PPD
                                                              penataran PPdaripada
                                                                     sekolah
                                                                                �
                                                               Merumuskan laporan
                                                               penataran peringkat
                                                                     daerah
                                                                                �
                                Menerima rumusan
                                penataran daripada             Menghantar rumusan
                                       PPD                      penataran ke JPN


      Menerima laporan          Menghantar ��
                                            rumusan
         dari JPN              keseluruhan penataran
                                    PP ke KPM

         TAMAT
                           Rajah 5.1: Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat




20         Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
Mula




                                                                         Guru merancang pengajaran,
                                                                         pembelajaran dan pentaksiran


                                                                         Guru melaksana pengajaran,
                                                                         pembelajaran dan pentaksiran
            Pentaksiran semula

                                                                         Guru mentaksir, menskor
                                                                         berdasarkan evidens dan
                                                                         merekod



                                                                         Penyelarasan dan pemantauan

                Pelarasan skor
                                                                         Pembetulan skor dan pelaporan
                                                                         Merumus dan melapor dalam
                                                                         sistem dan memberi maklum
                                                                         balas



                                                     Tamat



                          Rajah 5.2: Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di Sekolah




5.5     Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Pusat memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid,
ibu bapa dan pihak yang berkepentingan.

5.5.1   Pentadbir Sekolah

                Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang
                 merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan Pentaksiran Pusat
                Menyediakan peralatan, bahan dan jadual
                Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan Pentaksiran Pusat
                Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod




                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah     21
                     Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    21
5.5.2   Guru

            Mengumpul rekod dan data pencapaian murid
            Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan
             maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran
            Melaksanakan pentaksiran
            Memberi maklum balas tentang pencapaian murid
            Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang
             diperoleh
            Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran


 5.5.3   Murid

             Mengetahui dan memahami rubrik penskoran
             Mengetahui perkara yang perlu dikuasai
             Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
             Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan


 5.5.4   Ibu Bapa

             Mengetahui dan memahami rubrik penskoran dalam sistem pentaksiran
             Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak
             Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual
              differences)
             Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan


 5.5.5   Pihak yang Berkepentingan/PIBG

             Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran
             Menggalakkan minat pembelajaran sepanjang hayat
             Memberi komitmen terhadap usaha menjana pembangunan, pertumbuhan dan
              penyebaran ilmu
             Mendorong dan menggalakkan kreativiti dan inovasi



 5.6     Istilah Institusi Pentaksiran Pusat

 Antara istilah institusi Pentaksiran Pusat yang digunapakai di sekolah adalah seperti berikut:

 5.6.1   Ditadbir

         Usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru mata
         pelajaran atau pentaksir yang terlibat semasa P&P dan pengurusan evidens.


 5.6.2 Diskor

         Proses pemberian skor kepada perkara yang ditaksir berdasarkan peraturan
         penskoran/rubrik.




                    Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   22
22       Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
5.6.3 Dilaporkan

      Rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid.
      Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan.


5.6.4 Dimoderatkan

      Usaha memastikan skor murid disetarakan bagi tiap-tiap murid dalam sesebuah
      sekolah dan antara sekolah. Mekanisme ini menjamin kebolehpercayaan dan
      kesahan skor pentaksiran.


5.6.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

      Kesahan ialah sejauh mana skor sesuatu pentaksiran dapat menggambarkan
      relevan dan kecukupcakupan perkara yang ditaksir. Ini dapat ditentukan dengan
      menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Dokumen KSSR.

      Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal.
      Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran dipastikan melalui penyelarasan
      dan pemantauan.




               Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah       23
                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    23
6        PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan
 untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi
 murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular).

 PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam
 atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi
 sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga
 sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan
 perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti
 yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.




 6.1      Komponen PAJSK

 PAJSK merangkumi lima komponen; aktiviti jasmani, kesihatan, sukan, kokurikulum dan
 ekstrakurikulum seperti dalam Rajah 6.1.


                 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
                                                   �



           Jasmani�           Kesihatan�              Sukan�             Kokurikulum�           Ekstrakurikulum�
                  �                   �                                            �


       SEGAK*                BMI*               Penyertaan,                                     Penyertaan,
                              - Tinggi          Penglibatan dan       Penyertaan,
        - Perkembangan                                                                          Penglibatan dan
                              - Berat           Pencapaian dalam      Penglibatan dan
          fizikal                                                                               Pencapaian dalam
                              - Tafsiran BMI    aktiviti sukan:       Pencapaian dalam:
        - Kecergasan                                                                            aktiviti
                                                - Sekolah             - Kelab
        - Senaman                                                                               ekstrakurikulum:
                                                - Daerah              - Persatuan
                                                                                                - Sekolah
                                                - Negeri,             - Unit Beruniform
                                                                                                - Daerah
                                                - Kebangsaan                                    - Negeri,
                                                - Antarabangsa                                  - Kebangsaan
                                                                                                - Antarabangsa


                                               Rajah 6.1: Komponen PAJSK



 6.1.1     Pentaksiran Aktiviti Jasmani

           Aktiviti jasmani dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid
           sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan
           Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini
           ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di
           peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun
           bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk" dan "Jangkaun".




24         Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
a.    Objektif Pentaksiran Aktiviti Jasmani ialah menilai dan mengukur tahap
              kecergasan fizikal murid.


        b.    Konstruk yang diukur

              i.         Perkembangan fizikal murid
              ii.        Kecergasan
              iii.       Senaman


        c.    Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani

              i.         Pentaksiran Aktiviti Jasmani dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada
                         pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa
              ii.        Semua murid Tahap 2 diwajibkan terlibat
              iii.       Guru merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK
                         dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh
                         Lembaga Peperiksaan
              iv.        Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK



6.1.2   Pentaksiran Kesihatan

        Pentaksiran Kesihatan dalam PAJSK hanya tertumpu kepada mengukur berat badan
        dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index
        (BMI).


        a.    Objektif Pentaksiran Kesihatan
              i.     Mengukur BMI murid
              ii.    Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran
                     ketinggian dan berat badan seseorang murid


        b.    Konstruk yang diukur

              i.         Tinggi
              ii.        Berat
              iii.       Tafsiran BMI


        c.    Pelaksanaan Pentaksiran Kesihatan

              i.         Pentaksiran Kesihatan dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada
                         pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa
              ii.        Semua murid Tahap 2 diwajibkan terllibat
              iii.       Guru merekod berat badan dan ketinggian murid serta memasukkan
                         ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
              iv.        Guru mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi
                         PAJSK secara automatik apabila diperlukan




                     Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   25
6.1.3     Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum

           Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti
           sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang
           bertujuan membangun modal insan dalam memupuk nilai, sahsiah serta
           pembangunan diri seseorang murid. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam
           PAJSK mengandungi konstruk dan pelaksanaan yang hampir serupa.

           Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan, pertandingan yang mempertingkatkan
           kemahiran yang melibatkan fizikal dan ketahanan mental.

           Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab, pasukan
           beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.


          a.      Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada
                  aktiviti sukan dan kokurikulum murid


          b.      Konstruk yang diukur

                  i.            Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
                  ii.           Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
                  iii.          Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum


          c.      Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

                  i.           Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan
                               sepanjang aktiviti dijalankan mengikut kesesuaian guru atau berkala
                               mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN
                  ii.          Semua murid Tahap 2 diwajibkan terlibat
                  iii.         Guru merekod aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang
                               Pelaporan Sukan dan Kokurikulum (BPSK - Lampiran B) dan
                               memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh
                               Lembaga Peperiksaan
                  iv.          Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara
                               automatik apabila diperlukan
                  v.           Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah
                               berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 6.1.


