SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
1
Pengenalan
Menjelang wawasan 2020, Negara kita menekankan kepentingan melahirkan warga
Negara yang kreatif dan inovatif. Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
lebih memberii penekanan kepada usaha-usaha melahirkan lebih ramai individu yang
mampu memenuhi keperluan Negara menjelang wawasan 2020 nanti untuk membangunkan
dan memajukan lagi Negara. Usaha ini dilihat selaras denga aspirasi Pendidikan Seni Visual
kerana ia dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membantu mengembangkan fikiran kreatif
pelajar. Pendidikan Seni Visual dahulnya dikenali sebagai Penidikan Seni. Pertukaran ini
adalah disebabkan oleh skop pembelajaran murid di sekolah yang menjurus kepada seni
tampak.
Pendidikan Seni Visual bukan sahaja memberii peluang kepada pelajar memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberii kesedaran serta kepekaan terhadap nilai-
nilai seni dan alam sekitar, malah ia juga membantu perkembangan diri pelajar, dan
membentuk permikiran kreatif. Matapelajaran ini juga adalah salah satu penyumbang
terpenting dalam membentuk masyarakat yang kreatif yang mampu berbakti kepada
masyarakat dan eknomi negara pada masa akan datang.
Guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam memperkembangkan
sifat kreatif pelajar melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Melalui aktiviti
berfikir, meneroka dan mereka bentuk, pelajar dapat menyatakan idea dan ekspresi diri
mereka. Melalui pengalamn yang diperolehi sewaktu menjalankan aktiviti tersebut, pelajar
dapat membina keyakinan diri, menilai dan mengenali cita rasa mereka. Seperti kenyataan
Lucas (2001), kreativiti akan terhasil apabila kebijaksanaan individu berkerjasama seara
keseluruhan.
2
Selain membantu perkembangan kreativiti pelajar dan penjanaan idea, proses
pembelajaran yang wujud adalah bersifat bebas dan memberii peluang kepada mereka untuk
meneroka dengan lebih mendalam dalam percubaan menghasilkan karya yang baik. Di sini
guru berperanan merangsang pengetahuan sedia ada pelajar kerana mereka membesar dengan
sifat yang tersendiri mengikut fitrah tumbesaran semulajadi mereka. Maka hasil karya mereka
juga adalah berbeza bergantung kepada perasaan dan keinginan mereka. Menurut Sir Herbert
Read, penghasilan karya kanak-kanak adalah berlainan dari orang dewasa kerana mereka
lebih kepada mengekspresi perasaan mereka dan mempunyai nilai yang berbeza yang perlu
dikaji untuk difahami.
3
Sir Herbert Edward Read
Sir Herbert Read dilahirkan pada tanggal 4 Disember 1893. Beliau adalah seorang tokoh
seni yang berpengalaman dalam mengkaji pelbagai bentuk seni yang dihasilkan dan lebih
dikenali sebagai pengkritik seni. Pada tahun 1931-1933, Sir Hrbert Read bertugas sebagai
seorang professor Seni Rupa di Universiti Edinbergh. Beliau kemudiannya menjadi Editor
bagi majalah Burlington pada tahun 1933-1939.
Bagi Sir Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan
keceriaan dan keseronokan serta kedamaian estetik. Beliau juga berpedapat bahawa
Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan
kanak-kanak tersebut dalam melahirkan perasaannya. Dalam konteks ini, guru seni
bertanggungjawab untuk mengenalpasti potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri
dari aspek motivasi, personaliti dan sebagainya. Selain itu juga Read beranggapan bahawa
hasil karya seni kanak-kanak adalah salah satu cara mereka berkomunikasi. Menurut Read
lagi, seni mampu menyatupadukan Negara.
Untuk penulisan kali ini, huraian kajian adalah berkenaan dengan ungkapan Sir Herbert
Read dalam teori perkembangan seni kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa, seni adalah
satu cara menzahirkan perasaan diri seorang individu. Beliau juga menyatakan bahawa kerja-
kerja seni yang dihasilkan mampu berkomunikasi dan mempunyai nilai universal yang
tersendiri.
Art is creativity self expression
Works of art express and communicate universal values
4
Art is Creative Self Expression
Seperti yang kita sedia maklum, setiap kanak-kanak dilahrkan dengan sifat mereka yang
tersendiri dan ianya berkembang mengikut proses tumbesaran semulajadi mereka. Kita juga
tahu bahawa, proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza bergantung
kepad individu itu sendiri. Inii kerana perkembangan mereka dipengaruhi oleh banyak factor
yang wujud disekeliling mereka. Maka, ini menyebabkan setiap hasil kerja seni visual yang
dihasilkan bertujuan sebagai alat komunikasi bagi mereka dan merupakan refleksi pemikiran
mereka yang akan terus berkembang bersama mereka.
Oleh itu, hasil karya seni yang dihasilkan oleh pelajar terutamanya lukisan dikatakan
