SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  32
UNTUK MENGENALPASTI SAMA ADA SUSUN ATUR MEJA DI
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DAPAT MENINGKATKAN MINAT DAN
PEMBELAJARAN BERKUMPULAN MURID
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel
kemahiran hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid
oleh murid Tahun 4 Unggul di dalam bilik Kemahiran Hidup. Seramai 21 orang
murid Tahun 4 Unggul, Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Johor dan seorang guru
dalam bidang Kemahiran Hidup terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui pemerhatian, temubual dengan guru yang mengajar dan ujian
pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak berminat dengan pembelajaran semasa
berada di dalam bilik Kemahiran Hidup kerana tidak selesa, penglihatan mereka
tidak jelas dan pembelajaran berkumpulan kurang berbanding individu. Perancangan
tindakan difokuskan untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel
kemahiran hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid.
Murid telah didedahkan kepada beberapa set susunan meja iaitu Set A, Set B dan Set
C serta kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan
pemerhatian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam minat dan
pembelajaran berkumpulan di dalam bilik Kemahiran Hidup. Dapatan soal selidik
pula menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok belajar dengan
susun atur meja Set C yang lebih berkesan kepada murid dan guru.
TO IDENTIFY WHETHER THE TABLE LAYOUT LIFE SKILLS
WORKSHOP CAN IMPROVE STUDENT INTEREST AND LEARNING
GROUP
ABSTRACT
This study was conducted to determine whether the table layout in life skills
workshops to enhance students' interest and group learning by pupils in Year 4 Ideal
Life Skills room. A total of 21 pupils in Year 4 Superior, National School Ditch No.
5, Johor and a teacher in the area of Life Skills involved in this study. Initial survey
was conducted through observations, interviews with teachers and pre-test. The
survey findings show students are not interested in learning while in the Life Skills
room because of discomfort, their vision is not clear and group learning less than
individuals. Focused action plans to determine whether the table layout in life skills
workshops to enhance students' interest and group learning. Students were exposed
to some set of table arrangement of Set A, Set B and Set C, and the study was
completed in a period of 4 weeks. Results of observational studies have shown an
increase in student achievement and interest in group learning Life Skills room. The
findings of the questionnaire showed that more students remember, understand and
fun to learn to set the table layout C is more effective to students and teachers.
1.0 Pendahaluan
1.1 Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digubal atas rasional bahawa
aktiviti pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan asas
yang melibatkan tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M ) .
Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi
perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. KBSR juga dirancangkan
untuk memberi setiap murid peluang yang sama untuk mendapat kemahiran,
pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Murid-murid juga
diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat
dan daya kreatif mereka.
Oleh itu, Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam
kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ianya dirancang untuk
membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai
kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan.
Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi
dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu
untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.P&P dalam kemahiran hidup
membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah
masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan
perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara
tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi
dalam kehidupan.
Falsafah Pendidikan Negara menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek . Insan yang sedemikian akan
menjadi seorang warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Sehubungan itu, Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dibentuk sebagai kesinambungan
daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan menitikberatkan
pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, peningkatan daya intelek,
penguasaan kemahiran belajar, pemupukan dan penerapan nilai, penguasaan dan
penggunaan Bahasa Melayu serta kesepaduan pengalaman pembelajaran .
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Sewaktu menjalani praktikum saya yang lepas, saya telah mengenal pasti pelbagai
masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti, masalah emosi (5%),
masalah akademik (25%), masalah sosial (10%) dan masalah salah laku ( 60%).
Jumlah murid yang ramai dalam satu kelas bercampur yang mempunyai tahap
kebolehan murid yang berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang) sememangnya
memberi satu masalah yang besar kepada saya dalam memastikan segala isi
pengajaran yang disampaikan diterima oleh sejumlah murid yang ramai dalam satu
masa serentak. Ini kerana, saya tidak dapat memfokuskan pengajaran kepada setiap
peringkat kebolehan murid.
Justeru itu,saya telah memfokuskan masalah yang berlaku kepada murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Murid-murid
mengalami masalah untuk mengingati dan memahami konsep-konsep, teori-teori
mahupun setiap fungsi-fungsi komponen yang telah dijelaskan. Kegagalan murid-
murid untuk berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dapat menguasai
sepenuhnya setiap sub topik yang mereka telah pelajari sekaligus murid-murid
menunjukkan reaksi bosan ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Masalah
ini telah dikenal pasti ketika proses pengukuhan yang diberikan semasa di akhir
pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran yang
diharapkan kerana terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat menjawab soalan
pada lembaran kerja dengan tepat. Tindakan ini menunjukkan mereka tidak faham
dan sekaligus memberikan kesan buruk kepada mereka kelak pada waktu
peperiksaan yang akan datang. Untuk mengenalpasti murid yang bermasalah, saya
akan berjumpa murid-murid tersebut untuk berbincang.
Melalui sesi temubual, saya akan cuba mengenalpasti dan mencari punca kepada
pembawaan masalah itu. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah
pemerhatian. Saya akan membuat kajian tindakan berkaitan susunan meja di dalam
bengkel Kemahiran Hidup ke atas murid Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Muar,
Johor iaitu sebuah sekolah di daerah Muar. Saya telah memilih darjah 4 Unggul yang
seramai 21 orang sebagai sampel kajian saya. Isu yang hendak dikaji ialah
kebekersanan pengajaran dan pembelajaran jika susunan meja di bengkel Kemahiran
Hidup diubah. Pemerhatian di lakukan semasa kelas Kemahiran Hidup berlangsung.
Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian
sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai objektif
dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan guru
mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik Kemahiran
Hidup bagi kelas berkenaan.
Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan
setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian
pelajaran Kemahiran Hidup kelas 4 Unggul amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk
menaikkan prestasi pelajar kami merangka satu pelan tindakan yang bernama ‘Meja
Demonstrasi’ supaya murid 4 Unggul meminati untuk belajar matapelajaran
Kemahiran Hidup iaitu dengan menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran-
kemahiran dalam elektrik, kayu, logam, pertanian, jahitan dan perniagaan.
Selama lapan minggu berpratikum, saya cuba mempelbagaikan kaedah pengajaran
saya seperti menjalankan demontrasi, menunjukkan video, simulasi lakonan dan
sebagainya namun masih ada murid yang gagal memberi tumpuan sepenuhnya
semasa saya mengajar. Saya dapat mengesan murid kurang memberi perhatian
apabila saya melaksanakan aktiviti penilaian. Murid yang dipilih secara rawak di
bahagian hadapan bengkel dapat menjawab soalan penilaian tersebut tetapi murid
yang berada di bahagian belakang adalah sebaliknya. Jika perkara ini tidak
diperbetulkan, nescaya terdapat lebih ramai murid akan tercicir dalam subjek
Kemahiran Hidup ini. Kemerosotan pencapaian sekolah akan memberi impak yang
besar kepada sekolah walaupun ada sesetengah pihak berpendapat subjek Kemahiran
Hidup tidak penting kerana tidak dimasukkan di dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR).
1.3 Refleksi nilai pendidikan
Perlukah saya mengulang semula apa yang telah saya ajar kepada mereka? Adakah
cara saya mengajar selama ini tidak membantu murid tersebut terutama yang berada
di bahagian belakang? Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peratus
pencapaian mereka? Apabila saya cuba membincangkan perkara ini dengan guru-
guru sekolah, ada guru yang berpendapat bahawa kedudukan murid tersebut banyak
mempengaruhi pencapaian mereka. Justeru itu, tindakan yang terbaik bagi saya ialah
merombak dan membuat satu pelan tindakan yang boleh diguna pakai dalam
membantu murid mencapai kecermelangan dalam subjek Kemahiran Hidup. Saya
telah membuat keputusan akan membuat satu kajian berkaitan kedudukan murid
mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran lalu memberi
