SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Apakah itu Dasar MBMMBI?
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh
menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p
sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di
sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.
Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan
peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan
penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan
waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia,
penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam p&p.
Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?
Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat
dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar
memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid
mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana
mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar
dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran
tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar
bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan,
sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik
dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga
menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan
matematik dalam bahasa Malaysia.
Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai
tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh
menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan
dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis
kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri
dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah
rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik
dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga
tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan
pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan
dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di
sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua
mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?
KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar
MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk
meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran
selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:
a. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher
Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
b. Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk
guru bukan opsyen bahasa Inggeris
c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language
Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyenbahasa Inggeris yang tidak
mengikuti C-PELT
d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk
meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar
Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5
BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru
bagi mata pelajaran BM dan BI:
Latihan untuk bahasa Malaysia:
i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
ii. KDP 4 Minggu
iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Latihan untuk bahasa Inggeris:
i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris
Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
yang berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)
Institut Pendidikan Guru
a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan
selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
b. “Teacher Study“ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai
dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen
Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.
Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.
Praktikum – 3 kali praktikum :
a. Semester 5 – 4 minggu
b. Semester 6 – 8 minggu
c. Semester 7 – 12 minggu
d. Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar
ini di sekolah sebagai guru permulaan.
Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah
dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris
mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk
pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh
dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program
pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.
Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan
akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk
mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus
yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.
Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-
PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan
kursus tambah opsyen.
BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:
i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik
sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun
ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris
yang telah bersara dari seluruh negara
Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian
Bahasa Inggeris?
Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris
sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah
rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk
melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.
Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti
guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan
Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:
a. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
b. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
c. IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu
d. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan
e. English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur
Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk
menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan
membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF
juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas
yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan
kehendak institusi.
Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa
Inggeris dalam aspek seperti berikut:
a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru
Bahasa Inggeris;
b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru
sekolah
Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?
English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi
meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan guru:
a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
· Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah
menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang
membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional
mereka.
b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
· Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P
& P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan
berkomunikasi dengan lebih berkesan.
· CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan
pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
· OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.
Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital
pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan
perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan
di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping
menitikberatkan kemahiran berbahasa.
Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam
penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama
dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi
dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan
berbahasa.
Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?
Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
· Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan
tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran
pembelajaran atau assessment for learning)
· Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan
tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang
dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)
Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian,
memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang
lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi
maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh
itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah
mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila
masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau
nazir.
Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang
tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat
(kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran.
Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh
guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun
berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang
lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.
Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di
peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau
dwibahasa?
Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat
dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan
bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah
selaras dengan hasrat MBMMBI.
Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran
dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di
peringkat prauniversiti?
Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang
lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris,
penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi
meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan
sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi
menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI
diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid
bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun
universiti.

Contenu connexe

Tendances

Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Fadhilah Atikah
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
Sella Yunik
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektif
Sohib AlQuran
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
keryman313
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
rozitasksp
 

Tendances (20)

Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Contoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mpContoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mp
 
RPH KOKUM 17.8.2022.docx
RPH KOKUM 17.8.2022.docxRPH KOKUM 17.8.2022.docx
RPH KOKUM 17.8.2022.docx
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektif
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
 
GKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUM
GKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUMGKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUM
GKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUM
 
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfEDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budaya
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guruProfesionalisme guru
Profesionalisme guru
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
 
Keciciran
KeciciranKeciciran
Keciciran
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 

En vedette

Maker come mio nonno Twintip fablab
Maker come mio nonno Twintip fablabMaker come mio nonno Twintip fablab
Maker come mio nonno Twintip fablab
InSide Training
 
Diseño y realizacion paulina calva
Diseño y realizacion paulina calvaDiseño y realizacion paulina calva
Diseño y realizacion paulina calva
hugopmc
 

En vedette (11)

AARP Life@50+ Atlanta 2013 University Session - Digital Family Communications
AARP Life@50+ Atlanta 2013 University Session - Digital Family CommunicationsAARP Life@50+ Atlanta 2013 University Session - Digital Family Communications
AARP Life@50+ Atlanta 2013 University Session - Digital Family Communications
 