mempunyai interpretasi yang berbeza-beza bagi setiap orang terutamanya orang dewasa. Ini
kerana, bagi orang dewasa, seni visual adalah kecantikan dan kesempurnaan. Berbeza
dengan kanak-kanak yang menghasilkan karya bagi tujuan meluahkan dan menzahirkan apa
yang mereka rasa (Lowenfeld,1975). Ini menjadikan hasil karya mereka lebih bersifat
peribadi dan tersendiri seperti kenyataan Read yang mengatakan bahawa karya seni kanak-
kanak memerlukan kajian yang lebih berbanding hasilkarya orang dewasa untuk memahami
maksud yang ingin disampaikan. Hasil karya kanak-kanak juga adalah salah satu cara untuk
menyelami dan mengetahui perasaan mereka selain dari menguji kemampuan dan keupayaan
kognitif mereka.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981) pula, salah seorang pemikir islam
iaitu imam Al-Ghazali ada memperjelaskan bahawa seni itu indah melalui pandangan
kecantikan dan keindahan. Oleh itu konsep seni visual adalah aspek pernyataan diri
individu berdasarkan apa yang dilihat. Ini menunjukkan bahawa Read, Lawenfeld dan imam
Al-Ghazali bersependapat dan bersetuju bahawa pendidikan seni visual adalah salah satu cara
yang kreatif untuk melahirkan perasaan yang dirasai.
5
Work of Art Express and Communiate Universal Values
Menurut kenyataan Sir Herbert Read juga, beliau menjelaskan bahawa, menghargai
sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seorang individu itu boleh
berinteraksi dengan diri mereka serta orang sekeliling. Selain itu juga, sesebuah hasil karya
juga dapat membantu menyuarakan dan melahirkan rasa hati setiap orang yang melihat karya
tersebut. Dengan itu, seara tidak langsung, nilai-nilai estetik akan wujud dalma diri setiap
pelajar yang akhirnya dapat membantu mereka untuk menilai karya yang dilihat. Kenyataan
ini lebih mudah dikatakan sebagai apresiasi.
Apresiasi seni adalah penghargaan terhadap penilaian dan perasaan seorang individu itu
terhadap sesuatu hasil seni yang boleh dikatakan sebagai pementukan sikap, minat, dan juga
kebolehannya membuat pilihan yang mana berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.
Apresiasi seni membantu pelajar untuk memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf yang
dihasilkan. Ia juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain
berdasarkan persepsi visual.
Smith (1966) menyatakan bahawa, Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar untuk
meningkatkan kemahiran dan teknik penghasilan karya pelajar tetapi juga memerlukan
kemahiran mendefinisi, menghargai dan mampu berkomunikasi dengan karya yang dilihat.
Mcfee (1981) pula mengatakan melalui apresiasi seni ini pelajar akan dapat memahami adat,
tradisi dan juga nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat itu. Menurut Zakaria Ali
(1989) pula, apresiasi seni ini merupakan satu latihan yang melibatkan deria pandang dan
deria sentuh. Ini kerana, apresiasi seni secara aktif akan melibatkan penggunaan bahasa untuk
berkomunikasu dengan orang lain. Pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata
yang cukup amat penting dalam apresiasi secara aktif.
Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh tokoh-tokoh di atas, terbukti bahawa mereka
turut menyokong pendapat Read yang menyatakan karya seni mampu berkomunikasi dan
mempunyai nilainya yang tersendiri. Mereka juga membuktikan bahawa, untuk
menghasilkan karya seni yang baik, pengkarya bukan sahaja perlu menguasai teknik dan
pengetahuan malah, mereka mesti mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi dengan
hasil karya. Ini kerana, karya yang ihasilkan oleh setiap pengkarya adalah berbeza-beza dan
mempunyai nilai tersendiri.
6
Oleh yang demikian, guru adalah individu yang berperanan untuk mendidik dan
mengasah bakat semulajadi yang wujud dalam diri pelajar supaya mereka mampu
berkomunikasi dengan karya yang dihasilkan dan membuat penilaian juga membandingkan
hasil karya mereka dengan orang lain. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, suatu hasil
karya seni itu akan lebih dihargai apabila pelajar tahu berkomunikasi dan menilai karya
tersebut. Selain itu juga, apabila pelajar memahami dan mampu menilai karya yang dilihat,
mereka akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam proses penghasilan
karya pada masa akan datang.
7
Kriteria Aprisiasi seni
Penyataan diri yang kreatif di sini merangkumi tema yang telah ditetapkan oleh guru
dalam proses pembelajaran, idea yang dipilih oleh pengkarya, bahan yang digunakan untuk
menghasilkan karya, dan teknik yang diaplikasi dalam proses penghasilan karya.
Pengalaman yang diperoleh melalui aktiviti yang dijalankan sewaktu proses pembelajaran
yang lepas biasanya akan digunapakai untuk menyampaikan maksud karya mereka. Seperti
