2. 2.1 STRUKTUR SEL & FUNGSI
• Organisma hidup terdiri daripada unit-unit asas yang disebut
sel.
• Komponen hidup sesuatu sel dipanggil protoplasma.
Protoplasma terdiri daripada sitoplasma dan nukleus.
• Protoplasma diselaputi oleh membran plasma dalam kedua-
dua sel haiwan dan tumbuhan.
• Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang menyelaputi
keseluruhan membran plasma.
• Sitoplasma mengandungi struktur-struktur yang dipanggil
organel-organel yang menjalankan fungsi-fungsi tertentu.
• Contoh organel termasuk nukleus, jalinan endoplasma,
ribosom, mitokondrion, jasad golgi, vakuol dan kloroplas.
3.
4.
5. Komponen sel dalam sel haiwan
dan sel tumbuhan
Organel:
Nukleus
Bukan organel: Vakuol
Membran plasma Mitokondrion
Dinding sel Ribosom
Lisosom
Sitoplasma
Jalinan endoplasma
Alat golgi
Sentriol
Kloroplas
6. 1. Membran plasma
Struktur Fungsi
Membran pada permukaan yang Membentuk suatu sempadan
menyelaputi kandungan sel yang mengasingkan kandungan sel
Terdiri daripada protein dan daripada persekitaran luar.
fosfolipid Bertindak sebagai halangan
Separa telap memilih dengan mengawal
pergerakan bahan-bahan ke dalam
dan keluar dari sel
2. Dinding sel
Lapisan luar yang tegar yang Memberi bentuk kepada sel
menyelaputi membran plasma sel- tumbuhan
sel tumbuhan. Memberi kekuatan mekanikal
Terdiri daripada selulosa dan sokongan kepada sel
Telap penuh tumbuhan
7. 3. Sitoplasma
Struktur Fungsi
Kawasan antara nukleus Bertindak sebagai medium
dan membran plasma bagi tindak balas biokimia
Matriks seperti jeli yang dalam sel.
mengandungi bahan-bahan Membekalkan bahan-
organik dan bahan-bahan bahan yang diperolehi dari
bukan organik luar sel kepada organel-
Mengandungi organel- organel
organel
8. 4. Nukleus
Struktur Fungsi
Besar, tumpat dan sfera Mengandungi maklumat
Diselaputi oleh membran genetik yang menentukan ciri-
nukleus ciri dan fungsi sel
Mengandungi Mengawal aktiviti-aktiviti sel
nukleoplasma, nukleolus dan
kromosom
5. Vakuol
Kantung berisi cecair Bertindak sebagai tempat simpanan
dalam sel, di mana sap sel
Diselaputi oleh membran mengandungi air, asid organik, gula,
separa telap tonoplas asid amino, garam mineral dan
Cecair dalam vakuol buangan, pigmen dan hasil metabolik.
dipanggil sap sel Sel sap membekalkan sokongan
kepada tumbuhan herba.
9.
10. 6. Mitokondrion
Struktur Fungsi
Kecil, berbentuk sfera atau Tapak bagi respirasi sel
bujur Tenaga yang dibebaskan
disimpan dalam bentuk
(Adenosine triphosphate)
7. Ribosom
Padat, sfera Sintesis protein berlaku
Terikat kepada jalinan pada ribosom
endoplasma kasar atau
bertabur secara bebas dalam
sitoplasma
Terdiri daripada asid
ribonukleik(RNA) dan protein
11.
12. 8. Lisosom
Struktur Fungsi
Kantung dilingkungi membran Mengandungi enzim-enzim
hidrolitik yang mencernakan
atau memecahkan molekul-
molekul organik yang
kompleks seperti protein,
polisakarida dan lipid.
Enzim-enzim memusnahkan
organel-organel yang lusuh
dan rosak
14. 9. Jalinan Endoplasma
Struktur Fungsi
Terdiri daripada suatu rangkaian Jalinan endoplasma kasar
membran berganda yang mengangkut protein yang disintesis
membentuk tubul-tubul oleh ribosom
bersambung atau kantung yang Jalinan endoplasma licin adalah
bersambung dengan membran tapak bagi sintesis lipid dan
nukleus. penyahtoksikan dadah dan racun
Jalinan endoplasma kasar
mempunyai ribosom terikat pada
permukaan, sementara jalinan
endoplasma licin tidak mempunyai
ribosom.