impak positif dalam pencapaian keputusan peperiksaan mereka.
2.0 Fokus kajian
2.1 Isu kajian
2.1.1 Kebolehpentadbiran kajian
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas 4 Unggul
mendapat keputusan ujian Kemahiran Hidup yang sederhana. Semua guru
Kemahiran Hidup boleh melaksanakan kajian ini kerana ianya sesuai untuk setiap
kelas tahap 2. Jika tidak, ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan
sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu
pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar
betapa pentingnya peningkatan pencapaian murid menguasai Kemahiran Hidup.
Kajian melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di Sekolah Kebangsaan
Parit No 5, Jalan yusof, Semerah, Muar.
Selepas sesi pengajaran berakhir, guru akan menyemak lembaran kerja yang
dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap
kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat
menjawab dengan tepat.
Guru di dalam bilik Kemahiran Hidup akan menyusun semula meja dan kerusi
supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik. Penyusunan meja dan kerusi ini
bertujuan untuk melihat perubahan murid. Kedudukan meja bertujuan memberi
keselesaan guru bergerak bebas di sekeliling bengkel. Selain itu, murid akan
merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian apabila guru sentiasa bergerak menuju
kearahnya. Kesannya ialah murid tidak akan bersembang, bermain-main dan
mengantuk semasa guru mengajar di hadapan.
2.1.2 Kepentingan kajian
Sepanjang pengajaran saya yang lepas, banyak masalah salah laku dan masalah
pembelajaran yang diperhatikan melalui tindak tanduk murid-murid. Diantaranya
ialah kelas bising, murid suka bermain, murid cepat bosan,murid tidak dapat
menguasai sesuatu pembelajaran, murid tidak mencapai objektif pengajaran dan
murid-murid kurang berminat untuk belajar. Masalah yang paling katara ialah
mengenai murid-murid yang tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran atau tidak
faham dan akan mengakibatkan murid-murid cepat bosan dengan sesuatu pengajaran
yang disampaikan. Masalah ini di perhatikan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Walaupun subjek ini dilihat lebih kepada
pengajaran melibatkan amali, namun begitu penyampaian teori-teori dan juga
konsep-konsep tidak diabaikan.
Penguasaan teori dan konsep tersebut menjadi kayu ukur untuk guru-guru untuk
menilai tahap kefahaman murid-murid tehadap sesuatu pengajaran yang telah di
sampaikan dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap
kali soalan diajukan kepada murid-murid, mereka tidak dapat menjawabnya dengan
tepat dan memuaskan. Begitu juga ketika menjawab soalan pada lembaran kerja.
Lain pula semasa pembelajaran,murid-murid menunjukan reaksi bosan dan kurang
berminat kepada pengajaran yang disampaikan. Sehubungan dengan masalah
tersebut, saya berpendapat bahawa ia perlu diambil serius dan segera mengambil
langkah mengatasinya. Jika tidak diatasi, masalah ini akan berterusan sampai bila-
bila. Kesan tidak langsung daripada masalah tersebut ialah prestasi murid akan
merosot dari semasa ke semasa dan mengganggu tahap pencapaian semasa ujian dan
peperiksaan.
2.1.3 Kesahan kajian
Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi
mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin
tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu
data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.
Menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen
dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data,
penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan
kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian) yang
digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk
equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis
instrumen).
Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui
sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada
pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati
daripada temu bual dan pemerhatian. Kesahan dalam kajian berbentuk kualitatif
(penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak
hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan.
Tujuan membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin keesahan item-item
(instrumen) agar bersifat;
 Defensibility (dapat dipertahankan– hasil kajiannya tepat dan berguna)
 Accuracy (ketepatan–menjawab persoalan kajian)
 Appropriatetness (kesesuaian– relevan dengan tujuan kajian)
 Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)
 Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan
apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut
boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan
pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian).
2.1.4 Kebolehgunaan kajian
Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana Kemahiran Hidup merupakan
mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana Kemahiran Hidup merupakan
pembelajaran mengenai kemahiran yang boleh di aplikasikan oleh murid dalam
kehidupan harian mereka. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam
persekolahan. Sekiranya murid sudah menguasai kemahiran ini pada peringkat
pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk
mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan
memerlukan pekerja yang mahir dan mempunyai kemahiran yang tersendiri.
2.1.5 Kawalan kajian
Saya akan memfokuskan kajian kami kepada fokus murid semasa penerangan guru
dan tindakan murid di dalam kelas Kemahiran hidup agar murid faham pengajaran
dan pembelajaran guru. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat fokus dalam kelas
sekaligus menyebabkan murid berasa bosan untuk mempelajari Kemahiran Hidup.
Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan Kemahiran Hidup.
Walaupun saya dapat mengesan pelbagai masalah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, saya hanya akan fokuskan kajian saya terhadap susunan
meja murid semasa berada di dalam bengkel. Kedudukan meja sebelum ini tidak
ditentukan, mereka duduk mengikut kumpulan yang ditentukan oleh mereka sendiri
dan hanya duduk dalam kumpulan jantina yang sama saja. Kesannya, murid yang
lemah duduk di bahagian belakang tidak mendapat input yang diberikan oleh guru
sepenuhnya. Antara masalah-masalah yang dikenal pasti selepas pemerhatian dibuat
ialah :
 Murid di yang duduk di meja belakang tidak boleh fokus kerana jarak yang
agak jauh dengan guru.
 Murid di belakang tidak dapat melihat dengan jelas langkah demontrasi guru
apabila melibatkan kerja projek.
 Murid hanya duduk dalam kumpulan jantina yang sama sahaja. Kesannya
ialah kebolehan dalam menjalankan amali tidak sama. Murid lelaki yang
lebih mahir tidak membantu murid perempuan yang kurang mahir.
Contohnya dalam amali pertukangan, murid perempuan tidak dibantu oleh
murid lelaki memandangkan murid lelaki berada di dalam kumpulan lain.
 Murid yang berada di kedudukan hadapan lebih aktif menjawab soalan
dibandingkan dengan murid yang berada di meja belakang.
 Murid yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah berasa mengantuk dan
bosan semasa guru mengajar kerana murid tersebut duduk di meja belakang
dan menganggap guru tidak mempedulikannya.
2.1.6 Kolaborasi kajian
Berdasarkan temubual saya dengan cikgu Kemahiran Hidup, terdapat dua fenomena
yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang sederhana.
Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan semata-mata tetapi
tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati Kemahiran Hidup. Kedua,
disebabkan susunan meja di dalam bengkel Kemahiran Hidup tidak sesuai dan
menyukarkan murid untuk memberikan fokus semasa guru sedang mengajar di
hadapan.
2.1.7 Releven kepada sekolah
Sekolah Kebangsaan Parit No 5 ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di
Johor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan rekod
pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup di salah sebuah kelas di sekolah
berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah
sederhana. Ramai murid yang gagal menguasai beberapa kemahiran dalam projek
kemahiran hidup. Mereka tidak menyedari kepentingan Kemhiran Hidup merupakan
mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas
alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa
di peringkat pengajian tinggi.
Dengan menyusun semula meja bengkel Kemahiran Hidup dengan kedudukan yang
lebih baik. Saya berpendapat bahawa masalah tersebut dapat diselesaikan. Keputusan
pencapaian murid juga dapat ditingkatkan dengan baik sekali.
2.2 Tinjauan literatur berkaitan isu kajian
Objektif kajia Mengikut pandangan Sharifah Alwiyah Alsagoff , tokoh Falsafah
Pendidikan dan Pedadogi Bahasa Melayu, (1986) tiada suatu kaedah penyusunan
meja dan kerusi murid yang tetap. Hal ini bermakna tiada suatu susunan fizikal
sebuah bilik darjah yang khusus untuk seorang guru patuhi. Namun, seorang guru
perlu sentiasa peka dan memahami iklim bilik darjah kelas mereka bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berjalan dengan lancar.
Pengurusan fizikal bilik darjah yang kondusif dapat membawa kepada interaksi iaitu
penyampaian dan pemindahan ilmu yang baik, dapat menyesuaikan aktiviti yang
dijalankan dengan pembelajaran, menjimatkan masa pelaksanaan aktiviti, serta dapat
menyimpan bahan rujukan dan bahan bantu belajar dengan baik. Perlu diingatkan
bahawa seorang murid akan mencontohi sikap gurunya bak kata pepatah guru
kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Justeru, guru hendaklah mengurus
persekitaran bilik darjah dengan sebaiknya. Sikap ini akan menanam nilai murni
