SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  19
PENGERTIAN SEDEKAH 
Sedekah Menurut Bahasa 
Perkataan sedekah berasal daripada kata kerja صدق . Perkataan “ صدق ” ini mempunyai 
beberapa erti. Antaranya adalah seperti berikut: 
1. Benar. 
2. Lurus. 
,”الجامع للأوصاف المحمودة“ . 3 
Maksudnya: “Orang yang memiliki sifat-sifat terpuji dengan sempurna”. 
,”مأ اعطيته في ذات الله للفقرأ“ . 4 
Maksudnya “Perkara yang anda berikan kepada orang fakir kerana Allah”. 
Kesimpulannya, sedekah mengandungi pengertian yang menunjukkan kepada 
pemberian atau bantuan yang dihulurkan kepada mana-mana orang dengan 
ikhlas kerana Allah SWT. Ia juga merangkumi sifat yang terpuji di sisi syarak. 
Sedekah Menurut al-Quran 
Al-Quran menggunakan perkataan sedekah dalam pelbagai ayat. Hal ini dapat 
difahami daripada beberapa nas seperti berikut: 
1. Firman Allah SWT: 
    
   
     
      
 
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah 
(zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan 
mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, 
kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. 
(Surah al-Taubah 9:103) 
Al-Qusyairi menegaskan bahawa Ikrimah berpendapat perkataan “sedekah” dalam 
ayat di atas bermaksud sedekah fardu iaitu zakat (al-Qurtubi,1996:8: 244). 
2. Firman Allah SWT: 
   
  
  
   
   
     
      
  
Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk 
orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang 
mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk 
hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang 
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang 
musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang 
demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan 
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 
(Surah at-Taubah 9:60) 
Perkataan “sedekah” dalam ayat tadi bermaksud sedekah fardu iaitu zakat 
kerana diikuti dengan kata-kata “ فريضة من الله ” iaitu satu fardu daripada Allah 
SWT. 
Al-Qurtubi (1967,8: 168) menafsirkan maksud sedekah dalam ayat ini dengan 
perkataan “ صدقه ” apabila disebut secara mutlak (iaitu tanpa sebarang kaitan) dalam 
ayat al-Quran,maka ia dimaksudkan dengan sedekah fardu.
3. Firman Allah SWT: 
      
     
     
  
Maksudnya: Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu Yang 
menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia 
membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. 
(Surah al-Baqarah 2: 196) 
Al-Qurtubi (1967, 3:381-384) ketika menafsirkan perkataan “sedekah” dalam ayat ini 
menegaskan dengan katanya: “Sedekah dengan erti kata memberi makan” seperti 
memberi gandum,tamar,syaair(barli) atau zabib(kismis) kepada fakir miskin. 
Berdasarkan hujah tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa perkataan sedekah di dalam 
al-Quran ditafsirkan kepada beberapa erti berdasarkan kedudukannya dalam mana-mana 
ayat yang berkaitan. Antaranya ialah sedekah wajib, pelupusan hutang, 
memberi lebih daripada sesuatu pembelaan, mengembalikan hak kepada empunya, 
memberi makan, keampunan, memberi keutamaan, memberi kelonggaran, dan 
sedekah “ .”تطوع 
Sedekah Menurut Al-Sunnah 
Antara hadith tentang sedekah: 
عن جابر قال : قال رسول الله عليه وسلم كل معروف صدقة. 
Maksud : Daripada Jabir menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Setiap 
amalan makruf (baik) adalah sedekah.
(Ibn Hibban 1978,,5 :161) 
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليم وسلم : تميط الأذى عن الطريق صدقة. 
Maksud : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW : Kamu membuang sesuatu 
yang membahayakan di tempat-tempat lalu-lalangnya adalah sedekah. 
(al-Bukhari 1377H,5 :114) 
Daripada beberapa hadith, dapat disimpulkan bahawa perkataan sedekah yang 
digunakan dalam beberapa pengertian iaitu sedekah wajib, zakat, pemberian, segala 
amalan baik yang dilakukan untuk diri sendiri atau orang lain, menghilangkan segala 
perkara yang boleh membawa kemudaratan ke atas manusia, meninggalkan segala 
perkara buruk, amar makruf, nahi mungkar, dan setiap manfaat yang lahir daripada 
sesuatu yang diusahakan oleh seseorang, kemudian manfaat itu digunakan oleh 
manusia ataupun haiwan. Malah perkataan sedekah merangkumi setiap yang makruf. 
Sedekah Menurut Istilah Ulama 
Perkataan sedekah mempunyai hubungan yang rapat dengan perkataan zakat. Ibn 
Hajar menegaskan : “Sesungguhnya perkataan sedekah digunakan kepada zakat, 
namun begitu ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau” (al-Asqalani 
1959, 4:60). 
Daripada keterangan tersebut dapatlah difahami bahawa perkataan sedekah boleh 
dipakai secara timbal balik antara perkataan “zakat”. Berhubung dengan perkataan 
zakat pula, Nukhbah binti al-Karamah (1302 H,1 :30) menegaskan dengan katanya : 
Zakat menurut bahasa bereti kesuburan dan kebersihan, dan ia dipakai kepada erti 
sedekah wajib, sedekah sunat, nafkah, dan keampunan”. Daripada kata-kata Nukbah 
ini dapatlah difahami bahawa perkataan zakat walaupun digunakan secara bergilir-hilir 
dengan perkataan sedekah, tetapi pengertiannya lebih umum daripada perkataan 
zakat kerana perkataan sedekah mencakupi sedekah wajib,sedekah sunat, nafkah, dan 
keampunan. 
Berdasarkan kenyataan yang dipaparkan tadi dapatlah disimpulkan bahawa perkataan 
sedekah menurut istilah ulama ialah pemberian yang bertujuan untuk mendapatkan 
ganjaran pahala akhirat sama ada berbentuk wajib atau sunat. Ia sejajar dengan 
pengertian itu berkisar di sekitar pemberian yang berkaitan dengan harta benda.
Konsep Sedekah 
Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang 
memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang 
membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. 
Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan 
kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya. 
Hukum Dan Syarat Memberi dan Menerima Sedekah 
Hukum memberi sedekah pada amnya adalah sunat dan tidak terikat dengan masa-masa 
tertentu untuk mengeluarkannya. Ia bergantung kepada kesanggupan dan 
keupayaan seseorang yang memberi, bukan seperti zakat yang mempunyai masa-masa 
dan syarat tertentu. 
Menerima sedekah pula hukumnya harus. Orang yang diberikan sedekah perlu 
menerima dengan rela hati. Makruh hukumnya jika seseorang menolak pemberian 
sedekah daripada orang lain tanpa sebab yang munasabah 
Walaubagaimanapun hukum memberi sedekah akan berubah mengikut keadaan atau 
situasi berikut: 
1) Sunat : (keadaan) sepanjang masa. 
2) Haram: (keadaan) sekiranya diketahui ia akan digunakan bagi tujuan maksiat. 
3) Wajib: (keadaan) sekiranya terdapat di kalangan anggota masyarakat yang 
dalam kelaparan sedangkan seseorang itu mempunyai lebihan makanan yang 
diperlukannya). 
Rukun Sedekah 
1. Pemberi : mestilah baligh dan berakal
2. Penerima : Layak memiliki iaitu orang-orang yang sangat berhajat, seperti 
kerana keadaannya terlantar sakit, tidak mampu untuk bekerja, keperluan 
hidup tidak mencukupi atau dengan kata lain pendapatannya tidak mampu 
menampung keperluan minimanya. Maka sedekah yang diberikan kepada 
orang yang mampu tidak sah tetapi bertukar menjadi hadiah. 
3. Barangan : 
i)Mestilah wujud dan boleh diserahkan. 
ii) bernilai 
iii) dimiliki oleh pemberi 
4. Ijab dan Qabul, ertinya: Pemberi menyatakan memberikan sesuatu dan 
Penerimanya menerima dengan rela dan gembira. 
Adab Memberi Sedekah 
1. Ikhlas: dilakukan semata-mata keranaAllah dan bukan untuk mengharapkan 
balasan. 
2. Merahsiakan pemberian: ia bertujuan mengelakkan rasa riak dalam diri 
seseorang. 
3. Memberi barang yang disayangi: Untuk menggembirakan penerima dan 
mengelak pemberian barang yang sudah rosak dan tidak dapat digunakan. 
4. Mengutamakan kaum kerabat dan jiran: mendahulukan kaum kerabat dan 
jiran berbanding orang lain.1 
1 Charity S.O.S,Konsep Bersedekah dalam Islam, http://www.charitysos.org/2012/07/konsep-bersedekah- 
dalam-islam.html, 1 Disember 2013.
SEDEKAH HARTA BENDA 
Harta benda merupakan antara perkara yang boleh dijadikan bahan untuk bersedekah. 
Sedekah harta benda boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: 
I. Sedekah wajib 
II. Sedekah sunat 
Sedekah wajib 
Sedekah wajib ini juga dikenali sebagai zakat. Zakat terbahagi kepada dua bahagian 
iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat menurut bahasa bererti berkat,subur,bersih, 
dan banyak. Menurut istilah pula,zakat dirujuk kepada nama bagi perkara yang 
dikeluarkan daripada harta benda atau diri(badan) dengan cara yang khusus. Zakat 
merupakan satu fardu yang dikenakan ke atas umat Islam. Zakat juga merupakan 
salah satu rukun Islam yang lima. 
1) Zakat Harta 
Terdapat sebanyak tujuh jenis harta berdasarkan hadith yang diriwayatkan 
berhubung harta benda yang dikenakan zakat tidak termasuk perusahaan iaitu : 
a) Haiwan Ternakan 
Sebarang ternakan yang menjadi mata pencarian dan sumber ekonomi 
kepada masyarakat pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini dilakukan 
supaya masyarakat penternak yang menceburkan diri ke dalam bidang 
ternakan yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa juga 
berpeluang menunaikan ibadat zakat ini.
b) Barang kemas 
Barang kemas yang diwajibkan zakat hanya perak dan emas. 
c) Biji-bijian 
Wajib zakat ke atas bijian seperti gandum. Manakala bijian lain atau 
bahan makanan lain yang berasakan perhumaan perlulah dikiaskan 
dengan gandum kerana semua bahan makanan itu menjadi rezeki 
kepada manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. 
d) Buah-buahan 
Buah-buahan seperti durian,rambutan,pisang,manggis dan lain-lain 
yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk yang memiliki iklim 
tertentu maka perlulah dikiaskan dengan tamar dan zabib, supaya umat 
Islam yang hidup dalam pelbagai iklim berpeluang berbuat ibadat 
zakat ini. 
e) Barang Perniagaan 
Pendapatan yang dihasilkan menerusi perniagaan diwajibkan zakat. 
Contohnya perniagan kain, makanan, perumahan, kenderaan dan lain-lain 
bahan dimana bahan-bahan itu menjadi keperluan, sumber 
rezeki,dan kekayaan kepada masyarakat. 
f) Harta Simpanan) الركاذ ) dan Galian ( (المعدن 
Rikaz dan ma’dan perlu diperluaskan kepada semua barang yang 
tertanam di dalam bumi dan dasar laut yang mempunyai nilai harga 
yang tersendiri,dan semua bahan galian yang menjadi sumber rezeki 
serta pendapatan kepada manusia sama ada galian yang berbentuk 
cecair gas,mahupun bijih, bukan hanya perak dan emas.
g) Usaha ( (الكسب 
Perkataan “ كسب ” digunakan dengan makna yang umum iaitu termasuk 
segala bentuk perniagaan, perkhidmatan, dan perusahaan yang boleh 
mendatangkan rezeki, dan pendapatan yang disebut sebagai harta atau 
amwal. Oleh itu zakat kasb ini perlu diperlukan kepada semua bidang 
tadi secara menyeluruh. 
2) Zakat Fitrah 
Ia disebut dengan zakat fitr dan juga sedekah fitr kerana kewajipannya 
disebabkan kehadiran Hari Raya Puasa pada satu Syawal, dan juga disebut 
sebagai zakat fitrah yang bererti khalqah(kejadian) seperti yang dimaksudkan 
dalam firman Allah SWT dalam surah ar-Ruum 30:30 yang bermaksud: 
    
