SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  37
Télécharger pour lire hors ligne
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
TRAVELOG
USAHAWAN MUDA
Chapter Ramadhan Aku Datang
SALAM UKHUWAH
Kaizan Nazlan
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
TRAVELOG USAHAWAN MUDA
Chapter Ramadhan Aku Datang
Oleh: Kaizan Nazlan
www.kaizannazlan.net
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Penafian : Naskah ini dihasilkan untuk memberi perkongsian santai. Kisah-kisah
di dalam ini, ada yang benar dan ada yang ditambah rencah. Tiada mengena yang
masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara
pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin daripada penerbit Glory Generation Ent.
HakCipta ©2015 Mohd Kaizan Bin Nazlan
Penerbit : Glokal Generation Ent.
ISBN : 978-5-121-99077-7
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
ISI KANDUNGAN
 PENGENALAN
 MENGURUS WANG DI BULAN RAMADHAN
 RAHSIA KEKAYAAN DALAM SURAH AL BAQARAH
 BUAT DUIT GELI-GELI
 BUKAN SEKADAR BISKUT COKELAT
 UNIVERSITI OF RAMADHAN
 SELOPAK KASIH DARI PENULIS
 BONUS: HADIAH!
 PROFIL PENULIS
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
PENGENALAN
“Orang pakai niqab kau panggil ninja, kenapa orang pakai kain tak cukup kau tak panggil
Tarzan?”
nsyaallah saya akan menyambungkan pengajian saya di University of
Ramadhan, pengajian dalam bidang "Degree of Character Building", Faculty of
Taqwa. Intake 2015. Kali ini saya akan aim for DEKAN! Oh yess! Cakap kat
orang sebelah, kau ada?
Hanya beberapa hari lagi, Ramadhan bakal tiba, dalam fikiran saya, terbayang-
bayang video mat luthfi berkenaan Ramadhan, beserta lagu background opick.
“Ramadhan tiba… Ramadhan tiba”. Haha, lucu. Ehem. (kawal sikit)
Ramadhan adalah bulan “Islah”, yang bermaksud perubahan kearah kebaikan,
samalah seperti maksud nama saya “Kaizan”, iaitu “continuous improvement”. Ceeh
wahh, bangganya saya dengan nama saya. Ceritanya disini, kita nak islahkan diri
kita kearah yang lebih baik secara istiqomahnya. Ramadhan datang pada kita,
adalah untuk membantu kita, mendidik kita untuk islahkan diri kita.
Kita nak islahkan diri kita, dari selalu pakai baju adik, bertukar kepada pakai baju
kakak, longgar dan labuh, sesuai sebagai pakaian seorang muslimah. Kita nak
islah, dari hisap rokok 1 kotak sehari, kepada 1 batang sehari. Kita nak islah dari
selalu pimpin gelifren dan buayafren kita ke fun fair kepada pimpin ibu kita ke
pasar dan tolong ayah kita basuh keretanya. Gituee.
I
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Termasuk juga dalam soal kewangan, kita nak islahkan diri kita, kita nak tambah
baik pengurusan kewangan kita, dari sedekah RM1 sehari kepada sedekah RM10
ke RM100 sehari,pergh!. Dari beli baju berpasang-pasang, kita beli sepasang
sahaja. Duit lebih kita simpan, masuk tabung kahwin atau tabung sambut anak.
Mampu? Sama-sama kita usahakan.
Chapter Travelog Usahawan Muda kali ini ingin memujuk-mujuk anda untuk
Islah! Kearah lebih baik. Sesuai dengan tema “Ramadhan Aku Datang” kali ini.
Terus terang, Ramadhan tahun lepas, saya banyak main, banyak tidur, dan banyak
bergurau, apabila saat-saat terakhir Ramadhan barulah saya tersedar bahawa saya
rugi giler! Seperti mengalami kerugian dalam perniagaan dengan sengaja.woho!.
Insaf. Alhamdulillah, sempat pulun untuk mengumpul pahala juga. Okay lah tu,
daripada tidak tersedar langsung, daripada dapat telur ja.
Masa untuk islah!
Saya akan capai kecermelangan di bulan Ramadhan! Inikalilah! Jom kita.
“Bulan Ramadhan adalah bulan bulan diturunkannya Al Qur’an. Al Quran adalah petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan
yang bathil)” (QS. Al Baqarah: 185)
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Chapter 1
MENGURUS WANG DI BULAN
RAMADHAN
“Tatkala kita putus-asa dan lemah untuk berubah, ketahuilah, ketika itu juga iblis syaitan
ketawa berdekah!”
i sebuah kenduri sahabat, sebelum Ramadhan.
Wan, usahlah marah atau perli mak cik yang tanya kau "Bila Nak
Kahwin" tu, dengan kata "bila mak cik nak meninggal" aiyo, kesian
mak cik tu kau tahu tak. Tengok tu, dia dah merajuk dah, asyik
pandang tanah ja. Woho!
Wan, Sebaiknya mintalah mak cik tu sponsor kenduri kahwin kau ka, tolong
carikan calon untuk kau ka, tolong doakan kau ka. Insyaallah dapat.
Tengok tu, elok mak cik tu pakai cantik-cantik kat kenduri kahwin, dah muram
dah. Adehh.
“Dah dah, jom makan.”
“Haihh, Wan wan…”
Ramai ostaz dan ostajah sudah membicarakan soal tarbiyah! Dalam bulan
Ramadhan. Cuma dalam chapter ini, saya ingin menyentuh soal pengurusan
kewangan kita di bulan Ramadhan. Oh yeah!
D
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
5 PENGURUSAN KEWANGAN PENTING
5 perkara pengurusan kewangan yang penting pada bulan Ramadhan. Jika kita
mengamalkannya selalu, pahala menjadi berganda-ganda dan rezeki juga bakal
bertambah-tambah. Insyaallah
1) Membanyakkan Sedekah Di Bulan Ramadhan
Zakat harta adalah satu kewajipan. Sedekah pula adalah satu perkara yang sangat
dituntut. Apakah kita tidak malu apabila perbelanjaan tahunan Astro, broadband
dan top up telefon kita jauh lebih tinggi dari nilai sedekah kita pada bulan
Ramadhan?
Jika kita sanggup menjadikan Pak Cik Jamil si tuan rumah sewa, Remy si penjual
Karpet, Abang Astro, Abang Celcom, Kakak Maxis dan Si Kuning DiGi kaya raya,
kenapa tidak kita kaya kan diri kita juga, dengan membantu meringankan beban
saudara kita sendiri yang dalam kesempitan dan kesusahan?
Saya ingin mencadangkan agar kita perbanyakkan bersedekah di rumah anak
yatim, sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok. Kerana,
pelaburan sedekah ditempat-tempat ini sangat-sangat menguntungkan. Anda
bayangkan wang ringgit anda dibelanjakan untuk membina surau yang digunakan
untuk pengajian kitab, membaca al quran, dan solat tarawih. Tidakkah kita
merasa beruntung. Dan wang yang anda sedekahkan itu, dimanfaatkan oleh orang
orang yang hendak mendekati agama. Pehh, lumayan pak.
2) Belanja Orang Lain Berbuka Puasa
Ramadhan kita di Malaysia memang seperti satu pesta makanan. Maka alangkah
cantiknya jika kita dapat kongsi pesta makanan ini!. Saya ingin mencadangkan
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
anda buat majlis berbuka puasa di rumah anda, dan anda menjemput anak-anak
yatim, fakir-fakir miskin dan jiran-jiran tetangga untuk memeriahkannya sekali.
Kerana, kegembiraan bukanlah untuk anda simpan, tetapi untuk kita kongsikan
bersama. Raikan dengan sederhana.
Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala
seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala
orang yang berpuasa itu.”(Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khzaimah dan Ibnu Hibban)
3) Membayar Zakat Harta Di Bulan Ramadhan
Membayar Zakat harta di bulan Ramadhan adalah amalan guru saya sebagai
kiraan haul zakat harta. Dengan cara ini, sudah pasti kita akan sentiasa ingat
bilakah kita patut membayar zakat harta kita. Jangan keliru zakat harta dan zakat
fitrah. Di bulan Ramadhan juga, kita dituntut untuk membayar zakat fitrah untuk
diri kita dan keluarga kita.
4) Memberi Duit Raya
Kata guru saya, kita ini tersalah buat pelaburan, sepatutnya kita memberi duit
raya di bulan Ramadhan yang ketika itu masih banyak ganjaran pahala yang Allah
tawarkan, bukannya di bulan Syawal yang ketika itu ganjaran pahala kembali
seperti biasa.
Cadangan saya, bagi duit raya pada sanak saudara sebelum hari raya, bukan pada
hari pertama raya. Termasuk juga nak bagi duit raya pada ayah dan ibu kita, bagi
sebelum hari raya, barulah pahala itu berganda-ganda.
Pelaburan akhirat, kannn. Mesti nak maximize keuntungan.
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
5) Kos Persiapan Raya
Ramai dalam kalangan kita pulun mencari duit di bulan Ramadhan untuk
dihabiskan duit itu untuk hari raya. Kita bersusah payah di bulan ramadhan,
sanggup tinggal taraweh untuk beli phone baru, langsir baru, tikar baru, karpet
baru, rim kereta baru. What the fish!
Cadangan saya, allocate sejumlah wang untuk kos raya, contohnya RM400 untuk
pakaian, RM75 untuk kuih muih dan minuman ringan dan RM100 untuk hal-hal
lain. Berbelanjalah mengikut amount duit yang kita allocate itu. Bukan berbelanja
sembrono sahaja.
Hari raya bukanlah hari untuk anda tunjuk kaya dengan kuih almond London
anda, hari raya adalah untuk kita luahkan rasa kesyukuran kita kepada Allah
S.W.T. Maka bersederhanalah.
Sedang kami tengah makan di kenduri kesyukuran sahabat kami, saya timbulkan
satu persoalan.
“Wan, kau nak tahu kaedah terbaik untuk kumpul wang kahwin?”
“Apa dia?”
Lain kali dalam majlis macam ini, kita bagi kad kahwin dekan semua orang disini.
Dekat kad itu, kita tulis “Mohon salurkan sumbangan ikhlas untuk Saya
mendirikan Masjid, ini No Account xxxxxxxxxx saya” Dan orang pertama yang
kita nak bagi adalah mak cik tadi. Hehe
“Jemmmmm”
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
“Kai, aku nak tanya kau sesuatu?”
“Apa dia? “
“Antara jodoh dan ajal, mana sampai dulu?”
“Jemmmmmm” (sampai hati kau Wan)
Too many people spend money they earned, to buy things they don’t want, to impress people that
they don’t like. –Will Rogers
*pssttt…Ada hadiah buat anda di lampiran belakang, manfaatkan ia.
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Chapter 2
RAHSIA KEKAYAAN DALAM SURAH
AL BAQARAH
The greatness of a man is not in how much wealth he acquires, but in his integrity and his ability to
affect those around him positively.- Bob Marley
"Wahai Abu Zar, apakah engkau mengira bahawa orang yang banyak hartanya itu
adalah orang kaya?"
"Benar wahai Rasulullah "
"Apakah engkau juga menyangka bahawa orang yang sedikit hartanya itu adalah
orang yang fakir?"
"Benar wahai Rasulullah."
asulullah s.a.w pun bersabda"Bahawa sesungguhnya yang dinamakan
kaya itu adalah kaya hati dan fakir itu adalah fakir hati. Oleh itu, sesiapa
kaya (merasakan cukup) dalam hatinya maka tidak akan
membahayakan dirinya apa yang sedikit dari harta dunia. Sesiapa fakir (merasa
kurang) dalam hatinya maka harta dunia yang banyak tidak akan mencukupi
baginya. Sesungguhnya yang merosak itu adalah sifat kikir yang ada pada dirinya."
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya)
R
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Apa pengajarannya?,
kekayaan sebenar bukan dengan wang ringgit, tetapi kekayaan sebenar adalah
dengan perasaan merasa cukup. Dan Rasulullah melarang kita untuk bersifat kikir
atau boros dalam pengurusan harta kita.
RAHSIA KEKAYAAN
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di
jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap
bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah
Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui. (Q.S. Al-Baqarah:261)
KISAH BUDAK MISKIN MENJADI KAYA
Menerusi Facebook Ustaz Azhar Idrus, satu artikel kisah benar telah dikongsikan
mengenai seorang pemuda yang menjadi jutawan kerana bersedekah.
Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah Anis terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd pada
keluaran Oktober 2012.
Mari kita baca dan hayati untuk panduan bersama:
“Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar-benar berada
di garis mula memburu impian ini. Saya benar-benar bermula dari kosong,” beliau
memulakan kata.
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
“Bermula dari kosong? Apakah yang berlaku sebelumnya?” soal saya pula.
Saya dari keluarga susah. Malah pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di
Besut. Saya masih ingat lagi saat melihat ibu saya menangis. Ibu menangis kerana
sedih melihat ulat di kocek baju saya. Pada masa itu saya bekerja sebagai budak
pengangkut sampah.
Saya katakan kepada ibu agar jangan sedih dan mohon terus doakan kejayaan saya.
Saya yakin akan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. sebelum kita diberi
nikmat kita tentu diuji dulu. Begitulah lazimnya. Itulah juga yang berlaku kepada
saya.
Semasa bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berusaha mencari duit. Malah saya
pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran KIST (Kolej Islam
Sains dan Teknologi ) cawangan Bachok. Kebun seluas itu juga saya kerjakan
bersendirian.
“Saya masih boleh dilihat mencangkul di kebun jagung walaupun 30 minit lagi
peperiksaan akan bermula.” Terang beliau sambil ketawa.
“Kebun jagung yang sudah hampir membuahkan hasil itu menjadi sandaran saya .
Kerana itu saya nekad dengan keputusan berhenti belajar. Kononnya untuk
memberi tumpuan kepada bisnes kebun jagung saya. Namun, takdir Allah
