SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
PJ 1311 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

PENGENALAN

Jika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar
masalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat.
Disinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yang
sedang menular dalam masyarakat kini. Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaran
Pendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan
Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek
tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai-
nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal.

Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dan
kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan
Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan
seseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal
gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini
pendidikan jasmai yang di ajar terutama di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada
pembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan
pengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar.


1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang
merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.
Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami
sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe
2005)

Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup
aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi
dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan
dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan
dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina.
Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran
dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu,
matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan
kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini
menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina
perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di
sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor.
Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan
insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif
(Asiah Abu Samah,1993).
Rajah menunjukkan tiga domain yang membentuk
nilai pendidikan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani



1.1.2 Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani

Kognitif Afektif Psikomotor
• Amalan berfikir
• Proses penerokaan
• Inkuiri penemuan
• Penyelesaian masalah
• Sikap ingin tahu
• Proses imaginasi
• Permikiran kreatif
• Permikiran kritis • Konsep kendiri
• Permahaman kendiri
• Penghargaan kendiri
• Kawalan kendiri
• Emosi • Kecergasan
• Kekuatan otot
• Daya tahan otot
• Pengamatan motor


Aspek Kognitif

Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta
menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran
yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan
pengukuhan.

Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu
mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan
disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar
membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.

Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang
diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja
memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan
berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya
diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.


Aspek Afektif

Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu
kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan
sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula
melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi
sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab
akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.

Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain,
mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang
berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin
serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang
penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya.
Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan
secara luaran dan dalaman diri.

Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial.
Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli
masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar
sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.


Aspek Kemahiran Psikomotor

Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu
dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,
kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di
dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap
minimum aspek fizikal dan psikomotor.

Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk
memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah
digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979)
yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk
kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan
keperluan pelajar sebagai matlamat.

Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan
seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan
tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan,
kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang
ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani.

Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini
dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan
kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah
matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti
fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon
Tong 2001).

Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang
memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal
yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga
bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan
nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.




1.2 FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Falsafah

Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang philosophia yang bermaksud cinta
kepada pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi
(ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan kemanusian). Falsafah adalah
sesuatu yang terletak di antara sains dan teologi.

Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan.
Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam
sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik:
• Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas.
• Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti.
• Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan.
• Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan memberi
penerangan.
• Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.

Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang
mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan
konsep. Objektif utama yang digariskan dalam PJ adalah bertujuan untuk mencapai matlamat
kandungan pelajaran yang merangkumi kesemua aspek domain pembelajaran.
Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami
semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui
falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya
yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk
arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat
secara tersusun dan berterusan.

Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan menghayati
tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan
kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang
berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.


Matlamat dan Objektif

Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan
Jasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut:
1. Memahami apa yang hendak dilakukan.
2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan
masalah.
3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani.
4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalam
program di bawah penjagaan mereka.
Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang
terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid
menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh ynag demikian guru perlu
sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu:

.″Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan″
(Pusat Perkembangan Kurikulum,1999)


Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang
digariskan seperti berikut:

1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor;
2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai
kegiatan fizikal
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
(Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999)

Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai
tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986)
persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara
amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor sebagai satu kaedah yang
mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapat
dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan dan penggerak dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan
insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial maka melalui Pendidikan
Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi
yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988)
Kementerian Pendidikan Malaysia.




1.3.1 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan
untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan
manusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular.

Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam
kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah
perkembangan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti
Pendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke
zaman moden.


Zaman Manusia Purba dan Kecergasan

Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika di
setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk
terus hidup.

Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam
kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya
mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagai
aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untuk
bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini
lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan
yang tinggi dan konsisten.
Zaman Neolitik – Revolusi Pertanian

Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup
primitif. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi
berpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan
bekalan yang ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia zaman primitif kepada gaya hidup
manusia dan pertanian atau dikenali sebagai ”agrarian”. Akibat dari itu manusia mengamal
gaya hidup ”sedentari” akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.


Tamadun Kuno China dan India

Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti
kecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan,
mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau
kini dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai
aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fu
dicipta dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan kepada
beberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang
berlawan. Ketika itu wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari,
lawan pedang dan gusti.
Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan
Buddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itu
mengabaikan aktiviti kecergasan.

Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan
kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu
tahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaan
falsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan
yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan,
pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini
dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka
dengan alam sekitar.

Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa program
kecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yoga
dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan.


Timur Tengah

Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon,
Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap
kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatan
ini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut
semua rakyat supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanak-
kanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan
seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan ini
bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan
kesihatan.


Zaman Greek – Athens

Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dlam
bidang Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta objektif utama
Pendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat,
manakala di Athens, objektif banyak tertumpu kepada prinsip demokrasi.

Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan.
Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak
mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan
kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental.


Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting.
Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk
jiwa mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali ’Palaestras’, ianya merupakan
tempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Di ’Palaestras’ merangkumi
sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari,
gusti dan melompat.

Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini
akan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan
diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil ’Paidotribe’.


1.3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu:

1) Zaman sebelum penjajahan British
2) Zaman pemerintahan British
3) Sebelum merdeka
4) Selepas merdeka


Zaman Sebelum Penjajahan British

Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu
sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak
tertumpu kepada kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala
kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak
memiliki objektif yang jelas.
Zaman Pemerintahan British

Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan
yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di
negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan
dibuka oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris.

Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga
empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat pendidikan jasmani
diajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di
Singapura. Namun, kurikilum pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan British
bersikap sambil lewa.

Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun
1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di
tiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah
menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923-
1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah
atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang
(1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all,
2003)

Zaman Sebelum Merdeka

Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk
menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Isi kandungan bagi sukatan
pelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada
tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan
latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952, guru tempatan mula
dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalam bidang Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford.


Zaman Selepas Merdeka

Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan oleh
Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian
dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-
kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan
pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan kursus Tambahan Setahun
Pendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961.
(Mohd.Soffian et.all, 2003)

Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dan
dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe,1998).
Pendidikan jasmani telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-dua
matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti
oleh semua pelajar di sekolah.
1.4 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Terbahagi kepada 2 komponen iaitu :
• sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia
• sains dalam tubuh badan manusia

Sains Dalam Perkembangan Pertumbuhan Manusia

Kajian Asas Anatomi dan Fisiologi Manusia.
• Manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menggerakkan tubuh badan antara satu sama
lain
• Pergerakan yang sesuai dengan jenis tugasan
• Hasil daripada pergerakan ini, wujud kajian tentang perubahan fungsi dalan tubuh
• Perubahan ini dinamakan sebagai Fisiologi Senam

Sel + sel > tisu-tisu > organ + organ > system

Sel
• Merupakan bahagian terkecil dalam tubuh
• Semua sel mempunyai nucleus kecuali sel darah merah
• Makanan menyebabkan sel mengalami proses pembahagian
• Tubuh badan yang lebih besar mempunyai sel yang lebih besar

Tisu
• Tisu merupakan sekumpulan sel yang melakukan kerja yang sama
• Contoh tisu ialah tisu saraf, tisu kulit, tisu darah, tisu tulang dan tisu otot
• Setiap lapisan kulit mempunyai tugas yang berbeza

Organ
• Terdiri daripada satu kumpulan tisu yang melakukan kerja yang sama
• Kulit dianggap satu organ yang kerana beberapa lapisan telah digabungkan

Sistem
• Sekumpulan organ yang berkerjasama dengan satu tujuan dipanggil system
• System yang berlainan saling bergantung antara satu sama lain


Sistem Rangka

• Tulang secara berkumpulan membentuk rangka tubuh badan
• Badan kita mempunyai 206 tulang
• Terdiri daripada tulang luar, tulang panjang, tulang luar biasa, tulang datar dan tulang
sesamoid
• Rangka berfungsi sebagai perlindungan, sokongan, pergerakan, penghasilan sel darah, dan
setor kalsium




Sistem Otot

• Badan kita mempunyai 600 otot yang berkerjasama antara satu sama lain
• Otot boleh memendek dan memanjang untuk menggerakkan bahagian tubuh
• Dibahagikan kepada 3 jenis otot iaitu otot licin, otot jantung dan otot rangka
• Pengucupan otot dapat dibahagikan kepada :
- isometrik = penguncupan ini menyebabkan otot menghasilkan kuasa
terhadap beban yang tetap dan tidak bergerak
cth : menolak dinding

- isotonik = menyebabkan pemanjangan dan pemendekan otot
cth : otot bisep semasa mengangkat dumbell

Sistem Saraf

• Terdapat sejumlah 10 bilion sel dalam badan manusia
• System ini menerima dan menghantar mesej
• System ini menyebabkan tubuh badan melakukan sesuatu dengan 2 cara :

- Lakuan voluntari- menghantar mesej terus kepada otak dan otak menentukan apa yang patut
dilakukan dan seterusnya di hantar kepada bahagian tubuh selepas membuat keputusan
- Mesej yang di hantar tidak melalui otak dan proses ini dinamakan Tindakan Luar Kawalan
atau involuntari.
cth : bernafas


Sistem Respiratori

• Oksigen dibawa masuk ke dalam tubuh badan melalui system pernafasan
• Pernafasan luar/ eksternal
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh badan dengan persekitaran luar
• Pernafasan dalaman/ internal
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di antara sel-sel tisu dan cecair di sekelilingnya
• Semasa udara di sedut hanya 75% sahaja udara mengalami pertukaran gas dan karbon
dioksida


Sistem Kardiovaskular

• Dikenali sebagai system peredaran darah
• Sistem ini merangkumi jantung, kapilari, arteri, dan vena
• Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke tisu-tisu. Arteri bercabang
membentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena mengalirkan darah ke tisu badan
dan kembali semula ke jantung.
• Semasa berlatih atau bersenam otot kita memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melalui
peningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantung

Sistem Pencernaan

• Memproses makanan dan membekalkan tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru dan
membolehkan tindak balas kimia berlaku dalam tubuh
• Makanan di cerna kepada bahagian yang kecil dan di hantar melalui saluran darah dan
system limfa ke hati untuk diproses.kemudian akan dihantar ke sel-sel
• System pencernaan mempunyai 4 bahagian penting iaitu mulut, perut, usus besar dan usus
kecil


