SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  39
001002-07-0032
1
KEPERCAYAAN GURU DAN PELAJAR TINGKATAN ENAM TERHADAP PELUANG
UNTUK MEMASUKI IPT MELALUI KEPUTUSAN STPM ADALAH LEBIH TINGGI
BERBANDING ASASI DAN MATRIKULASI DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ
TINGKATAN ENAM DESA MURNI (KTEDM).
ABSTRAK
Kajian ini bertajuk “Kepercayaan Guru Dan Pelajar Tingkatan Enam Terhadap Peluang
Untuk Memasuki IPT Melalui Keputusan STPM Adalah Lebih Tinggi Berbanding Asasi Dan
Matrikulasi Dalam Kalangan Pelajar KTEDM” Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti
sebab pelajar KTEDM memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Asasi
Matrikulasi dan mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM
dalam kalangan pelajar KTEDM. Lokasi kajian ini dijalankan di KTEDM, Butterworth,
Pulau Pinang. Metodologi yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik yang melibatkan
30 responden yang terlibat secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan sebab mengapa
pelajar-pelajar memilih menyambung pengajian Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi
antara seperti jangka pengajian, konsep pembejaran dan sebagainya, dan kajian ini juga
dijalankan untuk melihat pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM
seperti IPTA atau IPTS. Kesimpulannya, Tingkatan Enam merupakan salah satu jalan pintas
masuk ke IPT di samping Matrikulasi dan Asasi.
001002-07-0032
2
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Abstrak 1
Kandungan 2-3
Penghargaan 4
1.0 Pengenalan 5-6
2.0 Objektif kajian 7
3.0 Lokasi kajian
3.1 Peta negeri 8
3.2 Peta Daerah 9
3.3 Peta lokasi kajian 10
3.4 Foto lokasi kajian 11-12
4.0 Metodologi kajian
4.1 Reka bentuk kajian 12
4.2 Instrument kajian 13
4.3 Cara mendapatkan responden
4.3.1 Pemilihan responden 13
4.3.2 Pengedaran borang soal selidik 14
4.4 Cara mendapatkan data
4.4.1 Soal selidik 14
4.4.2 Temu bual 15
001002-07-0032
3
4.4.3 Kepustakaan 15
4.5 Memproses dan mempersembahkan data 15
5.0 Dapatan kajian dan perbincangan 16-19
5.1 Mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung
pengajian di Tingakatan Enam berbanding Asasi Matrikulasi 19-22
5.2 Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan
STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingakatan Enam Desa Murni 22-33
6.0 Rumusan 34
7.0 Rujukan 35
8.0 Lampiran 36-38
001002-07-0032
4
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, dengan izin dan Rahmat-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Kolej
Tingkatan Enam Desa Murni (KTEDM), khasnya Puan Pengetua KTEDM iaitu Pn. Noor
Aishah binti Abu Hassan kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk
melaksanakan kerja kursus ini.
Dalam menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Cikgu Pn. Shakila binti Ismail selaku guru Pengajian Am saya. Beliau
telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru
yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada bapa saya, Galam Husin Bin Syed
Rasul yang banyak menyokong dan membantu saya dalam melaksanakan Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 tahun 2021 yang bertajuk “Kepercayaan Guru Dan
Pelajar Tingkatan Enam Terhadap Peluang Untuk Memasuki Ke IPT Melalui Keputusan
STPM Adalah Lebih Tinggi Berbanding Matrikulasi Dalam Kalangan Kolej Tingkatan Enam
Desa Murni”.
Di samping itu, saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan dan pihak-pihak yang telah menyumbangkan masa dan tenaga dalam menyiapkan
tugasan ini dansaya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada responden-responden
yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soal selidik bagi mendapatkan persepsi mereka
berkenaan dengan tajuk kerja kursus saya ini.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
001002-07-0032
5
1.0 PENGENALAN
Kepercayaan merupakan satu perasaan untuk menyakinkan diri bahawa orang, perkara
ataupun apa jua yang berlaku dihadapan mata adalah betul. Mengikut pendapat Gardnner
(2006), definsi kepercayaan ialah nilai, sikap, teori peribadi dan juga perseptiktif tentang
sesuatu manakala mengikut pendapat Cunningham et,al (2005), kepercayaan merupakan
struktur asas yang dibina secara sedar atau pun tidak bagi memberi panduan kepada seseorang
untuk berfikir, bertindak dan membuat pilihan, persepsi, pertimbangan dan keputusan terhadap
sesuatu perkara. Melihat pula melalui Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat
(2005), kepercayaan membawa pengertian iaitu satu keyakinan atau akuan akan benarnya
(adanya, berlakunya, dan lain-lain) sesuatu yang dipercayai (diyakini, diterima sebagai benar).
Boleh dirumuskan bahawa kepercayaan merupakan satu perkara yang membuktikan bahawa
seseorang itu telah yakin dengan pasti bahawa apa yang terjadi dihadapannya adalah benar.
Kepercayaan juga mengandungi satu lagi perkara yang yakin akan kebenaran sesuatu iaitu
kesetiaan.
Institut Pengajian Tinggi Awam (Universiti Awam) yang dikenali sebagai IPTA ialah
universiti yang sebahagian besarnya dibiayai oleh kerajaan. Universiti kebangsaan lazimnya
merupakan universiti awam. Di sesetengah tempat, institut awam merupakan pusat
penyelidikan terkemuka dan berpengaruh satu tanding dengan universiti terbaik di dunia.
Manakala untuk menjawab persoalan mengenai pendidikan tinggi untuk siapa, ianya boleh
dijelaskan mengikut fahaman elitis, maka dasar meritokrasi mengutamakan pendidikan tinggi
adalah sebilangan kecil pelajar yang mempunyai kelayakan cemerlang dalam peperiksaan sama
ada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi Diploma dan sebagainya.
Sebilangan kecil pelajar yang terpilih itu merupakan mereka yang ada kualiti, yang elit atau
yang terbaik dalam pelajaran. Mereka yang elit ini mempunyai kemampuan yang tinggi dari
aspek intelek dan kemahiran fizik untuk menanggung cabaran yang "rigorous’ bagi berjaya
dalam pendidikan tinggi. Mereka yang elit ini dididik dan dilatih untuk menjadi para sarjana,
teknokrat dan birokrat bagi memimpin dan mentadbir golongan "proletariat" dalam
masyarakat. Mengikut fahaman egalitarian pula, pendidikan tinggi tidak seharusnya menjadi
001002-07-0032
6
amat memilih lalu menguntungkan dan mengangkat darjat sebilangan kecil ahli masyarakat
yang elit. Fahaman ini adalah berlandaskan tanggapan bahawa institusi pendidikan tinggi yang
diwujudkan oleh masyarakat keseluruhannya harus membuka pintu mereka seluas-luasnya
kepada sesiapa yang berkemampuan untuk mengalami pembelajaran dalam pendidikan tinggi.
Sungguhpun fahaman egalitarian yang menekankan prinsip demokrasi mengambil kira aspek
hak dan keutamaan, namun ia boleh mewujudkan kadar keciciran dan pembaziran yang tinggi
pada peringkat pendidikan tinggi.
Seterusnya untuk menjawab tujuan pendidikan tinggi ianya boleh dijelaskan berdasarkan
kepada laporan Khir Johari (1967) yang menjelaskan bahawa tujuan utama pendidikan tinggi
ialah untuk melahirkan para sarjanawan dan ilmuan yang mahir berfikir dan mengembangkan
ilmu dalam berbagai-bagai disiplin ilmu. Selain daripada itu, dari aspek profesionalnya
pendidikan tinggi adalah untuk melahirkan golongan teknokrat bagi melaksanakan rancangan
pembangunan negara dan golongan birokrat bagi mentadbir organisasi dan masyarakat. Secara
umum, pendidikan tinggi mempunyai dimensi pendidikan dan dimensi latihan. Dimensi
pendidikan bertujuan untuk mengembangkan aspek intelek, rohani, emosi, pekerti, budaya, dan
jasmani etika individu pada tahap maksimum dan tertinggi agar individu bukan sahaja menjadi
manusia seimbang tetapi juga dapat membuat adaptasi yang sewajarnya terhadap pengaruh
perkembangan masa kini. Dimensi latihan pula menyentuh peranan pendidikan tinggi dari segi
pengeluaran dan perkhidmatannya terhadap pembangunan sosio-ekonomi masyarakat dalam
mana universiti dan institusi-institusi yang lain menjadi sebahagian daripada ahlinya.
Rasional kajian ini dilakukan adalah didapati ramai pelajar yang menolak tawaran
menyambung pengajian ke Matrikulasi dan memilih untuk menyambung pengajian di
Tingkatan Enam. Kajian ini ingin mengetahui sebab pelajar memilih menyambung pengajian
tinggi di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. Selain itu, ramai pelajar lepasan STPM telah
berjaya menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi berdasarkan keputusan STPM
berbanding matrikulasi. Oleh sebab itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui pusat pengajian
tinggi yang ditawarkan kepada pelajar lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan
Enam Desa Murni.
Sebagai kesimpulannya, hasil kajian ini dapatlah nanti dilihat oleh semua pihak tentang
peluang memasuki ke IPT melalui keputusan STPM adalah lebih tinggi. Selain itu, ramai
pelajar tingkatan enam yang telah berjaya memasuki ke IPT dengan melalui keputusan STPM
dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni.
001002-07-0032
7
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
a) Mengenalpasti sebab pelajar memilih Kolej Tingkatan Enam Desa Murni menyambung
pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi.
b) Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam
kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni.
001002-07-0032
8
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 PETA PULAU PINANG
Peta 1 : Peta Pulau Pinang
Sumber: http:/maps.google.com
Pulau Pinang adalah salah satu negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia. Negeri Pulau
Pianang terletak berhampiran dengan persisiran barat laut di semenanjung Malaysia. Negeri ini
bersempadan dengan Negeri Kedah yang terletak di sebelah utara dan timur, dan Negeri Perak
yang terletak disebelah selatan serta berdekatan dengan Perairan Selat Melaka dan Sumatera
(Indonesia). Pulau ini terletak di kawasan Selat Melaka dan ia dihubungkan dengan Seberang
Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5 km
dan Jambatan Pulau Pianang Kedua atau dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim
Mu’azam Shah sepanjang 24 km. Titik tertinggi pulau ini ialah Bukit Bendera yang mempunyai
ketinggian kira-kira 833 meter (2,733 kaki). Jumlah keluasan bagi Pulau dan Seberang Perai
adalah 1,031 km persegi. Ibu Negeri Pulau Pinang ialah Georgetown terletak di timur laut pulau
ini. Bandar raya Barat Laut ini merupakan pusat peranginan di Malaysia dengan keluasan 295
km2. Pulau ini merupakan pulau termaju dan pulau padat penduduk di Malaysia.
001002-07-0032
9
3.2 PETA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG
Peta 2: Peta Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Sumber: http:/maps.google.com
Seberang Perai Utara ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang,
Malaysia. Ia merupakan daerah terbesar sekali dengan keluasan 262.53 km persegi (26588.04
hektar) dan merupakan daerah separa bandar. Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di Kepala
Batas, dan bandar terbesar ialah Butterworth. Pekan- pekan yang lain termasuklah Tasek
Gelugor, Bertam, Bagan Ajam, Perai, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Daerah ini juga
terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seberang
Perai. Terbahagi kepada tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor
dan Bagan
001002-07-0032
10
3.3 PETA KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI
Peta 3: Kolej Tingkatan Enam Desa Murni
Sumber: http:/maps.google.com
. Lokasi Kolej Tingkatan Enam Desa Murni (KTEDM) dipilih untuk dijadikan sebagai
tempat untuk dikaji kerana dapat memperoleh maklumat dengan lebih mudah dan cepat.
Tambahan lagi, pengkaji merupakan pelajar di kolej tersebut. KTEDM terletak di kawasan
pekan Sungai Dua. Persekitaran KTEDM di lengkapi dengan pelbagai kemudahan
penggangkutan, perniagaan, kesihatan dan keselamatan. Sebagai contoh, di hadapan kolej
terdapat pusat kesihatan haiwan dan pelbagai perniagaan harian seperti kedai Mr DIY, Warung
Laksa Beringin, Laksa Cendawan Goreng Anak Dara Sungai Dua. Selain itu, bersebelahan kiri
