SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
Télécharger pour lire hors ligne
Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 53



                                           UNIT 4
           TERAS PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

   1. Menerangkan maksud pengajaran untuk kefahaman
   2. Membincangkan perananan guru dalam mencapai matlamat pengajaran untuk
      kefahaman
   3. Menerangkan maksud teras pengetahuan dan kemahiran guru
   4. Membincangkan beberapa jenis teras pengetahuan dan kemahiran yang mesti
      diperoleh guru
   5. Membincangkan bagaimana teras pengetahuan dan kemahiran guru memainkan
      peranan penting dalam mengalakkan kefahaman murid.
   6. Membincangkan model pengajaran UPSI dan memberi contoh langkah-
      langkahnya dalam persediaan pengajaran.



PENGENALAN




             Sebagai seorang guru tidakkah anda berasa teruja melihat wajah murid anda seperti di
atas, begitu yakin dan bersemangat untuk menjawab soalan yang anda kemukakan bagi
mempamerkan kefahamannya? Sudah tentu jawabnya “Ya” tetapi bagaimana mewujudkan suasana
seperti ini?
54 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2




P
       engajaran untuk kefahaman merupakan satu cabaran yang paling hebat dan sukar untuk
       dilaksanakan (Bransford et al. 1999; NCR 2000; Wiske 1998) oleh semua guru. Sememangnya
       kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa sepatutnya pendidikan adalah berkenaan dengan
pengajaran untuk kefahaman. Dalam mencapai matlamat pengajaran untuk kefahaman atau “teaching
for understanding” guru dan murid akan terlibat dalam perbincangan satu idea penting dan aktiviti
penyelesaian masalah dalam satu konteks yang bermakna (Janssen et al. 2009). Kefahaman adalah
suatu konsep yang ilusif dan mempunyai makna yang pelbagai kepada orang yang berbeza
(Blumenfeld et al. 1997; Bereiter 2002; NCR 2000).
Kefahaman dikaitkan dengan murid apabila mereka
dapat membuat hubungkait pengetahuan yang dipelajari dan membentuk struktur konsepsi yang
menyeluruh dan bersepadu (Daniel 1999). Murid yang mempunyai kefahaman dapat menggunakan
pemahaman mereka untuk mengenal pasti dan mengaplikasi prinsip dan fakta, definisi istilah, banding
beza konsep berkenaan dan memupuk kreativiti (Effandi & Zanaton 2007).


           Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran untuk kefahaman dan bagaimana
melaksanakannya? Apakah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru untuk memastikan
pengajarannya mencapai matlamat kefahaman murid? Mari kita bincangkan perkara ini dengan lebih
lanjut.



ISI KANDUNGAN
Apakah peranan guru dalam mencapai pengajaran untuk kefahaman murid?



M
         engajar merupakan satu aktiviti kompleks yang melibatkan lebih daripada satu siri tindakan
         oleh guru (Loughran, Berry & Mulhall 2006). Sesetengah pendapat menyatakan “telling is not
         teaching and listening is not learning”. Hal ini menunjukkan untuk membolehkan seseorang
guru itu mengajar dengan berkesan ia memerlukan satu siri pengetahuan dan kemahiran khas. Perkara
inilah yang membezakan, misalnya, antara seorang saintis yang pakar dalam suatu bidang dengan
guru yang pakar dalam mata pelajaran bidang tersebut.

Dalam usaha membantu murid untuk memahami idea penting dalam sesuatu mata pelajaran, guru

mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang idea tersebut, termasuk bagaimana idea
tersebut berkait dengan idea lain dalam sesuatu disiplin (Grossman & Schoenfeld 2005). Perkara ini
juga disokong oleh penyelidik lain yang menemui hubungan positif antara pengetahuan isi kandungan
guru dengan pencapaian murid (Abell 2007; Darling-Hammond 2000). Jadi, untuk mencapai
pengajaran untuk kefahaman, mempunyai pengetahuan isi kandungan yang mendalam merupakan
syarat utama yang mesti dipatuhi semua guru.

Bagaimanapun, pengetahuan yang mendalam sahaja tidak mencukupi bagi mencapai pengajaran
untuk kefahaman. Guru haruslah mampu mentransformasi pengetahuan yang ada dalam mindanya
kepada bentuk pengetahuan untuk pengajaran. Proses mentransformasi ini memerlukan guru
menerang, menunjuk atau membuat demontrasi, melakon atau mempersembahkan idea supaya murid
Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 55


yang tidak faham akan menjadi faham dan yang tidak berkemahiran akan berkemahiran (Shulman
1987). Denga lain perkataan, pengetahuan isi kandungan harus disusun dan diorganisasi supaya dapat
disampaikan dalam bentuk yang difahami murid. Murid harus diberi peluang menjalani satu siri aktiviti
di bawah tanggungjawab sendiri dan berakhir dengan terbinanya kefahaman baru bagi murid (Lijnse &
Klaassen 2004). Hal ini disebut sebagai pengajaran untuk kefahaman.

Pengetahuan dan kemahiran guru



D
      alam konteks ini, Shulman (1987) berpendapat, untuk menggalakkan kefahaman murid, guru
      mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis pengetahuan profesional untuk pengajaran
      iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan tentang murid.
Shulman (1987) juga telah menyenaraikan tujuh kategori pengetahuan teras guru yang diperlukan bagi
mencapai tahap pengajaran untuk kefahaman ini, iaitu:

   1. Pengetahuan isi kandungan
   2. Pengetahuan pedagogi umum yang merujuk kepada prinsip dan strategi pengurusan bilik darjah
      dan organisasi merentasi bidang dan mata pelajaran
   3. Pengetahuan kurikulum dengan bahan dan program yang bertindak sebagai “tools of trade”
      kepada guru
   4. Pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) iaitu gabungan isi kandungan dan pedagogi
      membentuk pengetahuan profesional guru
   5. Pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri mereka
   6. Pengetahuan tentang konteks pendidikan iaitu bermula dari bekerja secara kumpulan, bilik
      darjah, pentadbiran dan kewangan sekolah, karektor masyarakat dan budaya
   7. Pengetahuan tentang matlamat pendidikan iaitu tujuan, nilai, falsafah dan sejarah asal.

Antara ketujuh-tujuh komponen pengetahuan, PPIK mempunyai ciri yang tersendiri kerana ia
merupakan gabungan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi umum. PPIK membincangkan
bagaimana topik, masalah atau isu tertentu diorganisasi, dipersembah dan diubahsuai mengikut
pelbagai minat dan kebolehan murid. PPIK juga disebut sebagai satu bentuk pengetahuan profesional
yang unik kepada seseorang guru. Rajah 4.1 menunjukkan secara ringkas konsep PPIK ini.




                               Rajah 4.1 Model PPIK Shulman (1986)
56 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan guru (PPIK)



S
       eperti yang dinyatakan sebelum ini, PPIK dicetuskan Shulman sebagai gabungan pengetahuan
       isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. PPIK adalah bentuk pengetahuan yang
       membezakan antara seorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan seorang yang bukan
guru malah dengan seorang guru biasa. PPIK ialah kebolehan guru untuk menterjemah sesuatu
konsep ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikannya mudah difahami. Shulman
(1986, 1987) menyatakan bahawa pengetahuan yang mantap tentang subjek diperlukan oleh guru
semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran, dan strategi instruksional berkaitan dalam
menangani keperluan belajar murid. Shulman (1986) juga menyatakan PPIK sebagai satu perkara
yang perlu peroleh guru untuk mengajar. Shulman (1986) menghuraikan PPIK sebagai

        “The most useful forms of (content) representation ..., the most powerful analogies,
        illustrations, examples, explanations and demontrations in a words, the way of
        representing and formulating the subject that makes it comprehensible for others”.

Menurut Shulman, (1986) PPIK merangkumi kesedaran untuk mengkonsepi suatu mata pelajaran
untuk mengajar. Beliau juga mengkonsepsi PPIK sebagai:

        “Understanding the central topics in each subject as it is generally taught to children
        of a particular grade level and being able to ask the following kinds of questions
        about each topic: what are the core concepts, skills and attitudes which this topic has
        the potential of conveying to students? What are the aspects of this topic that are
        most difficult to understand for students? What is the greatest intrinsic interest? What
        analogies, metaphors, examples, similes, demonstrations, simulations,
        manipulations, or the like, are most effective in communicating the appropriate
        understandings or attitudes of this topic to students of particular backgrounds and
        prerequisites? What students' preconceptions are likely to get in the way of learning?
        (1986 ms. 9)”

Ini bermakna guru perlu untuk meningkatkan pengetahuan profesional mereka sendiri untuk
pengajaran, contohnya apakah aspek dalam topik yang menjadi kesukaran murid untuk
memahaminya? Apakah pengetahuan sedia ada murid sebelum mereka belajar? Guru bukan sahaja
perlu untuk mengetahui aspek pengajaran bilik darjah secara umum dan teknik mengajar tetapi juga
perlu mengetahui kaedah yang spesifik untuk sesuatu subjek dan topik. Ini bermakna, adalah penting
pengetahuan isi kandungan sesuatu mata pelajaran dibina bersama pengetahuan untuk
menyampaikan mata pelajaran tersebut kepada murid sehingga terhasilnya kefahaman yang
bermakna.