   
Maksudnya : Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan 
bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya. 
Berdasarkan pengertian ini, zakat fitrah diwajibkan ke atas umat Islam 
keseluruhannya sama ada lelaki,wanita,yang merdeka,hamba,kanak-kanak dan 
orang dewasa. Namun demikian orang yang dituntut untuk menunaikan 
kewajipan ini ialah orang yang betanggujawab memberi nafkah kepada 
mereka. Zakat fitrah adalah bertujuan untuk membersihkan diri dan 
menyuburkan amalannya. 
SEDEKAH SUNAT 
Ada beberapa jenis sedekah yang berasaskan harta benda. Jenis sedekah tersebut 
adalah sunat.
1) Hibah 
Hibah merupakan salah satu cara untuk memberi dan mengurniakan harta 
benda kepada seseorang. Sesiapa sahaja harus menghibahkan hartanya kepada 
sesiapa sahaja yang dikehendaki. Bapa juga boleh menghibahkan hartanya 
kepada anak-anaknya dengan saksama. Cara ini agak terbaik bagi seseorang 
bapa untuk melihat dan melatih anak-anak menyelenggarakan harta yang 
diberikan kepadanya. 
2) Hadiah 
Dari segi bahasa, hadiah diertikan sebagai pemberian. Manakala dari segi 
istilah pula bermakna sesuatu yang diberi kerana kasih sayang dengan maksud 
memberi penghormatan kepada orang yang menerima hadiah. Ia juga 
ditakrifkan sebagai sesuatu yang diambil tanpa syarat pertolongan. 
3) Wasiat 
Perkataan wasiat dari segi bahasa diertikan sebagai sambungan atau hubungan. 
Manakala dari segi istilah pula,wasiat bermaksud membuat perjanjian, dan 
perjanjian itu akan terlaksana sesudah meninggal dunia. Wasiat adalah amalan 
yang digalakkan oleh Islam kepada umatnya. Kadar wasiat yang diharuskan 
adalah sekadar satu per tiga sahaja daripada hartanya. Wasiat kepada kaum 
kerabat lebih utama dilakukan,seterusnya sahabat handai dan lain-lain. Perkara 
yang diwasiatkan menjadi kenangan abadi kepada penerimanya daripada yang 
mewasiatkan. 
Sebahagian daripada orang salaf mengharuskan wasiat kepada waris 
berdasarkan keperluan waris tersebut kerana ada antara mereka yang sudah 
kaya raya da ada juga yang papa. Contohnya seorang isteri yang dicerai oleh 
suaminya dan tidak mempunyai keluarga lain selain anaknya dan anaknya 
berpendapat peruntukan pusaka yang ditetapkan untuk ibunya adalah tidak 
mencukupi. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan wasiat untuk kebaikan bagi
golongan ini. (Muhammad Rashid Ridha t.t, 2 : 136-137). 
Kesimpulannya, wasiat adalah antara amalan yang digalakkan oleh Islam 
kepada umatnya. Wasiat kepada kaum kerabat lebih utama dilakukan, 
seterusnya sahabat handai, dan lain-lain. Perkara yang diwasiatkan menjadi 
kenangan abadi kepada penerimanya yang mewasiatkan. 
4) Wakaf 
Wakaf dari segi bahasa bermaksud tahan. Dari segi istilah pula,wakaf 
diertikan sebagai pencegahan daripada menjual asal(harta) dengan cara yang 
khusus dan disedekahkan faedah dan hasilnya. Ia juga ditakrifkan sebagai 
penahanan harta yang berfaedah serta kekal ainnya daripa menjualnya dan 
juga sebarang muamalat yang lain. 
5) Ibra’al-Dain (Pelepasan hutang) 
Yang dimaksudkan dengan ibra’al-Dain di sini ialah “Tuan hutang 
(pemiutang) mengampun dan menyedekahkan hutangnya kepada si 
berhutang”. Ganjaran bagi orang yang menyedekahkan hutang nya kepada si 
berhutang ialah Allah akan memberi keampunan kepadanya. 
6) Penguguran hak 
Apa yang dimaksudkan hak dalam perbahasan ini ialah suatu ganjaran atau 
balasan yang perlu diterima oleh seseorang sama ada berbentuk harta benda 
seperti diat atau bukan harta benda seperti qisas iaitu melakukan kecederaan 
yang sama dengan kecederaan yang dialaminya ke atas pesalah. Pengguguran 
terhadap hak-hak ini adalah menjadi sedekah. Allah akan meningkatkan darjat 
kepada mana-mana orang yang memberi keampunan secara ikhlas terhadap 
orang yang melakukan sebarang kezaliman ke atas dirinya.
KESAN SEDEKAH KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT 
SEDEKAH WAJIB ( ZAKAT) 
I. Menyempurnakan Rukun Islam. 
Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Sesiapa dalam 
kalangan umat Islam yang memiliki harta benda yang sampai kepada had 
wajib zakat,maka dia berkewajipan untuk menunaikan zakat harta tersebut. 
Sekiranya dia tidak menunaikannya maka tidak sempurnalah rukun Islamnya. 
Daripada Ibn Umar menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
بني الأسلام على خمس شهاداة أن إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة 
والحج وصوم رمضان. 
Maksud : Islam dibina atas lima (perkara) iaitu menyaksikan sesungguhnya 
tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh 
Allah,mendirikan solat,memberi zakat,(melaksanakan ibadat) haji, dan 
(menunaikan puasa di bulan Ramadhan). 
(al-Asqalani 1989,1:49) 
Mana-mana orang Islam yang menyempurnakan rukun Islam ini dengan baik 
dan sempurna,maka dia akan mendapat kejayaan di akhirat. 
II. Jaminan Kewangan kepada Golongan yang Tertentu. 
Zakat merupakan kumpulan dana harta yang menjadi jaminan hidup kepada
golongan dan bidang tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT 
menerusi firman-NYA: 
    