KTEDM terdapat perniagaan Pasar Awam Sungai Dua, pusat perkhidmatan Hang Air Cond
dan beberapa stesen Bas telah disediakan di situ. Jarak KTEDM dari Balai Polis Sungai Dua
adalah 350 meter dan masa yang diambil untuk sampai ke Balai Polis dengan berjalan kaki
hanya mengambil 4 minit sahaja. Selain itu, KTEDM juga berdekatan dengan pusat kesihatan
iaitu Klinik Kesihatan Sungai Dua yang berjarak 900 meter melalui Jalan Merbau Indah dan
mengambil masa selama 3 minit untuk sampai ke Klinik dari KTEDM dengan menaiki
kenderaan. Kedudukan Kolej Tingkatan Enam Desa Murni (KTEDM) adalah pada koordinat
001002-07-0032
11
5°26'26.5"U 100°25'19.6"T. KTEDM merupakan tempat persekolahan para pelajar tingkatan
6 bawah dan pelajar tingkatan 6 atas yang dikenali sebagai pelajar pra universiti.
Gambar 1: Kolej Tingkatan Enam Desa Murni
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
Gambar 2: Kolej Tingakatn Enam Desa Murni
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
001002-07-0032
12
Kolej Tingkatan Enam Desa Murni terletak di Lorong Sungai Dua, Kampung Telok, 13800
Butterworth, Pulau Pinang
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas
subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajia,
sampel kajian, instrument kajian dan prosedur atau proses menganalisis data bagi menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Metodologi penyelidikan
merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat
menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji).
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan
teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami dengan
lebih luas (terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang
proses kajian.
4.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan dilakukan berdasarkan rujukan
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pengsampelan, pengukuran, dan analisis
data. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di
Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan
kepada lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam Desa Murni.
4.2 INSTRUMENT KAJIAN
Instrument ialah alat untuk mengumpul data yang berkaitan dengan penyelidikan
mengikut soalan yang telah ditetapkan. Maka, Instrument merupakan proses menyediakan alat
mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan,
keterangan latar belakang dengan segala sumber yang berbentuk primer atau sekunder.
Menurut Ustaz kenali, instrument kajian ialah apa-apa alat, atau cara, atau apa-apa kaedah
untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Dalam kajian ini, instrument yang digunakan
001002-07-0032
13
untuk mendapatkan data adalah melalui borang soal selidik, borang temu bual dan kaedah
rujukan.
Kaedah Instrument kajian
Kuantitatif Borang temu bual, rujukan (perpustakaan/
internet)
Kualitatif Borang soal selidik
Jadual 1: Kaedah Instrument kajian
4.3 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN
Responden kajian ini terdiri daripada seramai 30 orang pelajar daripada Kolej Tingkatan
Enam Desa Murni yang dipilih secara rawak. Responden perlu menjawab soalan yang
dikemukakan agar memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan dengan tajuk kajian yang
dikaji.
4.3.1 Pemilihan Responden
Responden dipilih secara rawak dalam kalangan para pelajar Kolej Tingkatan Enam
Desa Murni dan ia bertujuan untuk memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan dengan tajuk
kajian. Kajian ini ingin mengetahui sebab pelajar memilih menyambung pengajian di
Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada
lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Oleh itu, responden kajian ini lebih
tertumpu kepada para pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Responden dipilih mengikut
kategori jantina, kaum dan pekerjaan.
4.3.2 Pengedaran Borang Soal Selidik
Borang soal selidik ini disediakan kepada responden melalui atas talian iaitu (Google
Form). Borang ini akan diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden yang terdiri
daripada para pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Kaedah ini digunakan kerana ia
memudahkan pelaksanaan kajian ini dalam mengumpulkan maklumat responden dan mendapat
data yang berunsur kuantitatif. Tujuan borang soal selidik ini dijalankan adalah untuk
001002-07-0032
14
mendapatkan pandangan responden terhadap objektif kajian iaitu, mengenalpasti sebab pelajar
memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan mengkaji
pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam Desa
Murni. Borang soal selidik ini diberi secara rawak kepada responden melalui link
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc3_blt0KdHCIJg7r3_qMmazAlE3-
CLXtv1ciId47ooLXe4sA/viewform?usp=sf_link
4.4 CARA MENDAPATKAN DATA
4.4.1 Soal Selidik
Borang soal selidik ini telah disediakan berdasarkan objektif kajian iaitu mengenalpasti
sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan
mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam
Desa Murni. Borang soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian
B, dan bahagian C. Bahagian A bertujuan untuk mendapatkan data demografi yang berkaitan
dengan maklumat responden seperti jantina, kaum dan pekerjaan.
Seterusnya, bahagian B merupakan soalan yang berkaitan dengan objektif pertama kajian
iaitu mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam
berbanding Matrikulasi.
Selain itu, bahagian C dalam borang soal selidik ini pula mengandungi soalan berkaitan
dengan objektif kajian yang kedua iaitu mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan
kepada lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam Desa Murni.
4.4.2 Temu Bual
Kaedah temu bual ini hanya dilakukan melalui atas talian sahaja memandangkan negara
sedang dilanda dengan penyebaran wabak covid-19 ini, maka kaedah ini tidak dapat dilakukan
secara bersemuka bersama-sama dengan responden. Kaedah ini dilakukan kepada beberapa
orang pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni dan ia dijalankan menerusi aplikasi
WhatsApp bagi memperolehi maklumat dan data yang lengkap berkaitan kajian yang
dijalankan.
4.4.3 Kepustakaan
001002-07-0032
15
Kaedah perpustakaan ini dijalankan adalah untuk melengkapi kajian tersebut. Oleh itu,
pelbagai sumber yang telah digunakan seperti portal rasmi, blog, dan internet untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dikaji. Bahan-bahan tersebut
banyak membantu melengkapkan kajian dengan maklumat-maklumat tambahan berkaitan
kajian yang dijalankan.
4.5 MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA
Selepas borang soal selidik telah dikumpulkan maka kaedah deskriptif akan digunakan
untuk menganalisis data-data yang telah diperoleh daripada hasil temu bual dan soal selidik.
Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai, dan graf bar.
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini menerangkan keputusan analisis data
dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah
diisi oleh responden. Dapatan kajian yang diperoleh melalui kajian ini adalah bilangan
responden melalui persampelan responden yang terdiri daripada kalangan pelajar Kolej
Tingkatan Enam Desa Murni. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik
seperti purata, min, dan peratus.
5.1 Demografi Responden
5.1.1 Jantina
Untuk mengkaji Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM
dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, seramai 30 orang responden telah
dipilih. Huraian analisis latar belakang melibatkan jantina, kaum dan pekerjaan yang
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.
JANTINA
NILAI PERATUS(%)
LELAKI
8 26.7
PEREMPUAN
22 73.3
001002-07-0032
16
Jadual 1: Jantina
(Sumber: Kajian Lapangan 2021)
Rajah 1: Jantina
(Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan hasil daripada 30 responden mengenai jantina yang
terdapat di dalam borang soal selidik. Bilangan bagi responden lelaki ialah 8 orang sahaja dan
perempuan sebanyak 22 orang. Hal ini menunjukkan perempuan memperolehi peratusan paling
tinggi iaitu sebanyak 73% manakala lelaki sebanyak 27%. Kesimpulanya, jumlah responden
yang berjantina perempuan lebih banyak daripada responden berjantina lelaki bagi membantu
hasil dapatan kajian ini. Hal ini disebabkan, bilangan pelajar perempuan KTEDM lebih ramai
daripada bilangan pelajar lelaki kerana majoriti penuntut di kolej tersebut merupakan
perempuan.
27%
73%
JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN
001002-07-0032
17
5.1.2 Kaum
KAUM NILAI PERATUS (%)
Melayu
23 76.7
Cina
3 10
India
2 6.7
Lain - lain
2 6.7
Jadual 2: Kaum
(Sumber : Kajian Lapangan,2021)
Rajah 2: Kaum
(Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
76%
10%
7%
7%
KAUM
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
001002-07-0032
18
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 23 (76.7%) responden iaitu
terdiri daripada bangsa Melayu, 3 (10%) responden terdiri daripada bangsa Cina, 2 (6.7%)
reponden terdiri daripada bangsa India dan 2 (6.7%) responden yang terdiri daripada lain-lain
bangsa. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 2 dan Rajah 2. Kebanyakan
responden terdiri daripada kaum Melayu kerana majoriti pelajar di Kolej Tingkatan Enam Desa
Murni merupakan kaum Melayu manakala kaum yang selebihnya adalah minoriti.
Kesimpulannya, penuntut di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni terdiri daripada pelbagai
kaum.
5.1.3 Pekerjaan
PEKERJAAN NILAI PERATUS (%)
GURU 2 6.7
PELAJAR 28 93.3
Jadual 3 : Pekerjaan
(Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
Rajah 3: Pekerjaan
(Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
7%
93%
PEKERJAAN
GURU
PELAJAR
001002-07-0032
19
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 2 (6.7%) responden terdiri
daripada Guru, dan manakala 28 (93.3%) responden terdiri daripada pelajar. Maklumat yang
lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 3 dan Rajah 3. Kebanyakan responden terdiri daripada
pelajar, kerana borang soal selidik ini lebih kepada para pelajar di Kolej Tingkatan Enam Desa
Murni (KTEDM) berbanding dengan guru-guru. Data yang lebih perinci dapat dilihat dalam
rajah 3.
5.2 Mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian tinggi di
Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi
Sebab pelajar memilih menyambung pengajian tinggi di Tingkatan Enam berbanding
Matrikulasi adalah pelbagai. Kajian telah dijalankan untuk melihat mengapa pelajar-pelajar
terhadap milih menyambung pengajian Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. Responden
menandakan jawapan pada borang soal selidik pada tempat kosong yang telah disediakan iaitu
menandakan (/) pada ruang berkenaan. Hasil kajian adalah seperti di bawah.
Jadual 4 : Sebab memilih menyambung pengajian tinggi di Tingkatan Enam
BIL BUTIRAN SOALAN NILAI PERATUS
1 Tingkatan Enam adalah jalan pintas ke universiti 23 76.7%
2 Pembelajaran mengikut konsep semester universiti 6 20%
3 Pelajar lepasan STPM dan setaraf ditawarkan tempat
untuk melajutkan pengajian peringkat ijazah muda di 20
universiti awam
10 33.3%
4 Sijil STPM boleh digunakan memohon kerja di sektor
awam dan swasta berbanding dengan Sijil Matrikulasi
12 40%
5 Jika berjaya memperolehi 3.00 ke atas sudah dikira
sebagai memuaskan pointer yang diperlukan untuk
memasuki ke universiti awam.
10 33.3%
6 Melalui laluan Tingkatan Enam (tempoh 1 ½ tahun)
adalah lebih menjimatkan masa
24 80%
(Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
001002-07-0032
20
Rajah 4: Sebab memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam.
(Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
Merujuk jadual 4 dan Rajah 4 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden,
kajian ini telah disediakan dengan 6 butiran soalan terhadap responden tentang sebab memilih
menyambung pengajian di Tingkatan Enam dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam
