SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan
yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.



Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat
Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah
yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru
selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar
mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah
Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada
pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-
puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang
peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari!
Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan
sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu
semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang
sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan
bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan
ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan
pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan
masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini
saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk
memupuk budaya membaca dalam masyarakat.



Tuan-tuan dan puan-puan,
Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca
dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan
masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat
menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak
dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu,
kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu
menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua
pihak.“Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat
yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat
mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan
penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka
terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat
Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan
banyak buku yang sesuai dan berkualiti.



Tuan-tuan dan puan-puan,
Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah
dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi
tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan
bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau.
Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan
perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan
dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan
pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah
mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan
rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan
meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.



Tuan-tuan dan puan-puan,
Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain
syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan
buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting.
United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan
keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka
telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah
buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan
secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama
dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah
menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu.
Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi
Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan
meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini
umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh
menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya
jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng
tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu
daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca.
Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, „„When I have money, I
buy books. If any is left, I buy food.‟‟. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-
puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang
kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain,
membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita
perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita
bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio
dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak
lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya.
Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli
buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita,
terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan
sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat
melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama.
Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun
2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato‟
Sri Abdullah Ahmad Badawi.



Tuan-tuan dan puan-puan,
Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak
kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan
dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita.
Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk
membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan.
Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat
membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka
tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni
untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang
tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini
dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu
seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti
akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda
kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.
Tuan-tuan dan puan-puan.

Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat,
setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap
tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada
1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda
berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun
anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna,
setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang
dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan
masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah
tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama
kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu
”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.

Sekian, terima kasih.

More Related Content

What's hot (12)

Rendahnya Minat Baca Siswa
Rendahnya Minat Baca SiswaRendahnya Minat Baca Siswa
Rendahnya Minat Baca Siswa
 
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarCara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
 
RENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWARENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWA
 
Pentingnya membaca
Pentingnya membacaPentingnya membaca
Pentingnya membaca
 
Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakatUsaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
 
Lkti kusmaryani
Lkti kusmaryaniLkti kusmaryani
Lkti kusmaryani
 
Rangka topik hobi 2015
Rangka topik hobi 2015Rangka topik hobi 2015
Rangka topik hobi 2015
 
Children library desvi
Children library  desviChildren library  desvi
Children library desvi
 
Tugas talabek
Tugas talabekTugas talabek
Tugas talabek
 
Jurnal ilmiah
Jurnal ilmiahJurnal ilmiah
Jurnal ilmiah
 
Tarby magazine salafiyah kajen
Tarby magazine  salafiyah kajenTarby magazine  salafiyah kajen
Tarby magazine salafiyah kajen
 
Proposal Kadang Peduli 2015
Proposal Kadang Peduli 2015Proposal Kadang Peduli 2015
Proposal Kadang Peduli 2015
 

Viewers also liked

Information
InformationInformation
Information
mimosa23
 
Le « bed manager » et le « concierge aux clefs d’or ».
Le « bed manager » et le « concierge aux clefs d’or ».Le « bed manager » et le « concierge aux clefs d’or ».
Le « bed manager » et le « concierge aux clefs d’or ».
Réseau Pro Santé
 
Antivirus...
Antivirus...Antivirus...
Antivirus...
Jhon Ruiz
 

Viewers also liked (16)

Information
InformationInformation
Information
 
Chicago Open Data Webinar
Chicago Open Data WebinarChicago Open Data Webinar
Chicago Open Data Webinar
 
Trang trang
Trang trangTrang trang
Trang trang
 
Le « bed manager » et le « concierge aux clefs d’or ».
Le « bed manager » et le « concierge aux clefs d’or ».Le « bed manager » et le « concierge aux clefs d’or ».
Le « bed manager » et le « concierge aux clefs d’or ».
 
Mngmt
MngmtMngmt
Mngmt
 
Activity base costing
Activity base costingActivity base costing
Activity base costing
 
metode euler
metode eulermetode euler
metode euler
 
Skripsi Matematika Solusi Sistem Tak homogen
Skripsi Matematika Solusi Sistem Tak homogenSkripsi Matematika Solusi Sistem Tak homogen
Skripsi Matematika Solusi Sistem Tak homogen
 
Buku ajar pemodelan matematika
Buku ajar pemodelan matematikaBuku ajar pemodelan matematika
Buku ajar pemodelan matematika
 
Jurnal Matematika
Jurnal MatematikaJurnal Matematika
Jurnal Matematika
 
Registro elettronico
Registro elettronicoRegistro elettronico
Registro elettronico
 
Unjuran Sudut Pertama
Unjuran Sudut PertamaUnjuran Sudut Pertama
Unjuran Sudut Pertama
 
Antivirus...
Antivirus...Antivirus...
Antivirus...
 
