5. KATA NAMA KHAS
KATA NAMA KHAS CONTOH
BENDA Proton Satria Neo, Parker,
Microsoft, Nokia
MANUSIA Fiona, Pak Cik Abu, Mak Siti
TEMPAT Jerantut, Megamall, Sungai Isap
Damai
BINATANG Comel, Sang Bedal, Pak Belang,
Si Tompok
PANGKAT Perdana Menteri, Yang di-
Pertuan Agong, Menteri Basar
::azwiraariwana0110:MORFOLOGI BAHASA MELAYU
6. TIP KATA NAMA AM & KHAS
kata nama am dan khas berkonsep
- konkrit yang boleh dipegang, disentuh dan dilihat.
Contoh: meja, kereta Proton Perdana, telefon Samsung
- abstrak yang tidak boleh dipegang, disentuh, dilihat
dan sekadar dalam bayangan sahaja.
Contoh: masalah, mimpi, Allah, angin, malaikat Jibril
jika berkonsepkan konkrit maka kata sendi di digunakan.
Contoh: Buku itu ada di atas meja guru.
jika berkonsepkan abstrak maka tidak boleh
menggunakan kata sendi di.
Contoh: Ibu menghadiahkan seutas jam tangan atas
kecemerlangan saya dalam peperiksaan akhir
tahun.
8. TIP KATA GANTI NAMA DIRI
Boleh disingkatkan menjadi -ku, kau, -mu
dan -nya
Semua kata ganti nama yang disingkatkan
perlu ditulis sebelum atau selepas kata
dasar. Contohnya padamu, kutanya,
masalahnya, kaulihat
Namun, kata singkatan kau boleh berdiri
dengan sendiri sekiranya terdapat
imbuhan pada kata dasar. Contohnya,
kau menghadiahkanku sebentuk cincin.
10. TIP KATA GANTI NAMA TANYA
partikel –kah perlu ditulis sekiranya kata
tanya berada di depan ayat.
Contoh: Berapakah jumlah subjek yang
diajar di sekolah itu?
Namun, sekiranya kata tanya berada di
belakang ayat maka tidak perlu ditambah
–kah pada kata tanya tersebut.
Contoh: Ayah kamu siapa?
12. TIP KATA NAMA TUNJUK
Kata nama tunjuk ini dan itu boleh
berfungsi dalam dua bentuk:
i. Subjek ayat : Ini baju.
ii. Penentu : Baju ini cantik.
Kata nama tunjuk tempat
i. situ merujuk tempat yang jauh tapi masih
boleh dilihat
ii.sana merujuk tempat yang jauh dan
dihalang daripada pandangan mata.
14. TIP KATA GANTI NAMA
TAK TENTU
Kata ganti nama tak tentu adalah hasil pengulangan
kata ganti nama tanya namun kata ganti nama tak
tentu tidak boleh ditulis dalam ayat tanya dan
sebaliknya.
i. Apa-apa yang hendak diberitahu kepada emak
nanti? (SALAH)
ii. Apakah yang hendak diberitahu kepada emak nanti?
(BETUL)
iii. Apa yang kamu tidak fahami, sila maklumkan
kepada saya. (SALAH)
iv. Apa-apa yang tidak kamu fahami, sila maklumkan
kepada saya. (BETUL)