Sistem Pembiakan

• Organ-organ yang membentuk system pembiakan boleh I bahagikan kepada 2 iaitu organ
perlu ( Gonad ) dan organ aksesori
• Organ perlu menghasilkan sel-sel seks dan organ aksesori membantu dalam proses
pembiakan

Lelaki : organ perlu ialah sepasang testis dan organ aksesori ialah duktus
ganetalia, kelenjar dan struktur penyokong.
- Testis berperanan untuk menghasilkan sperma dan hormon
- Duktus berperanan sebagai salur untuk sperma keluar bertujuan untuk melakukan
persenyawaan

Wanita : organ perlu ialah sepasang ovari dan organ aksesori ialah tiub uterin,
uterus, vagina, genitalia eksternal dan kelenjar mamari
- ovari menghasilkan ovum dan hormone seks wanita (ekstrogen dan progesteron )
Senaman Dan Latihan

• Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasanseseorang
• Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan system tubuh badan, otot-otot,
pernafasan, peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap
• Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai
tahap kecergasan yang maksimum


Kesan Senaman Dan Latihan

• Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu
mengawal berat badan
• Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan
penggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak
• Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman dan
latihan dilakukan.
• Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlaku
dengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normal
selepas masa senaman dan latihan itu tamat.
Contoh : peningkatan kadar nadi

• Kesan senaman dan latihan dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu :
- Jangka pendek
- Jangka panjang


Kesan Jangka Pendek

• Meningkatkan lagi kadar pernafasan iaitu memerlukan gas oksigen dan pembebasan gas
karbon dioksida
• Kadar metabolisma meningkat.Banyak makanan diperlukan untuk menghasilkan tenaga
bagi menjalankan aktiviti dan banyak bahan buangan dikeluarkan seperti laktik asid, urin dan
gas karbon dioksida
• Meningkatkan bilangan sel darah merah untuk memperbanyakan pembawaan gas oksigen
dalam darah
• Meningkatkan pengeluaran kardiak. Pengeluaran kardiak sama dengan pendaraban
pengeluaran darah dengan jumlah darah yang dikeluarkan setiap degupan jantung (stroke
volume )
• Meninggikan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Dinding jantung bagi seseorang
yang menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu
mengepam darah denagn banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau
bersenam
• Mengembangkan lagi arteri untuk menghantar lebih darah ke otot-otot semasa senaman
dilakukan
• Meninggikan lagi suhu tubuh badan manusia. Haba yang di bebaskan melalui perpeluhan
kulit
• Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak di dalam darah.Situasi ini mengurangkan
serangan sakit jantung dan penyakit sakit angina
• Menambahkan lagi isipadu otot agar lebih banyak darah mengalir pada otot
• Menolong merendahkan titik tetap seperti meningkatkan jisim otot, mengurangkan selera
makan, menmbahkan enzim untuk pembakaran lemak dan menambah tahap penggunaan
tenaga


Kesan Jangka Panjang

• Berlaku peningkatan saiz otot akibat daripada pertukaran dalam sarkoplasma dalam otot
gentian individu dan juga berlaku penambahan tisu perantaraan antara otot-otot gentian
• Peningkatan saiz, kekuatan, dan kecekapan ke atas jantung. Dinding jantung bagi seseorang
yang sentiasa menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung
itu mengepam darah dengan banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau
bersenam
• Meningkatkan bilangan kapilari di mana ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan
daya tahan otot dan vascular
Sains Dalam Pergerakan Tubuh Badan Manusia


Pusat Graviti Dan Kerja.
Semakin jauh pusat graviti dibawa semakin banyak kerja yang dilakukan.
Contoh:-
Dalam acara lompat tinggi, atlit yang tinggi akan lebih mudah melepasi halangan
dibandingkan dengan atlit yang rendah walaupun berat badan sama.


Aerodinamik

Bentuk yang dapat mengurangkan rintangan angin/udara.
Contoh:-
Bagi pelari pecut mestilah keadaan badan dicondongkan sedikit untuk mengelak dari
rintangan angin dan mendapat pecutan yang baik.


Tenaga

Ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis tenaga dalam diri.
Tenaga potensi ( tenaga keupayaan ) ↔ Tenaga putaran.


Tenaga Potensi

Contohnya seorang akrobat terjun ke jongkang jongket, rakannya akan tercampak ke atas
kerusi yang tinggi. Dalam melakukan aksi ini, dia dikatakan melakukan kerja (mencampak
rakannya). Kerja inilah sebenarnya ’tenaga’ yang telah dipindahkan kepada jongkang jongket
itu.


Tenaga Putaran

Tenaga putaran dapat dilihat dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principle
of moments). Kesan tenaga putaran dapat ditambah dengan menambah beban atau
memanjangkan jarak. Contoh, dengan memanjangkan raket badminton dengan menggenggam
pada pangkalnya dapat menghasilkan pukulan yang kencang. Manakala dengan
memendekkan pegangan akan memudahkan permainan dijaring, pantas dan terkawal.
Kestabilan

Kestabilan terbahagi kepada dua :
1. Statik
2. Dinamik

Kestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Contohnya
kedudukan seorang pelari sebelum melakukan pecutan 100 meter. Kestabilan dinamik pula
adalah kestabilan semasa dalam pergerakan. Contohnya seorang pemain bola keranjang
melakukan jaringan secara terbang.