                  Jadual 6.1:         Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum
                                                           Aspek
                  Penglibatan 30%                          Penyertaan 50%                       Prestasi 20%
                         Elemen                                Elemen                             Elemen
 Jawatan       Peringkat      Komitmen           Kehadiran          Bidang         Pencapaian         Sumbangan
                     Nilai Skor                               Nilai Skor                          Nilai Skor
     5%                  13%        12%             40%              10%                    10%                10%




26         Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
6.1.4 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum

       Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan
       maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti di luar waktu
       persekolahan yang tidak dikendalikan oleh pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum
       merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina
       sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat
       setempat dan umum.

       a.          Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum adalah untuk mengumpul
                   maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstrakurikulum murid.


       b.          Konstruk yang diukur

                   i.            Penyertaan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum
                   ii.           Penglibatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum
                   iii.          Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti ekstrakurikulum


       c.          Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum

             i.                  Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum dilaksanakan secara berterusan
                                  sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu
                                 persekolahan selepas aktiviti ekstrakurikulum dijalankan
             ii.                 Semua murid Tahap 2 terlibat secara sukarela. Penyertaan dan
                                 keselamatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum adalah menjadi
                                 tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga
            iii.                 Pengesahan aktiviti ekstrakurikulum murid hendaklah dibuat melalui
                                 tandatangan dan cop penganjur
            iv.                  Guru merekod aktiviti ekstrakurikulum menggunakan Borang
                                 Pelaporan Ekstrakurikulum (BPE; Lampiran C) dan memasukkan ke
                                 dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
             v.                  Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara
                                 automatik apabila diperlukan
            vi.                  Pemberatan wajaran aktiviti ekstrakurikulum adalah berdasarkan tiga
                                 aspek iaitu penglibatan, penyertaan dan prestasi murid


            Aspek penglibatan murid merangkumi tiga elemen seperti dalam Jadual 6.2,
            Jadual 6.3 dan Jadual 6.4


            Jadual 6. 2: Elemen Kegiatan

                                     Kegiatan                    Skor
                              Peserta
                              Pembantu                           5%




                          Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah       27
                              Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    27
Jadual 6.3: Elemen Peringkat

                     Peringkat                          Skor
               Antarabangsa                             13%
                Kebangsaan                              11%
                   Negeri                               10%
                Masyarakat                               8%
                  Komuniti                               6%
            Rumah/Kelab/Persatuan                        4%




     Jadual 6.4: Elemen Komitmen

                    Komitmen                          Skor
             Menunjukkan
                                                       4%
             Kepimpinan
             Mengurus aktiviti                         4%
             Membantu guru atau
                                                       3%
             rakan
             Menyedia peralatan                        3%
             Mengemas peralatan                        3%
             Membersih kawasan                         3%
             Menepati waktu                            3%
             Menunjukkan minat                         3%
             Menunjukkan
                                                       3%
             kesungguhan
             Mengikut arahan                           3%
             Mencuba                                   3%
             Memberi kerjasama                         3%

                      Markah maksimum 12%.




     Aspek penyertaan murid merangkumi dua elemen seperti dalam Jadual 6.5
     Jadual 6.6.


     Jadual 6.5: Elemen Bilangan Penyertaan
                                                               Skor Yang
                   Bilangan Penyertaan
                                                               Ditetapkan
                     Ekstrakurikulum
                                                                   (%)
                              3 dan lebih                           40
                              2                                     20
                              1                                     10




         Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    28
28        Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
Jadual 6.6: Elemen Bidang

                                                                  PENYERTAAN (50%)
                                                                            Bidang (10%)
                                           1                       1           1      1                                       1                     1                      1
                                           0                       0           0      0                                       0                     0                      0
                                           %
                                           Aktiviti Persembahan    %           %      %                                       %                     %                      %
                     kemasyarakatan lain




                                                                                                                                                   Aktiviti Kelab riadah
                                                                                                                             Aktiviti Pertubuhan
                                                                                     Aktiviti Persatuan
Aktiviti Kelab dan




                                                                                     kemasyarakatan


                                                                                                          kebajikan ibadat
                                                                  Aktiviti Pasukan




                                                                                                          Aktiviti Rumah
                                           kebudayaan
Persatuan




                                                                                                                                                   atau hobi
                                                                  sukarela




                                                                                                                             sukarela
                     Aktiviti




Aspek prestasi merangkumi elemen tahap pencapaian seperti dalam Jadual 6.7


Jadual 6.7: Elemen Tahap Pencapaian


                             Tahap
                                                                                                   Skor
                           Pencapaian
                                                                                                    %
                              20%
                          Johan                                                                           20
                          Naib Johan                                                                      15
                          Ketiga                                                                          12
                          Peserta                                                                          8
                          Urusetia                                                                         5




               Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah                                                                              29
                                                 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah                                                 29
7        PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
         .
 Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk
 mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi. Ciri (trait) psikologi yang
 diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk
 membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.

 PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan
 pengajaran-pembelajaran. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan
 kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.



 7.1      Komponen Pentaksiran Psikometrik

 Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti. Konstruk yang diukur
 dalam PPsi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.

                                                                           Kemahiran berfikir

                                                                           Kemahiran menyelesaikan masalah
                                                Aptitud Am                 dan membuat keputusan

                                                                           Minat, kecenderungan, kesediaan

                          Aptitud                                           Verbal
                                                                                            Visual
                                                                            Kreativiti
                                                                                            Kinestatik
                                                Aptitud
                                                                           Muzik
                                                Khusus
                                                                                            Interpersonal
                                                                            Naturalis
     Pentaksiran                                                                            Intrapersonal
     Psikometrik

                                                                                          Logik Matematik


                                                      Komunikasi
                                                                           Penyesuaian
                                                                           budaya
                                                      Kerja
                                                      berkumpulan
                                                                           Nilai/Akauntabiliti
                          Inventori
                                                      Kepimpinan
                          Personaliti
                                                                           Keusahawanan

                                                      Kestabilan
                                                      rohani
                                                                           Keselesaan
                                                                           dalam pergaulan
                                                      Kefungsian
                                                      emosi
                                                                           Etika

                                    Rajah 7.1: Konstruk yang diukur dalam PPsi



30         Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
7.1.1 Ujian Aptitud Am

        Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid
        secara hierarki. Ujian ini juga dapat mengenal pasti kecenderungan murid
        berdasarkan kriteria tertentu.

        a.     Objektif Ujian Aptitud Am:
               i.      Mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah
                       dan kecenderungan murid
               ii.     Membantu murid mengenal potensi diri
               iii.    Membantu guru memahami psikologi murid


        b.     Konstruk Ujian Aptitud Am
               i.     Kemahiran berfikir
               ii.    Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
               iii    Minat dan kecenderungan


        c.    Pelaksanaan Ujian Aptitud Am
              i.    Ujian objektif aneka pilihan ini dilaksanakan selepas UPSR di Tahun 6
              ii.   Semua murid terlibat dalam pentaksiran
              iii.  Instrumen Ujian Aptitud Am disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
              iv.   Pelaporan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan



7.1.2   Ujian Aptitud Khusus

        Ujian Aptitud Khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur
        kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu yang tidak
        diukur dalam Ujian Aptitud Am.


        a.     Objektif Ujian Aptitud Khusus:
               i.      Mencungkil potensi murid pada peringkat umur tertentu
               ii.     Membantu guru mengenalpasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran
                       supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan
                       berkesan
               iii.    Membantu murid mengenal potensi diri
               iii.    Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya


        b     Konstruk Ujian Aptitud Khusus
              i.     Verbal (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu
                     menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons
                     dalam pelbagai bentuk set komunikasi.
              ii.    Visual – Ruang – Bukan Verbal (Pintar ruang): keupayaan seseorang
                     individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang
              iii.   Logik Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu
                     menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat
                     penyelesaian secara logikal.
              iv.    Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai,
                     menghayati dan menggubah muzik.
              v.     Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu
                     mengenalpasti, menghargai alam semulajadi

                 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah     31
                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah     31
vi.          Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang individu
                              mengawal dan memahami pergerakan tubuh.
                 vii.         Kreativiti (Pintar minda): keupayaan seseorang individu melihat
                              daripada perspektif berbeza serta menghasilkan idea dan konsep
                              yang asli.
                 viii.        Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan
                              seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan bekerjasama
                              dengan orang lain.
                 ix.          Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan seseorang
                              individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan,
                              bakat dan minat supaya boleh membantu orang lain.


         c.      Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus

                 i.           Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan
                              tidak berjadual
                 ii.          Semua murid terlibat dalam pentaksiran
                 iii.         Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh Lembaga
                              Peperiksaan
                 iv.          Pelaporan akan disediakan oleh pihak sekolah



 7.1.3   Inventori Personaliti

         Inventori Personaliti ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul
         maklumat tentang sahsiah unik setiap murid.

         a.      Objektif Inventori Personaliti

                 i.           Membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat
                              menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
                 ii.          Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan
                              menyedari potensi diri
                 iii.         Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan
                              dalam pendidikan dan perkembangan individu



         b.      Konstruk Inventori Personaliti

                 Konstruk yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di
                 Malaysia.

                 i.           Komunikasi verbal (lisan) dan komunikasi bukan verbal dengan orang
                              lain, individu dengan kumpulan dan individu dengan organisasi
                 ii.          Kerja Berkumpulan: semangat dan sikap meyayangi organisasi, tolong
                              menolong, bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama
                              lain
                 iii.         Extraversion: sifat mudah mesra dan selesa dalam pergaulan
                 iv.          Nilai / Akauntabiliti: ciri/trait yang menjelaskan sejauh mana seseorang
                              individu mempunyai sifat-sifat seperti pemurah, cekap, tertib,
                              bertanggungjawab, teliti, tekal dan amanah



