SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
SEPTEMBER 2013
Name : Kavitha A/P Manoharan
Matric number : 820930025612001
NRIC : 820930025612
Telephone Number : 017-4744434
E-mail address : kavitha2u@yahoo.com
Learning Centre : Kedah Learning Centre
Intake : September 2012
Semester : September 2013
SOALAN
(a) mendapatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan huraikan
punca-punca terjadinya jerebu tersebut.
(10 markah)
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada
hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat
ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim
ramalan cuaca negara kerana telah sering kali melanda negara kita.
IPU atau nama penuhnya adalah Indeks Pencemaran Udara digunakan oleh Jabatan Alam
Sekitar untuk menentukan kualiti udara di sesebuah kawasan terutamanya di Malaysia. Dalam
bahasa inggeris IPU turut dikenali sebagai APU yang membawa maksud Air Pollutant Index.
Fungsi IPU adalah untuk mengkaji kadar tahap pencemaran udara seperti jerebu akibat
daripada pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain. Seperti yang sedia maklum, kesan jerebu
adalah sangat bahaya kepada kesihatan manusia kerana mengandungi kimia dan tosik akibat dari
pembakaran terbuka. Tahap IPU terbahagi kepada beberapa tahap seperti tertera dijadual di atas.
IPU pada tahap 101 ke atas adalah tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan manusia .
Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap
kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia
iaitu melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap
alam sekitar. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas
sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu
meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di
muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak
Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya.
Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera
ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya,
udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi
paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang
telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.
Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan
jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping
itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran
Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006,
masalah jerebu turut berlaku sekali lagi.
Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa
kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan
oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara
pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu
malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat
pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar
sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi
sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami
padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka
tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan
ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas.
Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-
bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti
industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor
di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah
masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit
kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan
menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu,
dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi
masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan
kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah
kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah
menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari.
Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap
pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas
yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam
lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan
dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan
ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan
berlakulah jerebu di negara kita.
Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak
terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang
perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap
pengusaha kilang menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah
mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak
untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka
sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh
mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak
pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap
beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur
tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.
Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino.
Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan
pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang
sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran
hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara
dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.
Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi
Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan
habuk dan gas-gas ke dalam udara
Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan
jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak
wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu
diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum
nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya
generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar.
(b) mendapatkan data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini dan
huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut.
(10 markah)
Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri
Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri
NEGERI / STATE KAWASAN/AREA
MASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
Johor Kota Tinggi 62* 60* 59*
Johor Larkin Lama 82* 81* 75*
Johor Muar 165* 132* 127*
Johor Pasir Gudang 68* 66* 65*
Kedah Alor Setar 61* 59* 62*
Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 87* 87* 83*
Kedah Langkawi 51* 51* 51*
Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 95* 92* 94*
Kelantan Tanah Merah 83* 84* 83*
Melaka Bandaraya Melaka 135* 131* 121*
Melaka Bukit Rambai 160* 153* 144*
Negeri Sembilan Nilai 177* 168* 149*
Negeri Sembilan Port Dickson 171* 158* 137*
Negeri Sembilan Seremban 165* 144* 141*
Pahang Balok Baru, Kuantan 92* 86* 81*
Pahang Indera Mahkota, Kuantan 87* 83* 77*
Pahang Jerantut 137* 137* 117*
Perak Jalan Tasek, Ipoh 139* 148* 159*
Perak Kg. Air Putih, Taiping 142* 154* 150*
Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh 182* 193* 211*
Perak Seri Manjung 288* 333* 290*
Perak Tanjung Malim 175* 179* 170*
Perlis Kangar 56* 59* 64*
Pulau Pinang Perai 118* 117* 103*
Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai 132* 128* 117*
Pulau Pinang USM 121* 118* 106*
Sabah Keningau 53* 51* 53*
Sabah Kota Kinabalu 70* 71* 71*
Sabah Sandakan 50* 51* 53*
Sabah Tawau 42* 37* 38*
Sarawak Bintulu 68* 62* 58*
Sarawak ILP Miri 78* 75* 68*
Sarawak Kapit 78* 78* 65*
Sarawak Kuching 80* 74* 68*
Sarawak Limbang 56* 53* 48*
Sarawak Miri 80* 78* 73*
Sarawak Samarahan 77* 73* 67*
Sarawak Sarikei 81* 80* 72*
Sarawak Sibu 92* 81* 78*
Sarawak Sri Aman 81* 80* 80*
Selangor Banting 292* 266* 197*
Selangor Kuala Selangor 242* 229* 192*
Selangor Pelabuhan Kelang 487* 484* 464*
Selangor Petaling Jaya 213* 199* 181*
Selangor Shah Alam 289* 291* 252*
Terengganu Kemaman 125* 112* 102*
Terengganu Kuala Terengganu 101* 98* 89*
Terengganu Paka 95* 91* 81*
Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur 198* 189* 163*
Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur 186* 174* 147*
Wilayah Persekutuan Labuan 72* 69* 66*
Wilayah Persekutuan Putrajaya 195* 198* 176*
Sumber: Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri | melvister.com
Berikut adalah carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah di Malaysia
yang terjejas akibat jerebu yang telah direkodkan pada 25 June 2013 berdasarkan rujukan
daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar
Jadual ini dirujuk berdasarkan kepada bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) / Air
Pollutant Index (API) pada 25 June 2013 yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam
7 pagi, 25 Jun 2013. Daripada laporan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) – JAS, 1 stesen
mencatatkan tahap merbahaya iaitu Pelabuhan Kelang manakala 5 stesen lagi mencatatkan
bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu, Seri Manjung, Banting, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan
Shah Alam.Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan JAS, bacaan Indeks Pencemar Udara
(IPU) untuk seluruh negeri mencatatkan 2 stesen ditahap merbahaya manakala peningkatan
stesen ditahap sangat tidak sihat kepada 9 kawasan. Dua stesen diharap merbahaya adalah Seri
Manjung dan Pelabuhan Kelang.
Bacaan terkini IPU Jerebu yang direkodkan berdasarkan maklumat dari Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Malaysia pada 25 Jun 2013, Selasa bagi seluruh negeri.
Jadual menunjukan catatan semasa Indeks Pencemaran Udara bagi setiap kawasan yang dilanda
jerebu pada 25 Jun 2013 baru – baru ini. Tahap jerebu disetiap kawasan iaitu Indeks Pencemaran
Udara (IPU) mengalami perubahan ketara di sekitar Lembah Klang dan Pelabuhan Klang sekali
gus menunjukkan kemerosotan kualiti udara di daerah itu pada 25 Jun 2013. Selain itu kawasan
di sekitar Lembah Klang turut mencatatkan bacaan berstatus “sangat tidak sihat”.Bandar
pelabuhan di Selangor itu pula telah mengalami jerebu terburuk di negeri tersebut apabila asap
beralih ke utara dari Muar dan Ledang dan Johor
Manakala, Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan mengalami
jerubu yang sangat teruk. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi Selasa di
kawasan berkenaan mencatatkan tahap yang “tidak sihat” dan “sangat tidak sihat”
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk sesi pagi pada Selasa di beberapa kawasan
yang mengalami jerebu di Selangor telah menunjukkan perubahan ketara berbanding bacaan
yang dicatatkan semalam dan paling terjejas adalah pelabuhan klang melepasi tahap “berbahaya”
Selain itu, di Sri Manjung Perak, dan beberapa kawasan di Pulau Pinang turut mengalami
peningkatan IPU setakat bacaan jam 7 pagi. Manakala di daerah negeri Johor kualiti udara di
Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang bertambah baik kepada tahap sederhana hanya
Muar kekal pada tahap “tidak sihat” pada bacaan 165.
(c) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebu yang
sering melanda negara kita.
(10 markah)
Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu
yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang
paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberapa
daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan
dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan
meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang
menjadi duri dalam daging bagi negara kita?
Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan
pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara
kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu
mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan
terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah
jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan carbón dioksida, karbón monoksida
dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar
telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan
awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas
yang berlebihan dapat diatasi
Kelima, masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara
negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar .
Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian
saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.
Keenam, penguatkuasaan undang-undang harus ditingkatkan. Kilang-kilang diwajibkan
memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30
meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat
perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah
menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.
Ketujuh, Pendidikan alam sekitar juga perlu diterapkan sewaktu di bangku sekolah lagi.
Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa
mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga
dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca
seperti jerebu.
Kelapan, Kempen kesedaran alam sekitar perlu diadakan sering kali. Kempen yang
dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat
mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran
kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar.
Kesembilan, penggunaan petrol tanpa plumbum pula perlu meningkat di kalangan
masyarakat kita.Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan
udara. Kesepuluh, penggunaan catalytic converter juga perlu ditingkatkan. Penggunaan alat ini
juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat
dikurangkan.
Kesebelas, Kempen kitar semula perlu meningkat dan kerap berlaku. Melalui kempen
kitar semula bahan buangan atau sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru.
Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan
ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.
Konklusinya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan
berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.”
Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti
telur di hujung tanduk.”
(d) Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang
terutama golongan yang berisiko tinggi. Huraikan kesan Jerebu terhadap golongan seperti
kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma,
bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan.
(10 markah)
Perokok merupakan golongan berisiko lebih tinggi terkena
jangkitan pelbagai jenis penyakit berikutan keadaan jerebu yang
semakin buruk. Golongan tersebut berisiko menghadapi jangkitan
di bahagian paru-paru akibat asap rokok dan jerebu. Kedua-dua
asap tersebut akan menyerang ruang paling kecil di saluran paru-
paru hingga boleh merebak dan memberi kesan yang
serius.Golongan ini berisiko menyedut asap rokok dan partikel jerebu di mana kedua-dua jenis
asap itu akan terus masuk ke dalam saluran alveoli dan terus memberi jangkitan seperti sesak
nafas, kerengsaan dan alergi. Risiko jangkitan tersebut bukan sahaja menyerang perokok tegar
malah turut memberi kesan kepada perokok pasif.
Bagi yang berpenyakit asma mereka perlu berhati-hati
ketika melakukan kegiatan luar. Asma atau lelah dirujuk pada
keadaan sukar untuk bernafas. Biasanya mereka yang
berhadapan dengan masalah ini sangat sensitif terhadap
persekitaran. Kini, ia menjadi masalah kesihatan biasa malah
sembilan dari 11 peratus kanak-kanak di Malaysia berhadapan
dengan masalah itu. Malah 50 peratus ketidakhadiran ke sekolah disebabkan asma. Serangan
asma terjadi apabila seseorang itu berhadapan dengan punca alahannya. Asma sebenarnya satu
keadaan kronik. Kadangkala pesakit asma merasakan penyakit itu sudah ‘hilang’ dari mereka
tetapi sebenarnya tidak. Ia masih di situ cuma ia tidak ‘dirangsang’. Di kalangan kanak-kanak
juga, jangkitan pernafasan ini menjadikan asma bertambah teruk.
Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap
kesihatan orang tua. Jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan
kesihatan terjejas terutamanya kepada orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit. Mereka
akan mengalami gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain
adalah merasa sukar untuk bernafas atau mengalam sesak nafas. Hal ini adalah amat penting
untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah
tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam
kesihatan seseorang.
Bagi Kanak – kanak , jerebu mudah menyebabkan
iritasi kepada hidung, tekak, saluran penafasan, kulit dan
mata serta ruam kulit. Mereka akan mula bersin, berair
hidung dan batuk. Pada tahap jerebu yang kritikal, partikel
halus pada jerebu boleh memasuki bahagian dalam paru-paru
bayi. Menurut Dr Jasmine Mohd, seorang pakar O & G di
Thompson Medical Centre, Singapura, terdapat juga kajian yang menunjukkan kaitan antara
pendedahan kepada pencemaran udara dengan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan
dalam beberapa bulan pertama bayi. Hasil kajian juga menunjukkan pencemaran udara
menyebabkan berat bayi yang rendah ketika lahir serta memungkinkan kelahiran pra-matang dan
kecacatan ketika lahir.
Bagi pesakit yang mengalami penyakit seperti asma,
bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi
alahan akan terdedah banyak kepada jerebu ini. Mereka yang
mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma,
sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik
hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang
di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan
BAHAN RUJUKAN
BIBLIOGRAFI
• Mok Soon Sang.(2004).Pengantar Pendidikan Teras.Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd. Kementerian Kesihatan Malaysia.(2001).
• SihatSepanjangHayat.Kuala Lumpur .DewanBahasa dan Pustaka.
• Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai 2001:
PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur .
• Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi PelaksanaanLatihan Guru-
guruSekolah Bestari.Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Universiti
Kebangsaan Malaysia
.