mengubah segala-galanya. Ribut kuat yang jarang – jarang berlaku telah melanda
kawasan Besut. Seterusnya memusnahkan segala impian saya.”
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
“Ia berlaku pada masa tongkol-tongkol jagung sudah mula menguning. Saya
terduduk. Segalanya musnah sekelip mata. Bukan sahaja harapan meraih untung
hancur berkecai. Malah saya terpaksa pula menjual satu-satunya motorsikal buruk
yang saya ada demi melunaskan sewa tanah kepada orang kampung. Selepas itu
saya hanya berjalan kaki.”
“Sudahlah begitu, saya terpaksa juga berdepan dengan pilihan yang berat. Iaitu
pilihan di antara mahu meneruskan kuliah saya di KIST atau sebaliknya. Minat
saya yang membuak-buak terhadap bisnes memaksa saya membuat pilihan ke-2.
Hasilnya saya dicemuh oleh hampir semua orang yang saya kenal. Masa depan saya
gelap kata mereka!”
“Pada masa itu saya merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda
kehidupan ini. Saya kehilangan kebun. Saya kehilangan kuliah dan tiada kerja.
Sudah tentu saya tiada wang. Saya tidak punya apa-apa lagi.
“Pada masa itu saya cuma ada Allah. Itulah satu-satunya harapan saya. Saya
memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah semuanya baik” terang
beliau bak air yang mengalir.”
“Seterusnya pada hari bersejarah itu, saya bertemu seseorang dan mohon
dipinjamkan wang sebanyak RM50 bagi memulakan hidup baru. Modal itu
sebahagiannya saya gunakan untuk fotostat sebanyak 300 keping risalah dengan
maksud mahu menjual tanah bagi pihaknya. Dengan harapan bolehlah mendapat
sedikit komisyen jika ada orang yang mahu membeli.”
“Pada ketika itu saya memang tidak tahu apa-apa tentang urusan jual-beli tanah.
Apa yang saya tahu cuma mahu mengedarkan risalah. Dan memang hanya itu saja
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
peluang yang saya ada. Rasa terpaksa dan malu usah cakap. Saya tidak mampu
untuk memikir selainnya.”
“Benarlah sesungguhnya Rezeki dari Allah. Sesingkat 3 jam saya berhasil
mendapat RM2000 dari usaha itu. Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan
beratus ribu ringgit; dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja seorang yang
asalnya ‘zero’ tiba-tiba menjadi ‘hero’. “
“Ya, saya benar-benar menjadi hero sehingga saya lemas dan leka dalam limpahan
rezeki yang tidak disangka-sangka itu.”
“Syukur kepada Allah yang segera memimpin saya agar segera kembali ke pangkal
jalan. Saya segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah dan
bukan kerana hebatnya usaha dan kepintaran saya.
“Boleh tuan terangkan secara khusus apakah amalan tuan sehingga mendapat
rezeki yang luar biasa itu?” saya memotong ceritanya.
“Apa yang tuan tulis di dalam buku, itulah yang saya amalkan. Contohnya, saya
tidak akan memulakan kerja selagi belum bersedekah. Begitulah yang saya
lakukan setiap hari.”
“Alhamdulillah rezeki terus datang mencurah-curah sehingga sejuta yang pertama
dapat saya raih dalam tempoh setahun. Tepatnya pada bulan Ramadan tahun
berikutnya. Iaitu pada bulan Ramadan tahun 2011.
“Pada suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mahu
menjual tanah. Tanah seluas 5 ekar itu terletak di Kampung Raja, Besut. Tuan
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
tanah dengan senang hati mahu menjualnya kepada saya. Malah beliau mahu
menjualnya dengan harga RM428,000. Ternyata harga yang ditawarkan itu jauh
lebih rendah dari harga pasaran. “
“Kemudian saya pecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula.
Keseluruhan tanah-tanah lot itu dapat dijual dalam tempoh setahun. Urus niaga
itu berjumlah RM1.5 juta. Akhirnya seorang budak miskin berjaya menjadi
jutawan.”
“Hari ini apabila direnung kembali skrip kehidupan lalu, saya segera insaf . Rezeki
besar yang Allah beri sesungguhnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan
saya semata-mata.”
“Rezeki yang melimpah-ruah itu rupa-rupanya untuk dikongsi dengan ramai
orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berusaha
menjaga kebajikan sekitar 70 orang anak-anak yatim dan miskin. Mereka berada
di Besut, Pakistan, Kemboja dan Indonesia. “
“Saya percaya jumlah mereka ini akan bertambah lagi. Namun, saya tidak pernah
bimbang tentang rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui
keperluan saya. Saya sekadar melakukan kerja-kerja yang saya mampu, selebihnya
biarlah Allah melakukan kerja-Nya. “
“Akhirnya saya sampai ke titik keyakinan bahawa menjemput rezeki itu lebih
mudah berbanding mencari-cari rezeki. Yakni mengutamakan Allah dalam setiap
masa dan keadaan.”
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Kesimpulannnya, janganlah takut untuk bersedekah biarpun hanya sedikit dan
mengikut kemampuan.
Jika tidak mampu dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sedekahlah dari segi
tenaga, ilmu atau sokongan moral kepada mereka yang memerlukannya.
Jika tidak mampu dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sedekahlah dari segi
tenaga, ilmu atau sokongan moral kepada mereka yang memerlukannya.-
Mynewshub.my
Sumber Artikel: http://www.sentiasapanas.com
Hebatkan? Kisah ini secara peribadi memberi inspirasi kepada diri saya sendiri.
Masyaallah, hebatnya kuasa sedekah. Kata guru saya, “The more you give, the more
you get back.” Maka Perbanyakkanlah memberi.
Sebagai seorang usahawan, dan tidak kira apa pekerjaan anda, untuk mencapai
kekayaan dunia dan akhirat kita kena sentiasa-sentiasa memberi manfaat kepada
orang lain kearah kebaikan, sentiasa bersedekah setiap kali ingin memulakan
pekerjaan anda dan jauhi bersikap boros!
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
3 Tips Jimat Di Bulan Ramadhan
1) Masak dirumah selalu. Manfaatkan resepi pak menteri German, “NASI
GORENG TANPA GST” jangan lupa hias-hias dengan timun dan cili dalam
periuk. Sarcasm level 99.
2) Beli makanan di bazaar seminggu 2 kali maximum. Ini untuk mengelakkan
kos-kos seperti minyak kereta/ motor, masa, dan godaan-godaan juadah
berbuka di bazaar Ramadhan.
3) Allocate wang belanja setiap hari, contohnya sehari RM7, maka, apabila
anda hendak pergi ke bazaar, tinggalkan wallet atau purse anda dirumah,
bawah wang cukup-cukup RM7 sahaja.
Tuan-tuan, Cik puan-cik puan, mari sama-sama kita berjimat, untuk pengetahuan
anda, saya masih lagi menggunakan motor untuk ke tempat program saya, Masih
tunggu hadiah kereta dari Allah.
“Terdapat 2 cara untuk menjadi kaya; Memiliki harta yang banyak atau Tidak
mempunyai kehendak yang banyak.” - Dr David G.Myers
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Chapter 3
BUAT DUIT GELI-GELI
“There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work, and learning from
failure.”- Colin Powell
ahun 2008, ia adalah tahun percubaan pertama saya untuk mula
berniaga. Membuka gerai kecil di hadapan rumah arwah nenek saya di
Kampung Bahru, Kuala Lumpur dengan menjual pelbagai jenis buah-
buahan dan air cincau. Masih segar bugar pengalaman itu dalam ingatan saya. Ia
merupakan satu rentetan pengalaman yang cukup bermakna bagi seseorang yang
masih mentah dan baru bertapak dalam dunia luar. Dunia selepas SPM.
Di bulan Ramadhan Ramai orang menjual biskut raya, baju raya, syawl raya, dan
bermacam-macam lagi. Saya dan keluarga saya turun mengambil peluang ini untuk
berniaga santai-santai, Ibu, saya, dan adik beradik saya giat menjual kuih raya dan
muruku raya. Okay apa, boleh eratkan ukhuwah semasa kami. Jangan terkejut,
dalam bulan ramadhan ini, ada juga yang sanggup mengambil cuti sebulan tanpa
gaji untuk berniaga di pasar Ramadhan. Pehhh, dasyat gila.
Dengan pengalaman dalam perniagaan inilah saya mula belajar berkenaan
kewangan. Alhamdulillah, saya semakin belajar.
T
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
“Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu
menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula
kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan
Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah ‘Azzawajalla. “(Direkodkan
oleh Imam Muslim)
Sesibuk mana kita di bulan Ramadhan ini, usah kita lupa bahawa pahala &
keberkhatan adalah lebih bernilai dari wang ringgit.
Saya kongsikan kepada anda, 30 idea business yang santai yang boleh anda
lakukan ketika di bulan ramadhan. Moga bermanfaat.
30 IDEA BUSINESS SANTAI
1) Dropship barang keperluan Raya (cadar, langsir, tilam)
2) Agent biskut raya
3) Business Kad Raya
4) Business Katering Jamuan Berbuka/Sahur di office & rumah
5) Kelas mengaji & Khatam Quran
6) Tusyen Akademik
7) Nurseri kanak-kanak
8) Carboot sale
9) Bakery
10) Business Homestay
11) Business cake untuk jamuan
12) Business Top Up
13) Agent/Dropship Buku
14) Business Typing
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
15) Business Printing Kad Kahwin
16)Business Printing T Shirt Bertemakan Ramadhan & Raya
17)Designer Poster/Banner
18) Perunding Takaful
19) Perunding Pelaburan Unit Trust
20) Perunding Pengurusan Harta Pusaka
21) Perunding product kesihatan (Amway/Shaklee/Herbalife)
22) Business Sim Card
23) Business Jahit baju raya
24) Business Hias Rumah Raya
25) Ebook 37 Resepi Masakan Raya
26) Buku Resepi Famous Biskut Raya
27) Foto shoot Raya
28) Berniaga air di bazaar ramadhan
29) Berniaga makanan basah di bazaar ramadhan
30) Supply kurma
Ketika ramai kawan-kawan saya mencari kerja ketika cuti panjang, saya dan dua
orang sahabat saya mulakan business chocolate cookies. Saya, Hasbullah dan Ilyas,
kami satu team. Jika anda membaca buku saya "Travelog Usahawan Muda",
business pertama saya adalah menjual buah potong, dan business kedua saya ialah
menjual chocolate cookies dan chocolate cakes, nama syarikat kami ialah "Halwah
Jannah", pehh dasyat nama ni, tak daftar pun ketika itu .Banyak pengalaman, jika
flashback pada zaman itu, tepuk dahi.. macam-macam asam garam dan gulanya.
Worth it.
Dalam perniagaan team sangat penting, lagi penting dari menonton drama”
sebenarnya aku isterinya”, team perniagaan adalah perkara penting yang perlu
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
ambil berat. Bila kita ada team, barulah kita syok nak buat kerja. Alhamdulillah,
dalam perniagaan cookies ibu saya hari ini, kami ada team. Mohon doakan
kejayaan kami, saya belanja nanti kay. Senyum.
“Sesibuk mana kita di bulan Ramadhan ini, usah kita lupa bahawa pahala & keberkhatan adalah
lebih bernilai dari wang ringgit.”
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Chapter 4
BUKAN SEKADAR BISKUT COKELAT
"Aku tak rasa beza pon Ramadhan ni. Sama je. Still rasa nak buat jahat. Guane boh?"
"Itu maknanya, selamani kaulah yang setan!"
Rabak. –Angel Pakai Gucci
ita pasti pernah merasai keletihan dalam bekerja, belajar, dalam
hubungan, barangkali letih untuk hidup juga, bang! bang! bomm!
terjatuh, ujian yang diterima membuat kita penat lalu terjatuh dan rasa
berat untuk bangun. Huh, itu yang saya rasai. penat ~
Soalan saya ” Jika seorang motivator perlukan motivation, kepada siapa dia perlu
jumpa?”
“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya
cubaan.” (H.R.Bukhari).
C.O.O.K.I.E.S TIME
Selepas solat isyak saya pergi ke dapur, sengaja melihat ibu saya membuat
cookiesnya. Ibu saya seorang pembuat biskut, seeedap, anda kena rasa.
“Kaizan, how was your programs?” Tanya ibu pada saya.
K
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Ini bukan poyo kay, ibu saya memang kadang-kadang cakap orang putih dengan
anak-anaknya. Memang saya balas dengan BM lah, tersasul lidah nanti. Senyum
dengan nada sedikit keletihan saya menjawab “Errmm, okaaay alhamdulillah”.
sedikit merungut dalam hati kerana ada beberapa perkara yang masih belum
selesai.
Ibu saya senyum dan berkata “Alhamdulillah”.
Melihat wajah ibu saya benar-benar menenangkan saya. Entah kenapa, sering kali
apabila saya rasa susah, saya akan pergi ke dapur di mana ibu saya sering kali akan
masak dan membuat special cookiesnya. Best, dapat menjadi tukang rasa dan
tukang menghabiskan balang-balang cookies ibu.
“Mama, nak cookies boleh?” Mata saya tertumpu kepada cookies yang sudah siap,
masih lagi panas di atas tray.
“Boleh” jawab ibu
Yes! .. Ngamm..ermmm..sedap, lama tak rasa.
Rasanya manis, ranggup, ditambah dengan kehangatannya yang baru keluar dari
oven, dan merasai chocolate chip Hershey’s melting dalam mulut. Pehhhh!
“Nak lagi, boleh?”
“Boleh” jawab ibu sambil meletakkan chocolate chip ke dalam doh biskut.
Nak lagi…lagi…lagi…yang akhirnya saya ambil terus satu balang cookies ibu saya.
haha
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Pada malam itu, Cookies ibu saya berjaya mengembirakan saya sekali lagi. Terus