  
   
  
    
     
      
Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah 
untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang 
mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan 
untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang 
Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, 
dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. 
(Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan 
(yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, 
lagi Maha Bijaksana. 
(Surah At-Taubah 9:60) 
Dengan yang demikian pengagihan dan pengaliran harta daripada 
orang yang kaya kepada golongan dan saluran seperti yang dinyatakan 
itu diharapkan dapat mewujudkan hubungan kasih sayang dan saling 
menghargai antara satu sama lain yang melambangkan kemesraan dan 
keharmonian yang amat mendalam dalam kalangan mereka. 
SEDEKAH SUNAT (TATAWWU’) 
I. Mendapat Pahala yang Besar 
Sesiapa sahaja dalam kalangan umat Islam yang bersedekah dan 
menderma sesuatu yang berfaedah kepada orang lain maka dia akan 
mendapat ganjaran yang besar daripada Allah pada hari akhirat. Antaranya
akan mendapat lindungan daripada Allah SWT di padang mahsyar. 
II. Menjadi Benteng Api Neraka 
Amalan sedekah dan menderma boleh menjadi kifarah dan penebus 
kesalahan seseorang kepada keluarga,harta, dan jirannya. 
III. Mendapat Doa Kebaikan daripada Malaikat 
Pada setiap hari Allah SWT menurunkan dua malaikat bagi menemani 
setiap manusia. Satu daripadanya bertugas untuk berdoa kepada Allah 
supaya memberi gantian kepada temannya yang bersedekah manakala 
yang satu lagi berdoa supaya membinasakan temannya yang bakhil. 
Rasulullah SAW menegaskan bahawa orang yang bersedekah dan 
menderma adalah lebih baik. Abdullah ibn Umar r.a menyatakan bahawa 
Rasullah SAW bersabda : 
اليد العليا خير من اليد السلفى فاليد العليا هي المنفقة والسلفى هي السائلة 
Maksud: 
Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas 
ialah tangan yang menderma dan (tangan) yang di bawah ialah tangan 
yang meminta-minta. 
IV. Menghapuskan Sifat Bakhil 
Sifat bakhil merupakan sifat yang tidak disukai oleh Allah SWT. 
Seseorang Muslim sepatutnya tidak bersifat bakhil. 
V. Pemilik Harta Hanya sebagai Wakil
Sebagaimana yang sedia maklum bahawa pemilik mutlak kepada alam 
semesta ini hanyalah Allah SWT. Firman-Nya : 
   
    
  