                        Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   32
32       Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
v.           Emotional Functionality: keseimbangan, kejelasan dan amalan aspek
                  kefungsian emosi individu
     vi.          Penyesuaian Budaya: kesediaan seseorang individu untuk menerima
                  sesuatu idea untuk dijadikan sebagai suatu budaya dalam masyarakat
     vii.         Kestabilan Rohani: individu yang mempunyai rohani yang stabil dalam
                  aspek ketuhanan, kepercayaan, ketaatan, kefahaman dan amalan
                  kepada agama
     viii.        Kepimpinan: satu kebolehan mempengaruhi serta meyakini orang lain
                  ke arah pencapaian matlamat bersama
     ix.          Keusahawanan: aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui
                  pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan
     x.           Etika: tingkah laku betul dan baik seseorang terhadap masyarakat dan
                  organisasi



c.   Pelaksanaan Inventori Personaliti

     i.          Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan
                 tidak berjadual
     ii.         Tidak diwajibkan untuk semua murid dan terbuka kepada yang
                 memerlukan sahaja
     iii.        Instrumen disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir oleh
                 sekolah
     iv.         Pelaporan disediakan oleh pihak sekolah




            Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah      33
               Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah        33
8       MANUAL PENJAMINAN KUALITI

 Manual Penjaminan Kualiti bertujuan memberi panduan kepada pihak yang berkenaan
 seperti guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar,
 pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
 Malaysia untuk memastikan penjaminan kualiti pelaksanaan PBS. Setiap individu yang
 terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah
 bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
 hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.

 Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
 keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu
 pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran
 dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran
 adalah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan.

 Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
 a.    Pementoran
 b.    Penyelarasan
 c.    Pemantauan
 d.    Pengesanan




 8.1     Pementoran

 Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
 melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.


 8.1.1   Objektif Pementoran:

         a. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan
            pengurusan PBS
         b. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang
            dibimbing/menti
         c. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing/menti
         d. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS
         e. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru
            yang dibimbing/menti


 8.1.2   Jenis Pementoran

         a. Formal
         b. Informal




                    Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   34
34       Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
8.1.3   Jenis Mentor

        a. Mentor Dalaman terdiri daripada
           i.   Ketua Panitia dan/atau
           ii.  Jurulatih Utama dan/atau
           iii. Guru Cemerlang dan/atau
           iv.  Guru Besar dan/atau
           v.   Mana-mana guru yang dilantik

        b. Mentor Luaran terdiri daripada:
           i. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau
           ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau
           iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau
           iv. Mana-mana pegawai yang dilantik


Kekerapan pementoran adalah mengikut keperluan


8.1.4   Pelaksanaan Pementoran:

        a.     Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi Sistem
               Pengurusan PBS (SPPBS)
        b.     Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran
        c.     Mendedahkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran
        d.     Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan
               pembelajaran
        e.     Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran
        f.     Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing/menti




8.2     Penyelarasan

Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi
yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.


8.2.1   Objektif Penyelarasan:

        a. Menyeragamkan skor Pentaksiran Sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan
           pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen Standard Prestasi
        b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan
           rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan
        c. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh
           guru di sekolah
        d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid
        e. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid




                 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    35
                  Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    35
8.2.2   Penyelaras

         a. Penyelaras Dalaman yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh
            Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS)
         b. Penyelaras Luaran yang terdiri daripada pegawai Lembaga Peperiksaan, Jabatan
            Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
         c. Kekerapan aktiviti penyelarasan ditentukan oleh Jawatankuasa PBS dan perlu
            dijadualkan


 8.2.3   Pelaksanaan Penyelarasan:

         a. Sebelum Penyelarasan
            i. Menentukan tarikh, tempat, masa penyelarasan oleh Jawatankuasa PBS,
                Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah
            ii. Mengadakan perbincangan mengenai
                 Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan
                 Kesesuaian instrumen yang digunakan
                 Kefahaman tentang penskoran
                 Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor


         b. Semasa Penyelarasan
            i. Memilih evidens murid secara rawak mengikut pencapaian
            ii. Membanding skor yang diberikan oleh guru
            iii. Menyelaras pemberian skor


         c. Selepas Penyelarasan
             i. Menyediakan laporan penyelarasan.
            ii. Menyelaras skor murid, jika perlu




 8.3     Pemantauan

 Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis
 panduan yang ditetapkan.


 8.3.1   Objektif Pemantauan PBS:

         a.   Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh.
         b.   Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
         c.   Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
         d.   Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
         e.   Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.


 8.3.2   Jenis Pemantau

         a. Pemantau Dalaman ialah guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat
            sekolah (rujuk senarai JK PBS).

                    Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   36
36       Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
b. Pemantau Luaran yang dilantik dalam kalangan:
           i. pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia
           ii. pegawai Lembaga Peperiksaan
           iii. pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
           iv. pegawai Pejabat Pelajaran Daerah


Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS, mengikut
jadual yang ditentukan oleh Jawatankuasa PBS.


8.3.3   Pelaksanaan Pemantauan:

        a. Sebelum Pemantauan

           i. Menentukan tarikh, tempat, masa pemantauan oleh Jawatankuasa PBS,
               Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.
           ii. Menyediakan instrumen pemantauan (contoh: senarai semak)

        b. Semasa pemantauan
           i. Memastikan pelaksanaan adalah mengikut garis panduan.
               Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.
               Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.
               Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk
                memberi khidmat nasihat.

        c. Selepas pemantauan

                  Melaporkan dapatan pemantauan.
                  Menyenaraikan kekuatan dan keberkesanan pelaksanaan PBS kepada
                   guru.
                  Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.




8.4     Pengesanan

Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.


8.4.1   Objektif Pengesanan PBS:

        a. Mengenal pasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang
           digunakan.
        b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen
           pentaksiran.
        c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran dalam
           pelaksanaan PBS.

        Pengesanan dilaksana mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.



                  Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    37
                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    37
8.4.2   Pegawai Pengesanan

         a. Pegawai Pengesanan Dalaman ialah guru mata pelajaran yang dilantik oleh
            Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS)

         b. Pegawai Pengesanan Luaran yang dilantik dalam kalangan:
             pegawai Lembaga Peperiksaan
             pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
             pegawai Pejabat Pelajaran Daerah


 Aktiviti pengesanan diadakan semasa dan/atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.


 8.4.3   Pelaksanaan Pengesanan PBS:

         a. Sebelum pengesanan
            i. Menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan oleh Jawatankuasa PBS,
                Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.
            ii. Menyediakan instrumen pengesanan (contoh: senarai semak)

         b.    Semasa pengesanan
              i. Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.
              ii. Mencadangkan penyelesaian.

         c. Selepas pengesanan               hendaklah        memastikan         cadangan        penyelesaian
            dilaksanakan.




                    Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah    38
38       Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
9     PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Evidens murid yang telah dikumpul perlu diurus dengan baik dan sistematik. Pengurusan
evidens murid di sekolah hendaklah memudahkan semua pihak yang terlibat dan dapat
membantu menjayakan pelaksanaan PBS di sekolah. Evidens boleh didapati daripada
pelbagai sumber. Guru atau pentaksir bertanggungjawab untuk memastikan evidens yang
mencukupi dan sesuai untuk membuat pertimbangan atau keputusan terhadap penguasaan
murid dalam perkara yang ditaksir.

Ciri-ciri evidens yang dikumpul:
   i. Sah              - Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan
                         penguasaan /pencapaian standard yang telah ditetapkan
  ii. Autentik         - Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya
                         sendiri
 iii. Kecukupan        - Adakah evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan
                         kemampuan murid
 iv. Semasa            - Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut
                         standard semasa
  v. Tekal             - Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan
                         membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang
                         berlainan




9.1   Pengurusan Evidens Pentaksiran Sekolah

Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang
melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

Antara contoh evidens murid ialah:
       � tulisan
       � bahan cetakan
       � persembahan
       � foto
       � grafik
       � artifak
       � laporan


Pengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut:

       a. buku latihan
       b. lembaran kerja dan artifak yang bersesuaian hendaklah diserahkan kepada murid
          setelah direkodkan dalam aplikasi SPPBS. Guru hendaklah memberi maklum
          balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan dan pengayaan
          pembelajaran
       c. Evidens yang terbaik dan terpilih boleh dijadikan bahan showcase.