saya berdiri dan nak cakap ” saya orang Berjaya” dengan tangan digenggam ke atas
untuk memotivasikan diri saya kembali..tapi baru saja nak sebut “saya orang
berjaya” untuk menaikkan motivasi, terus terbatuk! Ahakk..erghh.
Sebab mulut masih mengunyah cookies.. jemm.
* Pengajarannya, jangan makan berdiri.
Jawapan kepada soalan saya diatas “berjumpalah dengan orang yang kita sangat
kasih”.
3 RESEPI KEJAYAAN
“Dan Kami jadikan di antara mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk
dengan perintah Kami ketika mereka bersabar dan mereka selalu yakin dengan ayat-ayat Kami.”
(QS. As Sajda: 24).
“Ujian membawa kepercayaan hidup bertuhan”
Kita sering kali diuji, dan ujian itulah yang mendewasakan kita, matang dalam
berfikir, matang dalam melakukan sesuatu dan yang paling penting, ujian ini
adalah untuk kita rasai hidup bertuhan. Ye lah, kadang-kadang kita rasa kita
bagus sangat, kita rasa kita pandai sangat, rasa diri kita hebat sangat, NAHHH,
Allah cuit kita, supaya kita sedar bahawa Allah lah segala galanya dan kita ini
tidak ada apa-apa.
Apa yang perlu kita lakukan apabila diuji? Bagi saya, perkara pertama kita nak
lakukan apabila ditimpa ujian adalah “SEDAR”. Sedar bahawa diri kita ini adalah
hamba Nya, dan Allah uji kita adalah untuk menyedarkan kita dari terus leka.
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Kemudian kita perlu sedar bahawa kita perlu bangkit dari jatuh. Cari sebab
kenapa kita perlu bangkit, cari sebab kenapa kita perlu berjaya, sedar bahawa kita
ada tanggungjawab kepada indan-insan yang kita sangat cintai.
Perkara kedua yang kita nak lakukan apabila ditimpa ujian adalah perbanyakkan
“MEMBERI”. Saya yakin, apabila kita bantu orang lain, Allah pasti bantu kita dan
permudahkan urusan kita. Saya yakin. Bagi bantuan pada orang susah walaupun
kita susah, hulurkan bantuan kewangan kepada ibu tunggal dan anak yatim
walaupun kita agak kesempitan. Beri, beri dan terus memberi apa sahaja yang
boleh memberi manfaat pada orang lain.
Perkara ketiga yang kita nak lakukan adalah “TAWAKKAL”. Dalam konteks ini,
tawakkal bermaksud kita berusaha kembali bangkit dari kejatuhan kita, terus
berusaha dan sentiasa berserah kepada Allah. Yakin dan percaya Allah akan beri
yang terbaik!
“…Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan
memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya
Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS Ath-Thalaq : 2-3)
Akhir kata, apabila kita ditimpa ujian sehingga terjatuh dan kita rasa sangat berat
untuk bangun kembali ingat kata-kata ini, “there are always a time for cookies and milk” .
sentiasa senyum.
Alhamdulillah, hingga ke hari ini, saya masih meneruskan perjalanan saya,
membentuk diri saya sebagai Orang Kaya Bertaqwa(OKB). Youshhh!!
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Chapter 5
UNIVERSITI OF RAMADHAN
“kun anta”(Be Yourself)- humood alkhudher
“Arghhh…erkkkk”
Tetiba perut saya sakit, meragam pulak dia, rasa nak terberak pulak. Adoi!
epan bilik air ada mesin basuh yang sedang terbuka tudungnya dan
kelihatan bini saya sedang memasukkan baju-baju kami sekeluarga.
Alaaa, manehnya bini aku ni!
Saya yang terharu kerana jarang dapat menolong si dia membasuh baju telah
mendakapnya dari belakang dan mencium lehernya. Emmmmm…Hoo yess! Bini
saya malu-malu manja lantas memusingkan badannya lalu membalas pelukan bagi
melepaskan penat pada orang yang disayanginya, iaitu saya, hehe.
“ B, you tahu tak yang I dapat teka apa yang ada dalam hati you sekarang?” kata
saya.
Bini saya tersenyum, dan angkat alis kening.
“Tekalah, apa dia?”
“Dalam hati you, penuh dengan kecintaan terhadap I, kasih sayang yang tak
berbelah bahagi, kesyukuran pada nikmat tuhan, dan takut kehilangan I,
kan..kan?”
Bini saya tersenyum, manis senyumannya.
D
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
“Cuba you pulak baca minda I, apa ada dalam minda I sekarang?”
“Abang rasa bersalah sebab tak tolong saya buat kerja rumah, betul tak?”
Ermmmm..saya memandang wajahnya.
wajahku kian rapat pada wajahnya.
“Kai, bangun-bangun, soq, soq”
Apakah?
Tummmm! Tiba-tiba terjaga, muka blur-blur, air liur di pipi. Jemm. Adoyai! Mimpi
rupanya..arghhh. Bila saya nak dapat kahwin ni!!
“Wei Wan, kenapa kau ganggu aku tido!”
“Ganggu apa, bangun soq lah, dan 5.30 pagi dah, sat lagi nak azan, kan kata nak
puasa sunat” Jawab Wan
Ohhh, kalau anda semua nak tahu, especially orang KL, soq means sahur.
“Bangun-bangun, meh makan, orang semua dah tunggu tu” Balas Wan lagi.
“Ermmm, yer lah” Muka baru bangun tidur.
Ku harapkan sahur ku nasi tomato dan ayam sambal masakan isteri aku, tapi yang
ada adalah nasi putih dan telur goreng kicap masakan sahabat ku.
Hmmm..alhamdulillah
Belum kahwin lagi, biasa lah.
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Kata salah seorang guru saya, Ramadhan ini adalah university, banyak
pembelajaran atau ibrah yang kita boleh ambil dari bulan ini. Kursus yang dititik
berat dalam university of Ramdhan ini adalah “Character Building”, atau kata
lainnya adalah pembentukan diri manusia, dan kursus ini dibawah faculty of
Taqwa.
Kata mudahnya, Ramadhan adalah bulan pembentukan diri manusia untuk capai
taqwa.
Kata guru saya lagi, ada 3 prinsip untuk mencapai result yang cemerlang sem ini;
3 PRINSIP INSAN CEMERLANG
1) Kita perlu ada niat yang kuat dan jelas dengan apa yang kita mahu.
Stephen R Covey, seorang motivator terkenal dunia menekankan prinsip “Begins
With End In Mind” dalam mencapai kecermelangan hidup. Inilah yang kita belajar
dalam NIAT, niat kita untuk solat, niat kita untuk berpuasa menuntut kita untuk
niat dengan jelas. Semakin jelas niat kita, maka semakin kuat niat kita. Niat ini
sebenarnya mengajar kita dalam pembentukan matlamat hidup, jika anda
menghadiri mana-mana seminar pembentukan matlamat diri, maka niat adalah
perkara pertama yang disentuh.
Maka, untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat, kita perlu ada niat
dan matlamat yang jelas dan kuat. Tanam azam Ramadhan kita kali ini, untuk
mencapai sesuatu yang luar biasa, sesuatu yang kita hajatkan selama ini. Tanam
azam untuk capai level taqwa.
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
2) Kita kena sedar, kita ada pilihan, maka pilihlah yang baik baik.
Kata guru saya, setiap detik merupakan suatu pilihan, maka pilihlah!. Kita ada
pilihan untuk jadi seperti Nabi Musa, atau kita boleh pilih untuk menjadi seperti
firaun. Maka pilihlah, dan bertanggungjawablah dengan pilihan kita itu.
Di bulan Ramadhan ini kita ada pilihan untuk melakukan amal kebaikan, zikir,
selawat, mengaji al Quran, bersedakah, membahagiakan anak-anak yatim, dan
membantu ibu-ibu tunggal atau kita boleh pilih untuk membazir masa, membazir
wang ringgit, melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Pilihan ditangan
kita.
Dalam soal pilihan ini, Islam menuntut kita untuk pilih melakukan amal kebaikan.
3) Kita perlu bersama dan wujudkan environment yang positif disekeliling kita.
Alhamdulillah, saya mempunyai ramai sahabat-sahabat yang postif yang sentiasa
memperingati saya soal kematian, solat, puasa, sedekah dan lain-lain. Saya juga
mempunyai guru-guru yang sentiasa membantu saya untuk terus maju kehadapan.
Terima kasih.
Dalam hidup ini, sahabat dan guru memainkan peranan yang besar dalam hidup
kita. Maka, berdampinglah dengan sahabat-sahabat dan guru-guru yang baik.
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat saya dan pasangannya
yang sudah bernikah, beserta tahniah kepada sahabat-sahabat saya yang
dikurniakan anak dan anak-anak. Moga rumah tangga yang dibina dibuat dari
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
batu-batu concrete yang kukuh, agar rumah & tangga tu tetap kekal kuat hingga
ke akhir hayat. Hingga ke syurga Allah. Gittuee.
Tolong jangan tanya "kaizan bila lagi?" huhuhu, saya bagi no account bank saya
nak?. Haha.
Being funny is when people are laughing when you are around. Being happy is when you are
laughing when no one is around. Don't liveup to people's expectations, be happy with yourself –
Mat Luthfi
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
SELOPAK KASIH DARI PENULIS
“The philosophy of fasting calls upon us to know ourselves, to master ourselves, and to discipline
ourselves the better to free ourselves. To fast is to identify our dependencies, and free ourselves
from them.” - TariqRamadan
aat saya menulis ini, azan dilaungkan dari masjid berdekatan, menandakan
sudah masuknya waktu zohor. Saya bersiap dan bergegas ke masjid
dengan motor. Setibanya saya di sana, kelihatan Van Jenazah berada di
depan pintu masjid, di dalam masjid ada jenazah untuk disolatkan. Al Fatihah.
Selepas solat zohor dan solat jenazah saya mendiamkan diri, melihat ahli keluarga
arwah menganggkat arwah ke dalam van jenazah tadi. Tidak lama kemudian, Van
itu pergi membawa jenazah ke tanah perkuburan, beserta ahli keluarga arwah juga
turut beransur pergi, sedikit demi sedikit. Saya merenung sedalam dalamnya diri
saya yang kerdil ini, yang mempunyai banyak kekurangan diri, banyak dosa dalam
diri. Astaghfirullah. Moga dosa-dosa kita semua diampunkan.
Alhamdulillah, kita sudah sampai ke penghujung penulisan ini, segala yang baik,
semuanya dari Allah, dan segala kelemahan, datangnya dari diri saya sendiri,
maafkan saya, maafkan saya dan maafkan saya. Komitment Tuan-tuan, cik puan-
cik puan untuk membaca naskah ini hingga ke penghujungnya, saya sangat hargai.
Saya suka, saya suka dan saya suka.
S
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Moga perkongsian santai ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dalam
hidup kita. Moga Ramadhan kali ini dapat kita hadirkan dalam hidup kita, hadir
dalam jiwa kita dengan penuh makna.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, berikankanlah kami kefahaman para Rasul, hafalan para nabi dan
ilham para malaikan yang dekat dengan Mu. Ya Allah, Engkau berikanlah kami nampak diri
kami ini kecil sahaja, tetapi orang lain nampak diri kami ini besar Ya Allah. Sesungguhnya
engkau Maha Tahu lagi Maha Mengetahui, engkau bukakanlah hati kami ini, sepertimana orang
yang soleh, arif lagi bijaksana”
Ini merupakan doa khas buat insan-insan hebat seperti anda yang sedang
membaca naskah ini. Amalkan doa setiap kali selepas solat. Yakinlah dengan janji
Allah, Semoga anda kuat menghadapi proses kejayaan hidup. Hati kena sado! Der.
Semoga jalan yang anda pilih ini mendapat rahmat dan redho Allah S.W.T. Anda
kaya, Berjaya dan bertaqwa.
"Apsal kau monyok je?"
"Sebab esok dah start pose. Lecehlah."
"Oh. Setahu aku, setan je yang sedih bila tiba Ramadhan ni."
Koyak. –Angel Pakai Gucci
“Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak”
Salam Ukhuwah,
Kaizan Nazlan.
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Bonus Chapter
TABUNG SI HIJAU
MISI MENGUMPUL SIMPANAN RM1,000
Tarikh Mula: Tarikh Tamat:
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
Ini merupakan hadiah buat anda. Cari tabung dan labelkan ia “TABUNG SI
HIJAU”, kemudian print helaian ini. Setiap kali anda meletakkan wang kertas
RM5 ke dalam tabung “Si Hijau”, anda tick satu kotak RM5 diatas.
Kenapa RM5? Kerana ia mudah diperolehi, anda boleh buat Tabung Si Merah dan
Tabung Si Oren, untuk duit kertas RM10 dan duit kertas RM20. Flexible.
Usahakan sehinggalah habis, Apabila sudah habis, ertinya anda telah Berjaya
mengumpul wang sebanyak RM1,000. Tahniah. Bestkan. Gunakan wang simpanan
tersebut sebaiknya. Jumpa Lagi.
*Chapter bonus ini boleh dicetak, sesuka hati anda.
Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net
PROFIL PENULIS
Nama penulis ialah, Mohd Kaizan Bin Nazlan, lahir pada
5.12.1990 di Wilayah Persekutuan. Kini berkhidmat di sebuah
syarikat training consultant, Glokal Energizer Training &
Consultancy (GET) yang menapak di Alor Setar Kedah.
Kepakaran penulis adalah dalam bidang latihan
Pembangunan diri dan pengurusan wang peribadi. Beliau
merupakan penulis buku “Travelog Usahawan Muda –
Kuasai Aliran Wang” dan merupakan penulis utama di webpage:
www.kaizannazlan.net
Penulis Mendapat pentauliahan professional, Diploma Pengurusan Perniagaan
(UiTM Kedah), Degree Pengurusan Pemasaran (UiTM Kedah), Perunding
Kewangan Islam (Takaful), Professioanl Learning Facilitator (PLF), UWAIS Train
The Trainer Level 1 and 2 dan IBH Hypnotherapy Practitioner.
Penulis berpengalaman 3 tahun dalam bidang latihan pembangunan insan dan juga
2 tahun dalam bidang latihan pengurusan kewangan peribadi.

