SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
BOLA TAMPAR

SEJARAH

      Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaaan
net dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah
diperkenalkan oleh William G.Morgan pada tahun 1985. pada awalnya, permainan ini
dikenali sebagai “minonette” sebelum digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred
Halstead pada tahun 1896.

      Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang
dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan
lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada tersebut tiga
kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan
melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

      Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan
memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan
dalam permainan ini.

      Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan
bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang
tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang
berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan
sesebuah pasukan.

Sejarah Bola Tampar Antarabangsa.

   Pada tahun 1895, William C.Morgan, Pengarah YMCA di Holyoke, Massachusettes,
telah mencipta satu permainan yang digelar sebagai usaha untuk memenuhu keperluan
ahli perniagaan setempat yang mendapati bahawa permainan bola keranjang terlalu
memenatkan.     Nama    asal   permainan   ini   ialah   ‘minoneete’   dan   kemudian
digantikan dengan nama “Volleyball” oleh Dr.A.Halstead pada tahun 1896.
Sejak diperkenalkan, permainan bola tampar terus menjadi satu permainan
rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya
diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan
yang penting yang berlaku dalam permainan bola tampar adalah seperti berikut:-

   •   1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.

   •   1912 - Sistem ‘bergilir’ (rotation) diperkenalkan.

   •   1916 - Undang-undang pemainan diterbitkan.

   •   1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.

   •   1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tinggi tiang jaring

                ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter.

   •   1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.

   •   1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.

   •   1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal

                  sehingga masa kini.

   •   1947 -

   •    IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola

                 Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal

                  permainan bola tampar.

   •   1949 -   Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama

                diadakan di Prague.

   •   1964 -Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah         satu
       acara    sukan   dalam   Olimpik    di   Sukan   Olimpik   di   Tokyo. Semasa
perkembangan permainan ini, banyak perubahan telah berlaku. Status
      permainan ini telah bertukar daripada bercirikan rekreasi kepada bentuk
      pertandingan yang memenatkan.

Sejarah Bola Tampar Malaysia

          Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari
Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyak
perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar Utama
seperti Pulau Pinang, Kuala Lempeu dan Singapura atas usaha persatuan dan
kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainan
bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (Malaysia
Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun
1927, Kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga
Selangor telah dianjurkan.

         Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau
dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).


Peralatan Bola Tampar

Gelanggang

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen
atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola
tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.
Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18 X 9m,
dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan satu ruang
bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m dari
permukaan permainan.

Jaring, Tiang dan Antena
Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas
paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkan
tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai
sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah
2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang
bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan
tepi,) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm
daripada tinggi rasmi.Tiang-tiang yang menyangga jarring mestilah bulat dan licin,
dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang
pada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi. Sepasang
antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi
gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.

Bola

Bola tampar hendaklah berbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulit
fleksibel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut.
Baham ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.
Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari
ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian
aras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur lilit dalam lingkungan 65-
67cm. Manakala warnanya seragam dan cerah.

Undang-undang dan Peraturan

   Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan
Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola
tampar adalah seperti berikut:

   1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil
       pertama dan pengadil kedua.
2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang
   pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.

3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.

4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.

5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.

6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh
   menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.

7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga
   sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini
   tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.

8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.

9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar
   kawasan serangan.

10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki
   kawasan pihak lawan.

11. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set
   permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar
   perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

12. Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out” dalam satu set
   permainan dengan kebenaran pengadil.

13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong.
   Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk
   menentukan kemenangan.

14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua
   mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan
      permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.

   16. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor.

   17. Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
      ‘International Volley Ball Association’.




   SUKAN DAN REKREASI

       Ford (1981) mendefinisikan rekreasi sebagai program yang meliputi
penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan
pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

       Hammerman et.at (1985) telah mendefinisikan sukan rekreasi sebagai
landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan
dalam situasi seharian.

       Knapp (1981) menyatakan bahawa sukan rekreasi sebagai alat untuk
mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Sukan rekreasi telah diubahsuai selaras dengan matlamat ”humanization og education”
iaitu eprkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan
yang sama dengan aspek jasmani. Sukan rekreasi adalah untuk membina dan
mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan
warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu.
Peralatan dan Keperluan

Alatan perkhemahan

  -Khemah-khemah dan tali-temali

  -Alatan pertukangan seperti parang, cangkul, penggali dan lain-lain

  -Lampu

  -Wisel

   -Kompas




Alatan dapur dan memasak

  -Periuk belanga

  -Pinggan mangkuk, sudu, cawan

  -Besen-besen, bekas air dan lain-lain

  -Pisau, parang dan sebagainya

  -Bekalan makanan (beras, roti, biskut, garam, gula dan lain-lain)

Contenu connexe

Tendances (20)

Topik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola SepakTopik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola Sepak
 
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola JaringTopik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
 
Nilai dan etika dalam sukan
Nilai dan etika dalam sukanNilai dan etika dalam sukan
Nilai dan etika dalam sukan
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
Undang undang futsal
Undang undang futsalUndang undang futsal
Undang undang futsal
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan BadmintonPeraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
 
Peraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpongPeraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpong
 
Topik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola JaringTopik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola Jaring
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Kemahiran bola tampar
Kemahiran bola tamparKemahiran bola tampar
Kemahiran bola tampar
 
Syor syor kepada pegawai teknikal Badminton
Syor syor kepada pegawai teknikal BadmintonSyor syor kepada pegawai teknikal Badminton
Syor syor kepada pegawai teknikal Badminton
 
