Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
K2 SEJ SPM 2009
1. Bahagian A
[40 markah]
1. Rajah berikut berkaitan dengan sistem perundangan kerajaan Melayu di Tanah Melayu
sebelum kedatangan penjajah Barat.
a) Nyatakan dua undang-undang tidak bertulis.
(i)
(ii)
[2 markah]
b) Senaraikan dua undang-undang bertulis.
(i)
(ii)
[2 markah]
c) Beri dua bukti pengaruh Islam dalam sistem perundangan kerajaan Melayu.
(i)
(ii)
[2 markah]
Undang-Undang Kerajaan Melayu
Undang-undang tidak bertulis
Undang-undang bertulis
2. d) Apakah perkara yang terkandung dalam undang-undang kerajaan Melayu ?
(i)
(ii)
[2 markah]
e) Pada pandangan anda, apakah kepentingan undang-undang dalam kehidupan
manusia?
(i)
(ii)
[2 markah]
2. Jadual berikut berkaitan dengan Zaman Renaissance.
Kurun Peristiwa Sejarah
Ke-14 Zaman Renaissance bermula di Itali
a) Apakah maksud Renaissance ?
[1 markah]
b) Mengapakah Zaman Renaissance bermula di Itali ?
(i)
(ii)
[2 markah]
3. c) Senaraikan dua orang tokoh Renaissance di Itali.
(i)
(ii)
[2 markah]
d) Apakah kesan Zaman Renaissance ?
(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]
e) Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada Zaman
Renaissance untuk kemajuan negara dan bangsa Malaysia ?
(i)
(ii)
[2 markah]
3. Rajah berikut berkaitan dengan kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
Faktor Kemunculan
Nasionalisme di Asia
Tenggara
Karya kesusasteraan
X
Sistem pendidikan Pengaruh luar
Y
4. a) Apakah X dan Y ?
X :
Y :
[2 markah]
b) Bagaimanakah sistem pendidikan dapat membangkitkan semangat nasionalisme?
(i)
(ii)
[2 markah]
c) Senaraikan dua buah karya kesusasteraan yang membangkitkan semangat
nasionalisme di Asia Tenggara.
(i)
(ii)
[2 markah]
d) Nyatakan dua pengaruh luar yang mempengaruhi kemunculan nasionalisme di Asia
Tenggara.
(i)
(ii)
[2 markah]
e) Andaikan anda seorang pengerusi persatuan sejarah di sekolah. Cadangkan dua
aktiviti persatuan yang boleh memperkukuh semangat nasionalisme dan patriotisme
dalam kalangan warga sekolah anda.
(i)
(ii)
[2 markah]
5. 4. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor atau Perlembagaan Negeri Johor telah
diperkenalkan pada tahun 1895.
a) Siapakah yang memperkenalkan undang-undang tubuh tersebut ?
[1 markah]
b) Apakah tujuan undang-undang tubuh tersebut diperkenalkan ?
(i)
(ii)
[2 markah]
c) Berdasarkan undang-undang tubuh tersebut, nyatakan dua syarat penabalan seorang
sultan.
(i)
(ii)
[3 markah]
d) Nyatakan bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan berikut berdasarkan undang-
undang tubuh tersebut.
(i) Majlis Negeri :
(ii) Jemaah Menteri :
[2 markah]
6. e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada
negara kita ?
(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]
7. Bahagian B
[60 markah]
5. (a) Terangkan faktor perkembangan :
(i) Kerajaan agraria [6 markah]
(ii) Kerajaan maritim [6 markah]
(b) Buktikan bahawa kedua-dua kerajaan tersebut saling bergantungan atau saling
melengkapi antara satu sama lain. [4 markah]
(c) Berdasarkan pengkajian anda terhadap kedua-dua kerajaan tersebut, nyatakan iktibar
yang boleh dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan negara dan bangsa
Malaysia. [4 markah]
6. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah bermula pada sekitar awal abad ke-14 dan berakhir
pada awal abad ke-20.
(a) Jelaskan sejarah pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah. [5 markah]
(b) Terangkan faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke benua
Eropah. [10 markah]
(c) Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah
untuk kegemilangan negara dan bangsa Malaysia. [5 markah]
7. Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan politik di negara kita sebelum merdeka.
Tarikh Peristiwa
1 Februari 1948 British membentuk Persekutuan Tanah Melayu
(a) Terangkan faktor British mengambil tindakan di atas. [10 markah]
(b) Jelaskan tuntutan orang Melayu semasa proses pembentukan persekutuan tersebut.
[4 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia ? [6 markah]
8. (a) Apakah maksud pakatan murni ? [2 markah]
(b) Terangkan usaha penduduk pelbagai kaum mengadakan pakatan murni sehingga
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. [10 markah]
8. (c) Semangat kerjasama dan toleransi dalam pakatan murni perlu dihayati dan diamalkan
oleh rakyat Malaysia.
(i) Pada pendapat anda, mengapakah semangat tersebut perlu dihayati dan
diamalkan ? [4 markah]
(ii) Cadangkan empat cara untuk mengekalkan penghayatan dan pengamalan
semangat tersebut oleh warga Malaysia. [4 markah]
9. Rajah berikut berkaitan dengan tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari tahun 1957
hingga tahun 2003.
(a) Jelaskan tentang dasar luar Malaysia pada tahap pertama. [8 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Malaysia mengamalkan dasar
berkecuali mulai tahun 1970 ? [6 markah]
(c) Bagaimanakah Malaysia melaksanakan dasar luar pada tahap ketiga ? [6 markah]
1957 1970 1981 2003
Tahap Pertama Tahap Kedua Tahap Ketiga
(Pro-Barat) (Berkecuali) (Berkecuali dan
Kepentingan Ekonomi)