SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
Pemarkahan Rumusan




1.     Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah
2.     20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa
3.     Pengenalan – 2 markah
4.     Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah
5.     Kesimpulan – 2 markah
6.     Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa
       seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan
       diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.

Perenggan

1.     Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat
       perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar
       dicadangkan supaya menulis rumusan dalamempat(4) perenggan seperti di bawah:
2.     Perenggan 1 – Pengenalan
3.     Perenggan 2- Isi-isi tersurat
4.     Perenggan 3 – Isi-isi tersirat
5.     Perenggan 4 – Kesimpulan

Bilangan Perkataan

1.     Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah
       perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak
       akan dibaca atau dinilai.

Contoh Soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, buat satu rumusan tentang punca-
punca berlakunya banjir kilat dan kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Panduan Menulis Rumusan

Pendahuluan

1.    Satu ayat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan.
2.    Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan…..(unsur 1)….(tema)

      Dengan berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada ialah :

      1) Unsur 1- Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan soalan yang
      menyatakan isi tersurat.

      2) Tema Petikan

      3) Bilangan perkataan : (8) -(12) patah perkataan.




3.    Contoh Ayat :

      Petikan menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.

      1) Unsur 1- Faktor-faktor (perkataan yang bersinonim dengan punca-punca).

      2) Tema Petikan – Banjir Kilat

      3) Bilangan perkataan : 8 patah perkataan.




1.    Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja.

      Jangan menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan.

1.    Kata tugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh dimasukkan dalam
      bahagian pengenalan.
1.   Jika pelajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh satu(1)
     markah sahaja.

     1- “Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.”

     2- “ Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk
     menanganinya.”(Langkah-langkah ialah kata tugas yang menghendaki calon mengemukakan iai
     tersirat.)


     Isi -isi Tesurat

1.   Isi -isi yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yang pertama dalam
     soalan.
2.   Mencari sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat jumlah itu,
     pelajar mestilah mengemukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan 2:6, 3:5 atau 4:4.
3.   Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat
     daripada petikan.
4.   Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang
     sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.




     Contoh-contoh isi tersurat:

     1- Hujan lebat hampir dua jam

     2- Sistem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna.

     3- Tiada sistem amaran awal.


     Jawapan lengkap;

     Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat yang turun hampir dua
     jam. Selain itu, sistem perparitan yang gagal diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan
     laluan air tersekat. Ketiadaan sistem amaran awal pula telah memburukkan keadaan.
Isi-isi Tersirat




1.      Pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat.
2.      Isi-isi tersirat yang dikemukakan mestilah tiada dalam petikan dan berdasarkan kata tugas atau
        kata kunci kedua dalam soalan rumusan.

Kesimpulan

1.      Contoh format untuk ayat penutup/kesimpulan :

         Kesimpulannya,…………unsur1(Berbentuk.cadangan)………………..supaya/agar/bagi/kerana
        ………………(Tema)………………..unsur 2…..(memperlihatkan kesan)

2.      Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah banji
        kilat supaya aktiviti pembangunan dan perniagaan berjalan lancar.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1.      Bentuk Soalan
2.      Pendekatan menjawab soalan

Bentuk Soalan

Soalan 2 (a).

1.      Soalan ini wajib dijawab.
2.      Berdasarkan petikan untuk soalan Rumusan.
3.      3 soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:
        1.      2 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan.
        2.      1 soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKK.
4.      Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks menyoal berasaskan kata tanya berikut:
        1.      Apa...
        2.      Siapa...
        3.      Di mana...
        4.      Mengapa/Kenapa...
        5.      Bagaimana...

        ataupun menggunakan arahan berikut:


        6.      Jelaskan...
        7.      Terangkan...
        8.      Huraikan secara ringkas...
        9.      Gambarkan ...

        dan sebagainya.