Desa Murni terhadap borang soal selidik yang disediakan. Berdasarkan penilaian yang dibuat,
bagi butiran soalan pertama, seramai 23 orang (76.7%) yang memilih butiran soalan ini. Hal
ini kerana ada setetengah pelajar menganggap, belajar di peringkat diploma adalah membuang
masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti mengambil Ijazah, berbanding
tempoh masa yang perlu diambil ketika melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Hal ini
kerana selepas memperoleh keputusan yang baik dalam STPM, peluang untuk mererka
melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah akan lebih cerah daripada penuntut yang mengambil
diploma di Universiti lain. Secara keseluruhan, majoriti pelajar bersetuju bahawa Tingkatan
Enam adalah jalan pintas ke Universiti.
27%
7%
12%
14%
12%
28%
SEBAB MEMILIH MENYAMBUNG PENGAJIAN
DI TINGKATAN ENAM
TINGKATAN ENAM JALAN PINTAS KE
UNIVERSITI
PEMBELAJARAN MENGIKUT KONSEP
SEMESTER UNIVERISITI
MELANJUTKAN PENGAJIAN
PERINGKAT IJAZAH MUDA DI 20
UNIVERSITI AWAM
SIJIL STPM BOLEH MEMOHON KERJA
DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA
MEMUASKAN POINTER 3.00 DIKIRA
BERJAYA MEMASUKI KE UNIVERSITI
MENJIMATKAN MASA
001002-07-0032
21
Selain itu, Soalan kedua adalah tentang pembelajaran mengikut konsep semester universiti.
Seramai 6 responden (20%) memilih soalan ini menunjukkan ia dijalankan di sekolah tetapi
sukatan pembelajaran adalah dengan mengikut konsep semester universiti. Hal ini disebabkan,
penilaian pelajar dilaksanakan melalui peperiksaan akhir setiap penggal dan kerja kursus.
Sekiranya terdapat subjek yang gagal, Pelajar boleh memperbaiki keputusan berkenaan dengan
menduduki peperiksaan semester tersebut semula. Akan tetapi, seramai 24 responden (80%)
yang tidak memilih butiran soalan tersebut kerana mereka tidak pasti bahawa sukatan
pembelajaran Tingkatan Enam adalah sama atau tidak seperti yang dipelajari di peringkat
Universiti.
Seterusnya, butiran soalan ketiga adalah tentang pelajar lepasan STPM mudah ditawarkan
tempat untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah muda di 20 universiti awam. Seramai 10
responden (33.3%) memilih bagi butiran soalan berkenaan. Hal ini kerana, mereka berpendapat
melalui Tingkatan Enam, peluang untuk memasuki ke IPT adalah lebih tinggi berbanding
laluan-laluan lain kerana taraf STPM diperakui sehingga ke peringkat antarabangsa. Akan
tetapi, seramai 20 responden (66.6%) yang tidak memilih butiran soalan ini kerana mereka
berpendapat bahawa peringkat Asasi dan Matrikualasi merupakan salah satu peringkat yang
lebih banyak ditawarkan untuk melanjutkan pengajian Ijazah muda selain daripada STPM.
Di samping itu, soalan keempat adalah tentang Sijil STPM boleh digunakan untuk
memohon kerja di sektor awam dan swasta berbanding dengan Sijil Asasi dan Matrikulasi
Seramai 12 responden (40%) memilih soalan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sijil STPM
lebih bernilai berbanding dengan Sijil Asasi dan Matrikulasi, dari sudut permohonan kerja di
sektor awam dan swasta. Akan tetapi, seramai 18 responden (60%) yang tidak memilih butiran
soalan ini kerana mereka tidak pasti bahawa setiap sektor perkerjaan itu lebih mengutamakan
Sijil STPM ataupun Sijil Asasi dan Matrikulasi.
Selain itu, soalan kelima menunjukkan bahawa penuntut Tingkatan Enam yang berjaya
memperoleh 3.00 ke atas sudah dikira sebagai memuaskan pointer yang diperlukan untuk
memasuki ke universiti awam. Seramai 10 responden (33.3%) memilih butiran soalan berikut.
Kebanyakan penuntut lepasan STPM mempunyai peluang yang amat tinggi untuk
menyambung pembelajaran ke IPTA. Hal ini kerana adanya kouta khusus untuk pelajar lepasan
STPM yang disediakan oleh pihak IPTA untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Akan tetapi seramai 20 responden (66.6%) yang tidak memilih butiran soalan ini
001002-07-0032
22
kerana pointer yang minimum seperti 2.80 juga masih berpeluang dapat untuk memasuki ke
universiti awam.
Akhir sekali, butiran soalan keenam menunjukkan laluan Tingkatan Enam (tempoh 1 ½
tahun) adalah lebih menjimatkan masa. Seramai 24 responden (80%) yang memilih butiran
soalan berkenaan. Hal ini kerana, mereka mendapat pendedahan mengenai tempoh
pembelajaran yang perlu diambil di Tingkatan Enam lebih singkat berbanding di peringkat
Diploma. Akan tetapi seramai 6 responden (13.3%) yang tidak memilih butiran soalan ini
kerana mereka berpendapat bahawa mereka kurang maklumat berkaitan laluan ke Tingkatan
Enam dapat menjimatkan masa mereka.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh penuntut yang
melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Oleh itu, kelebihan penuntut ke Tingkatan Enam
ini merupakan sebab para pelajar memilih meneruskan melanjutkan pembelajaran ke Tingkatan
Enam. Tegasnya, responden yang memberikan jawapan soal selidik yang diberikan adalah
daripada kalangan yang boleh dipercayai yang relevan bagi menyempurnakan tajuk kajian ini.
5.3 Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam
kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni.
Pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej
Tingkatan Enam Desa Murni adalah pelbagai. Kajian telah dijalankan untuk melihat pusat
pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM. Responden akan menandakan dan
menulis jawapan dalam borang soal selidik pada ruangan kosong yang disediakan.
PERNYATAAN BILANGAN PERATUSAN (%)
YA 28 93.3
TIDAK 2 6.7
Jadual 5.3.1 : Laluan kemasukan ke IPT lebih mudah melalui keputusan STPM berbanding
matrikulasi
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
001002-07-0032
23
Rajah 5.3.1: Laluan kemasukan ke IPT lebih mudah melalui keputusan STPM berbanding
Matrikulasi
(Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
Pada Jadual 5.3.1 dan Rajah 5.3.1, dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30
responden, 28 responden (93.3%) yang memilih ‘Ya’ bagi soalan berkenaan dan Kebanyakan
responden memilih ‘Ya’ seperti yang mana telah dinyatakan oleh kajian ini dilakukan. Hal ini
kerana melalui Tingkatan Enam, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding
laluan-laluan lain. Akan tetapi, seramai 2 responden (6.7%) yang memilih ‘Tidak’ bagi soalan
tersebut ini kerana mereka berpendapat bahawa laluan ini dikatakan salah satu laluan yang
sukar dan perlu kembali ke sekolah.
93%
7%
LALUAN KEMASUKAN KE IPT LEBIH MUDAH
MELALUI KEPUTUSAN STPM BERBANDING
MATRIKULASI
YA
TIDAK
001002-07-0032
24
IPT YANG DIIKUTI BILANGAN PERATUSAN (%)
UITM 2 6.7
USM 21 65.5
UM 1 3.7
UMS 2 6.7
UPM 2 6.7
UUM 2 6.7
UMK 2 6.7
Jadual 5.3.2 : IPT yang sedang diikuti dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa
Murni
( Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
Rajah 5.3.2: IPT yang sedang diikuti dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa
Murni
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
Jadual 5.3.2 dan Rajah 5.3.2 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 2
orang (6.7%) responden iaitu terdiri daripada UITM, 21 orang (63.7%) responden yang terdiri
daripada USM, 1 orang (3.7%) reponden terdiri UM, 2 orang (6.7%) responden yang terdiri
daripada UMS, 2 orang (6.7%) responden yang terdiri UPM dan 2 orang (6.7%) responden
yang terdiri daripada UMK. Kebanyakan IPT yang dikuti oleh responden terdiri daripada USM
0
5
10
15
20
25
IPT YANG DIIKUTI
UITM USM UM UMS UPM UMK
001002-07-0032
25
hal ni kerana tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji pusat pengajian tinggi yang
ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni.
BIDANG SARJANA MUDA YANG
DIPOHON
BILANGAN PERATUSAN (%)
PERAKAUNAN 11 36.7
PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 3 10
KEMANUSIAAN 2 6.7
SAINS SOSIAL 5 16.7
PERNIAGAAN 2 6.7
PENDIDIKAN 5 16.7
UNDANG-UNDANG SYARIAH 1 3.3
TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT 1 3.3
Jadual 5.3.3: Bidang yang dipohon ke IPT
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
001002-07-0032
26
Rajah 5.3.3: Bidang yang dipohon ke IPT
( Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
Berdasarkan kajian di atas yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 5.3.3 dan Rajah 5.3.3
kebanyakan responden yang memohon bidang pengajian tinggi ke IPT ialah Jurusan
Perakaunan dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 11 orang (36.7%)
responden yang memohon bidang ke IPT terdiri daripada Jurusan Perakaunan, 3 orang (10%)
responden yang terdiri daripada Pengajian Psikologi dan Kaunseling, 2 orang (6.7%)
responden terdiri Pengajian Kemanusiaan, 5 orang (16.7%) responden yang terdiri daripada
Pengajian Sains Sosial, 2 orang (6.7%) responden yang terdiri daripada Pengajian Perniagaan,
5 orang (16.7%) responden yang terdiri daripada Pengajian Pendidikan, 1 orang (3.3%) yang
terdiri daripada Pengajian Undang-undang syariah dan 1 orang (3.3%) yang terdiri daripada
Pengajian Teknologi dan Maklumat. Kesimpulannya, jurusan perakaunan menjadi pilihan
kepada ramai pelajar kerana peluang kerjaya dalam jurusan tersebut sangat luas di Malaysia.
0
2
4
6
8
10
12
BIDANG YANG DIPOHON KE IPT
PERAKAUNAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KEMANUSIAAN
SAINS SOSIAL PERNIAGAAN PENDIDIKAN
UNDANG-UNDANG SYARIAH TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT
001002-07-0032
27
SEBAB MEMILIH KURSUS
BILANGAN
PERATUSAN (%)
BIDANG YANG SANGAT
MENCABAR KEKUATAN FIZIKAL
DAN MENTAL
12 40
BIDANG INI AKAN
MENAWARKAN PEKERJAAN
YANG SANGAT LUAS
8 26.7
SANGAT BERMINAT
10 33.3
Jadual 5.3.4: Sebab memilih kursus berkenaan
( Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
Rajah 5:3:4: Sebab memilih kursus berkenaan
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
Pada Jadual 5.3.4 dan Rajah 5.3.4 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30
responden, 12 orang (40%) responden yang memilih bidang yang sangat mencabar kekuatan
fizikal dan mental bagi soalan berkenaan, 8 orang (26.7%) responden yang memilih bidang ini
akan menawarkan pekerjaan yang sangat luas dan manakala 10 orang (33.3%) responden yang
40%
27%
33%
SEBAB MEMILIH KURSUS
MENCABAR KEKUATAN FIZIKAL
DAN MENTAL
MENAWARKAN PEKERJAAN YANG
SANGAT LUAS
SANGAT BERMINAT
001002-07-0032
28
memilih sangat berminat bagi soalan tersebut kerana ia dapat menguatkan kecerdasan akal dan
minda bagi menahan cabaran yang akan datang sekiranya ditempuh berbagai-bagai dugaan.
Hal ini juga akan menyebabkan mereka tidak akan berasa lemah dalam menghadapi situasi
yang amat mencabar dan susah seperti menyiapkan dua kerja kursus bagi dua subjek pada masa
yang sama dan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
BIDANG SARJANA MUDA YANG
DIPOHON
BILANGAN PERATUSAN (%)
PERAKAUNAN 11 36.7
PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 3 10
KEMANUSIAAN 2 6.7
SAINS SOSIAL 5 16.7
PERNIAGAAN 2 6.7
PENDIDIKAN 5 16.7
UNDANG-UNDANG SYARIAH 1 3.3
TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT 1 3.3
Jadual 5.3.5: Kursus yang ditawarkan
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
001002-07-0032
29
Rajah 5.3.5: Kursus yang ditawarkan
( Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
Pada Jadual 5.3.5 dan Rajah 5.3.5 Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30
responden yang memohon IPT, 11 responden (36.7%) yang terdiri daripada Jurusan
Perakaunan, 3 responden (10%) yang terdiri daripada Pengajian Psikologi dan Kaunseling, 2
(6.7%) reponden terdiri Pengajian Kemanusiaan, 5 responden (16.7%) yang terdiri daripada
Pengajian Sains Sosial, 2 responden (6.7%) yang terdiri daripada Pengajian Perniagaan, 5
responden (16.7%) yang terdiri daripada Pengajian Pendidikan, 1 responden (3.3%) yang
terdiri daripada Pengajian Undang-undang syariah dan 1 responden (3.3%) yang terdiri
daripada Pengajian Teknologi dan Maklumat. Kebanyakan responden yang mendapat tawaran
terdiri daripada Jurusan Perakaunan. Hal ini dilakukan kerana untuk mengkaji kursus yang
ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni.
0
2
4
6
8
10
12
KURSUS YANG DITAWARKAN
PERAKAUNAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KEMANUSIAAN
SAINS SOSIAL PERNIAGAAN PENDIDIKAN
UNDANG-UNDANG SYARIAH TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT
001002-07-0032
30
TEMPOH PENGAJIAN
BILANGAN
PERATUSAN (%)
2 TAHUN 2 6.7
3 TAHUN 19 63.3
4 TAHUN 9 30
5 TAHUN KE ATAS - -
Jadual 5.3.6 : Tempoh Pengajian
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
Rajah 5.3.6: Tempoh Pengajian
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
Jadual 5.3.6 dan Rajah 5.3.6. dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 2
orang (6.7%) responden tempoh pengajian selama daripada 2 Tahun, 19 orang (63.3%)
responden tempoh pengajiannya selama daripada 3 tahun, 9 orang (30%) reponden tempoh
pengajian terdiri daripada 4 tahun dan tiada tempoh pengajian responden yang terdiri daripada
5 tahun ke atas. Tempoh pengajian responden kebanyakan terdiri daripada 3 tahun tempoh
pengajian kerana tujuan kajian dilakukan untuk mengkaji tempoh pengajian kepada lepasan
7%
63%
30%
TEMPOH PENGAJIAN
2 TAHUN
3 TAHUN
4 TAHUN
5 TAHUN KE ATAS
001002-07-0032
31
STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Tempoh pengajian ini sudah
tentu ia berkaitan dengan kos pengajian, secara majoritinya semakin lama pengajian maka
semakin meningkat kos pengajian. Hal ini kerana kos-kos penginapan, makanan, yuran
pengajian dan banyak lagi akan meningkat. Perancangan yang rapi perlu untuk seorang pelajar
untuk meneruskan pengajian dengan kerap bertanya kepda kaunselor kerjaya atau mereka yang
telah menghabiskan pengajian.
SOALAN BILANGAN PERATUSAN (%)
SANGAT PUAS HATI 9 30
PUAS HATI 20 66.7
TIDAK PUAS HATI - -
SANGAT TIDAK PUAS HATI 1 3.3
Jadual 5.3.7 : Berpuashati dengan kursus yang ditawarkan
( Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
001002-07-0032
32
Rajah 5.3.7: Berpuashati dengan kursus yang ditawarkan
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
Jadual 5.3.7 dan Rajah 5.3.7 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 9
orang (30%) responden terdiri daripada Sangat Puas Hati, 20 orang (66.7%) responden terdiri
daripada Puas Hati, tiada responden yang terdiri daripada Tidak Puas Hati dan 1 orang (3.3%)
responden terdiri daripada Sangat Tidak Puas Hati. . Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat
pada Jadual 5.3.7 dan Rajah 5.3.7. Kebanyakan responden ini mereka puas hati terhadap bidang
yang ditawarkan oleh IPT.
PERNYATAAN BILANGAN PERATUSAN (%)
2.00-2.49 9 13.3
2.50-2.99 5 16.7
3.00-3.49 11 36.7
3.50-4.00 10 33.3
Jadual 5.3.8 : Keputusan STPM pelajar
30%
67%
0%
3%
BERPUASHATI DENGAN KURSUS YANG
DITAWARKAN
SANGAT PUAS HATI
PUAS HATI
TIDAK PUAS HATI
SANGAT TIDAK PUAS HATI
001002-07-0032
33
( Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
Rajah 5.3.8: Keputusan STPM pelajar
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
Jadual 5.3.8 dan Rajah 5.3.8 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 9
orang (13.3%) responden terdiri daripada mereka yang mendapat Keputusan STPM 2.00-2.49,
5 orang (16.7%) responden terdiri daripada Keputusan STPM 2.50-2.99, 11 orang (36.7%)
responden yang trdiri daripada Keputusan STPM 3.00-3.49 dan 10 orang (33.3%) responden
terdiri daripada Keputusan STPM 3.50-4.00. Kebanyakan responden terdiri daripada mereka
yang mendapat Keputusan STPM 3.00-3.49 kerana tujuan kajian dilakukan untuk mengkaji
keputusan pelajar kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa
Murni.
Kesimpulannya, pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam
kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni menunjukkan bahawa majoriti bersetuju
bahawa laluan memasuki ke Tingkatan Enam adalah lebih tinggi ke IPT berbanding laluan
Matrikulasi.
26%
14%
31%
29%
KEPUTUSAN STPM PELAJAR
2.00-2.49
2.50-2.99
3.00-3.49
3.50-4.00
001002-07-0032
34
6.0 Rumusan
Tajuk “Kepercayaan guru dan pelajar tingkatan enam terhadap peluang untuk memasuki
ke IPT melalui keputusan STPM adalah lebih tinggi berbanding Matrikulasi dalam kalangan
pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni”. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sebab
pelajar memilih menyambung pengajian tinggi di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi.
Selain itu, kajian ini adalah untuk mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada
lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Kolej Tingkatan
Enam Desa Murni dipilih sebagai lokasi kajian kerana lokasi tersebut dan memudahkan kajian
dilaksanakan. Hasil kajian mendapati bahawa, terdapat 30 orang responden yang menjawab
soal selidik kajian ini yang terdiri daripada guru dan pelajar yang merupakan tempat pengkaji.
Secara keseluruhannya, instrument yang digunakan dalam kajian ini melibatkan borang soal
selidik, pemerhatian dan kepustakaan bagi mendapatkan data yang boleh menjawab persoalan
atau isu yang dikaji. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula adalah
secara rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini, setiap pelajar
dipilih mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden.
Instrument ini digunakan untuk mengumpul data bagi menjawab persoalan yang berkaitan
dengan kajian yang dijalankan. Kajian ini juga dijalankan menerusi atas talian seperti
pengedaran borang soal selidik dengan menggunakan google form lampiran 1 yang bertujuan
untuk mengelakan penyebaran wabak Covid-19 daripada merebak dengan lebih banyak. Segala
data yang diperoleh daripada soal selidik dan temu bual telah dianalisiskan mengikut peratus
bilangan responden dan dipamerkan dalam bentuk graf dan jadual.
Bagi memastikan kajian ini dijalankan dengan lancar, beberapa kaedah seperti
pemerhatian, kaedah kepustakaan, kaedah temubual, dan kaedah soal selidik telah digunakan.
Kaedah kepustakaan digunakan bagi mendapat maklumat tentang sebab pelajar memilih
menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. Kaedah seperti
pemerhatian dilakukan di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, hal ini telah dapat mengelakkan
pemerhatian tunggal. Masa pemerhatian dibuat secara rawak dan hasil pemerhatian telah
dicatat.
Dapatan kajian bagi objektif pertama menunujukkan bahawa majoriti pelajar KTEDM
memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam. Hal ini kerana pelbagai kelebihan yang
boleh diperoleh penuntut yang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Oleh itu, antara
001002-07-0032
35
kelebihan penuntut ke Tingkatan Enam adalah peluang ke IPTA lebih cerah, tempoh pengajian
setahun setengah, yuran murah, dan banyak lagi ini merupakan sebab para pelajar memilih
meneruskan melanjutkan pembelajaran ke Tingkatan Enam.
Manakala dapatan kajian bagi objektif kedua ini adalah untuk mengkaji pusat pengajian
tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam
Desa Murni menunjukkan bahawa majoriti bersetuju melalui ke Tingkatan Enam adalah
laluan kemasukan ke IPT lebih tinggi. Tegasnya, responden yang memberikan jawapan soal
selidik yang diberikan adalah daripada kalangan yang boleh dipercayai dan relevan bagi
menyempurnakan tajuk kajian ini.
Kesimpulannya, Tingkatan Enam merupakan salah satu jalan pintas masuk ke IPT di
samping Matrikulasi dan Asasi. Hal ini kerana menyambung pengajian ke Tingkatan Enam
dapat memberikan banyak peluang dan ruang untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem
pendidikan di negara ini. Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai cabaran itu
terdapat peluang yang perlu diraih oleh para pelajar Tingkatan Enam dalam sistem pendidkan.
Tingkatan Enam adalah katalisator dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti dijadikan
saluran perdana ke IPTA serta mendapat jaminan yang telah ditawarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
001002-07-0032
36
7.0 Rujukan
Afterschool.my (2016). Buku Panduan Masuk Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bantu
Pelajar Buat Pilihan Yang Tepat. Dicapai 29 Mei 2021, dari
https://afterschool.my/bm/berita/buku-panduan-masuk-ke-institut-pengajian-tinggi-ipt-bantu-
pelajar-buat-pilihan-yang-tepat
Cikgu Hailmi (2015). 12 Kelebihan Masuk Tingkatan Enam. Dicapai Jun 2, 2021, dari
https://www.cikguhailmi.com/2015/03/12-kelebihan-masuk-tingkatan-6.html?m=1
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Gardnner, Cunningham el,al (2015). Definsi Kepercayaan. Dicapai Jun 2, 2021, dari
https://www.slideshare.net/rzwlh/.kepercayaan-guru-48597890
Laman Web Google Maps. Dicapai pada Jun 9, 2021 dari
https://www.google.com.my/maps/@5.4559747,100.429888,14
Nurazwa Saleh (2015). Kepercayaan guru. Dicapai pada Mei 29, 2021, dari
https://www.slideshare.net/rzwlh/kepercayaan-guru-48597890
Tn. Hj. Md Lasa bin Yahya, Sumaiyah Maisarah dan Sara Fieya, 2021. Nota Minda &
Lembaran Praktis Pengajian Am. Cetakan Pertama 2021. Selangor: Local Publications (M)
Sdn Bhd
UPU.editor (2020). Perbezaan Tingkatan Enam, Asasi dan Diploma. Dicapai Jun 2, 2021, dari
https://www.upuonline.com/beza-tingkatan-6-asasi-diploma.jsp
001002-07-0032
37
8.0 Lampiran
BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS PENGAJIAN AM MELALUI GOOGLE
FORMS
TAJUK: KEPERCAYAAN GURU DAN PELAJAR TINGKATAN ENAM TERHADAP
PELUANG UNTUK MEMASUKI KE IPT MELALUI KEPUTUSAN STPM ADALAH
LEBIH TINGGI BERBANDING MATRIKULASI DALAM KALANGAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI
 Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus untuk matapelajaran
Pengajian Am 900/4. Soal selidik untuk mengenalpasti sebab pelajar memilih
menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan mengkaji
pusat pengajian tinggiyang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan
pelajar Kolej Tingakatn Enam Desa Murni.
BAHAGIAN A : DEMOGRAFI
ARAHAN: Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang berkenaan.
1. Jantina: Lelaki ( )
Perempuan ( )
2. Kaum: Melayu ( )
Cina ( )
India ( )
Lain-lain ( )
3. Pekerjaan: Guru ( )
Pelajar ( )
001002-07-0032
38
BAHAGIAN B: Mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan
Enam berbanding Matrikulasi.
Arahan: Sila jawab soalan bahagian B dengan menandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.
BIL PERNYATAAN Tanda (/)
1 Tingkatan Enam adalah jalan pintas ke universiti
2 Pembelajaran mengikut konsep semester universiti
3 Pelajar lepasan STPM dan setaraf ditawarkan tempat untuk
melajutkan pengajian peringkat ijazah muda di 20 universiti awam
4 Sijil STPM boleh digunakan memohon kerja di sektor awam dan
swasta berbanding dengan Sijil Matrikulasi
5 Jika berjaya memperolehi 3.00 ke atas sudah dikira sebagai
memuaskan pointer yang diperlukan untuk memasuki ke universiti
awam.
6 Melalui laluan Tingkatan Enam (tempoh 1 ½ tahun) adalah lebih
menjimatkan masa
BAHAGIAN C: Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM
Kolej Tingakatn Enam Desa Murni.
Arahan: Sila jawab soalan bahagian B pada ruang yang disediakan.
1. Anda mempercayai bahawa laluan kemasukan ke IPT lebih mudah melalui keputusan
STPM berbanding asasi dan matrikulasi?
( ) YA ( ) TIDAK
2. Nyatakan IPT yang sedang diikuti?
__________________________________________________________________.
3. Nyatakan bidang kursus yang dipohon?
__________________________________________________________________.
4. Sebab memilih kursus berkenaan
( ) bidang yang sangat mencabar kekuaatan fizikal dan mental
( ) bidang ini akan menawarkan pekerjaan yang sangat luas
( ) sangat berminat
001002-07-0032
39
5. Nyatakan kursus yang ditawarkan?
___________________________________________________________________.
6. Tempoh pengajian
( ) 2 Tahun
( ) 3 Tahun
( ) 4 Tahun
( ) 5 Tahun ke atas
7. Adakah anda berpuashati dengan kursus yang ditawarkan?
( ) sangat puas hati
( ) puas hati
( ) tidak puas hati
( ) sangat tidak puas hati
8. Nyatakan keputusan STPM anda
( ) 2.00 – 2.49
( ) 2.50 – 2.99
( ) 3.00 – 3.49
( ) 3.50 – 4.00