tersebut dalam diri murid-muridnya kelak.
Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang
baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini
dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang
terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan untuk
belajar. Beliau juga menekankan aspek pengurusan bilik darjah yang kondusif
melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun tempat
duduk murid-murid dan menyusun alat-alat bantu mengajar. Oleh itu aspek-aspek
yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan.
Antaranya adalah seperti wujudnya guru, sekumpulan pelajar, dan kemudahan-
kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantu mengajar, papan kenyataan,
dan sudut pembelajaran murid perlulah ditekankan.
Penyusunan meja murid secara berkumpulan seperti mana yang dinyatakan oleh
Kamarudin Hj. Husin dalam bukunya Asas Pendidikan 1, Terbitan Longman
Malaysia. Mengikut Gibb (1969) pula, pembelajaran berkumpulan bermaksud
penukaran maklumat, kepakaran, dan keperluan dalam kalangan ahli kumpulan.
Sumbangan daripada setiap ahli kumpulan adalah matlamat utama dalam
pembelajaran berkumpulan sejajar dengan pendapat Jim Murphy dalam bukunya
Teaching Practise Conversations. Beliau menyatakan bahawa salah satu kaedah
untuk mengekalkan tumpuan murid adalah dengan membahagikan murid kepada
pasangan dan kumpulan kecil.
Mengikut Kamarudin Hj Husin dalam bukunya KBSM dan Model-model Pengajaran
Bahasa, pembelajaran berkumpulan dalam kelas KBSR adalah berdasarkan
pencapaian, kebolehan (ability grouping), dan juga berdasarkan minat dan tujuan
sesuatu kumpulan itu didirikan. Bagi kumpulan yang meletakkan murid-murid yang
berpencapaian tinggi dalam akademik, pembelajaran secara kumpulan dapat
meningkatkan lagi kemahiran kognitif mereka kerana mereka telah didedahkan
dengan bahan pengajaran yang lebih mendalam dan tinggi. Sementara bagi kumpulan
yang mempunyai murid-murid yang berpencapaian rendah, bahan pengajaran mereka
akan disesuaikan oleh guru mengikut tahap kognitif mereka. Jadi, mereka dapat
membentuk konsep diri kerana tidak terjejas dengan pertandingan bersama murid-
murid yang lebih baik dalam bidang akademik. Oleh itu, meja dan kerusi murid
hendaklah disusun mengikut kumpulan-kumpulan kecil mengikut kesesuaian guru
setelah membuat penilaian terhadap prestasi dan kebolehan mereka.
Menurut buku ‘Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah’ menyatakan
bahawa aspek psikososial iaitu persekitaran bilik darjah memainkan peranan penting
dalam memupuk minat murid supaya terus belajar. Jika kedudukan bakul sampah
berada di situ, besar kemungkinan akan terdapat sekumpulan murid yang tidak selesa
dengan bau dan keadaan sampah yang berlonggokan. Oleh itu, sudah pastilah murid
tersebut tidak dapat belajar dengan tekun. Justeru, kedudukan bakul sampah perlu
diubah ke bahagian belakang kelas. Mengikut Jim Murphy pula, aspek kebersihan
seperti penghiasan kelas dapat menyediakan keadaan pembelajaran yang selesa
kepada murid-murid di samping membudayakan mereka dengan amalan kebersihan.
Sebagai kesimpulan, seorang guru sewajarnya mempertimbangkan faktor-faktor
pengurusan fizikal bilik darjah yang meliputi ruang kelas, prosedur dan rutin, aktiviti
dan sudut pembelajaran, serta pergerakan dan perjalanan bilik darjah tersebut.
3.0 soalan kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di
bengkel Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran
berkumpulan murid. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan bertujuan untuk:
 Meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan murid di bengkel
Kemahiran hidup
 Meningkatkan minat murid untuk datang awal ke kelas Kemahiran Hidup
 Menggalakkan pembelajaran berkumpulan murid di dalam dan di luar kelas
Kemahiran Hidup.
SOALAN KAJIAN
 Sejauh manakah susunan meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dapat
meningkatkan minat murid-murid untuk subjek Kemahiran Hidup?
 Mengapakah murid-murid sukar untuk mengusai sesuatu tajuk berkaitan teori
dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?
 Apakah punca murid-murid cepat bosan dan kurang berminat dengan topik-
topik berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?
 Tahukan murid-murid mengenai pentingnya mengusai sesuatu tajuk
pembelajaran secara berkumpulan?
4.0 Kumpulan sasaran
Kajian ini akan melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di Sekolah
Kebangsaan Parit No 5, Jalan yusof, Semerah, Muar.
Kelas (Tahap 2)
Bilangan Murid 21 Orang
Murid Lelaki 12 Orang
Murid Perempuan 9 Orang
Jawatan Ketua = Ummair Yamani
Penolong = Al Nur Rozalinda
Pengawas sekolah = Amirul Asyraf
Pengawas pusat sumber = Nani
Prestasi Akademik Terdiri daripada 4 murid cemerlang
11 murid sederhana dan 6 murid
lemah
Umur 10 Tahun.
5.0 Tindakan yang dijalankan
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian,
ujian pra dan pos, dan soal selidik.
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan.
Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan
kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil
bahagian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
5.1.2 Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana minat
dan pembelajaran berkumpulan mereka terhadap subjek Kemahiran Hidup. Item
Ujian Pra merupakan item lembaran kerja topik yang telah di ajar oleh guru
Kemahiran Hidup iaitu Tanaman Hiasan. Selepas saya menyemak jawapan murid,
saya tidak memulangkan kertas jawapan murid dan tidak membincangkan
jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan set susun atur meja yang
berlainan di dalam bilik Kemahiran Hidup dan 5 hari selepas itu saya telah
memberikan lembaran kerja menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra.
Selepas itu saya menukar semula susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup
dan memberikan soalan lembaran kerja kepada murid. Akhir sekali saya menukar
susun atur meja untuk Set yang terakhir dan memberikan lembaran kerja kepada
murid.
5.1.3 Soal selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk
mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan susun atur meja dan pembelajaran
berkumpulan murid semasa berada di dalam kelas Kemahiran Hidup .
Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang mengajar
Kemahiran Hidup untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai set susun atur
meja yang saya perkenalkan.
5.1.4 Akiviti yang dijalankan
LANGKAH 1( mengumpul data murid)
Sebelum kajian dijalankan, saya telah mengumpul beberapa data penting yang
diperlukan untuk bahan kajian saya. Saya akan mengedarkan soal selidik kepada
murid-murid mengenai kafahaman dan minat mereka untuk sesuatu matapelajaran
Kemahiran Hidup ( rujuk lampiran 1), maklumat murid (rujuk lampiran 2 ) dan soal
selidik di kalangan guru-guru ( rujuk lampiran 3)
LANGKAH 2.(membuat pemerhatian terhadap pelajar)
Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa tehadap kelas
yang di jadikan bahan kajian saya. Semasa pengajaran:-
 Saya telah memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
 Mengenalpasti murid yang bermasalah( tidak menumpukan perhatian) dan
mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran 4)
 Memberi soalan(lembaran kerja) berkaitan pembelajaran semasa langkah
penilaian pembelajaran.
 Mengenalpasti tahap keberkesanan murid semasa melihat tunjuk cara guru.
 Mengenalpasti tahap pembelajaran secara berkumpulan murid di dalam bilik
Kemahiran Hidup.
Selepas sesi pengajaran berakhir, saya telah menyemak lembaran kerja yang
dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap
kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat
menjawab dengan tepat.
LANGKAH 3.( melaksanakan kaedah)
Sekali lagi sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan kepada murid-murid. Pada
sesi pengajaran kali ini,saya akan mengubah susunan meja di bilik Kemahiran Hidup
kepada Set A, Set B dan Set C. Saya telah mengaplikasikan kaedah ini secara
maksimum semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi
pengajaran, saya juga akan:-
 Saya telah memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka
tehadap proses pengajaran dan pembelajaran.
 Mengenalpasti bilangan murid yang masih tidak memberi penumpuan dan
mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran 4)
 Memberi soalan (lembaran kerja) berkaitan pembelajaran semasa langkah
penilaian pembelajaran.
Langkah seterusnya dalam menjalankan kajian. Saya telah menyusun semula meja
dan kerusi supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik. Penyusunan meja dan
kerusi ini bertujuan untuk melihat perubahan murid. Kedudukan meja bertujuan
memberi keselesaan guru bergerak bebas di sekeliling bengkel. Selain itu, murid
akan merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian apabila guru sentiasa bergerak
menuju kearahnya. Kesannya ialah murid tidak akan bersembang, bermain-main dan
mengantuk semasa guru mengajar di hadapan.
LANGKAH 4
Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek(murid), saya telah mengumpul semua
data-data dan menyusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang untuk di
analisis. Saya akan memastikan segala data dan pembolehubah-pembolehubah yang
diperlukan mencukupi dan mengikut spesifikasi yang diperlukan.
Instrumen Kajian
Set A
Kabinetsimpanabarang
Gambarajah 1.0 : kedudukan susunan meja Set A
3
2
4
1
Meja Guru
Papan putih
Kabinetsimpanabarang
Rujukan :
1 = kumpulan lemah
2 = kumpulan sederhana
3 = kumpulan cemerlang
4 = kumpulan cemerlang
Set B
Rujukan :