biasa, guru perlu memainkan peranan mereka dalam membantu pelajar menghasilkan karya
terbaik mereka.
Biasanya, pelajar mempunyai banyak idea untuk dijadikan tema. Idea yang digunakan
adalah berdasarkan pengalaman lampau yang mereka lalui, pemerhatian terhadap alam
sekeliling, imaginasi dan banyak lagi. Imej-imej yang mereka peroleh akan diluahkan
melalui penghasilan karya mereka. Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan
proses artistik. Namun, dalam sesi pembelajaran, tema akan diberikan oleh guru supaya
pelajar boleh menjana idea mereka untuk menghasilkan karya.
Bahan atau medium yang digunakan pula bergantung kepada usia peringkat tumbesaran
pengkarya yang terlibat dan jenis karya yang dihasilkan. Pada kebiasaanya, proses
menghasilkan karya diperingkat kanak-kanak hanya menggunakan bahan asas seperti pensil,
pemadam, pembaris, warna pensil dan kertas lukisan manakala, pengkarya yang lebih
berpengalaman menggunakan bahan-bahan yang lebih kompleks. Penggunaan bahan yang
berlainan akan memberi impak yang berlainan terhadap hasil karya seni pelajar. Bagi
peringkat pelajar yang tidak mahir,
Bagi peringkat persekolahan kanak-kanak, teknik yang digunakan dalam proses artistic
hanyalah teknik asas iaitu melukis dan mewarna. Tetapi pada peringkat mahir, teknik yang
digunakan akan lebih memberi effek kepada hasil karya pelajar. Dalam proses berkarya ini,
pelajar akan melahirkan pernyataan diri mereka berdasarkan tema yang diberikan dan akan
menggunakan teknik mewarna mengikut kreativiti yang diperolehi dari pembelajaran dan
pengalaman mereka. Guru berperanan membimbing pelajar sewaktu mengaplikasikan teknik
yang mereka pilih untuk menghasilkan karya mereka.
8
Hasil karya yang lengkap dan sempurna adalah apabila karya tersebut telah siap
sepenuhnya. Karya seni yang telah sempurna dapat berkomunikasi dengan individu yang
melihatnya. Ia berkomunikasi melalui kumpulan beberapa cara seperti kumpulan warna yang
diletakkan pada imej, garisan-garisan dan ruang yang wujud dalam karya, bentuk-bentuk dan
yang dihasilkan dan sebagainya. Karya yang siap dan sempurna ini akan dinilai oleh setiap
individu yang melihatnya.
9
Contoh Karya Pelajar
Berikut adalah contoh-contoh hasil karya kanak-kanak berusia Sembilan tahun yang telah
dilukis sewaktu prosess pembelajaran yang berlaku. Pelajar hanya dikehendaki melukis dan
mewarna imej berdasarkan tema yang diberi. Sebagai contoh, dalam satu sesi pembelajaran,
guru meminta pelajarnya menghasilkan satu lukisan yang bertemakan ‘Aktiviti Cuti Sekolah
Saya’. Pelajar diminta menghantar lukisan yang sudah siap diwarnakan mengikut kreativiti
mereka sendiri. Terdapat beberapa orang pelajar yang melukis pemandangan di tepi air
terjun. Walaupun idea mereka sama, tetapi cara olahan idea mereka adalah berbeza mengikut
kreativiti dan imaginasi mereka yang tersendiri. Berikut adalah contoh lukisan tersebut.
1. Hasil Karya : Mohd Aidel bin Azhar (Berkelah di Tepi Air Terjun)
Berdasarkan hasil karya di atas, pelajar mula membahagi ruang kepada dua bahagian iaitu
ruang udara dan tanah. Imej yang terdapat pada karya pelajar ini dilukis secara realistic dan
agak teliti walaupun garisan yang digunakan menjadikan imej kelihatan kurang jelas. Pelajar
juga mula melukis imej dalam berlainan saiz. Dalam hasil karya Mohd Aidel, dapat dilihat
hampir keseluruhan imej yang dilukis adalah rupa organik dan berbentuk ilusi. Kedudukan
imej yang dilukis juga tidak begitu jelas dan teliti. Ini kerana, pelajar ini masih belum
menggunakan garisan grid perspektif dalam penghasilan imej untuk menentukan saiz imej
yang sesuai dengan jarak antara imej yang dilukis.
10
Seterusnya kita penilaian dibuat berkenaan unsure warna yang digunakan untuk mewarna
karyanya. Dapat dilihat melalui karya pelajar ini, warna yang digunakan adalah warna-warna
yang cerah dan terang. Biasanya warna yang terang dan cerah digunakan bagi
menggambarkan dan menimbulkan perasaan riang dan gembira. Penggunaan warna dalam
hasil karyanya tidak terhad kepada warna asas sahaja. Dia juga menggunakan warna-warna
sekunder bagi menjadikan karyanya lebih menarik. Namun, kekemasan dan penelitian yang
lebih perlu diberikan supaya karyanya menjadi lebik kemas dan menarik.
2. Hasil Karya: Nurizzatul Anis (Di tepi air terjun)
Berdasarkan gambar di atas, dapat dilihat bahawa penghasilan imej pada hasil karya
pelajar ini tidak jauh beza dengan karya yang dihasilkan oleh pelajar sebelumnya. Apa yang
membezakan karya mereka adalah ketelitian lukisan imej atau rupa yang terdapat dalam
karya mereka. Nurizzatul dilihat melukis imej tidak teliti dan banyak menghasilkan rupa