Contenu connexe

Tendances

Diatas sajadah cinta - habib - HESTI ROMADHONI - SMK N 2 WONOGIRI
Diatas sajadah cinta - habib - HESTI ROMADHONI - SMK N 2 WONOGIRIDiatas sajadah cinta - habib - HESTI ROMADHONI - SMK N 2 WONOGIRI
Diatas sajadah cinta - habib - HESTI ROMADHONI - SMK N 2 WONOGIRI
Hesti Romadhoni
 
Seren sumeren panganten
Seren sumeren pangantenSeren sumeren panganten
Seren sumeren panganten
anes88
 
TEKS UCAPAN MALAM KEBUDAYAAN
TEKS UCAPAN MALAM KEBUDAYAANTEKS UCAPAN MALAM KEBUDAYAAN
TEKS UCAPAN MALAM KEBUDAYAAN
Shafiqa Fatin
 
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
Nurul Ashwad
 
Gurindam dua belas
Gurindam dua belasGurindam dua belas
Gurindam dua belas
mbanarti
 
Mencari jodoh atau menunggu
Mencari jodoh atau menungguMencari jodoh atau menunggu
Mencari jodoh atau menunggu
Mohamad Izuan
 

Tendances (17)

PRESENTASI BISNIS
PRESENTASI BISNISPRESENTASI BISNIS
PRESENTASI BISNIS
 
Hari giniiiii gag pacaran
Hari giniiiii gag pacaranHari giniiiii gag pacaran
Hari giniiiii gag pacaran
 
Diatas sajadah cinta - habib - HESTI ROMADHONI - SMK N 2 WONOGIRI
Diatas sajadah cinta - habib - HESTI ROMADHONI - SMK N 2 WONOGIRIDiatas sajadah cinta - habib - HESTI ROMADHONI - SMK N 2 WONOGIRI
Diatas sajadah cinta - habib - HESTI ROMADHONI - SMK N 2 WONOGIRI
 
Teks Pembawa Acara Pernikahan Sunda
Teks Pembawa Acara Pernikahan SundaTeks Pembawa Acara Pernikahan Sunda
Teks Pembawa Acara Pernikahan Sunda
 
Seren sumeren panganten
Seren sumeren pangantenSeren sumeren panganten
Seren sumeren panganten
 
TEKS UCAPAN MALAM KEBUDAYAAN
TEKS UCAPAN MALAM KEBUDAYAANTEKS UCAPAN MALAM KEBUDAYAAN
TEKS UCAPAN MALAM KEBUDAYAAN
 
Mudah cari jodoh
Mudah cari jodohMudah cari jodoh
Mudah cari jodoh
 
Carita Parahyangan Sunda Kiwari
Carita Parahyangan Sunda KiwariCarita Parahyangan Sunda Kiwari
Carita Parahyangan Sunda Kiwari
 
Hadapi dengan Iman
Hadapi dengan ImanHadapi dengan Iman
Hadapi dengan Iman
 
Prosa tradisional dua geliga hikmat (form 5)
Prosa tradisional   dua geliga hikmat (form 5)Prosa tradisional   dua geliga hikmat (form 5)
Prosa tradisional dua geliga hikmat (form 5)
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1
 
Hamka.dibawahlindungankabah
Hamka.dibawahlindungankabahHamka.dibawahlindungankabah
Hamka.dibawahlindungankabah
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
 
Gurindam dua belas
Gurindam dua belasGurindam dua belas
Gurindam dua belas
 
Mencari jodoh atau menunggu
Mencari jodoh atau menungguMencari jodoh atau menunggu
Mencari jodoh atau menunggu
 
Teks ulasan buku non akademik
Teks ulasan buku non akademikTeks ulasan buku non akademik
Teks ulasan buku non akademik
 

En vedette

Turismo cusqueño.ppt
Turismo cusqueño.pptTurismo cusqueño.ppt
Turismo cusqueño.ppt
majuso
 
Caso de estudio unidad 3 capitulo 7
Caso de estudio unidad 3 capitulo 7Caso de estudio unidad 3 capitulo 7
Caso de estudio unidad 3 capitulo 7
JUAN ENRIQUE
 

En vedette (20)

Boots uses Huddle up for efficient working practices.
Boots uses Huddle up for efficient working practices.Boots uses Huddle up for efficient working practices.
Boots uses Huddle up for efficient working practices.
 
