SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  10
Media Sosial dan Risiko Kesannya Kepada Keharmonian Masyarakat
dan Keselamatan Negara
Kuziana Kubut
University Kebangsaan Malaysia
kuziana@ukm.edu.my
1.1 PENDAHULUAN
Abad ke-21 kini menyajikan ledakan teknologi maklumat (ICT) yang memberi kebebasan
komunikasi tanpa sempadan di seluruh dunia.. Menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka
meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta pada 2012. Laporan itu juga
menyatakan, kadar penembusan jalur lebar isi rumah didapati meningkat kepada 66.8 peratus pada
akhir Jun 2013 manakala kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, yang kini
terdapat 42.6 juta langganan.
Kini media sosial muncul sebagai medium komunikasi paling hangat di abad ini sehingga sudah
menjadi sebahagian keutamaan hidup. Kehadiran media sosial membawa kepada perubahan ke arah
penyertaan masyarakat secara dalam talian. Proses komunikasi dan penyebaran maklumat bertambah
canggih dan dunia menjadi semakin kecil. Antara kelebihan utama penggunaan media sosial ialah
mudah diakses, pantas, murah dan banyak pilihan. Selain pelbagai impak positif yang diraih hasil
daripada kemajuan teknologi saat ini, terdapat juga risiko dan kesan negatif yang tidak boleh
diabaikan begitu sahaja. Salah satu risiko penggunaan media sosial adalah ia boleh memberi kesan
terhadap perpaduan, keharmonian masyarakat dan keselamatan negara (Koh Siaw Yoke, 2012).
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan risiko kesan media sosial yang boleh
menggugat keharmonian dan keselamatan masyarakat dan negara serta sedikit cadangan dan usaha
yang boleh dan telah dilakukan bagi mengawal risiko tersebut.
1.2 PENGENALAN
Apa yang dimaksudkan dengan “Media Sosial”? Media sosial merujuk kepada penggunaan teknologi
alat mudah alih yang berasaskan website dan internet sebagai alat komunikasi secara berinteraktif.
Kini media sosial mengambil bahagian di pelbagai tempat seperti di Forum Internet, Weblogs,
Socialblogs, Microblogging, Wikis, Podcasts, Video dan social bookmarking. Andreas Kaplan dan
Michael Haenlein (2010) mendefinisikan media sosial sebagai "suatu kumpulan aplikasi berasakan
internet yang terbina atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, yang membolehkan penciptaan dan
pertukaran kandungan yang dibuat oleh penggunanya. Menurut mereka terdapat 6 kategori media
sosial iaitu : (1) Laman Jaringan Sosial seperti FaceBook (2) Kandungan Komuniti seperti YouTube
(3) Blogs dan Microblog seperti Twitter (4) Projek Usahasama seperti Wikipedia (5) Permainan
Dunia Maya seperti World of Warcraft dan (6) Sosial Dunia Maya seperti Second Life. (Konvensyen
Media Sosial 1Malaysia, 2011)
Kini penggunaan aplikasi yang terdapat dalam media sosial menjadi satu budaya dan santapan
harian di kalangan pengguna internet. Aplikasi media sosial dalam telefon pintar seperti Whatsapp,
WeChat, LINE dan Telegram menambahkan lagi obsesi pengguna terhadap internet tanpa wayar .
Kebanjiran laman-laman interaksi sosial di internet membolehkan komunikasi berjalan dengan begitu
pantas hanya dengan satu klik dan segalanya boleh tersebar sekelip mata tanpa ada batasan tempat
dan masa. (Rosma Nayan et. al., 2012).
1.2.1 PERKEMBANGAN MEDIA SOSIAL
• 1978 Penemuan awal sistem papan buletin yang memungkinkan manusia berhubung dengan
orang lain menggunakan surat elektronik (email), memuat naik dan memuat turun perisian, aplikasi
dan data, semua ini dilakukan masih dengan menggunakan talian tetap telefon yang dihubungkan
dengan modem.