geometric. Jika dilihat pada imej awan yang terdapat pada kedua-dua gambar, awan yang
terdapat pada gambar kedua tidak begitu terbentuk dan hasil karyanya juga kelihatan agak
kosong. Dalam gambar di atas pelajar banyak menggunakan sekunder dan juga warna panas
seperti warna jingga pada khemah, matahari dan orang. Kebanyakkan garisan yang
digunakan adalah garisan tebal.
11
3. Aiman Daniel b. Mohd Nizam (Lawatan ke Zoo Negara)
Sewaktu sesi pembelajaran pada hari yang sama, pelajar ini memilih untuk melukis
permandangan di Zoo Negara. Lukisan yang dihasilkan boleh dikatakan teliti dan kemas.
Imej yang dilakar pada kertas lukisanya jelas menggambarkan keeriaan dan keseronokkan
yang ditambah dengan warna-warna ceria.
Pelajar ini menggunakan garisan tebal bagi menampakkan objek atau imej yang
berada di bahagian hadapan seperti bangku, pagar,dan helang. Saiz imej juga berbeza
mengikut saiz yang tepat seperti saiz zirafah yang lebih besar daripada burung helang
walaupun helang berada dibahagian hadapan. Burung Nuri pula bersaiz kecil seolah-olah
berada di belakang atau jauh dari pandangannya.
Berdasarkan ketiga-tiga contoh karya pelajar yang diberikan dapat dilihat bahawa
pelajar-pelajar ini tidak berada di peringkat yang sama dalam perkembangan seni mereka.
Mereka berada di peringkat Pre-Schematic, Schematic dan The Dawning Realism atau The
Gang Age.
12
Pada peringkat Pre-Schematic, pelajar hanya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di
persekitarannya. Imej yang digambarkan adalah berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan
representasi tampak. Ini boleh dirujuk kepada gambar awan, matahari dan burung yang berada di langit.
Pengetahuansediaadamerekasudahmengetahuibahawaobjekersebutsemestinyaberadadiatas. Imejdilukis
di mana-mana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yang dihasilkan
melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek
penyokongyangdiletakkandisekelilingobjekpertama(imejGunung).
Pada peringkat Schematik pula, pelajar lebih tertarik untuk melukis gambar manusia dan objek-
objek yang menarik perhatian mereka. Sebagai contoh, dalam setiap lukisan, dapat kita lihat para pelajar
melukis orang. Salah satu daripada lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri iaitu bujur, empat
segi, dan bulat. Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini dapat
dilihat dengan amat ketara sekali kerana gambar gunung yang dilukis oleh dua pelajar yang pertama hamper
memenuhilebihseparuhdaripadaruangkertaslukisanmereka.
Seterusnya peringkat The Dawning Realism / The Gang Age. Pada peringkat ini, pelajar dikatakan
lebih teliti kerana lukisan pelajar dilukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada
peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Seperti gambar yang dilukis oleh
pelajar ketiga. Gambar yang dilukis lebihjelas. Imej lukisanmulamengecil dari segi saiz dan pelajar ini mula
menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Pelajar yang berada pada peringkat ini sudah mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka lebih berhati-hati dan sedikit
individualistiksertamenitikberatkankualitikaryayangdihasilkan.
13
Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, kenyataa-kenyataan Herbert Read
dalam Pendidikan Seni visual yang disokong oleh beberapa tokoh-tokoh lain adalah benar.
Hasil karya pelajar adalah medium untuk mereka bagi menyatakan perasaan mereka. Tidak
semua hasil karya pelajar dihasilkan melalui apa yang mereka nampak dan lalui. Ada
diantara mereka yang hanya menggunakan imaginasi bagi menghasilkan karya. Oleh itu,
karya yang terhasil mempunyai nilai yang tersendiri.
Setiap karya yang dihasilkan oleh pelajar mampu berkomunikasi dengan individu
yang melihatnya. Maksud yang terdapat pada karya perlu dikaji dengan teliti bagi
mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Namun begitu, pesanan dari
hasil karya lebih diekspresi melalui kumpulan warna yang mereka gunakan, teknik mewarna,
ruang yang wujud dan sebagainya.
Jadi para guru yang bertanggungjawab menjalankan proses pembelajaran dalam
subjek ini harus menjadi pembimbing yang terbaik. Ini kerana, guru memainkan peranan
yang sangat penting dalam mengilap bakat pelajar dalam berkarya. Setiap pelajar
mempunyai bakat semulajadi yang perlu diasah untuk menjadikan mereka lebih memahami
seni dan mahir dalam menjalankan proses artistic mereka. Ini kerana, hasil karya yang
sempurna mempunyai nilai kesenian yang lebih tinggi. Seiring dengan itu juga, ia dapat
membantu pelajar-pelajar memahami kesenian yang terdapat dalam budaya dan masyarakat
di Negara ini secara khususnya dan budaya lain dalam masyarakat lain yang terdapat diserata
dunia.