PPIK membolehkan guru mempersembahkan sesuatu topik atau konsep dengan menggunakan
analogi, ilustrasi, contoh, penerangan dan demonstrasi yang paling berkesan atau mempersembahkan
dan memformulasi sesuatu subjek itu supaya boleh difahami oleh orang lain (Ellison 2007; Mulhall,
Berry & Loughran 2003). Ia juga termasuk kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan
pembelajaran topik itu senang dan susah, miskonsepsi murid tentang topik dan pengetahuan tentang
Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 57


strategi pengajaran yang efektif Shulman (1986). Oleh kerana tidak ada satu cara persembahan ilmu
yang terbaik maka, seseorang guru harus mempunyai kemahiran dalam pelbagai kaedah, strategi dan
teknik pengajaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid dengan berkesan.

Menurut Shulman lagi, PPIK juga boleh dilihat sebagai:

          "aspects of content that are relevant to teaching for a particular topics in the subject
          matter. This pedagogical content knowledge includes among other things, the ways
          of communicating and presenting those ideas so that it is comprehensible for the
          pupils and also an understanding of what makes the learning of that particular topics
          easy or difficult to learn…".

PPIK Shulman (1986) telah dikonsepsi lebih lanjut, diperluaskan merangkumi komponen baru dan
diselidiki oleh penyelidik lain (misalnya Veal & MaKinster 1999; Segall 2004; Barnett & Hodson 2001;
De Jong 2009; Magnusson, Krajcik & Borko 1999). Grossman (1990) misalnya mencadangkan empat
komponen PPIK:


    1. pengetahuan untuk pengajar topik tertentu pada tahap yang berbeza, 

    2. pengetahuan tentang pemahaman murid dan miskonsepsi,
    3. pengetahuan tentang bahan kurikulum yang sedia untuk mengajar topik tertentu dan
    4. pengetahuan tentang strategi pembelajaran dan perwakilan untuk mengajar topik tertentu.

Magnusson, Krajcik dan Borko (1999) mentakrifkan lima komponen PPIK: 



    1. orientasi terhadap pengajaran sains, 

    2.   pengetahuan dan kepercayaan tentang kurikulum sains,
    3.   pengetahuan dan kepercayaan tentang pemahaman murid terhadap topik sains tertentu,
    4.   pengetahuan dan kepercayaan tentang penilaian dalam sains dan
    5.   pengetahuan dan kepercayaan tentang strategi pengajaran untuk mengajar sains.

Loughran et al. (2006) pula berpendapat PPIK ialah gabungan pengetahuan isi kandungan dan
pengetahuan pedagogi dalam bentuk masing-masing dan berinteraksi antara satu sama lain, yang
mempastikan apa yang diajar dan bagaimana ia berguna dalam pengajaran suatu konsep spesifik
difahami murid kerana pengajaran telah dirancang, dianalisis dan disampaikan dengan baik.



              Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PPIK lawati laman web berikut:
              http://people.ucsc.edu/~ktellez/shulman.pdf
                  http://www.leeshulman.net/domains-pedagogical-content-knowledge.html
                       http://www.csun.edu/science/ref/pedagogy/pck/index.html
58 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



Bagaimana membina PPIK?



S
        etelah memahami tentang PPIK, mungkin anda memikirkan bagaimana PPIK guru dibina. PPIK
        biasanya dibina daripada dua mekanisma iaitu (a) melalui kebijaksanaan pelaksananya iaitu
        guru menerusi pemerhatian sebagai seorang guru dan murid tentang karier mereka dalam satu
jangka masa yang panjang; (b) melalui kajian tentang situasi yang terkawal oleh penyelidik dalam
bidang pendidikan (Kastens 2004). PPIK berkembang melalui pembelajaran guru, pelaksanaan dan
refleksi, kolaborasi dengan guru lain. Bagaimanapun, pengetahuan guru ini bersifat praktikal kerana
melalui proses penambahbaikan berasaskan kepada ‘wisdom and practice’ untuk satu jangka masa
yang tertentu (Shulman 1987). Proses pembinaan PPIK menurut Shulman (1987) melibatkan beberapa
langkah iaitu:

   1.   Kefahaman
   2.   Tranformasi
   3.   Pengajaran
   4.   Penilaian
   5.   Refleksi
   6.   Kefahaman baru.

Kefahaman
Untuk mengajar sesuatu mata pelajaran seorang guru itu mestilah mempunyai kefahaman isi
kandungan pelajaran dan muridnya. Memahami murid bermaksud memahami tahap perkembangan
dan kebolehan murid.

Transformasi
Kemudian isi kandungan pelajaran yang difahami ditukarkan dalam bentuk yang boleh difahami oleh
murid dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai. Transformasi isi kandungan dalam bentuk
pengajaran memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana kefahaman tersebut
dapat ditunjukkan oleh murid.

Pengajaran
Pengajaran pula melibatkan aspek pedagogi, organisasi, pengurusan bilik darjah, penerangan, huraian
yang jelas, tugasan, motivasi dan sebagainya. Guru boleh menggunakan sebarang pendekatan,
kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kemampuan dan keadaan muridnya.

Penilaian
Bagi melihat hasil pengajaran yang telah dilaksanakan guru boleh menjalankan penilaian secara
formatif atau summatif berdasarkan kepada objektif dan hasil pembelajaran yang dikehendaki.

Refleksi
Refleksi adalah melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku, membina semula,
melakon semula dan mengingat semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Proses refleksi ini adalah
landasan yang digunakan guru profesional untuk belajar daripada pengalamannya dan memperbaiki
pengetahuan PPIKnya. Refleksi membantu guru mendokumentasikan dan menerangkan tindakan
Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 59


mereka; membuktikan pengetahuan profesional mereka, bagaimana dan mengapa mereka melakukan
sesuatu tindakan (Loughran & Corrigan, 1995).


Kefahaman baru
Akhirnya dalam pembinaan PPIK adalah kefahaman baru, iaitu satu permulaan baru melalui langkah-
langkah yang telah disebutkan iaitu kefahaman, tranformasi, pengajaran, penilaian, refleksi. Guru akan
mempunyai kefahaman yang lebih jelas mengenai isi kandungan dan pengajaran yang bersesuaian
dengan muridnya.

Komponen PPIK



S
       elepas kita membincangkan evolusi konsepsi PPIK, dapatlah dirumuskan bahawa PPIK terdiri
       daripada empat komponen utama iaitu pengetahuan tentang isi kandungan, pengetahuan
       pedagogi, pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks (Cochran et al. 1993;
De Jong 2009; Shulman 1986, 1987; Rosnidar 2010). Mari kita lihat apakah yang terkandung dalam
setiap komponen tersebut.

Pengetahuan isi kandungan guru
Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran (subject matter knowledge atau content knowledge) telah
dikenali sebagai satu aspek penting dalam pengajaran bagi semua disiplin ilmu. Malah, telah terbukti
pengetahuan isi kandungan guru memainkan peranan penting terhadap pencapaian murid (Darling-
Hammond 2000; Sanders & Rivers 1996; Rosnidar 2010; Wright et al. 1997). Pengetahuan isi
kandungan yang dijelaskan Shulman (1986) merangkumi:

   • Pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur bagi disiplin tertentu dan teori yang
     mendasarinya
   • Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik
   • Pengetahuan tentang perubahan terkini dalam disiplin tersebut dan
   • Pengetahuan tentang kegunaan bukti untuk menyokong, menyanggah dan membina suatu
     tuntutan (claims).

Pengetahuan isi kandungan distrukturkan kepada struktur substantif dan struktur sintaktik (Schwab
1978) iaitu “mengetahui apa” dan “mengetahui bagaimana”. Struktur substantif sesuatu disiplin
merangkumi fakta dan konsep yang terdapat di dalamnya dan rangka atau paradigma yang digunakan
bagi menyusun idea dan maklumat (Turner-Bisset 2004). Struktur substantif juga adalah cara fakta
atau konsep disusun menjadi kerangka yang kemudiannya membantu penyiasatan. Contohnya, dalam
mata pelajaran fizik, konsep atom, elektron dan zarah difahami dari segi kerangka penyusunan yang
disebut sebagai teori Kinetik

Manakala, struktur sintaktik adalah cara bagaimana pengetahuan usulan atau pengetahuan substantif
dihasilkan dan dibentuk. Struktur sintaktik adalah prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya
‘kebenaran’ diterima. Ia juga melibatkan falsafah yang terdapat di sebalik ilmu itu, peranan bukti yang
60 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


menunjukkan sejarah bagaimana ilmu tersebut diperoleh dan kesahan sesuatu ilmu itu (Smith 1999).
Contohnya dalam mata pelajaran biologi bagi topik respirasi, struktur sintaktik adalah pengetahuan
tentang penemuan ilmu tersebut oleh Ibnu Sina.