Dan bagi Allah jualah Kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada 
Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk). 
(Surah an-Nur 24: 42) 
VI. Pahala Sedekah Sampai kepada Si Mati 
Amalan sedekah boleh dilakukan oleh sesorang semasa hidup. Sedekah 
juga boleh dilakukan oleh seseorang dengan maksud menghadiahkan 
pahalanya kepada orang lain yang sudah meninggal dunia 
VII. Menyemai Sikap Saling menghormati 
Amalan sedekah,hadiah, dan menderma merupakan asas dan benih yang 
boleh melahirkan perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain 
sama ada sesama jiran atau sebaliknya. 
VIII. Menyemai Sikap Kasih sayang antara Satu Sama Lain 
Sedekah merupakan amalan yang digalakkan oleh Islam. Ia mempunyai 
hikmah yang tersendiri. Antaranya mampu memupuk ikatan kasih sayang 
antara satu sama lain. Malah ia berupaya mengubah perasan benci yang 
tertanam dalam lubuk jiwa seseorang kepada perasaan kasih sayang 
terhadap orang tersebut.2 
2 Ariffin Omar (2006), Sedekah Jaminan Keharmonian Umat Menurut Sunah. Kuala Lumpur: Utusan 
Publications & Distributors Sdn Bhd, m/s 1-215.
SEDEKAH KEPADA AHLI KELUARGA 
Sedekah merupakan amalan yang digalakkan oleh Islam kepada umatnya secara 
berterusan. Amalan sedekah bukan sahaja menjanjikan pahala di akhirat,malah ia 
memberi ganjaran yang dapat dinikmati oleh penderma di dunia ini lagi terutamanya 
kalau pendermaan itu berlaku antara kerabat. 
Ikatan silaturahim antara kerabat perlu dipupuk dan disuburkan pada setiap masa. 
Kunjung-mengunjung dan bantu-membantu, baik daripada sudut kewangan atau 
sebagainya antara yang boleh mengeratkan silaturahim antara kerabat. 
Dalam sebuah hadith yang panjang diriwayatkan oleh Zainab, isteri kepada Abdullah, 
bahawasanya beliau dan seorang wanita daripada golongan Ansar datang ke rumah 
Rasulullah SAW untuk bertanya berhubung dengan sedekah yang akan diberikan 
kepada suami dan anak-anak yatim yang berada di bawah jagaan mereka. Namun 
demikian mereka berdua tidak berani untuk bertanyakan sendiri secara secara terus 
kepada Rasulullah SAW. Oleh itu mereka meminta supaya Bilal menyampaikan 
pertanyaan itu kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah menjawab dengan 
sabdanya: 
لهما أجران أجر القرابة وأجر الصدقة 
Maksud: Kedua-duanya mendapat pahala ;pahala kerabat dan pahala 
sedekah. 
(Muslim ibn Hajjaj 1955, 3:80)
Daripada hadith itu dapatlah difahami bahawa sedekah dan derma yang diberikan 
kepada kaum kerabat adalah lebih baik daripada yang diberikan kepada mana-mana 
orang tidak mempunyai hubungan kekerabatan, kerana sedekah yang diberikan 
kepada kaum kerabat akan menerima dua pahala; pahala sedekah dan pahala 
mengeratkan tali silaturahim antara kerabat. 
Seseorang Muslim digalakkan supaya memberi bantuan kewangan dan sebagainya 
kepada kaum kerabat mereka, sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya. 
Jika ada ahli keluarga kita yang miskin maka dahulukan ahli keluarga kita sendiri 
sebelum bersedekah kepada orang lain yang bukan ahli keluarga. Jika tidak ada ahli 
keluarga kita yang miskin maka keutamaan sedekah kita adalah kepada orang miskin 
tegar yang terdapat di dalam masyarakat kita. 
Mengabaikan ahli keluarga sendiri yang miskin dan memerlukan bantuan adalah satu 
sifat tercela dan dimurkai oleh Allah SWT. 
Saranan supaya dimulakan sedekah kepada mereka yang menjadi tanggunganmu 
menjelaskan keutamaan bersedekah iaitu dengan mendahulukan keluarga di bawah 
tanggungan yang memerlukan bantuan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dinar 
(wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan Allah, dinar yang engkau infakkan 
untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang 
miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar 
adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu." (Hadis riwayat Muslim) 
Niat bersedekah juga perlu melihat kepada pihak yang ingin diberi sumbangan kerana 
ada sesetengah pihak bersedekah kepada orang lain, tetapi ahli keluarga tidak diberi 
perhatian sedangkan mereka juga mengharapkan sumbangan. 
Rasulullah SAW menjelaskan melihat keperluan bersedekah kepada golongan yang 
ingin dibantu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada orang 
miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan 
dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim." (Hadis 
riwayat Ahmad)
Jika seseorang bersedekah sedang dia tidak memenuhi keperluan mereka yang berada 
di bawah tanggungannya, maka dia dianggap berdosa kerana mengutamakan amalan 
sunat bersedekah berbanding amalan diwajibkan baginya iaitu memenuhi segala 
keperluan keluarganya. 
Sabda Nabi SAW: "Cukup seseorang dinilai berdosa apabila dia mensia-siakan orang 
yang menjadi tanggungannya." (Hadis riwayat Muslim) 
Jangan pula kerana terlalu ghairah untuk bersedekah, konon ingin mendapat keredaan 
serta ganjaran pahala, kita lupa tanggungjawab menyelesaikan urusan termasuk 
melunaskan hutang. 
Jika seseorang jauh daripada pertolongan serta perlindungan Allah, jiwanya lebih 
cenderung untuk melakukan perkara diharamkan. 
Selagi seseorang itu mampu untuk bekerja dia perlu berusaha bersungguh-sungguh 
memenuhi keperluan hidup bagi diri dan keluarga daripada hasil titik peluhnya dan 
jangan mengambil jalan mudah dengan menjadi peminta sedekah. 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Salah seorang daripada kalian yang mengambil 
tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia 
menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) 
lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau 
tidak memberi." (Hadis riwayat al-Bukhari) 
Hadis ini ialah dalil diharamkan seseorang itu menjadi peminta sedekah selagi dia 
masih mampu bekerja. Mereka yang suka meminta sedangkan mampu bekerja tetapi 
malas ialah golongan yang dicela. 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang lelaki yang sentiasa meminta 
daripada orang lain, pada hari kiamat yang akan datang, pada wajahnya tidak ada 
sedikit daging pun." (Hadis riwayat al-Bukhari) 
Justeru, berusaha untuk mengelakkan diri daripada sikap suka meminta, apatah lagi 
bagi mereka yang sudah dicukupkan Allah rezeki, tetapi masih suka mendapat 
barangan yang diberi orang lain semata-mata untuk menambah apa yang ia ada.
Lebih baik pihak yang dikurniakan Allah rezeki, bersedekah kepada mereka yang 
memerlukan terutama barangan yang ia sayang, tetapi barang itu mendatangkan 
manfaat lebih kepada orang lain.

Contenu connexe

Tendances

7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
WanBK Leo
 
Jenayah minum arak
Jenayah minum arakJenayah minum arak
Jenayah minum arak
shahirah44
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
shashahussein
 
HAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAHHAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAH
radzimr
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli
shahirah44
 

Tendances (20)

Jizyah, ghanimah, dan fa'i
Jizyah, ghanimah, dan fa'iJizyah, ghanimah, dan fa'i
Jizyah, ghanimah, dan fa'i
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Niat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan Jenayah
Niat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan JenayahNiat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan Jenayah
Niat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan Jenayah
 
Bab solat
Bab solatBab solat
Bab solat
 
Jenayah minum arak
Jenayah minum arakJenayah minum arak
Jenayah minum arak
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Bab 7 ijtihad
Bab 7 ijtihadBab 7 ijtihad
Bab 7 ijtihad
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)
 
HAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAHHAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAH
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli
 
Tayammum
TayammumTayammum
Tayammum
 
Barangan Ribawi
Barangan RibawiBarangan Ribawi
Barangan Ribawi
 
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 

En vedette (13)

Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01
Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01
Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01
 
Bab 2 : Ekonomi Malaysia
Bab 2 : Ekonomi MalaysiaBab 2 : Ekonomi Malaysia
Bab 2 : Ekonomi Malaysia
 
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Penilaian Berasaskan Sekolah  (PBS)Penilaian Berasaskan Sekolah  (PBS)
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
 
Pengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi IslamPengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi Islam
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Malaysian Development Policies
Malaysian Development PoliciesMalaysian Development Policies
Malaysian Development Policies
 
Lari pecut 1
Lari pecut 1Lari pecut 1
Lari pecut 1
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)
 

Similaire à Pengertian sedekah

Zakat, infak, sodaqoh
Zakat, infak, sodaqohZakat, infak, sodaqoh
Zakat, infak, sodaqoh
MarSus Sajjah
 
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 11
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 11Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 11
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 11
Marhamah Saleh
 
Membuka Wawasan Ibadah Maliyah
Membuka Wawasan Ibadah MaliyahMembuka Wawasan Ibadah Maliyah
Membuka Wawasan Ibadah Maliyah
Audria
 
Ppt perintah zakat, infaq dan shodaqoh
Ppt perintah zakat, infaq dan shodaqohPpt perintah zakat, infaq dan shodaqoh
Ppt perintah zakat, infaq dan shodaqoh
RizaAwal
 
Makalah fikih ekonomi dan keuangan
Makalah fikih ekonomi dan keuangan Makalah fikih ekonomi dan keuangan
Makalah fikih ekonomi dan keuangan
Rika Ristiawati
 
Dokumen.tips makalah manajemen-zakat-dan-wakaf-tugas-kampuskampus
Dokumen.tips makalah manajemen-zakat-dan-wakaf-tugas-kampuskampusDokumen.tips makalah manajemen-zakat-dan-wakaf-tugas-kampuskampus
Dokumen.tips makalah manajemen-zakat-dan-wakaf-tugas-kampuskampus
aldi setiawan
 

Similaire à Pengertian sedekah (20)

Ust. Dr. Hasani Ahmad Said, M.A. - PSQ - Filantropi Islam; tafsir maudhui ata...
Ust. Dr. Hasani Ahmad Said, M.A. - PSQ - Filantropi Islam; tafsir maudhui ata...Ust. Dr. Hasani Ahmad Said, M.A. - PSQ - Filantropi Islam; tafsir maudhui ata...
Ust. Dr. Hasani Ahmad Said, M.A. - PSQ - Filantropi Islam; tafsir maudhui ata...
 