Geseran

Adalah satu daya yang menghalang penggelunsuran antara dua permukaan. Contohnya
pemain bola sepak menggunakan kasut berstad supaya dapat bergerak dengan stabil dan tidak
tergelincir, geseran diantara tapak dengan rumput itu menjadikan pemain itu lebih stabil.


Hukum Newton

Terbahagi kepada tiga:
1. Hukum inersia
2. Hukum pecutan
3. Hukum aksi-reaksi

Hukum Inersia

Suatu objek yang tidak bergerak akan kekal dalam kedudukannya dan suatu objek bergerak
akan mengekalkan kelajuan dan arah pergerakan yang sama sehingga ia diubah oleh daya
luar. Contohnya, bila bola disepak ia akan mengikut arah dan laluan yang lurus sehingga
dipaksa menukar sifat pergerakan oleh daya-daya luar. Daya yang menukar arah bola itu
boleh wujud dalam bentuk graviti, rintangan udara, tiupan angin atau objek lain.

Hukum Pecutan

Hukum pecutan ialah apabila suatu objek dikenakan suatu daya ia akan bergerak dalam arah
yang sama dengan daya berkenaan. Contohnya raket berat adalah sukar diayun tetapi tidak
perlu banyak tenaga untuk menghasilkan pukulan kencang berbanding raket yang ringan.
Hukum Aksi-Reaksi

Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindak
balas) yang sama kuat dari arah yang bertentangan. Contohnya dalam acara tarik tali, apabila
pasukan A mengundur 1 meter maka pasukan B akan terpaksa melangkah 1 meter kehadapan.


Gerakan

Gerakan terbahagi kepada dua iaitu:
1. Gerakan linear.
2. Gerakan putaran.

Gerakan Linear

Gerakan linear ialah pergerakan tubuh ataupun objek dalam laluan yang lurus dan dengan
kelajuan yang seragam. Contoh pergerakan linear adalah berjalan atau berlari.

Gerakan Putaran

Gerakan putaran adalah hasil dari pergerakan yang berbentuk separuh bulatan yang
berpusatkan suatu pusat yang tetap. Contohnya membaling bola merupakan gerakan putaran
dari tangan dan sendi bahu yang kemudiannya ditukar kepada gerakan linear pada bola sebaik
sahaja ia berlepas dari tangan.


Sistem Tuas

Sistem tuas terbahagi kepada tiga:
1. Tuas kelas pertama.
2. Tuas kelas kedua.
3. Tuas kelas ketiga.

Tuas kelas pertama
Apabila aksis (falkrum) berada diantara daya dengan beban.

Tuas kelas kedua
Apabila beban berada diantara daya dengan fulkrum.

Tuas kelas ketiga.
Bila daya berada diantara beban dengan fulkrum.
Contohnya ; ketika menolak bola hoki.

Contenu connexe

Tendances

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Prinsip kurikulum
Prinsip kurikulumPrinsip kurikulum
Prinsip kurikulumFenny Rahma
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmIra Raji
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmNas Lin
 
08 (a) isi pelajaran interaksi 1
08 (a) isi pelajaran   interaksi  108 (a) isi pelajaran   interaksi  1
08 (a) isi pelajaran interaksi 1Fazidah Abd Ghani
 
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai 3
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai  3Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai  3
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai 3tatiksuwartinah
 
Book Report Kurikulum
Book Report KurikulumBook Report Kurikulum
Book Report Kurikulumyanti riyanti
 
Book Report Kurikulum
Book Report KurikulumBook Report Kurikulum
Book Report Kurikulumyanti riyanti
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI Rafiza Diy
 
Kurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaranKurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaranNURHAENI
 
Asas Determinan Kurikulum
Asas Determinan KurikulumAsas Determinan Kurikulum
Asas Determinan KurikulumRisya Wardani
 
Pendekatan-Pendekatan dalam Pengembangan Kurikulum
Pendekatan-Pendekatan dalam Pengembangan KurikulumPendekatan-Pendekatan dalam Pengembangan Kurikulum
Pendekatan-Pendekatan dalam Pengembangan Kurikulumkhoiriyah khoiriyah
 

Tendances (18)

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Prinsip kurikulum
Prinsip kurikulumPrinsip kurikulum
Prinsip kurikulum
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Curriculum design(new)
Curriculum design(new)Curriculum design(new)
Curriculum design(new)
 
08 (a) isi pelajaran interaksi 1
08 (a) isi pelajaran   interaksi  108 (a) isi pelajaran   interaksi  1
08 (a) isi pelajaran interaksi 1
 
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai 3
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai  3Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai  3
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai 3
 
Gru proposal (2)
Gru  proposal (2)Gru  proposal (2)
Gru proposal (2)
 
Book Report Kurikulum
Book Report KurikulumBook Report Kurikulum
Book Report Kurikulum
 
Book Report Kurikulum
Book Report KurikulumBook Report Kurikulum
Book Report Kurikulum
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Pengertian kurikulum
Pengertian kurikulumPengertian kurikulum
Pengertian kurikulum
 
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
 
Kurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaranKurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaran
 
Asas Determinan Kurikulum
Asas Determinan KurikulumAsas Determinan Kurikulum
Asas Determinan Kurikulum
 
Kurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaranKurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaran
 
Kurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaranKurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaran
 
Pendekatan-Pendekatan dalam Pengembangan Kurikulum
Pendekatan-Pendekatan dalam Pengembangan KurikulumPendekatan-Pendekatan dalam Pengembangan Kurikulum
Pendekatan-Pendekatan dalam Pengembangan Kurikulum
 

En vedette

En vedette (20)

Minggu 8
Minggu 8Minggu 8
Minggu 8
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
2
22
2
 
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
 
6 Change Models
6 Change Models6 Change Models
6 Change Models
 
Tugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiriTugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiri
 
Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 okt
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
 
Peranan institusi sukan dalam negara
Peranan institusi sukan dalam negaraPeranan institusi sukan dalam negara
Peranan institusi sukan dalam negara
 
Reka bentuk instruksional
Reka bentuk instruksionalReka bentuk instruksional
Reka bentuk instruksional
 
Sukan Bola Keranjang
Sukan Bola KeranjangSukan Bola Keranjang
Sukan Bola Keranjang
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasan
 
Minggu 10
Minggu 10Minggu 10
Minggu 10
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5
 
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
 
Model pembelajaran inkuiri
Model pembelajaran inkuiriModel pembelajaran inkuiri
Model pembelajaran inkuiri
 
Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2
Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2
Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
 

Similaire à Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani

Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniWai Jey Ying
 
Peran Pendidikan Jasmani Sebagai Pembentuk Karakter dan Watak Anak
Peran Pendidikan Jasmani Sebagai Pembentuk Karakter dan Watak AnakPeran Pendidikan Jasmani Sebagai Pembentuk Karakter dan Watak Anak
Peran Pendidikan Jasmani Sebagai Pembentuk Karakter dan Watak AnakHariyatunnisa Ahmad
 
Makalah penjaskes
Makalah penjaskes Makalah penjaskes
Makalah penjaskes Jhon Sijabat
 
08 (a) isi pelajaran interaksi 1
08 (a) isi pelajaran   interaksi  108 (a) isi pelajaran   interaksi  1
08 (a) isi pelajaran interaksi 1Fazidah Abd Ghani
 
Makalah Filsafat Olahraga klpk 1.docx
Makalah Filsafat Olahraga klpk 1.docxMakalah Filsafat Olahraga klpk 1.docx
Makalah Filsafat Olahraga klpk 1.docxvandy39
 
Makalah pendidikan jasmani dan olahraga
Makalah pendidikan jasmani dan olahragaMakalah pendidikan jasmani dan olahraga
Makalah pendidikan jasmani dan olahragaHabibi Muhammad
 
filsafat olahraga - Copy.docx
filsafat olahraga - Copy.docxfilsafat olahraga - Copy.docx
filsafat olahraga - Copy.docxayuasriwaty
 
MATERI 2 PARADIGMA BARU PJOK kkg bakung.pptx
MATERI 2 PARADIGMA  BARU PJOK kkg bakung.pptxMATERI 2 PARADIGMA  BARU PJOK kkg bakung.pptx
MATERI 2 PARADIGMA BARU PJOK kkg bakung.pptxFajar946583
 
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...ahmaddizzy
 
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp0137604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01Makhluk Berbulu
 
Pengertian penjas
Pengertian penjasPengertian penjas
Pengertian penjasachmadsurya
 
M2 kepentingan pj
M2 kepentingan pjM2 kepentingan pj
M2 kepentingan pjAlexz Goh
 

Similaire à Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani (20)

Pj mis
Pj misPj mis
Pj mis
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
 
Peran Pendidikan Jasmani Sebagai Pembentuk Karakter dan Watak Anak
Peran Pendidikan Jasmani Sebagai Pembentuk Karakter dan Watak AnakPeran Pendidikan Jasmani Sebagai Pembentuk Karakter dan Watak Anak
Peran Pendidikan Jasmani Sebagai Pembentuk Karakter dan Watak Anak
 
Makalah penjaskes
Makalah penjaskes Makalah penjaskes
Makalah penjaskes
 
Pj isl minggu 1
Pj isl minggu 1Pj isl minggu 1
Pj isl minggu 1
 
08 (a) isi pelajaran interaksi 1
08 (a) isi pelajaran   interaksi  108 (a) isi pelajaran   interaksi  1
08 (a) isi pelajaran interaksi 1
 
Makalah Filsafat Olahraga klpk 1.docx
Makalah Filsafat Olahraga klpk 1.docxMakalah Filsafat Olahraga klpk 1.docx
Makalah Filsafat Olahraga klpk 1.docx
 
S jkr 0704960_chapter1
S jkr 0704960_chapter1S jkr 0704960_chapter1
S jkr 0704960_chapter1
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
 
Makalah pendidikan jasmani dan olahraga
Makalah pendidikan jasmani dan olahragaMakalah pendidikan jasmani dan olahraga
Makalah pendidikan jasmani dan olahraga
 
Hbpe1103 hantar
Hbpe1103 hantarHbpe1103 hantar
Hbpe1103 hantar
 
filsafat olahraga - Copy.docx
filsafat olahraga - Copy.docxfilsafat olahraga - Copy.docx
filsafat olahraga - Copy.docx
 
