1. ULASAN BLOG
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN
ELEKTRONIK DAN WEB
NAMA
IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN
NO MATRIKS
M20121000502
PENSYARAH
PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF B HJ GAPOR
TARIKH SERAHAN
30 NOVEMBER 2013
2. 1.0
Pengenalan
Menurut Wikipedia, Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk,
umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih
sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan
pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan
para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang
utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun
sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau
audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.”
2.0
Pengertian Blog
Istilah asal Blog adalah Weblog, istilah ini pertama kali digunakan oleh “Jorn Barger”
pada bulan Disember tahun 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut
kelompok website peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan berisi pautan-pautan
ke laman web yang lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komen-komen mereka
sendiri.
Secara umumnya, Weblog dapat dirangkum sebagai kumpulan laman web peribadi yang
membolehkan para pembuatnya menampilkan berbagai jenis isi pada web dengan mudah seperti
hasil karya mereka, kumpulan pautan-pautan internet, dokumen-dokumen, gambar ataupun
multimedia. Para pembuat blog ini sering di sebut dengan nama Blogger. Melalui blognya
keperibadian Blogger menjadi begitu mudah dikenali berdasarkan topik apa yang disukai, apa
tanggapan terhadap pautan-pautan yang di pilih dan isu-isu di dalamnya kerana itu blog bersifat
sangat personal. Blog juga digunakan sebagai medium perniagaan, mendapat maklumbalas,
berkongsi idea dan bertukar maklumat.
3.0
Wordpress
Terdapat pelbagai platform blog di internet, contohnya, blogspot, joomla, multiply dan
WordPress merupakan salah satu dari platform blog yang ada. WordPress adalah laman web
yang sangat popular dan mempunyai jumlah pengguna terbesar di seluruh dunia, disusuli oleh
blogspot. Ini kerana cara penggunaanya sangat mudah, menarik dan mesra pengguna serta ia
3. muncul dengan cepat di search engine. Saya juga menggunakan platform WordPress dalam
pembinaan blog saya ini.
4.0
Ulasan Blog
Blog saya adalah blog yang bersifat santai dan mesra pengguna. Saya menggunakan
platform WordPress seperti yang disarankan oleh Prof Madya Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji
Gapor. Saya mendapati WordPress ini sangat menarik berbanding platform blogspot walaupun
pada mulanya agak sukar untuk saya memulakannya. Di atas tunjuk ajar pensyarah bagi subjek
KPT 6044, iaitu Prof Madya Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji Gapor dan nota-nota yang dibekalkan
oleh beliau serta tunjuk ajar rakan-rakan, saya berjaya membangunkan blog saya
menggunakan
platform
WordPress
ini.
Alamat
blog
saya
ialah
http://idanorini.wordpress.com/ dan dari beratus tema percuma dan berbayar yang terdapat
di dalam
WordPress, saya memilih tema Matala secara percuma. Tema ini sangat
menarik dan mempunyai dua panel untuk saya memasukkan widget.
Rajah 1: Pengurusan Tema
4. 4.1
Keterangan Menu
Blog ini mempunyai 16 halaman (pages) kesemuanya yang terdiri daripada 1
halaman pos (post). Berdasarkan kepada struktur menu di bawah, terdapat 6 item utama
dan 10 pecahan sub-item. Item utama dan sub itemnya ialah:
1. Home
2. Wordpress
3. KPT 6044
i) Apa itu e-pembelajaran
ii) Blendspace
iii) Artikel dari TOJET
iv) Persembahan Power Point
v)
Rakaman You Tube
vi) Kajian Tinjauan
vii) Penilaian Kendiri
viii) Ulasan Blog
4. Sudut Ilmu
(i) Animasi Mudah
(ii) Drawing using MS Paint
5. Motivasi
6. Homestay Ida
5. Rajah 2: Struktur Menu
Merujuk kepada paparan utama blog saya di bawah ini, terdapat 6 halaman utama
di dalam blog ini iaitu Utama, Wordpress, KPT 6044, Sudut Ilmu, Motivasi dan
Homestay Ida.