Tahukah anda pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang baik diperlukan untuk membolehkan
guru merancang kurikulum, rancangan pengajaran dan mengaitkan strategi pengajaran untuk
memenuhi keperluan murid. Namun, kebanyakkan guru menunjukkan kesukaran untuk menyatakan
perhubungan antara idea pedagogikal dan konsep isi kandungan pelajaran (Gess-Newsome &
Lederman 1995); mempunyai pengetahuan isi kandungan yang terbatas tentang mata pelajaran (Ball
1990; Stoddart et al. 1993); dan miskonsepsi dalam mata pelajaran yang diajar (Graeber, Tirosh &
Glover 1989).

       Pilih satu topik dalam bidang pengkhususan anda dan senaraikan pengetahuan isi kandungan
       anda tentang topik tersebut.

Komponen pengetahuan pedagogi guru
Komponen pengetahuan pedagogi merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah
mengajar, merangkumi segala aspek yag berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah seperti pendekatan, kaedah, teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujian
dan penilaian, pemulihan dan menggayaan. Ia dibahagikan kepada pengetahuan pedagogi umum dan
pengetahuan pedagogi topik spesifik. Pengetahuan pedagogi umum meliputi pengetahuan umum untuk
pengajaran seperti pengurusan bilik darjah, dan strategi pengajaran umum yang boleh diguna pakai
dalam pelbagai tatacara pendidikan yang luas seperti kemahiran menyoal, kemahiran menerangkan.
Pengetahuan pedagogi umum juga meliputi pengetahuan tentang teori umum pembelajaran;
pengetahuan tentang strategi pengajaran; pengetahuan tentang matlamat pendidikan secara umum
dan penilaian dan pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah secara umum.

Manakala, pengetahuan pedagogi topik spesifik merujuk kepada pengetahuan pedagogi yang spesifik
atau khusus untuk mengajar sesuatu topik atau konsep tertentu. Contohnya menjalankan eksperimen
pembedahan katak untuk menunjukkan sistem respirasi katak dalam mata pelajaran biologi.
Menjalankan amali sembelihan dalam mata pelajaran pendidikan Islam dalam topik sembelihan.


               Berdasarkan topik yang telah anda pilih dalam bidang mengkhususan anda. Senaraikan
               pengetahuan pedagogi topik spesifik yang boleh digunakan dalam pengajaran topik
               tersebut.


Komponen pengetahuan tentang murid
Dalam usaha memastikan pengajaran disampaikan dapat memberi kefahaman kepada murid, satu lagi
perkara yang perlu dititk beratkan oleh guru adalah pengetahuan tentang murid. Pengetahuan tentang
murid membincangkan pengetahuan umum tentang murid, kesukaran pembelajaran dan miskonsepsi
yang dihadapi oleh murid. Guru perlu mempunyai pengetahuan umum tentang muridnya seperti latar
belakang murid, tahap kognitif murid dan sikap murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dirancang bersesuai dengan keperluan, kehendak dan kemampuan murid. Begitu juga dengan
Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 61


kesukaran pembelajaran dan miskonsepsi yang dihadapi murid khusus bagi topik yang bakal dpelajari.
Contohnya dikenalpasti dalam sesuatu topik, murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan esei
maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengambil inisiatif untuk mengatasi
kesukaran pembelajaran murid tersebut dengan member lebih banyak latihan esei. Begitu juga dengan
miskonsepsi murid. Sebelum memulakan pengajaran guru perlu mengenalpasti apakah miskonsepsi
yang biasa berlaku dalam topik yang diajar agar beliau dapat merancang pengajaran atau aktiviti untuk
mengatasi masalah miskonsepsi tersebut.

Komponen pengetahuan tentang konteks
Pengetahuan tentang konteks membincangkan tentang pengetahuan tentang kominiti, persekitaran
sekolah dan budayanya yang berkaitan pengajaran topik yang diajar. Guru haruslah menggunakan
pengetahuan tentang konteks bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan releven dengan
kehidupan pelajar. Contoh dalam pengajaran biologi konsep “struktur sel dan fungsi sel” tingkatan satu,
guru boleh menggunakan pelbagai analogi seperti keadaan dalam sebuah kilang, keadaan keluarga
dalam sebuah rumah, organisasi sekolah bagi menerangkan konsep tersebut. Pengetahuan tentang
konteks guru menjadikan pengajaran di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan atau
membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan mereka di dalam bilik darjah.
Pengetahuan tentang kontek juga membolehkan guru menggunakan kemudahan dan persekitaran
yang ada untuk pengajaran. Contohnya, seorang guru biologi yang mengajar di kawasan kampung
yang kaya dengan fauna dan flora dapat menggunakan persekitaran tersebut dengan membawa murid
belajar di luar bilik darjah menggunakan sumber yang ada di sekitarnya. Berikut dikemukakan contoh
PPIK untuk mengajar topik Respirasi Biologi tingkatan 4 dalam Rajah 4.1.

         Senaraikan pengetahuan tentang konteks yang anda ketahui boleh digunakan dalam
         pengajaran isi kandungan yang telah nyatakan sebelum ini?
62 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

                                                       Isi
Kandungan

                                            Substantif

                                            •    Proses
respirasi
dalam

                                                 penghasilan
tenaga


                                            •    Struktur
respirasi
dan

                                                 mekanisme
pernafasan

                                                 bagi
haiwan
dan
manusia;


                                            •    Mekanisme
kawal
atur

                                                 dalam
respirasi


                                            •    Respirasi
dalam
tumbuhan


                                            Sintaktik


                                            •    Sejarah
penemuan
ilmu

                                                 respirasi
oIeh
Ibnu
Sina

                                            

                                                                                            Pedagogi

                                                                                  Umum

                                                                                  •   Kemahiran
menerang

       Pengetahuan tentang konteks                                                •   Kemahiran
menyoal

                                                                                  •   Pengurusan
bilik
darjah


   •      Menggunakan tumbuhan
                               

                                                                                  Khusus

          yang
ada
disekitar
                                                     •   Eksperimen
sistem

          sekolah
sebagai
contoh
                          PPIK
                      respirasi
ikan,
katak

   •      Kemudahan
makmal

                                                         Respirasi
               •   Analogi

pernafasan

   
                                                                                  manusia


                                                                                  •   Pokok
padi
ditengelami
air

                                                                                      untuk
menunjukkan

                                                                                      respirasi
tumbuhan


                                                                                  

                                              Pengetahuan
tentang
pelajar

                                                              

                                            Miskonsepsi

                                            •     Perbezaan
 antara
 respirasi

                                                  tumbuhan
dan

fotosintesis

                                            •     Mekanisme
pernafasan

                                            •     Respirasi
 adalah
 menarik

                                                  dan
menghembus
nafas

                                            Latar
belakang
pelajar

                                            Tahap
kognitif
pelajar

                                            Kesukaran
pembelajaran

                                                   •    kesukaran
mengingati

                                                        nama
struktur

                                                        respirasi
dan

                                                        mekanisma
respirasi

                                                   •    menjawab
soalan
esei





                                     Rajah 4.1 PPIK Respirasi (Rosnidar 2010)



Aplikasi PPIK pada peringkat perancangan pengajaran



M
        ari kita lihat bagaimana PPIK ini diaplikasi pada peringkat perancangan pengajaran. Terdapat
        pelbagai model pengajaran yang boleh digunakan oleh guru mengikut kesesuaian isi
        kandungan yang diajar. Sebagai contohnya kita boleh menggunakan model pengajaran UPSI
(2009) seperti mana yang dibincangkan dalam Unit 1. Seperti yang dinyatakan dalam Unit 1, terdapat
lapan komponen utama yang perlu diambil kira dalam merancang pengajaran sesuatu topik iaitu:

   1. analisis keperluan dan kesediaan murid
   2. analisis isi kandungan topik yang hendak diajar (dari segi ‘pengetahuan’ dan ‘kemahiran’ )
Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 63


   3.   tentukan hasil pembelajaran
   4.   susun unit-unit pengajaran
   5.   pilih dan guna pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
   6.   bina, pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai
   7.   sedia latihan sesuai dan mencukupi
   8.   bina, pilih dan guna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai


Analisis keperluan dan kesedian murid
Menganalisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada dan/atau miskonsepsi murid dengan
memberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik itu; menyoal murid secara lisan, melihat rekod dan
buku latihan murid serta maklumat dari guru.

Analisis isi kandungan topik yang hendak diajar
Membuat analisis tentang pengetahuan isi kandungan topik iaitu konsep, fakta, klasifikasi, prosedur,
prinsip, dan teori. Juga menganalisis kemahiran yang terlibat dalam pengajaran topik tersebut seperti
melukis peta, rajah, graf, menulis laporan, membuat eksperimen dan projek.