5.      Soalan pemahaman/aplikasi berasaskan KBKK:
        1.      Pada pendapat anda,...
        2.      Sekiranya anda....
        3.      Jika anda....

        dan sebagainya.
Pendekatan menjawab soalan




1.    Baca petikan dari awal hingga akhir walaupun semasa menjawab soalan rumusan anda sudah
      membacanya.
2.    Fahami apa yang terkandung dalam petikan.
3.    Baca soalan dan garis kata kunci soalan.
4.    Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBKK.
5.    Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh
      menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
6.    Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.
7.    Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan.
8.    Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
9.    Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali menjawab
      secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.
10.   Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan pensel.
11.   Contoh soalan dan jawapan:


      Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membendung
      keganasan oleh golongan pelampau?

                                                                                          (3 markah)

      Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi kegiatan ganas
      golongan pelampau dengan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
      (ISA),memantau kegiatan persatuan dan pertubuhan yang diragui serta memberi
      penerangan menerusi media massa.




1.    Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam
      bahagian ini.
FORMULA MENULIS KARANGAN



Pendahuluan
I = Isu
K = Kesan isu
T = Tindakan umum untuk menangani isu
H = Hasil tindakan
H = Hubung kait dengan soalan


Isi


T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa
F = Frasa 1
F = Frasa 2
P = Penegasan


Kesimpulan


R = Rumusan keseluruhan
C = Cadangan umum
A = Amaran peringatan yang bakal berlaku
H = Harapan penulis terhadap isu.


Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-karangan contoh sebelum ini.


Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang.


1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. (Biasanya 450 perkataan ke atas)
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.
Penulisan karangan (Bahagian A)




Perkara yang mesti dilakukan semasa memulakan penulisan karangan:

               1.     memilih satu tajuk
               2.     meyakini tajuk yang dipilih
               3.     mendefinisikan tajuk dengan tepat
               4.     memikirkan isi dan subtopik
               5.     menyusun isi-isi berdasarkan kepentingan

Semasa memulakan penulisan,anda perlu menulis pendahuluan dengan menitik beratkan

               1.     ringkas
               2.     tepat
               3.     padat
               4.     menarik minat pembaca
               5.     menggambarkan idea keseluruhan karangan

Kunci tajuk yang sering digunakan dalam penyoalan karangan:

               1.     berikan penilaian kamu
               2.     huraikan
               3.     pendapat
               4.     bincangkan (umum)
               5.     terangkan (penerangan)
               6.     cadangkan (cadangan)
               7.     ceritakan
               8.     jawablah surat
               9.     tuliskan sepucuk surat
               10.    sediakan satu laporan
               11.    gambarkan
               12.    tuliskan komen
               13.    tuliskan surat permohonan
               14.    bincangkan tema/isu
15.     bahaskan tajuk
                16.     anda sebagai pembahas pertama
                17.     dalam majlis perbahasan,anda sebagai pencadang/pembangkang
                18.     sediakan sebuah rencana tentang…
                19.     sediakan syarahan
                20.     sediakan ucapan
                21.     tuliskan butir-butir mengapa..
                22.     tuliskan sebuah rencana (umum)
                23.     tuliskan satu rencana sukan/berita pertanian
                24.     jelaskan pendapat anda dan sebab…..
                25.     sebagai ahli forum, sediakan hujah-hujah
                26.     tuliskan temuramah
                27.     tuliskan keadaan dan suasana
                28.     ceritakan pengalaman anda
                29.     tuliskan ucapan sepenuhnya
                30.     tuliskan rencana tentang
                31.     tuliskan wawancara
                32.     tuliskan laporan
                33.     tuliskan laporan minit mesyuarat
                34.     tuliskan pengalaman semasa
                35.     tuliskan laporan dalam majlis itu
                36.     gambarkan peristiwa


Sesebuah karangan yang baik mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Kesinambungan ini
adalah berdasarkan kemampuan pengetahuan am pelajar. Adalah diingatkan bahawa kemampuan pelajar
menyampaikan idea secara kritis dan kreatif akan membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi


Adalah penting para pelajar menambah pengetahuan am melalui pembacaan melalui hasil-hasil tulisan
yang menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau majalah.