Contenu connexe

Tendances

Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance asihwiniy viniy
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualSabariah Bahrum
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digitalzainiaman
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Mandy Cheng 92
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualshiemah
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanAswini Devendren
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan milzi5215
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seniMuhammad Ismail
 

Tendances (20)

Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
 
bidang menggambar
bidang menggambarbidang menggambar
bidang menggambar
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digital
 
Teknik gurisan
Teknik gurisanTeknik gurisan
Teknik gurisan
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
 
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan
 
teknik resis
teknik resisteknik resis
teknik resis
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Reka bentuk visual
Reka bentuk visualReka bentuk visual
Reka bentuk visual
 
Poster
PosterPoster
Poster
 
Kontra
KontraKontra
Kontra
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
 

Similaire à Hbae1403

700203015788 158362 final
700203015788 158362 final700203015788 158362 final
700203015788 158362 finalMIchelle NGu
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativitisafarinsalwa
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Robotgerm King
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5淡 云
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakHarliza Nordin
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Rogiyah Giah
 
ATP, CP dan TP Seni Rupa(1).docx
ATP, CP dan TP Seni Rupa(1).docxATP, CP dan TP Seni Rupa(1).docx
ATP, CP dan TP Seni Rupa(1).docxHeru672357
 
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia diniStrategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia diniOperator Warnet Vast Raha
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakMazri Muhammad
 

Similaire à Hbae1403 (20)

700203015788 158362 final
700203015788 158362 final700203015788 158362 final
700203015788 158362 final
 
Bahan p.seni
Bahan p.seniBahan p.seni
Bahan p.seni
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativiti
 
Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2
 
Analisis gambar anak
Analisis gambar anakAnalisis gambar anak
Analisis gambar anak
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
 
Corak dan rekaan
Corak dan rekaanCorak dan rekaan
Corak dan rekaan
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
 
ATP, CP dan TP Seni Rupa(1).docx
ATP, CP dan TP Seni Rupa(1).docxATP, CP dan TP Seni Rupa(1).docx
ATP, CP dan TP Seni Rupa(1).docx
 
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia diniStrategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
 
paud
paudpaud
paud
 
green arts
green artsgreen arts
green arts
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 
Seni tampak
Seni tampakSeni tampak
Seni tampak
 

Dernier

MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10maulitaYuliaS
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfsaptari3
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 

Dernier (20)

MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 

Hbae1403

  • 1. 1 Pengenalan Menjelang wawasan 2020, Negara kita menekankan kepentingan melahirkan warga Negara yang kreatif dan inovatif. Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia lebih memberii penekanan kepada usaha-usaha melahirkan lebih ramai individu yang mampu memenuhi keperluan Negara menjelang wawasan 2020 nanti untuk membangunkan dan memajukan lagi Negara. Usaha ini dilihat selaras denga aspirasi Pendidikan Seni Visual kerana ia dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membantu mengembangkan fikiran kreatif pelajar. Pendidikan Seni Visual dahulnya dikenali sebagai Penidikan Seni. Pertukaran ini adalah disebabkan oleh skop pembelajaran murid di sekolah yang menjurus kepada seni tampak. Pendidikan Seni Visual bukan sahaja memberii peluang kepada pelajar memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberii kesedaran serta kepekaan terhadap nilai- nilai seni dan alam sekitar, malah ia juga membantu perkembangan diri pelajar, dan membentuk permikiran kreatif. Matapelajaran ini juga adalah salah satu penyumbang terpenting dalam membentuk masyarakat yang kreatif yang mampu berbakti kepada masyarakat dan eknomi negara pada masa akan datang. Guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam memperkembangkan sifat kreatif pelajar melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Melalui aktiviti berfikir, meneroka dan mereka bentuk, pelajar dapat menyatakan idea dan ekspresi diri mereka. Melalui pengalamn yang diperolehi sewaktu menjalankan aktiviti tersebut, pelajar dapat membina keyakinan diri, menilai dan mengenali cita rasa mereka. Seperti kenyataan Lucas (2001), kreativiti akan terhasil apabila kebijaksanaan individu berkerjasama seara keseluruhan.
  • 2. 2 Selain membantu perkembangan kreativiti pelajar dan penjanaan idea, proses pembelajaran yang wujud adalah bersifat bebas dan memberii peluang kepada mereka untuk meneroka dengan lebih mendalam dalam percubaan menghasilkan karya yang baik. Di sini guru berperanan merangsang pengetahuan sedia ada pelajar kerana mereka membesar dengan sifat yang tersendiri mengikut fitrah tumbesaran semulajadi mereka. Maka hasil karya mereka juga adalah berbeza bergantung kepada perasaan dan keinginan mereka. Menurut Sir Herbert Read, penghasilan karya kanak-kanak adalah berlainan dari orang dewasa kerana mereka lebih kepada mengekspresi perasaan mereka dan mempunyai nilai yang berbeza yang perlu dikaji untuk difahami.
  • 3. 3 Sir Herbert Edward Read Sir Herbert Read dilahirkan pada tanggal 4 Disember 1893. Beliau adalah seorang tokoh seni yang berpengalaman dalam mengkaji pelbagai bentuk seni yang dihasilkan dan lebih dikenali sebagai pengkritik seni. Pada tahun 1931-1933, Sir Hrbert Read bertugas sebagai seorang professor Seni Rupa di Universiti Edinbergh. Beliau kemudiannya menjadi Editor bagi majalah Burlington pada tahun 1933-1939. Bagi Sir Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan dan keseronokan serta kedamaian estetik. Beliau juga berpedapat bahawa Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak tersebut dalam melahirkan perasaannya. Dalam konteks ini, guru seni bertanggungjawab untuk mengenalpasti potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari aspek motivasi, personaliti dan sebagainya. Selain itu juga Read beranggapan bahawa hasil karya seni kanak-kanak adalah salah satu cara mereka berkomunikasi. Menurut Read lagi, seni mampu menyatupadukan Negara. Untuk penulisan kali ini, huraian kajian adalah berkenaan dengan ungkapan Sir Herbert Read dalam teori perkembangan seni kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa, seni adalah satu cara menzahirkan perasaan diri seorang individu. Beliau juga menyatakan bahawa kerja- kerja seni yang dihasilkan mampu berkomunikasi dan mempunyai nilai universal yang tersendiri. Art is creativity self expression Works of art express and communicate universal values
  • 4. 4 Art is Creative Self Expression Seperti yang kita sedia maklum, setiap kanak-kanak dilahrkan dengan sifat mereka yang tersendiri dan ianya berkembang mengikut proses tumbesaran semulajadi mereka. Kita juga tahu bahawa, proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepad individu itu sendiri. Inii kerana perkembangan mereka dipengaruhi oleh banyak factor yang wujud disekeliling mereka. Maka, ini menyebabkan setiap hasil kerja seni visual yang dihasilkan bertujuan sebagai alat komunikasi bagi mereka dan merupakan refleksi pemikiran mereka yang akan terus berkembang bersama mereka. Oleh itu, hasil karya seni yang dihasilkan oleh pelajar terutamanya lukisan dikatakan mempunyai interpretasi yang berbeza-beza bagi setiap orang terutamanya orang dewasa. Ini kerana, bagi orang dewasa, seni visual adalah kecantikan dan kesempurnaan. Berbeza dengan kanak-kanak yang menghasilkan karya bagi tujuan meluahkan dan menzahirkan apa yang mereka rasa (Lowenfeld,1975). Ini menjadikan hasil karya mereka lebih bersifat peribadi dan tersendiri seperti kenyataan Read yang mengatakan bahawa karya seni kanak- kanak memerlukan kajian yang lebih berbanding hasilkarya orang dewasa untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Hasil karya kanak-kanak juga adalah salah satu cara untuk menyelami dan mengetahui perasaan mereka selain dari menguji kemampuan dan keupayaan kognitif mereka. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981) pula, salah seorang pemikir islam iaitu imam Al-Ghazali ada memperjelaskan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Oleh itu konsep seni visual adalah aspek pernyataan diri individu berdasarkan apa yang dilihat. Ini menunjukkan bahawa Read, Lawenfeld dan imam Al-Ghazali bersependapat dan bersetuju bahawa pendidikan seni visual adalah salah satu cara yang kreatif untuk melahirkan perasaan yang dirasai.