                  Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   39
9.2   Pengurusan Evidens Pentaksiran Pusat

 Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang
 melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

 Antara contoh evidens murid ialah:
         tulisan
         bahan cetakan
         persembahan
         foto
         grafik
         artifak
         laporan

        a.   Penyimpanan

              Evidens murid disimpan di tempat yang selamat secara bersistematik dalam
               tempoh tertentu dan diserahkan kepada murid setelah selesai aktiviti
               penjaminan kualiti.

        b.   Pelupusan
              Evidens dilupus berdasarkan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Pusat dengan
               cara mengembalikan kepada murid sebagai simpanan mereka.




 9.3   Pengurusan Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

 Guru merekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani,
 kesihatan, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum menggunakan borang dan aplikasi
 PAJSK.




 9.4   Pengurusan Evidens Pentaksiran Psikometrik

 Evidens adalah terhad dan disimpan oleh guru di tempat yang selamat secara bersistematik.




                   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   40
40      Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
10    SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)

Sistem Pengurusan Pentaksiran PBS (SPPBS) dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran
untuk komponen akademik dan bukan akademik. SPPBS digunakan untuk merekod dan
menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS serta menjana pelaporan apabila
diperlukan. SPPBS akademik dibangunkan dengan kaedah web-based dan standalone
manakala SPPBS bukan akademik dibangunkan secara ����������. Manual aplikasi ini boleh
dimuat turun melalui laman web rasmi Lembaga Peperiksaan.




                 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   41
42   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   43
44   Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah   45
46
                                                                                                                                                                                                    Lampiran 1

                                                                                                                         Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan:
                                                                                                                             Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

                                                                                     A.     Pelaksanaan di Tahap Satu (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3)


                                                                                     Bil.                         Komponen PBS                                                    Perkara

                                                                                     1.     Pentaksiran Sekolah                                                               Mata Pelajaran
                                                                                                                                                        1. Bahasa Melayu                9.  Dunia Seni Visual
                                                                                                                                                        2. Bahasa Inggeris              10. Dunia Muzik
                                                                                                                                                        3. Bahasa Cina                  11. Dunia Sains &
                                                                                                                                                        4. Bahasa Tamil                     Teknologi
                                                                                                                                                        5. Matematik                    12. Bahasa Arab
                                                                                                                                                        6. Pendidikan Jasmani &         13. Bahasa Cina SK
                                                                                                                                                           Pendidikan Kesihatan         14. Bahasa Tamil SK
                                                                                                                                                        7. Pendidikan Islam             15. Bahasa Kadazandusun
                                                                                                                                                        8. Pendidikan Moral             16. Bahasa Iban

                                                                                     2.     Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum        Aktiviti Jasmani dan Kesihatan

                                                                                     3.     Pentaksiran Psikometrik                                    Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti




Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
                                                                                     4.     Pentaksiran Pusat                                          Tiada
Buku panduan pbs
Buku panduan pbs
Buku panduan pbs
Buku panduan pbs

Contenu connexe

Tendances

Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantunAzy Shazela
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moralStrategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moralFiona Ting
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Item soalan
Item soalanItem soalan
Item soalanctm2011
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)FaFai S.
 
Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Ling Jie Wong
 
2 konsep standard prestasi
2 konsep standard prestasi2 konsep standard prestasi
2 konsep standard prestasijai vandhanaa
 
Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza cik noorlyda
 

Tendances (20)

Bloom
BloomBloom
Bloom
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moralStrategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
RPH BM THN 2 (2019)
RPH BM THN 2  (2019)RPH BM THN 2  (2019)
RPH BM THN 2 (2019)
 
Item soalan
Item soalanItem soalan
Item soalan
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
2 konsep standard prestasi
2 konsep standard prestasi2 konsep standard prestasi
2 konsep standard prestasi
 
Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 

Similaire à Buku panduan pbs

Buku dalam
Buku dalamBuku dalam
Buku dalamSiaw Fj
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2SayaNaimah
 
Buku panduan pengurusan pbs
Buku panduan pengurusan pbsBuku panduan pengurusan pbs
Buku panduan pengurusan pbsZul Abd Samad
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Kamarudin Jaafar
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Kemuncuppadang Opel
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2AMIRHAMZAHJAMALUDIN
 
3pentaksiranpusat 120411220746-phpapp01
3pentaksiranpusat 120411220746-phpapp013pentaksiranpusat 120411220746-phpapp01
3pentaksiranpusat 120411220746-phpapp01Rosilawati Yusof
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Noor Hasimah Ansor
 
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran MalaysiaPanduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran MalaysiaHootoh Tudia
 
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]Amran Wil
 
Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011Azizi Ahmad
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011mns811
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Rosziah Sayak
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Noor Hasimah Ansor
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Hii Sibu
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2wnd3098
 
Panduan Pengurusan PBS 2014
Panduan Pengurusan PBS 2014Panduan Pengurusan PBS 2014
Panduan Pengurusan PBS 2014Abdul Rahman
 

Similaire à Buku panduan pbs (20)

Buku dalam
Buku dalamBuku dalam
Buku dalam
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Buku panduan pengurusan pbs
Buku panduan pengurusan pbsBuku panduan pengurusan pbs
Buku panduan pengurusan pbs
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
3pentaksiranpusat 120411220746-phpapp01
3pentaksiranpusat 120411220746-phpapp013pentaksiranpusat 120411220746-phpapp01
3pentaksiranpusat 120411220746-phpapp01
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran MalaysiaPanduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011
 
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
 
Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
PBS dan PT3
PBS dan PT3PBS dan PT3
PBS dan PT3
 
3 pengoperasian pbs
3 pengoperasian pbs3 pengoperasian pbs
3 pengoperasian pbs
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan Pengurusan PBS 2014
Panduan Pengurusan PBS 2014Panduan Pengurusan PBS 2014
Panduan Pengurusan PBS 2014
 

Buku panduan pbs

  • 1. 1 PENGENALAN Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah ini mengandungi panduan, peraturan dan manual pelaksanaan PBS. 1.1 Tujuan Buku ini bertujuan untuk membantu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah berhubung dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem pentaksiran kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Buku ini merupakan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Penerangan terperinci untuk melaksanakan PBS terkandung dalam Manual Pentaksiran Sekolah (Perkara 4), Manual Pentaksiran Pusat (Perkara 5), Manual PAJSK (Perkara 6), Manual Pentaksiran Psikometrik (Perkara 7) dan Manual Penjaminan Kualiti (Perkara 8). Dokumen Standard Prestasi dan Manual Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) yang disediakan dalam bentuk cakera padat disertakan bersama- sama buku ini dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan. 1.2 Dasar Pelaksanaan Pelaksanaan PBS bagi sekolah rendah mulai Tahun 2011 adalah berdasarkan kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Seksyen 67 - Penilaian Murid, Seksyen 68 - Peperiksaan dan Seksyen 69 – Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 iaitu: 1.2.1 Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; 1.2.2 Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan- peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan 1.2.3 Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan. Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan sistem pentaksiran kebangsaan bagi UPSR dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2011 rujukan KP. LP. 003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011 (Rujuk Lampiran A). Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 1 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 1
  • 2. 1.3 Pelaksanaan PBS di Sekolah Rendah Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Jadual 1.1 - Pelaksanaan pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3) BIL KOMPONEN PBS PERKARA Mata Pelajaran 1 Pentaksiran Sekolah 1. Bahasa Melayu 10. Dunia Seni Visual 2. Bahasa Inggeris 11. Dunia Muzik 3. Bahasa Cina 12. Dunia Sains & Teknologi 4. Bahasa Tamil 13. Bahasa Arab 5. Matematik 14. Bahasa Cina SK 6. Pendidikan Jasmani 15. Bahasa Tamil SK 7. Pendidikan Kesihatan 16. Bahasa Kadazandusun 8. Pendidikan Islam 17. Bahasa Iban 9. Pendidikan Moral 18. Bahasa Melayu SJK 19. Bahasa Inggeris SJK 2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Tiada Sukan dan Kokurikulum 3 Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti 4 Pentaksiran Pusat Tiada Jadual 1.2 - Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6) BIL KOMPONEN PBS PERKARA Mata Pelajaran 1 Pentaksiran Sekolah 1. Bahasa Melayu 11. Pendidikan Muzik 2. Bahasa Inggeris 12. Pendidikan Seni Visual 3. Bahasa Cina 13. Pendidikan Islam 4. Bahasa Tamil 14. Pendidikan Moral 5. Matematik 15. Sejarah 6. Sains 16. Bahasa Arab 7. Reka Bentuk & Teknologi 17. Bahasa Cina SK 8. Teknologi Maklumat dan 18. Bahasa Tamil SK Komunikasi 19. Bahasa Kadazandusun 9. Pendidikan Jasmani 20. Bahasa Iban 10. Pendidikan Kesihatan 21. Bahasa Semai 2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum Sukan dan Kokurikulum 3 Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am, Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti 4 Pentaksiran Pusat Ditentukan mengikut format pentaksiran 2 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 3. 1.4 Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan PBS di Sekolah Rendah 1.4.1. Semua murid sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah. 1.4.2. Semua kes khas hendaklah dipohon melalui Pengarah Pelajaran setiap Jabatan Pelajaran Negeri dan dipanjangkan kepada Pengarah Peperiksaan untuk kelulusan. 1.4.3. Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan buku ini, dokumen Standard Prestasi dan Manual SPPBS yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 1.4.4. Jadual Pengoperasian PBS disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan hendaklah dipatuhi oleh semua pihak. 1.4.5. Jawatankuasa PBS Sekolah hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun. 1.4.6. Pengurusan evidens dalam PBS dijalankan secara sistematik mengikut keputusan Jawatankuasa PBS Sekolah. 1.4.7. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan. 1.4.8. Penjaminan kualiti hendaklah dilaksanakan secara berjadual di semua peringkat sama ada JPN, PPD atau sekolah. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 3
  • 4. 2 PENGENALAN KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Pentaksiran Berasaskan Sekolah Akademik Bukan Akademik Pentaksiran Pentaksiran Pentaksiran Aktiviti Pentaksiran Pusat Sekolah Jasmani, Sukan Psikometrik dan Kokurikulum Rajah 2.1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2.1 Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. 2.1.1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. 2.1.2 Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 4 4 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 5. 2.2 Pentaksiran Pusat (PP) Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. 2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum. 2.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 5 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 5
  • 6. 3 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah hendaklah memastikan pengoperasian PBS dilaksanakan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: 3.1 Jadual Pengoperasian PBS Jadual 3.1: Jadual Pengoperasian PBS BIL. PERKARA TEMPOH TINDAKAN 1 Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke Disember LP JPN 2 Mengedarkan Surat Pekeliling dan Disember JPN Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah 3 Mesyuarat Jawatankuasa PBS Januari, April, JPN/PPD/Sekolah Ogos dan Disember 4 Pendaftaran SPPBS Januari – Februari Sekolah 5 Tempoh pelaksanaan PBS Sepanjang sesi Sekolah persekolahan 6 Aktiviti Penjaminan Kualiti: Sepanjang tahun Sekolah/PPD/JPN/ Pementoran, Pemantauan, LP/Bahagian KPM Penyelarasan dan Pengesanan 7 Pengumpulan skor murid dalam Sepanjang tahun Sekolah SPPBS 8 Pelaporan skor murid Mengikut Sekolah keperluan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 6 6 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 7. 3.2 Jawatankuasa PBS Negeri 3.2.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Setiausaha : Ketua Sektor SPP, JPN Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Sektor JPN : Pengarah IPGM : Ketua Nazir JNJK (Negeri) : Ketua Penolong Pengarah, BTPN : Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN : Semua Pegawai Pelajaran Daerah : YDP Majlis Pengetua : YDP Majlis Guru Besar : YDP Majlis Guru Cemerlang 3.2.2 Senarai Tugas i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri; ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri; iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar ke Lembaga Peperiksaan. 3.3 Jawatankuasa PBS Daerah 3.3.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Naib Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Setiausaha : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS) Ahli Jawatankuasa : YDP Majlis Pengetua Daerah : YDP Majlis Guru Besar Daerah : Semua Penolong PPD : Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru 3.3.2 Senarai Tugas i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah; ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah ; iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 7 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 7
  • 8. 3.4 Jawatankuasa PBS Sekolah 3.4.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi : Semua Guru Penolong Kanan Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan Ahli Jawatankuasa : Ketua Panitia Yang Dilantik (Latihan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Penyelarasan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pementoran) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pemantauan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (PS dan PP) : Guru Cemerlang : Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) : Guru Penolong Yang Dilantik (PAJSK) : Jurulatih Utama Pentaksiran (setiap mata pelajaran) 3.4.2 Senarai Tugas i. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. ii. Mengadakan 4 kali mesyuarat setahun: iii. Mesyuarat Kali Pertama – menetapkan hala tuju, matlamat, menyediakan jadual aktiviti dan sebagainya iv. Mesyuarat Kali Kedua – Kajian Suku Tahun Pertama v. Mesyuarat Kali Ketiga – Kajian Suku Tahun Kedua vi. Mesyuarat Kali Keempat – Post Mortem Pelaksanaan vii. Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian/pelaksanaan semua komponen PBS di sekolah. Nota: Pelantikan Jawatankuasa PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada keperluan pihak lain. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 8 8 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 9. 4 PENTAKSIRAN SEKOLAH Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:  Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.  Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P  Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.  Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum PS boleh dilaksanakan secara:  Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P  Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun 4.1 Pentaksiran Rujukan Standard Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 9 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 9
  • 10. murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN STANDARD KURIKULUM STANDARD PRESTASI Matlamat Pernyataan Standard Objektif Deskriptor PENTAKSIRAN Standard Kandungan Evidens Standard Pembelajaran Apa yang dilaporkan tentang Apa yang patut dipelajari pencapaian murid Rajah 4.1 : Hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi Rajah 4.1 menunjukkan hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi. Dokumen Standard Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran-pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. 4.2 Standard Prestasi Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 10 10 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 11. yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi ; � Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. � Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. � Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu. � Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu. 4.3 Kerangka Standard Prestasi Jadual 4.1 menunjukkan kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam PS. Jadual 4.1: Kerangka Standard Prestasi BAND STANDARD 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 2 Tahu dan Faham 1 Tahu Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 11
  • 12. Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik. Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Jadual 4.2 menunjukkan kerangka Dokumen Standard Prestasi yang diguna pakai untuk Pentaksiran Sekolah. Jadual 4.2: Kerangka Dokumen Standard Prestasi Band Pernyataan Standard Deskriptor Evidens 1 Penerangan generik / APA murid tahu dan BAGAIMANA murid 2 umum tentang tahap boleh buat menunjukkan apa yang 3 kemajuan pembelajaran (Merujuk Standard dia tahu dan boleh buat 4 (Merujuk Objektif Mata Kurikulum Tahun-Tahun 5 Pelajaran) Tertentu Bagi Mata 6 Pelajaran) Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai dari Tahun 1 hingga Tahun 6 kerana pernyataan ini digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan. Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran. Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk kepada aspek- aspek yang boleh dilaksana dan boleh ditadbir. Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz. 12 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 13. Rajah 4.2 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah. Peranan Standard Prestasi dalam PS MULA Pemulihan Belum mencapai tahap penguasaan Telah mencapai Tahap penguasaan Rajah 4.2 : Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah Permulaan proses pengajaran-pembelajaran ialah perancangan guru menyediakan perkara yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru. Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 13 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 13