Isu-isu yang sering diberikan keutamaan di dalam soalan kertas 1 ini adalah meliputi aspek:


Pendidikan - disiplin - kemasyarakatan - adat resam sesuatu kaum - perindustrian -penyalahgunaan dadah
- bencana alam -kejiranan - telekomunikasi -kemiskinan -kesihatan-kebudayaan -jenayah - tenaga / kuasa
-perkembangan sains dan teknologi -keruntuhan akhlak - pencemaran -peranan belia - gerakan koperasi-
kempen-kempen kerajaan - peristiwa-peristiwa bersejarah -peranan akhbar - aspek tradisional- peranan
media elektronik - permainan rakyat dan soal-soal semasa .


Adalah satu kenyataan bahawa soalan-soalan yang diajukan di dalam peperiksaan benar-benar menguji
para pelajar dari segenap aspek seperti


                1.      aspek penulisan
                2.      pemikiran
                3.      kekemasan kerja ( tanggungjawab)
                4.      teknik
                5.      tatabahasa
                6.      pengetahuan am dan aspek-aspek kerohanian yang tergambar di dalam karangan
                        yang dihasilkan.

*** kematangan yang terselah di dalam karangan akan memberikan peluang mendapat markah yang
tertinggi. Kepentingan Bahasa Melayu ini dapat dilihat melalui kedudukannya melalui kedudukannnya di
dalam perlembagaan negara dan tahap pengukuran ini dilaku pada peringkat SPM.


Bahasa Melayu Kertas 1 ini juga perlu diberi pertimbangan yang wajar kerana markah yang diperuntukan
adalah 100 markah. iaitu ½ daripada markah keseluruhan kertas.
Format (Bahagian B)




Pendahuluan

Memperlihatkan kematangan
Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan)




Isi

Isi yang baik dan tidak berputar-belit
Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda.
Huraian berserta contoh yang konkrit
Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan)
Gunakan bahasa mantap
Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud
Mantapkan ayat dengan berbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa.




Penutup.

Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan
yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis
Isu-isu menarik
( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman)

Contoh soalan karangan.


Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan
kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan
ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan
Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan
Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan
langkah-langkah mengatasinya

           Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta
dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang
mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan
generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat
nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba
menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif
untuk membendungnya.

[ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p]

[merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan]

           Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat
nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah
payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1(mereka tidak merasai pahit
maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato
Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda
dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh
dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh
itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah
yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam
diri mereka.

(Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p)


          PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di
negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara].
Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang
menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan
melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua
kurikulum ini menjuruskearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid
tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-
murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di
sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah
Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu
, H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat
nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1]Jadi,
dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan?

( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p)

PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian

H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar.
Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 (
Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada
pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa
tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran
lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi.) H5 (
Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak
acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga
sahaja) [K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya
semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini .

( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p)
Walau bagaimanapun / namun begitu……

Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat,
nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar
menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang
sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan
berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata
pelajaran pendidikan Moralpatut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3(
Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan
mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki
kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur
buluh biarlah dari rebungnya.

(Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p )

PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan
penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh
menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian
Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan
adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem
bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-
kurangnya dapat membuka mata dan mindagolongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu
berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat
keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di
mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar
timbul rasa sayang akan negara sendiri.

(ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p)


Konklusinya / oleh itu,…….

[PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama
sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini
akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal
menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang
berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana
golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.
FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis


-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN


01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta
hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang
yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-
Hajj:77) 06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat
meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi
semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk
langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga
dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak
warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan
madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar
impian hari esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang
jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
   Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang
sekali hilang akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Contenu connexe

Tendances

Tendances (20)

Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan
8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan
8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm modenBengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumMM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
 
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPMKosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Penanda wacana karangan
Penanda wacana karanganPenanda wacana karangan
Penanda wacana karangan
 

En vedette

BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI Nur Osman
 
Bab1 - Pengenalan kepada ekonomi (tingkatan 4)
Bab1 - Pengenalan kepada ekonomi (tingkatan 4)Bab1 - Pengenalan kepada ekonomi (tingkatan 4)
Bab1 - Pengenalan kepada ekonomi (tingkatan 4)La Dolce Nieza
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohGinny Gouri
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Chuah Chye
 

