PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
Minit mesyuarat kurikulum sk rps banun bil 1 2021
1. SK RPS BANUN
33300 GERIK
PERAK DARUL RIDZUAN
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2021
Tarikh : 14 JANUARI 2021
Hari : KHAMIS
Masa : 9.00 PAGI
Tempat : BILIK GERAKAN SK RPS BANUN
Kehadiran:
1. En. Mohd. Lizzadaroff bin Mohamed Guru Besar (Pengerusi)
2. En. Mohd. Rezal bin Shuib PK Pentadbiran
3. En. Samsudin bin Said PK Hal Ehwal Murid
4. En. Muhd. Salahuddin Al-Jauhari bin Johar Penyelaras Menengah
5. Cik Hamidah binti Mohammad SU Kurikulum (Rendah)
6. En. Mohd. Faizal bin Mohd. Fauzi Kaunselor
7. En. Mohd. Ruzai bin Mohamed
8. En. Mohd. Fadzil bin Ismail
9. En. Mohd. Taqiyudin bin Ismail
10.En. Mohd. Ridzuan bin Ahmad
11.En. Mohd. Nazri bin Mohd. Razali
12.En. Azmee bin Mohd. Adnan
13.En. Mahadi bin Yunus
14.En. Hussin bin Saleh
15.En. Noor Hisyam bin Saari
16.En. Muhd. Syafiq Izzat binti Muhd. Razali
17.En. Che Abdullah bin Che Yusof
18.En. Che Mohd. Norezlan bin Che Mustapha
19.En. Md. Hafid bin Md. Hassan
20.Cik Shakinah binti Mat
21.Cik Nurkhairunnisa binti Shaharuddin
22.Pn. Ros Syazni Syazwi Raffi binti Abd. Rashid
23.Pn. Atira a/p Sabri
24.Pn. Norazira binti Busu Hassan
Tidak Hadir Bersebab:
1. En. Mohd. Khairzan bin Mohd. Rathi
2. En. Mohd. Zulpan bin Mahadi
3. En. Rimon a/l Angkai
4. En. Muhammad Syahir bin Yusoff
5. En. Ismail bin Azizan
2. Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengurusan Panitia
3. Pengajaran dan Pemudahcaraan
4. Pentaksiran Sekolah dan PBD
5. Data IPPK Prasekolah
6. Pemulihan Khas
7. Perancangan Peningkatan Akademik
8. Kewangan
9. Hal-hal lain
10.Penutup
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua
guru kerana menghadirkan diri di mesyuarat kali ini serta mengalu-
alukan semua kea lam pengajaran dan pemudahcaraan di tahun 2021.
1.2 Pengerusi memaklumkan hala tuju sekolah perlu menjadi pegangan
semua guru:
1.2.1 Meningkatkan keupayaan guru dalam PdPc.
1.2.2 Melestarikan ICT sebagai sumber ke arah membudayakan
PAK21.
1.2.3 Meningkatkan kemahiran 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira
dan Menaakul murid Tahap 1.
1.2.4 Mengoptimumkan keupayaan dan kemenjadian guru pada tahap
lebih cemerlang.
1.3 Pengerusi meminta perhatian semua ahli mesyuarat untuk mengambil
tindakan kepada perkara-perkara berikut:
1.3.1 Tiada murid yang mendapat Tahap Penguasaan 1 dan 2 dalam
Pentaksiran Bilik Darjah.
1.3.2 PdPc berkonsepkan didik hibur dan berasaskan TMK.
1.3.3 PLC diteruskan dengan lebih efisien dan berkesan.
1.3.4 Memperkasakan program sokongan seperti HIP, aktiviti panitia,
pusat sumber dan sebagainya.
1.3.5 Memastikan suasana kondusif untuk semua murid belajar.
Tindakan: Semua guru
3. 2.0 Pengurusan Panitia
2.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Panitia dan Ahli
Jawatankuasa Kurikulum yang dilantik bagi sesi 2021.