Zakat, infak, sodaqoh
Zakat, infak, sodaqohZakat, infak, sodaqoh
Zakat, infak, sodaqoh
 
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 11
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 11Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 11
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 11
 
AKuntansi Zakat Infaq Shodaqoh.ppt
AKuntansi Zakat Infaq Shodaqoh.pptAKuntansi Zakat Infaq Shodaqoh.ppt
AKuntansi Zakat Infaq Shodaqoh.ppt
 
Shodaqoh.pdf
Shodaqoh.pdfShodaqoh.pdf
Shodaqoh.pdf
 
Pelajaran 2
Pelajaran 2Pelajaran 2
Pelajaran 2
 
Esaimen harta
Esaimen hartaEsaimen harta
Esaimen harta
 
Membuka Wawasan Ibadah Maliyah
Membuka Wawasan Ibadah MaliyahMembuka Wawasan Ibadah Maliyah
Membuka Wawasan Ibadah Maliyah
 
Ppt perintah zakat, infaq dan shodaqoh
Ppt perintah zakat, infaq dan shodaqohPpt perintah zakat, infaq dan shodaqoh
Ppt perintah zakat, infaq dan shodaqoh
 
Makalah fikih ekonomi dan keuangan
Makalah fikih ekonomi dan keuangan Makalah fikih ekonomi dan keuangan
Makalah fikih ekonomi dan keuangan
 
Shadaqah, hibah dan hadiah
Shadaqah, hibah dan hadiahShadaqah, hibah dan hadiah
Shadaqah, hibah dan hadiah
 
Shodaqoh.docx
Shodaqoh.docxShodaqoh.docx
Shodaqoh.docx
 
Bab 11 agama kelas 10 sma zakat haji waqaf
Bab 11 agama kelas 10 sma zakat haji waqafBab 11 agama kelas 10 sma zakat haji waqaf
Bab 11 agama kelas 10 sma zakat haji waqaf
 
Konsep kewajipan zakat dan pengharaman riba dalam kehidupan manusia
Konsep kewajipan zakat dan pengharaman riba dalam kehidupan manusiaKonsep kewajipan zakat dan pengharaman riba dalam kehidupan manusia
Konsep kewajipan zakat dan pengharaman riba dalam kehidupan manusia
 
Anjuran Bershodaqoh
Anjuran BershodaqohAnjuran Bershodaqoh
Anjuran Bershodaqoh
 
Aminullah assagaf infaq
Aminullah assagaf infaqAminullah assagaf infaq
Aminullah assagaf infaq
 
tugasan3 lmcp1552: Kesejahteraan sosial ( sedekah)
tugasan3 lmcp1552: Kesejahteraan sosial  ( sedekah)tugasan3 lmcp1552: Kesejahteraan sosial  ( sedekah)
tugasan3 lmcp1552: Kesejahteraan sosial ( sedekah)
 
Dokumen.tips makalah manajemen-zakat-dan-wakaf-tugas-kampuskampus
Dokumen.tips makalah manajemen-zakat-dan-wakaf-tugas-kampuskampusDokumen.tips makalah manajemen-zakat-dan-wakaf-tugas-kampuskampus
Dokumen.tips makalah manajemen-zakat-dan-wakaf-tugas-kampuskampus
 
Fiqih Zakat – -Konsep Dasar.pdf
Fiqih Zakat – -Konsep Dasar.pdfFiqih Zakat – -Konsep Dasar.pdf
Fiqih Zakat – -Konsep Dasar.pdf
 
Fiqh zakat
Fiqh zakatFiqh zakat
Fiqh zakat
 

Dernier

Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh CityAbortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
jaanualu31
 
Sistem Informasi Akuntansi Perusahaan Sosro
Sistem Informasi Akuntansi Perusahaan SosroSistem Informasi Akuntansi Perusahaan Sosro
Sistem Informasi Akuntansi Perusahaan Sosro
mohhmamedd
 
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get CytotecAbortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Riyadh +966572737505 get cytotec
 
bsc ekonomi balance scorecard bahan tayang paparan presentasi sudah oke
bsc ekonomi balance scorecard bahan tayang paparan presentasi sudah okebsc ekonomi balance scorecard bahan tayang paparan presentasi sudah oke
bsc ekonomi balance scorecard bahan tayang paparan presentasi sudah oke
galuhmutiara
 
presentasi pertemuan 2 ekonomi pertanian
presentasi pertemuan 2 ekonomi pertanianpresentasi pertemuan 2 ekonomi pertanian
presentasi pertemuan 2 ekonomi pertanian
HALIABUTRA1
 
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotecAbortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Riyadh +966572737505 get cytotec
 
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganuang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
langkahgontay88
 

Dernier (18)

Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.pptKarakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
 
sejarah dan perkembangan akuntansi syariah.ppt
sejarah dan perkembangan akuntansi syariah.pptsejarah dan perkembangan akuntansi syariah.ppt
sejarah dan perkembangan akuntansi syariah.ppt
 
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh CityAbortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
 
Sistem Informasi Akuntansi Perusahaan Sosro
Sistem Informasi Akuntansi Perusahaan SosroSistem Informasi Akuntansi Perusahaan Sosro
Sistem Informasi Akuntansi Perusahaan Sosro
 
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get CytotecAbortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
 
Review Kinerja sumberdaya manusia pada perusahaan
Review Kinerja sumberdaya manusia pada perusahaanReview Kinerja sumberdaya manusia pada perusahaan
Review Kinerja sumberdaya manusia pada perusahaan
 
bsc ekonomi balance scorecard bahan tayang paparan presentasi sudah oke
bsc ekonomi balance scorecard bahan tayang paparan presentasi sudah okebsc ekonomi balance scorecard bahan tayang paparan presentasi sudah oke
bsc ekonomi balance scorecard bahan tayang paparan presentasi sudah oke
 
presentasi pertemuan 2 ekonomi pertanian
presentasi pertemuan 2 ekonomi pertanianpresentasi pertemuan 2 ekonomi pertanian
presentasi pertemuan 2 ekonomi pertanian
 
Slide-AKT-102-PPT-Chapter-10-indo-version.pdf
Slide-AKT-102-PPT-Chapter-10-indo-version.pdfSlide-AKT-102-PPT-Chapter-10-indo-version.pdf
Slide-AKT-102-PPT-Chapter-10-indo-version.pdf
 
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.pptPresentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
 
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxWAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
 
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotecAbortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
 
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsung
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsungSaham dan hal-hal yang berhubungan langsung
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsung
 
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxBAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
 
Memahami Terkait Perilaku Konsumen untuk bisnis
Memahami Terkait Perilaku Konsumen untuk bisnisMemahami Terkait Perilaku Konsumen untuk bisnis
Memahami Terkait Perilaku Konsumen untuk bisnis
 
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganuang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
 
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxPSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
 
kasus audit PT KAI 121212121212121212121
kasus audit PT KAI 121212121212121212121kasus audit PT KAI 121212121212121212121
kasus audit PT KAI 121212121212121212121
 