Hasil pembelajaran
Guru mesti menentukan hasil pembelajaran iaitu mengenal pasti objektif spesifik berdasarkan
Taksonomi Bloom: 6 aras, pemikiran induktif dan deduktif, objektif domain afektif (sikap) dan objektif
kemahiran: domain psikomotor

Susun unit-unit pengajaran
Unit pengajaran mesti disusun agar terdapat kesinambungan dan turutan antara satu topik dengan
topik yang lain. Jadual penentuan kandungan boleh dibina untuk sesuatu unit pengajaran. Rujuk Unit 3
untuk melihat semula tentang jadual penentuan kandungan (JPK).

Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
Guru boleh menggunakan mana-mana pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan isi
kandungan; tahap, kemampuan dan minat murid; dan konteks pembelajaran murid. Antara pendekatan
pengajaran yang boleh diguna seperti pendekatan konstruktivisme, pendekatan masteri, pendekatan
inkuiri penemuan dan sebagainya. Kaedah yang boleh digunakan pula seperti kajian kes, pembelajaran
berasaskan masalah dan pembelajaran beasaskan projek. Manakala, teknik pengajaran yang boleh
digunakan seperti peta konsep, peta minda, analogi, pembentangan pelajar dan sebagai.

Pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai
Seperti mana pendekatan, kaedah dan teknik, guru boleh mengunakan alat bantu mengajar yang
sesuai dengan topik yang diajar, pelajar dan konteks pembelajaran. Misalnya menggunakan alat
multimedia dan bukan multimedia dalam pengajaran semua mata pelajaran, menggunakan fauna dan
flora yang terdapat di sekitar sekolah dalam pengajaran sains dan biologi.
64 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


Latihan yang sesuai dan mencukupi
Untuk mempastikan pengajaran yang disampaikan kepada murid berkesan, difahami dan mencapai
objektif pembelajaran, guru boleh menguji kefahaman mereka dengan memberi latihan sebagai satu
cara penilaian. Latihan juga boleh diberi kepada murid sebagai satu cara pemulihan, pengukuhan dan
pengayaan. Latihan boleh dilakukan dalam setiap sesi pengajaran atau di akhir sesuatu unit
pengajaran, pada akhir semester dan sebagainya. Ia juga boleh dijalankan secara individu dan
berkumpulan. Masa yang mencukupi perlu diberikan kepada murid untuk mempastikan mereka dapat
menyelesaikan latihan dengan sempurna.

Kaedah penaksiran yang sesuai
Penaksiran dilakukan untuk mempastikan objektif pembelajaran dicapai. Ia juga boleh digunakan
sebagai refleksi kepada guru itu sendiri untuk menguji keberkesanan proses pengajaran yang telah
dilaksanakan. Penaksiran boleh dilaksanakan secara formatif dan summatif. Penaksiran formatif
dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran dan penaksiran summatif dinilai
berasaskan rujukan kriteria dan rujukan norma.


            Analisis langkah-langkah yang telah dikemukakan, kenal pasti apakah komponen PPIK
yang terdapat dalam langkah tersebut. Cuba rancang pengajaran satu topik dalam mata pelajaran yang
kamu ajar mengguna langkah-langkah di atas.



RUMUSAN
   1. Shulman telah mengariskan tujuh pengetahuan profesional guru yang diperlukan oleh guru untuk
      mengajar sesuatu mata pelajaran dengan berkesan.

   2. PPIK adalah pengetahuan yang membezakan antara seorang guru yang pakar dalam suatu
      mata pelajaran bidang tertentu dengan seorang yang bukan guru tetapi pakar dalam bidang
      tersebut (contohnya seorang saintis)

   3. Empat komponen PPIK guru adalah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi,
      pengetahuan tentang pelajar dan pengetahuan tentang konteks.

   4. Proses pembinaan PPIK menurut Shulman (1987) melibatkan beberapa langkah iaitu
      kefahaman, tranformasi, pengajaran, penilaian, refleksi dan kefahaman baru.




KATA KUNCI
   1.   Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan
   2.   Pengetahuan Pedagogi
   3.   Pengetahuan Isi Kandungan
   4.   Pengetahuan tentang Konteks
Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 65



PENILAIAN KENDIRI
   1. Jelaskan apakah peranan guru dalam usaha meningkatkan kefahaman pelajar.

   2. Dengan menggunakan ayat anda sendiri beri definisi pengetahuan pedagogikal isi kandungan.

   3. Nyatakan dan jelaskan langkah-langkah pembinaan PPIK menurut Shulman?

   4. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran senaraikan perkara yang perlu dipertimbangkan
      sebelum anda memulakan pengajaran satu topik yang dipilih.

   5. Berpandu kepada rajah 4.1 jana PPIK anda bagi satu topik dalam mata pelajaran tumpuan anda.




RUJUKAN
Abell, S. K. 2007. Research on science teacher knowledge. In S. K. Abell & N. G. Lederman (Eds.).
  Handbook of Research on Science Education (00. 1105-1149). Mahwah, NJ/ London: Lawrence
  Erlbaum Associates, Publishers.

Bereiter, C. 2002. Education and mind in the knowledge age. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum
   Associates.

Bransford, J., Brown, A., & Cocking, R.R. 1999. How people learn: Brain, mind, experience and school.
   Washington, DC: National Academy Press.

Blumenfeld, P., Marx, R., Patrick, H., Krajcik, J., & Soloway, E. 1997. Teaching for understanding. In B.
   J.
   Biddle, T. L. Good & I. F. Goodson (Eds.), International handbook of teachers and teaching, 819–
   878. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

Daniel, E.G.S. 1999.Corak konsepsi pelajar bagi konsep ‘pertumbhan’. Tesis Doktor falsafah yang tidak
  diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Darling-Hammond, L. 2000, Teacher Quality and Student Achievement: A Review of State Policy
  Evidence (Education Policy Analysis Archives, http://epaa.asu.edu/epaa/v8n1/ 2000).

Effandi Zakaria & Zanaton Iksan. 2007. Promoting Cooperative learning in science mathematics
   education: A Malaysia perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science& Technology
   Education, 2007, 3(1), 35-39.

Grossman, P. L. 1990. The Making of a Teacher: Teacher Knowledge and Teacher Education. New
   York: Teachers College Press.
66 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


Grossman, P., & Schoenfeld, A. 2005. Teaching subject matter. In L. Darling-Hammond & J. Bransford
   (Eds.), Preparing teachers for a changing world (pp. 201–230). San Francisco: Jossey-Bass.

Kastens, K. 2004. Making DLESE into the Source for Pedagogical Content Knowledge Pertaining to
  the Earth and Environment. White Paper for DLESE Quality Workshop.
  http://dlese.org/documents/papers/KK_PedContKnow_WP.pdf 25 April.2007

Lijnse, P. L., & Klaassen, C. W. J. M. 2004. Didactical structures as an outcome of research on
    teaching-learning sequences. International Journal of Science Education, 26, 537–554.

Loughran, J. J. Mulhall, P., & Berry, A.. 2006. Understanding and Developing Science Teacher’s
   Pedagogical Content Knowledge. Sense Publishers: Rotterdam.

Magnusson, S., Krajcik, J., & Borko, H. 1999. Nature, sources, and development of pedagogical
  content knowledge for science teaching In J. Gess-Newsome & N.G. Lederman (Eds.), Yearbook of
  The Association For The Education Of Teachers Of Science. Boston: Kluwer.

National Research Council. 2000. Inquiry and the national science education standards. Washington,
   DC: National Academy Press.

Rosnidar Mansor. 2010. Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru dan Kefahaman Konseptual
  Pelajar dalam Topik Respirasi. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan
  Malaysia

Segall, A. 2004. Revisiting pedagogical content knowledge: The pedagogy of content or the content of
  pedagogy. Teaching and teacher education, 20(5), 489-504.

Shulman, L.S, 1986. Paradigms and Research Programs in the Study of Teaching: A Contemporary
  Perspective. In M. C. Wittrock (Ed), Handbook of Research on Teaching (3rd Edition), New York:
  McMillian Publishing Company.

Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational
  Review, 57, 1-22.

Wiske, M.S. 1998. What is teaching for understanding? In Wiske, M.S.(Ed.) Teaching for
   understanding: Linking reseach with practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishing.

Janssen F.J.J.M., Tigelaar. D.E.H., & Verloop N. 2009. Developing Biology Aimed at Teaching
   Understanding: A domain-specific Heuristic for Student Teachers. Journal of Science Teacher
   Education . 20:1-20.

Veal, W. R., & MaKinster, J. G. 1999. Pedagogical content knowledge taxonomies. Electronic Journal
  of Science Education 3(4).


