1. KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN
ZON KEDUP ANJURAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUMPAS 2013
01. PENGENALAN
Bola sepak merupakan satu sukan yang amat popular di negara kita
Malaysia pada masa kini. Keadaan ini juga dapat kita lihat turut menular
dikalangan pelajar sekolah sekolah rendah. Melalui sukan bola sepak ini
juga kita dapat mengeratkan hubungan dikalangan para pelajar kita.
Oleh yang demikian Sekolah Kebangsaan Sumpas telah mengambil satu
inisiatif untuk menganjurkan satu pertandingan bola sepak bagi
mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
bola sepak anjuran Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Serian.
02. MATLAMAT
Matlamat penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk dan
menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar. Selain itu, ia
juga bertujuan untuk mendidik para pelajar untuk mengamalkan
gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan.
03. OBJEKTIF
3.1Melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik
tetapi juga dalam bidang ko-kurikulum atau sukan.
3.2Membina kesedaran tentang kepentingan bidang sukan terhadap pelajar
Sekolah Kebangsaan Sumpas.
3.3Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman dalam
menyertai sesuatu pertandingan amnya pertandingan bola sepak.
3.4Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat fizikal dan jatidiri,
mampu bersaing dalam mana-mana pertandingan.
3.5Mengeratkat tali silaturrahim di kalangan pelajar dan juga kakitangan sekolah.
2. 04.NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini adalah merupakan Pertandingan Bola Sepak Bawah
12 Tahun SK Sumpas anjuran Unit KoKurikulum SK Sumpas.
05. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT PERTANDINGAN
Tarikh : 16-17 Mac 2013
Masa : 8.00 Pagi Hingga 6.00 Petang
Tempat : Padang Bola Sepak SK Sumpas.
06.Jadual Pertandingan.
JADUAL PERTANDINGAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12
TAHUN SK SUMPAS.
Hari/masa 8.00am- 9.30 am 9.45am-12pm 12.00pm-
1.00pm
3pm-6pm
Sabtu
(16 Mac)
Pendaftaran
pasukan dan
taklimat sistem
pertandingan
Perlawanan
peringkat
kumpulan
Rehat
Perlawanan
peringkat
kumpulan
Hari/masa 8.00am-
9.30am
11.00am-
12.30pm
12.30pm-
1.00pm
1.00 pm-
4.00 pm
4.15pm-
5.00 pm
Ahad
(17 Mac)
Perlawanan
Separuh
pertama
Perlawan
separuh akhir
kedua
Rehat
1.Perlawanan
untk tempat
ketiga dan
keempat
2.Perlawanan
akhir
Majlis
penutupan
dan
penyampaian
hadiah
3. 7. Ahli Jawatankuasa
AHLI JAWATAN KUASA INDUK
PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN ZON KEDUP
ANJURAN SK SUMPAS, SERIAN
PENASIHAT
ENCIK IGO DING
(Guru Besar)
PENGERUSI
ENCIK NELSON NYANGUD
(Penolong Kanan KO-Kurikulum)
TIMBALAN PENGERUSI
ENCIK ABDILLAH BIN DUBI
SETIAUSAHA
ENCIK ALEXANDER GAI ANAK MANSOR
BENDAHARI
ENCIK ABDUL ARRAHMANNIA BIN ALI
AHLI JAWATANKUASA KECIL
PENGURUS PERTANDINGAN : ENCIK CHULIN ANAK JUS
PUBLISITI : ENCIK HAZLAN BIN ABU HASSAN
PERSIAPAN PADANG : ENCIK WAN MOHD ALI
PENGADIL : ENCIK BAGOK ANAK DOLAH
HADIAH & CENDERAMATA : PUAN MAUREEN ANAK SIMON
SIARAYA : CIK MARY ANAK GAWONG
RAYUAN & BANTAHAN : ENCIK WILFRED ANAK AYOB
TEKNIKAL : BLUKA ANAK SMAIL
4. 8. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
8.1- Penyertaan , Pendaftaran dan Status Pemain.
i. Setiap pasukan boleh menyenaraikan 15 orang pemain .
ii. Setiap pemain hendaklah berumur 12 tahun ke bawah.
iii. Sijil lahir asal atau dokumen yang berkaitan hendakalah dibawa
bersama ketika pendaftaran pemain dibuat.
iv. Hanya pemain yang didaftarkan sahaja boleh bermain dan
pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa.
v. Jika berlaku perlanggaran syarat ( iii ) di atas pasukan yang
berkenaan boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut
terbatal.
vi. Setiap pemain hendaklah memakai jersey bernombor tetap seperti
pendaftaran.