Contenu connexe

Tendances

Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohNUR HUMAIRAH AMIRA
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Thivyaapriya Sambamoorthy
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisimharalhaj
 
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Nazira M
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERAAsmawi Abdullah
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Khai Khairy
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA NurZahidah22
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Yfook Ng
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 saadiah alidrus
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanNur Az
 

Tendances (20)

Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Penulisan karangan
Penulisan karanganPenulisan karangan
Penulisan karangan
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
 
Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 

Similaire à Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan

Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...nurulliyana28
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...RubinaKhan69
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalGary Chew
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalAhmad Syakir
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learningUmmu Zubair
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Kulasingam Kula
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagajegamani
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Tugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalTugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalnorm80
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiRozhan Zakaria
 

Similaire à Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan (20)

Pengurusan
PengurusanPengurusan
Pengurusan
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnal
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan Jurnal
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learning
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menaga
 
Bahan kreativiti
Bahan kreativitiBahan kreativiti
Bahan kreativiti
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Tugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalTugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnal
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal 2
Ulasan jurnal 2Ulasan jurnal 2
Ulasan jurnal 2
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 

Plus de NUR HUMAIRAH AMIRA

Plus de NUR HUMAIRAH AMIRA (6)

KEPIMPINAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI
KEPIMPINAN SALEHUDDIN AL-AYYUBIKEPIMPINAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI
KEPIMPINAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI
 
SLIDE BM KK SEM 3
SLIDE BM KK SEM 3SLIDE BM KK SEM 3
SLIDE BM KK SEM 3
 
SLIDE KK SEJARAH STPM
SLIDE KK SEJARAH STPMSLIDE KK SEJARAH STPM
SLIDE KK SEJARAH STPM
 
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMIESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
 