Contenu connexe

Tendances

Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
liya amalina
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Fatimah Al-Dayana
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Ai Li
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Farah Elriani
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
share with me
 

Tendances (20)

Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
Tunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizahTunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizah
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
 
Pedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdfPedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdf
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
 
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranCompiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaran
 

En vedette

Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
一世 一生
 
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujianKpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
Mazmon Mahmud
 
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
一世 一生
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
一世 一生
 
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujianKpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Mazmon Mahmud
 
Pengurusan & perkembangan kurikulum
Pengurusan & perkembangan kurikulumPengurusan & perkembangan kurikulum
Pengurusan & perkembangan kurikulum
Norazul89
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
一世 一生
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
一世 一生
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
一世 一生
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuan
cik noorlyda
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
一世 一生
 
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
Siti Aishah
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
一世 一生
 
Unit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumUnit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulum
amranmj
 

En vedette (20)

Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
 
Kpn 4053 unit 1
Kpn 4053 unit 1Kpn 4053 unit 1
Kpn 4053 unit 1
 
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujianKpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
 
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
 
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam SainsKemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
 
Prelim
PrelimPrelim
Prelim
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
 
Curriculum design(new)
Curriculum design(new)Curriculum design(new)
Curriculum design(new)
 
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujianKpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
 
Pengurusan & perkembangan kurikulum
Pengurusan & perkembangan kurikulumPengurusan & perkembangan kurikulum
Pengurusan & perkembangan kurikulum
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuan
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
 
Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)
Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)
Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)
 
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
 
Unit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumUnit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulum
 
Minggu 8
Minggu 8Minggu 8
Minggu 8
 

Similaire à Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2

Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Siti Jaharah Muhamad
 
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Ministry of Education
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Izawati Saat
 
Kurikulum & pembelajaran (lilis . s)
Kurikulum & pembelajaran (lilis . s)Kurikulum & pembelajaran (lilis . s)
Kurikulum & pembelajaran (lilis . s)
TheEa Za
 
Peranan pendidik-di-dalam-kelas
Peranan pendidik-di-dalam-kelasPeranan pendidik-di-dalam-kelas
Peranan pendidik-di-dalam-kelas
Pensil Dan Pemadam
 

Similaire à Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2 (20)

Model shulman
Model shulmanModel shulman
Model shulman
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
 
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
 
(Group 17) pck
(Group 17) pck(Group 17) pck
(Group 17) pck
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
 
Presentation ppik
Presentation ppikPresentation ppik
Presentation ppik
 
Presentation ppik
Presentation ppikPresentation ppik
Presentation ppik
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
Marty mardiyah
Marty mardiyahMarty mardiyah
Marty mardiyah
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 
385 1342-1-p bx
385 1342-1-p bx385 1342-1-p bx
385 1342-1-p bx
 
Kurikulum & pembelajaran (lilis . s)
Kurikulum & pembelajaran (lilis . s)Kurikulum & pembelajaran (lilis . s)
Kurikulum & pembelajaran (lilis . s)
 
Peranan pendidik-di-dalam-kelas
Peranan pendidik-di-dalam-kelasPeranan pendidik-di-dalam-kelas
Peranan pendidik-di-dalam-kelas
 
Tugasan soalan 1 Type Of Curriculum
Tugasan soalan 1 Type Of CurriculumTugasan soalan 1 Type Of Curriculum
Tugasan soalan 1 Type Of Curriculum
 
Bab[08]
Bab[08]Bab[08]
Bab[08]
 
Curriculum 3
Curriculum 3Curriculum 3
Curriculum 3
 
Pendekatan 21st Century Bahasa Melayu
Pendekatan 21st Century Bahasa Melayu Pendekatan 21st Century Bahasa Melayu
Pendekatan 21st Century Bahasa Melayu
 

Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2

  • 1. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 53 UNIT 4 TERAS PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud pengajaran untuk kefahaman 2. Membincangkan perananan guru dalam mencapai matlamat pengajaran untuk kefahaman 3. Menerangkan maksud teras pengetahuan dan kemahiran guru 4. Membincangkan beberapa jenis teras pengetahuan dan kemahiran yang mesti diperoleh guru 5. Membincangkan bagaimana teras pengetahuan dan kemahiran guru memainkan peranan penting dalam mengalakkan kefahaman murid. 6. Membincangkan model pengajaran UPSI dan memberi contoh langkah- langkahnya dalam persediaan pengajaran. PENGENALAN Sebagai seorang guru tidakkah anda berasa teruja melihat wajah murid anda seperti di atas, begitu yakin dan bersemangat untuk menjawab soalan yang anda kemukakan bagi mempamerkan kefahamannya? Sudah tentu jawabnya “Ya” tetapi bagaimana mewujudkan suasana seperti ini?
  • 2. 54 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 P engajaran untuk kefahaman merupakan satu cabaran yang paling hebat dan sukar untuk dilaksanakan (Bransford et al. 1999; NCR 2000; Wiske 1998) oleh semua guru. Sememangnya kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa sepatutnya pendidikan adalah berkenaan dengan pengajaran untuk kefahaman. Dalam mencapai matlamat pengajaran untuk kefahaman atau “teaching for understanding” guru dan murid akan terlibat dalam perbincangan satu idea penting dan aktiviti penyelesaian masalah dalam satu konteks yang bermakna (Janssen et al. 2009). Kefahaman adalah suatu konsep yang ilusif dan mempunyai makna yang pelbagai kepada orang yang berbeza (Blumenfeld et al. 1997; Bereiter 2002; NCR 2000).
Kefahaman dikaitkan dengan murid apabila mereka dapat membuat hubungkait pengetahuan yang dipelajari dan membentuk struktur konsepsi yang menyeluruh dan bersepadu (Daniel 1999). Murid yang mempunyai kefahaman dapat menggunakan pemahaman mereka untuk mengenal pasti dan mengaplikasi prinsip dan fakta, definisi istilah, banding beza konsep berkenaan dan memupuk kreativiti (Effandi & Zanaton 2007). Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran untuk kefahaman dan bagaimana melaksanakannya? Apakah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru untuk memastikan pengajarannya mencapai matlamat kefahaman murid? Mari kita bincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. ISI KANDUNGAN Apakah peranan guru dalam mencapai pengajaran untuk kefahaman murid? M engajar merupakan satu aktiviti kompleks yang melibatkan lebih daripada satu siri tindakan oleh guru (Loughran, Berry & Mulhall 2006). Sesetengah pendapat menyatakan “telling is not teaching and listening is not learning”. Hal ini menunjukkan untuk membolehkan seseorang guru itu mengajar dengan berkesan ia memerlukan satu siri pengetahuan dan kemahiran khas. Perkara inilah yang membezakan, misalnya, antara seorang saintis yang pakar dalam suatu bidang dengan guru yang pakar dalam mata pelajaran bidang tersebut. Dalam usaha membantu murid untuk memahami idea penting dalam sesuatu mata pelajaran, guru
 mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang idea tersebut, termasuk bagaimana idea tersebut berkait dengan idea lain dalam sesuatu disiplin (Grossman & Schoenfeld 2005). Perkara ini juga disokong oleh penyelidik lain yang menemui hubungan positif antara pengetahuan isi kandungan guru dengan pencapaian murid (Abell 2007; Darling-Hammond 2000). Jadi, untuk mencapai pengajaran untuk kefahaman, mempunyai pengetahuan isi kandungan yang mendalam merupakan syarat utama yang mesti dipatuhi semua guru. Bagaimanapun, pengetahuan yang mendalam sahaja tidak mencukupi bagi mencapai pengajaran untuk kefahaman. Guru haruslah mampu mentransformasi pengetahuan yang ada dalam mindanya kepada bentuk pengetahuan untuk pengajaran. Proses mentransformasi ini memerlukan guru menerang, menunjuk atau membuat demontrasi, melakon atau mempersembahkan idea supaya murid
  • 3. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 55 yang tidak faham akan menjadi faham dan yang tidak berkemahiran akan berkemahiran (Shulman 1987). Denga lain perkataan, pengetahuan isi kandungan harus disusun dan diorganisasi supaya dapat disampaikan dalam bentuk yang difahami murid. Murid harus diberi peluang menjalani satu siri aktiviti di bawah tanggungjawab sendiri dan berakhir dengan terbinanya kefahaman baru bagi murid (Lijnse & Klaassen 2004). Hal ini disebut sebagai pengajaran untuk kefahaman. Pengetahuan dan kemahiran guru D alam konteks ini, Shulman (1987) berpendapat, untuk menggalakkan kefahaman murid, guru mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis pengetahuan profesional untuk pengajaran iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan tentang murid. Shulman (1987) juga telah menyenaraikan tujuh kategori pengetahuan teras guru yang diperlukan bagi mencapai tahap pengajaran untuk kefahaman ini, iaitu: 1. Pengetahuan isi kandungan 2. Pengetahuan pedagogi umum yang merujuk kepada prinsip dan strategi pengurusan bilik darjah dan organisasi merentasi bidang dan mata pelajaran 3. Pengetahuan kurikulum dengan bahan dan program yang bertindak sebagai “tools of trade” kepada guru 4. Pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) iaitu gabungan isi kandungan dan pedagogi membentuk pengetahuan profesional guru 5. Pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri mereka 6. Pengetahuan tentang konteks pendidikan iaitu bermula dari bekerja secara kumpulan, bilik darjah, pentadbiran dan kewangan sekolah, karektor masyarakat dan budaya 7. Pengetahuan tentang matlamat pendidikan iaitu tujuan, nilai, falsafah dan sejarah asal. Antara ketujuh-tujuh komponen pengetahuan, PPIK mempunyai ciri yang tersendiri kerana ia merupakan gabungan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi umum. PPIK membincangkan bagaimana topik, masalah atau isu tertentu diorganisasi, dipersembah dan diubahsuai mengikut pelbagai minat dan kebolehan murid. PPIK juga disebut sebagai satu bentuk pengetahuan profesional yang unik kepada seseorang guru. Rajah 4.1 menunjukkan secara ringkas konsep PPIK ini. Rajah 4.1 Model PPIK Shulman (1986)
  • 4. 56 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan guru (PPIK) S eperti yang dinyatakan sebelum ini, PPIK dicetuskan Shulman sebagai gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. PPIK adalah bentuk pengetahuan yang membezakan antara seorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan seorang yang bukan guru malah dengan seorang guru biasa. PPIK ialah kebolehan guru untuk menterjemah sesuatu konsep ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikannya mudah difahami. Shulman (1986, 1987) menyatakan bahawa pengetahuan yang mantap tentang subjek diperlukan oleh guru semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran, dan strategi instruksional berkaitan dalam menangani keperluan belajar murid. Shulman (1986) juga menyatakan PPIK sebagai satu perkara yang perlu peroleh guru untuk mengajar. Shulman (1986) menghuraikan PPIK sebagai “The most useful forms of (content) representation ..., the most powerful analogies, illustrations, examples, explanations and demontrations in a words, the way of representing and formulating the subject that makes it comprehensible for others”. Menurut Shulman, (1986) PPIK merangkumi kesedaran untuk mengkonsepi suatu mata pelajaran untuk mengajar. Beliau juga mengkonsepsi PPIK sebagai: “Understanding the central topics in each subject as it is generally taught to children of a particular grade level and being able to ask the following kinds of questions about each topic: what are the core concepts, skills and attitudes which this topic has the potential of conveying to students? What are the aspects of this topic that are most difficult to understand for students? What is the greatest intrinsic interest? What analogies, metaphors, examples, similes, demonstrations, simulations, manipulations, or the like, are most effective in communicating the appropriate understandings or attitudes of this topic to students of particular backgrounds and prerequisites? What students' preconceptions are likely to get in the way of learning? (1986 ms. 9)” Ini bermakna guru perlu untuk meningkatkan pengetahuan profesional mereka sendiri untuk pengajaran, contohnya apakah aspek dalam topik yang menjadi kesukaran murid untuk memahaminya? Apakah pengetahuan sedia ada murid sebelum mereka belajar? Guru bukan sahaja perlu untuk mengetahui aspek pengajaran bilik darjah secara umum dan teknik mengajar tetapi juga perlu mengetahui kaedah yang spesifik untuk sesuatu subjek dan topik. Ini bermakna, adalah penting pengetahuan isi kandungan sesuatu mata pelajaran dibina bersama pengetahuan untuk menyampaikan mata pelajaran tersebut kepada murid sehingga terhasilnya kefahaman yang bermakna. PPIK membolehkan guru mempersembahkan sesuatu topik atau konsep dengan menggunakan analogi, ilustrasi, contoh, penerangan dan demonstrasi yang paling berkesan atau mempersembahkan dan memformulasi sesuatu subjek itu supaya boleh difahami oleh orang lain (Ellison 2007; Mulhall, Berry & Loughran 2003). Ia juga termasuk kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembelajaran topik itu senang dan susah, miskonsepsi murid tentang topik dan pengetahuan tentang
  • 5. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 57 strategi pengajaran yang efektif Shulman (1986). Oleh kerana tidak ada satu cara persembahan ilmu yang terbaik maka, seseorang guru harus mempunyai kemahiran dalam pelbagai kaedah, strategi dan teknik pengajaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid dengan berkesan. Menurut Shulman lagi, PPIK juga boleh dilihat sebagai: "aspects of content that are relevant to teaching for a particular topics in the subject matter. This pedagogical content knowledge includes among other things, the ways of communicating and presenting those ideas so that it is comprehensible for the pupils and also an understanding of what makes the learning of that particular topics easy or difficult to learn…". PPIK Shulman (1986) telah dikonsepsi lebih lanjut, diperluaskan merangkumi komponen baru dan diselidiki oleh penyelidik lain (misalnya Veal & MaKinster 1999; Segall 2004; Barnett & Hodson 2001; De Jong 2009; Magnusson, Krajcik & Borko 1999). Grossman (1990) misalnya mencadangkan empat komponen PPIK: 
 1. pengetahuan untuk pengajar topik tertentu pada tahap yang berbeza, 
 2. pengetahuan tentang pemahaman murid dan miskonsepsi, 3. pengetahuan tentang bahan kurikulum yang sedia untuk mengajar topik tertentu dan 4. pengetahuan tentang strategi pembelajaran dan perwakilan untuk mengajar topik tertentu. Magnusson, Krajcik dan Borko (1999) mentakrifkan lima komponen PPIK: 
 