L3-Definition.pdf
L3-Definition.pdfL3-Definition.pdf
L3-Definition.pdf
 
MATERI 2 PARADIGMA BARU PJOK kkg bakung.pptx
MATERI 2 PARADIGMA  BARU PJOK kkg bakung.pptxMATERI 2 PARADIGMA  BARU PJOK kkg bakung.pptx
MATERI 2 PARADIGMA BARU PJOK kkg bakung.pptx
 
Review jurnal
Review jurnalReview jurnal
Review jurnal
 
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
 
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp0137604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
 
20150217220202 unit 1
20150217220202 unit 120150217220202 unit 1
20150217220202 unit 1
 
Pengertian penjas
Pengertian penjasPengertian penjas
Pengertian penjas
 
M2 kepentingan pj
M2 kepentingan pjM2 kepentingan pj
M2 kepentingan pj
 

Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani

  • 1. PJ 1311 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN Jika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar masalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Disinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini. Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai- nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini pendidikan jasmai yang di ajar terutama di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan pengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar. 1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005) Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).
  • 2. Rajah menunjukkan tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani 1.1.2 Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani Kognitif Afektif Psikomotor • Amalan berfikir • Proses penerokaan • Inkuiri penemuan • Penyelesaian masalah • Sikap ingin tahu • Proses imaginasi • Permikiran kreatif • Permikiran kritis • Konsep kendiri • Permahaman kendiri • Penghargaan kendiri • Kawalan kendiri • Emosi • Kecergasan • Kekuatan otot • Daya tahan otot • Pengamatan motor Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan
  • 3. pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar. Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri. Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor. Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk
  • 4. kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat. Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001). Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. 1.2 FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF Falsafah Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan kemanusian). Falsafah adalah sesuatu yang terletak di antara sains dan teologi. Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik: • Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas. • Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti. • Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan. • Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan memberi penerangan. • Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat. Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Objektif utama yang digariskan dalam PJ adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi kesemua aspek domain pembelajaran.
  • 5. Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan. Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya. Matlamat dan Objektif Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan Jasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut: 1. Memahami apa yang hendak dilakukan. 2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah. 3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani. 4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat. 5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat. 6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalam program di bawah penjagaan mereka. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh ynag demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu: .″Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan″ (Pusat Perkembangan Kurikulum,1999) Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan seperti berikut: 1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; 2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; 3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; 4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal 5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan 6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999) Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986)
  • 6. persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan dan penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial maka melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.3.1 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular. Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah perkembangan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Pendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke zaman moden. Zaman Manusia Purba dan Kecergasan Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika di setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagai aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.
  • 7. Zaman Neolitik – Revolusi Pertanian Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup primitif. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia zaman primitif kepada gaya hidup manusia dan pertanian atau dikenali sebagai ”agrarian”. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup ”sedentari” akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka. Tamadun Kuno China dan India Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan, mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan. Ketika itu wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari, lawan pedang dan gusti. Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itu mengabaikan aktiviti kecergasan. Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu tahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaan falsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar. Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yoga dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan. Timur Tengah Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon, Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatan ini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut semua rakyat supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanak-
