2. CATATAN
EDISI 10
SMKTTJ
LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA SAMSUNG
08 September 2012
Satu latihan dan kempen mencegah kebakaran telah
dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak SMK Taman
Tuanku Jaafar bersama Syarikat Samsung Senawang.
Tujuan utama program ini ialah untuk memberi
pendedahan kepada warga SMKTTJ tentang tatacara
yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku kebakaran.
Pihak Samsung juga telah memberi panduan ringkas
tentang bantuan pernafasan sekiranya mangsa lemas
kerana tersedut asap semasa kebakaran.
Kaedah memadam api yang betul juga ditunjukajar dan
telah memberi peluang kepada beberapa orang pelajar
untuk mencuba alat pemadam api.
3. CATATAN
EDISI 10
SMKTTJ
Perkampungan Ilmu Siri 2
08 September 2012 (Sabtu):
Pada siri sekolah ganti kali ini, pihak sekolah telah mengadakan Perkampungan Ilmu Siri 2 yang
melibatkan 4 kelas tingkatan 3. Objektif utama program ini diadakan ialah untuk membantu pelajar
Kelas 3 USM, 3 UPM, 3 UTM dan 3 UiTM menguasai
topik-topik tertentu mata pelajaran yang akan diambil
semasa PMR nanti.
Beberapa orang pelajar yang sempat diajukan soalan
rata-rata bersetuju bahawa program ini banyak memberi
manfaat kerana mereka dapat belajar dengan rakan
sebaya dari kelas berlainan. Ini membolehkan mereka
bertukar-tukar pendapat dan pandangan semasa sesi
perbincangan.
4. CATATAN
EDISI 10
SMKTTJ
11 September 2012
Mulai 11 september 2012, calon PMR 2012 mengikuti klinik mata
pelajaran yang melibatkan 8 mata pelajaran utama. Klinik ini
memfokuskan kepada dua kumpulan iaitu Near Miss Cemerlang
(markah 65 hingga 75) dan Near Miss Lulus (markah 30 hingga 39)
Klinik ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada
mereka yang terlibat sama ada menggunakan khidmat dan
kepakaran guru mahupun bantuan rakan sebaya.
KLINIK MATA PELAJARAN PMR
5. CATATAN
EDISI 10
SMKTTJ
BOLA SEPAK PERSAHABATAN TTJFC DAN SINGAPURA FC
13 September 2012
Setelah berhenti rehat sepanjang bulan Ramadhan lepas, kini pasukan TTJFC kembali rancak turun padang untuk
menambahkan stamina dan kecerdasan.
Kali ini TTJFC telah bertemu dengan pasukan dari Singapura melalui perlawanan persahabatandi Padang SMK Taman
Tuanku Jaafar. Perlawanan ini bukan setakat mengeratkan persahabatan melalui aktiviti sukan tetapi dapat belajar
teknik-teknik yang dipraktikalkan oleh negara jiran tersebut.
6. CATATAN
EDISI 10
SMKTTJ
MAJLIS JALINAN MESRA AIDILFITRI
14 September 2012
Menghampiri penghujung Syawal, satu majlis jalinan
mesra Aidilfitri telah berlangsung dalam suasana meriah
dan penuh warna warni di Dataran Cendekiawan SMK
Taman Tuanku Jaafar.
Kehadiran tetamu kehormat seperti Dato’ Mohamad
Firdaus bekas ADUN Rembau, wakil KPJ Seremban,
wakil PTPL, Cosmopoint, PUSPANITA, dan pelbagai
agensi yang sentiasa member sumbangan dan bantuan
kepada SMKTTJ turut memeriahkan suasana.
Majlis ini telah mengeratkan tali persahabatan antara
warga SMKTTJ dengan pihak luar sama ada komuniti
setempat mahupun dari luar Daerah Seremban.
Salam Aidilfitri dari Lensa SMKTTJ. Blogspot. Com
kepada semua pembaca Catatan Lensa SMKTTJ.
9. CATATAN
EDISI 10
SMKTTJ
15 September 2012
Bertempat di Tiara Beach Resort, warga SMK Taman
Tuanku Jaafar mengambil kesempatan untuk beramah
mesra dan berehat bersama keluarga dalam sambutan
hari keluarga SMKTTJ.
Program bertemakan merah menyala itu merupakan
tajaan Mampan Corporation Berhad di bawah naungan
Dato’ Mohammad Nordin.
Majlis berakhir hampir jam 2 petang dan untuk beberapa
keluarga, kesempatan ini diambil dengan bermalam
sambil mandi manda.
HARI KELUARGA SMKTTJ
10. CATATAN
EDISI 10
SMKTTJ
MUNAJAT KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2012
27 September 2012
Menghampiri ke hujung usaha dan ikhtiar,
calon PMR dan SPM 2012 bersama ibu bapa
dan guru mengadakan majlis Munajat
Kecemerlangan di Masjid Taman Tuanku
Jaafar.
Majlis tersebut dimulakan dengan solat
Maghrib dan bacaan Yaasin yang dipimpin
oleh Imam Masjid, Tuan Haji Madah bin Ilong.
Sejurus selepas itu majlis juga menjemput
Ustaz Mohd Hafizi bin Mohamad Ali dari Unit
Dakwah Sektor Pendidikan Islam JPNS untuk
tazkirah motivasi kecemerlangan sebagai
ransangan di saat akhir sebelum pelajar
menduduki peperiksaan.
Solat Hajat dilakukan selepas Solat Isyak dan
Solat Taubat untuk memohon kepada Yang
Maha Kuasa supaya dipermudahkan dan
diberi akal yang tenang semasa menduduki
peperiksaan.