En vedette (7)

Kajian tempatan tahun 5
Kajian tempatan tahun 5Kajian tempatan tahun 5
Kajian tempatan tahun 5
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
 
Bab1 - Pengenalan kepada ekonomi (tingkatan 4)
Bab1 - Pengenalan kepada ekonomi (tingkatan 4)Bab1 - Pengenalan kepada ekonomi (tingkatan 4)
Bab1 - Pengenalan kepada ekonomi (tingkatan 4)
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
 

Similaire à Pemarkahan rumusan

Pendahuluan makalah1
Pendahuluan makalah1Pendahuluan makalah1
Pendahuluan makalah1Yadhi Muqsith
 
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks UtamaKB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utamapjj_kemenkes
 
Modul bm 1
Modul bm 1Modul bm 1
Modul bm 1Ija Ajie
 
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2aimanrais
 
4. Pekaril Bab 1 latar belakang masalah.pptx
4. Pekaril Bab 1 latar belakang masalah.pptx4. Pekaril Bab 1 latar belakang masalah.pptx
4. Pekaril Bab 1 latar belakang masalah.pptxSyifaNurgaidaYutia
 
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013Chaw Sai Ngoh
 
KB 2 Penggunaan Bahasa
KB 2 Penggunaan BahasaKB 2 Penggunaan Bahasa
KB 2 Penggunaan Bahasapjj_kemenkes
 
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAHPENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAHpjj_kemenkes
 
KB 1 Format Penulisan Karya Tulis Ilmiah
KB 1 Format Penulisan Karya Tulis IlmiahKB 1 Format Penulisan Karya Tulis Ilmiah
KB 1 Format Penulisan Karya Tulis Ilmiahpjj_kemenkes
 
KB 5 Penulisan Daftar Pustaka
KB 5 Penulisan Daftar PustakaKB 5 Penulisan Daftar Pustaka
KB 5 Penulisan Daftar Pustakapjj_kemenkes
 
8. perencanaan karangan
8. perencanaan karangan8. perencanaan karangan
8. perencanaan karanganbusitisahara
 
BAHASA INDONESIA T 6.pptx
BAHASA INDONESIA T 6.pptxBAHASA INDONESIA T 6.pptx
BAHASA INDONESIA T 6.pptxyuli anti
 
Bab_3_Makalah.ppt
Bab_3_Makalah.pptBab_3_Makalah.ppt
Bab_3_Makalah.pptOmDaman
 
Penerapan Konvensi Naskah iImiah
Penerapan Konvensi Naskah iImiahPenerapan Konvensi Naskah iImiah
Penerapan Konvensi Naskah iImiahNini Ibrahim01
 

Similaire à Pemarkahan rumusan (20)

Rumusan spm
Rumusan spmRumusan spm
Rumusan spm
 
Pendahuluan makalah1
Pendahuluan makalah1Pendahuluan makalah1
Pendahuluan makalah1
 
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks UtamaKB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
 
Modul bm 1
Modul bm 1Modul bm 1
Modul bm 1
 
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
 
4. Pekaril Bab 1 latar belakang masalah.pptx
4. Pekaril Bab 1 latar belakang masalah.pptx4. Pekaril Bab 1 latar belakang masalah.pptx
4. Pekaril Bab 1 latar belakang masalah.pptx
 
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
 
KB 2 Penggunaan Bahasa
KB 2 Penggunaan BahasaKB 2 Penggunaan Bahasa
KB 2 Penggunaan Bahasa
 
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAHPENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
 
KB 1 Format Penulisan Karya Tulis Ilmiah
KB 1 Format Penulisan Karya Tulis IlmiahKB 1 Format Penulisan Karya Tulis Ilmiah
KB 1 Format Penulisan Karya Tulis Ilmiah
 
Artikel jurnal ilmiah
Artikel jurnal ilmiahArtikel jurnal ilmiah
Artikel jurnal ilmiah
 
