SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PENGENALAN
Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang sejarah,
keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai hidup yang
berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran asing (dari
China dan India) ke Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk
mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang kerana
keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang India pula
sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.Kedua-dua sektor ekonomi
(perlombongan & perladangan) adalah tulang belakang ekonomi British di negara ini.
Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia;
setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan sistem
persekolahan yang berbeza. Kepelbagaian etnik di Malaysia telah mempengaruhi dan
mencorakkan pembangunan politik di Negara ini.
Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina & India
Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk
berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran
berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan
kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti
politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan
politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di Tanah
Melayu.
Kesedaran Kebangsaan & Politik Orang Melayu
Kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu dapat dikesan sejak zaman
Kesultanan Melaka, apabila bermulanya penjajahan Portugis ke atas Melaka pada
tahun 1511. Telah berlaku penentangan penduduk & pemimpin tempatan terhadap
penjajahan & perjuangan untuk mempertahankan bangsa & kerajaan. Perjuangan
penduduk & pemimpin tempatan diteruskan untuk menentang penjajah British pada
Pada awal abad ke-20, telah lahir kesedaran berteraskan agama di kalangan orang
Melayu. Kesedaran itu wujud hasil daripada pengaruh gerakan islah di Asia Barat
terhadap sekumpulan ulama dari Tanah Melayu. Mereka ini dikenali sebagai Kaum
Muda dalam masyarakat Melayu. Golongan ini bukan sahaja mengajar di rumah, surau
& masjid, tetapi juga mendirikan sekolah agama yang dikenali sebagai madrasah.
Antaranya:
Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura pada tahun 1908
Madrasah al-Hadi di Melaka pada tahun 1917
Madrasah al-Masyur di Pulau Pinang. (Madrasah ini telah berjaya melahirkan tokoh
politik Melayu yang penting seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi. )
Sehingga tahun 1930 belum wujud sebuah pertubuhan yang dapat memperjuangkan
kepentingan politik orang Melayu. Yang wujud hanya pertubuhan dan persatuan yang
bertujuan melahirkan kesedaran orang Melayu supaya memajukan diri mereka dalam
aspek sosioekonomi. Antaranya Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada 14
Mei 1926 oleh sebilangan orang Melayu Singapura yang berpelajaran Inggeris.
Perjuangan utama KMS adalah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang
Melayu & memupuk kecenderungan mereka dalam bidang politik. Perjuangan politik
yang jelas di kalangan orang Melayu berlaku pada akhir tahun 1930-an. Pada Mei 1937,
golongan nasionalis yang berpendidikan Melayu & dipengaruhi oleh gerakan nasionalis
Indonesia telah menubuhkan parti politik iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala
Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim bin Haji Yaakob. Pertubuhan ini didaftarkan
sebagai satu pertubuhan yang sah pada Ogos 1938. KMM adalah pertubuhan politik
Melayu yang pertama di Tanah Melayu. Penubuhannya adalah hasil kesedaran
sekumpulan nasionalis Melayu tentang perlunya penyatuan di kalangan orang Melayu.
Warta Malaya telah menjadi lidah perjuangan KMM.
Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang Cina
Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah Melayu
berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan India. Ini
kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah untuk mencari
kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya berpersatuan telah
diamalkan oleh orang Cina sejak di China.
Penubuhan Parti Politik Melayu, Cina Dan India
United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan
daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British
pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari pelbagai bahagian
Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor, Kuala Lumpur, untuk
membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai
untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat kebangsaan orang Melayu dalam
memperjuangkan kepentingan dan hak-hak mereka di bawah Rancangan Malayan
Union. Melihat kepada perkembangan politik di Tanah Melayu, orang Cina
menubuhkan parti mereka. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan
pada satu majlis makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada
peringkat awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam
membantu orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu. Orang India
menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946. MIC diketuai oleh John A.
Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan memperjuangkan
kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu. UMNO berjaya
mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam membentuk
Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu.
Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress
(MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah
berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah
memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
!

Contenu connexe

Dernier

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Dernier (12)

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

En vedette

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 

En vedette (20)

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 

Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik

  • 1. PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PENGENALAN Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai hidup yang berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran asing (dari China dan India) ke Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang India pula sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.Kedua-dua sektor ekonomi (perlombongan & perladangan) adalah tulang belakang ekonomi British di negara ini. Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan sistem persekolahan yang berbeza. Kepelbagaian etnik di Malaysia telah mempengaruhi dan mencorakkan pembangunan politik di Negara ini. Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina & India Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di Tanah Melayu. Kesedaran Kebangsaan & Politik Orang Melayu Kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu dapat dikesan sejak zaman Kesultanan Melaka, apabila bermulanya penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511. Telah berlaku penentangan penduduk & pemimpin tempatan terhadap penjajahan & perjuangan untuk mempertahankan bangsa & kerajaan. Perjuangan penduduk & pemimpin tempatan diteruskan untuk menentang penjajah British pada Pada awal abad ke-20, telah lahir kesedaran berteraskan agama di kalangan orang Melayu. Kesedaran itu wujud hasil daripada pengaruh gerakan islah di Asia Barat terhadap sekumpulan ulama dari Tanah Melayu. Mereka ini dikenali sebagai Kaum Muda dalam masyarakat Melayu. Golongan ini bukan sahaja mengajar di rumah, surau
  • 2. & masjid, tetapi juga mendirikan sekolah agama yang dikenali sebagai madrasah. Antaranya: Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura pada tahun 1908 Madrasah al-Hadi di Melaka pada tahun 1917 Madrasah al-Masyur di Pulau Pinang. (Madrasah ini telah berjaya melahirkan tokoh politik Melayu yang penting seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi. ) Sehingga tahun 1930 belum wujud sebuah pertubuhan yang dapat memperjuangkan kepentingan politik orang Melayu. Yang wujud hanya pertubuhan dan persatuan yang bertujuan melahirkan kesedaran orang Melayu supaya memajukan diri mereka dalam aspek sosioekonomi. Antaranya Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada 14 Mei 1926 oleh sebilangan orang Melayu Singapura yang berpelajaran Inggeris. Perjuangan utama KMS adalah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang Melayu & memupuk kecenderungan mereka dalam bidang politik. Perjuangan politik yang jelas di kalangan orang Melayu berlaku pada akhir tahun 1930-an. Pada Mei 1937, golongan nasionalis yang berpendidikan Melayu & dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia telah menubuhkan parti politik iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim bin Haji Yaakob. Pertubuhan ini didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah pada Ogos 1938. KMM adalah pertubuhan politik Melayu yang pertama di Tanah Melayu. Penubuhannya adalah hasil kesedaran sekumpulan nasionalis Melayu tentang perlunya penyatuan di kalangan orang Melayu. Warta Malaya telah menjadi lidah perjuangan KMM. Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang Cina Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China. Penubuhan Parti Politik Melayu, Cina Dan India United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor, Kuala Lumpur, untuk
  • 3. membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu. Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946. MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. !