Contenu connexe

En vedette

211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebuhafizah noor
 
Latih tubi graf modul penggal2 edited
Latih tubi graf modul penggal2  editedLatih tubi graf modul penggal2  edited
Latih tubi graf modul penggal2 editedzalinabasir
 
Kertas kerja Olahraga
Kertas kerja OlahragaKertas kerja Olahraga
Kertas kerja OlahragaMalaysia
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAUNie ONie
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011takdir10
 

En vedette (10)

211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu
 
4 perkembangan motor
4 perkembangan motor4 perkembangan motor
4 perkembangan motor
 
FinalReport
FinalReportFinalReport
FinalReport
 
Latih tubi graf modul penggal2 edited
Latih tubi graf modul penggal2  editedLatih tubi graf modul penggal2  edited
Latih tubi graf modul penggal2 edited
 
Motor learning
Motor learningMotor learning
Motor learning
 
Kertas kerja Olahraga
Kertas kerja OlahragaKertas kerja Olahraga
Kertas kerja Olahraga
 
Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH
KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAHKERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH
KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
 

Similaire à Assing jerebu (1)

SILVIYACHANIAGO ( EFEK RUMAH KACA).pptx
SILVIYACHANIAGO ( EFEK RUMAH KACA).pptxSILVIYACHANIAGO ( EFEK RUMAH KACA).pptx
SILVIYACHANIAGO ( EFEK RUMAH KACA).pptxsilviyachaniago
 
Sains Tingkatan 1 ; Pencemaran Udara
Sains Tingkatan 1 ; Pencemaran UdaraSains Tingkatan 1 ; Pencemaran Udara
Sains Tingkatan 1 ; Pencemaran Udaratypo jungkook
 
Contoh pkm gt_2015
Contoh pkm gt_2015Contoh pkm gt_2015
Contoh pkm gt_2015Hana Biansa
 
Perencanaa pabrik gas oxigen argon dan nitrogen
Perencanaa pabrik gas oxigen argon dan nitrogenPerencanaa pabrik gas oxigen argon dan nitrogen
Perencanaa pabrik gas oxigen argon dan nitrogenmuhamad sauki
 
Pencemaran udara
Pencemaran udaraPencemaran udara
Pencemaran udaraUlfiana S
 
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02MohdTajuddin
 
Makalah tugas pak kudus
Makalah tugas pak kudusMakalah tugas pak kudus
Makalah tugas pak kudusAnwar Haryono
 
22323099 Gilang Hendriko.Tugas Pencemaran Udara.pdf
22323099 Gilang Hendriko.Tugas Pencemaran Udara.pdf22323099 Gilang Hendriko.Tugas Pencemaran Udara.pdf
22323099 Gilang Hendriko.Tugas Pencemaran Udara.pdfGilanghendrico
 
b6 d5 e1= udara di sekeliling kita
b6 d5 e1= udara di sekeliling kitab6 d5 e1= udara di sekeliling kita
b6 d5 e1= udara di sekeliling kitanurulsyariahfazlaila
 
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^Ain_nasuha
 
Bandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan globalBandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan globalNorsyaza Aqilah
 

Similaire à Assing jerebu (1) (20)

Pencemaran udara
Pencemaran udaraPencemaran udara
Pencemaran udara
 
Presentation2
Presentation2Presentation2
Presentation2
 
SILVIYACHANIAGO ( EFEK RUMAH KACA).pptx
SILVIYACHANIAGO ( EFEK RUMAH KACA).pptxSILVIYACHANIAGO ( EFEK RUMAH KACA).pptx
SILVIYACHANIAGO ( EFEK RUMAH KACA).pptx
 
Sains Tingkatan 1 ; Pencemaran Udara
Sains Tingkatan 1 ; Pencemaran UdaraSains Tingkatan 1 ; Pencemaran Udara
Sains Tingkatan 1 ; Pencemaran Udara
 