15. 10. Alat Golgi
Struktur Fungsi
Terdiri daripada suatu Memproses karbohidrat,
timbunan kantung protein, fosfolipid dan
bermembran yang pipih glikoprotein jalinan
endoplasma
Hasil disusun oleh alat golgi
dan di bungkus ke dalam
vesikel
Vesikel-vesikel kemudian
membebaskan kandungannya
ke luar sel
17. 11. Sentriol
Struktur Fungsi
Sepasang struktur bujur Membentuk gentian-gentian
yang kecil gelendung semasa
Berada di luar nukleus pembahagian sel dalam sel
Terdiri daripada mikrotubul haiwan
12. Kloroplas
Organel berbentuk cakera Menjalankan fotosintesis
Mengandungi pigmen hijau,
klorofil yang memerangkap
tenaga cahaya matahari
18.
19. Latihan
Nyatakan persamaan antara sel haiwan
dengan sel tumbuhan
Nyatakan perbezaan antara sel haiwan dan sel
tumbuhan dari segi bentuk, dinding sel,
vakuol, kloroplas dan bahan simpanan
20. 2.2 ORGANISASI SEL
Organisma dibahagikan kepada dua jenis:
(a) Organisma unisel
(b) Organisma multisel
Organisma unisel:
Organisma satu sel
Contoh: Ameba sp. , Paramesium sp.
Organisma-organisma ini boleh menjalankan
semua fungsi dalam suatu sel
22. Ameba sp.
1. Ciri-ciri Ameba sp:
(a) Hidup bebas dalam tasik dan kolam air tawar serta dalam
tanah
(b) Tidak mempunyai bentuk tetap dan diselaputi oleh membran
plasma
(c) Sitoplasma dibahagikan kepada suatu lapisan luar yang disebut
ektoplasma sementara lapisan dalam disebut endoplasma
(d) Bergerak dengan menghulurkan pseudopodia sementara (“kaki
palsu”). Ini diikuti dengan aliran sitoplasma ke dalam
pseudopodia yang dipanjangkan.
24. Ameba sp.
(f) Memakan organisma-organisma mikroskopik seperti
bakteria.
(g) Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku
melalui membran plasma secara resapan.
(h) Bahan buangan dibuang melalui membran plasma
secara resapan
(i) Air meresap ke dalam sel secara osmosis dan
memenuhi vakuol mengecut. Apabila vakuol itu
penuh, air berlebihan dikeluarkan daripada sel itu
mengecut.
(j) Membiak secara aseks melalui belahan dedua. Dalam
keadaan yang tidak sesuai, Ameba sp.membentuk
spora.
27. Paramesium sp.
1. Ciri-ciri paramesium sp.
(a) Ia hidup dalam air bertakung yang mengandungi bahan
organik yang mereput
(b) Membentuk bentuk seperti suatu tapak kaki
(c) Ia diselaputi oleh membran plasma dan silia
(d) Hujung anterior adalah tumpul sementara posteriornya
adalah tajam
(e) Ia mempunyai dua nukleus:
(i) Makronukleus (lebih besar)
Untuk mengawal perkembangan dan fungsi sel yang biasa
(i) Mikronukleus (lebih kecil)
Untuk pertukaran bahan genetik semasa pembiakan seks
28. Paramesium sp.
(f) Mempunyai dua vakuol mengecut, suatu vakuol mengecut
anterior dan suatu vakuol mengecut posterior. Vakuol
mengecut berselang-seli.
(g) Pukulan secara beritma air oleh silia membolehkannya
bergerak ke hadapan dan berputar mengelilingi paksinya.
29. • Silia dalam alur menarik makanan ke dalam salur
pencernaan (gullet). Kemudian, ia memasuki sitoplasma,
membentuk suatu vakuol makanan. Enzim dirembeskan
untuk mencernakan makanan dan semasa ia dicernakan,
makanan bergerak dalam suatu bulatan di sekitar sel dalam
proses disebut siklosis. Bahan tidak dicernakan dikeluarkan
melalui liang dubur.
32. Organisma Multisel
1. Organisma-organisma yang terdiri daripada lebih
daripada satu sel.
2. Sel-sel sama jenis yang menjalankan fungsi yang sama
diorganisasikan ke dalam tisu.
(i) Tisu
- suatu kumpulan sel sama yang bekerja bersama untuk
menjalankan suatu fungsi spesifik
(ii) Organ
- suatu kumpulan tisu yang bekerja bersama untuk
menjalankan suatu fungsi spesifik
(iii) Sistem
- beberapa organ yang bekerja bersama untuk
menjalankan suatu fungsi spesifik
(iv) Organisma
- semua sistem bekerja bersama untuk membentuk
benda hidup, suatu organisma
34. Organisma Sel Dalam Haiwan
• Terdapat empat jenis tisu haiwan:
– Tisu epitelium
– Tisu otot
– Tisu saraf
– Tisu penghubung
35. 1. Tisu Epitelium – terdiri daripada satu atau lebih lapisan sel
Terdiri daripada satu atau lebih lapisan sel.