SLIDE KK PENGAJIAN AM
SLIDE KK PENGAJIAN AMSLIDE KK PENGAJIAN AM
SLIDE KK PENGAJIAN AM
 
HADIS KEENAM STPM SEM 3
HADIS KEENAM STPM SEM 3HADIS KEENAM STPM SEM 3
HADIS KEENAM STPM SEM 3
 

Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan

  • 1. 001002-07-0032 1 KEPERCAYAAN GURU DAN PELAJAR TINGKATAN ENAM TERHADAP PELUANG UNTUK MEMASUKI IPT MELALUI KEPUTUSAN STPM ADALAH LEBIH TINGGI BERBANDING ASASI DAN MATRIKULASI DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI (KTEDM). ABSTRAK Kajian ini bertajuk “Kepercayaan Guru Dan Pelajar Tingkatan Enam Terhadap Peluang Untuk Memasuki IPT Melalui Keputusan STPM Adalah Lebih Tinggi Berbanding Asasi Dan Matrikulasi Dalam Kalangan Pelajar KTEDM” Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sebab pelajar KTEDM memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Asasi Matrikulasi dan mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar KTEDM. Lokasi kajian ini dijalankan di KTEDM, Butterworth, Pulau Pinang. Metodologi yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik yang melibatkan 30 responden yang terlibat secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan sebab mengapa pelajar-pelajar memilih menyambung pengajian Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi antara seperti jangka pengajian, konsep pembejaran dan sebagainya, dan kajian ini juga dijalankan untuk melihat pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM seperti IPTA atau IPTS. Kesimpulannya, Tingkatan Enam merupakan salah satu jalan pintas masuk ke IPT di samping Matrikulasi dan Asasi.
  • 2. 001002-07-0032 2 KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Abstrak 1 Kandungan 2-3 Penghargaan 4 1.0 Pengenalan 5-6 2.0 Objektif kajian 7 3.0 Lokasi kajian 3.1 Peta negeri 8 3.2 Peta Daerah 9 3.3 Peta lokasi kajian 10 3.4 Foto lokasi kajian 11-12 4.0 Metodologi kajian 4.1 Reka bentuk kajian 12 4.2 Instrument kajian 13 4.3 Cara mendapatkan responden 4.3.1 Pemilihan responden 13 4.3.2 Pengedaran borang soal selidik 14 4.4 Cara mendapatkan data 4.4.1 Soal selidik 14 4.4.2 Temu bual 15
  • 3. 001002-07-0032 3 4.4.3 Kepustakaan 15 4.5 Memproses dan mempersembahkan data 15 5.0 Dapatan kajian dan perbincangan 16-19 5.1 Mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingakatan Enam berbanding Asasi Matrikulasi 19-22 5.2 Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingakatan Enam Desa Murni 22-33 6.0 Rumusan 34 7.0 Rujukan 35 8.0 Lampiran 36-38
  • 4. 001002-07-0032 4 PENGHARGAAN Alhamdulillah, dengan izin dan Rahmat-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Kolej Tingkatan Enam Desa Murni (KTEDM), khasnya Puan Pengetua KTEDM iaitu Pn. Noor Aishah binti Abu Hassan kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini. Dalam menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Pn. Shakila binti Ismail selaku guru Pengajian Am saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada bapa saya, Galam Husin Bin Syed Rasul yang banyak menyokong dan membantu saya dalam melaksanakan Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 tahun 2021 yang bertajuk “Kepercayaan Guru Dan Pelajar Tingkatan Enam Terhadap Peluang Untuk Memasuki Ke IPT Melalui Keputusan STPM Adalah Lebih Tinggi Berbanding Matrikulasi Dalam Kalangan Kolej Tingkatan Enam Desa Murni”. Di samping itu, saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak yang telah menyumbangkan masa dan tenaga dalam menyiapkan tugasan ini dansaya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada responden-responden yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soal selidik bagi mendapatkan persepsi mereka berkenaan dengan tajuk kerja kursus saya ini. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
  • 5. 001002-07-0032 5 1.0 PENGENALAN Kepercayaan merupakan satu perasaan untuk menyakinkan diri bahawa orang, perkara ataupun apa jua yang berlaku dihadapan mata adalah betul. Mengikut pendapat Gardnner (2006), definsi kepercayaan ialah nilai, sikap, teori peribadi dan juga perseptiktif tentang sesuatu manakala mengikut pendapat Cunningham et,al (2005), kepercayaan merupakan struktur asas yang dibina secara sedar atau pun tidak bagi memberi panduan kepada seseorang untuk berfikir, bertindak dan membuat pilihan, persepsi, pertimbangan dan keputusan terhadap sesuatu perkara. Melihat pula melalui Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005), kepercayaan membawa pengertian iaitu satu keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dan lain-lain) sesuatu yang dipercayai (diyakini, diterima sebagai benar). Boleh dirumuskan bahawa kepercayaan merupakan satu perkara yang membuktikan bahawa seseorang itu telah yakin dengan pasti bahawa apa yang terjadi dihadapannya adalah benar. Kepercayaan juga mengandungi satu lagi perkara yang yakin akan kebenaran sesuatu iaitu kesetiaan. Institut Pengajian Tinggi Awam (Universiti Awam) yang dikenali sebagai IPTA ialah universiti yang sebahagian besarnya dibiayai oleh kerajaan. Universiti kebangsaan lazimnya merupakan universiti awam. Di sesetengah tempat, institut awam merupakan pusat penyelidikan terkemuka dan berpengaruh satu tanding dengan universiti terbaik di dunia. Manakala untuk menjawab persoalan mengenai pendidikan tinggi untuk siapa, ianya boleh dijelaskan mengikut fahaman elitis, maka dasar meritokrasi mengutamakan pendidikan tinggi adalah sebilangan kecil pelajar yang mempunyai kelayakan cemerlang dalam peperiksaan sama ada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi Diploma dan sebagainya. Sebilangan kecil pelajar yang terpilih itu merupakan mereka yang ada kualiti, yang elit atau yang terbaik dalam pelajaran. Mereka yang elit ini mempunyai kemampuan yang tinggi dari aspek intelek dan kemahiran fizik untuk menanggung cabaran yang "rigorous’ bagi berjaya dalam pendidikan tinggi. Mereka yang elit ini dididik dan dilatih untuk menjadi para sarjana, teknokrat dan birokrat bagi memimpin dan mentadbir golongan "proletariat" dalam masyarakat. Mengikut fahaman egalitarian pula, pendidikan tinggi tidak seharusnya menjadi
  • 6. 001002-07-0032 6 amat memilih lalu menguntungkan dan mengangkat darjat sebilangan kecil ahli masyarakat yang elit. Fahaman ini adalah berlandaskan tanggapan bahawa institusi pendidikan tinggi yang diwujudkan oleh masyarakat keseluruhannya harus membuka pintu mereka seluas-luasnya kepada sesiapa yang berkemampuan untuk mengalami pembelajaran dalam pendidikan tinggi. Sungguhpun fahaman egalitarian yang menekankan prinsip demokrasi mengambil kira aspek hak dan keutamaan, namun ia boleh mewujudkan kadar keciciran dan pembaziran yang tinggi pada peringkat pendidikan tinggi. Seterusnya untuk menjawab tujuan pendidikan tinggi ianya boleh dijelaskan berdasarkan kepada laporan Khir Johari (1967) yang menjelaskan bahawa tujuan utama pendidikan tinggi ialah untuk melahirkan para sarjanawan dan ilmuan yang mahir berfikir dan mengembangkan ilmu dalam berbagai-bagai disiplin ilmu. Selain daripada itu, dari aspek profesionalnya pendidikan tinggi adalah untuk melahirkan golongan teknokrat bagi melaksanakan rancangan pembangunan negara dan golongan birokrat bagi mentadbir organisasi dan masyarakat. Secara umum, pendidikan tinggi mempunyai dimensi pendidikan dan dimensi latihan. Dimensi pendidikan bertujuan untuk mengembangkan aspek intelek, rohani, emosi, pekerti, budaya, dan jasmani etika individu pada tahap maksimum dan tertinggi agar individu bukan sahaja menjadi manusia seimbang tetapi juga dapat membuat adaptasi yang sewajarnya terhadap pengaruh perkembangan masa kini. Dimensi latihan pula menyentuh peranan pendidikan tinggi dari segi pengeluaran dan perkhidmatannya terhadap pembangunan sosio-ekonomi masyarakat dalam mana universiti dan institusi-institusi yang lain menjadi sebahagian daripada ahlinya. Rasional kajian ini dilakukan adalah didapati ramai pelajar yang menolak tawaran menyambung pengajian ke Matrikulasi dan memilih untuk menyambung pengajian di Tingkatan Enam. Kajian ini ingin mengetahui sebab pelajar memilih menyambung pengajian tinggi di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. Selain itu, ramai pelajar lepasan STPM telah berjaya menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi berdasarkan keputusan STPM berbanding matrikulasi. Oleh sebab itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada pelajar lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Sebagai kesimpulannya, hasil kajian ini dapatlah nanti dilihat oleh semua pihak tentang peluang memasuki ke IPT melalui keputusan STPM adalah lebih tinggi. Selain itu, ramai pelajar tingkatan enam yang telah berjaya memasuki ke IPT dengan melalui keputusan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni.
  • 7. 001002-07-0032 7 2.0 OBJEKTIF KAJIAN a) Mengenalpasti sebab pelajar memilih Kolej Tingkatan Enam Desa Murni menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. b) Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni.
  • 8. 001002-07-0032 8 3.0 LOKASI KAJIAN 3.1 PETA PULAU PINANG Peta 1 : Peta Pulau Pinang Sumber: http:/maps.google.com Pulau Pinang adalah salah satu negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia. Negeri Pulau Pianang terletak berhampiran dengan persisiran barat laut di semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan Negeri Kedah yang terletak di sebelah utara dan timur, dan Negeri Perak yang terletak disebelah selatan serta berdekatan dengan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia). Pulau ini terletak di kawasan Selat Melaka dan ia dihubungkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5 km dan Jambatan Pulau Pianang Kedua atau dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah sepanjang 24 km. Titik tertinggi pulau ini ialah Bukit Bendera yang mempunyai ketinggian kira-kira 833 meter (2,733 kaki). Jumlah keluasan bagi Pulau dan Seberang Perai adalah 1,031 km persegi. Ibu Negeri Pulau Pinang ialah Georgetown terletak di timur laut pulau ini. Bandar raya Barat Laut ini merupakan pusat peranginan di Malaysia dengan keluasan 295 km2. Pulau ini merupakan pulau termaju dan pulau padat penduduk di Malaysia.
  • 9. 001002-07-0032 9 3.2 PETA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG Peta 2: Peta Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Sumber: http:/maps.google.com Seberang Perai Utara ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang, Malaysia. Ia merupakan daerah terbesar sekali dengan keluasan 262.53 km persegi (26588.04 hektar) dan merupakan daerah separa bandar. Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di Kepala Batas, dan bandar terbesar ialah Butterworth. Pekan- pekan yang lain termasuklah Tasek Gelugor, Bertam, Bagan Ajam, Perai, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Daerah ini juga terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai. Terbahagi kepada tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bagan
  • 10. 001002-07-0032 10 3.3 PETA KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI Peta 3: Kolej Tingkatan Enam Desa Murni Sumber: http:/maps.google.com . Lokasi Kolej Tingkatan Enam Desa Murni (KTEDM) dipilih untuk dijadikan sebagai tempat untuk dikaji kerana dapat memperoleh maklumat dengan lebih mudah dan cepat. Tambahan lagi, pengkaji merupakan pelajar di kolej tersebut. KTEDM terletak di kawasan pekan Sungai Dua. Persekitaran KTEDM di lengkapi dengan pelbagai kemudahan penggangkutan, perniagaan, kesihatan dan keselamatan. Sebagai contoh, di hadapan kolej terdapat pusat kesihatan haiwan dan pelbagai perniagaan harian seperti kedai Mr DIY, Warung Laksa Beringin, Laksa Cendawan Goreng Anak Dara Sungai Dua. Selain itu, bersebelahan kiri KTEDM terdapat perniagaan Pasar Awam Sungai Dua, pusat perkhidmatan Hang Air Cond dan beberapa stesen Bas telah disediakan di situ. Jarak KTEDM dari Balai Polis Sungai Dua adalah 350 meter dan masa yang diambil untuk sampai ke Balai Polis dengan berjalan kaki hanya mengambil 4 minit sahaja. Selain itu, KTEDM juga berdekatan dengan pusat kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Sungai Dua yang berjarak 900 meter melalui Jalan Merbau Indah dan mengambil masa selama 3 minit untuk sampai ke Klinik dari KTEDM dengan menaiki kenderaan. Kedudukan Kolej Tingkatan Enam Desa Murni (KTEDM) adalah pada koordinat
  • 11. 001002-07-0032 11 5°26'26.5"U 100°25'19.6"T. KTEDM merupakan tempat persekolahan para pelajar tingkatan 6 bawah dan pelajar tingkatan 6 atas yang dikenali sebagai pelajar pra universiti. Gambar 1: Kolej Tingkatan Enam Desa Murni (Sumber: Kajian Lapangan, 2021) Gambar 2: Kolej Tingakatn Enam Desa Murni (Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
  • 12. 001002-07-0032 12 Kolej Tingkatan Enam Desa Murni terletak di Lorong Sungai Dua, Kampung Telok, 13800 Butterworth, Pulau Pinang 4.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajia, sampel kajian, instrument kajian dan prosedur atau proses menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji). Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas (terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. 4.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan dilakukan berdasarkan rujukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pengsampelan, pengukuran, dan analisis data. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. 4.2 INSTRUMENT KAJIAN Instrument ialah alat untuk mengumpul data yang berkaitan dengan penyelidikan mengikut soalan yang telah ditetapkan. Maka, Instrument merupakan proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan, keterangan latar belakang dengan segala sumber yang berbentuk primer atau sekunder. Menurut Ustaz kenali, instrument kajian ialah apa-apa alat, atau cara, atau apa-apa kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Dalam kajian ini, instrument yang digunakan
  • 13. 001002-07-0032 13 untuk mendapatkan data adalah melalui borang soal selidik, borang temu bual dan kaedah rujukan. Kaedah Instrument kajian Kuantitatif Borang temu bual, rujukan (perpustakaan/ internet) Kualitatif Borang soal selidik Jadual 1: Kaedah Instrument kajian 4.3 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN Responden kajian ini terdiri daripada seramai 30 orang pelajar daripada Kolej Tingkatan Enam Desa Murni yang dipilih secara rawak. Responden perlu menjawab soalan yang dikemukakan agar memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan dengan tajuk kajian yang dikaji. 4.3.1 Pemilihan Responden Responden dipilih secara rawak dalam kalangan para pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni dan ia bertujuan untuk memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan dengan tajuk kajian. Kajian ini ingin mengetahui sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Oleh itu, responden kajian ini lebih tertumpu kepada para pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Responden dipilih mengikut kategori jantina, kaum dan pekerjaan. 4.3.2 Pengedaran Borang Soal Selidik Borang soal selidik ini disediakan kepada responden melalui atas talian iaitu (Google Form). Borang ini akan diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden yang terdiri daripada para pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Kaedah ini digunakan kerana ia memudahkan pelaksanaan kajian ini dalam mengumpulkan maklumat responden dan mendapat data yang berunsur kuantitatif. Tujuan borang soal selidik ini dijalankan adalah untuk