Rajah 3: Paparan Utama Blog http://idanorini.wordpress.com/
6. 4.2
Keterangan Blog
Di dalam halaman home, terdapat pautan dari akaun Evernote saya dan turut
dikongsikan ke Wordpress (Rajah 5). Saya juga menggunakan aplikasi Wordpress for
Android di mana saya menggunakan telefon yang turut dimuat turun aplikasi Wordpress
ini.
Rajah 4: Aplikasi Wordpress dan Evernote dari Android
Rajah 5: Pautan dari Aplikasi Evernote ke Wordpress
Pada
halaman
WordPress
http://learn.wordpress.com/get-started/
pula,
saya
untuk
memberi
memberi
pautan
manfaat
ke
kepada
pengunjung blog saya bagaimana untuk memulakan akaun WordPress. Saya turut
belajar untuk membina laman web dari aplikasi WordPress ini dari nota tersebut.
7. Sebuah video tutorial yang menerangkan langkah membina akaun WordPress turut
dimasukkan ke dalam halaman ini.
Pada Rajah 6 di bawah, terdapat 8 sub-item di dalam halaman KPT 6044 di
mana saya memasukkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang telah
dimuatnaik ke dalam SlideShare dan YouTube. Rajah 7 dan 8 di bawah
menunjukkan contoh tugasan yang dimasukkan ke halaman KPT 6044.
Rajah 6: Paparan Sub-Item
Rajah 7: Contoh Tugasan dari SlideShare
8. Rajah 8: Contoh Tugasan dari YouTube
Pada halaman Sudut Ilmu, saya turut berkongsi ilmu dengan pengunjung blog
tutorial membuat animasi mudah menggunakan perisian MS Paint dan Movie Maker.
Video tutorial ini dirakam sendiri menggunakan perisian Webinaria ini dan dimuatnaik
ke dalam YouTube. Terdapat juga video tutorial melukis menggunakan MS Paint dari
pengguna YouTube yang lain. Halaman Motivasi pula saya memasukkan kata-kata
motivasi dalam bentuk grafik yang menarik untuk dikongsi bersama
WordPress juga turut digunakan sebagai medium perniagaan, oleh itu saya turut
mempromosikan kemudahan homestay saya yang terletak di Sunway City Ipoh. Panel di
sebelah
kanan,
saya
memasukkan
widget
imej
dan
akan
dipautkan
ke
www.homestayida.blogspot.com apabila imej itu diklik (Lihat Rajah 9). Selain dari itu,
saya turut memasukkan Butang Cari, Kalendar, Pos Terkini dan Senarai Blog yang saya
ikuti pada panel kanan blog ini.
Rajah 9: WordPress sebagai Medium Perniagaan
9. 5.0
Penutup
Pembinaan blog menggunakan aplikasi Wordpress ini memberikan saya satu pengalaman
baru kepada saya dan Insyaallah saya akan menggunakan platform ini untuk dikongsi bersama
segala ilmu dan maklumat kepada pengunjung blog saya. Walaupun pada mulanya agak sukar
untuk saya memulakannya, tetapi lama-kelamaan timbul rasa seronok untuk menjadikannya
lebih menarik dan mesra pengguna. Diharapkan blog ini memberi manfaat kepada semua dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Prof Madya
Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji Gapor serta rakan-rakan dalam member tunjuk ajar dalam
pembinaan blog ini.
10. 5.0
Penutup
Pembinaan blog menggunakan aplikasi Wordpress ini memberikan saya satu pengalaman
baru kepada saya dan Insyaallah saya akan menggunakan platform ini untuk dikongsi bersama
segala ilmu dan maklumat kepada pengunjung blog saya. Walaupun pada mulanya agak sukar
untuk saya memulakannya, tetapi lama-kelamaan timbul rasa seronok untuk menjadikannya
lebih menarik dan mesra pengguna. Diharapkan blog ini memberi manfaat kepada semua dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Prof Madya
Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji Gapor serta rakan-rakan dalam member tunjuk ajar dalam
pembinaan blog ini.