Contoh pkm gt_2015
Contoh pkm gt_2015Contoh pkm gt_2015
Contoh pkm gt_2015
 
Perencanaa pabrik gas oxigen argon dan nitrogen
Perencanaa pabrik gas oxigen argon dan nitrogenPerencanaa pabrik gas oxigen argon dan nitrogen
Perencanaa pabrik gas oxigen argon dan nitrogen
 
Shanmugam bab 11 geografi
Shanmugam bab 11 geografiShanmugam bab 11 geografi
Shanmugam bab 11 geografi
 
Pencemaran udara
Pencemaran udaraPencemaran udara
Pencemaran udara
 
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
 
PU-002.pdf
PU-002.pdfPU-002.pdf
PU-002.pdf
 
Skema kertas model 2
Skema kertas model 2Skema kertas model 2
Skema kertas model 2
 
Makalah tugas pak kudus
Makalah tugas pak kudusMakalah tugas pak kudus
Makalah tugas pak kudus
 
22323099 Gilang Hendriko.Tugas Pencemaran Udara.pdf
22323099 Gilang Hendriko.Tugas Pencemaran Udara.pdf22323099 Gilang Hendriko.Tugas Pencemaran Udara.pdf
22323099 Gilang Hendriko.Tugas Pencemaran Udara.pdf
 
b6 d5 e1= udara di sekeliling kita
b6 d5 e1= udara di sekeliling kitab6 d5 e1= udara di sekeliling kita
b6 d5 e1= udara di sekeliling kita
 
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Materi fisika bab 9 klas xi
Materi fisika  bab 9 klas xiMateri fisika  bab 9 klas xi
Materi fisika bab 9 klas xi
 
Materi fisika bab 9 klas xi
Materi fisika  bab 9 klas xiMateri fisika  bab 9 klas xi
Materi fisika bab 9 klas xi
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Bandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan globalBandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan global
 

Dernier

Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 

Dernier (20)

Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 

Assing jerebu (1)