(i) Membentuk satu lapisan yang bersambung di permukaan
badan (kulit dan lapisan permukaan mulut dan esofagus) dan
permukaan dalaman ruang-ruang (permukaan paru-paru,
ruang badan, jantung dan salur darah). Lapisan kulit
membentuk lapisan pelindung terhadap jangkitan, kecederaan
mekanikal dan pendehidratan.
36. 1. Tisu Epitelium
(ii) Membentuk lapisan permukaan tubul-tubuk ginjal,
kelenjar dan duktus
(iii) Sel-sel pada lapisan permukaan usus kecil membentuk
sel-sel goblet yang merembeskan mukus
38. 2. Tisu Otot
Terdiri daripada sel-sel disebut gentian otot
(i) Pengecutan dan pengenduran otot-otot ini adalah bertanggungjawab
bagi pergerakan luar kawalan seperti peristalsis dalam salur pencernaan
Otot licin (dalam usus, salur darah,
salur kencing dan salur pembiakan)
(ii) Pengecutan dan pengenduran otot menggerakkan tulang
Otot rangka (terdapat dalam lengan dan kaki)
39. 2. Tisu Otot
(iii) Mengecut untuk mengepam darah
Otot kardium
(terdapat dalam dinding jantung)
3. Tisu Saraf
Terdiri daripada neuron atau sel saraf
Setiap neuron terdiri daripada badan
sel dan gentian saraf disebut dendrit
dan akson
Mengesan ransangan dan mengutus
impuls saraf kepada otot dan kelenjar
Mengawal dan mengkordinasikan
aktiviti-aktiviti badan
40. 4. Tisu penghubung
Tisu penghubung longgar Terdiri daripada pelbagai jenis sel dalam
Tisu penghubung tumpat, suatu matriks intersel:
bergentian (i) Mengikat tisu kepada tisu dan
memegang organ-organ pada
tempatnya
(ii) Terdapat tendon yang menghubungkan
otot kepada tulang dan dalam ligamen,
di mana tulang disambungkan pada
sendi
3. Tisu Saraf
Membekalkan sokongan bagi hidung dan
telinga
Menyelaputi hujung tulang
Cakera di antara vertebra bertindak
sebagai kusyen untuk menyerap tekanan
41. 4. Tisu penghubung
Terdiri daripada sel-sel dalamsuatu matriks
kolagen yang dikeraskan ole enapan mineral
seperti kalsium
Memberi perlindungan kepada organ-
organ
Memberi sokongan kepada badan
Berfungsi dalam mengangkut gas-gas
respirasi, nutrien, hormon dan hasil buangan
Mempunyai fungsi perlindungan dalam
sistem keimunan
42. 4. Tisu penghubung
Terdiri daripada sel-sel yang disusun padat
yang menyimpan lemak
Terdapat dalam dermis kulit dan di sekitar
organ-organ
Bertindak sebagai simpanan tenaga
Membekalkan penebatan dan
perlindungan
43. Organ dan sistem
• Suatu organ adalah gabungan suatu kumpulan tisu yang
berbeza jenis bertindak secara bersepadu untuk
menjalankan fungsi tertentu.
• Contoh organ termasuk jantung, perut dan usus kecil
• Jantung terdiri daripada gabungan tisu otot, tisu
penghubung dan tisu saraf. Usus kecil terdiri daripada
tisu epitelium dan tisu otot.
• Beberapa organ bertindak secara bersepadu untuk
menjalankan fungsi bersama sistem.
• Terdapat 11 sistem yang menjalankan fungsi-fungsi
badan.
• Setiap sistem terdiri daripada beberapa organ. Sebagai
contoh, sistem pencernaan terdiri daripada mulut,
esofagus, perut, ileum, duodenum dan usus besar.
• Semua sistem bekerjasama untuk membentuk suatu
organisma.
44.
45. Organisasi sel dalam tumbuhan
• Terdapat dua jenis tisu tumbuhan yang utama:
1. Tisu meristem
2. Tisu kekal
(a) Tisu epidermis
(b) Tisu asas
(i) Tisu parenkima
(ii) Tisu kolenkima
(iii) Tisu sklerenkima
(c) Tisu vaskular
(i) xilem
(ii) floem
46. Jenis-jenis tisu Struktur dan fungsi
1. Tisu meristem Terdiri daripada sel-sel kecil berdinding
nipis, bernuklues besar, sitoplasma tumpat
dan tiada vakuol.
Sel-sel yang muda dan membahagi secara
aktif yang belum mengalami pembezaan.
bertempat pada hujung akar dan pucuk
2. Tisu kekal
- Terdiri daripada 3 jenis tisu kekal yang matang yang telah mengalami
pembezaan.