International Journal of Engineering Research and Development (IJERD)
International Journal of Engineering Research and Development (IJERD)International Journal of Engineering Research and Development (IJERD)
International Journal of Engineering Research and Development (IJERD)
 
Maker come mio nonno Twintip fablab
Maker come mio nonno Twintip fablabMaker come mio nonno Twintip fablab
Maker come mio nonno Twintip fablab
 
โครงงานคอมพิวเตอร์ ใบงานที่ 9 - 16
โครงงานคอมพิวเตอร์ ใบงานที่ 9 - 16โครงงานคอมพิวเตอร์ ใบงานที่ 9 - 16
โครงงานคอมพิวเตอร์ ใบงานที่ 9 - 16
 
Implementering af learning analytics og åbne læringsressourcer i undervisningen
Implementering af learning analytics og åbne læringsressourcer i undervisningenImplementering af learning analytics og åbne læringsressourcer i undervisningen
Implementering af learning analytics og åbne læringsressourcer i undervisningen
 
Diseño y realizacion paulina calva
Diseño y realizacion paulina calvaDiseño y realizacion paulina calva
Diseño y realizacion paulina calva
 
History of some Vulnerabilities and exploit techniques
History of some Vulnerabilities and exploit techniquesHistory of some Vulnerabilities and exploit techniques
History of some Vulnerabilities and exploit techniques
 
scan0003-Copy (3)
scan0003-Copy (3)scan0003-Copy (3)
scan0003-Copy (3)
 
Why Content Strategy Trumps Content Marketing
Why Content Strategy Trumps Content MarketingWhy Content Strategy Trumps Content Marketing
Why Content Strategy Trumps Content Marketing
 
Transcript of results
Transcript of resultsTranscript of results
Transcript of results
 
Kaviniureklamaipadui
KaviniureklamaipaduiKaviniureklamaipadui
Kaviniureklamaipadui
 

Similaire à Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa inggeris

Similaire à Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa inggeris (20)

Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
 
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
 
Mbmmbi
MbmmbiMbmmbi
Mbmmbi
 
Buku Penerangan Dasar MBMMBI
Buku Penerangan Dasar MBMMBIBuku Penerangan Dasar MBMMBI
Buku Penerangan Dasar MBMMBI
 
Meeting With Teachers (Sec)
Meeting With Teachers (Sec)Meeting With Teachers (Sec)
Meeting With Teachers (Sec)
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020
 
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
 
SR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfSR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdf
 
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptxCopy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
 
Garis panduan 2
Garis panduan 2Garis panduan 2
Garis panduan 2
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. bahasa
5. bahasa5. bahasa
5. bahasa
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
Garispanduan2 131127195116-phpapp02
Garispanduan2 131127195116-phpapp02Garispanduan2 131127195116-phpapp02
Garispanduan2 131127195116-phpapp02
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)
Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)
Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)
 
Perancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docx
Perancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docxPerancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docx
Perancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docx
 
(Group 8) ppsmi mbmmbi
(Group 8) ppsmi mbmmbi(Group 8) ppsmi mbmmbi
(Group 8) ppsmi mbmmbi
 

Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa inggeris

  • 1. SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) Apakah itu Dasar MBMMBI? Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI? Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil. Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah? Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p. Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan? Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia. Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah? Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri
  • 2. dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI? KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut: a. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG b. Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyenbahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5 BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI: Latihan untuk bahasa Malaysia: i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI) ii. KDP 4 Minggu iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka Latihan untuk bahasa Inggeris: i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris
  • 3. Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM) Institut Pendidikan Guru a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah. b. “Teacher Study“ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah. c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid. d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum. Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian. Praktikum – 3 kali praktikum : a. Semester 5 – 4 minggu b. Semester 6 – 8 minggu c. Semester 7 – 12 minggu d. Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris. Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C- PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen. BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut: i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara
  • 4. Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris? Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013. Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu: a. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak b. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah c. IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu d. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan e. English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi. Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut: a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris; b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI? English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru: a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) · Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.
  • 5. b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) · Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. · CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif. · OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar. Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa. Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa. Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah? Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu; · Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning) · Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning) Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.
  • 6. Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa? Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI. Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti? Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.