• 1995 Kelahiran laman sesawang GeoCities yang mana laman ini melayani Web Hosting iaitu
layanan penyewaan penyimpanan data-data sesuatu laman sesawang agar laman tersebut boleh
diakses dari mana sahaja. Kemunculan GeoCities ini menjadi tonggak asas berdirinya laman-laman
sesawang lain.
• 1997 Muncul laman sesawang rangkaian sosial pertama iaitu Sixdegree.com walaupun
sebenarnya pada tahun 1995 terdapat laman Classmates.com yang juga merupakan laman rangkaian
sosial. Namun Sixdegree.com dianggap lebih menawarkan perkhidmatan spesifik sebuah laman
jejaring sosial berbanding Classmates.com
• 1999 Muncul laman untuk membuat blog pribadi, iaitu Blogger. Laman ini menawarkan
penggunanya untuk membina laman web sendiri. Pengguna Blogger boleh memuatkan sebarang
maklumat termasuk hal peribadi ataupun untuk mengkritik pemerintah sehingga bole di katakan
blogger ini menjadi tonggak berkembangnya sebuah fungsi media sosial.
• 2002 Tercetus Friendster, laman rangkaian sosial yang pada saat itu menjadi ledakan popular
serta menjadi sebuah media sosial yang mencetus fenomena tersendiri dengan jumlah pengguna yang
ramai.
• 2003 Wujudnya LinkedIn, yang bukan hanya digunakan untuk bersosial tetapi juga berguna
untuk mencari pekerjaan, sehingga fungsi dari sebuah media sosial makin berkembang.
• 2003 Berdirinya MySpace, MySpace menawarkan kemudahan dalam menggunakannya,sehingga
MySpace dikatakan laman rangkaian sosial yang paling mesra pengguna (user friendly).
• 2004 Lahirnya Facebook, laman rangkaian sosial yang terkenal hingga saat ini, merupakan salah
satu laman rangkaian sosial yang memiliki pengguna berdaftar paling ramai.
• 2006 Lahirnya Twitter, laman rangkaian sosial yang berbeza dengan yang lain kerana pengguna
Twitter hanya boleh mengemaskini status di laman Tweet ini dengan aksara tidak melebihi 140
karakter.
• 2007 Lahirnya Wiser, laman rangkaian sosial pertama sekali dilancarkan bertepatan dengan
peringatan Hari Bumi (22 April) 2007. Laman ini diharapkan mampu menjadi sebuah direktori atas
talian untuk organisasi lingkungan seluruh dunia termasuk pergerakan lingkungan yang dilakukan
individu mahupun kelompok.
• 2011 Lahirnya Google+. Google melancarkan laman sesawang sosialnya yang bernama
Google+. Namun pada awal pelancaran Google+ hanya terhad kepada pengguna yang telah di jemput
oleh Google. Setelah itu google+ di lancarkan secara umum.
1.2.2 PERANAN MEDIA SOSIAL
Secara umumnya media sosial berfungsi sebagai media komunikasi segera antara individu. Namun,
jika dilihat lebih mendalam , media sosial memainkan peranan untuk perkongsian dan penyebaran
maklumat, pembinaan jaringan hubungan sesama rakan baru dan lama, medan perniagaan dan
pengurusan kewangan, tempat berbual sama ada secara panggilan audio, video atau mesej teks,
penghantaran e-mail, tempat perbincangan, luahan idea dan perasaan, permainan sosial dan media
penerbitan. Status terbaik di media sosial adalah update status yang informatif dan inspiratif
(www.romelteamedia.com). Namun, dalam keghairahan mencari tempat untuk bersosial kadang kala
masyarakat lepa terhadap etika, adab serta moral yang perlu dijaga ketika menggunakan media sosial.
1.3 KESAN MEDIA SOSIAL TERHADAP KEHARMONIAN MASYARAKAT
Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara
interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, perkongsian fail, blog,
kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Kita boleh melihat remaja, orang tua dan kanak-kanak serta
ahli perniagaan melayari internet pada setiap masa dan tempat dengan begitu mudah. Namun, adalah
menjadi lumrah kehidupan, setiap kebaikan akan turut disertai keburukan kerana sifat manusia itu
berakal dan mempunyai nafsu. