SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
Kepentingan permaianan Tradisonal
Pada zaman pasca kemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat
berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan
disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk
kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh
yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan
tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan
tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng,
guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang
diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan
akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan
khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya
saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?
Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional
adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa
ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering
menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai
generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan permainan
tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi
berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan
tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di
negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan
pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud
kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi
menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja.
Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan
tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya
pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya
boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan
tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-
rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan
diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada
pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa
dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi
muda masa ini.
Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar
sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional
menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada
pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian
daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan
permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan tradisional
yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan
akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan
bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman
bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional
dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan
pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula
jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan
tradisional.
Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat
cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional
merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar
dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri
sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah
kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan
memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada
awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga
yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula
menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan
tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan
terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara
Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional
agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia
umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan
meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan
diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama
sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan
menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan
Kebaikan Permainan Tradisional
Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti riadah yang menyeronokkan.
Permainan tradisional telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Namun, permainan tradisional
semakin dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih seperti permainan video dan
komputer.Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya,kita dapat mengisi masa lapang
dengan bermain permainan tradisional. Selalunya, kita bermain permainan tradisional padawaktu
petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktupersekolahan dengan bermain permainan
ini.Seterusnya, permainan tradisional dapa menegeratkanperhubungan antara satu sama lain. Kita
boleh bermainpermainan tradisional dengan pelbagai lapisan masyarakat.Bermain permainan
tradisional juga menerapkan semangatberpasukan dalam kalangan para pemainnya.Bermain
permainan tradisional merupakan hiburan yangmenarik. Kita tidak memerlukan peralatan yang
mahal ataukawasan yang luas untuk bermain permainan ini. Jadi,permainan tradisional
memberikan kita keseronokan tanpa perluberbelanja besar. Akhir sekali, permainan tradisional
dapat memupuk nilaitradisi dalam kalangan generasi masa kini. Kita hendaklahmenghargai
warisan budaya ini kerana permainan tradisionaldapat membentuk generasi yang berpekerti
mulia.Kesimpulannya, permainan tradisional perlu diterapkandalam kalangan murid-murid.
Pihak sekolah perlu menjadikanpermainan tradisional ini salah satu daripada kegiatan yangperlu
diajar di sekolah
Cara-Cara Untuk Mengembangkan Permainan Tradisional Di Negara Kita
Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga
mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut
dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait
rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam
kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita
ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum
nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan
tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana batang terguling, di situ cendawan
tumbuh.”
Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif
yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu
dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan
kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar
dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-
lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang
ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai
aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang,
pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”
Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap
permainan tradisional kita.
Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan
kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya
menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan
tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain
lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional
tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan
mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan
tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni
budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam
medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan
tekanan sebagai kegiatan riadah.
Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk
membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai
fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian
Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh
bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan
permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah
satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor.
Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari
seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan
permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil
minum air”.
Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek
hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan
hanyamelepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah
peribahasa, “

Contenu connexe

Tendances

Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxLEEKAIWEN3
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifAlaireena Hms
 
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2Shuhada Osman
 
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel TumbuhanLaporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel TumbuhanAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Lirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwaLirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwaAh Zi Zi
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdfLIMXINGHOOIMoe
 
Persamaan garis lurus
Persamaan garis lurusPersamaan garis lurus
Persamaan garis luruszabidah awang
 
Kecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh Jawapan
Kecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh JawapanKecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh Jawapan
Kecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh JawapanHanini Hamsan
 
Tendances (20)

Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Gandaan
GandaanGandaan
Gandaan
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
 
Sukan & Rekreasi
Sukan & RekreasiSukan & Rekreasi
Sukan & Rekreasi
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
 
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
 
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPMKosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
 
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel TumbuhanLaporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
 
Nota matematik tingkatan 4
Nota matematik tingkatan 4Nota matematik tingkatan 4
Nota matematik tingkatan 4
 
Lirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwaLirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwa
 
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPMTeknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
Persamaan garis lurus
Persamaan garis lurusPersamaan garis lurus
Persamaan garis lurus
 
Format karangan
Format karanganFormat karangan
Format karangan
 
Kecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh Jawapan
Kecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh JawapanKecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh Jawapan
Kecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh Jawapan
 
Similaire à Kebaikan permainan tradisional

Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfModul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfmuhtaromcomputer
 
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...NurZahidah22
 
pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1
pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1
pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1Noor Dollah
 
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujanPermainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujanMuhamad Amar
 
permainan tradisional Ular Naga
permainan tradisional Ular Nagapermainan tradisional Ular Naga
permainan tradisional Ular NagaNur Asmidar
 
Belajar dengan alam melalui hiburan
Belajar dengan alam melalui hiburanBelajar dengan alam melalui hiburan
Belajar dengan alam melalui hiburanOppi Ulandari
 