Terdiri daripada sel-sel leper dengan vakuol besar
(a) Tisu epidermis Adalah lapisan paling luar yang meliputi permukaan
tumbuhan
Dinding sel diselaputi dengan kutikel, suatu selaput
kalis air berlilin
Kutikel mengurangkan keihilangan air secara
penyejatam, melindungi tumbuhan daripada
kecederaan mekanikal dan menghalang penyakit.
47. (a) Tisu epidermis Sel epidermis akar mempunyai rambut
untuk menambahkan luas permukaan
bagi penyerapan air.
Sel-sel epidermis khusus disebut sel
pengawal mengawal pembukaan dan
penutupan stoma
(b) Tisu asas
(i) Tisu parenkima Membentuk kebanayakan suatu
tumbuhan
Terdapat dalam semua organ-organ
tumbuhan
Sel-sel mempunyai dinding primer nipis
dan vakuol besar
Digunakan untuk menyimpan gula dan
kanji
Sel-sel segah memberi sokongan dan
bentuk kepada tumbuhan herba
48. (ii) Tisu Kolenkima Sel-sel mempunyai dinding yang tebal
pada sudut-sudutnya
Menyokong tumbuhan herba, batang-
batang muda
(ii) Tisu Sklerenkima Sel-sel mempunyai dinding sel yang
ditebalkan oleh serata lignin
Sel-sel adalah bukan hidup
Memberi sokongan dan kekuatan
mekanikal kepada kawasan matang
tumbuhan
49. (c) Tisu Vaskular
(i) Xilem Terdiri daripada vesel xilem bersambung
dari hujung ke hujung
Tiada sitoplasma dalam salur xilem
Mengangkut air dan garam mineral
terlarut dari akar ke bahagian lain tumbuhan
Dinding sel vessel xilem ditebalkan dengan
lignin untuk memberi sokongan dan
kekuatan mekanikal
(ii) Floem Terdiri daripada tiub lapis disusun hujung
ke hujung
Mengangkut bahan-bahan organik yang
disintesis dalam daun ke bahagian lain
tumbuhan
50. Organ dan sistem
1. Contoh organ-organ dalam tumbuhan ialah:
(a) daun yang terdiri daripada tisu epidermis, tisu asas
dan tisu vaskular
(b) batang yang terdiri daripada tisu epidermis dan tisu
vaskular
(c) akar yang terdiri daripada tisu meristem dan tisu
vaskular
2. Suatu tumbuhan berbunga mempunyai dua sistem yang
utama:
(a) sistem akar yang terdiri daripada akar-akar
tumbuhan
(b) sistem pucuk yang terdiri daripada batang, daun,
pucuk, bunga dan buah
51.
52. Pengawalaturan persekitaran dalam
• Keperluan mengekalkan persekitaran dalam
yang optimum
– Faktor-faktor fizikal dan kimia persekitaran dalam
perlu dikawalatur walau apa pun keadaan
persekitaran di luar sel supaya sel dapat berfungsi
dalam keadaan yang optimum.
– Faktor-faktor fizikal: suhu, tekanan darah dan
tekanan osmosis
– Faktor-faktor kimia: kandungan garam dan gula
serta nilai pH
53. Homeostasis
• Pengawalaturan persekitaran dalam yang secara
relatifnya tetap untuk sel berfungsi dalam
keadaan optimum.
• Sebarang peningkatan nilai faktor fizikal atau
kimia akan mencetuskan satu mekanisme
homeostasis untuk mengembalikan nilai tersebut
ke aras yang normal.
• Sebarang penurunan dalam nilai akan
mencetuskan mekanisma hemostasis untuk
meningkatkan semula nilai ke aras yang normal.
54. Pengawalaturan aras glukosa darah
Insulin
Aras glukosa Pankreas merangsang
Aras glukosa
dalam darah merembes penukaran
dalam darah
meningkat insulin glukosa
menurun
menjadi
glikogen
Aras glukosa Aras glukosa
normal normal
Aras glukosa Pankreas Aras glukosa
Glukagon
dalam darah merembes dalam darah
merangsang
menurun glokagon meningkat
penukaran
glikogen
menjadi
glukosa
55. Bagaimanakah peningkatan suhu badan
dikawalatur dalam persekitaran dalaman bagi
memastikan ia kembali ke paras yang normal?
Apabila suhu meningkat reseptor mengesan
kenaikan maklumat dihantar ke hipotalamus
hipotalamus hantar maklumat ke efektor
salur darah mengembang kelenjar peluh
diransang suhu badan menurun