  • 14. Bagi murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid. 4.4 Sistem Pelaporan 4.4.1 Formatif Pernyataan evidens digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid. 4.4.2 Sumatif Pernyataan deskriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid. 4.5 Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Sekolah memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid dan ibu bapa. 4.5.1 Pentadbir Sekolah i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS ii. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual iii. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS iv. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod v. Menjalankan pemantauan dan penyelarasan 4.5.2 Guru i. Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran ii. Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran iii. Menyediakan instrumen pentaksiran iv. Memberi maklum balas tentang pencapaian murid v. Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh vi. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 14 14 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 15. 4.5.3 Murid i. Mengetahui dan memahami standard prestasi ii. Mengetahui perkara yang perlu dikuasai iii. Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai iv. Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan 4.5.4 Ibu Bapa i. Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran ii. Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak iii. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences) iv. Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 15 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 15
  • 16. 5 PENTAKSIRAN PUSAT (PP) Pentaksiran Pusat (PP) adalah pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan rubrik penskoran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu. Pelaksanaan Pentaksiran Pusat ini dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru mata pelajaran mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran Pusat dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka (framework) yang ditetapkan. PP mempunyai ciri-ciri berikut:  Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.  Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P dalam tempoh yang ditetapkan  Fleksibel iaitu pelaksanaan tugasan boleh mengikut kesesuaian masa dan persekitaran  Bersepadu iaitu tugasan yang menguji pelbagai konstruk dan konteks  Autentik iaitu tugasan yang merujuk keadaan sebenar  Merujuk rubrik penskoran yang dibina berdasarkan tugasan 5.1 Objektif Pentaksiran Pusat Objektif Pentaksiran Pusat ialah untuk:  Mentaksir penguasaan dan pencapaian murid dalam aspek pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran serta penghayatan nilai dan sahsiah  Memastikan maklumat yang dikumpul mengenai murid adalah mencukupi dan tepat dengan menggunakan pelbagai instrumen  Mengesahkan penguasaan murid dalam Pentaksiran Sekolah  Penyamataraan dan standardization. 5.2 Rubrik Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria seperti daripada lemah ke cemerlang. Kriteria ini digunakan untuk membuat ranking atau pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Rubrik terdiri daripada rubrik analitik dan rubrik holistik. Rubrik holistik mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid. Rubrik analitik pula terdiri daripada penerangan terperinci berserta agihan markah bagi setiap poin untuk menilai hasil kerja murid. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan Pentaksiran Pusat. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 16 16 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 17. 5.3 Instrumen Pentaksiran Pusat Pelbagai instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan konstruk yang akan ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara instrumen yang digunakan ialah: 5.3.1 Pencerapan Pencerapan ialah satu proses pemerhatian bagi tujuan tertentu. Proses ini biasanya kurang berstruktur dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala pengkadaran (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod. 5.3.2 Ujian Ujian ialah sejenis alat/instrumen untuk mengumpul maklumat. Ujian lebih berstruktur, tegar dan membolehkan guru mengumpul evidens bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Murid-murid dapat mempamerkan evidens tentang pembelajaran mereka melalui ujian dan penghakiman tentang pencapaian murid dapat dibuat dengan penskoran. 5.3.3 Persembahan Persembahan ialah tugasan yang bersifat lebih fleksibel berbanding dengan ujian dan melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amali. 5.3.4 Pentaksiran Kendiri, Rakan Sebaya dan Kerja Berkumpulan Pentaksiran kendiri merupakan refleksi dilaksanakan oleh seseorang murid ke atas pembelajarannya sendiri. Murid mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat dengan panduan yang diberikan oleh guru. . Pentaksiran rakan sebaya membenarkan murid untuk menilai prestasi rakan sebaya dengan menggunakan senarai semak atau rubrik. Pentaksiran kerja berkumpulan melibatkan pentaksiran hasil kerja kumpulan selain daripada kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan. 5.3.5 Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Projek membolehkan murid mengintergrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 17
  • 18. 5.3.6 Ujian Amali Ujian amali merupakan satu tugasan yang bertujuan mengukur kebolehan murid mengaplikasi ilmu dan kemahiran yang diperoleh. Ujian ini dinilai berdasarkan penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kemahiran kreatif dan pelbagai kemahiran kendiri yang berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran. Semua kemahiran tersebut dinilai sama ada secara langsung semasa ujian dijalankan atau berpandukan evidens yang dipamerkan melalui penghasilan produk. 5.4 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat Pelaksanaan Pentaksiran Pusat melibatkan perancangan yang menyeluruh di semua peringkat dengan memastikan prosedur adalah seragam dan dipatuhi bagi menjamin keadilan, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Pengoperasian Pentaksiran Pusat merangkumi: 5.4.1 Perancangan Perancangan adalah untuk menyelaraskan kerja-kerja pengoperasian Pentaksiran Pusat supaya pelaksanaannya berjalan lancar menepati kehendak dan spesifikasi tugasan, dilaksanakan secara sistematik dan menepati jadual kerja yang ditetapkan. Perancangan Pentaksiran Pusat melibatkan Lembaga Peperiksaan dan pelbagai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah serta agensi-agensi lain yang berkaitan. Perancangan di peringkat sekolah merujuk kepada: � murid yang akan ditaksir, � bila pentaksiran dilaksanakan, � siapa yang terlibat, � pemahaman tugasan yang dibekalkan, � penskoran, perekodan dan pelaporan 5.4.2 Penyediaan Jadual Kerja Tindakan utama dalam perancangan ialah menyediakan satu jadual kerja yang mengandungi maklumat mengenai aktiviti/tindakan yang akan dijalankan, tempoh masa dan penglibatan/ tanggungjawab. a. Perkara-Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan i. Peringatan kepada murid ii. Kualiti Tugasan � Tidak dibenarkan menciplak hasil kerja orang lain � Perlu mengikut spesifikasi penghasilan tugasan yang ditetapkan � Bagi tugasan berbentuk amali, persembahan/penghasilan mestilah berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut mata pelajaran seperti dalam Panduan bagi setiap mata pelajaran � Perlu mencapai tahap yang ditetapkan 18 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 19. 5.4.3 Penataran Penataran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman dan kesefahaman dalam kalangan pentaksir dan pengguna supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penataran dijalankan dengan tujuan memberi pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor. 5.4.4 Penyelarasan Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan juga dilakukan dari aspek penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti. 5.4.5 Pelaporan Pelaporan Pentaksiran Pusat merujuk kepada rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan. Pelaporan skor menunjukkan tahap penguasaan dan pencapaian murid dan boleh diperbaiki atau dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Rajah 5.1 menunjukkan Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat di semua peringkat manakala Rajah 5.2 menunjukkan Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di Sekolah. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 19 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 19
  • 20. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULA Menyediakan bahan JABATAN Penataran PELAJARAN NEGERI Menjalankan penataran PP Menerima penataran PEJABAT peringkat PP dari KPM PELAJARAN DAERAH kebangsaan Mengadakan Menerima penataran penataran PP SEKOLAH PP dari JPN peringkat Negeri Menerima penataran PP dari Mengadakan PPD penataran PP peringkat daerah Taklimat kepada J/K PBS Sekolah Mengadakan penataran Menyediakan laporan Menyediakan laporan PBS di peringkat penataran penataran Sekolah Menyediakan laporan penataran PP Menghantar laporan Menerima laporan penataran ke PPD penataran PPdaripada sekolah � Merumuskan laporan penataran peringkat daerah � Menerima rumusan penataran daripada Menghantar rumusan PPD penataran ke JPN Menerima laporan Menghantar �� rumusan dari JPN keseluruhan penataran PP ke KPM TAMAT Rajah 5.1: Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat 20 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 21. Mula Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran Guru melaksana pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran Pentaksiran semula Guru mentaksir, menskor berdasarkan evidens dan merekod Penyelarasan dan pemantauan Pelarasan skor Pembetulan skor dan pelaporan Merumus dan melapor dalam sistem dan memberi maklum balas Tamat Rajah 5.2: Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di Sekolah 5.5 Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Pusat Pentaksiran Pusat memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan. 5.5.1 Pentadbir Sekolah  Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan Pentaksiran Pusat  Menyediakan peralatan, bahan dan jadual  Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan Pentaksiran Pusat  Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 21 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 21