Proposal_Kegiatan_Wayang_Cilik (rev).docx
Proposal_Kegiatan_Wayang_Cilik (rev).docxProposal_Kegiatan_Wayang_Cilik (rev).docx
Proposal_Kegiatan_Wayang_Cilik (rev).docxristohadis87
 
Permainan Tradisional Kelompok 5
Permainan Tradisional Kelompok 5Permainan Tradisional Kelompok 5
Permainan Tradisional Kelompok 5Mitha Ye Es
 
TUGAS 1 AGENDA 1.pptx
TUGAS 1 AGENDA 1.pptxTUGAS 1 AGENDA 1.pptx
TUGAS 1 AGENDA 1.pptxssuser1b2b4f
 
Bahasa Melayu Budaya
Bahasa Melayu BudayaBahasa Melayu Budaya
Bahasa Melayu BudayaRos Sila
 
KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA
KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIAKEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA
KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIAUNIVERSITI UTARA MALAYSIA
 
aura digital di indonesa raya kebang
aura  digital  di indonesa  raya  kebangaura  digital  di indonesa  raya  kebang
aura digital di indonesa raya kebangAuliaShofiyulloh
 
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalRendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalMustofa Hidayat
 
Similaire à Kebaikan permainan tradisional (20)

Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Artikel
ArtikelArtikel
Artikel
 
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfModul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
 
p5 sMP 3.pptx
p5 sMP 3.pptxp5 sMP 3.pptx
p5 sMP 3.pptx
 
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
 
pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1
pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1
pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1
 
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujanPermainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan
 
Karangan kejiranan
Karangan kejirananKarangan kejiranan
Karangan kejiranan
 
permainan tradisional Ular Naga
permainan tradisional Ular Nagapermainan tradisional Ular Naga
permainan tradisional Ular Naga
 
Belajar dengan alam melalui hiburan
Belajar dengan alam melalui hiburanBelajar dengan alam melalui hiburan
Belajar dengan alam melalui hiburan
 
Proposal_Kegiatan_Wayang_Cilik (rev).docx
Proposal_Kegiatan_Wayang_Cilik (rev).docxProposal_Kegiatan_Wayang_Cilik (rev).docx
Proposal_Kegiatan_Wayang_Cilik (rev).docx
 
Permainan Tradisional Kelompok 5
Permainan Tradisional Kelompok 5Permainan Tradisional Kelompok 5
Permainan Tradisional Kelompok 5
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
TUGAS 1 AGENDA 1.pptx
TUGAS 1 AGENDA 1.pptxTUGAS 1 AGENDA 1.pptx
TUGAS 1 AGENDA 1.pptx
 
Amar crita spontan
Amar   crita spontanAmar   crita spontan
Amar crita spontan
 
Bahasa Melayu Budaya
Bahasa Melayu BudayaBahasa Melayu Budaya
Bahasa Melayu Budaya
 
KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA
KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIAKEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA
KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA
 
aura digital di indonesa raya kebang
aura  digital  di indonesa  raya  kebangaura  digital  di indonesa  raya  kebang
aura digital di indonesa raya kebang
 
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalRendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
 
Desain
DesainDesain
Desain
 
Dernier

Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Dernier (20)

Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Kebaikan permainan tradisional

  • 1. Kepentingan permaianan Tradisonal Pada zaman pasca kemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita? Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja. Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya
  • 2. boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan- rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini. Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional. Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah
  • 3. kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Kebaikan Permainan Tradisional Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti riadah yang menyeronokkan. Permainan tradisional telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Namun, permainan tradisional semakin dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih seperti permainan video dan komputer.Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya,kita dapat mengisi masa lapang dengan bermain permainan tradisional. Selalunya, kita bermain permainan tradisional padawaktu petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktupersekolahan dengan bermain permainan ini.Seterusnya, permainan tradisional dapa menegeratkanperhubungan antara satu sama lain. Kita boleh bermainpermainan tradisional dengan pelbagai lapisan masyarakat.Bermain permainan tradisional juga menerapkan semangatberpasukan dalam kalangan para pemainnya.Bermain permainan tradisional merupakan hiburan yangmenarik. Kita tidak memerlukan peralatan yang mahal ataukawasan yang luas untuk bermain permainan ini. Jadi,permainan tradisional memberikan kita keseronokan tanpa perluberbelanja besar. Akhir sekali, permainan tradisional
  • 4. dapat memupuk nilaitradisi dalam kalangan generasi masa kini. Kita hendaklahmenghargai warisan budaya ini kerana permainan tradisionaldapat membentuk generasi yang berpekerti mulia.Kesimpulannya, permainan tradisional perlu diterapkandalam kalangan murid-murid. Pihak sekolah perlu menjadikanpermainan tradisional ini salah satu daripada kegiatan yangperlu diajar di sekolah Cara-Cara Untuk Mengembangkan Permainan Tradisional Di Negara Kita Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh.” Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain- lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.” Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap permainan tradisional kita. Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya
  • 5. menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah. Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil minum air”. Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanyamelepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, “
  • 6. menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah. Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil minum air”. Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanyamelepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, “