  • 8. kanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Zaman Greek – Athens Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dlam bidang Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta objektif utama Pendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala di Athens, objektif banyak tertumpu kepada prinsip demokrasi. Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan. Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting. Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali ’Palaestras’, ianya merupakan tempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Di ’Palaestras’ merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat. Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini akan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil ’Paidotribe’. 1.3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu: 1) Zaman sebelum penjajahan British 2) Zaman pemerintahan British 3) Sebelum merdeka 4) Selepas merdeka Zaman Sebelum Penjajahan British Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas.
  • 9. Zaman Pemerintahan British Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris. Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat pendidikan jasmani diajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura. Namun, kurikilum pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa. Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun 1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di tiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923- 1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003) Zaman Sebelum Merdeka Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Isi kandungan bagi sukatan pelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford. Zaman Selepas Merdeka Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak- kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961. (Mohd.Soffian et.all, 2003) Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe,1998). Pendidikan jasmani telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-dua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah.
  • 10. 1.4 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI Terbahagi kepada 2 komponen iaitu : • sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia • sains dalam tubuh badan manusia Sains Dalam Perkembangan Pertumbuhan Manusia Kajian Asas Anatomi dan Fisiologi Manusia. • Manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menggerakkan tubuh badan antara satu sama lain • Pergerakan yang sesuai dengan jenis tugasan • Hasil daripada pergerakan ini, wujud kajian tentang perubahan fungsi dalan tubuh • Perubahan ini dinamakan sebagai Fisiologi Senam Sel + sel > tisu-tisu > organ + organ > system Sel • Merupakan bahagian terkecil dalam tubuh • Semua sel mempunyai nucleus kecuali sel darah merah • Makanan menyebabkan sel mengalami proses pembahagian • Tubuh badan yang lebih besar mempunyai sel yang lebih besar Tisu • Tisu merupakan sekumpulan sel yang melakukan kerja yang sama • Contoh tisu ialah tisu saraf, tisu kulit, tisu darah, tisu tulang dan tisu otot • Setiap lapisan kulit mempunyai tugas yang berbeza Organ • Terdiri daripada satu kumpulan tisu yang melakukan kerja yang sama
  • 11. • Kulit dianggap satu organ yang kerana beberapa lapisan telah digabungkan Sistem • Sekumpulan organ yang berkerjasama dengan satu tujuan dipanggil system • System yang berlainan saling bergantung antara satu sama lain Sistem Rangka • Tulang secara berkumpulan membentuk rangka tubuh badan • Badan kita mempunyai 206 tulang • Terdiri daripada tulang luar, tulang panjang, tulang luar biasa, tulang datar dan tulang sesamoid • Rangka berfungsi sebagai perlindungan, sokongan, pergerakan, penghasilan sel darah, dan setor kalsium Sistem Otot • Badan kita mempunyai 600 otot yang berkerjasama antara satu sama lain • Otot boleh memendek dan memanjang untuk menggerakkan bahagian tubuh • Dibahagikan kepada 3 jenis otot iaitu otot licin, otot jantung dan otot rangka • Pengucupan otot dapat dibahagikan kepada : - isometrik = penguncupan ini menyebabkan otot menghasilkan kuasa terhadap beban yang tetap dan tidak bergerak cth : menolak dinding - isotonik = menyebabkan pemanjangan dan pemendekan otot cth : otot bisep semasa mengangkat dumbell Sistem Saraf • Terdapat sejumlah 10 bilion sel dalam badan manusia • System ini menerima dan menghantar mesej • System ini menyebabkan tubuh badan melakukan sesuatu dengan 2 cara : - Lakuan voluntari- menghantar mesej terus kepada otak dan otak menentukan apa yang patut dilakukan dan seterusnya di hantar kepada bahagian tubuh selepas membuat keputusan - Mesej yang di hantar tidak melalui otak dan proses ini dinamakan Tindakan Luar Kawalan atau involuntari. cth : bernafas Sistem Respiratori • Oksigen dibawa masuk ke dalam tubuh badan melalui system pernafasan • Pernafasan luar/ eksternal Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh badan dengan persekitaran luar
  • 12. • Pernafasan dalaman/ internal Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di antara sel-sel tisu dan cecair di sekelilingnya • Semasa udara di sedut hanya 75% sahaja udara mengalami pertukaran gas dan karbon dioksida Sistem Kardiovaskular • Dikenali sebagai system peredaran darah • Sistem ini merangkumi jantung, kapilari, arteri, dan vena • Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke tisu-tisu. Arteri bercabang membentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena mengalirkan darah ke tisu badan dan kembali semula ke jantung. • Semasa berlatih atau bersenam otot kita memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melalui peningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantung Sistem Pencernaan • Memproses makanan dan membekalkan tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru dan membolehkan tindak balas kimia berlaku dalam tubuh • Makanan di cerna kepada bahagian yang kecil dan di hantar melalui saluran darah dan system limfa ke hati untuk diproses.kemudian akan dihantar ke sel-sel • System pencernaan mempunyai 4 bahagian penting iaitu mulut, perut, usus besar dan usus kecil Sistem Pembiakan • Organ-organ yang membentuk system pembiakan boleh I bahagikan kepada 2 iaitu organ perlu ( Gonad ) dan organ aksesori • Organ perlu menghasilkan sel-sel seks dan organ aksesori membantu dalam proses pembiakan Lelaki : organ perlu ialah sepasang testis dan organ aksesori ialah duktus ganetalia, kelenjar dan struktur penyokong. - Testis berperanan untuk menghasilkan sperma dan hormon - Duktus berperanan sebagai salur untuk sperma keluar bertujuan untuk melakukan persenyawaan Wanita : organ perlu ialah sepasang ovari dan organ aksesori ialah tiub uterin, uterus, vagina, genitalia eksternal dan kelenjar mamari - ovari menghasilkan ovum dan hormone seks wanita (ekstrogen dan progesteron )
