1. Kemahiran Berfikir
(metakognitif)
Mohd Aidil Bin Othman
Mohd Safuan B Che Othman
Mohd Sholehhuddin B Mohd Ariff
2. Pengertian
• Operasi berfikir terbahagi dua iaitu kognitif
dan metakognitif
• Metakognisi dikenali sebagai berfikir tentang
pemikiran
• Sistem pengurusan minda dipanggil
metakognisi
3. Dua kebolehan metakognisi
• Kebolehan memantau pretasi tugasan: sedar dan tumpukan
perhatian pada komponen pemikiran seperti menjalankan
tugas dengan teratur dan membaiki kelemahan
• Kebolehan memilih dan memahami strategi pemikiran:
perlu mengaitkan pengalaman sedia ada dengan cara
berfikir yang sedang digunakan dan berusaha membaiki
strategi pemikiran
4. Model pemikiran dan peranan
metakognisi
• Pemikir yang bijak sentiasa mengurus dan membuat refleksi
terhadap pemikirannya.
• Contohnya apabila sesuatu keputusan perlu dibuat, pemikir yang
bijak sendiri berfikir dengan mendalam dan elekkan diri daripada
terburu-buru
• Setiap orang boleh belajar mengurus pemikirannya supaya lebih
produktif.
• Pemikiran kita boleh dikawal seperti sahaja dengan tindakan kita.
5. Peringkat-peringkat metakognitif
• Mengenal pasti jenis pemikiran yang sedang atau
akan dilakukan
• Kita harus menyatakan sama ada kemahiran
berfikir yang kita gunakan merupakan
– Membuat keputusan
– Membanding beza
– Menentukan kebolehpercayaan sumbermaklumat
6. Peringkat-peringkat metakognitif
• Menganalisis bagaimana pemikiran dilakukan untuk
menentukan sama ada pemikiran ini perlu diperbaiki.
• Contoh saya mungkin menyedari bahawa biasanya saya
memilih untuk melakukan tindakan yang pertama
sekali timbul dalam otak saya, oleh itu saya terlepas
peluang untuk menimbangkan pilihan-pilihan lain yang
mungkin lebih baik lagi
7. Peringkat-peringkat metakognitif
• Mengenal pasti komponen-komponen kemahiran
berfikir yang kecil yang tidak diambil kira. Sebagai
contoh:
– Adakah buk-bukti tentang akibat diambil kira semasa
membuat keputusan?
– Adakah kesimpulan dibuat berdasarkan persamaan dan
perbezaan yang nyata?
– Adakah kandungan makalah yang berkenaan biasanya
boleh dipercayai?
8. Peringkat-peringkat metakognitif
• Menilai cara pemikiran yang dijalankan dan sama ada
terdapat strategi pemikiran yang baru. Contohnya:
– Apabila saya membuat keputusan, adakah keputusan saya
lebih baik sekiranya saya mempertimbangkan setiap akibat
yang mungkin, berbanding dengan tanpa
mempertimbangkan akibat-akibat itu, saya patut dapat
mengelakkan pemilihan yang tidak menguntungkan
9. Catatan metakognitif
• Pemikiran kognitif adalah berfikir tentang cara
berfikir dan bukan berfikir tentang apa yang
difikirkan.
• Pengurusan grafik catatan metakognitif boleh
digunakan untuk memudahkan pemikiran
metakognitif.
10. Strategi menigkatkan pemikiran
metakognitif
• Mengadakan aktiviti penjauhan untuk mendorong
pelajar mengalihkan perhatian dan pemikirannya
daripada apa yang mereka sedang fikirkan.
• Aktiviti penjauhan adalah aktiviti yang dijauhkan
daripada kandungan yang dipelajari, tidak berkaitan
dengan tajuk yang dibincangkan tetapi berkaitan
dengan kemahiran berfikir.
11. Strategi menigkatkan pemikiran
metakognitif
• Menanyakan soalan-soalan berstruktur untuk
mendorong pelajar berfikir tentang pemikirannya
secara bijak.
• Apabila guru bertanya tentang bagaimana pelajar
melakukan sesuatu pemikiran, guru sebenarnya
mendorong pelajar untuk mangkaji strategi yang
digunakan semasa berfikir.
12. Strategi menigkatkan pemikiran
metakognitif
• Mendorong pelajar mengurus pemikiran sendiri
• Soalan-soalan merupakan tetangga yang menolong
pemikiran
• Guru perlu menanggal tetangga secara perlahan-
perlahan supaya pelajar sendiri dapat melakukan
pengelasan secara berdikari.
• Pelbagai strategi yang diberi akan dapat mendorong
pelajar mengurus pemikiran dirinya sendiri
13. Strategi menigkatkan pemikiran
metakognitif
• Menulis refleksi untuk menyatakan fikirannya tentang pemikiran.
• Penulisan merupakan wahana yang dapat mendorong pemikiran
yang berlanjutan.
• Kaedah pertama adalah meminta pelajar menulis tentang
pemikirannya.
• Kaedah kedua adalah penulisan jurnal secara berterusan
• Penulisan refleksi boleh diamalkan melalui penyimpanan jurnal atau
portfolio refleksi dan dibincangkan seterusnya.
14. Kesimpulan
• Refleksi dan pemikiran metakognitif
merupakan dua teknik asas yang dapat
meningkatkan kemahiran dan proses berfikir