  • 22. 5.5.2 Guru  Mengumpul rekod dan data pencapaian murid  Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran  Melaksanakan pentaksiran  Memberi maklum balas tentang pencapaian murid  Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh  Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran 5.5.3 Murid  Mengetahui dan memahami rubrik penskoran  Mengetahui perkara yang perlu dikuasai  Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai  Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan 5.5.4 Ibu Bapa  Mengetahui dan memahami rubrik penskoran dalam sistem pentaksiran  Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak  Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences)  Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan 5.5.5 Pihak yang Berkepentingan/PIBG  Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran  Menggalakkan minat pembelajaran sepanjang hayat  Memberi komitmen terhadap usaha menjana pembangunan, pertumbuhan dan penyebaran ilmu  Mendorong dan menggalakkan kreativiti dan inovasi 5.6 Istilah Institusi Pentaksiran Pusat Antara istilah institusi Pentaksiran Pusat yang digunapakai di sekolah adalah seperti berikut: 5.6.1 Ditadbir Usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran atau pentaksir yang terlibat semasa P&P dan pengurusan evidens. 5.6.2 Diskor Proses pemberian skor kepada perkara yang ditaksir berdasarkan peraturan penskoran/rubrik. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 22 22 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 23. 5.6.3 Dilaporkan Rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan. 5.6.4 Dimoderatkan Usaha memastikan skor murid disetarakan bagi tiap-tiap murid dalam sesebuah sekolah dan antara sekolah. Mekanisme ini menjamin kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran. 5.6.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesahan ialah sejauh mana skor sesuatu pentaksiran dapat menggambarkan relevan dan kecukupcakupan perkara yang ditaksir. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Dokumen KSSR. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran dipastikan melalui penyelarasan dan pemantauan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 23 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 23
  • 24. 6 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 6.1 Komponen PAJSK PAJSK merangkumi lima komponen; aktiviti jasmani, kesihatan, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum seperti dalam Rajah 6.1. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) � Jasmani� Kesihatan� Sukan� Kokurikulum� Ekstrakurikulum� � � � SEGAK* BMI* Penyertaan, Penyertaan, - Tinggi Penglibatan dan Penyertaan, - Perkembangan Penglibatan dan - Berat Pencapaian dalam Penglibatan dan fizikal Pencapaian dalam - Tafsiran BMI aktiviti sukan: Pencapaian dalam: - Kecergasan aktiviti - Sekolah - Kelab - Senaman ekstrakurikulum: - Daerah - Persatuan - Sekolah - Negeri, - Unit Beruniform - Daerah - Kebangsaan - Negeri, - Antarabangsa - Kebangsaan - Antarabangsa Rajah 6.1: Komponen PAJSK 6.1.1 Pentaksiran Aktiviti Jasmani Aktiviti jasmani dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk" dan "Jangkaun". 24 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 25. a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Jasmani ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid. b. Konstruk yang diukur i. Perkembangan fizikal murid ii. Kecergasan iii. Senaman c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani i. Pentaksiran Aktiviti Jasmani dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa ii. Semua murid Tahap 2 diwajibkan terlibat iii. Guru merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK 6.1.2 Pentaksiran Kesihatan Pentaksiran Kesihatan dalam PAJSK hanya tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index (BMI). a. Objektif Pentaksiran Kesihatan i. Mengukur BMI murid ii. Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid b. Konstruk yang diukur i. Tinggi ii. Berat iii. Tafsiran BMI c. Pelaksanaan Pentaksiran Kesihatan i. Pentaksiran Kesihatan dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa ii. Semua murid Tahap 2 diwajibkan terllibat iii. Guru merekod berat badan dan ketinggian murid serta memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Guru mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 25
  • 26. 6.1.3 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan membangun modal insan dalam memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK mengandungi konstruk dan pelaksanaan yang hampir serupa. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan, pertandingan yang mempertingkatkan kemahiran yang melibatkan fizikal dan ketahanan mental. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab, pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid b. Konstruk yang diukur i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum c. Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum i. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang aktiviti dijalankan mengikut kesesuaian guru atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN ii. Semua murid Tahap 2 diwajibkan terlibat iii. Guru merekod aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Pelaporan Sukan dan Kokurikulum (BPSK - Lampiran B) dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan v. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 6.1. Jadual 6.1: Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum Aspek Penglibatan 30% Penyertaan 50% Prestasi 20% Elemen Elemen Elemen Jawatan Peringkat Komitmen Kehadiran Bidang Pencapaian Sumbangan Nilai Skor Nilai Skor Nilai Skor 5% 13% 12% 40% 10% 10% 10% 26 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 27. 6.1.4 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti di luar waktu persekolahan yang tidak dikendalikan oleh pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum adalah untuk mengumpul maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstrakurikulum murid. b. Konstruk yang diukur i. Penyertaan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum ii. Penglibatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti ekstrakurikulum c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum i. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan selepas aktiviti ekstrakurikulum dijalankan ii. Semua murid Tahap 2 terlibat secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga iii. Pengesahan aktiviti ekstrakurikulum murid hendaklah dibuat melalui tandatangan dan cop penganjur iv. Guru merekod aktiviti ekstrakurikulum menggunakan Borang Pelaporan Ekstrakurikulum (BPE; Lampiran C) dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan v. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan vi. Pemberatan wajaran aktiviti ekstrakurikulum adalah berdasarkan tiga aspek iaitu penglibatan, penyertaan dan prestasi murid Aspek penglibatan murid merangkumi tiga elemen seperti dalam Jadual 6.2, Jadual 6.3 dan Jadual 6.4 Jadual 6. 2: Elemen Kegiatan Kegiatan Skor  Peserta  Pembantu 5% Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 27 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 27
  • 28. Jadual 6.3: Elemen Peringkat Peringkat Skor Antarabangsa 13% Kebangsaan 11% Negeri 10% Masyarakat 8% Komuniti 6% Rumah/Kelab/Persatuan 4% Jadual 6.4: Elemen Komitmen Komitmen Skor Menunjukkan 4% Kepimpinan Mengurus aktiviti 4% Membantu guru atau 3% rakan Menyedia peralatan 3% Mengemas peralatan 3% Membersih kawasan 3% Menepati waktu 3% Menunjukkan minat 3% Menunjukkan 3% kesungguhan Mengikut arahan 3% Mencuba 3% Memberi kerjasama 3% Markah maksimum 12%. Aspek penyertaan murid merangkumi dua elemen seperti dalam Jadual 6.5 Jadual 6.6. Jadual 6.5: Elemen Bilangan Penyertaan Skor Yang Bilangan Penyertaan Ditetapkan Ekstrakurikulum (%) 3 dan lebih 40 2 20 1 10 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 28 28 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 29. Jadual 6.6: Elemen Bidang PENYERTAAN (50%) Bidang (10%) 1 1 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0 % Aktiviti Persembahan % % % % % % kemasyarakatan lain Aktiviti Kelab riadah Aktiviti Pertubuhan Aktiviti Persatuan Aktiviti Kelab dan kemasyarakatan kebajikan ibadat Aktiviti Pasukan Aktiviti Rumah kebudayaan Persatuan atau hobi sukarela sukarela Aktiviti Aspek prestasi merangkumi elemen tahap pencapaian seperti dalam Jadual 6.7 Jadual 6.7: Elemen Tahap Pencapaian Tahap Skor Pencapaian % 20% Johan 20 Naib Johan 15 Ketiga 12 Peserta 8 Urusetia 5 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 29 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 29
  • 30. 7 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK . Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi. Ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid. PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. 7.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti. Konstruk yang diukur dalam PPsi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1. Kemahiran berfikir Kemahiran menyelesaikan masalah Aptitud Am dan membuat keputusan Minat, kecenderungan, kesediaan Aptitud Verbal Visual Kreativiti Kinestatik Aptitud Muzik Khusus Interpersonal Naturalis Pentaksiran Intrapersonal Psikometrik Logik Matematik Komunikasi Penyesuaian budaya Kerja berkumpulan Nilai/Akauntabiliti Inventori Kepimpinan Personaliti Keusahawanan Kestabilan rohani Keselesaan dalam pergaulan Kefungsian emosi Etika Rajah 7.1: Konstruk yang diukur dalam PPsi 30 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 31. 7.1.1 Ujian Aptitud Am Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki. Ujian ini juga dapat mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu. a. Objektif Ujian Aptitud Am: i. Mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid ii. Membantu murid mengenal potensi diri iii. Membantu guru memahami psikologi murid b. Konstruk Ujian Aptitud Am i. Kemahiran berfikir ii. Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan iii Minat dan kecenderungan c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Am i. Ujian objektif aneka pilihan ini dilaksanakan selepas UPSR di Tahun 6 ii. Semua murid terlibat dalam pentaksiran iii. Instrumen Ujian Aptitud Am disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Pelaporan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan 7.1.2 Ujian Aptitud Khusus Ujian Aptitud Khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu yang tidak diukur dalam Ujian Aptitud Am. a. Objektif Ujian Aptitud Khusus: i. Mencungkil potensi murid pada peringkat umur tertentu ii. Membantu guru mengenalpasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan iii. Membantu murid mengenal potensi diri iii. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya b Konstruk Ujian Aptitud Khusus i. Verbal (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. ii. Visual – Ruang – Bukan Verbal (Pintar ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang iii. Logik Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. iv. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. v. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 31 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 31