1 = kumpulan lemah
2 = kumpulan sederhana
3 = kumpulan cemerlang
4 = kumpulan cemerlang
4
1
Meja Guru
3
2
Papan putih
Kabinetsimpanabarang
Kabinetsimpanabarang
Meja
Demontrasi
Gambarajah 2.0 : kedudukan susunan meja Set B
Set C
4
1
Meja Guru
3
2
Papan putih
Kabinetsimpanabarang
Kabinetsimpanabarang
Meja
Demontrasi
Meja
demontrasi
Gambarajah 3.0 : kedudukan susunan meja Set C
Rujukan :
1 = kumpulan lemah
2 = kumpulan sederhana
3 = kumpulan cemerlang
4 = kumpulan cemerlang
6.0 Cara pengumpulan data
Bagi mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan, saya telah
menggunakan kaedah cara mengumpul data borang soal selidik, temubual, dan
pemerhatian yang telah diperolehi:-
i. Mengedarkan borang soal selidik mengenai keberkesanan pembelajaran
berkumpulan dan minat murid terhadap subjek Kemahiran Hidup.
ii. Membuat temubual bersama guru kemahiran Hidup mengenai minat dan
pembelajaran murid secara berkumpulan.
iii. Merekodkan markah ujian bulanan murid dalam subjek Kemahiran
Hidup.
iv. membuat pemerhatian mengenai penumpuan murid ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran.
v. Merekod markah untuk setiap lembaran kerja yang diberikan sebelum dan
selepas tindakan di jalankan kepada murid.
7.0 Keputusan/analisis data dan interpretasi
7.1.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati :
 Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru
secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi
menundukkan muka apabila guru menyoal.
 Murid berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat
oleh guru untuk menguji kefahaman dan ingatan pelajar.
 Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan kerana semua
murid telah tahu untuk belajar secara berkumpulan .
 Aktiviti tunjuk cara oleh guru lebih mudah difahami dan diperhatikan oleh
semua murid apabila terdapatnya meja demonstarasi khas di dalam bilik
Kemahiran Hidup.
 Pembelajaran berkumpulan menjadi lebih seronok dan berkesan kepada
semua tahap murid jika murid itu sendiri faham pengajaran dan pembelajaran
yang di sampaikan oleh guru.
 Murid –murid telah kurang untuk melakukan kesalahan tingkah laku di dalam
bilik Kemahiran Hidup seperti berbual dengan kawan, membuat bising dan
selalu ke tandas.
 Murid yang lemah telah dapat bersaing dengan murid yang sederhana di
dalam kelas setelah pembelajaran berkumpulan di amalkan di dalam bilik
Kemahiran Hidup.
7.1.2 Analisis Ujian Pengesanan
Perbandingan pencapaian pelajar dalam pengesanan adalah seperti berikut :
Gred
Kedudukan
meja
Bilangan Pelajar
Pra Set A Set B Set C
A 0 1 3 4
Dapatan Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan terdapat peningkatan dari
segi pencapaian murid. Walaupun masih terdapat murid yang gagal tetapi tiada
seorang pun murid yang mendapat sifar berbanding dengan Ujian Pra di mana 5
orang murid telah mendapat sifar.
Ujian pra ialah ujian sebelum berlakunya sebarang tindakan kajian terhadap murid.
Tujuan ujian ini ialah untuk melihat hasil pembelajaran murid semasa guru mereka
mengajar di dalam kelas. Murid kelas 4 Unggul ini merupakan kelas kedua dan
kebanyakkan muridnya berada dalam ketegori sederhana. Hasil ujian ini
membolehkan saya untuk melihat perubahan pencapaian murid setelah susun atur
meja di dalam bilik Kemahiran Hidup ditukar.
7.1.3 Analisis Soal Selidik
Murid telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan
komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh
pelajar :-
B
C
D
E
Tidak Hadir
2
10
4
2
3
12
3
3
1
1
15
2
1
0
0
17
1
0
0
0
Skala Likert : 1 - ya
2 - tidak
3 - tidak pasti
Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru – guru pula adalah seperti
berikut:
Guru Pendidikan Seni :-
Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan minat dan pembelajaran
berkumpulan murid kerana susun atur meja terancang dan sesuai untuk pembelajaran
secara berkumpulan.
Guru Bahasa Inggeris :
 Satu teknik susun atur meja yang kondusif.
 Penggunaan meja demonstrasi sesuai dan berkesan untuk pembelajaran.
 Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan.
Guru Sains
Susun atur meja ini dapat menambah ingatan dan minat murid di samping dapat
melihat secara menyeluruh dan mengetahui tahap pembelajaran berkumpulan murid
di dalam kelas 4 Unggul.
Skala Ya Tidak Tidak pasti
Item Bilangan murid
1. Adakah anda meminati mata pelajaran Kemahiran
Hidup?
2. Apakah jenis pembelajaran yang diminati oleh anda?
3. BBM ialah Bahan Bantu Mengajar yang digunakan
oleh guru untuk menyampaikan maklumat berkaitan
isi pembelajaran. Jenis BBM yang manakah menarik
minat anda?
4. Adakah susunan meja yang digunakan guru dapat
membantu anda untuk memahami isi pembelajaran?
5. Apakah jenis susunan meja yang dapat membantu
anda memahami sesuatu isi pembelajaran?
6. Adakah anda mengetahui mengenai lembaran kerja?
7. Adakah anda selalu diberikan lembaran kerja semasa
sesi pembelajaran?
8. Adakah anda menghadapi masalah untuk
menyiapkan tugasan pada lembaran kerja?
9. Adakah penggunaan BBM oleh guru dapat
membantu anda menyelesaikan lembaran kerja
tersebut?
10. Apakah perasaan anda sekiranya dapat menjawab
soalan pada lembaran kerja dengan cepat dan betul?
11. Adakah anda menghadapi masalah untuk
menyiapkan tugasan pada lembaran kerja dalam
pembelajaran berkumpulan?
12. Adakah pengajaran secara berkumpulan oleh guru
dapat membantu anda menyelesaikan lembaran kerja
tersebut?
13. Apakah perasaan anda sekiranya dapat duduk dalam
susunan meja yang lama di dalam bilik Kemahiran
Hidup?
14. Adakah anda menghadapi masalah jika
pembelajaran berkumpulan tidak dilaksanakan di
dalam bilik Kemahiran Hidup?
8.0 Rumusan/refleksi selepas dapatan
Pencapaian murid dalam Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan
peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid untuk memahami pengajaran guru
dan pembelajaran secara berkumpulan meningkat setelah susun atur meja di dalam
bilik Kemahiran Hidup di ubah. 10 daripada 21 orang murid 4 Unggul mempunyai
tahap penguasaan yang rendah berbanding yang lain. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa susun atur meja Set C banyak membantu pelajar meningkatkan
keyakinan diri, daya ingatan dan minat terhadap apa yang dipelajari disamping
menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan dengan pembelajaran
secara berkumpulan. Masih terdapat murid yang gagal dalam set A dan Set B kerana
pada hari saya memperkenalkan susun atur meja ada seramai 10 orang murid tidak
hadir ke sekolah kerana hujan lebat. Selain daripada itu ada 4 orang murid 4 Unggul
yang kerap tidak hadir ke sekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal
dalam Ujian Set B. Saya sepatutnya menerangkan dan mempastikan bahawa mereka
harus mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bukan hanya sekadar
mengarahkan mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya juga sepatutnya harus lebih
bertegas terhadap segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa.
Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang murid 4 Gemilang menghantar
SMS meminta saya mengajar kelas mereka. Saya yakin bahawa susun atur Set C
dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Kemahiran
Hidup. Analisis keputusan lembaran kerja tajuk Tanaman Hiasan 4 Unggul
menunjukkan peratus kelulusan murid adalah tinggi berbanding pada sebelum kajian
dijalankan.
9.0 Cadangan kajian seterusnya
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
 Menggunakan susun atur meja Set C untuk pengajaran di dalam kelas.
 Menghias meja kumpulan dengan info berguna agar pembelajaran
berkumpulan menjadi lebih seronok
 Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan meja demonstrasi untuk
memudahkan murid melihat tunjuk cara guru.
 Menjadikan susun atur meja dan suasana bilik Kemahiran Hidup lebih
kondusif untuk murid belajar secara berkumpulan.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar . Semoga hasil
kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata :-
prasarana
GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN
BERERTI
Kondusif
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala
Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kamarudin Hj. Husin &
Kamarul
Azhar. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1994.
Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua,
Petaling
Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi
Baru), Siri
Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.
KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kamarudin Hj Husin. Vinlin Press Sdn
Bhd. Kuala Lumpur . 1989.
Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman
Malaysia Snd. Bhd.
Musa Mohd Hisham, (1997). Penggunaan Bahan Bantu Belajar Dalam Bahasa
Melayu,
dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 3 Mac 2010
Murid dan Alam Belajar untuk PPPRP4T. Chong Lean Keow. Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Selangor. 2008.
Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,
Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa,
Petaling
Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd
Teaching Practise Conversations, Plans, Action, and Performance. Jim Murphy.
Pearson Sdn.
Bhd. Singapore. 2003.
Azmi Yahya Yaccob, Definisi Kurikulum. Dilayari pada 23 Febuari 2010
http://www.scribd.com/doc/262413754/definisi-kokurikulum
Azlan Md Nor, Tesis Bertajuk Pendidikan Era Globalisasi. Dilayari pada 03 mac
2010.
http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/azlan%203mohdMd.%20ali.pdf
Rozelan Mohd, Pembelajaran Masteri. Dilayari pada 23 febuari 2010
http://www.scribd.com/doc/4148111/Pembelajaran-Masteri