  • 14. 001002-07-0032 14 mendapatkan pandangan responden terhadap objektif kajian iaitu, mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Borang soal selidik ini diberi secara rawak kepada responden melalui link https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc3_blt0KdHCIJg7r3_qMmazAlE3- CLXtv1ciId47ooLXe4sA/viewform?usp=sf_link 4.4 CARA MENDAPATKAN DATA 4.4.1 Soal Selidik Borang soal selidik ini telah disediakan berdasarkan objektif kajian iaitu mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Borang soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. Bahagian A bertujuan untuk mendapatkan data demografi yang berkaitan dengan maklumat responden seperti jantina, kaum dan pekerjaan. Seterusnya, bahagian B merupakan soalan yang berkaitan dengan objektif pertama kajian iaitu mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. Selain itu, bahagian C dalam borang soal selidik ini pula mengandungi soalan berkaitan dengan objektif kajian yang kedua iaitu mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. 4.4.2 Temu Bual Kaedah temu bual ini hanya dilakukan melalui atas talian sahaja memandangkan negara sedang dilanda dengan penyebaran wabak covid-19 ini, maka kaedah ini tidak dapat dilakukan secara bersemuka bersama-sama dengan responden. Kaedah ini dilakukan kepada beberapa orang pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni dan ia dijalankan menerusi aplikasi WhatsApp bagi memperolehi maklumat dan data yang lengkap berkaitan kajian yang dijalankan. 4.4.3 Kepustakaan
  • 15. 001002-07-0032 15 Kaedah perpustakaan ini dijalankan adalah untuk melengkapi kajian tersebut. Oleh itu, pelbagai sumber yang telah digunakan seperti portal rasmi, blog, dan internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dikaji. Bahan-bahan tersebut banyak membantu melengkapkan kajian dengan maklumat-maklumat tambahan berkaitan kajian yang dijalankan. 4.5 MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA Selepas borang soal selidik telah dikumpulkan maka kaedah deskriptif akan digunakan untuk menganalisis data-data yang telah diperoleh daripada hasil temu bual dan soal selidik. Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai, dan graf bar. 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini menerangkan keputusan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Dapatan kajian yang diperoleh melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui persampelan responden yang terdiri daripada kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti purata, min, dan peratus. 5.1 Demografi Responden 5.1.1 Jantina Untuk mengkaji Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, seramai 30 orang responden telah dipilih. Huraian analisis latar belakang melibatkan jantina, kaum dan pekerjaan yang dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. JANTINA NILAI PERATUS(%) LELAKI 8 26.7 PEREMPUAN 22 73.3
  • 16. 001002-07-0032 16 Jadual 1: Jantina (Sumber: Kajian Lapangan 2021) Rajah 1: Jantina (Sumber : Kajian Lapangan, 2021) Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan hasil daripada 30 responden mengenai jantina yang terdapat di dalam borang soal selidik. Bilangan bagi responden lelaki ialah 8 orang sahaja dan perempuan sebanyak 22 orang. Hal ini menunjukkan perempuan memperolehi peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 73% manakala lelaki sebanyak 27%. Kesimpulanya, jumlah responden yang berjantina perempuan lebih banyak daripada responden berjantina lelaki bagi membantu hasil dapatan kajian ini. Hal ini disebabkan, bilangan pelajar perempuan KTEDM lebih ramai daripada bilangan pelajar lelaki kerana majoriti penuntut di kolej tersebut merupakan perempuan. 27% 73% JANTINA LELAKI PEREMPUAN
  • 17. 001002-07-0032 17 5.1.2 Kaum KAUM NILAI PERATUS (%) Melayu 23 76.7 Cina 3 10 India 2 6.7 Lain - lain 2 6.7 Jadual 2: Kaum (Sumber : Kajian Lapangan,2021) Rajah 2: Kaum (Sumber : Kajian Lapangan, 2021) 76% 10% 7% 7% KAUM MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN
  • 18. 001002-07-0032 18 Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 23 (76.7%) responden iaitu terdiri daripada bangsa Melayu, 3 (10%) responden terdiri daripada bangsa Cina, 2 (6.7%) reponden terdiri daripada bangsa India dan 2 (6.7%) responden yang terdiri daripada lain-lain bangsa. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 2 dan Rajah 2. Kebanyakan responden terdiri daripada kaum Melayu kerana majoriti pelajar di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni merupakan kaum Melayu manakala kaum yang selebihnya adalah minoriti. Kesimpulannya, penuntut di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni terdiri daripada pelbagai kaum. 5.1.3 Pekerjaan PEKERJAAN NILAI PERATUS (%) GURU 2 6.7 PELAJAR 28 93.3 Jadual 3 : Pekerjaan (Sumber : Kajian Lapangan, 2021) Rajah 3: Pekerjaan (Sumber : Kajian Lapangan, 2021) 7% 93% PEKERJAAN GURU PELAJAR
  • 19. 001002-07-0032 19 Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 2 (6.7%) responden terdiri daripada Guru, dan manakala 28 (93.3%) responden terdiri daripada pelajar. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 3 dan Rajah 3. Kebanyakan responden terdiri daripada pelajar, kerana borang soal selidik ini lebih kepada para pelajar di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni (KTEDM) berbanding dengan guru-guru. Data yang lebih perinci dapat dilihat dalam rajah 3. 5.2 Mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian tinggi di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi Sebab pelajar memilih menyambung pengajian tinggi di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi adalah pelbagai. Kajian telah dijalankan untuk melihat mengapa pelajar-pelajar terhadap milih menyambung pengajian Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. Responden menandakan jawapan pada borang soal selidik pada tempat kosong yang telah disediakan iaitu menandakan (/) pada ruang berkenaan. Hasil kajian adalah seperti di bawah. Jadual 4 : Sebab memilih menyambung pengajian tinggi di Tingkatan Enam BIL BUTIRAN SOALAN NILAI PERATUS 1 Tingkatan Enam adalah jalan pintas ke universiti 23 76.7% 2 Pembelajaran mengikut konsep semester universiti 6 20% 3 Pelajar lepasan STPM dan setaraf ditawarkan tempat untuk melajutkan pengajian peringkat ijazah muda di 20 universiti awam 10 33.3% 4 Sijil STPM boleh digunakan memohon kerja di sektor awam dan swasta berbanding dengan Sijil Matrikulasi 12 40% 5 Jika berjaya memperolehi 3.00 ke atas sudah dikira sebagai memuaskan pointer yang diperlukan untuk memasuki ke universiti awam. 10 33.3% 6 Melalui laluan Tingkatan Enam (tempoh 1 ½ tahun) adalah lebih menjimatkan masa 24 80% (Sumber : Kajian Lapangan, 2021)
  • 20. 001002-07-0032 20 Rajah 4: Sebab memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam. (Sumber : Kajian Lapangan, 2021) Merujuk jadual 4 dan Rajah 4 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, kajian ini telah disediakan dengan 6 butiran soalan terhadap responden tentang sebab memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni terhadap borang soal selidik yang disediakan. Berdasarkan penilaian yang dibuat, bagi butiran soalan pertama, seramai 23 orang (76.7%) yang memilih butiran soalan ini. Hal ini kerana ada setetengah pelajar menganggap, belajar di peringkat diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti mengambil Ijazah, berbanding tempoh masa yang perlu diambil ketika melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Hal ini kerana selepas memperoleh keputusan yang baik dalam STPM, peluang untuk mererka melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah akan lebih cerah daripada penuntut yang mengambil diploma di Universiti lain. Secara keseluruhan, majoriti pelajar bersetuju bahawa Tingkatan Enam adalah jalan pintas ke Universiti. 27% 7% 12% 14% 12% 28% SEBAB MEMILIH MENYAMBUNG PENGAJIAN DI TINGKATAN ENAM TINGKATAN ENAM JALAN PINTAS KE UNIVERSITI PEMBELAJARAN MENGIKUT KONSEP SEMESTER UNIVERISITI MELANJUTKAN PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH MUDA DI 20 UNIVERSITI AWAM SIJIL STPM BOLEH MEMOHON KERJA DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA MEMUASKAN POINTER 3.00 DIKIRA BERJAYA MEMASUKI KE UNIVERSITI MENJIMATKAN MASA
  • 21. 001002-07-0032 21 Selain itu, Soalan kedua adalah tentang pembelajaran mengikut konsep semester universiti. Seramai 6 responden (20%) memilih soalan ini menunjukkan ia dijalankan di sekolah tetapi sukatan pembelajaran adalah dengan mengikut konsep semester universiti. Hal ini disebabkan, penilaian pelajar dilaksanakan melalui peperiksaan akhir setiap penggal dan kerja kursus. Sekiranya terdapat subjek yang gagal, Pelajar boleh memperbaiki keputusan berkenaan dengan menduduki peperiksaan semester tersebut semula. Akan tetapi, seramai 24 responden (80%) yang tidak memilih butiran soalan tersebut kerana mereka tidak pasti bahawa sukatan pembelajaran Tingkatan Enam adalah sama atau tidak seperti yang dipelajari di peringkat Universiti. Seterusnya, butiran soalan ketiga adalah tentang pelajar lepasan STPM mudah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah muda di 20 universiti awam. Seramai 10 responden (33.3%) memilih bagi butiran soalan berkenaan. Hal ini kerana, mereka berpendapat melalui Tingkatan Enam, peluang untuk memasuki ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain kerana taraf STPM diperakui sehingga ke peringkat antarabangsa. Akan tetapi, seramai 20 responden (66.6%) yang tidak memilih butiran soalan ini kerana mereka berpendapat bahawa peringkat Asasi dan Matrikualasi merupakan salah satu peringkat yang lebih banyak ditawarkan untuk melanjutkan pengajian Ijazah muda selain daripada STPM. Di samping itu, soalan keempat adalah tentang Sijil STPM boleh digunakan untuk memohon kerja di sektor awam dan swasta berbanding dengan Sijil Asasi dan Matrikulasi Seramai 12 responden (40%) memilih soalan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sijil STPM lebih bernilai berbanding dengan Sijil Asasi dan Matrikulasi, dari sudut permohonan kerja di sektor awam dan swasta. Akan tetapi, seramai 18 responden (60%) yang tidak memilih butiran soalan ini kerana mereka tidak pasti bahawa setiap sektor perkerjaan itu lebih mengutamakan Sijil STPM ataupun Sijil Asasi dan Matrikulasi. Selain itu, soalan kelima menunjukkan bahawa penuntut Tingkatan Enam yang berjaya memperoleh 3.00 ke atas sudah dikira sebagai memuaskan pointer yang diperlukan untuk memasuki ke universiti awam. Seramai 10 responden (33.3%) memilih butiran soalan berikut. Kebanyakan penuntut lepasan STPM mempunyai peluang yang amat tinggi untuk menyambung pembelajaran ke IPTA. Hal ini kerana adanya kouta khusus untuk pelajar lepasan STPM yang disediakan oleh pihak IPTA untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Akan tetapi seramai 20 responden (66.6%) yang tidak memilih butiran soalan ini
  • 22. 001002-07-0032 22 kerana pointer yang minimum seperti 2.80 juga masih berpeluang dapat untuk memasuki ke universiti awam. Akhir sekali, butiran soalan keenam menunjukkan laluan Tingkatan Enam (tempoh 1 ½ tahun) adalah lebih menjimatkan masa. Seramai 24 responden (80%) yang memilih butiran soalan berkenaan. Hal ini kerana, mereka mendapat pendedahan mengenai tempoh pembelajaran yang perlu diambil di Tingkatan Enam lebih singkat berbanding di peringkat Diploma. Akan tetapi seramai 6 responden (13.3%) yang tidak memilih butiran soalan ini kerana mereka berpendapat bahawa mereka kurang maklumat berkaitan laluan ke Tingkatan Enam dapat menjimatkan masa mereka. Kesimpulannya, terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh penuntut yang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Oleh itu, kelebihan penuntut ke Tingkatan Enam ini merupakan sebab para pelajar memilih meneruskan melanjutkan pembelajaran ke Tingkatan Enam. Tegasnya, responden yang memberikan jawapan soal selidik yang diberikan adalah daripada kalangan yang boleh dipercayai yang relevan bagi menyempurnakan tajuk kajian ini. 5.3 Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni adalah pelbagai. Kajian telah dijalankan untuk melihat pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM. Responden akan menandakan dan menulis jawapan dalam borang soal selidik pada ruangan kosong yang disediakan. PERNYATAAN BILANGAN PERATUSAN (%) YA 28 93.3 TIDAK 2 6.7 Jadual 5.3.1 : Laluan kemasukan ke IPT lebih mudah melalui keputusan STPM berbanding matrikulasi (Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
  • 23. 001002-07-0032 23 Rajah 5.3.1: Laluan kemasukan ke IPT lebih mudah melalui keputusan STPM berbanding Matrikulasi (Sumber : Kajian Lapangan, 2021) Pada Jadual 5.3.1 dan Rajah 5.3.1, dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 28 responden (93.3%) yang memilih ‘Ya’ bagi soalan berkenaan dan Kebanyakan responden memilih ‘Ya’ seperti yang mana telah dinyatakan oleh kajian ini dilakukan. Hal ini kerana melalui Tingkatan Enam, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Akan tetapi, seramai 2 responden (6.7%) yang memilih ‘Tidak’ bagi soalan tersebut ini kerana mereka berpendapat bahawa laluan ini dikatakan salah satu laluan yang sukar dan perlu kembali ke sekolah. 93% 7% LALUAN KEMASUKAN KE IPT LEBIH MUDAH MELALUI KEPUTUSAN STPM BERBANDING MATRIKULASI YA TIDAK
  • 24. 001002-07-0032 24 IPT YANG DIIKUTI BILANGAN PERATUSAN (%) UITM 2 6.7 USM 21 65.5 UM 1 3.7 UMS 2 6.7 UPM 2 6.7 UUM 2 6.7 UMK 2 6.7 Jadual 5.3.2 : IPT yang sedang diikuti dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni ( Sumber : Kajian Lapangan, 2021) Rajah 5.3.2: IPT yang sedang diikuti dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni (Sumber: Kajian Lapangan, 2021) Jadual 5.3.2 dan Rajah 5.3.2 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 2 orang (6.7%) responden iaitu terdiri daripada UITM, 21 orang (63.7%) responden yang terdiri daripada USM, 1 orang (3.7%) reponden terdiri UM, 2 orang (6.7%) responden yang terdiri daripada UMS, 2 orang (6.7%) responden yang terdiri UPM dan 2 orang (6.7%) responden yang terdiri daripada UMK. Kebanyakan IPT yang dikuti oleh responden terdiri daripada USM 0 5 10 15 20 25 IPT YANG DIIKUTI UITM USM UM UMS UPM UMK
  • 25. 001002-07-0032 25 hal ni kerana tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. BIDANG SARJANA MUDA YANG DIPOHON BILANGAN PERATUSAN (%) PERAKAUNAN 11 36.7 PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 3 10 KEMANUSIAAN 2 6.7 SAINS SOSIAL 5 16.7 PERNIAGAAN 2 6.7 PENDIDIKAN 5 16.7 UNDANG-UNDANG SYARIAH 1 3.3 TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT 1 3.3 Jadual 5.3.3: Bidang yang dipohon ke IPT (Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