  • 1. FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA SEPTEMBER 2013 Name : Kavitha A/P Manoharan Matric number : 820930025612001 NRIC : 820930025612 Telephone Number : 017-4744434 E-mail address : kavitha2u@yahoo.com Learning Centre : Kedah Learning Centre Intake : September 2012 Semester : September 2013
  • 2. SOALAN (a) mendapatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan huraikan punca-punca terjadinya jerebu tersebut. (10 markah) Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah sering kali melanda negara kita. IPU atau nama penuhnya adalah Indeks Pencemaran Udara digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menentukan kualiti udara di sesebuah kawasan terutamanya di Malaysia. Dalam bahasa inggeris IPU turut dikenali sebagai APU yang membawa maksud Air Pollutant Index. Fungsi IPU adalah untuk mengkaji kadar tahap pencemaran udara seperti jerebu akibat daripada pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain. Seperti yang sedia maklum, kesan jerebu adalah sangat bahaya kepada kesihatan manusia kerana mengandungi kimia dan tosik akibat dari pembakaran terbuka. Tahap IPU terbahagi kepada beberapa tahap seperti tertera dijadual di atas. IPU pada tahap 101 ke atas adalah tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan manusia . Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas
  • 3. sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-
  • 4. bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita. Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak
  • 5. pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi. Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu. Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar.
  • 6. (b) mendapatkan data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini dan huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut. (10 markah) Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri NEGERI / STATE KAWASAN/AREA MASA/TIME 7:00AM MASA/TIME 11:00AM MASA/TIME 5:00PM Johor Kota Tinggi 62* 60* 59* Johor Larkin Lama 82* 81* 75* Johor Muar 165* 132* 127* Johor Pasir Gudang 68* 66* 65* Kedah Alor Setar 61* 59* 62* Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 87* 87* 83* Kedah Langkawi 51* 51* 51* Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 95* 92* 94* Kelantan Tanah Merah 83* 84* 83* Melaka Bandaraya Melaka 135* 131* 121* Melaka Bukit Rambai 160* 153* 144* Negeri Sembilan Nilai 177* 168* 149* Negeri Sembilan Port Dickson 171* 158* 137* Negeri Sembilan Seremban 165* 144* 141* Pahang Balok Baru, Kuantan 92* 86* 81* Pahang Indera Mahkota, Kuantan 87* 83* 77* Pahang Jerantut 137* 137* 117* Perak Jalan Tasek, Ipoh 139* 148* 159* Perak Kg. Air Putih, Taiping 142* 154* 150* Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh 182* 193* 211* Perak Seri Manjung 288* 333* 290* Perak Tanjung Malim 175* 179* 170* Perlis Kangar 56* 59* 64* Pulau Pinang Perai 118* 117* 103* Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai 132* 128* 117*
  • 7. Pulau Pinang USM 121* 118* 106* Sabah Keningau 53* 51* 53* Sabah Kota Kinabalu 70* 71* 71* Sabah Sandakan 50* 51* 53* Sabah Tawau 42* 37* 38* Sarawak Bintulu 68* 62* 58* Sarawak ILP Miri 78* 75* 68* Sarawak Kapit 78* 78* 65* Sarawak Kuching 80* 74* 68* Sarawak Limbang 56* 53* 48* Sarawak Miri 80* 78* 73* Sarawak Samarahan 77* 73* 67* Sarawak Sarikei 81* 80* 72* Sarawak Sibu 92* 81* 78* Sarawak Sri Aman 81* 80* 80* Selangor Banting 292* 266* 197* Selangor Kuala Selangor 242* 229* 192* Selangor Pelabuhan Kelang 487* 484* 464* Selangor Petaling Jaya 213* 199* 181* Selangor Shah Alam 289* 291* 252* Terengganu Kemaman 125* 112* 102* Terengganu Kuala Terengganu 101* 98* 89* Terengganu Paka 95* 91* 81* Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur 198* 189* 163* Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur 186* 174* 147* Wilayah Persekutuan Labuan 72* 69* 66* Wilayah Persekutuan Putrajaya 195* 198* 176* Sumber: Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri | melvister.com Berikut adalah carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah di Malaysia yang terjejas akibat jerebu yang telah direkodkan pada 25 June 2013 berdasarkan rujukan daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Jadual ini dirujuk berdasarkan kepada bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) / Air Pollutant Index (API) pada 25 June 2013 yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam
  • 8. 7 pagi, 25 Jun 2013. Daripada laporan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) – JAS, 1 stesen mencatatkan tahap merbahaya iaitu Pelabuhan Kelang manakala 5 stesen lagi mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu, Seri Manjung, Banting, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam.Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan JAS, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) untuk seluruh negeri mencatatkan 2 stesen ditahap merbahaya manakala peningkatan stesen ditahap sangat tidak sihat kepada 9 kawasan. Dua stesen diharap merbahaya adalah Seri Manjung dan Pelabuhan Kelang. Bacaan terkini IPU Jerebu yang direkodkan berdasarkan maklumat dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Malaysia pada 25 Jun 2013, Selasa bagi seluruh negeri. Jadual menunjukan catatan semasa Indeks Pencemaran Udara bagi setiap kawasan yang dilanda jerebu pada 25 Jun 2013 baru – baru ini. Tahap jerebu disetiap kawasan iaitu Indeks Pencemaran Udara (IPU) mengalami perubahan ketara di sekitar Lembah Klang dan Pelabuhan Klang sekali gus menunjukkan kemerosotan kualiti udara di daerah itu pada 25 Jun 2013. Selain itu kawasan di sekitar Lembah Klang turut mencatatkan bacaan berstatus “sangat tidak sihat”.Bandar pelabuhan di Selangor itu pula telah mengalami jerebu terburuk di negeri tersebut apabila asap beralih ke utara dari Muar dan Ledang dan Johor Manakala, Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan mengalami jerubu yang sangat teruk. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi Selasa di kawasan berkenaan mencatatkan tahap yang “tidak sihat” dan “sangat tidak sihat” Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk sesi pagi pada Selasa di beberapa kawasan yang mengalami jerebu di Selangor telah menunjukkan perubahan ketara berbanding bacaan yang dicatatkan semalam dan paling terjejas adalah pelabuhan klang melepasi tahap “berbahaya” Selain itu, di Sri Manjung Perak, dan beberapa kawasan di Pulau Pinang turut mengalami peningkatan IPU setakat bacaan jam 7 pagi. Manakala di daerah negeri Johor kualiti udara di Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang bertambah baik kepada tahap sederhana hanya Muar kekal pada tahap “tidak sihat” pada bacaan 165.
  • 9. (c) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebu yang sering melanda negara kita. (10 markah) Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberapa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita? Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan carbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
  • 10. semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi Kelima, masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Keenam, penguatkuasaan undang-undang harus ditingkatkan. Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini. Ketujuh, Pendidikan alam sekitar juga perlu diterapkan sewaktu di bangku sekolah lagi. Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu. Kelapan, Kempen kesedaran alam sekitar perlu diadakan sering kali. Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar. Kesembilan, penggunaan petrol tanpa plumbum pula perlu meningkat di kalangan masyarakat kita.Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara. Kesepuluh, penggunaan catalytic converter juga perlu ditingkatkan. Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.
  • 11. Kesebelas, Kempen kitar semula perlu meningkat dan kerap berlaku. Melalui kempen kitar semula bahan buangan atau sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi. Konklusinya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” (d) Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi. Huraikan kesan Jerebu terhadap golongan seperti kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan. (10 markah)
  • 12. Perokok merupakan golongan berisiko lebih tinggi terkena jangkitan pelbagai jenis penyakit berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. Golongan tersebut berisiko menghadapi jangkitan di bahagian paru-paru akibat asap rokok dan jerebu. Kedua-dua asap tersebut akan menyerang ruang paling kecil di saluran paru- paru hingga boleh merebak dan memberi kesan yang serius.Golongan ini berisiko menyedut asap rokok dan partikel jerebu di mana kedua-dua jenis asap itu akan terus masuk ke dalam saluran alveoli dan terus memberi jangkitan seperti sesak nafas, kerengsaan dan alergi. Risiko jangkitan tersebut bukan sahaja menyerang perokok tegar malah turut memberi kesan kepada perokok pasif. Bagi yang berpenyakit asma mereka perlu berhati-hati ketika melakukan kegiatan luar. Asma atau lelah dirujuk pada keadaan sukar untuk bernafas. Biasanya mereka yang berhadapan dengan masalah ini sangat sensitif terhadap persekitaran. Kini, ia menjadi masalah kesihatan biasa malah sembilan dari 11 peratus kanak-kanak di Malaysia berhadapan dengan masalah itu. Malah 50 peratus ketidakhadiran ke sekolah disebabkan asma. Serangan asma terjadi apabila seseorang itu berhadapan dengan punca alahannya. Asma sebenarnya satu keadaan kronik. Kadangkala pesakit asma merasakan penyakit itu sudah ‘hilang’ dari mereka tetapi sebenarnya tidak. Ia masih di situ cuma ia tidak ‘dirangsang’. Di kalangan kanak-kanak juga, jangkitan pernafasan ini menjadikan asma bertambah teruk. Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan orang tua. Jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan kesihatan terjejas terutamanya kepada orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit. Mereka akan mengalami gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain adalah merasa sukar untuk bernafas atau mengalam sesak nafas. Hal ini adalah amat penting
  • 13. untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam kesihatan seseorang. Bagi Kanak – kanak , jerebu mudah menyebabkan iritasi kepada hidung, tekak, saluran penafasan, kulit dan mata serta ruam kulit. Mereka akan mula bersin, berair hidung dan batuk. Pada tahap jerebu yang kritikal, partikel halus pada jerebu boleh memasuki bahagian dalam paru-paru bayi. Menurut Dr Jasmine Mohd, seorang pakar O & G di Thompson Medical Centre, Singapura, terdapat juga kajian yang menunjukkan kaitan antara pendedahan kepada pencemaran udara dengan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan dalam beberapa bulan pertama bayi. Hasil kajian juga menunjukkan pencemaran udara menyebabkan berat bayi yang rendah ketika lahir serta memungkinkan kelahiran pra-matang dan kecacatan ketika lahir. Bagi pesakit yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan akan terdedah banyak kepada jerebu ini. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan BAHAN RUJUKAN
  • 14.
  • 15.
  • 16. BIBLIOGRAFI • Mok Soon Sang.(2004).Pengantar Pendidikan Teras.Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Kesihatan Malaysia.(2001). • SihatSepanjangHayat.Kuala Lumpur .DewanBahasa dan Pustaka.
  • 17. • Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai 2001: PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur . • Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi PelaksanaanLatihan Guru- guruSekolah Bestari.Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Universiti Kebangsaan Malaysia .