KB 5 Penulisan Daftar Pustaka
KB 5 Penulisan Daftar PustakaKB 5 Penulisan Daftar Pustaka
KB 5 Penulisan Daftar Pustaka
 
Makalah dan Acuan Teknis
Makalah dan Acuan TeknisMakalah dan Acuan Teknis
Makalah dan Acuan Teknis
 
Panduan karil fkip_220213
Panduan karil fkip_220213Panduan karil fkip_220213
Panduan karil fkip_220213
 
8. perencanaan karangan
8. perencanaan karangan8. perencanaan karangan
8. perencanaan karangan
 
BAHASA INDONESIA T 6.pptx
BAHASA INDONESIA T 6.pptxBAHASA INDONESIA T 6.pptx
BAHASA INDONESIA T 6.pptx
 
RAT BING I
RAT BING IRAT BING I
RAT BING I
 
Bab_3_Makalah.ppt
Bab_3_Makalah.pptBab_3_Makalah.ppt
Bab_3_Makalah.ppt
 
Penerapan Konvensi Naskah iImiah
Penerapan Konvensi Naskah iImiahPenerapan Konvensi Naskah iImiah
Penerapan Konvensi Naskah iImiah
 
Pengenalan kertas 1 BM spm
Pengenalan kertas 1 BM spmPengenalan kertas 1 BM spm
Pengenalan kertas 1 BM spm
 