Cómo licenciar obras artísticas con Creative Commons
Cómo licenciar obras artísticas con Creative CommonsCómo licenciar obras artísticas con Creative Commons
Cómo licenciar obras artísticas con Creative Commons
 
Projecte RESALTTECH
Projecte RESALTTECHProjecte RESALTTECH
Projecte RESALTTECH
 
Window top transfer Western, central, harbour local train
Window top transfer Western, central, harbour local trainWindow top transfer Western, central, harbour local train
Window top transfer Western, central, harbour local train
 
Mejora de OEE: Presentación en 5 minutos y en 30 segundos
Mejora de OEE: Presentación en 5 minutos y en 30 segundosMejora de OEE: Presentación en 5 minutos y en 30 segundos
Mejora de OEE: Presentación en 5 minutos y en 30 segundos
 
Salco - OFERTA WSPÓŁPRACY DLA FIZJOTERAPEUTÓW
Salco - OFERTA WSPÓŁPRACY DLA FIZJOTERAPEUTÓWSalco - OFERTA WSPÓŁPRACY DLA FIZJOTERAPEUTÓW
Salco - OFERTA WSPÓŁPRACY DLA FIZJOTERAPEUTÓW
 
TSBC - Introduction to Enterprise Learning
TSBC - Introduction to Enterprise LearningTSBC - Introduction to Enterprise Learning
TSBC - Introduction to Enterprise Learning
 
Turismo cusqueño.ppt
Turismo cusqueño.pptTurismo cusqueño.ppt
Turismo cusqueño.ppt
 
Diario Resumen 20141004
Diario Resumen 20141004Diario Resumen 20141004
Diario Resumen 20141004
 
Revista diseño editorial para STREET 106
Revista diseño editorial para STREET 106Revista diseño editorial para STREET 106
Revista diseño editorial para STREET 106
 
Presentación Javier Sanz- Primer Congreso Ecommerce de Alicante by @ecommaster
Presentación Javier Sanz- Primer Congreso Ecommerce de Alicante by @ecommasterPresentación Javier Sanz- Primer Congreso Ecommerce de Alicante by @ecommaster
Presentación Javier Sanz- Primer Congreso Ecommerce de Alicante by @ecommaster
 
Caso de estudio unidad 3 capitulo 7
Caso de estudio unidad 3 capitulo 7Caso de estudio unidad 3 capitulo 7
Caso de estudio unidad 3 capitulo 7
 
Bladettromso 20050209
Bladettromso 20050209Bladettromso 20050209
Bladettromso 20050209
 
A Holistic Approach to Property Valuations
A Holistic Approach to Property ValuationsA Holistic Approach to Property Valuations
A Holistic Approach to Property Valuations
 
Razas 2 (clase 6 y 7)
Razas 2 (clase 6 y 7)Razas 2 (clase 6 y 7)
Razas 2 (clase 6 y 7)
 
Bulletin Global It Delivery Shifts To Spain
Bulletin Global It Delivery Shifts To SpainBulletin Global It Delivery Shifts To Spain
Bulletin Global It Delivery Shifts To Spain
 
Maintainable API Docs and Other Rainbow Colored Unicorns
Maintainable API Docs and Other Rainbow Colored UnicornsMaintainable API Docs and Other Rainbow Colored Unicorns
Maintainable API Docs and Other Rainbow Colored Unicorns
 
Part2 (1 Examen)
Part2 (1 Examen)Part2 (1 Examen)
Part2 (1 Examen)
 
Medios
MediosMedios
Medios
 
Which is better: Cash method vs. accrual method
Which is better:  Cash method vs. accrual method Which is better:  Cash method vs. accrual method
Which is better: Cash method vs. accrual method
 

Similaire à TRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANG

Rancang Wang 101
Rancang Wang 101Rancang Wang 101
Rancang Wang 101
MaMaT CyBeR
 
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah HidayatullahRubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah HidayatullahRubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
MAJALAH HIDAYATULLAH
 

Similaire à TRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANG (15)

Surat Ustadz Yusuf Mansur Kepada Mitra Bisnis PayTren
Surat Ustadz Yusuf Mansur Kepada Mitra Bisnis PayTrenSurat Ustadz Yusuf Mansur Kepada Mitra Bisnis PayTren
Surat Ustadz Yusuf Mansur Kepada Mitra Bisnis PayTren
 
Ebook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf Mansur
Ebook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf MansurEbook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf Mansur
Ebook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf Mansur
 
SYAWAL GUIDELINE.pdf
SYAWAL GUIDELINE.pdfSYAWAL GUIDELINE.pdf
SYAWAL GUIDELINE.pdf
 
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibuKhutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
 
Kultum zakat
Kultum zakatKultum zakat
Kultum zakat
 
Rancang Wang 101
Rancang Wang 101Rancang Wang 101
Rancang Wang 101
 
Newweb7
Newweb7Newweb7
Newweb7
 
buku cara meraih hidup yang bermakna dan membahagiakan
buku cara meraih hidup yang bermakna dan membahagiakanbuku cara meraih hidup yang bermakna dan membahagiakan
buku cara meraih hidup yang bermakna dan membahagiakan
 
Pikiran, sikap menjadi manusia terbaik (www.ilmubisnisusaha.net )
Pikiran, sikap menjadi manusia terbaik (www.ilmubisnisusaha.net )Pikiran, sikap menjadi manusia terbaik (www.ilmubisnisusaha.net )
Pikiran, sikap menjadi manusia terbaik (www.ilmubisnisusaha.net )
 
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah HidayatullahRubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
 
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah HidayatullahRubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
 
Amazing ebook mindset passion and happiness life
Amazing ebook mindset passion and happiness life Amazing ebook mindset passion and happiness life
Amazing ebook mindset passion and happiness life
 
Mindset and passion
Mindset and passion Mindset and passion
Mindset and passion
 
Mindset passion and happiness life
Mindset passion and happiness life Mindset passion and happiness life
Mindset passion and happiness life
 
Mindset and passion
Mindset and passion Mindset and passion
Mindset and passion
 

Plus de Kaizan Nazlan

Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaanKepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kaizan Nazlan
 
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kaizan Nazlan
 
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasiAplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Kaizan Nazlan
 

Plus de Kaizan Nazlan (12)

Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira
Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan GembiraEnergizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira
Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira
 
3 senario pelaburan hensem
3 senario pelaburan hensem3 senario pelaburan hensem
3 senario pelaburan hensem
 
Financial Statement
Financial StatementFinancial Statement
Financial Statement
 
The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "
The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "
The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "
 
6 Tabung Pengurusan Wang Bijak
6 Tabung Pengurusan Wang Bijak6 Tabung Pengurusan Wang Bijak
6 Tabung Pengurusan Wang Bijak
 
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaanKepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
 
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
 
Mahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim
Mahasiswa Islam: Erti Seorang MuslimMahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim
Mahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim
 
Art of presentation e book
Art of presentation e bookArt of presentation e book
Art of presentation e book
 
Hukuman hudud
Hukuman hududHukuman hudud
Hukuman hudud
 
PAS dan tahalluf siasi dengan DAP
PAS dan tahalluf siasi dengan DAPPAS dan tahalluf siasi dengan DAP
PAS dan tahalluf siasi dengan DAP
 
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasiAplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
 

Dernier

1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
MetalinaSimanjuntak1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 

Dernier (20)