Pengertian sedekah

  • 1. PENGERTIAN SEDEKAH Sedekah Menurut Bahasa Perkataan sedekah berasal daripada kata kerja صدق . Perkataan “ صدق ” ini mempunyai beberapa erti. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Benar. 2. Lurus. ,”الجامع للأوصاف المحمودة“ . 3 Maksudnya: “Orang yang memiliki sifat-sifat terpuji dengan sempurna”. ,”مأ اعطيته في ذات الله للفقرأ“ . 4 Maksudnya “Perkara yang anda berikan kepada orang fakir kerana Allah”. Kesimpulannya, sedekah mengandungi pengertian yang menunjukkan kepada pemberian atau bantuan yang dihulurkan kepada mana-mana orang dengan ikhlas kerana Allah SWT. Ia juga merangkumi sifat yang terpuji di sisi syarak. Sedekah Menurut al-Quran Al-Quran menggunakan perkataan sedekah dalam pelbagai ayat. Hal ini dapat difahami daripada beberapa nas seperti berikut: 1. Firman Allah SWT:                    Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan
  • 2. (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah al-Taubah 9:103) Al-Qusyairi menegaskan bahawa Ikrimah berpendapat perkataan “sedekah” dalam ayat di atas bermaksud sedekah fardu iaitu zakat (al-Qurtubi,1996:8: 244). 2. Firman Allah SWT:                           Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah at-Taubah 9:60) Perkataan “sedekah” dalam ayat tadi bermaksud sedekah fardu iaitu zakat kerana diikuti dengan kata-kata “ فريضة من الله ” iaitu satu fardu daripada Allah SWT. Al-Qurtubi (1967,8: 168) menafsirkan maksud sedekah dalam ayat ini dengan perkataan “ صدقه ” apabila disebut secara mutlak (iaitu tanpa sebarang kaitan) dalam ayat al-Quran,maka ia dimaksudkan dengan sedekah fardu.
  • 3. 3. Firman Allah SWT:                   Maksudnya: Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu Yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. (Surah al-Baqarah 2: 196) Al-Qurtubi (1967, 3:381-384) ketika menafsirkan perkataan “sedekah” dalam ayat ini menegaskan dengan katanya: “Sedekah dengan erti kata memberi makan” seperti memberi gandum,tamar,syaair(barli) atau zabib(kismis) kepada fakir miskin. Berdasarkan hujah tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa perkataan sedekah di dalam al-Quran ditafsirkan kepada beberapa erti berdasarkan kedudukannya dalam mana-mana ayat yang berkaitan. Antaranya ialah sedekah wajib, pelupusan hutang, memberi lebih daripada sesuatu pembelaan, mengembalikan hak kepada empunya, memberi makan, keampunan, memberi keutamaan, memberi kelonggaran, dan sedekah “ .”تطوع Sedekah Menurut Al-Sunnah Antara hadith tentang sedekah: عن جابر قال : قال رسول الله عليه وسلم كل معروف صدقة. Maksud : Daripada Jabir menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Setiap amalan makruf (baik) adalah sedekah.
  • 4. (Ibn Hibban 1978,,5 :161) عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليم وسلم : تميط الأذى عن الطريق صدقة. Maksud : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW : Kamu membuang sesuatu yang membahayakan di tempat-tempat lalu-lalangnya adalah sedekah. (al-Bukhari 1377H,5 :114) Daripada beberapa hadith, dapat disimpulkan bahawa perkataan sedekah yang digunakan dalam beberapa pengertian iaitu sedekah wajib, zakat, pemberian, segala amalan baik yang dilakukan untuk diri sendiri atau orang lain, menghilangkan segala perkara yang boleh membawa kemudaratan ke atas manusia, meninggalkan segala perkara buruk, amar makruf, nahi mungkar, dan setiap manfaat yang lahir daripada sesuatu yang diusahakan oleh seseorang, kemudian manfaat itu digunakan oleh manusia ataupun haiwan. Malah perkataan sedekah merangkumi setiap yang makruf. Sedekah Menurut Istilah Ulama Perkataan sedekah mempunyai hubungan yang rapat dengan perkataan zakat. Ibn Hajar menegaskan : “Sesungguhnya perkataan sedekah digunakan kepada zakat, namun begitu ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau” (al-Asqalani 1959, 4:60). Daripada keterangan tersebut dapatlah difahami bahawa perkataan sedekah boleh dipakai secara timbal balik antara perkataan “zakat”. Berhubung dengan perkataan zakat pula, Nukhbah binti al-Karamah (1302 H,1 :30) menegaskan dengan katanya : Zakat menurut bahasa bereti kesuburan dan kebersihan, dan ia dipakai kepada erti sedekah wajib, sedekah sunat, nafkah, dan keampunan”. Daripada kata-kata Nukbah ini dapatlah difahami bahawa perkataan zakat walaupun digunakan secara bergilir-hilir dengan perkataan sedekah, tetapi pengertiannya lebih umum daripada perkataan zakat kerana perkataan sedekah mencakupi sedekah wajib,sedekah sunat, nafkah, dan keampunan. Berdasarkan kenyataan yang dipaparkan tadi dapatlah disimpulkan bahawa perkataan sedekah menurut istilah ulama ialah pemberian yang bertujuan untuk mendapatkan ganjaran pahala akhirat sama ada berbentuk wajib atau sunat. Ia sejajar dengan pengertian itu berkisar di sekitar pemberian yang berkaitan dengan harta benda.
  • 5. Konsep Sedekah Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya. Hukum Dan Syarat Memberi dan Menerima Sedekah Hukum memberi sedekah pada amnya adalah sunat dan tidak terikat dengan masa-masa tertentu untuk mengeluarkannya. Ia bergantung kepada kesanggupan dan keupayaan seseorang yang memberi, bukan seperti zakat yang mempunyai masa-masa dan syarat tertentu. Menerima sedekah pula hukumnya harus. Orang yang diberikan sedekah perlu menerima dengan rela hati. Makruh hukumnya jika seseorang menolak pemberian sedekah daripada orang lain tanpa sebab yang munasabah Walaubagaimanapun hukum memberi sedekah akan berubah mengikut keadaan atau situasi berikut: 1) Sunat : (keadaan) sepanjang masa. 2) Haram: (keadaan) sekiranya diketahui ia akan digunakan bagi tujuan maksiat. 3) Wajib: (keadaan) sekiranya terdapat di kalangan anggota masyarakat yang dalam kelaparan sedangkan seseorang itu mempunyai lebihan makanan yang diperlukannya). Rukun Sedekah 1. Pemberi : mestilah baligh dan berakal
  • 6. 2. Penerima : Layak memiliki iaitu orang-orang yang sangat berhajat, seperti kerana keadaannya terlantar sakit, tidak mampu untuk bekerja, keperluan hidup tidak mencukupi atau dengan kata lain pendapatannya tidak mampu menampung keperluan minimanya. Maka sedekah yang diberikan kepada orang yang mampu tidak sah tetapi bertukar menjadi hadiah. 3. Barangan : i)Mestilah wujud dan boleh diserahkan. ii) bernilai iii) dimiliki oleh pemberi 4. Ijab dan Qabul, ertinya: Pemberi menyatakan memberikan sesuatu dan Penerimanya menerima dengan rela dan gembira. Adab Memberi Sedekah 1. Ikhlas: dilakukan semata-mata keranaAllah dan bukan untuk mengharapkan balasan. 2. Merahsiakan pemberian: ia bertujuan mengelakkan rasa riak dalam diri seseorang. 3. Memberi barang yang disayangi: Untuk menggembirakan penerima dan mengelak pemberian barang yang sudah rosak dan tidak dapat digunakan. 4. Mengutamakan kaum kerabat dan jiran: mendahulukan kaum kerabat dan jiran berbanding orang lain.1 1 Charity S.O.S,Konsep Bersedekah dalam Islam, http://www.charitysos.org/2012/07/konsep-bersedekah- dalam-islam.html, 1 Disember 2013.