  • 26. 001002-07-0032 26 Rajah 5.3.3: Bidang yang dipohon ke IPT ( Sumber : Kajian Lapangan, 2021) Berdasarkan kajian di atas yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 5.3.3 dan Rajah 5.3.3 kebanyakan responden yang memohon bidang pengajian tinggi ke IPT ialah Jurusan Perakaunan dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 11 orang (36.7%) responden yang memohon bidang ke IPT terdiri daripada Jurusan Perakaunan, 3 orang (10%) responden yang terdiri daripada Pengajian Psikologi dan Kaunseling, 2 orang (6.7%) responden terdiri Pengajian Kemanusiaan, 5 orang (16.7%) responden yang terdiri daripada Pengajian Sains Sosial, 2 orang (6.7%) responden yang terdiri daripada Pengajian Perniagaan, 5 orang (16.7%) responden yang terdiri daripada Pengajian Pendidikan, 1 orang (3.3%) yang terdiri daripada Pengajian Undang-undang syariah dan 1 orang (3.3%) yang terdiri daripada Pengajian Teknologi dan Maklumat. Kesimpulannya, jurusan perakaunan menjadi pilihan kepada ramai pelajar kerana peluang kerjaya dalam jurusan tersebut sangat luas di Malaysia. 0 2 4 6 8 10 12 BIDANG YANG DIPOHON KE IPT PERAKAUNAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KEMANUSIAAN SAINS SOSIAL PERNIAGAAN PENDIDIKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT
  • 27. 001002-07-0032 27 SEBAB MEMILIH KURSUS BILANGAN PERATUSAN (%) BIDANG YANG SANGAT MENCABAR KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL 12 40 BIDANG INI AKAN MENAWARKAN PEKERJAAN YANG SANGAT LUAS 8 26.7 SANGAT BERMINAT 10 33.3 Jadual 5.3.4: Sebab memilih kursus berkenaan ( Sumber: Kajian Lapangan, 2021) Rajah 5:3:4: Sebab memilih kursus berkenaan (Sumber: Kajian Lapangan, 2021) Pada Jadual 5.3.4 dan Rajah 5.3.4 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 12 orang (40%) responden yang memilih bidang yang sangat mencabar kekuatan fizikal dan mental bagi soalan berkenaan, 8 orang (26.7%) responden yang memilih bidang ini akan menawarkan pekerjaan yang sangat luas dan manakala 10 orang (33.3%) responden yang 40% 27% 33% SEBAB MEMILIH KURSUS MENCABAR KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL MENAWARKAN PEKERJAAN YANG SANGAT LUAS SANGAT BERMINAT
  • 28. 001002-07-0032 28 memilih sangat berminat bagi soalan tersebut kerana ia dapat menguatkan kecerdasan akal dan minda bagi menahan cabaran yang akan datang sekiranya ditempuh berbagai-bagai dugaan. Hal ini juga akan menyebabkan mereka tidak akan berasa lemah dalam menghadapi situasi yang amat mencabar dan susah seperti menyiapkan dua kerja kursus bagi dua subjek pada masa yang sama dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. BIDANG SARJANA MUDA YANG DIPOHON BILANGAN PERATUSAN (%) PERAKAUNAN 11 36.7 PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 3 10 KEMANUSIAAN 2 6.7 SAINS SOSIAL 5 16.7 PERNIAGAAN 2 6.7 PENDIDIKAN 5 16.7 UNDANG-UNDANG SYARIAH 1 3.3 TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT 1 3.3 Jadual 5.3.5: Kursus yang ditawarkan (Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
  • 29. 001002-07-0032 29 Rajah 5.3.5: Kursus yang ditawarkan ( Sumber : Kajian Lapangan, 2021) Pada Jadual 5.3.5 dan Rajah 5.3.5 Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden yang memohon IPT, 11 responden (36.7%) yang terdiri daripada Jurusan Perakaunan, 3 responden (10%) yang terdiri daripada Pengajian Psikologi dan Kaunseling, 2 (6.7%) reponden terdiri Pengajian Kemanusiaan, 5 responden (16.7%) yang terdiri daripada Pengajian Sains Sosial, 2 responden (6.7%) yang terdiri daripada Pengajian Perniagaan, 5 responden (16.7%) yang terdiri daripada Pengajian Pendidikan, 1 responden (3.3%) yang terdiri daripada Pengajian Undang-undang syariah dan 1 responden (3.3%) yang terdiri daripada Pengajian Teknologi dan Maklumat. Kebanyakan responden yang mendapat tawaran terdiri daripada Jurusan Perakaunan. Hal ini dilakukan kerana untuk mengkaji kursus yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. 0 2 4 6 8 10 12 KURSUS YANG DITAWARKAN PERAKAUNAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KEMANUSIAAN SAINS SOSIAL PERNIAGAAN PENDIDIKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT
  • 30. 001002-07-0032 30 TEMPOH PENGAJIAN BILANGAN PERATUSAN (%) 2 TAHUN 2 6.7 3 TAHUN 19 63.3 4 TAHUN 9 30 5 TAHUN KE ATAS - - Jadual 5.3.6 : Tempoh Pengajian (Sumber: Kajian Lapangan, 2021) Rajah 5.3.6: Tempoh Pengajian (Sumber: Kajian Lapangan, 2021) Jadual 5.3.6 dan Rajah 5.3.6. dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 2 orang (6.7%) responden tempoh pengajian selama daripada 2 Tahun, 19 orang (63.3%) responden tempoh pengajiannya selama daripada 3 tahun, 9 orang (30%) reponden tempoh pengajian terdiri daripada 4 tahun dan tiada tempoh pengajian responden yang terdiri daripada 5 tahun ke atas. Tempoh pengajian responden kebanyakan terdiri daripada 3 tahun tempoh pengajian kerana tujuan kajian dilakukan untuk mengkaji tempoh pengajian kepada lepasan 7% 63% 30% TEMPOH PENGAJIAN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN KE ATAS
  • 31. 001002-07-0032 31 STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Tempoh pengajian ini sudah tentu ia berkaitan dengan kos pengajian, secara majoritinya semakin lama pengajian maka semakin meningkat kos pengajian. Hal ini kerana kos-kos penginapan, makanan, yuran pengajian dan banyak lagi akan meningkat. Perancangan yang rapi perlu untuk seorang pelajar untuk meneruskan pengajian dengan kerap bertanya kepda kaunselor kerjaya atau mereka yang telah menghabiskan pengajian. SOALAN BILANGAN PERATUSAN (%) SANGAT PUAS HATI 9 30 PUAS HATI 20 66.7 TIDAK PUAS HATI - - SANGAT TIDAK PUAS HATI 1 3.3 Jadual 5.3.7 : Berpuashati dengan kursus yang ditawarkan ( Sumber: Kajian Lapangan, 2021)
  • 32. 001002-07-0032 32 Rajah 5.3.7: Berpuashati dengan kursus yang ditawarkan (Sumber: Kajian Lapangan, 2021) Jadual 5.3.7 dan Rajah 5.3.7 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 9 orang (30%) responden terdiri daripada Sangat Puas Hati, 20 orang (66.7%) responden terdiri daripada Puas Hati, tiada responden yang terdiri daripada Tidak Puas Hati dan 1 orang (3.3%) responden terdiri daripada Sangat Tidak Puas Hati. . Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 5.3.7 dan Rajah 5.3.7. Kebanyakan responden ini mereka puas hati terhadap bidang yang ditawarkan oleh IPT. PERNYATAAN BILANGAN PERATUSAN (%) 2.00-2.49 9 13.3 2.50-2.99 5 16.7 3.00-3.49 11 36.7 3.50-4.00 10 33.3 Jadual 5.3.8 : Keputusan STPM pelajar 30% 67% 0% 3% BERPUASHATI DENGAN KURSUS YANG DITAWARKAN SANGAT PUAS HATI PUAS HATI TIDAK PUAS HATI SANGAT TIDAK PUAS HATI
  • 33. 001002-07-0032 33 ( Sumber: Kajian Lapangan, 2021) Rajah 5.3.8: Keputusan STPM pelajar (Sumber: Kajian Lapangan, 2021) Jadual 5.3.8 dan Rajah 5.3.8 dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 9 orang (13.3%) responden terdiri daripada mereka yang mendapat Keputusan STPM 2.00-2.49, 5 orang (16.7%) responden terdiri daripada Keputusan STPM 2.50-2.99, 11 orang (36.7%) responden yang trdiri daripada Keputusan STPM 3.00-3.49 dan 10 orang (33.3%) responden terdiri daripada Keputusan STPM 3.50-4.00. Kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang mendapat Keputusan STPM 3.00-3.49 kerana tujuan kajian dilakukan untuk mengkaji keputusan pelajar kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Kesimpulannya, pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni menunjukkan bahawa majoriti bersetuju bahawa laluan memasuki ke Tingkatan Enam adalah lebih tinggi ke IPT berbanding laluan Matrikulasi. 26% 14% 31% 29% KEPUTUSAN STPM PELAJAR 2.00-2.49 2.50-2.99 3.00-3.49 3.50-4.00
  • 34. 001002-07-0032 34 6.0 Rumusan Tajuk “Kepercayaan guru dan pelajar tingkatan enam terhadap peluang untuk memasuki ke IPT melalui keputusan STPM adalah lebih tinggi berbanding Matrikulasi dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni”. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian tinggi di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Kolej Tingkatan Enam Desa Murni dipilih sebagai lokasi kajian kerana lokasi tersebut dan memudahkan kajian dilaksanakan. Hasil kajian mendapati bahawa, terdapat 30 orang responden yang menjawab soal selidik kajian ini yang terdiri daripada guru dan pelajar yang merupakan tempat pengkaji. Secara keseluruhannya, instrument yang digunakan dalam kajian ini melibatkan borang soal selidik, pemerhatian dan kepustakaan bagi mendapatkan data yang boleh menjawab persoalan atau isu yang dikaji. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula adalah secara rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini, setiap pelajar dipilih mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Instrument ini digunakan untuk mengumpul data bagi menjawab persoalan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Kajian ini juga dijalankan menerusi atas talian seperti pengedaran borang soal selidik dengan menggunakan google form lampiran 1 yang bertujuan untuk mengelakan penyebaran wabak Covid-19 daripada merebak dengan lebih banyak. Segala data yang diperoleh daripada soal selidik dan temu bual telah dianalisiskan mengikut peratus bilangan responden dan dipamerkan dalam bentuk graf dan jadual. Bagi memastikan kajian ini dijalankan dengan lancar, beberapa kaedah seperti pemerhatian, kaedah kepustakaan, kaedah temubual, dan kaedah soal selidik telah digunakan. Kaedah kepustakaan digunakan bagi mendapat maklumat tentang sebab pelajar memilih menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. Kaedah seperti pemerhatian dilakukan di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, hal ini telah dapat mengelakkan pemerhatian tunggal. Masa pemerhatian dibuat secara rawak dan hasil pemerhatian telah dicatat. Dapatan kajian bagi objektif pertama menunujukkan bahawa majoriti pelajar KTEDM memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam. Hal ini kerana pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh penuntut yang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Oleh itu, antara
  • 35. 001002-07-0032 35 kelebihan penuntut ke Tingkatan Enam adalah peluang ke IPTA lebih cerah, tempoh pengajian setahun setengah, yuran murah, dan banyak lagi ini merupakan sebab para pelajar memilih meneruskan melanjutkan pembelajaran ke Tingkatan Enam. Manakala dapatan kajian bagi objektif kedua ini adalah untuk mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni menunjukkan bahawa majoriti bersetuju melalui ke Tingkatan Enam adalah laluan kemasukan ke IPT lebih tinggi. Tegasnya, responden yang memberikan jawapan soal selidik yang diberikan adalah daripada kalangan yang boleh dipercayai dan relevan bagi menyempurnakan tajuk kajian ini. Kesimpulannya, Tingkatan Enam merupakan salah satu jalan pintas masuk ke IPT di samping Matrikulasi dan Asasi. Hal ini kerana menyambung pengajian ke Tingkatan Enam dapat memberikan banyak peluang dan ruang untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem pendidikan di negara ini. Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai cabaran itu terdapat peluang yang perlu diraih oleh para pelajar Tingkatan Enam dalam sistem pendidkan. Tingkatan Enam adalah katalisator dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti dijadikan saluran perdana ke IPTA serta mendapat jaminan yang telah ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 36. 001002-07-0032 36 7.0 Rujukan Afterschool.my (2016). Buku Panduan Masuk Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bantu Pelajar Buat Pilihan Yang Tepat. Dicapai 29 Mei 2021, dari https://afterschool.my/bm/berita/buku-panduan-masuk-ke-institut-pengajian-tinggi-ipt-bantu- pelajar-buat-pilihan-yang-tepat Cikgu Hailmi (2015). 12 Kelebihan Masuk Tingkatan Enam. Dicapai Jun 2, 2021, dari https://www.cikguhailmi.com/2015/03/12-kelebihan-masuk-tingkatan-6.html?m=1 Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Gardnner, Cunningham el,al (2015). Definsi Kepercayaan. Dicapai Jun 2, 2021, dari https://www.slideshare.net/rzwlh/.kepercayaan-guru-48597890 Laman Web Google Maps. Dicapai pada Jun 9, 2021 dari https://www.google.com.my/maps/@5.4559747,100.429888,14 Nurazwa Saleh (2015). Kepercayaan guru. Dicapai pada Mei 29, 2021, dari https://www.slideshare.net/rzwlh/kepercayaan-guru-48597890 Tn. Hj. Md Lasa bin Yahya, Sumaiyah Maisarah dan Sara Fieya, 2021. Nota Minda & Lembaran Praktis Pengajian Am. Cetakan Pertama 2021. Selangor: Local Publications (M) Sdn Bhd UPU.editor (2020). Perbezaan Tingkatan Enam, Asasi dan Diploma. Dicapai Jun 2, 2021, dari https://www.upuonline.com/beza-tingkatan-6-asasi-diploma.jsp
  • 37. 001002-07-0032 37 8.0 Lampiran BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS PENGAJIAN AM MELALUI GOOGLE FORMS TAJUK: KEPERCAYAAN GURU DAN PELAJAR TINGKATAN ENAM TERHADAP PELUANG UNTUK MEMASUKI KE IPT MELALUI KEPUTUSAN STPM ADALAH LEBIH TINGGI BERBANDING MATRIKULASI DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI  Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus untuk matapelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik untuk mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi dan mengkaji pusat pengajian tinggiyang ditawarkan kepada lepasan STPM dalam kalangan pelajar Kolej Tingakatn Enam Desa Murni. BAHAGIAN A : DEMOGRAFI ARAHAN: Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang berkenaan. 1. Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( ) 2. Kaum: Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain ( ) 3. Pekerjaan: Guru ( ) Pelajar ( )
  • 38. 001002-07-0032 38 BAHAGIAN B: Mengenalpasti sebab pelajar memilih menyambung pengajian di Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi. Arahan: Sila jawab soalan bahagian B dengan menandakan ( / ) pada ruang yang disediakan. BIL PERNYATAAN Tanda (/) 1 Tingkatan Enam adalah jalan pintas ke universiti 2 Pembelajaran mengikut konsep semester universiti 3 Pelajar lepasan STPM dan setaraf ditawarkan tempat untuk melajutkan pengajian peringkat ijazah muda di 20 universiti awam 4 Sijil STPM boleh digunakan memohon kerja di sektor awam dan swasta berbanding dengan Sijil Matrikulasi 5 Jika berjaya memperolehi 3.00 ke atas sudah dikira sebagai memuaskan pointer yang diperlukan untuk memasuki ke universiti awam. 6 Melalui laluan Tingkatan Enam (tempoh 1 ½ tahun) adalah lebih menjimatkan masa BAHAGIAN C: Mengkaji pusat pengajian tinggi yang ditawarkan kepada lepasan STPM Kolej Tingakatn Enam Desa Murni. Arahan: Sila jawab soalan bahagian B pada ruang yang disediakan. 1. Anda mempercayai bahawa laluan kemasukan ke IPT lebih mudah melalui keputusan STPM berbanding asasi dan matrikulasi? ( ) YA ( ) TIDAK 2. Nyatakan IPT yang sedang diikuti? __________________________________________________________________. 3. Nyatakan bidang kursus yang dipohon? __________________________________________________________________. 4. Sebab memilih kursus berkenaan ( ) bidang yang sangat mencabar kekuaatan fizikal dan mental ( ) bidang ini akan menawarkan pekerjaan yang sangat luas ( ) sangat berminat
  • 39. 001002-07-0032 39 5. Nyatakan kursus yang ditawarkan? ___________________________________________________________________. 6. Tempoh pengajian ( ) 2 Tahun ( ) 3 Tahun ( ) 4 Tahun ( ) 5 Tahun ke atas 7. Adakah anda berpuashati dengan kursus yang ditawarkan? ( ) sangat puas hati ( ) puas hati ( ) tidak puas hati ( ) sangat tidak puas hati 8. Nyatakan keputusan STPM anda ( ) 2.00 – 2.49 ( ) 2.50 – 2.99 ( ) 3.00 – 3.49 ( ) 3.50 – 4.00