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 

TRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANG

  • 1. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net TRAVELOG USAHAWAN MUDA Chapter Ramadhan Aku Datang SALAM UKHUWAH Kaizan Nazlan
  • 2. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net TRAVELOG USAHAWAN MUDA Chapter Ramadhan Aku Datang Oleh: Kaizan Nazlan www.kaizannazlan.net
  • 3. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Penafian : Naskah ini dihasilkan untuk memberi perkongsian santai. Kisah-kisah di dalam ini, ada yang benar dan ada yang ditambah rencah. Tiada mengena yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit Glory Generation Ent. HakCipta ©2015 Mohd Kaizan Bin Nazlan Penerbit : Glokal Generation Ent. ISBN : 978-5-121-99077-7
  • 4. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net ISI KANDUNGAN  PENGENALAN  MENGURUS WANG DI BULAN RAMADHAN  RAHSIA KEKAYAAN DALAM SURAH AL BAQARAH  BUAT DUIT GELI-GELI  BUKAN SEKADAR BISKUT COKELAT  UNIVERSITI OF RAMADHAN  SELOPAK KASIH DARI PENULIS  BONUS: HADIAH!  PROFIL PENULIS
  • 5. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net PENGENALAN “Orang pakai niqab kau panggil ninja, kenapa orang pakai kain tak cukup kau tak panggil Tarzan?” nsyaallah saya akan menyambungkan pengajian saya di University of Ramadhan, pengajian dalam bidang "Degree of Character Building", Faculty of Taqwa. Intake 2015. Kali ini saya akan aim for DEKAN! Oh yess! Cakap kat orang sebelah, kau ada? Hanya beberapa hari lagi, Ramadhan bakal tiba, dalam fikiran saya, terbayang- bayang video mat luthfi berkenaan Ramadhan, beserta lagu background opick. “Ramadhan tiba… Ramadhan tiba”. Haha, lucu. Ehem. (kawal sikit) Ramadhan adalah bulan “Islah”, yang bermaksud perubahan kearah kebaikan, samalah seperti maksud nama saya “Kaizan”, iaitu “continuous improvement”. Ceeh wahh, bangganya saya dengan nama saya. Ceritanya disini, kita nak islahkan diri kita kearah yang lebih baik secara istiqomahnya. Ramadhan datang pada kita, adalah untuk membantu kita, mendidik kita untuk islahkan diri kita. Kita nak islahkan diri kita, dari selalu pakai baju adik, bertukar kepada pakai baju kakak, longgar dan labuh, sesuai sebagai pakaian seorang muslimah. Kita nak islah, dari hisap rokok 1 kotak sehari, kepada 1 batang sehari. Kita nak islah dari selalu pimpin gelifren dan buayafren kita ke fun fair kepada pimpin ibu kita ke pasar dan tolong ayah kita basuh keretanya. Gituee. I
  • 6. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Termasuk juga dalam soal kewangan, kita nak islahkan diri kita, kita nak tambah baik pengurusan kewangan kita, dari sedekah RM1 sehari kepada sedekah RM10 ke RM100 sehari,pergh!. Dari beli baju berpasang-pasang, kita beli sepasang sahaja. Duit lebih kita simpan, masuk tabung kahwin atau tabung sambut anak. Mampu? Sama-sama kita usahakan. Chapter Travelog Usahawan Muda kali ini ingin memujuk-mujuk anda untuk Islah! Kearah lebih baik. Sesuai dengan tema “Ramadhan Aku Datang” kali ini. Terus terang, Ramadhan tahun lepas, saya banyak main, banyak tidur, dan banyak bergurau, apabila saat-saat terakhir Ramadhan barulah saya tersedar bahawa saya rugi giler! Seperti mengalami kerugian dalam perniagaan dengan sengaja.woho!. Insaf. Alhamdulillah, sempat pulun untuk mengumpul pahala juga. Okay lah tu, daripada tidak tersedar langsung, daripada dapat telur ja. Masa untuk islah! Saya akan capai kecermelangan di bulan Ramadhan! Inikalilah! Jom kita. “Bulan Ramadhan adalah bulan bulan diturunkannya Al Qur’an. Al Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)” (QS. Al Baqarah: 185)
  • 7. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Chapter 1 MENGURUS WANG DI BULAN RAMADHAN “Tatkala kita putus-asa dan lemah untuk berubah, ketahuilah, ketika itu juga iblis syaitan ketawa berdekah!” i sebuah kenduri sahabat, sebelum Ramadhan. Wan, usahlah marah atau perli mak cik yang tanya kau "Bila Nak Kahwin" tu, dengan kata "bila mak cik nak meninggal" aiyo, kesian mak cik tu kau tahu tak. Tengok tu, dia dah merajuk dah, asyik pandang tanah ja. Woho! Wan, Sebaiknya mintalah mak cik tu sponsor kenduri kahwin kau ka, tolong carikan calon untuk kau ka, tolong doakan kau ka. Insyaallah dapat. Tengok tu, elok mak cik tu pakai cantik-cantik kat kenduri kahwin, dah muram dah. Adehh. “Dah dah, jom makan.” “Haihh, Wan wan…” Ramai ostaz dan ostajah sudah membicarakan soal tarbiyah! Dalam bulan Ramadhan. Cuma dalam chapter ini, saya ingin menyentuh soal pengurusan kewangan kita di bulan Ramadhan. Oh yeah! D
  • 8. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net 5 PENGURUSAN KEWANGAN PENTING 5 perkara pengurusan kewangan yang penting pada bulan Ramadhan. Jika kita mengamalkannya selalu, pahala menjadi berganda-ganda dan rezeki juga bakal bertambah-tambah. Insyaallah 1) Membanyakkan Sedekah Di Bulan Ramadhan Zakat harta adalah satu kewajipan. Sedekah pula adalah satu perkara yang sangat dituntut. Apakah kita tidak malu apabila perbelanjaan tahunan Astro, broadband dan top up telefon kita jauh lebih tinggi dari nilai sedekah kita pada bulan Ramadhan? Jika kita sanggup menjadikan Pak Cik Jamil si tuan rumah sewa, Remy si penjual Karpet, Abang Astro, Abang Celcom, Kakak Maxis dan Si Kuning DiGi kaya raya, kenapa tidak kita kaya kan diri kita juga, dengan membantu meringankan beban saudara kita sendiri yang dalam kesempitan dan kesusahan? Saya ingin mencadangkan agar kita perbanyakkan bersedekah di rumah anak yatim, sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok. Kerana, pelaburan sedekah ditempat-tempat ini sangat-sangat menguntungkan. Anda bayangkan wang ringgit anda dibelanjakan untuk membina surau yang digunakan untuk pengajian kitab, membaca al quran, dan solat tarawih. Tidakkah kita merasa beruntung. Dan wang yang anda sedekahkan itu, dimanfaatkan oleh orang orang yang hendak mendekati agama. Pehh, lumayan pak. 2) Belanja Orang Lain Berbuka Puasa Ramadhan kita di Malaysia memang seperti satu pesta makanan. Maka alangkah cantiknya jika kita dapat kongsi pesta makanan ini!. Saya ingin mencadangkan
  • 9. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net anda buat majlis berbuka puasa di rumah anda, dan anda menjemput anak-anak yatim, fakir-fakir miskin dan jiran-jiran tetangga untuk memeriahkannya sekali. Kerana, kegembiraan bukanlah untuk anda simpan, tetapi untuk kita kongsikan bersama. Raikan dengan sederhana. Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala orang yang berpuasa itu.”(Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khzaimah dan Ibnu Hibban) 3) Membayar Zakat Harta Di Bulan Ramadhan Membayar Zakat harta di bulan Ramadhan adalah amalan guru saya sebagai kiraan haul zakat harta. Dengan cara ini, sudah pasti kita akan sentiasa ingat bilakah kita patut membayar zakat harta kita. Jangan keliru zakat harta dan zakat fitrah. Di bulan Ramadhan juga, kita dituntut untuk membayar zakat fitrah untuk diri kita dan keluarga kita. 4) Memberi Duit Raya Kata guru saya, kita ini tersalah buat pelaburan, sepatutnya kita memberi duit raya di bulan Ramadhan yang ketika itu masih banyak ganjaran pahala yang Allah tawarkan, bukannya di bulan Syawal yang ketika itu ganjaran pahala kembali seperti biasa. Cadangan saya, bagi duit raya pada sanak saudara sebelum hari raya, bukan pada hari pertama raya. Termasuk juga nak bagi duit raya pada ayah dan ibu kita, bagi sebelum hari raya, barulah pahala itu berganda-ganda. Pelaburan akhirat, kannn. Mesti nak maximize keuntungan.
  • 10. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net 5) Kos Persiapan Raya Ramai dalam kalangan kita pulun mencari duit di bulan Ramadhan untuk dihabiskan duit itu untuk hari raya. Kita bersusah payah di bulan ramadhan, sanggup tinggal taraweh untuk beli phone baru, langsir baru, tikar baru, karpet baru, rim kereta baru. What the fish! Cadangan saya, allocate sejumlah wang untuk kos raya, contohnya RM400 untuk pakaian, RM75 untuk kuih muih dan minuman ringan dan RM100 untuk hal-hal lain. Berbelanjalah mengikut amount duit yang kita allocate itu. Bukan berbelanja sembrono sahaja. Hari raya bukanlah hari untuk anda tunjuk kaya dengan kuih almond London anda, hari raya adalah untuk kita luahkan rasa kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. Maka bersederhanalah. Sedang kami tengah makan di kenduri kesyukuran sahabat kami, saya timbulkan satu persoalan. “Wan, kau nak tahu kaedah terbaik untuk kumpul wang kahwin?” “Apa dia?” Lain kali dalam majlis macam ini, kita bagi kad kahwin dekan semua orang disini. Dekat kad itu, kita tulis “Mohon salurkan sumbangan ikhlas untuk Saya mendirikan Masjid, ini No Account xxxxxxxxxx saya” Dan orang pertama yang kita nak bagi adalah mak cik tadi. Hehe “Jemmmmm”
  • 11. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net “Kai, aku nak tanya kau sesuatu?” “Apa dia? “ “Antara jodoh dan ajal, mana sampai dulu?” “Jemmmmmm” (sampai hati kau Wan) Too many people spend money they earned, to buy things they don’t want, to impress people that they don’t like. –Will Rogers *pssttt…Ada hadiah buat anda di lampiran belakang, manfaatkan ia.
  • 12. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Chapter 2 RAHSIA KEKAYAAN DALAM SURAH AL BAQARAH The greatness of a man is not in how much wealth he acquires, but in his integrity and his ability to affect those around him positively.- Bob Marley "Wahai Abu Zar, apakah engkau mengira bahawa orang yang banyak hartanya itu adalah orang kaya?" "Benar wahai Rasulullah " "Apakah engkau juga menyangka bahawa orang yang sedikit hartanya itu adalah orang yang fakir?" "Benar wahai Rasulullah." asulullah s.a.w pun bersabda"Bahawa sesungguhnya yang dinamakan kaya itu adalah kaya hati dan fakir itu adalah fakir hati. Oleh itu, sesiapa kaya (merasakan cukup) dalam hatinya maka tidak akan membahayakan dirinya apa yang sedikit dari harta dunia. Sesiapa fakir (merasa kurang) dalam hatinya maka harta dunia yang banyak tidak akan mencukupi baginya. Sesungguhnya yang merosak itu adalah sifat kikir yang ada pada dirinya." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya) R
  • 13. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Apa pengajarannya?, kekayaan sebenar bukan dengan wang ringgit, tetapi kekayaan sebenar adalah dengan perasaan merasa cukup. Dan Rasulullah melarang kita untuk bersifat kikir atau boros dalam pengurusan harta kita. RAHSIA KEKAYAAN “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui. (Q.S. Al-Baqarah:261) KISAH BUDAK MISKIN MENJADI KAYA Menerusi Facebook Ustaz Azhar Idrus, satu artikel kisah benar telah dikongsikan mengenai seorang pemuda yang menjadi jutawan kerana bersedekah. Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah Anis terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd pada keluaran Oktober 2012. Mari kita baca dan hayati untuk panduan bersama: “Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar-benar berada di garis mula memburu impian ini. Saya benar-benar bermula dari kosong,” beliau memulakan kata.
  • 14. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net “Bermula dari kosong? Apakah yang berlaku sebelumnya?” soal saya pula. Saya dari keluarga susah. Malah pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut. Saya masih ingat lagi saat melihat ibu saya menangis. Ibu menangis kerana sedih melihat ulat di kocek baju saya. Pada masa itu saya bekerja sebagai budak pengangkut sampah. Saya katakan kepada ibu agar jangan sedih dan mohon terus doakan kejayaan saya. Saya yakin akan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. sebelum kita diberi nikmat kita tentu diuji dulu. Begitulah lazimnya. Itulah juga yang berlaku kepada saya. Semasa bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berusaha mencari duit. Malah saya pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi ) cawangan Bachok. Kebun seluas itu juga saya kerjakan bersendirian. “Saya masih boleh dilihat mencangkul di kebun jagung walaupun 30 minit lagi peperiksaan akan bermula.” Terang beliau sambil ketawa. “Kebun jagung yang sudah hampir membuahkan hasil itu menjadi sandaran saya . Kerana itu saya nekad dengan keputusan berhenti belajar. Kononnya untuk memberi tumpuan kepada bisnes kebun jagung saya. Namun, takdir Allah mengubah segala-galanya. Ribut kuat yang jarang – jarang berlaku telah melanda kawasan Besut. Seterusnya memusnahkan segala impian saya.”