Pemarkahan rumusan

  • 1. Pemarkahan Rumusan 1. Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah 2. 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa 3. Pengenalan – 2 markah 4. Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah 5. Kesimpulan – 2 markah 6. Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan. Perenggan 1. Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalamempat(4) perenggan seperti di bawah: 2. Perenggan 1 – Pengenalan 3. Perenggan 2- Isi-isi tersurat 4. Perenggan 3 – Isi-isi tersirat 5. Perenggan 4 – Kesimpulan Bilangan Perkataan 1. Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai. Contoh Soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, buat satu rumusan tentang punca- punca berlakunya banjir kilat dan kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  • 2. Panduan Menulis Rumusan Pendahuluan 1. Satu ayat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan. 2. Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan…..(unsur 1)….(tema) Dengan berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada ialah : 1) Unsur 1- Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan soalan yang menyatakan isi tersurat. 2) Tema Petikan 3) Bilangan perkataan : (8) -(12) patah perkataan. 3. Contoh Ayat : Petikan menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur. 1) Unsur 1- Faktor-faktor (perkataan yang bersinonim dengan punca-punca). 2) Tema Petikan – Banjir Kilat 3) Bilangan perkataan : 8 patah perkataan. 1. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja. Jangan menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan. 1. Kata tugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh dimasukkan dalam bahagian pengenalan.
  • 3. 1. Jika pelajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh satu(1) markah sahaja. 1- “Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.” 2- “ Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya.”(Langkah-langkah ialah kata tugas yang menghendaki calon mengemukakan iai tersirat.) Isi -isi Tesurat 1. Isi -isi yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yang pertama dalam soalan. 2. Mencari sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat jumlah itu, pelajar mestilah mengemukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan 2:6, 3:5 atau 4:4. 3. Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat daripada petikan. 4. Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya. Contoh-contoh isi tersurat: 1- Hujan lebat hampir dua jam 2- Sistem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna. 3- Tiada sistem amaran awal. Jawapan lengkap; Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat yang turun hampir dua jam. Selain itu, sistem perparitan yang gagal diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan laluan air tersekat. Ketiadaan sistem amaran awal pula telah memburukkan keadaan.
  • 4. Isi-isi Tersirat 1. Pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat. 2. Isi-isi tersirat yang dikemukakan mestilah tiada dalam petikan dan berdasarkan kata tugas atau kata kunci kedua dalam soalan rumusan. Kesimpulan 1. Contoh format untuk ayat penutup/kesimpulan : Kesimpulannya,…………unsur1(Berbentuk.cadangan)………………..supaya/agar/bagi/kerana ………………(Tema)………………..unsur 2…..(memperlihatkan kesan) 2. Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah banji kilat supaya aktiviti pembangunan dan perniagaan berjalan lancar.
  • 5. PANDUAN MENJAWAB SOALAN 1. Bentuk Soalan 2. Pendekatan menjawab soalan Bentuk Soalan Soalan 2 (a). 1. Soalan ini wajib dijawab. 2. Berdasarkan petikan untuk soalan Rumusan. 3. 3 soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada: 1. 2 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan. 2. 1 soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKK. 4. Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks menyoal berasaskan kata tanya berikut: 1. Apa... 2. Siapa... 3. Di mana... 4. Mengapa/Kenapa... 5. Bagaimana... ataupun menggunakan arahan berikut: 6. Jelaskan... 7. Terangkan... 8. Huraikan secara ringkas... 9. Gambarkan ... dan sebagainya. 5. Soalan pemahaman/aplikasi berasaskan KBKK: 1. Pada pendapat anda,... 2. Sekiranya anda.... 3. Jika anda.... dan sebagainya.
  • 6. Pendekatan menjawab soalan 1. Baca petikan dari awal hingga akhir walaupun semasa menjawab soalan rumusan anda sudah membacanya. 2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan. 3. Baca soalan dan garis kata kunci soalan. 4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBKK. 5. Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki. 6. Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan. 7. Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan. 8. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru. 9. Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan. 10. Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan pensel. 11. Contoh soalan dan jawapan: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membendung keganasan oleh golongan pelampau? (3 markah) Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi kegiatan ganas golongan pelampau dengan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),memantau kegiatan persatuan dan pertubuhan yang diragui serta memberi penerangan menerusi media massa. 1. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam bahagian ini.
  • 7. FORMULA MENULIS KARANGAN Pendahuluan I = Isu K = Kesan isu T = Tindakan umum untuk menangani isu H = Hasil tindakan H = Hubung kait dengan soalan Isi T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa F = Frasa 1 F = Frasa 2 P = Penegasan Kesimpulan R = Rumusan keseluruhan C = Cadangan umum A = Amaran peringatan yang bakal berlaku H = Harapan penulis terhadap isu. Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-karangan contoh sebelum ini. Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang. 1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. (Biasanya 450 perkataan ke atas) 2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis. 3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk. 4. Perenggan yang seimbang dan sekata. 5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.
  • 8. Penulisan karangan (Bahagian A) Perkara yang mesti dilakukan semasa memulakan penulisan karangan: 1. memilih satu tajuk 2. meyakini tajuk yang dipilih 3. mendefinisikan tajuk dengan tepat 4. memikirkan isi dan subtopik 5. menyusun isi-isi berdasarkan kepentingan Semasa memulakan penulisan,anda perlu menulis pendahuluan dengan menitik beratkan 1. ringkas 2. tepat 3. padat 4. menarik minat pembaca 5. menggambarkan idea keseluruhan karangan Kunci tajuk yang sering digunakan dalam penyoalan karangan: 1. berikan penilaian kamu 2. huraikan 3. pendapat 4. bincangkan (umum) 5. terangkan (penerangan) 6. cadangkan (cadangan) 7. ceritakan 8. jawablah surat 9. tuliskan sepucuk surat 10. sediakan satu laporan 11. gambarkan 12. tuliskan komen 13. tuliskan surat permohonan 14. bincangkan tema/isu