Contenu connexe

Tendances

Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguSyafiqah Mohamed Noor
 
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanTips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanMokhzani Fadir
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)nakirah
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Norafsah Awang Kati
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanIzzi Farah
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 

Tendances (20)

Proposal 2013
Proposal 2013Proposal 2013
Proposal 2013
 
Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanTips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Contoh refleksi subjek PJM3112
Contoh refleksi subjek PJM3112Contoh refleksi subjek PJM3112
Contoh refleksi subjek PJM3112
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Sces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sainsSces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sains
 

En vedette

Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru analiNur Khairani
 
Kajian tindakan perintang
Kajian tindakan perintangKajian tindakan perintang
Kajian tindakan perintangrohana jantan
 
Slide viva penggunaan kaedah kadmatna dalam meningkatkan kemahiran copy
Slide viva penggunaan kaedah  kadmatna  dalam meningkatkan kemahiran copySlide viva penggunaan kaedah  kadmatna  dalam meningkatkan kemahiran copy
Slide viva penggunaan kaedah kadmatna dalam meningkatkan kemahiran copyPensil Dan Pemadam
 
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)ZAIM RAHIMI
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanFariz Salim
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakanhajizul
 
Kajian tindakan kuasa elektrik
Kajian tindakan kuasa elektrikKajian tindakan kuasa elektrik
Kajian tindakan kuasa elektrikrohana jantan
 
Kajian tindakan khb kt 2013
Kajian tindakan khb kt 2013Kajian tindakan khb kt 2013
Kajian tindakan khb kt 2013Intan Isahak
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaAfif Muhamad
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul
 
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianAfif Muhamad
 

En vedette (20)

Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 
Tugasan afif
Tugasan afifTugasan afif
Tugasan afif
 
Kajian tindakan perintang
Kajian tindakan perintangKajian tindakan perintang
Kajian tindakan perintang
 
Slide viva penggunaan kaedah kadmatna dalam meningkatkan kemahiran copy
Slide viva penggunaan kaedah  kadmatna  dalam meningkatkan kemahiran copySlide viva penggunaan kaedah  kadmatna  dalam meningkatkan kemahiran copy
Slide viva penggunaan kaedah kadmatna dalam meningkatkan kemahiran copy
 
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
 
assingment full (2A)
assingment full (2A)assingment full (2A)
assingment full (2A)
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
1 guru 1 kajian tindakan
1 guru 1 kajian tindakan1 guru 1 kajian tindakan
1 guru 1 kajian tindakan
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Kajian tindakan kuasa elektrik
Kajian tindakan kuasa elektrikKajian tindakan kuasa elektrik
Kajian tindakan kuasa elektrik
 
Definisi bbm
Definisi bbmDefinisi bbm
Definisi bbm
 
Tajuk 8 done
Tajuk 8 doneTajuk 8 done
Tajuk 8 done
 
Kajian tindakan khb kt 2013
Kajian tindakan khb kt 2013Kajian tindakan khb kt 2013
Kajian tindakan khb kt 2013
 
Tugasan Afif
Tugasan AfifTugasan Afif
Tugasan Afif
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 

Similaire à Laporan penyelidikan tindakan

Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013AZUAD ozil
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANNoor Syazwanni
 
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...Salwa Samsudin
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridAsyikin4996
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakanguest410d715
 
Kertas cadangan k.tindakan 2015
Kertas cadangan k.tindakan 2015Kertas cadangan k.tindakan 2015
Kertas cadangan k.tindakan 2015Zaini Nie
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarZuzan Michael Japang
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaNurul Akmal
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridJANGAN TENGOK
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN KIT ZULKATHI (4).pdf
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN KIT ZULKATHI (4).pdfJURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN KIT ZULKATHI (4).pdf
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN KIT ZULKATHI (4).pdfkathir resan
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 

Similaire à Laporan penyelidikan tindakan (20)

Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan murid
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
 
Kertas cadangan k.tindakan 2015
Kertas cadangan k.tindakan 2015Kertas cadangan k.tindakan 2015
Kertas cadangan k.tindakan 2015
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 
Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN KIT ZULKATHI (4).pdf
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN KIT ZULKATHI (4).pdfJURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN KIT ZULKATHI (4).pdf
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN KIT ZULKATHI (4).pdf
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Slide kps
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 

Plus de Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

Plus de Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Laporan penyelidikan tindakan