  • 7. SEDEKAH HARTA BENDA Harta benda merupakan antara perkara yang boleh dijadikan bahan untuk bersedekah. Sedekah harta benda boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: I. Sedekah wajib II. Sedekah sunat Sedekah wajib Sedekah wajib ini juga dikenali sebagai zakat. Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat menurut bahasa bererti berkat,subur,bersih, dan banyak. Menurut istilah pula,zakat dirujuk kepada nama bagi perkara yang dikeluarkan daripada harta benda atau diri(badan) dengan cara yang khusus. Zakat merupakan satu fardu yang dikenakan ke atas umat Islam. Zakat juga merupakan salah satu rukun Islam yang lima. 1) Zakat Harta Terdapat sebanyak tujuh jenis harta berdasarkan hadith yang diriwayatkan berhubung harta benda yang dikenakan zakat tidak termasuk perusahaan iaitu : a) Haiwan Ternakan Sebarang ternakan yang menjadi mata pencarian dan sumber ekonomi kepada masyarakat pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini dilakukan supaya masyarakat penternak yang menceburkan diri ke dalam bidang ternakan yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa juga berpeluang menunaikan ibadat zakat ini.
  • 8. b) Barang kemas Barang kemas yang diwajibkan zakat hanya perak dan emas. c) Biji-bijian Wajib zakat ke atas bijian seperti gandum. Manakala bijian lain atau bahan makanan lain yang berasakan perhumaan perlulah dikiaskan dengan gandum kerana semua bahan makanan itu menjadi rezeki kepada manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. d) Buah-buahan Buah-buahan seperti durian,rambutan,pisang,manggis dan lain-lain yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk yang memiliki iklim tertentu maka perlulah dikiaskan dengan tamar dan zabib, supaya umat Islam yang hidup dalam pelbagai iklim berpeluang berbuat ibadat zakat ini. e) Barang Perniagaan Pendapatan yang dihasilkan menerusi perniagaan diwajibkan zakat. Contohnya perniagan kain, makanan, perumahan, kenderaan dan lain-lain bahan dimana bahan-bahan itu menjadi keperluan, sumber rezeki,dan kekayaan kepada masyarakat. f) Harta Simpanan) الركاذ ) dan Galian ( (المعدن Rikaz dan ma’dan perlu diperluaskan kepada semua barang yang tertanam di dalam bumi dan dasar laut yang mempunyai nilai harga yang tersendiri,dan semua bahan galian yang menjadi sumber rezeki serta pendapatan kepada manusia sama ada galian yang berbentuk cecair gas,mahupun bijih, bukan hanya perak dan emas.
  • 9. g) Usaha ( (الكسب Perkataan “ كسب ” digunakan dengan makna yang umum iaitu termasuk segala bentuk perniagaan, perkhidmatan, dan perusahaan yang boleh mendatangkan rezeki, dan pendapatan yang disebut sebagai harta atau amwal. Oleh itu zakat kasb ini perlu diperlukan kepada semua bidang tadi secara menyeluruh. 2) Zakat Fitrah Ia disebut dengan zakat fitr dan juga sedekah fitr kerana kewajipannya disebabkan kehadiran Hari Raya Puasa pada satu Syawal, dan juga disebut sebagai zakat fitrah yang bererti khalqah(kejadian) seperti yang dimaksudkan dalam firman Allah SWT dalam surah ar-Ruum 30:30 yang bermaksud:        Maksudnya : Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya. Berdasarkan pengertian ini, zakat fitrah diwajibkan ke atas umat Islam keseluruhannya sama ada lelaki,wanita,yang merdeka,hamba,kanak-kanak dan orang dewasa. Namun demikian orang yang dituntut untuk menunaikan kewajipan ini ialah orang yang betanggujawab memberi nafkah kepada mereka. Zakat fitrah adalah bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan amalannya. SEDEKAH SUNAT Ada beberapa jenis sedekah yang berasaskan harta benda. Jenis sedekah tersebut adalah sunat.
  • 10. 1) Hibah Hibah merupakan salah satu cara untuk memberi dan mengurniakan harta benda kepada seseorang. Sesiapa sahaja harus menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Bapa juga boleh menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya dengan saksama. Cara ini agak terbaik bagi seseorang bapa untuk melihat dan melatih anak-anak menyelenggarakan harta yang diberikan kepadanya. 2) Hadiah Dari segi bahasa, hadiah diertikan sebagai pemberian. Manakala dari segi istilah pula bermakna sesuatu yang diberi kerana kasih sayang dengan maksud memberi penghormatan kepada orang yang menerima hadiah. Ia juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang diambil tanpa syarat pertolongan. 3) Wasiat Perkataan wasiat dari segi bahasa diertikan sebagai sambungan atau hubungan. Manakala dari segi istilah pula,wasiat bermaksud membuat perjanjian, dan perjanjian itu akan terlaksana sesudah meninggal dunia. Wasiat adalah amalan yang digalakkan oleh Islam kepada umatnya. Kadar wasiat yang diharuskan adalah sekadar satu per tiga sahaja daripada hartanya. Wasiat kepada kaum kerabat lebih utama dilakukan,seterusnya sahabat handai dan lain-lain. Perkara yang diwasiatkan menjadi kenangan abadi kepada penerimanya daripada yang mewasiatkan. Sebahagian daripada orang salaf mengharuskan wasiat kepada waris berdasarkan keperluan waris tersebut kerana ada antara mereka yang sudah kaya raya da ada juga yang papa. Contohnya seorang isteri yang dicerai oleh suaminya dan tidak mempunyai keluarga lain selain anaknya dan anaknya berpendapat peruntukan pusaka yang ditetapkan untuk ibunya adalah tidak mencukupi. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan wasiat untuk kebaikan bagi
  • 11. golongan ini. (Muhammad Rashid Ridha t.t, 2 : 136-137). Kesimpulannya, wasiat adalah antara amalan yang digalakkan oleh Islam kepada umatnya. Wasiat kepada kaum kerabat lebih utama dilakukan, seterusnya sahabat handai, dan lain-lain. Perkara yang diwasiatkan menjadi kenangan abadi kepada penerimanya yang mewasiatkan. 4) Wakaf Wakaf dari segi bahasa bermaksud tahan. Dari segi istilah pula,wakaf diertikan sebagai pencegahan daripada menjual asal(harta) dengan cara yang khusus dan disedekahkan faedah dan hasilnya. Ia juga ditakrifkan sebagai penahanan harta yang berfaedah serta kekal ainnya daripa menjualnya dan juga sebarang muamalat yang lain. 5) Ibra’al-Dain (Pelepasan hutang) Yang dimaksudkan dengan ibra’al-Dain di sini ialah “Tuan hutang (pemiutang) mengampun dan menyedekahkan hutangnya kepada si berhutang”. Ganjaran bagi orang yang menyedekahkan hutang nya kepada si berhutang ialah Allah akan memberi keampunan kepadanya. 6) Penguguran hak Apa yang dimaksudkan hak dalam perbahasan ini ialah suatu ganjaran atau balasan yang perlu diterima oleh seseorang sama ada berbentuk harta benda seperti diat atau bukan harta benda seperti qisas iaitu melakukan kecederaan yang sama dengan kecederaan yang dialaminya ke atas pesalah. Pengguguran terhadap hak-hak ini adalah menjadi sedekah. Allah akan meningkatkan darjat kepada mana-mana orang yang memberi keampunan secara ikhlas terhadap orang yang melakukan sebarang kezaliman ke atas dirinya.
  • 12. KESAN SEDEKAH KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT SEDEKAH WAJIB ( ZAKAT) I. Menyempurnakan Rukun Islam. Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Sesiapa dalam kalangan umat Islam yang memiliki harta benda yang sampai kepada had wajib zakat,maka dia berkewajipan untuk menunaikan zakat harta tersebut. Sekiranya dia tidak menunaikannya maka tidak sempurnalah rukun Islamnya. Daripada Ibn Umar menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : بني الأسلام على خمس شهاداة أن إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان. Maksud : Islam dibina atas lima (perkara) iaitu menyaksikan sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah,mendirikan solat,memberi zakat,(melaksanakan ibadat) haji, dan (menunaikan puasa di bulan Ramadhan). (al-Asqalani 1989,1:49) Mana-mana orang Islam yang menyempurnakan rukun Islam ini dengan baik dan sempurna,maka dia akan mendapat kejayaan di akhirat. II. Jaminan Kewangan kepada Golongan yang Tertentu. Zakat merupakan kumpulan dana harta yang menjadi jaminan hidup kepada
