Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan bilangan buku yang dibaca murid-murid melalui program "Jom Baca Sayang". Hasilnya, bilangan murid yang membaca 8 buah buku atau lebih meningkat sebanyak 80% berbanding sebelum program dimulakan. Kajian tindakan kedua pula meningkatkan kemahiran guru guna portal CERDIKNet melalui bengkel, yang menyebabkan semua guru mampu guna portal itu dalam penga
Meningkatkan Bacaan Murid Melalui Program "Jom Baca Sayang
1. RINGKASAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BTPN KUALA LUMPUR
RUMUSAN KAJIAN 1
1) TAJUK KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan Bilangan Buku Yang Dibaca Oleh Murid-Murid Tahun 5 Jaya SK Jalan
Kuantan (2) dalam Program NILAM Melalui “JOM BACA SAYANG”.
2) PEMASALAHAN
Didapati pencapaian Program NILAM bagi murid-murid Tahun 5 Jaya SK Jalan Kuantan
(2) adalah rendah. (Purata bacaan 1.7 buah untuk satu bulan dari Januari hingga Mac
2010)
3) OBJEKTIF
Meningkatkan sasaran bilangan buku yang dibaca oleh murid-murid daripada 2 buah
buku kepada 8 buah buku sebulan.
4) TINDAKAN
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan bilangan buku yang dibaca oleh murid-murid
Tahun 5 Jaypa SK Jalan Kuantan (2) dalam Program NILAM melalui aktiviti “Jom Baca
Sayang”. Di samping itu, kajian ini juga berusaha menanam minat membaca dalam
kalangan murid-murid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang dikenali sebagai
“Jom baca Sayang”.
5) INSTRUMEN
Kajian ini dijalankan dengan kaedah pencerapan iaitu melalui proses pemungutan data
menerusi aktiviti yang dirancang bagi memenuhi tujuan dan dengan menggunakan satu
set soal selidik. Sampel kajian ini yang berjumlah 20 orang murid-murid dari Kelas 5
Jaya SK Jalan Kuantan (2).
6) DAPATAN
Dapatan menunjukkan peningkatan bilangan buku yang dibaca oleh murid-murid Tahun
5 Jaya. Murid-murid yang membaca 8 dan lebih daripada 8 buah buku adalah seramai
16 orang berbanding 20 orang responden. Penyelidik mendapati dapatan ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 80%. Tempoh kajian ialah sebulan (dari 21 April
hingga 19 Mei 2010).
7) KEPUTUSAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa setelah dijalankan pelbagai aktiviti dalam “Jom Baca
Sayang” murid-murid Tahun 5 Jaya didapati dapat meningkatkan pembacaan
berbanding pada peringkat awal iaitu pelaksanaan Program NILAM yang dijalankan oleh
pihak sekolah. Aktiviti yang dijalankan dalam tempoh sebulan telah dapat menanam
sikap positif membaca dalam kalangan murid-murid. Seterusnya, peminjaman bahan
bacaan di Pusat Sumber Sekolah bertambah. Ini bermakna murid-murid dalam kajian ini
lebih berpengetahuan mengenai Program NILAM melalui aktiviti galakan membaca yang
telah dijalankan.
1
2. RUMUSAN KAJIAN 2
1) TAJUK KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan Kemahairan Penggunaan CERDIKNet Guru-Guru Bahasa Malaysia SK
Seri Tasik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
2) PEMASALAHAN
CERDIKNet menghadapi masalah kurang penggunaan dalam kalangan guru di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan analisis penggunaan yang telah dibuat
oleh pihak BTPNKL.
3) OBJEKTIF
Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan CERDIKNet, satu kajian tindakan telah
dijalankan bagi meningkatkan penggunaan CERDIKNet terutamanya dalam
kalangan guru-guru. Satu perbincangan telah diadakan di antara pihak pengurusan
dan pegawai BTPNKL bersama pegawai PKG bagi mengemukakan cadangan untuk
membuat kajian tindakan bagi mengatasi masalah ini.
4) TINDAKAN
Cadangan yang dikemukakan ialah memilih guru-guru Bahasa Malaysia di Sekolah
Kebangsaan (SK) Seri Tasik bagi mengkaji penggunaan dan meningkatkan bilangan
pengguna CERDIKNet seterusnya meluaskan penggunaan laman sesawang tersebut
dalam kalangan guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 26 orang
guru Bahasa Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian bagi meninjau dan
membuat analisis seterusnya cadangan bagi mengatasi pemasalahan ini.
5) INSTRUMEN
Instrumen kajian terdiri daripada Ujian Pra dan Ujian Pos mengenai tahap
pengetahuan guru-guru Bahasa Malaysia tentang CERDIKNet. Tindakan untuk
meningkatkan kemahiran penggunaan CERDIKNet terhadap responden berkenaan
adalah melalui bengkel penggunaan CERDIKNet yang dihadiri oleh 26 responden
kajian.
6) DAPATAN
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan ini telah
membantu guru-guru untuk menggunakan CERDIKNet seterusnya mencapai objektif
bagi meningkatkan kemahiran penggunaan CERDIKNet dalam membantu guru
menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
7) KEPUTUSAN
Hasilnya, semua responden (26 orang guru BM) boleh menggunakan CERDIKNet
dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjadi pengguna berdaftar CERDIKNet.
Secara keseluruhan, kajian tindakan ini telah berjaya meningkatkan penggunaan
CERDIKNet dalam kalangan guru-guru BM di sekolah tersebut.
2