 1. orientasi terhadap pengajaran sains, 
 2. pengetahuan dan kepercayaan tentang kurikulum sains, 3. pengetahuan dan kepercayaan tentang pemahaman murid terhadap topik sains tertentu, 4. pengetahuan dan kepercayaan tentang penilaian dalam sains dan 5. pengetahuan dan kepercayaan tentang strategi pengajaran untuk mengajar sains. Loughran et al. (2006) pula berpendapat PPIK ialah gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi dalam bentuk masing-masing dan berinteraksi antara satu sama lain, yang mempastikan apa yang diajar dan bagaimana ia berguna dalam pengajaran suatu konsep spesifik difahami murid kerana pengajaran telah dirancang, dianalisis dan disampaikan dengan baik.
 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PPIK lawati laman web berikut: http://people.ucsc.edu/~ktellez/shulman.pdf http://www.leeshulman.net/domains-pedagogical-content-knowledge.html http://www.csun.edu/science/ref/pedagogy/pck/index.html
  • 6. 58 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Bagaimana membina PPIK? S etelah memahami tentang PPIK, mungkin anda memikirkan bagaimana PPIK guru dibina. PPIK biasanya dibina daripada dua mekanisma iaitu (a) melalui kebijaksanaan pelaksananya iaitu guru menerusi pemerhatian sebagai seorang guru dan murid tentang karier mereka dalam satu jangka masa yang panjang; (b) melalui kajian tentang situasi yang terkawal oleh penyelidik dalam bidang pendidikan (Kastens 2004). PPIK berkembang melalui pembelajaran guru, pelaksanaan dan refleksi, kolaborasi dengan guru lain. Bagaimanapun, pengetahuan guru ini bersifat praktikal kerana melalui proses penambahbaikan berasaskan kepada ‘wisdom and practice’ untuk satu jangka masa yang tertentu (Shulman 1987). Proses pembinaan PPIK menurut Shulman (1987) melibatkan beberapa langkah iaitu: 1. Kefahaman 2. Tranformasi 3. Pengajaran 4. Penilaian 5. Refleksi 6. Kefahaman baru. Kefahaman Untuk mengajar sesuatu mata pelajaran seorang guru itu mestilah mempunyai kefahaman isi kandungan pelajaran dan muridnya. Memahami murid bermaksud memahami tahap perkembangan dan kebolehan murid. Transformasi Kemudian isi kandungan pelajaran yang difahami ditukarkan dalam bentuk yang boleh difahami oleh murid dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai. Transformasi isi kandungan dalam bentuk pengajaran memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana kefahaman tersebut dapat ditunjukkan oleh murid. Pengajaran Pengajaran pula melibatkan aspek pedagogi, organisasi, pengurusan bilik darjah, penerangan, huraian yang jelas, tugasan, motivasi dan sebagainya. Guru boleh menggunakan sebarang pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kemampuan dan keadaan muridnya. Penilaian Bagi melihat hasil pengajaran yang telah dilaksanakan guru boleh menjalankan penilaian secara formatif atau summatif berdasarkan kepada objektif dan hasil pembelajaran yang dikehendaki. Refleksi Refleksi adalah melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku, membina semula, melakon semula dan mengingat semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Proses refleksi ini adalah landasan yang digunakan guru profesional untuk belajar daripada pengalamannya dan memperbaiki pengetahuan PPIKnya. Refleksi membantu guru mendokumentasikan dan menerangkan tindakan
  • 7. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 59 mereka; membuktikan pengetahuan profesional mereka, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan (Loughran & Corrigan, 1995). Kefahaman baru Akhirnya dalam pembinaan PPIK adalah kefahaman baru, iaitu satu permulaan baru melalui langkah- langkah yang telah disebutkan iaitu kefahaman, tranformasi, pengajaran, penilaian, refleksi. Guru akan mempunyai kefahaman yang lebih jelas mengenai isi kandungan dan pengajaran yang bersesuaian dengan muridnya. Komponen PPIK S elepas kita membincangkan evolusi konsepsi PPIK, dapatlah dirumuskan bahawa PPIK terdiri daripada empat komponen utama iaitu pengetahuan tentang isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks (Cochran et al. 1993; De Jong 2009; Shulman 1986, 1987; Rosnidar 2010). Mari kita lihat apakah yang terkandung dalam setiap komponen tersebut. Pengetahuan isi kandungan guru Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran (subject matter knowledge atau content knowledge) telah dikenali sebagai satu aspek penting dalam pengajaran bagi semua disiplin ilmu. Malah, telah terbukti pengetahuan isi kandungan guru memainkan peranan penting terhadap pencapaian murid (Darling- Hammond 2000; Sanders & Rivers 1996; Rosnidar 2010; Wright et al. 1997). Pengetahuan isi kandungan yang dijelaskan Shulman (1986) merangkumi: • Pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur bagi disiplin tertentu dan teori yang mendasarinya • Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik • Pengetahuan tentang perubahan terkini dalam disiplin tersebut dan • Pengetahuan tentang kegunaan bukti untuk menyokong, menyanggah dan membina suatu tuntutan (claims). Pengetahuan isi kandungan distrukturkan kepada struktur substantif dan struktur sintaktik (Schwab 1978) iaitu “mengetahui apa” dan “mengetahui bagaimana”. Struktur substantif sesuatu disiplin merangkumi fakta dan konsep yang terdapat di dalamnya dan rangka atau paradigma yang digunakan bagi menyusun idea dan maklumat (Turner-Bisset 2004). Struktur substantif juga adalah cara fakta atau konsep disusun menjadi kerangka yang kemudiannya membantu penyiasatan. Contohnya, dalam mata pelajaran fizik, konsep atom, elektron dan zarah difahami dari segi kerangka penyusunan yang disebut sebagai teori Kinetik Manakala, struktur sintaktik adalah cara bagaimana pengetahuan usulan atau pengetahuan substantif dihasilkan dan dibentuk. Struktur sintaktik adalah prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya ‘kebenaran’ diterima. Ia juga melibatkan falsafah yang terdapat di sebalik ilmu itu, peranan bukti yang
  • 8. 60 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 menunjukkan sejarah bagaimana ilmu tersebut diperoleh dan kesahan sesuatu ilmu itu (Smith 1999). Contohnya dalam mata pelajaran biologi bagi topik respirasi, struktur sintaktik adalah pengetahuan tentang penemuan ilmu tersebut oleh Ibnu Sina. Tahukah anda pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang baik diperlukan untuk membolehkan guru merancang kurikulum, rancangan pengajaran dan mengaitkan strategi pengajaran untuk memenuhi keperluan murid. Namun, kebanyakkan guru menunjukkan kesukaran untuk menyatakan perhubungan antara idea pedagogikal dan konsep isi kandungan pelajaran (Gess-Newsome & Lederman 1995); mempunyai pengetahuan isi kandungan yang terbatas tentang mata pelajaran (Ball 1990; Stoddart et al. 1993); dan miskonsepsi dalam mata pelajaran yang diajar (Graeber, Tirosh & Glover 1989). Pilih satu topik dalam bidang pengkhususan anda dan senaraikan pengetahuan isi kandungan anda tentang topik tersebut. Komponen pengetahuan pedagogi guru Komponen pengetahuan pedagogi merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah mengajar, merangkumi segala aspek yag berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti pendekatan, kaedah, teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian, pemulihan dan menggayaan. Ia dibahagikan kepada pengetahuan pedagogi umum dan pengetahuan pedagogi topik spesifik. Pengetahuan pedagogi umum meliputi pengetahuan umum untuk pengajaran seperti pengurusan bilik darjah, dan strategi pengajaran umum yang boleh diguna pakai dalam pelbagai tatacara pendidikan yang luas seperti kemahiran menyoal, kemahiran menerangkan. Pengetahuan pedagogi umum juga meliputi pengetahuan tentang teori umum pembelajaran; pengetahuan tentang strategi pengajaran; pengetahuan tentang matlamat pendidikan secara umum dan penilaian dan pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah secara umum. Manakala, pengetahuan pedagogi topik spesifik merujuk kepada pengetahuan pedagogi yang spesifik atau khusus untuk mengajar sesuatu topik atau konsep tertentu. Contohnya menjalankan eksperimen pembedahan katak untuk menunjukkan sistem respirasi katak dalam mata pelajaran biologi. Menjalankan amali sembelihan dalam mata pelajaran pendidikan Islam dalam topik sembelihan. Berdasarkan topik yang telah anda pilih dalam bidang mengkhususan anda. Senaraikan pengetahuan pedagogi topik spesifik yang boleh digunakan dalam pengajaran topik tersebut. Komponen pengetahuan tentang murid Dalam usaha memastikan pengajaran disampaikan dapat memberi kefahaman kepada murid, satu lagi perkara yang perlu dititk beratkan oleh guru adalah pengetahuan tentang murid. Pengetahuan tentang murid membincangkan pengetahuan umum tentang murid, kesukaran pembelajaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid. Guru perlu mempunyai pengetahuan umum tentang muridnya seperti latar belakang murid, tahap kognitif murid dan sikap murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang bersesuai dengan keperluan, kehendak dan kemampuan murid. Begitu juga dengan
  • 9. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 61 kesukaran pembelajaran dan miskonsepsi yang dihadapi murid khusus bagi topik yang bakal dpelajari. Contohnya dikenalpasti dalam sesuatu topik, murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan esei maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengambil inisiatif untuk mengatasi kesukaran pembelajaran murid tersebut dengan member lebih banyak latihan esei. Begitu juga dengan miskonsepsi murid. Sebelum memulakan pengajaran guru perlu mengenalpasti apakah miskonsepsi yang biasa berlaku dalam topik yang diajar agar beliau dapat merancang pengajaran atau aktiviti untuk mengatasi masalah miskonsepsi tersebut. Komponen pengetahuan tentang konteks Pengetahuan tentang konteks membincangkan tentang pengetahuan tentang kominiti, persekitaran sekolah dan budayanya yang berkaitan pengajaran topik yang diajar. Guru haruslah menggunakan pengetahuan tentang konteks bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan releven dengan kehidupan pelajar. Contoh dalam pengajaran biologi konsep “struktur sel dan fungsi sel” tingkatan satu, guru boleh menggunakan pelbagai analogi seperti keadaan dalam sebuah kilang, keadaan keluarga dalam sebuah rumah, organisasi sekolah bagi menerangkan konsep tersebut. Pengetahuan tentang konteks guru menjadikan pengajaran di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan atau membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan mereka di dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang kontek juga membolehkan guru menggunakan kemudahan dan persekitaran yang ada untuk pengajaran. Contohnya, seorang guru biologi yang mengajar di kawasan kampung yang kaya dengan fauna dan flora dapat menggunakan persekitaran tersebut dengan membawa murid belajar di luar bilik darjah menggunakan sumber yang ada di sekitarnya. Berikut dikemukakan contoh PPIK untuk mengajar topik Respirasi Biologi tingkatan 4 dalam Rajah 4.1. Senaraikan pengetahuan tentang konteks yang anda ketahui boleh digunakan dalam pengajaran isi kandungan yang telah nyatakan sebelum ini?
  • 10. 62 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Isi
Kandungan
 Substantif
 • Proses
respirasi
dalam
 penghasilan
tenaga