  • 13. golongan dan bidang tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT menerusi firman-NYA:                           Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah 9:60) Dengan yang demikian pengagihan dan pengaliran harta daripada orang yang kaya kepada golongan dan saluran seperti yang dinyatakan itu diharapkan dapat mewujudkan hubungan kasih sayang dan saling menghargai antara satu sama lain yang melambangkan kemesraan dan keharmonian yang amat mendalam dalam kalangan mereka. SEDEKAH SUNAT (TATAWWU’) I. Mendapat Pahala yang Besar Sesiapa sahaja dalam kalangan umat Islam yang bersedekah dan menderma sesuatu yang berfaedah kepada orang lain maka dia akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah pada hari akhirat. Antaranya
  • 14. akan mendapat lindungan daripada Allah SWT di padang mahsyar. II. Menjadi Benteng Api Neraka Amalan sedekah dan menderma boleh menjadi kifarah dan penebus kesalahan seseorang kepada keluarga,harta, dan jirannya. III. Mendapat Doa Kebaikan daripada Malaikat Pada setiap hari Allah SWT menurunkan dua malaikat bagi menemani setiap manusia. Satu daripadanya bertugas untuk berdoa kepada Allah supaya memberi gantian kepada temannya yang bersedekah manakala yang satu lagi berdoa supaya membinasakan temannya yang bakhil. Rasulullah SAW menegaskan bahawa orang yang bersedekah dan menderma adalah lebih baik. Abdullah ibn Umar r.a menyatakan bahawa Rasullah SAW bersabda : اليد العليا خير من اليد السلفى فاليد العليا هي المنفقة والسلفى هي السائلة Maksud: Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas ialah tangan yang menderma dan (tangan) yang di bawah ialah tangan yang meminta-minta. IV. Menghapuskan Sifat Bakhil Sifat bakhil merupakan sifat yang tidak disukai oleh Allah SWT. Seseorang Muslim sepatutnya tidak bersifat bakhil. V. Pemilik Harta Hanya sebagai Wakil
  • 15. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa pemilik mutlak kepada alam semesta ini hanyalah Allah SWT. Firman-Nya :          Dan bagi Allah jualah Kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk). (Surah an-Nur 24: 42) VI. Pahala Sedekah Sampai kepada Si Mati Amalan sedekah boleh dilakukan oleh sesorang semasa hidup. Sedekah juga boleh dilakukan oleh seseorang dengan maksud menghadiahkan pahalanya kepada orang lain yang sudah meninggal dunia VII. Menyemai Sikap Saling menghormati Amalan sedekah,hadiah, dan menderma merupakan asas dan benih yang boleh melahirkan perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain sama ada sesama jiran atau sebaliknya. VIII. Menyemai Sikap Kasih sayang antara Satu Sama Lain Sedekah merupakan amalan yang digalakkan oleh Islam. Ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Antaranya mampu memupuk ikatan kasih sayang antara satu sama lain. Malah ia berupaya mengubah perasan benci yang tertanam dalam lubuk jiwa seseorang kepada perasaan kasih sayang terhadap orang tersebut.2 2 Ariffin Omar (2006), Sedekah Jaminan Keharmonian Umat Menurut Sunah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, m/s 1-215.
  • 16. SEDEKAH KEPADA AHLI KELUARGA Sedekah merupakan amalan yang digalakkan oleh Islam kepada umatnya secara berterusan. Amalan sedekah bukan sahaja menjanjikan pahala di akhirat,malah ia memberi ganjaran yang dapat dinikmati oleh penderma di dunia ini lagi terutamanya kalau pendermaan itu berlaku antara kerabat. Ikatan silaturahim antara kerabat perlu dipupuk dan disuburkan pada setiap masa. Kunjung-mengunjung dan bantu-membantu, baik daripada sudut kewangan atau sebagainya antara yang boleh mengeratkan silaturahim antara kerabat. Dalam sebuah hadith yang panjang diriwayatkan oleh Zainab, isteri kepada Abdullah, bahawasanya beliau dan seorang wanita daripada golongan Ansar datang ke rumah Rasulullah SAW untuk bertanya berhubung dengan sedekah yang akan diberikan kepada suami dan anak-anak yatim yang berada di bawah jagaan mereka. Namun demikian mereka berdua tidak berani untuk bertanyakan sendiri secara secara terus kepada Rasulullah SAW. Oleh itu mereka meminta supaya Bilal menyampaikan pertanyaan itu kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya: لهما أجران أجر القرابة وأجر الصدقة Maksud: Kedua-duanya mendapat pahala ;pahala kerabat dan pahala sedekah. (Muslim ibn Hajjaj 1955, 3:80)
  • 17. Daripada hadith itu dapatlah difahami bahawa sedekah dan derma yang diberikan kepada kaum kerabat adalah lebih baik daripada yang diberikan kepada mana-mana orang tidak mempunyai hubungan kekerabatan, kerana sedekah yang diberikan kepada kaum kerabat akan menerima dua pahala; pahala sedekah dan pahala mengeratkan tali silaturahim antara kerabat. Seseorang Muslim digalakkan supaya memberi bantuan kewangan dan sebagainya kepada kaum kerabat mereka, sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya. Jika ada ahli keluarga kita yang miskin maka dahulukan ahli keluarga kita sendiri sebelum bersedekah kepada orang lain yang bukan ahli keluarga. Jika tidak ada ahli keluarga kita yang miskin maka keutamaan sedekah kita adalah kepada orang miskin tegar yang terdapat di dalam masyarakat kita. Mengabaikan ahli keluarga sendiri yang miskin dan memerlukan bantuan adalah satu sifat tercela dan dimurkai oleh Allah SWT. Saranan supaya dimulakan sedekah kepada mereka yang menjadi tanggunganmu menjelaskan keutamaan bersedekah iaitu dengan mendahulukan keluarga di bawah tanggungan yang memerlukan bantuan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu." (Hadis riwayat Muslim) Niat bersedekah juga perlu melihat kepada pihak yang ingin diberi sumbangan kerana ada sesetengah pihak bersedekah kepada orang lain, tetapi ahli keluarga tidak diberi perhatian sedangkan mereka juga mengharapkan sumbangan. Rasulullah SAW menjelaskan melihat keperluan bersedekah kepada golongan yang ingin dibantu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada orang miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim." (Hadis riwayat Ahmad)
  • 18. Jika seseorang bersedekah sedang dia tidak memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya, maka dia dianggap berdosa kerana mengutamakan amalan sunat bersedekah berbanding amalan diwajibkan baginya iaitu memenuhi segala keperluan keluarganya. Sabda Nabi SAW: "Cukup seseorang dinilai berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya." (Hadis riwayat Muslim) Jangan pula kerana terlalu ghairah untuk bersedekah, konon ingin mendapat keredaan serta ganjaran pahala, kita lupa tanggungjawab menyelesaikan urusan termasuk melunaskan hutang. Jika seseorang jauh daripada pertolongan serta perlindungan Allah, jiwanya lebih cenderung untuk melakukan perkara diharamkan. Selagi seseorang itu mampu untuk bekerja dia perlu berusaha bersungguh-sungguh memenuhi keperluan hidup bagi diri dan keluarga daripada hasil titik peluhnya dan jangan mengambil jalan mudah dengan menjadi peminta sedekah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi." (Hadis riwayat al-Bukhari) Hadis ini ialah dalil diharamkan seseorang itu menjadi peminta sedekah selagi dia masih mampu bekerja. Mereka yang suka meminta sedangkan mampu bekerja tetapi malas ialah golongan yang dicela. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang lelaki yang sentiasa meminta daripada orang lain, pada hari kiamat yang akan datang, pada wajahnya tidak ada sedikit daging pun." (Hadis riwayat al-Bukhari) Justeru, berusaha untuk mengelakkan diri daripada sikap suka meminta, apatah lagi bagi mereka yang sudah dicukupkan Allah rezeki, tetapi masih suka mendapat barangan yang diberi orang lain semata-mata untuk menambah apa yang ia ada.
  • 19. Lebih baik pihak yang dikurniakan Allah rezeki, bersedekah kepada mereka yang memerlukan terutama barangan yang ia sayang, tetapi barang itu mendatangkan manfaat lebih kepada orang lain.