  • 15. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net “Ia berlaku pada masa tongkol-tongkol jagung sudah mula menguning. Saya terduduk. Segalanya musnah sekelip mata. Bukan sahaja harapan meraih untung hancur berkecai. Malah saya terpaksa pula menjual satu-satunya motorsikal buruk yang saya ada demi melunaskan sewa tanah kepada orang kampung. Selepas itu saya hanya berjalan kaki.” “Sudahlah begitu, saya terpaksa juga berdepan dengan pilihan yang berat. Iaitu pilihan di antara mahu meneruskan kuliah saya di KIST atau sebaliknya. Minat saya yang membuak-buak terhadap bisnes memaksa saya membuat pilihan ke-2. Hasilnya saya dicemuh oleh hampir semua orang yang saya kenal. Masa depan saya gelap kata mereka!” “Pada masa itu saya merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan ini. Saya kehilangan kebun. Saya kehilangan kuliah dan tiada kerja. Sudah tentu saya tiada wang. Saya tidak punya apa-apa lagi. “Pada masa itu saya cuma ada Allah. Itulah satu-satunya harapan saya. Saya memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah semuanya baik” terang beliau bak air yang mengalir.” “Seterusnya pada hari bersejarah itu, saya bertemu seseorang dan mohon dipinjamkan wang sebanyak RM50 bagi memulakan hidup baru. Modal itu sebahagiannya saya gunakan untuk fotostat sebanyak 300 keping risalah dengan maksud mahu menjual tanah bagi pihaknya. Dengan harapan bolehlah mendapat sedikit komisyen jika ada orang yang mahu membeli.” “Pada ketika itu saya memang tidak tahu apa-apa tentang urusan jual-beli tanah. Apa yang saya tahu cuma mahu mengedarkan risalah. Dan memang hanya itu saja
  • 16. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net peluang yang saya ada. Rasa terpaksa dan malu usah cakap. Saya tidak mampu untuk memikir selainnya.” “Benarlah sesungguhnya Rezeki dari Allah. Sesingkat 3 jam saya berhasil mendapat RM2000 dari usaha itu. Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan beratus ribu ringgit; dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja seorang yang asalnya ‘zero’ tiba-tiba menjadi ‘hero’. “ “Ya, saya benar-benar menjadi hero sehingga saya lemas dan leka dalam limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.” “Syukur kepada Allah yang segera memimpin saya agar segera kembali ke pangkal jalan. Saya segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah dan bukan kerana hebatnya usaha dan kepintaran saya. “Boleh tuan terangkan secara khusus apakah amalan tuan sehingga mendapat rezeki yang luar biasa itu?” saya memotong ceritanya. “Apa yang tuan tulis di dalam buku, itulah yang saya amalkan. Contohnya, saya tidak akan memulakan kerja selagi belum bersedekah. Begitulah yang saya lakukan setiap hari.” “Alhamdulillah rezeki terus datang mencurah-curah sehingga sejuta yang pertama dapat saya raih dalam tempoh setahun. Tepatnya pada bulan Ramadan tahun berikutnya. Iaitu pada bulan Ramadan tahun 2011. “Pada suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mahu menjual tanah. Tanah seluas 5 ekar itu terletak di Kampung Raja, Besut. Tuan
  • 17. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net tanah dengan senang hati mahu menjualnya kepada saya. Malah beliau mahu menjualnya dengan harga RM428,000. Ternyata harga yang ditawarkan itu jauh lebih rendah dari harga pasaran. “ “Kemudian saya pecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Keseluruhan tanah-tanah lot itu dapat dijual dalam tempoh setahun. Urus niaga itu berjumlah RM1.5 juta. Akhirnya seorang budak miskin berjaya menjadi jutawan.” “Hari ini apabila direnung kembali skrip kehidupan lalu, saya segera insaf . Rezeki besar yang Allah beri sesungguhnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan saya semata-mata.” “Rezeki yang melimpah-ruah itu rupa-rupanya untuk dikongsi dengan ramai orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berusaha menjaga kebajikan sekitar 70 orang anak-anak yatim dan miskin. Mereka berada di Besut, Pakistan, Kemboja dan Indonesia. “ “Saya percaya jumlah mereka ini akan bertambah lagi. Namun, saya tidak pernah bimbang tentang rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui keperluan saya. Saya sekadar melakukan kerja-kerja yang saya mampu, selebihnya biarlah Allah melakukan kerja-Nya. “ “Akhirnya saya sampai ke titik keyakinan bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari-cari rezeki. Yakni mengutamakan Allah dalam setiap masa dan keadaan.”
  • 18. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Kesimpulannnya, janganlah takut untuk bersedekah biarpun hanya sedikit dan mengikut kemampuan. Jika tidak mampu dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sedekahlah dari segi tenaga, ilmu atau sokongan moral kepada mereka yang memerlukannya. Jika tidak mampu dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sedekahlah dari segi tenaga, ilmu atau sokongan moral kepada mereka yang memerlukannya.- Mynewshub.my Sumber Artikel: http://www.sentiasapanas.com Hebatkan? Kisah ini secara peribadi memberi inspirasi kepada diri saya sendiri. Masyaallah, hebatnya kuasa sedekah. Kata guru saya, “The more you give, the more you get back.” Maka Perbanyakkanlah memberi. Sebagai seorang usahawan, dan tidak kira apa pekerjaan anda, untuk mencapai kekayaan dunia dan akhirat kita kena sentiasa-sentiasa memberi manfaat kepada orang lain kearah kebaikan, sentiasa bersedekah setiap kali ingin memulakan pekerjaan anda dan jauhi bersikap boros!
  • 19. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net 3 Tips Jimat Di Bulan Ramadhan 1) Masak dirumah selalu. Manfaatkan resepi pak menteri German, “NASI GORENG TANPA GST” jangan lupa hias-hias dengan timun dan cili dalam periuk. Sarcasm level 99. 2) Beli makanan di bazaar seminggu 2 kali maximum. Ini untuk mengelakkan kos-kos seperti minyak kereta/ motor, masa, dan godaan-godaan juadah berbuka di bazaar Ramadhan. 3) Allocate wang belanja setiap hari, contohnya sehari RM7, maka, apabila anda hendak pergi ke bazaar, tinggalkan wallet atau purse anda dirumah, bawah wang cukup-cukup RM7 sahaja. Tuan-tuan, Cik puan-cik puan, mari sama-sama kita berjimat, untuk pengetahuan anda, saya masih lagi menggunakan motor untuk ke tempat program saya, Masih tunggu hadiah kereta dari Allah. “Terdapat 2 cara untuk menjadi kaya; Memiliki harta yang banyak atau Tidak mempunyai kehendak yang banyak.” - Dr David G.Myers
  • 20. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Chapter 3 BUAT DUIT GELI-GELI “There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work, and learning from failure.”- Colin Powell ahun 2008, ia adalah tahun percubaan pertama saya untuk mula berniaga. Membuka gerai kecil di hadapan rumah arwah nenek saya di Kampung Bahru, Kuala Lumpur dengan menjual pelbagai jenis buah- buahan dan air cincau. Masih segar bugar pengalaman itu dalam ingatan saya. Ia merupakan satu rentetan pengalaman yang cukup bermakna bagi seseorang yang masih mentah dan baru bertapak dalam dunia luar. Dunia selepas SPM. Di bulan Ramadhan Ramai orang menjual biskut raya, baju raya, syawl raya, dan bermacam-macam lagi. Saya dan keluarga saya turun mengambil peluang ini untuk berniaga santai-santai, Ibu, saya, dan adik beradik saya giat menjual kuih raya dan muruku raya. Okay apa, boleh eratkan ukhuwah semasa kami. Jangan terkejut, dalam bulan ramadhan ini, ada juga yang sanggup mengambil cuti sebulan tanpa gaji untuk berniaga di pasar Ramadhan. Pehhh, dasyat gila. Dengan pengalaman dalam perniagaan inilah saya mula belajar berkenaan kewangan. Alhamdulillah, saya semakin belajar. T
  • 21. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net “Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah ‘Azzawajalla. “(Direkodkan oleh Imam Muslim) Sesibuk mana kita di bulan Ramadhan ini, usah kita lupa bahawa pahala & keberkhatan adalah lebih bernilai dari wang ringgit. Saya kongsikan kepada anda, 30 idea business yang santai yang boleh anda lakukan ketika di bulan ramadhan. Moga bermanfaat. 30 IDEA BUSINESS SANTAI 1) Dropship barang keperluan Raya (cadar, langsir, tilam) 2) Agent biskut raya 3) Business Kad Raya 4) Business Katering Jamuan Berbuka/Sahur di office & rumah 5) Kelas mengaji & Khatam Quran 6) Tusyen Akademik 7) Nurseri kanak-kanak 8) Carboot sale 9) Bakery 10) Business Homestay 11) Business cake untuk jamuan 12) Business Top Up 13) Agent/Dropship Buku 14) Business Typing
  • 22. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net 15) Business Printing Kad Kahwin 16)Business Printing T Shirt Bertemakan Ramadhan & Raya 17)Designer Poster/Banner 18) Perunding Takaful 19) Perunding Pelaburan Unit Trust 20) Perunding Pengurusan Harta Pusaka 21) Perunding product kesihatan (Amway/Shaklee/Herbalife) 22) Business Sim Card 23) Business Jahit baju raya 24) Business Hias Rumah Raya 25) Ebook 37 Resepi Masakan Raya 26) Buku Resepi Famous Biskut Raya 27) Foto shoot Raya 28) Berniaga air di bazaar ramadhan 29) Berniaga makanan basah di bazaar ramadhan 30) Supply kurma Ketika ramai kawan-kawan saya mencari kerja ketika cuti panjang, saya dan dua orang sahabat saya mulakan business chocolate cookies. Saya, Hasbullah dan Ilyas, kami satu team. Jika anda membaca buku saya "Travelog Usahawan Muda", business pertama saya adalah menjual buah potong, dan business kedua saya ialah menjual chocolate cookies dan chocolate cakes, nama syarikat kami ialah "Halwah Jannah", pehh dasyat nama ni, tak daftar pun ketika itu .Banyak pengalaman, jika flashback pada zaman itu, tepuk dahi.. macam-macam asam garam dan gulanya. Worth it. Dalam perniagaan team sangat penting, lagi penting dari menonton drama” sebenarnya aku isterinya”, team perniagaan adalah perkara penting yang perlu
  • 23. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net ambil berat. Bila kita ada team, barulah kita syok nak buat kerja. Alhamdulillah, dalam perniagaan cookies ibu saya hari ini, kami ada team. Mohon doakan kejayaan kami, saya belanja nanti kay. Senyum. “Sesibuk mana kita di bulan Ramadhan ini, usah kita lupa bahawa pahala & keberkhatan adalah lebih bernilai dari wang ringgit.”
  • 24. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Chapter 4 BUKAN SEKADAR BISKUT COKELAT "Aku tak rasa beza pon Ramadhan ni. Sama je. Still rasa nak buat jahat. Guane boh?" "Itu maknanya, selamani kaulah yang setan!" Rabak. –Angel Pakai Gucci ita pasti pernah merasai keletihan dalam bekerja, belajar, dalam hubungan, barangkali letih untuk hidup juga, bang! bang! bomm! terjatuh, ujian yang diterima membuat kita penat lalu terjatuh dan rasa berat untuk bangun. Huh, itu yang saya rasai. penat ~ Soalan saya ” Jika seorang motivator perlukan motivation, kepada siapa dia perlu jumpa?” “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari). C.O.O.K.I.E.S TIME Selepas solat isyak saya pergi ke dapur, sengaja melihat ibu saya membuat cookiesnya. Ibu saya seorang pembuat biskut, seeedap, anda kena rasa. “Kaizan, how was your programs?” Tanya ibu pada saya. K
  • 25. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Ini bukan poyo kay, ibu saya memang kadang-kadang cakap orang putih dengan anak-anaknya. Memang saya balas dengan BM lah, tersasul lidah nanti. Senyum dengan nada sedikit keletihan saya menjawab “Errmm, okaaay alhamdulillah”. sedikit merungut dalam hati kerana ada beberapa perkara yang masih belum selesai. Ibu saya senyum dan berkata “Alhamdulillah”. Melihat wajah ibu saya benar-benar menenangkan saya. Entah kenapa, sering kali apabila saya rasa susah, saya akan pergi ke dapur di mana ibu saya sering kali akan masak dan membuat special cookiesnya. Best, dapat menjadi tukang rasa dan tukang menghabiskan balang-balang cookies ibu. “Mama, nak cookies boleh?” Mata saya tertumpu kepada cookies yang sudah siap, masih lagi panas di atas tray. “Boleh” jawab ibu Yes! .. Ngamm..ermmm..sedap, lama tak rasa. Rasanya manis, ranggup, ditambah dengan kehangatannya yang baru keluar dari oven, dan merasai chocolate chip Hershey’s melting dalam mulut. Pehhhh! “Nak lagi, boleh?” “Boleh” jawab ibu sambil meletakkan chocolate chip ke dalam doh biskut. Nak lagi…lagi…lagi…yang akhirnya saya ambil terus satu balang cookies ibu saya. haha
