2. Sinopsis
• Taju’l Muluk meminta kebenaran daripada ayahandanya untuk mencari bunga
bakawali bagi mengubati mata ayahandanya yang buta.
• Namun, Taju’l Muluk perlu menyelamatkan abang-abangnya terlebih dahulu yang
telah terperangkap akibat kalah bermain catur dengan Puteri Jenuh Hati.
• Taju’l Muluk telah berjaya memperdayakan seorang perempuan tua yang tinggal
di mahligai Puteri Jenuh Hati dengan mendapatkan rahsia kehebatan Puteri Jenuh
Hati dalam bermain catur.
• Lalu, Taju’l Muluk pergi mencabar Puteri Jenuh Hati untuk bermain catur dan Taju’l
Muluk telah memenangi permainan catur tersebut.
jahirjowan@gmail.com
cikgubmupsi.blogspot.com
3. • Taju’l Muluk telah berjaya menyelamatkan
keempat-empat orang abangnya.
• Kemudian, Taju’l Muluk meneruskan
pengembaraan untuk mencari bunga bakawali
dan telah mengalami pelbagai rintangan dan
penderitaan semasa menuju ke sempadan negeri
Bakawali.
• Di dalam hutan Taju’l Muluk telah berjumpa
dengan raksasa yang simpati dengannya dan
mengambil beliau sebagai anaknya.
jahirjowan@gmail.com
cikgubmupsi.blogspot.com
4. • Taju’l Muluk berusaha untuk mengambil hati
raksasa tersebut dengan memasak makanan yang
sedap dan meminta raksasa menolongnya
melihat Taman Bakawali.
• Raksasa membantu Taju’l Muluk dengan
menyuruh jin utusannya menghantar Taju’l
Muluk untuk
• berjumpa dengan Dewi Hamalah.
• Dewi Hamalah telah mengahwinkan Taju’l Muluk
dengan Puteri Mahmudah.
jahirjowan@gmail.com
cikgubmupsi.blogspot.com
5. Tema dan Persoalan
Tema
• Pengembaraan seorang putera raja untuk mencari
penawar bagi menyembuhkan penyakit ayahandanya.
Persoalan
• Kebijaksanaan seorang putera raja.
• Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarganya.
• Keberanian dalam menghadapi segala cabaran.
• Sanggup berkorban untuk menyelamatkan saudaranya.
• Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.
jahirjowan@gmail.com
cikgubmupsi.blogspot.com
6. Watak dan Perwatakan
Taju’l Muluk
• Anak raja negeri Syarqastan
• Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik
• Seorang putera raja yang bijaksana. Contohnya Taju’l Muluk bijak
mengenakan muslihatnya kepada perempuan tua dan Raksasa 1 sehingga
mengambil Taju’l Muluk sebagai anak
• Seorang putera raja yang berani. Contohnya Taju’l Muluk berani
mengembara seorang diri dan menempuh pelbagai cabaran untuk ke
negeri Bakawali
Puteri Jenuh Hati
• Seorang puteri yang bijak dengan tipu muslihatnya dalam bermain catur
• Akhirnya berjaya ditewaskan oleh Taju’l Muluk dalam permainan catur
dan terpaksa berkhidmat kepada Taju’l Muluk
jahirjowan@gmail.com
cikgubmupsi.blogspot.com
7. Perempuan Tua
• Bersimpati kepada Taju’l Muluk
• Seorang yang amat kaya
• Sangat sayangkan Taju’l Muluk
• Membuka rahsia Puteri Jenuh Hati kepada Taju’l Muluk
Raksasa 1
• Mempunyai tubuh badan yang besar
• Jadikan Taju’l Muluk sebagai anak angkat
• Sangat sayangkan Taju’l Muluk
• Suka makan makanan yang dimasak oleh Taju’l Muluk
Dewi Hamalah
• Saudara Raksasa 1 dan Raksasa 2
• Raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa penjaga Taman
Bakawali
• Menculik Puteri Mahmudah
jahirjowan@gmail.com
• Mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah cikgubmupsi.blogspot.com
8. Teknik Plot
• Teknik dialog.
Contoh:
• Pada suatu hari, kata raksasa itu,”Hai anakku Taju’l Muluk,
apakah yang boleh dimakan oleh
manusia?” “Ya ayahanda, makanan manusia tiada lain
banyak tepung, gula, dan minyak sapi,” jawab Taju’l Muluk
• Teknik monolog.
Contoh:
• “Hai Taju’l Muluk, ikatlah pinggangmu kukuh-kukuh serta
buangkan dirimu seperti menerjun ke dalam hutan. Jikalau
ada lagi hayatmu, nescaya sampailah engkau ke seberang
dan kehendakmu pun akan beroleh,” kata Taju’l Muluk di
dalam hatinya.
jahirjowan@gmail.com
cikgubmupsi.blogspot.com
9. Latar
• Masa
Zaman dahulu kala, peristiwa berlaku pada waktu siang
dan malam
• Tempat
Negeri Syarqastan, di istana Raja Zainu’l Muluk, istana
Puteri Jenuh Hati, hutan rimba
• Masyarakat
Masyarakat istana iaitu raja dan kaum kerabatnya,
masyarakat kayangan iaitu raksasa, dewa-dewa,
mambang, jin dan masyarakat haiwan yang memahami
arahan manusia
jahirjowan@gmail.com
cikgubmupsi.blogspot.com
10. Nilai
• Berani - Taju’l Muluk berani menempuh hutan
untuk mendapatkan bunga bakawali
• Kasih sayang - Taju’l Muluk berusaha mencari
bunga bakawali untuk mengubati mata
ayahandanya
• Baik hati - Taju’l Muluk memaafkan Puteri Jenuh
Hati yang telah insaf
• Ketabahan - Taju’l Muluk tabah menghadapi
semua cabaran semasa mengembara untuk
• mencari bunga Bakawa
jahirjowan@gmail.com
cikgubmupsi.blogspot.com
11. Pengajaran
• Kita perlu menggunakan akal sebelum
melakukan sesuatu kerja
• Janganlah kita suka memperdayakan orang
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap
keluarga yang dalam kesusahan
• Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada
setiap insan