  • 32. vi. Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. vii. Kreativiti (Pintar minda): keupayaan seseorang individu melihat daripada perspektif berbeza serta menghasilkan idea dan konsep yang asli. viii. Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. ix. Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan seseorang individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat supaya boleh membantu orang lain. c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual ii. Semua murid terlibat dalam pentaksiran iii. Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Pelaporan akan disediakan oleh pihak sekolah 7.1.3 Inventori Personaliti Inventori Personaliti ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. a. Objektif Inventori Personaliti i. Membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai ii. Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan menyedari potensi diri iii. Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu b. Konstruk Inventori Personaliti Konstruk yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di Malaysia. i. Komunikasi verbal (lisan) dan komunikasi bukan verbal dengan orang lain, individu dengan kumpulan dan individu dengan organisasi ii. Kerja Berkumpulan: semangat dan sikap meyayangi organisasi, tolong menolong, bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain iii. Extraversion: sifat mudah mesra dan selesa dalam pergaulan iv. Nilai / Akauntabiliti: ciri/trait yang menjelaskan sejauh mana seseorang individu mempunyai sifat-sifat seperti pemurah, cekap, tertib, bertanggungjawab, teliti, tekal dan amanah Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 32 32 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 33. v. Emotional Functionality: keseimbangan, kejelasan dan amalan aspek kefungsian emosi individu vi. Penyesuaian Budaya: kesediaan seseorang individu untuk menerima sesuatu idea untuk dijadikan sebagai suatu budaya dalam masyarakat vii. Kestabilan Rohani: individu yang mempunyai rohani yang stabil dalam aspek ketuhanan, kepercayaan, ketaatan, kefahaman dan amalan kepada agama viii. Kepimpinan: satu kebolehan mempengaruhi serta meyakini orang lain ke arah pencapaian matlamat bersama ix. Keusahawanan: aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan x. Etika: tingkah laku betul dan baik seseorang terhadap masyarakat dan organisasi c. Pelaksanaan Inventori Personaliti i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual ii. Tidak diwajibkan untuk semua murid dan terbuka kepada yang memerlukan sahaja iii. Instrumen disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir oleh sekolah iv. Pelaporan disediakan oleh pihak sekolah Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 33 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 33
  • 34. 8 MANUAL PENJAMINAN KUALITI Manual Penjaminan Kualiti bertujuan memberi panduan kepada pihak yang berkenaan seperti guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan penjaminan kualiti pelaksanaan PBS. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran adalah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: a. Pementoran b. Penyelarasan c. Pemantauan d. Pengesanan 8.1 Pementoran Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. 8.1.1 Objektif Pementoran: a. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS b. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing/menti c. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing/menti d. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS e. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing/menti 8.1.2 Jenis Pementoran a. Formal b. Informal Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 34 34 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 35. 8.1.3 Jenis Mentor a. Mentor Dalaman terdiri daripada i. Ketua Panitia dan/atau ii. Jurulatih Utama dan/atau iii. Guru Cemerlang dan/atau iv. Guru Besar dan/atau v. Mana-mana guru yang dilantik b. Mentor Luaran terdiri daripada: i. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau iv. Mana-mana pegawai yang dilantik Kekerapan pementoran adalah mengikut keperluan 8.1.4 Pelaksanaan Pementoran: a. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) b. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran c. Mendedahkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran d. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan pembelajaran e. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran f. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing/menti 8.2 Penyelarasan Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. 8.2.1 Objektif Penyelarasan: a. Menyeragamkan skor Pentaksiran Sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen Standard Prestasi b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan c. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid e. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 35 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 35
  • 36. 8.2.2 Penyelaras a. Penyelaras Dalaman yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS) b. Penyelaras Luaran yang terdiri daripada pegawai Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah c. Kekerapan aktiviti penyelarasan ditentukan oleh Jawatankuasa PBS dan perlu dijadualkan 8.2.3 Pelaksanaan Penyelarasan: a. Sebelum Penyelarasan i. Menentukan tarikh, tempat, masa penyelarasan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah ii. Mengadakan perbincangan mengenai  Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan  Kesesuaian instrumen yang digunakan  Kefahaman tentang penskoran  Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor b. Semasa Penyelarasan i. Memilih evidens murid secara rawak mengikut pencapaian ii. Membanding skor yang diberikan oleh guru iii. Menyelaras pemberian skor c. Selepas Penyelarasan i. Menyediakan laporan penyelarasan. ii. Menyelaras skor murid, jika perlu 8.3 Pemantauan Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. 8.3.1 Objektif Pemantauan PBS: a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh. b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah. c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru. d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran. e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan. 8.3.2 Jenis Pemantau a. Pemantau Dalaman ialah guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS). Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 36 36 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 37. b. Pemantau Luaran yang dilantik dalam kalangan: i. pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia ii. pegawai Lembaga Peperiksaan iii. pegawai Jabatan Pelajaran Negeri iv. pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS, mengikut jadual yang ditentukan oleh Jawatankuasa PBS. 8.3.3 Pelaksanaan Pemantauan: a. Sebelum Pemantauan i. Menentukan tarikh, tempat, masa pemantauan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. ii. Menyediakan instrumen pemantauan (contoh: senarai semak) b. Semasa pemantauan i. Memastikan pelaksanaan adalah mengikut garis panduan.  Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.  Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.  Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat. c. Selepas pemantauan  Melaporkan dapatan pemantauan.  Menyenaraikan kekuatan dan keberkesanan pelaksanaan PBS kepada guru.  Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS. 8.4 Pengesanan Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. 8.4.1 Objektif Pengesanan PBS: a. Mengenal pasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan. b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. Pengesanan dilaksana mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 37 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 37
  • 38. 8.4.2 Pegawai Pengesanan a. Pegawai Pengesanan Dalaman ialah guru mata pelajaran yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS) b. Pegawai Pengesanan Luaran yang dilantik dalam kalangan:  pegawai Lembaga Peperiksaan  pegawai Jabatan Pelajaran Negeri  pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Aktiviti pengesanan diadakan semasa dan/atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS. 8.4.3 Pelaksanaan Pengesanan PBS: a. Sebelum pengesanan i. Menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. ii. Menyediakan instrumen pengesanan (contoh: senarai semak) b. Semasa pengesanan i. Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran. ii. Mencadangkan penyelesaian. c. Selepas pengesanan hendaklah memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 38 38 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 39. 9 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Evidens murid yang telah dikumpul perlu diurus dengan baik dan sistematik. Pengurusan evidens murid di sekolah hendaklah memudahkan semua pihak yang terlibat dan dapat membantu menjayakan pelaksanaan PBS di sekolah. Evidens boleh didapati daripada pelbagai sumber. Guru atau pentaksir bertanggungjawab untuk memastikan evidens yang mencukupi dan sesuai untuk membuat pertimbangan atau keputusan terhadap penguasaan murid dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri evidens yang dikumpul: i. Sah - Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan /pencapaian standard yang telah ditetapkan ii. Autentik - Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri iii. Kecukupan - Adakah evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid iv. Semasa - Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut standard semasa v. Tekal - Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan 9.1 Pengurusan Evidens Pentaksiran Sekolah Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. Antara contoh evidens murid ialah: � tulisan � bahan cetakan � persembahan � foto � grafik � artifak � laporan Pengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut: a. buku latihan b. lembaran kerja dan artifak yang bersesuaian hendaklah diserahkan kepada murid setelah direkodkan dalam aplikasi SPPBS. Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan dan pengayaan pembelajaran c. Evidens yang terbaik dan terpilih boleh dijadikan bahan showcase. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 39
  • 40. 9.2 Pengurusan Evidens Pentaksiran Pusat Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. Antara contoh evidens murid ialah:  tulisan  bahan cetakan  persembahan  foto  grafik  artifak  laporan a. Penyimpanan  Evidens murid disimpan di tempat yang selamat secara bersistematik dalam tempoh tertentu dan diserahkan kepada murid setelah selesai aktiviti penjaminan kualiti. b. Pelupusan  Evidens dilupus berdasarkan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Pusat dengan cara mengembalikan kepada murid sebagai simpanan mereka. 9.3 Pengurusan Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Guru merekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum menggunakan borang dan aplikasi PAJSK. 9.4 Pengurusan Evidens Pentaksiran Psikometrik Evidens adalah terhad dan disimpan oleh guru di tempat yang selamat secara bersistematik. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 40 40 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 41. 10 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) Sistem Pengurusan Pentaksiran PBS (SPPBS) dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran untuk komponen akademik dan bukan akademik. SPPBS digunakan untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS serta menjana pelaporan apabila diperlukan. SPPBS akademik dibangunkan dengan kaedah web-based dan standalone manakala SPPBS bukan akademik dibangunkan secara ����������. Manual aplikasi ini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Lembaga Peperiksaan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 41
  • 42. 42 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 43. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 43
  • 44. 44 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  • 45. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 45
  • 46. 46 Lampiran 1 Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) A. Pelaksanaan di Tahap Satu (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) Bil. Komponen PBS Perkara 1. Pentaksiran Sekolah Mata Pelajaran 1. Bahasa Melayu 9. Dunia Seni Visual 2. Bahasa Inggeris 10. Dunia Muzik 3. Bahasa Cina 11. Dunia Sains & 4. Bahasa Tamil Teknologi 5. Matematik 12. Bahasa Arab 6. Pendidikan Jasmani & 13. Bahasa Cina SK Pendidikan Kesihatan 14. Bahasa Tamil SK 7. Pendidikan Islam 15. Bahasa Kadazandusun 8. Pendidikan Moral 16. Bahasa Iban 2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Aktiviti Jasmani dan Kesihatan 3. Pentaksiran Psikometrik Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 4. Pentaksiran Pusat Tiada