 • Struktur
respirasi
dan
 mekanisme
pernafasan
 bagi
haiwan
dan
manusia;

 • Mekanisme
kawal
atur
 dalam
respirasi

 • Respirasi
dalam
tumbuhan

 Sintaktik

 • Sejarah
penemuan
ilmu
 respirasi
oIeh
Ibnu
Sina
 
 Pedagogi
 Umum
 • Kemahiran
menerang
 Pengetahuan tentang konteks • Kemahiran
menyoal
 • Pengurusan
bilik
darjah

 • Menggunakan tumbuhan
 
 Khusus
 yang
ada
disekitar
 • Eksperimen
sistem
 sekolah
sebagai
contoh
 PPIK
 respirasi
ikan,
katak
 • Kemudahan
makmal
 Respirasi
 • Analogi

pernafasan
 
 manusia

 • Pokok
padi
ditengelami
air
 untuk
menunjukkan
 respirasi
tumbuhan
 
 Pengetahuan
tentang
pelajar
 
 Miskonsepsi
 • Perbezaan
 antara
 respirasi
 tumbuhan
dan

fotosintesis
 • Mekanisme
pernafasan
 • Respirasi
 adalah
 menarik
 dan
menghembus
nafas
 Latar
belakang
pelajar
 Tahap
kognitif
pelajar
 Kesukaran
pembelajaran
 • kesukaran
mengingati
 nama
struktur
 respirasi
dan
 mekanisma
respirasi
 • menjawab
soalan
esei
 Rajah 4.1 PPIK Respirasi (Rosnidar 2010) Aplikasi PPIK pada peringkat perancangan pengajaran M ari kita lihat bagaimana PPIK ini diaplikasi pada peringkat perancangan pengajaran. Terdapat pelbagai model pengajaran yang boleh digunakan oleh guru mengikut kesesuaian isi kandungan yang diajar. Sebagai contohnya kita boleh menggunakan model pengajaran UPSI (2009) seperti mana yang dibincangkan dalam Unit 1. Seperti yang dinyatakan dalam Unit 1, terdapat lapan komponen utama yang perlu diambil kira dalam merancang pengajaran sesuatu topik iaitu: 1. analisis keperluan dan kesediaan murid 2. analisis isi kandungan topik yang hendak diajar (dari segi ‘pengetahuan’ dan ‘kemahiran’ )
  • 11. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 63 3. tentukan hasil pembelajaran 4. susun unit-unit pengajaran 5. pilih dan guna pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai 6. bina, pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai 7. sedia latihan sesuai dan mencukupi 8. bina, pilih dan guna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai Analisis keperluan dan kesedian murid Menganalisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada dan/atau miskonsepsi murid dengan memberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik itu; menyoal murid secara lisan, melihat rekod dan buku latihan murid serta maklumat dari guru. Analisis isi kandungan topik yang hendak diajar Membuat analisis tentang pengetahuan isi kandungan topik iaitu konsep, fakta, klasifikasi, prosedur, prinsip, dan teori. Juga menganalisis kemahiran yang terlibat dalam pengajaran topik tersebut seperti melukis peta, rajah, graf, menulis laporan, membuat eksperimen dan projek. Hasil pembelajaran Guru mesti menentukan hasil pembelajaran iaitu mengenal pasti objektif spesifik berdasarkan Taksonomi Bloom: 6 aras, pemikiran induktif dan deduktif, objektif domain afektif (sikap) dan objektif kemahiran: domain psikomotor Susun unit-unit pengajaran Unit pengajaran mesti disusun agar terdapat kesinambungan dan turutan antara satu topik dengan topik yang lain. Jadual penentuan kandungan boleh dibina untuk sesuatu unit pengajaran. Rujuk Unit 3 untuk melihat semula tentang jadual penentuan kandungan (JPK). Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai Guru boleh menggunakan mana-mana pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan isi kandungan; tahap, kemampuan dan minat murid; dan konteks pembelajaran murid. Antara pendekatan pengajaran yang boleh diguna seperti pendekatan konstruktivisme, pendekatan masteri, pendekatan inkuiri penemuan dan sebagainya. Kaedah yang boleh digunakan pula seperti kajian kes, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran beasaskan projek. Manakala, teknik pengajaran yang boleh digunakan seperti peta konsep, peta minda, analogi, pembentangan pelajar dan sebagai. Pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai Seperti mana pendekatan, kaedah dan teknik, guru boleh mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang diajar, pelajar dan konteks pembelajaran. Misalnya menggunakan alat multimedia dan bukan multimedia dalam pengajaran semua mata pelajaran, menggunakan fauna dan flora yang terdapat di sekitar sekolah dalam pengajaran sains dan biologi.
  • 12. 64 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Latihan yang sesuai dan mencukupi Untuk mempastikan pengajaran yang disampaikan kepada murid berkesan, difahami dan mencapai objektif pembelajaran, guru boleh menguji kefahaman mereka dengan memberi latihan sebagai satu cara penilaian. Latihan juga boleh diberi kepada murid sebagai satu cara pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Latihan boleh dilakukan dalam setiap sesi pengajaran atau di akhir sesuatu unit pengajaran, pada akhir semester dan sebagainya. Ia juga boleh dijalankan secara individu dan berkumpulan. Masa yang mencukupi perlu diberikan kepada murid untuk mempastikan mereka dapat menyelesaikan latihan dengan sempurna. Kaedah penaksiran yang sesuai Penaksiran dilakukan untuk mempastikan objektif pembelajaran dicapai. Ia juga boleh digunakan sebagai refleksi kepada guru itu sendiri untuk menguji keberkesanan proses pengajaran yang telah dilaksanakan. Penaksiran boleh dilaksanakan secara formatif dan summatif. Penaksiran formatif dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran dan penaksiran summatif dinilai berasaskan rujukan kriteria dan rujukan norma. Analisis langkah-langkah yang telah dikemukakan, kenal pasti apakah komponen PPIK yang terdapat dalam langkah tersebut. Cuba rancang pengajaran satu topik dalam mata pelajaran yang kamu ajar mengguna langkah-langkah di atas. RUMUSAN 1. Shulman telah mengariskan tujuh pengetahuan profesional guru yang diperlukan oleh guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran dengan berkesan. 2. PPIK adalah pengetahuan yang membezakan antara seorang guru yang pakar dalam suatu mata pelajaran bidang tertentu dengan seorang yang bukan guru tetapi pakar dalam bidang tersebut (contohnya seorang saintis) 3. Empat komponen PPIK guru adalah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan pengetahuan tentang konteks. 4. Proses pembinaan PPIK menurut Shulman (1987) melibatkan beberapa langkah iaitu kefahaman, tranformasi, pengajaran, penilaian, refleksi dan kefahaman baru. KATA KUNCI 1. Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan 2. Pengetahuan Pedagogi 3. Pengetahuan Isi Kandungan 4. Pengetahuan tentang Konteks
  • 13. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 65 PENILAIAN KENDIRI 1. Jelaskan apakah peranan guru dalam usaha meningkatkan kefahaman pelajar. 2. Dengan menggunakan ayat anda sendiri beri definisi pengetahuan pedagogikal isi kandungan. 3. Nyatakan dan jelaskan langkah-langkah pembinaan PPIK menurut Shulman? 4. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran senaraikan perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memulakan pengajaran satu topik yang dipilih. 5. Berpandu kepada rajah 4.1 jana PPIK anda bagi satu topik dalam mata pelajaran tumpuan anda. RUJUKAN Abell, S. K. 2007. Research on science teacher knowledge. In S. K. Abell & N. G. Lederman (Eds.). Handbook of Research on Science Education (00. 1105-1149). Mahwah, NJ/ London: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers. Bereiter, C. 2002. Education and mind in the knowledge age. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Bransford, J., Brown, A., & Cocking, R.R. 1999. How people learn: Brain, mind, experience and school. Washington, DC: National Academy Press. Blumenfeld, P., Marx, R., Patrick, H., Krajcik, J., & Soloway, E. 1997. Teaching for understanding. In B. J. Biddle, T. L. Good & I. F. Goodson (Eds.), International handbook of teachers and teaching, 819– 878. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers. Daniel, E.G.S. 1999.Corak konsepsi pelajar bagi konsep ‘pertumbhan’. Tesis Doktor falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Darling-Hammond, L. 2000, Teacher Quality and Student Achievement: A Review of State Policy Evidence (Education Policy Analysis Archives, http://epaa.asu.edu/epaa/v8n1/ 2000). Effandi Zakaria & Zanaton Iksan. 2007. Promoting Cooperative learning in science mathematics education: A Malaysia perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science& Technology Education, 2007, 3(1), 35-39. Grossman, P. L. 1990. The Making of a Teacher: Teacher Knowledge and Teacher Education. New York: Teachers College Press.
  • 14. 66 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Grossman, P., & Schoenfeld, A. 2005. Teaching subject matter. In L. Darling-Hammond & J. Bransford (Eds.), Preparing teachers for a changing world (pp. 201–230). San Francisco: Jossey-Bass. Kastens, K. 2004. Making DLESE into the Source for Pedagogical Content Knowledge Pertaining to the Earth and Environment. White Paper for DLESE Quality Workshop. http://dlese.org/documents/papers/KK_PedContKnow_WP.pdf 25 April.2007 Lijnse, P. L., & Klaassen, C. W. J. M. 2004. Didactical structures as an outcome of research on teaching-learning sequences. International Journal of Science Education, 26, 537–554. Loughran, J. J. Mulhall, P., & Berry, A.. 2006. Understanding and Developing Science Teacher’s Pedagogical Content Knowledge. Sense Publishers: Rotterdam. Magnusson, S., Krajcik, J., & Borko, H. 1999. Nature, sources, and development of pedagogical content knowledge for science teaching In J. Gess-Newsome & N.G. Lederman (Eds.), Yearbook of The Association For The Education Of Teachers Of Science. Boston: Kluwer. National Research Council. 2000. Inquiry and the national science education standards. Washington, DC: National Academy Press. Rosnidar Mansor. 2010. Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru dan Kefahaman Konseptual Pelajar dalam Topik Respirasi. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia Segall, A. 2004. Revisiting pedagogical content knowledge: The pedagogy of content or the content of pedagogy. Teaching and teacher education, 20(5), 489-504. Shulman, L.S, 1986. Paradigms and Research Programs in the Study of Teaching: A Contemporary Perspective. In M. C. Wittrock (Ed), Handbook of Research on Teaching (3rd Edition), New York: McMillian Publishing Company. Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57, 1-22. Wiske, M.S. 1998. What is teaching for understanding? In Wiske, M.S.(Ed.) Teaching for understanding: Linking reseach with practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishing. Janssen F.J.J.M., Tigelaar. D.E.H., & Verloop N. 2009. Developing Biology Aimed at Teaching Understanding: A domain-specific Heuristic for Student Teachers. Journal of Science Teacher Education . 20:1-20. Veal, W. R., & MaKinster, J. G. 1999. Pedagogical content knowledge taxonomies. Electronic Journal of Science Education 3(4).