An introduction to oscilloscopes
An introduction to oscilloscopesAn introduction to oscilloscopes
An introduction to oscilloscopes
 
deret kuasa
deret kuasaderet kuasa
deret kuasa
 
Laporan Praktek Kerja Lapangan(PKL)
Laporan Praktek Kerja Lapangan(PKL)Laporan Praktek Kerja Lapangan(PKL)
Laporan Praktek Kerja Lapangan(PKL)
 

Similar to Bm

Contoh proposal pengajuan_kegiatan_di_pe
Contoh proposal pengajuan_kegiatan_di_peContoh proposal pengajuan_kegiatan_di_pe
Contoh proposal pengajuan_kegiatan_di_pe
ZonaIntergritas
 
Muslimin-Buku-Menumbuhkan-budaya-literasi-dan-minat-baca-dari-kampong (1).pdf
Muslimin-Buku-Menumbuhkan-budaya-literasi-dan-minat-baca-dari-kampong (1).pdfMuslimin-Buku-Menumbuhkan-budaya-literasi-dan-minat-baca-dari-kampong (1).pdf
Muslimin-Buku-Menumbuhkan-budaya-literasi-dan-minat-baca-dari-kampong (1).pdf
DikaNovaningtyasPuji
 
Hobi saya
Hobi sayaHobi saya
Hobi saya
Mei Yee
 
Hobi hobiburukorangkita-100322063042-phpapp01
Hobi hobiburukorangkita-100322063042-phpapp01Hobi hobiburukorangkita-100322063042-phpapp01
Hobi hobiburukorangkita-100322063042-phpapp01
Thalia Dini Vasa
 

Similar to Bm (20)

Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anakMemupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
 
Berbagi buku
Berbagi bukuBerbagi buku
Berbagi buku
 
Presentation tbmk
Presentation tbmkPresentation tbmk
Presentation tbmk
 
Berbagi buku
Berbagi bukuBerbagi buku
Berbagi buku
 
Perpustakaan keliling
Perpustakaan kelilingPerpustakaan keliling
Perpustakaan keliling
 
Berbagi buku
Berbagi bukuBerbagi buku
Berbagi buku
 
Minat baca untuk Karakter anak bangsa.pptx
Minat baca untuk Karakter anak bangsa.pptxMinat baca untuk Karakter anak bangsa.pptx
Minat baca untuk Karakter anak bangsa.pptx
 
Contoh proposal pengajuan_kegiatan_di_pe
Contoh proposal pengajuan_kegiatan_di_peContoh proposal pengajuan_kegiatan_di_pe
Contoh proposal pengajuan_kegiatan_di_pe
 
Jendela berdebu
Jendela berdebuJendela berdebu
Jendela berdebu
 
Muslimin-Buku-Menumbuhkan-budaya-literasi-dan-minat-baca-dari-kampong (1).pdf
Muslimin-Buku-Menumbuhkan-budaya-literasi-dan-minat-baca-dari-kampong (1).pdfMuslimin-Buku-Menumbuhkan-budaya-literasi-dan-minat-baca-dari-kampong (1).pdf
Muslimin-Buku-Menumbuhkan-budaya-literasi-dan-minat-baca-dari-kampong (1).pdf
 
Karya ilmiah minat baca siswa
Karya ilmiah minat baca siswaKarya ilmiah minat baca siswa
Karya ilmiah minat baca siswa
 
Amalan membaca dalam kalangan rakyat
Amalan membaca dalam kalangan rakyatAmalan membaca dalam kalangan rakyat
Amalan membaca dalam kalangan rakyat
 
Karakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYA
Karakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYAKarakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYA
Karakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYA
 
Pengelola taman bacaan vq
Pengelola taman bacaan vqPengelola taman bacaan vq
Pengelola taman bacaan vq
 
Incunabula zine edisi 2-mei-2014
Incunabula zine edisi 2-mei-2014Incunabula zine edisi 2-mei-2014
Incunabula zine edisi 2-mei-2014
 
Incunabula zine edisi 2-mei-2014
Incunabula zine edisi 2-mei-2014Incunabula zine edisi 2-mei-2014
Incunabula zine edisi 2-mei-2014
 
Karangan 1
Karangan 1Karangan 1
Karangan 1
 
Hobi saya
Hobi sayaHobi saya
Hobi saya
 
Perpustakaan bukanlah kuburan
Perpustakaan bukanlah kuburanPerpustakaan bukanlah kuburan
Perpustakaan bukanlah kuburan
 
Hobi hobiburukorangkita-100322063042-phpapp01
Hobi hobiburukorangkita-100322063042-phpapp01Hobi hobiburukorangkita-100322063042-phpapp01
Hobi hobiburukorangkita-100322063042-phpapp01
 

Bm

  • 1. Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi. Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan- puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat. Tuan-tuan dan puan-puan, Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak.“Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat
  • 2. Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti. Tuan-tuan dan puan-puan, Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca. Tuan-tuan dan puan-puan, Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.
  • 3. Tuan-tuan dan puan-puan, Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, „„When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.‟‟. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan- puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato‟ Sri Abdullah Ahmad Badawi. Tuan-tuan dan puan-puan, Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.
  • 4. Tuan-tuan dan puan-puan. Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata. Sekian, terima kasih.