  • 26. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Pada malam itu, Cookies ibu saya berjaya mengembirakan saya sekali lagi. Terus saya berdiri dan nak cakap ” saya orang Berjaya” dengan tangan digenggam ke atas untuk memotivasikan diri saya kembali..tapi baru saja nak sebut “saya orang berjaya” untuk menaikkan motivasi, terus terbatuk! Ahakk..erghh. Sebab mulut masih mengunyah cookies.. jemm. * Pengajarannya, jangan makan berdiri. Jawapan kepada soalan saya diatas “berjumpalah dengan orang yang kita sangat kasih”. 3 RESEPI KEJAYAAN “Dan Kami jadikan di antara mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar dan mereka selalu yakin dengan ayat-ayat Kami.” (QS. As Sajda: 24). “Ujian membawa kepercayaan hidup bertuhan” Kita sering kali diuji, dan ujian itulah yang mendewasakan kita, matang dalam berfikir, matang dalam melakukan sesuatu dan yang paling penting, ujian ini adalah untuk kita rasai hidup bertuhan. Ye lah, kadang-kadang kita rasa kita bagus sangat, kita rasa kita pandai sangat, rasa diri kita hebat sangat, NAHHH, Allah cuit kita, supaya kita sedar bahawa Allah lah segala galanya dan kita ini tidak ada apa-apa. Apa yang perlu kita lakukan apabila diuji? Bagi saya, perkara pertama kita nak lakukan apabila ditimpa ujian adalah “SEDAR”. Sedar bahawa diri kita ini adalah hamba Nya, dan Allah uji kita adalah untuk menyedarkan kita dari terus leka.
  • 27. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Kemudian kita perlu sedar bahawa kita perlu bangkit dari jatuh. Cari sebab kenapa kita perlu bangkit, cari sebab kenapa kita perlu berjaya, sedar bahawa kita ada tanggungjawab kepada indan-insan yang kita sangat cintai. Perkara kedua yang kita nak lakukan apabila ditimpa ujian adalah perbanyakkan “MEMBERI”. Saya yakin, apabila kita bantu orang lain, Allah pasti bantu kita dan permudahkan urusan kita. Saya yakin. Bagi bantuan pada orang susah walaupun kita susah, hulurkan bantuan kewangan kepada ibu tunggal dan anak yatim walaupun kita agak kesempitan. Beri, beri dan terus memberi apa sahaja yang boleh memberi manfaat pada orang lain. Perkara ketiga yang kita nak lakukan adalah “TAWAKKAL”. Dalam konteks ini, tawakkal bermaksud kita berusaha kembali bangkit dari kejatuhan kita, terus berusaha dan sentiasa berserah kepada Allah. Yakin dan percaya Allah akan beri yang terbaik! “…Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS Ath-Thalaq : 2-3) Akhir kata, apabila kita ditimpa ujian sehingga terjatuh dan kita rasa sangat berat untuk bangun kembali ingat kata-kata ini, “there are always a time for cookies and milk” . sentiasa senyum. Alhamdulillah, hingga ke hari ini, saya masih meneruskan perjalanan saya, membentuk diri saya sebagai Orang Kaya Bertaqwa(OKB). Youshhh!!
  • 28. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Chapter 5 UNIVERSITI OF RAMADHAN “kun anta”(Be Yourself)- humood alkhudher “Arghhh…erkkkk” Tetiba perut saya sakit, meragam pulak dia, rasa nak terberak pulak. Adoi! epan bilik air ada mesin basuh yang sedang terbuka tudungnya dan kelihatan bini saya sedang memasukkan baju-baju kami sekeluarga. Alaaa, manehnya bini aku ni! Saya yang terharu kerana jarang dapat menolong si dia membasuh baju telah mendakapnya dari belakang dan mencium lehernya. Emmmmm…Hoo yess! Bini saya malu-malu manja lantas memusingkan badannya lalu membalas pelukan bagi melepaskan penat pada orang yang disayanginya, iaitu saya, hehe. “ B, you tahu tak yang I dapat teka apa yang ada dalam hati you sekarang?” kata saya. Bini saya tersenyum, dan angkat alis kening. “Tekalah, apa dia?” “Dalam hati you, penuh dengan kecintaan terhadap I, kasih sayang yang tak berbelah bahagi, kesyukuran pada nikmat tuhan, dan takut kehilangan I, kan..kan?” Bini saya tersenyum, manis senyumannya. D
  • 29. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net “Cuba you pulak baca minda I, apa ada dalam minda I sekarang?” “Abang rasa bersalah sebab tak tolong saya buat kerja rumah, betul tak?” Ermmmm..saya memandang wajahnya. wajahku kian rapat pada wajahnya. “Kai, bangun-bangun, soq, soq” Apakah? Tummmm! Tiba-tiba terjaga, muka blur-blur, air liur di pipi. Jemm. Adoyai! Mimpi rupanya..arghhh. Bila saya nak dapat kahwin ni!! “Wei Wan, kenapa kau ganggu aku tido!” “Ganggu apa, bangun soq lah, dan 5.30 pagi dah, sat lagi nak azan, kan kata nak puasa sunat” Jawab Wan Ohhh, kalau anda semua nak tahu, especially orang KL, soq means sahur. “Bangun-bangun, meh makan, orang semua dah tunggu tu” Balas Wan lagi. “Ermmm, yer lah” Muka baru bangun tidur. Ku harapkan sahur ku nasi tomato dan ayam sambal masakan isteri aku, tapi yang ada adalah nasi putih dan telur goreng kicap masakan sahabat ku. Hmmm..alhamdulillah Belum kahwin lagi, biasa lah.
  • 30. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Kata salah seorang guru saya, Ramadhan ini adalah university, banyak pembelajaran atau ibrah yang kita boleh ambil dari bulan ini. Kursus yang dititik berat dalam university of Ramdhan ini adalah “Character Building”, atau kata lainnya adalah pembentukan diri manusia, dan kursus ini dibawah faculty of Taqwa. Kata mudahnya, Ramadhan adalah bulan pembentukan diri manusia untuk capai taqwa. Kata guru saya lagi, ada 3 prinsip untuk mencapai result yang cemerlang sem ini; 3 PRINSIP INSAN CEMERLANG 1) Kita perlu ada niat yang kuat dan jelas dengan apa yang kita mahu. Stephen R Covey, seorang motivator terkenal dunia menekankan prinsip “Begins With End In Mind” dalam mencapai kecermelangan hidup. Inilah yang kita belajar dalam NIAT, niat kita untuk solat, niat kita untuk berpuasa menuntut kita untuk niat dengan jelas. Semakin jelas niat kita, maka semakin kuat niat kita. Niat ini sebenarnya mengajar kita dalam pembentukan matlamat hidup, jika anda menghadiri mana-mana seminar pembentukan matlamat diri, maka niat adalah perkara pertama yang disentuh. Maka, untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat, kita perlu ada niat dan matlamat yang jelas dan kuat. Tanam azam Ramadhan kita kali ini, untuk mencapai sesuatu yang luar biasa, sesuatu yang kita hajatkan selama ini. Tanam azam untuk capai level taqwa.
  • 31. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net 2) Kita kena sedar, kita ada pilihan, maka pilihlah yang baik baik. Kata guru saya, setiap detik merupakan suatu pilihan, maka pilihlah!. Kita ada pilihan untuk jadi seperti Nabi Musa, atau kita boleh pilih untuk menjadi seperti firaun. Maka pilihlah, dan bertanggungjawablah dengan pilihan kita itu. Di bulan Ramadhan ini kita ada pilihan untuk melakukan amal kebaikan, zikir, selawat, mengaji al Quran, bersedakah, membahagiakan anak-anak yatim, dan membantu ibu-ibu tunggal atau kita boleh pilih untuk membazir masa, membazir wang ringgit, melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Pilihan ditangan kita. Dalam soal pilihan ini, Islam menuntut kita untuk pilih melakukan amal kebaikan. 3) Kita perlu bersama dan wujudkan environment yang positif disekeliling kita. Alhamdulillah, saya mempunyai ramai sahabat-sahabat yang postif yang sentiasa memperingati saya soal kematian, solat, puasa, sedekah dan lain-lain. Saya juga mempunyai guru-guru yang sentiasa membantu saya untuk terus maju kehadapan. Terima kasih. Dalam hidup ini, sahabat dan guru memainkan peranan yang besar dalam hidup kita. Maka, berdampinglah dengan sahabat-sahabat dan guru-guru yang baik. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat saya dan pasangannya yang sudah bernikah, beserta tahniah kepada sahabat-sahabat saya yang dikurniakan anak dan anak-anak. Moga rumah tangga yang dibina dibuat dari
  • 32. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net batu-batu concrete yang kukuh, agar rumah & tangga tu tetap kekal kuat hingga ke akhir hayat. Hingga ke syurga Allah. Gittuee. Tolong jangan tanya "kaizan bila lagi?" huhuhu, saya bagi no account bank saya nak?. Haha. Being funny is when people are laughing when you are around. Being happy is when you are laughing when no one is around. Don't liveup to people's expectations, be happy with yourself – Mat Luthfi
  • 33. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net SELOPAK KASIH DARI PENULIS “The philosophy of fasting calls upon us to know ourselves, to master ourselves, and to discipline ourselves the better to free ourselves. To fast is to identify our dependencies, and free ourselves from them.” - TariqRamadan aat saya menulis ini, azan dilaungkan dari masjid berdekatan, menandakan sudah masuknya waktu zohor. Saya bersiap dan bergegas ke masjid dengan motor. Setibanya saya di sana, kelihatan Van Jenazah berada di depan pintu masjid, di dalam masjid ada jenazah untuk disolatkan. Al Fatihah. Selepas solat zohor dan solat jenazah saya mendiamkan diri, melihat ahli keluarga arwah menganggkat arwah ke dalam van jenazah tadi. Tidak lama kemudian, Van itu pergi membawa jenazah ke tanah perkuburan, beserta ahli keluarga arwah juga turut beransur pergi, sedikit demi sedikit. Saya merenung sedalam dalamnya diri saya yang kerdil ini, yang mempunyai banyak kekurangan diri, banyak dosa dalam diri. Astaghfirullah. Moga dosa-dosa kita semua diampunkan. Alhamdulillah, kita sudah sampai ke penghujung penulisan ini, segala yang baik, semuanya dari Allah, dan segala kelemahan, datangnya dari diri saya sendiri, maafkan saya, maafkan saya dan maafkan saya. Komitment Tuan-tuan, cik puan- cik puan untuk membaca naskah ini hingga ke penghujungnya, saya sangat hargai. Saya suka, saya suka dan saya suka. S
  • 34. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Moga perkongsian santai ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dalam hidup kita. Moga Ramadhan kali ini dapat kita hadirkan dalam hidup kita, hadir dalam jiwa kita dengan penuh makna. “Ya Allah Ya Tuhan kami, berikankanlah kami kefahaman para Rasul, hafalan para nabi dan ilham para malaikan yang dekat dengan Mu. Ya Allah, Engkau berikanlah kami nampak diri kami ini kecil sahaja, tetapi orang lain nampak diri kami ini besar Ya Allah. Sesungguhnya engkau Maha Tahu lagi Maha Mengetahui, engkau bukakanlah hati kami ini, sepertimana orang yang soleh, arif lagi bijaksana” Ini merupakan doa khas buat insan-insan hebat seperti anda yang sedang membaca naskah ini. Amalkan doa setiap kali selepas solat. Yakinlah dengan janji Allah, Semoga anda kuat menghadapi proses kejayaan hidup. Hati kena sado! Der. Semoga jalan yang anda pilih ini mendapat rahmat dan redho Allah S.W.T. Anda kaya, Berjaya dan bertaqwa. "Apsal kau monyok je?" "Sebab esok dah start pose. Lecehlah." "Oh. Setahu aku, setan je yang sedih bila tiba Ramadhan ni." Koyak. –Angel Pakai Gucci “Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak” Salam Ukhuwah, Kaizan Nazlan.
  • 35. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Bonus Chapter TABUNG SI HIJAU MISI MENGUMPUL SIMPANAN RM1,000 Tarikh Mula: Tarikh Tamat: RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
  • 36. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net Ini merupakan hadiah buat anda. Cari tabung dan labelkan ia “TABUNG SI HIJAU”, kemudian print helaian ini. Setiap kali anda meletakkan wang kertas RM5 ke dalam tabung “Si Hijau”, anda tick satu kotak RM5 diatas. Kenapa RM5? Kerana ia mudah diperolehi, anda boleh buat Tabung Si Merah dan Tabung Si Oren, untuk duit kertas RM10 dan duit kertas RM20. Flexible. Usahakan sehinggalah habis, Apabila sudah habis, ertinya anda telah Berjaya mengumpul wang sebanyak RM1,000. Tahniah. Bestkan. Gunakan wang simpanan tersebut sebaiknya. Jumpa Lagi. *Chapter bonus ini boleh dicetak, sesuka hati anda.
  • 37. Chapter Ramadhan Aku Datang www.kaizannazlan.net PROFIL PENULIS Nama penulis ialah, Mohd Kaizan Bin Nazlan, lahir pada 5.12.1990 di Wilayah Persekutuan. Kini berkhidmat di sebuah syarikat training consultant, Glokal Energizer Training & Consultancy (GET) yang menapak di Alor Setar Kedah. Kepakaran penulis adalah dalam bidang latihan Pembangunan diri dan pengurusan wang peribadi. Beliau merupakan penulis buku “Travelog Usahawan Muda – Kuasai Aliran Wang” dan merupakan penulis utama di webpage: www.kaizannazlan.net Penulis Mendapat pentauliahan professional, Diploma Pengurusan Perniagaan (UiTM Kedah), Degree Pengurusan Pemasaran (UiTM Kedah), Perunding Kewangan Islam (Takaful), Professioanl Learning Facilitator (PLF), UWAIS Train The Trainer Level 1 and 2 dan IBH Hypnotherapy Practitioner. Penulis berpengalaman 3 tahun dalam bidang latihan pembangunan insan dan juga 2 tahun dalam bidang latihan pengurusan kewangan peribadi.