  • 5. 5 Work of Art Express and Communiate Universal Values Menurut kenyataan Sir Herbert Read juga, beliau menjelaskan bahawa, menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seorang individu itu boleh berinteraksi dengan diri mereka serta orang sekeliling. Selain itu juga, sesebuah hasil karya juga dapat membantu menyuarakan dan melahirkan rasa hati setiap orang yang melihat karya tersebut. Dengan itu, seara tidak langsung, nilai-nilai estetik akan wujud dalma diri setiap pelajar yang akhirnya dapat membantu mereka untuk menilai karya yang dilihat. Kenyataan ini lebih mudah dikatakan sebagai apresiasi. Apresiasi seni adalah penghargaan terhadap penilaian dan perasaan seorang individu itu terhadap sesuatu hasil seni yang boleh dikatakan sebagai pementukan sikap, minat, dan juga kebolehannya membuat pilihan yang mana berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Apresiasi seni membantu pelajar untuk memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf yang dihasilkan. Ia juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual. Smith (1966) menyatakan bahawa, Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar untuk meningkatkan kemahiran dan teknik penghasilan karya pelajar tetapi juga memerlukan kemahiran mendefinisi, menghargai dan mampu berkomunikasi dengan karya yang dilihat. Mcfee (1981) pula mengatakan melalui apresiasi seni ini pelajar akan dapat memahami adat, tradisi dan juga nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat itu. Menurut Zakaria Ali (1989) pula, apresiasi seni ini merupakan satu latihan yang melibatkan deria pandang dan deria sentuh. Ini kerana, apresiasi seni secara aktif akan melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasu dengan orang lain. Pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup amat penting dalam apresiasi secara aktif. Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh tokoh-tokoh di atas, terbukti bahawa mereka turut menyokong pendapat Read yang menyatakan karya seni mampu berkomunikasi dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Mereka juga membuktikan bahawa, untuk menghasilkan karya seni yang baik, pengkarya bukan sahaja perlu menguasai teknik dan pengetahuan malah, mereka mesti mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi dengan hasil karya. Ini kerana, karya yang ihasilkan oleh setiap pengkarya adalah berbeza-beza dan mempunyai nilai tersendiri.
  • 6. 6 Oleh yang demikian, guru adalah individu yang berperanan untuk mendidik dan mengasah bakat semulajadi yang wujud dalam diri pelajar supaya mereka mampu berkomunikasi dengan karya yang dihasilkan dan membuat penilaian juga membandingkan hasil karya mereka dengan orang lain. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, suatu hasil karya seni itu akan lebih dihargai apabila pelajar tahu berkomunikasi dan menilai karya tersebut. Selain itu juga, apabila pelajar memahami dan mampu menilai karya yang dilihat, mereka akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam proses penghasilan karya pada masa akan datang.
  • 7. 7 Kriteria Aprisiasi seni Penyataan diri yang kreatif di sini merangkumi tema yang telah ditetapkan oleh guru dalam proses pembelajaran, idea yang dipilih oleh pengkarya, bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, dan teknik yang diaplikasi dalam proses penghasilan karya. Pengalaman yang diperoleh melalui aktiviti yang dijalankan sewaktu proses pembelajaran yang lepas biasanya akan digunapakai untuk menyampaikan maksud karya mereka. Seperti biasa, guru perlu memainkan peranan mereka dalam membantu pelajar menghasilkan karya terbaik mereka. Biasanya, pelajar mempunyai banyak idea untuk dijadikan tema. Idea yang digunakan adalah berdasarkan pengalaman lampau yang mereka lalui, pemerhatian terhadap alam sekeliling, imaginasi dan banyak lagi. Imej-imej yang mereka peroleh akan diluahkan melalui penghasilan karya mereka. Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses artistik. Namun, dalam sesi pembelajaran, tema akan diberikan oleh guru supaya pelajar boleh menjana idea mereka untuk menghasilkan karya. Bahan atau medium yang digunakan pula bergantung kepada usia peringkat tumbesaran pengkarya yang terlibat dan jenis karya yang dihasilkan. Pada kebiasaanya, proses menghasilkan karya diperingkat kanak-kanak hanya menggunakan bahan asas seperti pensil, pemadam, pembaris, warna pensil dan kertas lukisan manakala, pengkarya yang lebih berpengalaman menggunakan bahan-bahan yang lebih kompleks. Penggunaan bahan yang berlainan akan memberi impak yang berlainan terhadap hasil karya seni pelajar. Bagi peringkat pelajar yang tidak mahir, Bagi peringkat persekolahan kanak-kanak, teknik yang digunakan dalam proses artistic hanyalah teknik asas iaitu melukis dan mewarna. Tetapi pada peringkat mahir, teknik yang digunakan akan lebih memberi effek kepada hasil karya pelajar. Dalam proses berkarya ini, pelajar akan melahirkan pernyataan diri mereka berdasarkan tema yang diberikan dan akan menggunakan teknik mewarna mengikut kreativiti yang diperolehi dari pembelajaran dan pengalaman mereka. Guru berperanan membimbing pelajar sewaktu mengaplikasikan teknik yang mereka pilih untuk menghasilkan karya mereka.
  • 8. 8 Hasil karya yang lengkap dan sempurna adalah apabila karya tersebut telah siap sepenuhnya. Karya seni yang telah sempurna dapat berkomunikasi dengan individu yang melihatnya. Ia berkomunikasi melalui kumpulan beberapa cara seperti kumpulan warna yang diletakkan pada imej, garisan-garisan dan ruang yang wujud dalam karya, bentuk-bentuk dan yang dihasilkan dan sebagainya. Karya yang siap dan sempurna ini akan dinilai oleh setiap individu yang melihatnya.
  • 9. 9 Contoh Karya Pelajar Berikut adalah contoh-contoh hasil karya kanak-kanak berusia Sembilan tahun yang telah dilukis sewaktu prosess pembelajaran yang berlaku. Pelajar hanya dikehendaki melukis dan mewarna imej berdasarkan tema yang diberi. Sebagai contoh, dalam satu sesi pembelajaran, guru meminta pelajarnya menghasilkan satu lukisan yang bertemakan ‘Aktiviti Cuti Sekolah Saya’. Pelajar diminta menghantar lukisan yang sudah siap diwarnakan mengikut kreativiti mereka sendiri. Terdapat beberapa orang pelajar yang melukis pemandangan di tepi air terjun. Walaupun idea mereka sama, tetapi cara olahan idea mereka adalah berbeza mengikut kreativiti dan imaginasi mereka yang tersendiri. Berikut adalah contoh lukisan tersebut. 1. Hasil Karya : Mohd Aidel bin Azhar (Berkelah di Tepi Air Terjun) Berdasarkan hasil karya di atas, pelajar mula membahagi ruang kepada dua bahagian iaitu ruang udara dan tanah. Imej yang terdapat pada karya pelajar ini dilukis secara realistic dan agak teliti walaupun garisan yang digunakan menjadikan imej kelihatan kurang jelas. Pelajar juga mula melukis imej dalam berlainan saiz. Dalam hasil karya Mohd Aidel, dapat dilihat hampir keseluruhan imej yang dilukis adalah rupa organik dan berbentuk ilusi. Kedudukan imej yang dilukis juga tidak begitu jelas dan teliti. Ini kerana, pelajar ini masih belum menggunakan garisan grid perspektif dalam penghasilan imej untuk menentukan saiz imej yang sesuai dengan jarak antara imej yang dilukis.