2.1.1 Senarai Ketua Panitia Sekolah Rendah:
2.1.2 Senarai Ketua Panitia Sekolah Menengah:
BIL. NAMA KETUA PANITIA PANITIA MATA PELAJARAN
1
CHE MOHAMAD NOREZLAN BIN
CHE MUSTAPHA
BAHASA MELAYU
2 MOHD RUZAI BIN MOHAMED BAHASA INGGERIS
3 SHAKINAH BINTI MAT SAINS
4 MOHD FADZIL BIN ISMAIL MATEMATIK
5 HUSSIN BIN SALEH PENDIDIKAN ISLAM
6 AZMEE BIN MOHD ADNAN PENDIDIKAN MORAL
7 MOHD ZULPAN BIN MAHADI
PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
8 GURU X PENDIDIKAN SENI VISUAL
9 ISMAIL BIN AZIZAN SEJARAH
10 MAHADI BIN YUNUS RBT
11
MUHAMMAD SALAHUDDIN AL-
JAUHARI BIN JOHAR
GEOGRAFI
BIL. NAMA KETUA PANITIA
PANITIA MATA
PELAJARAN
1 NORAZIRA BINTI BUSU HASSAN BAHASA MELAYU
2 NOOR HISYAM BIN SAARI BAHASA INGGERIS
3 MOHD KHAIRZAN BIN MOHD RATHI SAINS
4 SAMSUDIN BIN SAID MATEMATIK
5
ROS SYAZNI SYAZWI RAFFI BT ABD
RASHID
PENDIDIKAN ISLAM
6 CHE ABDULLAH BIN CHE YUSOFF PENDIDIKAN MORAL
7 MD. HAFID BIN MD HASSAN BAHASA ARAB
8 MOHD RIDZUAN BIN AHMAD
PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN
9 RIMON A/L ANGKAI PENDIDIKAN MUZIK
10 MOHAMAD TAQIYUDIN BIN ISMAIL
PENDIDIKAN SENI
VISUAL
11 MOHD REZAL BIN SHUIB SEJARAH
12 MOHD LIZZADAROFF BIN MOHAMED RBT DAN TMK
4. 2.2 Pengerusi berharap jentera Jawatankuasa sesi 2020 memainkan
peranan yang lebih aktif dan bergerak dengan proaktif bagi memastikan
kecemerlangan sekolah dapat dicapai seperti dirancang.
2.3 Pengurusan fail panitia mulai 2020 ialah satu fail sahaja bagi setiap
panitia.
2.4 Semua mesyuarat panitia perlu dihadiri oleh seorang pentadbir sekolah.
Tindakan: Semua guru
3.0 Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
3.1 Pengerusi memaklumkan:
3.1.1 Semua guru menggunakan Sistem CIDS untuk membina e-RPH
bermula sesi persekolahan tahun 2021.
3.1.2 Bengkel CIDS telah diadakan pada 16 Disember 2020 yang
dikendalikan oleh Penyelaras CIDS, Cik Hamidah binti
Mohammad dan Penyelaras Google Classroom, En. Muhd.
Syafiq Izzat binti Muhd. Razali
3.1.3 Jadual Waktu Sesi 2021:
3.1.3.1 Digunakan dahulu sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan.
3.1.3.2 Terdapat beberapa orang guru yang perlu mengajar mata
pelajaran bukan opsyen mengikut keperluan.
3.1.3.3 Semua guru diharap dapat menerima dengan positif.
3.1.4 PdPc yang dirancang mesti berdasarkan dasar KPM dan hala tuju
sekolah iaitu PAK 21.
Tindakan: Semua guru
4.0 Pentaksiran Sekolah dan PBD
4.1 Pengerusi memaklumkan:
4.1.2 Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 melibatkan murid Tahun 1, 2 dan
3 dan Tahap 2 melibatkan Tahun 4, 5 dan 6 manakala bagi aliran
menengah melibatkan Tingkatan 1, 2 dan 3.
4.2 Pentaksiran Bilik Darjah:
4.2.1 Pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan perkembangan, kemajuan dan
pencapaian murid.
5. 4.2.2 Borang Pelaporan PBD mesti sentiasa berada bersama guru
setiap kali PdPc dan dihantar kepada SU PBD seperti yang telah
dijadualkan.
4.2.3 Cik Hamidah membentangkan data PBD Tahun 1 hingga 6.
(Rujuk Lampiran 1 )
4.2.4 En. Mohd Fadzil bin Ismail membentangkan data PBD Tingkatan
1 hingga 3. ( Rujuk Lampiran 2 )
Tindakan: Semua guru
5.0 Data IPPK Prasekolah
5.1 En. Mohd. Nazri bin Mohd Razali membentangkan data IPPK
Prasekolah bagi tahun 2020. ( Rujuk Lampiran 3 )
5.2 En. Mohd. Nazri bin Mohd Razali memaklumkan pada sesi
persekolahan tahun 2021, terdapat seramai 4 orang murid memasuki
prasekolah.
