1. Rekabentuk Instruksional berdasarkan Model ADDIE
Model ADDIE mempunyai lima bahagian utama iaitu:
i. A- Analyze (Analisis)
ii. D- Design (Reka bentuk)
iii. D- Develop (Pembangunan)
iv. I- Implement (Pelaksanaan)
v. E- Evaluate (Penilaian)
i. Analisis (Analyze)
a.) Persekitaran Pembelajaran
Guru memastikan persekitaran pembelajaran murid dalam keadaan selesa supaya
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar.
b.) Objektif Pembelajaran
Murid dapat:
i. Menerangkan pengertian sistem kawalan
ii. Menerangkan secara ringkas fungsi setiap peringkat yang terdapat dalam sistem
kawalan
iii. Menyenaraikan beberapa komponen yang terdapat dalam satu sistem kawalan
mudah
iv. Menerangkan secara ringkas bagaimana satu sistem kawalan beroperasi
ii. Reka bentuk (Design)
Guru menggunakan kaedah pembelajaran secara tutorial berbantukan bahan multimedia
“courseware”menggunakan komputer.
iii. Pembangunan (Develop)
Menggunakan program Lecture Maker dan Flash untuk menghasilkan courseware. Guru
menggunakan elemen multimedia untuk mengajar subjek reka cipta Tingkatan Lima. Tajuk
Sistem Kawalan merupakan tajuk yang dipilih. Ia penting dan releven dengan kehidupan
seharian para pelajar. Dalam courseware tersebut guru menggunakan elemen multimedia
untuk menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajaran.
2. iv. Perlaksanaan (Implement)
Pengajaran yang berkesan dapat dilaksanakan bagi menghasilkan sesuatu pembelajaran yang
bermakna kepada murid-murid. Guru menggunakan multimedia untuk menimbulkan minat
dan bahan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid menggunakan seluruh
pancaindera untuk mengikuti sesi pengajaran selama 80 minit (dua masa pengajaran).
v. Penilaian (Evaluate)
Penilaian secara formatif dilakukan untuk menilai dan mempertingkatkan serta memperbaiki
tahap keberkesanan bahan yang telah direka dengan menjadikan ahli kumpulan sebagai
simulasi (mikro teaching). Manakala penilaian secara sumatif dilakukan pada akhir sesi
pengajaran untuk menilai peratusan pelajar mencapai objektif pembelajaran dengan
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di akhir sesi. Murid dapat menggunakan
kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar apabila belajar menggunakan
multimedia. Objektif pengajaran dapat dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran.
Soalan-soalan pengukuhan dan interaktif telah disediakan dan respon terhadap jawapan murid
dalam masa yang singkat.
KESIMPULAN
Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat membantu guru
mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah
pengajaran secara tradisional. Model ADDIE bukan saja mudah difahami, malah mudah
diamalkan oleh guru dan pelajar. Diharapkan courseware yang telah dibangunkan
menggunakan multimedia ini menjadi pencetus idea kepada rakan guru untuk
mengimplimentasikan P&P berbantukan komputer agar dapat menarik minat dan
memotivasikan pelajar dan menjadikan pelajaran menjadikan lebih berkesan.