  • 9. 15. bahaskan tajuk 16. anda sebagai pembahas pertama 17. dalam majlis perbahasan,anda sebagai pencadang/pembangkang 18. sediakan sebuah rencana tentang… 19. sediakan syarahan 20. sediakan ucapan 21. tuliskan butir-butir mengapa.. 22. tuliskan sebuah rencana (umum) 23. tuliskan satu rencana sukan/berita pertanian 24. jelaskan pendapat anda dan sebab….. 25. sebagai ahli forum, sediakan hujah-hujah 26. tuliskan temuramah 27. tuliskan keadaan dan suasana 28. ceritakan pengalaman anda 29. tuliskan ucapan sepenuhnya 30. tuliskan rencana tentang 31. tuliskan wawancara 32. tuliskan laporan 33. tuliskan laporan minit mesyuarat 34. tuliskan pengalaman semasa 35. tuliskan laporan dalam majlis itu 36. gambarkan peristiwa Sesebuah karangan yang baik mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Kesinambungan ini adalah berdasarkan kemampuan pengetahuan am pelajar. Adalah diingatkan bahawa kemampuan pelajar menyampaikan idea secara kritis dan kreatif akan membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi Adalah penting para pelajar menambah pengetahuan am melalui pembacaan melalui hasil-hasil tulisan yang menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau majalah. Isu-isu yang sering diberikan keutamaan di dalam soalan kertas 1 ini adalah meliputi aspek: Pendidikan - disiplin - kemasyarakatan - adat resam sesuatu kaum - perindustrian -penyalahgunaan dadah - bencana alam -kejiranan - telekomunikasi -kemiskinan -kesihatan-kebudayaan -jenayah - tenaga / kuasa -perkembangan sains dan teknologi -keruntuhan akhlak - pencemaran -peranan belia - gerakan koperasi-
  • 10. kempen-kempen kerajaan - peristiwa-peristiwa bersejarah -peranan akhbar - aspek tradisional- peranan media elektronik - permainan rakyat dan soal-soal semasa . Adalah satu kenyataan bahawa soalan-soalan yang diajukan di dalam peperiksaan benar-benar menguji para pelajar dari segenap aspek seperti 1. aspek penulisan 2. pemikiran 3. kekemasan kerja ( tanggungjawab) 4. teknik 5. tatabahasa 6. pengetahuan am dan aspek-aspek kerohanian yang tergambar di dalam karangan yang dihasilkan. *** kematangan yang terselah di dalam karangan akan memberikan peluang mendapat markah yang tertinggi. Kepentingan Bahasa Melayu ini dapat dilihat melalui kedudukannya melalui kedudukannnya di dalam perlembagaan negara dan tahap pengukuran ini dilaku pada peringkat SPM. Bahasa Melayu Kertas 1 ini juga perlu diberi pertimbangan yang wajar kerana markah yang diperuntukan adalah 100 markah. iaitu ½ daripada markah keseluruhan kertas.
  • 11. Format (Bahagian B) Pendahuluan Memperlihatkan kematangan Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan) Isi Isi yang baik dan tidak berputar-belit Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda. Huraian berserta contoh yang konkrit Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan) Gunakan bahasa mantap Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud Mantapkan ayat dengan berbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa. Penutup. Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis
  • 12. Isu-isu menarik ( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman) Contoh soalan karangan. Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya. Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan langkah-langkah mengatasinya Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif untuk membendungnya. [ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p] [merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan] Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1(mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah
  • 13. yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka. (Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p) PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara]. Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua kurikulum ini menjuruskearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid- murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1]Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan? ( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p) PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga sahaja) [K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini . ( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p)
  • 14. Walau bagaimanapun / namun begitu…… Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moralpatut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p ) PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang- kurangnya dapat membuka mata dan mindagolongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri. (ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p) Konklusinya / oleh itu,……. [PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang
  • 15. berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.
  • 16. FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN -mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan -mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan -menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan -menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi -muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma
  • 17. -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis -kita perlu mengorak langkah -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu -manifestasi kesanggupan bangsa -manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi -masalah sosial dan susila yang meruncing -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan -melontarkan soalan yang cukup penting -melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah -membetulkan ketidaktepatan fakta -membimbing mereka memenuhi impian -membina impian masa depan yang lebih gemilang -membongkar kepincangan -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka -mempengaruhi minda generasi muda -mempertahankan perasaan saling bersefahaman -mempertingkat dan memperteguh kefahaman
  • 18. -mempraktikkan elemen tolak ansur -memudaratkan kesejahteraan rakyat -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang disulami tekad -menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentu
  • 19. KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN 01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home) 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al- Hajj:77) 06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18) 07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz) 09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib) 14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214) 17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
  • 20. 18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.