Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.
Menyediakan satu teks ucapan semasa jamuan perpisahan yang dianjurkan
oleh sekolah praktikum anda.
Ucapan:
Terima kasih Tu...
Warga sekolah yang dihormati sekalian,
Kesempatan yang ada ini juga, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon
kemaafan. Se...
Prochain SlideShare
Chargement dans…5
×

sur

 ucapan-perpisahan Slide 1  ucapan-perpisahan Slide 2

ucapan-perpisahan

  1. 1. Menyediakan satu teks ucapan semasa jamuan perpisahan yang dianjurkan oleh sekolah praktikum anda. Ucapan: Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru -guru penolong kanan, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu ingin saya mmerakamkan ribuan terima kasih kerana telah memberi saya kesempatan dan peluang untuk berucap dalam majlis ini. Warga sekolah yang dihormati, Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini merupakan hari terakhir kami guru -guru praktikum menjadi sebahagian daripada warga Sekolah Kebangsaan Luagan Keningau. Selama 3 bulan kami di sekolah ini, banyak kenangan suka duka yang tidak akan kami lupakan. Pengalaman yang kami perolehi di sekolah ini amat berharga yang boleh kami jadikan bekalan untuk menjadi seorang guru yang lebih berdedikasi dan prihatin untuk mendidik anak negara bangsa di tempat kami akan berkhidmat nanti. Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupakan adalah sikap guru-guru dan seluruh warga sekolah yang amat baik dan sentiasa memberi kerjasama dalam setiap perkara samada ianya berkaitan dengan tugasan ,tunjuk ajar dan perkara - perkara yang tidak formal. Budi yang guru-guru dan warga sekolah taburkan tidak mampu kami balas.
  2. 2. Warga sekolah yang dihormati sekalian, Kesempatan yang ada ini juga, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh tiga bulan berada di sekolah ini, sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Andai kata ada tersalah kata tersilap laku, harap dimaafkan. Segala teguran dan nasihat guru -guru pasti akan kami sematkan di dada. Harapan saya semoga sekolah ini akan terus mencapai prestasi yang cemerlang. Saya juga berharap agar warga sekolah ini akan mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami di masa akan datang. Jika ada kelapangan, pasti kami akan berkunjunglagi menziarahi guru-guru di sini. Saya akhiri ucapan saya dengan satu ungakapan kata -kata dan serangkap pantun. Dipetik dari Kahlil Gibran, ³ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang palingg kalian kasihi darinya mungkin akan Nampak lebih nyata dari kejauhan ± seperti gunung yang kita Nampak lebih agung apabila melihat dari padang dan dataran..´ Oleh itu, Kalau ada sumur diladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi Sekian, terima kasih.
  • shintashine1

    Oct. 23, 2018
  • rzahari

    Apr. 28, 2018
  • zulcikin

    Jan. 17, 2018
  • qasehedruce

    Sep. 28, 2017
  • ajapunye

    Jul. 28, 2016
  • NurulAbidah1

    Dec. 12, 2015
  • chipuddu

    Jul. 9, 2015
  • mohdmukram2

    Apr. 15, 2014

Vues

Nombre de vues

98 145

Sur Slideshare

0

À partir des intégrations

0

Nombre d'intégrations

44

Actions

Téléchargements

0

Partages

0

Commentaires

0

Mentions J'aime

8

×