Tindakan: Guru Prasekolah
6.0 Pemulihan Khas
6.1 Mesyuarat dimaklumakan oleh guru Pemulihan Khas, murid dibimbing
mengikut sukatan pelajaran Pemulihan Khas yang telah ditetapkan bagi
Pemulihan Khas Bahasa Melayu dan Matematik.
6.2 Murid Pemulihan Khas yang terlibat terdiri daripada murid Tahun 1 dan
2 yang lemah kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan
mengira.
6.3 Pn. Atira a/p Sabri memaklumkan pada sesi persekolahan tahun 2021
terdapat sejumlah 15 orang murid Tahun 2 dan 15 orang murid Tahun 3
akan terlibat dengan Pemulihan Khas.
6.4 Pn. Atira a/p Sabri juga memaklumkan beberapa isu pemulihan khas
iaitu:
6.4.1 Kebanyakan murid pemulihan khas mempunyai peratus kehadiran
yang tidak memuaskan.
6.4.2 Murid pemulihan khas tidak dapat menulis dengan kemas dan
cantik.
6.4.3 Murid pemulihan khas kurang latihan membaca di rumah.
6.5 Pn. Atira a/p Sabri memaklumkan beberapa langkah intervensi telah,
sedang dan akan diambil dari semasa ke semasa iaitu:
6. 6.5.1 Guru pemulihan khas menziarahi atau mengadakan perjumpaan
dengan ibu bapa dan penjaga murid yang bermasalah dalam
kehadiran ke sekolah.
6.5.2 Guru pemulihan khas mengadakan latihan menulis setiap 5 minit
pertama sebelum PdPC dan pertandingan tulisan cantik setiap
bulan.
6.5.3 Guru pemulihan khas membekalkan murid dengan bahan bacaan
mudah setiap hari untuk dibaca di rumah.
6.5.4 Guru pemulihan khas mengadakan perjumpaan bersama ibubapa
dan penjaga secara berkala bagi membincangkan prestasi anak
mereka.
Tindakan: Guru Pemulihan Khas, Guru Tahun 1 dan 2
7.0 Perancangan Peningkatan Akademik
7.1 Cik Hamidah membentangkan Perancangan Peningkatan Akademik
bagi sesi persekolahan tahun 2021. (Rujuk Lampiran 4)
Tindakan: Semua guru
8.0 Kewangan
8.1 Pengerusi memaklumkan peruntukan PCG utuk panitia sesi 2020 belum
diperolehi.
8.2 Pengerusi menegaskan beberapa panduan yang perlu diambil perhatian
oleh ketua panitia.
8.2.1 Setiap barangan atau alatan yang dibeli mesti diminitkan di dalam minit
mesyuarat panitia masing-masing.
8.2.2 Pembelian mestilah terancang dan sesuai dengan keperluan panitia
masing-masing mengikut peruntukan yang diberi.
8.2.3 Barang yang dibeli mesti dilabel dan diletakkan ditempat yang
disediakan kerana ianya ialah aset panitia.
8.2.4 Rancang pembelian dengan berhemah dan penggunaan yang optimum.
Tindakan: Semua guru
9.0 Hal-hal Lain
9.1 Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Panitia perlu diadakan sebanyak
empat kali setahun.
9.2 Pengerusi memaklumkan Dialog Prestasi perlu diadakan selepas
Pentaksiran Bilik Darjah dijalankan.
7. 9.3 Pengerusi memaklumkan pada tahun 2020 semua warga Pendidikan
dan murid mengalami situasi baharu dalam pengajaran dan
pembelajaran bermula pada bulan Mac 2020 iaitu pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR). Oleh itu, semua guru perlu
membiasakan diri dengan normal baharu dalam sistem pendidikan
semasa.
9.4 Cik Hamidah memaklumkan kepada guru-guru yang mengalami
masalah dalam penggunaan Sistem CIDS boleh menghubungi beliau
untuk khidmat bantuan.
Tindakan: Semua guru
10.0 Penutup
10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana
menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang sesi
persekolahan tahun 2020.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.
Disediakan oleh,
………………….
HAMIDAH BINTI MOHAMMAD
Setiausaha Kurikulum
SK RPS Banun
Disemak oleh,
……………………….
REZAL BIN SHUIB
PK Pentadbiran
SK RPS Banun
Disahkan oleh,
………………………
MOHD. LIZZADAROFF BIN MOHAMED
Guru Besar
SK RPS Banun