8.2- Sistem Pertandingan
i. Pertandingan akan diakan secara liga kumpulan iaitu dibahagikan
kepada dua kumpulan ( Kumpulan A dan Kumpulan B)
ii. Penentuan kumpulan akan dilakukan oleh penganjur dengan
cabutan undi.
iii. Pasukan juara dan naib juara dari kedua-dua kumpulan akan layak
ke perlawan separuh akhir dimana juara Kumpulan A akan
menentang naib juara Kumpulan B dan juara Kumpulan B akan
mentang naib juara Kumpulan A.
iv. Pusingan kedua separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara
kalah mati.
5. 8.3Pengadil
i. Pengadil dan Pembantu Pengadil akan disediakan oleh pihak
penganjur.
ii. Pemain yang menerima 2 kad kuning secara otomatik digantung
satu perlawanan iaitu perlawanan berikutnya.
iii. Jika menerima kad merah pemain tidak akan dibenarkan
meneruskan permainan di dalam pertandingan tersebut.
iv. Mana-mana pasukan / pemain yang menimbulkan pergaduhan
atau kekecohan di luar batasan permainan bola sepak akan
dikenakan tindakan tidak dibenarkan lagi bermain di dalam
pertandingan ini.
v. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.
8.4Lain-lain
Penganjur berkuasa penuh untuk membuat semua keputusan dan
menentukan sebarang perkara berkaitan pertandingan dan
keputusan itu adalah MUKTAMAD.
9 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
9.1Masa Permainan
Masa permainan adalah 40 minit ( 20 minit separuh masa pertama dan 20 minit
separuh masa kedua)
9.2Ketepatan Masa
• Setiap pasukan hendaklah menepati masa yang ditetapkan oleh
penganjur.
• Mana-mana pasukan yang gagal berada di padang selepas 5 minit masa
perlawanan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan
dengan kiraan 3 mata dan 3 jaringan gol.
• Bilangan pemain di dalam satu-satu pertandingan adalah 9 orang tetapi
adalah dikira sah jika terdapat 7 orang pemain di atas padang ketika
6. perlawanan akan dimulakan. Jika kurang maka pasukan lawan akan diberi
kemenangan percuma dengan mata dan jaringan yang sama pada
perkara ( ii )
9.3Pertukaran Pemaian.
• Setiap pasukan dibenarkan membuat 3 pertukaran bagi satu-satu
perlawanan.
• Pemain yang telah diganti tidak dibenarkan masuk semula untuk
perlawanan tersebut.
• Semasa perlawanan ‘ sudden death ’ pertukaran pemain tidak dibenarkan.
9.4Keputusan Seri
Pada perlawanan kalah mati sekiranya seri 3 tendangan penalti akan diberikan
untuk menentukan pemenang dan jika masih seri tambahan 1 + 1 akan diberikan
sehingga semua 9 pemain di dalam padang melakukan tendangan dan jika
masih seri ‘ toss coin ’ akan dilakukan sebanyak maksima 3 kali oleh pengadil
pertandingan ( ‘toss coin dengan 2 kemenangan’).
9.5Persamaan Mata
• Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama bagi
pasukan yang diperlukan untuk layak ke pusingan seterusnya maka
Perbezaan gol ( jaringan – kena ) yang lebih besar dikira pemenang.
• Jika perbezaan gol masih sama , jumlah jaringan terbanyak dikira
pemenang.
• Jika masih seri pasukan yang telah mengalahkan pasukan yang terlibat di
dalam peringkat kumpulan akan dikira pemenang.
• Jika masih seri pasukan yang paling banyak menang di peringkat
kumpulan akan dikira pemenang.
• Jika masih seri urusetia akan mengambil keputusan untuk melakukan
‘toss coin’.
7. 9.6Kiraan Mata
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
9.7Persamaan Warna Jersey
Jika sama maka pasukan kedua yang disebut di dalam jadual pertandingan
dikehendaki menukar jersey. Oleh itu pasukan dinasihatkan membawa 2 set
jersey.
9.8Penarikan Diri
• Jika terdapat pasukan yang menarik diri pada atau selepas melalui satu
perlawanan , maka keputusan perlawanan lepas yang melibatkan
pasukan tersebut akan dimansuhkan.
• Jika menarik diri selepas bermain 2 perlawanan dan seterusnya maka
pasukan ketiga dan seterusnya akan diberikan 3 mata dan 3 jaringan gol.
• Pasukan yang menarik diri tidak akan dibenarkan bermain untuk semua
pertandingan.
10. Bantahan
• Bantahan boleh dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan kepada JK
Penganjur 15 minit selepas sesuatu perlawanan yang hendak dibantah
tamat.
• Setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 100.00 dan tidak
akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat itu gagal.
• Bantahan hanya boleh dibuat oleh pasukan yang terlibat dengan
perlawanan tersut sahaja.
11.Lain-lain
• Peraturan dan Undang-undang yang tidak disebut di atas adalah tertakluk
kepada Peraturan dan Undang-undang FIFA dan FAM.
8. Pihak Penganjur masih boleh menokok tambah atau mengenakan apa-apa
syarat yang dirasakan relevan dengan pertandingan pada bila-bila masa dan
keputusan tersebut adalah MUKTAMAD.
12. Anggaran Perbelanjaan.
A. Hadiah
Medal 15 x 4 = 60
( 60 x RM 4.00 = RM 240.00)
Trofi 4
(4 x Rm 50 = RM 200.00)
B. Makanan Pegawai Kejohanan
20 orang x RM 4.00 x 2 hari = RM 160.00
C.Minuman
20 orang x RM 1.20 X 2 hari = RM 48.00
D.Perbelanjaan mengurus
( Tali, bola, manila kad dan sebagainya ) = RM 300.00
Jumlah = RM 948.00
9. 13. PENUTUP
Memandangkan Pertandingan begini adalah pertama kali dilaksanakan
oleh SK Kebangsaan Sumpas maka pihak kami berharap ia akan dapat
berjalan dengan lancar..Sekadar penyertaan tidak memberi apa-apa erti
tetapi semangat ingin bersaing untuk menang secara bersih, semangat
juang yang tinggi, mengeratkan perpaduan dan persahabatan,
menambahkan kenalan di kalangan warga Zon Kedup.
Selamat bertanding .
Disediakan oleh,
Setiausaha
Kelab Bola Sepak
SK Sumpas.
10. Nama: Alexander Gai Anak Mansor
No. Kad Pengenalan: 810424-13-5887
Refleksi Pengajaran: Permainan Bola Jaring.
Tanggal 10 Mac 2013 adalah merupakan sejarah dalam hidup saya
kerana pada hari tersebut merupakan pengalaman pertama saya mengajar
permainan bola jaring.
Sebelum proses pengajar saya dan rakan saya Ronny berasa agak risau
kerana inilah kali pertama kami berdua membuat rancangan mengajar untuk
permaianan bola jaring. Namun dengan segala kemudahan yang ada seperti
internet memudahkan kami berdua untuk membuat rujukan bagi menyiapkan
rancangan mengajar harian tersebut.
Ketika proses pengajaran ini dijalankan saya mendapati beberapa
kelemahan yang amat ketara dalam proses P&P kami berdua. Kelemahan yang
pertama ialah penerangan berkenaan aktiviti yang dijalankan adalah tidak jelas
menyebabkan pelajar tidak faham tentang aktiviti yang dijalankan. Selain itu juga
melalui proses P&P yang dijalakan terdapat kelemahan yang amat ketara dalam
kawalan kelas. Oleh yang demikian bagi mengatasi masalah ini kami berdua
perlu lebih teliti semasa memberi arahan bagi memastikan arahan yang di
berikan adalah jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Bagi kawalan kelas pula
kami berdua perlu merancang urutan aktiviti dengan teliti supaya aktiviti yang
dirancang dapat berjalan lancar.
Pengurusan masa proses P&P kami berdua pada masa tersebut juga
adalah amat lemah. Sepatutunya kami berdua perlu aktiviti yang bersesuaian
dengan masa yang diperuntukkan.
Pekara yang amat mengejutkan ialah apabila pensyarah menyatakan
bahawa objektif yang kami berdua tulis adalah tidak terlaksana dalam proses
P&P yang kami berdua jalankan. Jadi secara tidak lansung P&P yang kami
11. berdua jalankan pada hari tersebut adalah tidak mencapai objektif yang
dirancang Oleh yang demikian pada masa hadapan kami berdua perlu
memastikan segala aktiviti yang dijalankan adalah bertepatan dengan objektif
yang ditulis dalam rancangan mengajar harian.
Pada hari tersebut juga cara penulisan rancangan mengajar harian kami
berdua juga salah apabila ada beberapa bahagian penting yang tertinggal. Jadi
pada masa akan datang kami berdua hendaklah membuat rujukan sebelum
menulis rancangan mengajar harian.
Kesilapan-kesilapan yang tersebut adalah merupakan kesilapan yang
terdapat dalam proses P&P yang telah kami berdua lakukan. Jadi kami berdua
perlu memperbaiki segala kesilapan tersebut berdasarkan tunjuk ajar yang
diberikan oleh pensyarah untuk menghasilkan proses P&P yang lebih berkualiti.