  • 13. Senaman Dan Latihan • Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasanseseorang • Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan system tubuh badan, otot-otot, pernafasan, peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap • Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai tahap kecergasan yang maksimum Kesan Senaman Dan Latihan • Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu mengawal berat badan • Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan penggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak • Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman dan latihan dilakukan. • Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlaku dengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normal selepas masa senaman dan latihan itu tamat. Contoh : peningkatan kadar nadi • Kesan senaman dan latihan dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu : - Jangka pendek - Jangka panjang Kesan Jangka Pendek • Meningkatkan lagi kadar pernafasan iaitu memerlukan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida • Kadar metabolisma meningkat.Banyak makanan diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi menjalankan aktiviti dan banyak bahan buangan dikeluarkan seperti laktik asid, urin dan gas karbon dioksida • Meningkatkan bilangan sel darah merah untuk memperbanyakan pembawaan gas oksigen
  • 14. dalam darah • Meningkatkan pengeluaran kardiak. Pengeluaran kardiak sama dengan pendaraban pengeluaran darah dengan jumlah darah yang dikeluarkan setiap degupan jantung (stroke volume ) • Meninggikan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Dinding jantung bagi seseorang yang menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah denagn banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam • Mengembangkan lagi arteri untuk menghantar lebih darah ke otot-otot semasa senaman dilakukan • Meninggikan lagi suhu tubuh badan manusia. Haba yang di bebaskan melalui perpeluhan kulit • Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak di dalam darah.Situasi ini mengurangkan serangan sakit jantung dan penyakit sakit angina • Menambahkan lagi isipadu otot agar lebih banyak darah mengalir pada otot • Menolong merendahkan titik tetap seperti meningkatkan jisim otot, mengurangkan selera makan, menmbahkan enzim untuk pembakaran lemak dan menambah tahap penggunaan tenaga Kesan Jangka Panjang • Berlaku peningkatan saiz otot akibat daripada pertukaran dalam sarkoplasma dalam otot gentian individu dan juga berlaku penambahan tisu perantaraan antara otot-otot gentian • Peningkatan saiz, kekuatan, dan kecekapan ke atas jantung. Dinding jantung bagi seseorang yang sentiasa menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah dengan banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam • Meningkatkan bilangan kapilari di mana ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan daya tahan otot dan vascular
  • 15. Sains Dalam Pergerakan Tubuh Badan Manusia Pusat Graviti Dan Kerja. Semakin jauh pusat graviti dibawa semakin banyak kerja yang dilakukan. Contoh:- Dalam acara lompat tinggi, atlit yang tinggi akan lebih mudah melepasi halangan dibandingkan dengan atlit yang rendah walaupun berat badan sama. Aerodinamik Bentuk yang dapat mengurangkan rintangan angin/udara. Contoh:- Bagi pelari pecut mestilah keadaan badan dicondongkan sedikit untuk mengelak dari rintangan angin dan mendapat pecutan yang baik. Tenaga Ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis tenaga dalam diri. Tenaga potensi ( tenaga keupayaan ) ↔ Tenaga putaran. Tenaga Potensi Contohnya seorang akrobat terjun ke jongkang jongket, rakannya akan tercampak ke atas kerusi yang tinggi. Dalam melakukan aksi ini, dia dikatakan melakukan kerja (mencampak rakannya). Kerja inilah sebenarnya ’tenaga’ yang telah dipindahkan kepada jongkang jongket itu. Tenaga Putaran Tenaga putaran dapat dilihat dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principle of moments). Kesan tenaga putaran dapat ditambah dengan menambah beban atau memanjangkan jarak. Contoh, dengan memanjangkan raket badminton dengan menggenggam pada pangkalnya dapat menghasilkan pukulan yang kencang. Manakala dengan memendekkan pegangan akan memudahkan permainan dijaring, pantas dan terkawal.
  • 16. Kestabilan Kestabilan terbahagi kepada dua : 1. Statik 2. Dinamik Kestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Contohnya kedudukan seorang pelari sebelum melakukan pecutan 100 meter. Kestabilan dinamik pula adalah kestabilan semasa dalam pergerakan. Contohnya seorang pemain bola keranjang melakukan jaringan secara terbang. Geseran Adalah satu daya yang menghalang penggelunsuran antara dua permukaan. Contohnya pemain bola sepak menggunakan kasut berstad supaya dapat bergerak dengan stabil dan tidak tergelincir, geseran diantara tapak dengan rumput itu menjadikan pemain itu lebih stabil. Hukum Newton Terbahagi kepada tiga: 1. Hukum inersia 2. Hukum pecutan 3. Hukum aksi-reaksi Hukum Inersia Suatu objek yang tidak bergerak akan kekal dalam kedudukannya dan suatu objek bergerak akan mengekalkan kelajuan dan arah pergerakan yang sama sehingga ia diubah oleh daya luar. Contohnya, bila bola disepak ia akan mengikut arah dan laluan yang lurus sehingga dipaksa menukar sifat pergerakan oleh daya-daya luar. Daya yang menukar arah bola itu boleh wujud dalam bentuk graviti, rintangan udara, tiupan angin atau objek lain. Hukum Pecutan Hukum pecutan ialah apabila suatu objek dikenakan suatu daya ia akan bergerak dalam arah yang sama dengan daya berkenaan. Contohnya raket berat adalah sukar diayun tetapi tidak perlu banyak tenaga untuk menghasilkan pukulan kencang berbanding raket yang ringan.
  • 17. Hukum Aksi-Reaksi Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindak balas) yang sama kuat dari arah yang bertentangan. Contohnya dalam acara tarik tali, apabila pasukan A mengundur 1 meter maka pasukan B akan terpaksa melangkah 1 meter kehadapan. Gerakan Gerakan terbahagi kepada dua iaitu: 1. Gerakan linear. 2. Gerakan putaran. Gerakan Linear Gerakan linear ialah pergerakan tubuh ataupun objek dalam laluan yang lurus dan dengan kelajuan yang seragam. Contoh pergerakan linear adalah berjalan atau berlari. Gerakan Putaran Gerakan putaran adalah hasil dari pergerakan yang berbentuk separuh bulatan yang berpusatkan suatu pusat yang tetap. Contohnya membaling bola merupakan gerakan putaran dari tangan dan sendi bahu yang kemudiannya ditukar kepada gerakan linear pada bola sebaik sahaja ia berlepas dari tangan. Sistem Tuas Sistem tuas terbahagi kepada tiga: 1. Tuas kelas pertama. 2. Tuas kelas kedua. 3. Tuas kelas ketiga. Tuas kelas pertama Apabila aksis (falkrum) berada diantara daya dengan beban. Tuas kelas kedua Apabila beban berada diantara daya dengan fulkrum. Tuas kelas ketiga. Bila daya berada diantara beban dengan fulkrum. Contohnya ; ketika menolak bola hoki.