  • 1. UNTUK MENGENALPASTI SAMA ADA SUSUN ATUR MEJA DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DAPAT MENINGKATKAN MINAT DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN MURID ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel kemahiran hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid oleh murid Tahun 4 Unggul di dalam bilik Kemahiran Hidup. Seramai 21 orang murid Tahun 4 Unggul, Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Johor dan seorang guru dalam bidang Kemahiran Hidup terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temubual dengan guru yang mengajar dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak berminat dengan pembelajaran semasa berada di dalam bilik Kemahiran Hidup kerana tidak selesa, penglihatan mereka tidak jelas dan pembelajaran berkumpulan kurang berbanding individu. Perancangan tindakan difokuskan untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel kemahiran hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid. Murid telah didedahkan kepada beberapa set susunan meja iaitu Set A, Set B dan Set C serta kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan pemerhatian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam minat dan pembelajaran berkumpulan di dalam bilik Kemahiran Hidup. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok belajar dengan susun atur meja Set C yang lebih berkesan kepada murid dan guru.
  • 2. TO IDENTIFY WHETHER THE TABLE LAYOUT LIFE SKILLS WORKSHOP CAN IMPROVE STUDENT INTEREST AND LEARNING GROUP ABSTRACT This study was conducted to determine whether the table layout in life skills workshops to enhance students' interest and group learning by pupils in Year 4 Ideal Life Skills room. A total of 21 pupils in Year 4 Superior, National School Ditch No. 5, Johor and a teacher in the area of Life Skills involved in this study. Initial survey was conducted through observations, interviews with teachers and pre-test. The survey findings show students are not interested in learning while in the Life Skills room because of discomfort, their vision is not clear and group learning less than individuals. Focused action plans to determine whether the table layout in life skills workshops to enhance students' interest and group learning. Students were exposed to some set of table arrangement of Set A, Set B and Set C, and the study was completed in a period of 4 weeks. Results of observational studies have shown an increase in student achievement and interest in group learning Life Skills room. The findings of the questionnaire showed that more students remember, understand and fun to learn to set the table layout C is more effective to students and teachers.
  • 3. 1.0 Pendahaluan 1.1 Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digubal atas rasional bahawa aktiviti pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan asas yang melibatkan tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M ) . Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap murid peluang yang sama untuk mendapat kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreatif mereka. Oleh itu, Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.
  • 4. Falsafah Pendidikan Negara menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek . Insan yang sedemikian akan menjadi seorang warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Sehubungan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dibentuk sebagai kesinambungan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan menitikberatkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, peningkatan daya intelek, penguasaan kemahiran belajar, pemupukan dan penerapan nilai, penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu serta kesepaduan pengalaman pembelajaran . 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran Sewaktu menjalani praktikum saya yang lepas, saya telah mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti, masalah emosi (5%), masalah akademik (25%), masalah sosial (10%) dan masalah salah laku ( 60%). Jumlah murid yang ramai dalam satu kelas bercampur yang mempunyai tahap kebolehan murid yang berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang) sememangnya memberi satu masalah yang besar kepada saya dalam memastikan segala isi pengajaran yang disampaikan diterima oleh sejumlah murid yang ramai dalam satu masa serentak. Ini kerana, saya tidak dapat memfokuskan pengajaran kepada setiap peringkat kebolehan murid. Justeru itu,saya telah memfokuskan masalah yang berlaku kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Murid-murid mengalami masalah untuk mengingati dan memahami konsep-konsep, teori-teori mahupun setiap fungsi-fungsi komponen yang telah dijelaskan. Kegagalan murid-
  • 5. murid untuk berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya setiap sub topik yang mereka telah pelajari sekaligus murid-murid menunjukkan reaksi bosan ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Masalah ini telah dikenal pasti ketika proses pengukuhan yang diberikan semasa di akhir pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran yang diharapkan kerana terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat menjawab soalan pada lembaran kerja dengan tepat. Tindakan ini menunjukkan mereka tidak faham dan sekaligus memberikan kesan buruk kepada mereka kelak pada waktu peperiksaan yang akan datang. Untuk mengenalpasti murid yang bermasalah, saya akan berjumpa murid-murid tersebut untuk berbincang. Melalui sesi temubual, saya akan cuba mengenalpasti dan mencari punca kepada pembawaan masalah itu. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian. Saya akan membuat kajian tindakan berkaitan susunan meja di dalam bengkel Kemahiran Hidup ke atas murid Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Muar, Johor iaitu sebuah sekolah di daerah Muar. Saya telah memilih darjah 4 Unggul yang seramai 21 orang sebagai sampel kajian saya. Isu yang hendak dikaji ialah kebekersanan pengajaran dan pembelajaran jika susunan meja di bengkel Kemahiran Hidup diubah. Pemerhatian di lakukan semasa kelas Kemahiran Hidup berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai objektif dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik Kemahiran Hidup bagi kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian
  • 6. pelajaran Kemahiran Hidup kelas 4 Unggul amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami merangka satu pelan tindakan yang bernama ‘Meja Demonstrasi’ supaya murid 4 Unggul meminati untuk belajar matapelajaran Kemahiran Hidup iaitu dengan menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran- kemahiran dalam elektrik, kayu, logam, pertanian, jahitan dan perniagaan. Selama lapan minggu berpratikum, saya cuba mempelbagaikan kaedah pengajaran saya seperti menjalankan demontrasi, menunjukkan video, simulasi lakonan dan sebagainya namun masih ada murid yang gagal memberi tumpuan sepenuhnya semasa saya mengajar. Saya dapat mengesan murid kurang memberi perhatian apabila saya melaksanakan aktiviti penilaian. Murid yang dipilih secara rawak di bahagian hadapan bengkel dapat menjawab soalan penilaian tersebut tetapi murid yang berada di bahagian belakang adalah sebaliknya. Jika perkara ini tidak diperbetulkan, nescaya terdapat lebih ramai murid akan tercicir dalam subjek Kemahiran Hidup ini. Kemerosotan pencapaian sekolah akan memberi impak yang besar kepada sekolah walaupun ada sesetengah pihak berpendapat subjek Kemahiran Hidup tidak penting kerana tidak dimasukkan di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 1.3 Refleksi nilai pendidikan Perlukah saya mengulang semula apa yang telah saya ajar kepada mereka? Adakah cara saya mengajar selama ini tidak membantu murid tersebut terutama yang berada di bahagian belakang? Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peratus pencapaian mereka? Apabila saya cuba membincangkan perkara ini dengan guru- guru sekolah, ada guru yang berpendapat bahawa kedudukan murid tersebut banyak mempengaruhi pencapaian mereka. Justeru itu, tindakan yang terbaik bagi saya ialah
  • 7. merombak dan membuat satu pelan tindakan yang boleh diguna pakai dalam membantu murid mencapai kecermelangan dalam subjek Kemahiran Hidup. Saya telah membuat keputusan akan membuat satu kajian berkaitan kedudukan murid mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran lalu memberi impak positif dalam pencapaian keputusan peperiksaan mereka. 2.0 Fokus kajian 2.1 Isu kajian 2.1.1 Kebolehpentadbiran kajian Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas 4 Unggul mendapat keputusan ujian Kemahiran Hidup yang sederhana. Semua guru Kemahiran Hidup boleh melaksanakan kajian ini kerana ianya sesuai untuk setiap kelas tahap 2. Jika tidak, ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian murid menguasai Kemahiran Hidup. Kajian melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Jalan yusof, Semerah, Muar. Selepas sesi pengajaran berakhir, guru akan menyemak lembaran kerja yang dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat. Guru di dalam bilik Kemahiran Hidup akan menyusun semula meja dan kerusi supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik. Penyusunan meja dan kerusi ini bertujuan untuk melihat perubahan murid. Kedudukan meja bertujuan memberi
  • 8. keselesaan guru bergerak bebas di sekeliling bengkel. Selain itu, murid akan merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian apabila guru sentiasa bergerak menuju kearahnya. Kesannya ialah murid tidak akan bersembang, bermain-main dan mengantuk semasa guru mengajar di hadapan. 2.1.2 Kepentingan kajian Sepanjang pengajaran saya yang lepas, banyak masalah salah laku dan masalah pembelajaran yang diperhatikan melalui tindak tanduk murid-murid. Diantaranya ialah kelas bising, murid suka bermain, murid cepat bosan,murid tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran, murid tidak mencapai objektif pengajaran dan murid-murid kurang berminat untuk belajar. Masalah yang paling katara ialah mengenai murid-murid yang tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran atau tidak faham dan akan mengakibatkan murid-murid cepat bosan dengan sesuatu pengajaran yang disampaikan. Masalah ini di perhatikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Walaupun subjek ini dilihat lebih kepada pengajaran melibatkan amali, namun begitu penyampaian teori-teori dan juga konsep-konsep tidak diabaikan. Penguasaan teori dan konsep tersebut menjadi kayu ukur untuk guru-guru untuk menilai tahap kefahaman murid-murid tehadap sesuatu pengajaran yang telah di sampaikan dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap kali soalan diajukan kepada murid-murid, mereka tidak dapat menjawabnya dengan tepat dan memuaskan. Begitu juga ketika menjawab soalan pada lembaran kerja. Lain pula semasa pembelajaran,murid-murid menunjukan reaksi bosan dan kurang berminat kepada pengajaran yang disampaikan. Sehubungan dengan masalah tersebut, saya berpendapat bahawa ia perlu diambil serius dan segera mengambil langkah mengatasinya. Jika tidak diatasi, masalah ini akan berterusan sampai bila-