Permainan bola baling
Permainan bola balingPermainan bola baling
Permainan bola baling
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola baling
 
KEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARINGKEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARING
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukan
 
pengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsalpengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsal
 
Isu isu dalam sukan, Politk dan Insentif
Isu isu dalam sukan, Politk dan InsentifIsu isu dalam sukan, Politk dan Insentif
Isu isu dalam sukan, Politk dan Insentif
 
Bidang kepegawaian
Bidang kepegawaianBidang kepegawaian
Bidang kepegawaian
 
Permainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaPermainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak raga
 

Similaire à bola-tampar (20)

Bola volly
Bola vollyBola volly
Bola volly
 
Makalah sepak takwor
Makalah sepak takworMakalah sepak takwor
Makalah sepak takwor
 
Makalah sepak takwor
Makalah sepak takworMakalah sepak takwor
Makalah sepak takwor
 
Makalah sepak takwor
Makalah sepak takworMakalah sepak takwor
Makalah sepak takwor
 
Makalah bola takrow
Makalah bola takrowMakalah bola takrow
Makalah bola takrow
 
Makalah bola takrow
Makalah bola takrowMakalah bola takrow
Makalah bola takrow
 
Bola voli
Bola voliBola voli
Bola voli
 
Bola voli
Bola voliBola voli
Bola voli
 
uitm~hockey1
uitm~hockey1uitm~hockey1
uitm~hockey1
 
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
 
Makalah bola takrow
Makalah bola takrowMakalah bola takrow
Makalah bola takrow
 
Sepakbola,4shat
Sepakbola,4shatSepakbola,4shat
Sepakbola,4shat
 
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
 
Permainan Bola Besar
Permainan Bola BesarPermainan Bola Besar
Permainan Bola Besar
 
Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2
 
Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2
 
Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2
 
BASKETBALL.pptx sejarah basket dan teknik²dasar basket
BASKETBALL.pptx sejarah basket dan teknik²dasar basketBASKETBALL.pptx sejarah basket dan teknik²dasar basket
BASKETBALL.pptx sejarah basket dan teknik²dasar basket
 
Sejarah bola
Sejarah bolaSejarah bola
Sejarah bola
 
Asal usul permainan bola basket
Asal usul permainan bola basketAsal usul permainan bola basket
Asal usul permainan bola basket
 

bola-tampar

  • 1. BOLA TAMPAR SEJARAH Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaaan net dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah diperkenalkan oleh William G.Morgan pada tahun 1985. pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai “minonette” sebelum digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred Halstead pada tahun 1896. Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah pasukan. Sejarah Bola Tampar Antarabangsa. Pada tahun 1895, William C.Morgan, Pengarah YMCA di Holyoke, Massachusettes, telah mencipta satu permainan yang digelar sebagai usaha untuk memenuhu keperluan ahli perniagaan setempat yang mendapati bahawa permainan bola keranjang terlalu memenatkan. Nama asal permainan ini ialah ‘minoneete’ dan kemudian digantikan dengan nama “Volleyball” oleh Dr.A.Halstead pada tahun 1896.
  • 2. Sejak diperkenalkan, permainan bola tampar terus menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam permainan bola tampar adalah seperti berikut:- • 1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan. • 1912 - Sistem ‘bergilir’ (rotation) diperkenalkan. • 1916 - Undang-undang pemainan diterbitkan. • 1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan. • 1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tinggi tiang jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter. • 1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar. • 1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan. • 1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa kini. • 1947 - • IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar. • 1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague. • 1964 -Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo. Semasa
  • 3. perkembangan permainan ini, banyak perubahan telah berlaku. Status permainan ini telah bertukar daripada bercirikan rekreasi kepada bentuk pertandingan yang memenatkan. Sejarah Bola Tampar Malaysia Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar Utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lempeu dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (Malaysia Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun 1927, Kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga Selangor telah dianjurkan. Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Peralatan Bola Tampar Gelanggang Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat. Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18 X 9m, dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan satu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m dari permukaan permainan. Jaring, Tiang dan Antena
  • 4. Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan tepi,) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.Tiang-tiang yang menyangga jarring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah. Bola Bola tampar hendaklah berbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulit fleksibel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. Baham ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh. Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur lilit dalam lingkungan 65- 67cm. Manakala warnanya seragam dan cerah. Undang-undang dan Peraturan Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut: 1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua.
  • 5. 2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. 3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel. 4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. 5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. 6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan. 7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. 8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. 9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan. 10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki kawasan pihak lawan. 11. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula. 12. Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out” dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil. 13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. 14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
  • 6. 15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan. 16. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor. 17. Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh ‘International Volley Ball Association’. SUKAN DAN REKREASI Ford (1981) mendefinisikan rekreasi sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Hammerman et.at (1985) telah mendefinisikan sukan rekreasi sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Knapp (1981) menyatakan bahawa sukan rekreasi sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Sukan rekreasi telah diubahsuai selaras dengan matlamat ”humanization og education” iaitu eprkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan yang sama dengan aspek jasmani. Sukan rekreasi adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu.
  • 7. Peralatan dan Keperluan Alatan perkhemahan -Khemah-khemah dan tali-temali -Alatan pertukangan seperti parang, cangkul, penggali dan lain-lain -Lampu -Wisel -Kompas Alatan dapur dan memasak -Periuk belanga -Pinggan mangkuk, sudu, cawan -Besen-besen, bekas air dan lain-lain -Pisau, parang dan sebagainya -Bekalan makanan (beras, roti, biskut, garam, gula dan lain-lain)