  • 10. 10 Seterusnya kita penilaian dibuat berkenaan unsure warna yang digunakan untuk mewarna karyanya. Dapat dilihat melalui karya pelajar ini, warna yang digunakan adalah warna-warna yang cerah dan terang. Biasanya warna yang terang dan cerah digunakan bagi menggambarkan dan menimbulkan perasaan riang dan gembira. Penggunaan warna dalam hasil karyanya tidak terhad kepada warna asas sahaja. Dia juga menggunakan warna-warna sekunder bagi menjadikan karyanya lebih menarik. Namun, kekemasan dan penelitian yang lebih perlu diberikan supaya karyanya menjadi lebik kemas dan menarik. 2. Hasil Karya: Nurizzatul Anis (Di tepi air terjun) Berdasarkan gambar di atas, dapat dilihat bahawa penghasilan imej pada hasil karya pelajar ini tidak jauh beza dengan karya yang dihasilkan oleh pelajar sebelumnya. Apa yang membezakan karya mereka adalah ketelitian lukisan imej atau rupa yang terdapat dalam karya mereka. Nurizzatul dilihat melukis imej tidak teliti dan banyak menghasilkan rupa geometric. Jika dilihat pada imej awan yang terdapat pada kedua-dua gambar, awan yang terdapat pada gambar kedua tidak begitu terbentuk dan hasil karyanya juga kelihatan agak kosong. Dalam gambar di atas pelajar banyak menggunakan sekunder dan juga warna panas seperti warna jingga pada khemah, matahari dan orang. Kebanyakkan garisan yang digunakan adalah garisan tebal.
  • 11. 11 3. Aiman Daniel b. Mohd Nizam (Lawatan ke Zoo Negara) Sewaktu sesi pembelajaran pada hari yang sama, pelajar ini memilih untuk melukis permandangan di Zoo Negara. Lukisan yang dihasilkan boleh dikatakan teliti dan kemas. Imej yang dilakar pada kertas lukisanya jelas menggambarkan keeriaan dan keseronokkan yang ditambah dengan warna-warna ceria. Pelajar ini menggunakan garisan tebal bagi menampakkan objek atau imej yang berada di bahagian hadapan seperti bangku, pagar,dan helang. Saiz imej juga berbeza mengikut saiz yang tepat seperti saiz zirafah yang lebih besar daripada burung helang walaupun helang berada dibahagian hadapan. Burung Nuri pula bersaiz kecil seolah-olah berada di belakang atau jauh dari pandangannya. Berdasarkan ketiga-tiga contoh karya pelajar yang diberikan dapat dilihat bahawa pelajar-pelajar ini tidak berada di peringkat yang sama dalam perkembangan seni mereka. Mereka berada di peringkat Pre-Schematic, Schematic dan The Dawning Realism atau The Gang Age.
  • 12. 12 Pada peringkat Pre-Schematic, pelajar hanya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Imej yang digambarkan adalah berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Ini boleh dirujuk kepada gambar awan, matahari dan burung yang berada di langit. Pengetahuansediaadamerekasudahmengetahuibahawaobjekersebutsemestinyaberadadiatas. Imejdilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokongyangdiletakkandisekelilingobjekpertama(imejGunung). Pada peringkat Schematik pula, pelajar lebih tertarik untuk melukis gambar manusia dan objek- objek yang menarik perhatian mereka. Sebagai contoh, dalam setiap lukisan, dapat kita lihat para pelajar melukis orang. Salah satu daripada lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri iaitu bujur, empat segi, dan bulat. Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini dapat dilihat dengan amat ketara sekali kerana gambar gunung yang dilukis oleh dua pelajar yang pertama hamper memenuhilebihseparuhdaripadaruangkertaslukisanmereka. Seterusnya peringkat The Dawning Realism / The Gang Age. Pada peringkat ini, pelajar dikatakan lebih teliti kerana lukisan pelajar dilukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Seperti gambar yang dilukis oleh pelajar ketiga. Gambar yang dilukis lebihjelas. Imej lukisanmulamengecil dari segi saiz dan pelajar ini mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Pelajar yang berada pada peringkat ini sudah mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka lebih berhati-hati dan sedikit individualistiksertamenitikberatkankualitikaryayangdihasilkan.
  • 13. 13 Kesimpulan Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, kenyataa-kenyataan Herbert Read dalam Pendidikan Seni visual yang disokong oleh beberapa tokoh-tokoh lain adalah benar. Hasil karya pelajar adalah medium untuk mereka bagi menyatakan perasaan mereka. Tidak semua hasil karya pelajar dihasilkan melalui apa yang mereka nampak dan lalui. Ada diantara mereka yang hanya menggunakan imaginasi bagi menghasilkan karya. Oleh itu, karya yang terhasil mempunyai nilai yang tersendiri. Setiap karya yang dihasilkan oleh pelajar mampu berkomunikasi dengan individu yang melihatnya. Maksud yang terdapat pada karya perlu dikaji dengan teliti bagi mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Namun begitu, pesanan dari hasil karya lebih diekspresi melalui kumpulan warna yang mereka gunakan, teknik mewarna, ruang yang wujud dan sebagainya. Jadi para guru yang bertanggungjawab menjalankan proses pembelajaran dalam subjek ini harus menjadi pembimbing yang terbaik. Ini kerana, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mengilap bakat pelajar dalam berkarya. Setiap pelajar mempunyai bakat semulajadi yang perlu diasah untuk menjadikan mereka lebih memahami seni dan mahir dalam menjalankan proses artistic mereka. Ini kerana, hasil karya yang sempurna mempunyai nilai kesenian yang lebih tinggi. Seiring dengan itu juga, ia dapat membantu pelajar-pelajar memahami kesenian yang terdapat dalam budaya dan masyarakat di Negara ini secara khususnya dan budaya lain dalam masyarakat lain yang terdapat diserata dunia.