  • 9. bila. Kesan tidak langsung daripada masalah tersebut ialah prestasi murid akan merosot dari semasa ke semasa dan mengganggu tahap pencapaian semasa ujian dan peperiksaan. 2.1.3 Kesahan kajian Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Kesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan. Tujuan membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin keesahan item-item (instrumen) agar bersifat;  Defensibility (dapat dipertahankan– hasil kajiannya tepat dan berguna)  Accuracy (ketepatan–menjawab persoalan kajian)
  • 10.  Appropriatetness (kesesuaian– relevan dengan tujuan kajian)  Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)  Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian). 2.1.4 Kebolehgunaan kajian Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran mengenai kemahiran yang boleh di aplikasikan oleh murid dalam kehidupan harian mereka. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan. Sekiranya murid sudah menguasai kemahiran ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dan mempunyai kemahiran yang tersendiri. 2.1.5 Kawalan kajian Saya akan memfokuskan kajian kami kepada fokus murid semasa penerangan guru dan tindakan murid di dalam kelas Kemahiran hidup agar murid faham pengajaran dan pembelajaran guru. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat fokus dalam kelas sekaligus menyebabkan murid berasa bosan untuk mempelajari Kemahiran Hidup. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan Kemahiran Hidup. Walaupun saya dapat mengesan pelbagai masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya hanya akan fokuskan kajian saya terhadap susunan meja murid semasa berada di dalam bengkel. Kedudukan meja sebelum ini tidak ditentukan, mereka duduk mengikut kumpulan yang ditentukan oleh mereka sendiri
  • 11. dan hanya duduk dalam kumpulan jantina yang sama saja. Kesannya, murid yang lemah duduk di bahagian belakang tidak mendapat input yang diberikan oleh guru sepenuhnya. Antara masalah-masalah yang dikenal pasti selepas pemerhatian dibuat ialah :  Murid di yang duduk di meja belakang tidak boleh fokus kerana jarak yang agak jauh dengan guru.  Murid di belakang tidak dapat melihat dengan jelas langkah demontrasi guru apabila melibatkan kerja projek.  Murid hanya duduk dalam kumpulan jantina yang sama sahaja. Kesannya ialah kebolehan dalam menjalankan amali tidak sama. Murid lelaki yang lebih mahir tidak membantu murid perempuan yang kurang mahir. Contohnya dalam amali pertukangan, murid perempuan tidak dibantu oleh murid lelaki memandangkan murid lelaki berada di dalam kumpulan lain.  Murid yang berada di kedudukan hadapan lebih aktif menjawab soalan dibandingkan dengan murid yang berada di meja belakang.  Murid yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah berasa mengantuk dan bosan semasa guru mengajar kerana murid tersebut duduk di meja belakang dan menganggap guru tidak mempedulikannya. 2.1.6 Kolaborasi kajian Berdasarkan temubual saya dengan cikgu Kemahiran Hidup, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang sederhana. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan semata-mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati Kemahiran Hidup. Kedua, disebabkan susunan meja di dalam bengkel Kemahiran Hidup tidak sesuai dan
  • 12. menyukarkan murid untuk memberikan fokus semasa guru sedang mengajar di hadapan. 2.1.7 Releven kepada sekolah Sekolah Kebangsaan Parit No 5 ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Johor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sederhana. Ramai murid yang gagal menguasai beberapa kemahiran dalam projek kemahiran hidup. Mereka tidak menyedari kepentingan Kemhiran Hidup merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi. Dengan menyusun semula meja bengkel Kemahiran Hidup dengan kedudukan yang lebih baik. Saya berpendapat bahawa masalah tersebut dapat diselesaikan. Keputusan pencapaian murid juga dapat ditingkatkan dengan baik sekali. 2.2 Tinjauan literatur berkaitan isu kajian Objektif kajia Mengikut pandangan Sharifah Alwiyah Alsagoff , tokoh Falsafah Pendidikan dan Pedadogi Bahasa Melayu, (1986) tiada suatu kaedah penyusunan meja dan kerusi murid yang tetap. Hal ini bermakna tiada suatu susunan fizikal sebuah bilik darjah yang khusus untuk seorang guru patuhi. Namun, seorang guru perlu sentiasa peka dan memahami iklim bilik darjah kelas mereka bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berjalan dengan lancar. Pengurusan fizikal bilik darjah yang kondusif dapat membawa kepada interaksi iaitu penyampaian dan pemindahan ilmu yang baik, dapat menyesuaikan aktiviti yang dijalankan dengan pembelajaran, menjimatkan masa pelaksanaan aktiviti, serta dapat
  • 13. menyimpan bahan rujukan dan bahan bantu belajar dengan baik. Perlu diingatkan bahawa seorang murid akan mencontohi sikap gurunya bak kata pepatah guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Justeru, guru hendaklah mengurus persekitaran bilik darjah dengan sebaiknya. Sikap ini akan menanam nilai murni tersebut dalam diri murid-muridnya kelak. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan untuk belajar. Beliau juga menekankan aspek pengurusan bilik darjah yang kondusif melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun tempat duduk murid-murid dan menyusun alat-alat bantu mengajar. Oleh itu aspek-aspek yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan. Antaranya adalah seperti wujudnya guru, sekumpulan pelajar, dan kemudahan- kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantu mengajar, papan kenyataan, dan sudut pembelajaran murid perlulah ditekankan. Penyusunan meja murid secara berkumpulan seperti mana yang dinyatakan oleh Kamarudin Hj. Husin dalam bukunya Asas Pendidikan 1, Terbitan Longman Malaysia. Mengikut Gibb (1969) pula, pembelajaran berkumpulan bermaksud penukaran maklumat, kepakaran, dan keperluan dalam kalangan ahli kumpulan. Sumbangan daripada setiap ahli kumpulan adalah matlamat utama dalam pembelajaran berkumpulan sejajar dengan pendapat Jim Murphy dalam bukunya Teaching Practise Conversations. Beliau menyatakan bahawa salah satu kaedah untuk mengekalkan tumpuan murid adalah dengan membahagikan murid kepada pasangan dan kumpulan kecil.
  • 14. Mengikut Kamarudin Hj Husin dalam bukunya KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa, pembelajaran berkumpulan dalam kelas KBSR adalah berdasarkan pencapaian, kebolehan (ability grouping), dan juga berdasarkan minat dan tujuan sesuatu kumpulan itu didirikan. Bagi kumpulan yang meletakkan murid-murid yang berpencapaian tinggi dalam akademik, pembelajaran secara kumpulan dapat meningkatkan lagi kemahiran kognitif mereka kerana mereka telah didedahkan dengan bahan pengajaran yang lebih mendalam dan tinggi. Sementara bagi kumpulan yang mempunyai murid-murid yang berpencapaian rendah, bahan pengajaran mereka akan disesuaikan oleh guru mengikut tahap kognitif mereka. Jadi, mereka dapat membentuk konsep diri kerana tidak terjejas dengan pertandingan bersama murid- murid yang lebih baik dalam bidang akademik. Oleh itu, meja dan kerusi murid hendaklah disusun mengikut kumpulan-kumpulan kecil mengikut kesesuaian guru setelah membuat penilaian terhadap prestasi dan kebolehan mereka. Menurut buku ‘Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah’ menyatakan bahawa aspek psikososial iaitu persekitaran bilik darjah memainkan peranan penting dalam memupuk minat murid supaya terus belajar. Jika kedudukan bakul sampah berada di situ, besar kemungkinan akan terdapat sekumpulan murid yang tidak selesa dengan bau dan keadaan sampah yang berlonggokan. Oleh itu, sudah pastilah murid tersebut tidak dapat belajar dengan tekun. Justeru, kedudukan bakul sampah perlu diubah ke bahagian belakang kelas. Mengikut Jim Murphy pula, aspek kebersihan seperti penghiasan kelas dapat menyediakan keadaan pembelajaran yang selesa kepada murid-murid di samping membudayakan mereka dengan amalan kebersihan. Sebagai kesimpulan, seorang guru sewajarnya mempertimbangkan faktor-faktor pengurusan fizikal bilik darjah yang meliputi ruang kelas, prosedur dan rutin, aktiviti dan sudut pembelajaran, serta pergerakan dan perjalanan bilik darjah tersebut.
  • 15. 3.0 soalan kajian Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan bertujuan untuk:  Meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan murid di bengkel Kemahiran hidup  Meningkatkan minat murid untuk datang awal ke kelas Kemahiran Hidup  Menggalakkan pembelajaran berkumpulan murid di dalam dan di luar kelas Kemahiran Hidup. SOALAN KAJIAN  Sejauh manakah susunan meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat murid-murid untuk subjek Kemahiran Hidup?  Mengapakah murid-murid sukar untuk mengusai sesuatu tajuk berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?  Apakah punca murid-murid cepat bosan dan kurang berminat dengan topik- topik berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?  Tahukan murid-murid mengenai pentingnya mengusai sesuatu tajuk pembelajaran secara berkumpulan?
  • 16. 4.0 Kumpulan sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Jalan yusof, Semerah, Muar. Kelas (Tahap 2) Bilangan Murid 21 Orang Murid Lelaki 12 Orang Murid Perempuan 9 Orang Jawatan Ketua = Ummair Yamani Penolong = Al Nur Rozalinda Pengawas sekolah = Amirul Asyraf Pengawas pusat sumber = Nani Prestasi Akademik Terdiri daripada 4 murid cemerlang 11 murid sederhana dan 6 murid lemah Umur 10 Tahun. 5.0 Tindakan yang dijalankan Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos, dan soal selidik. 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
  • 17. kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan. Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. 5.1.2 Ujian Pra Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana minat dan pembelajaran berkumpulan mereka terhadap subjek Kemahiran Hidup. Item Ujian Pra merupakan item lembaran kerja topik yang telah di ajar oleh guru Kemahiran Hidup iaitu Tanaman Hiasan. Selepas saya menyemak jawapan murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan murid dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan set susun atur meja yang berlainan di dalam bilik Kemahiran Hidup dan 5 hari selepas itu saya telah memberikan lembaran kerja menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra. Selepas itu saya menukar semula susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dan memberikan soalan lembaran kerja kepada murid. Akhir sekali saya menukar susun atur meja untuk Set yang terakhir dan memberikan lembaran kerja kepada murid. 5.1.3 Soal selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan susun atur meja dan pembelajaran berkumpulan murid semasa berada di dalam kelas Kemahiran Hidup . Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang mengajar Kemahiran Hidup untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai set susun atur meja yang saya perkenalkan.
  • 18. 5.1.4 Akiviti yang dijalankan LANGKAH 1( mengumpul data murid) Sebelum kajian dijalankan, saya telah mengumpul beberapa data penting yang diperlukan untuk bahan kajian saya. Saya akan mengedarkan soal selidik kepada murid-murid mengenai kafahaman dan minat mereka untuk sesuatu matapelajaran Kemahiran Hidup ( rujuk lampiran 1), maklumat murid (rujuk lampiran 2 ) dan soal selidik di kalangan guru-guru ( rujuk lampiran 3) LANGKAH 2.(membuat pemerhatian terhadap pelajar) Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa tehadap kelas yang di jadikan bahan kajian saya. Semasa pengajaran:-  Saya telah memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran  Mengenalpasti murid yang bermasalah( tidak menumpukan perhatian) dan mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran 4)  Memberi soalan(lembaran kerja) berkaitan pembelajaran semasa langkah penilaian pembelajaran.  Mengenalpasti tahap keberkesanan murid semasa melihat tunjuk cara guru.  Mengenalpasti tahap pembelajaran secara berkumpulan murid di dalam bilik Kemahiran Hidup. Selepas sesi pengajaran berakhir, saya telah menyemak lembaran kerja yang dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat.
  • 19. LANGKAH 3.( melaksanakan kaedah) Sekali lagi sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan kepada murid-murid. Pada sesi pengajaran kali ini,saya akan mengubah susunan meja di bilik Kemahiran Hidup kepada Set A, Set B dan Set C. Saya telah mengaplikasikan kaedah ini secara maksimum semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi pengajaran, saya juga akan:-  Saya telah memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka tehadap proses pengajaran dan pembelajaran.  Mengenalpasti bilangan murid yang masih tidak memberi penumpuan dan mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran 4)  Memberi soalan (lembaran kerja) berkaitan pembelajaran semasa langkah penilaian pembelajaran. Langkah seterusnya dalam menjalankan kajian. Saya telah menyusun semula meja dan kerusi supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik. Penyusunan meja dan kerusi ini bertujuan untuk melihat perubahan murid. Kedudukan meja bertujuan memberi keselesaan guru bergerak bebas di sekeliling bengkel. Selain itu, murid akan merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian apabila guru sentiasa bergerak menuju kearahnya. Kesannya ialah murid tidak akan bersembang, bermain-main dan mengantuk semasa guru mengajar di hadapan. LANGKAH 4 Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek(murid), saya telah mengumpul semua data-data dan menyusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang untuk di analisis. Saya akan memastikan segala data dan pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan mencukupi dan mengikut spesifikasi yang diperlukan.
  • 20. Instrumen Kajian Set A Kabinetsimpanabarang Gambarajah 1.0 : kedudukan susunan meja Set A 3 2 4 1 Meja Guru Papan putih Kabinetsimpanabarang Rujukan : 1 = kumpulan lemah 2 = kumpulan sederhana 3 = kumpulan cemerlang 4 = kumpulan cemerlang
  • 21. Set B Rujukan : 1 = kumpulan lemah 2 = kumpulan sederhana 3 = kumpulan cemerlang 4 = kumpulan cemerlang 4 1 Meja Guru 3 2 Papan putih Kabinetsimpanabarang Kabinetsimpanabarang Meja Demontrasi Gambarajah 2.0 : kedudukan susunan meja Set B
  • 22. Set C 4 1 Meja Guru 3 2 Papan putih Kabinetsimpanabarang Kabinetsimpanabarang Meja Demontrasi Meja demontrasi Gambarajah 3.0 : kedudukan susunan meja Set C Rujukan : 1 = kumpulan lemah 2 = kumpulan sederhana 3 = kumpulan cemerlang 4 = kumpulan cemerlang
  • 23. 6.0 Cara pengumpulan data Bagi mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan, saya telah menggunakan kaedah cara mengumpul data borang soal selidik, temubual, dan pemerhatian yang telah diperolehi:- i. Mengedarkan borang soal selidik mengenai keberkesanan pembelajaran berkumpulan dan minat murid terhadap subjek Kemahiran Hidup. ii. Membuat temubual bersama guru kemahiran Hidup mengenai minat dan pembelajaran murid secara berkumpulan. iii. Merekodkan markah ujian bulanan murid dalam subjek Kemahiran Hidup. iv. membuat pemerhatian mengenai penumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. v. Merekod markah untuk setiap lembaran kerja yang diberikan sebelum dan selepas tindakan di jalankan kepada murid. 7.0 Keputusan/analisis data dan interpretasi 7.1.1 Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati :  Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menundukkan muka apabila guru menyoal.  Murid berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat oleh guru untuk menguji kefahaman dan ingatan pelajar.
  • 24.  Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan kerana semua murid telah tahu untuk belajar secara berkumpulan .  Aktiviti tunjuk cara oleh guru lebih mudah difahami dan diperhatikan oleh semua murid apabila terdapatnya meja demonstarasi khas di dalam bilik Kemahiran Hidup.  Pembelajaran berkumpulan menjadi lebih seronok dan berkesan kepada semua tahap murid jika murid itu sendiri faham pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru.  Murid –murid telah kurang untuk melakukan kesalahan tingkah laku di dalam bilik Kemahiran Hidup seperti berbual dengan kawan, membuat bising dan selalu ke tandas.  Murid yang lemah telah dapat bersaing dengan murid yang sederhana di dalam kelas setelah pembelajaran berkumpulan di amalkan di dalam bilik Kemahiran Hidup. 7.1.2 Analisis Ujian Pengesanan Perbandingan pencapaian pelajar dalam pengesanan adalah seperti berikut : Gred Kedudukan meja Bilangan Pelajar Pra Set A Set B Set C A 0 1 3 4
  • 25. Dapatan Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid. Walaupun masih terdapat murid yang gagal tetapi tiada seorang pun murid yang mendapat sifar berbanding dengan Ujian Pra di mana 5 orang murid telah mendapat sifar. Ujian pra ialah ujian sebelum berlakunya sebarang tindakan kajian terhadap murid. Tujuan ujian ini ialah untuk melihat hasil pembelajaran murid semasa guru mereka mengajar di dalam kelas. Murid kelas 4 Unggul ini merupakan kelas kedua dan kebanyakkan muridnya berada dalam ketegori sederhana. Hasil ujian ini membolehkan saya untuk melihat perubahan pencapaian murid setelah susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup ditukar. 7.1.3 Analisis Soal Selidik Murid telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar :- B C D E Tidak Hadir 2 10 4 2 3 12 3 3 1 1 15 2 1 0 0 17 1 0 0 0
  • 26. Skala Likert : 1 - ya 2 - tidak 3 - tidak pasti Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru – guru pula adalah seperti berikut: Guru Pendidikan Seni :- Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid kerana susun atur meja terancang dan sesuai untuk pembelajaran secara berkumpulan. Guru Bahasa Inggeris :  Satu teknik susun atur meja yang kondusif.  Penggunaan meja demonstrasi sesuai dan berkesan untuk pembelajaran.  Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan. Guru Sains Susun atur meja ini dapat menambah ingatan dan minat murid di samping dapat melihat secara menyeluruh dan mengetahui tahap pembelajaran berkumpulan murid di dalam kelas 4 Unggul. Skala Ya Tidak Tidak pasti Item Bilangan murid 1. Adakah anda meminati mata pelajaran Kemahiran
  • 27. Hidup? 2. Apakah jenis pembelajaran yang diminati oleh anda? 3. BBM ialah Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat berkaitan isi pembelajaran. Jenis BBM yang manakah menarik minat anda? 4. Adakah susunan meja yang digunakan guru dapat membantu anda untuk memahami isi pembelajaran? 5. Apakah jenis susunan meja yang dapat membantu anda memahami sesuatu isi pembelajaran? 6. Adakah anda mengetahui mengenai lembaran kerja? 7. Adakah anda selalu diberikan lembaran kerja semasa sesi pembelajaran? 8. Adakah anda menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan pada lembaran kerja? 9. Adakah penggunaan BBM oleh guru dapat membantu anda menyelesaikan lembaran kerja tersebut? 10. Apakah perasaan anda sekiranya dapat menjawab soalan pada lembaran kerja dengan cepat dan betul? 11. Adakah anda menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan pada lembaran kerja dalam pembelajaran berkumpulan?
  • 28. 12. Adakah pengajaran secara berkumpulan oleh guru dapat membantu anda menyelesaikan lembaran kerja tersebut? 13. Apakah perasaan anda sekiranya dapat duduk dalam susunan meja yang lama di dalam bilik Kemahiran Hidup? 14. Adakah anda menghadapi masalah jika pembelajaran berkumpulan tidak dilaksanakan di dalam bilik Kemahiran Hidup?
  • 29. 8.0 Rumusan/refleksi selepas dapatan Pencapaian murid dalam Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid untuk memahami pengajaran guru dan pembelajaran secara berkumpulan meningkat setelah susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup di ubah. 10 daripada 21 orang murid 4 Unggul mempunyai tahap penguasaan yang rendah berbanding yang lain. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa susun atur meja Set C banyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan minat terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan dengan pembelajaran secara berkumpulan. Masih terdapat murid yang gagal dalam set A dan Set B kerana pada hari saya memperkenalkan susun atur meja ada seramai 10 orang murid tidak hadir ke sekolah kerana hujan lebat. Selain daripada itu ada 4 orang murid 4 Unggul yang kerap tidak hadir ke sekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam Ujian Set B. Saya sepatutnya menerangkan dan mempastikan bahawa mereka harus mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bukan hanya sekadar mengarahkan mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya juga sepatutnya harus lebih bertegas terhadap segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa. Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang murid 4 Gemilang menghantar SMS meminta saya mengajar kelas mereka. Saya yakin bahawa susun atur Set C dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Kemahiran Hidup. Analisis keputusan lembaran kerja tajuk Tanaman Hiasan 4 Unggul menunjukkan peratus kelulusan murid adalah tinggi berbanding pada sebelum kajian dijalankan.
  • 30. 9.0 Cadangan kajian seterusnya Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-  Menggunakan susun atur meja Set C untuk pengajaran di dalam kelas.  Menghias meja kumpulan dengan info berguna agar pembelajaran berkumpulan menjadi lebih seronok  Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan meja demonstrasi untuk memudahkan murid melihat tunjuk cara guru.  Menjadikan susun atur meja dan suasana bilik Kemahiran Hidup lebih kondusif untuk murid belajar secara berkumpulan. Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar . Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata :- prasarana GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN BERERTI Kondusif
  • 31. BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1994. Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti. Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd. KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kamarudin Hj Husin. Vinlin Press Sdn Bhd. Kuala Lumpur . 1989. Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. Musa Mohd Hisham, (1997). Penggunaan Bahan Bantu Belajar Dalam Bahasa Melayu, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 3 Mac 2010 Murid dan Alam Belajar untuk PPPRP4T. Chong Lean Keow. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Selangor. 2008. Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman
  • 32. Malaysia Sdn. Bhd. Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd Teaching Practise Conversations, Plans, Action, and Performance. Jim Murphy. Pearson Sdn. Bhd. Singapore. 2003. Azmi Yahya Yaccob, Definisi Kurikulum. Dilayari pada 23 Febuari 2010 http://www.scribd.com/doc/262413754/definisi-kokurikulum Azlan Md Nor, Tesis Bertajuk Pendidikan Era Globalisasi. Dilayari pada 03 mac 2010. http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/azlan%203mohdMd.%20ali.pdf Rozelan Mohd, Pembelajaran Masteri. Dilayari pada 23 febuari 2010 http://www.scribd.com/doc/4148111/Pembelajaran-Masteri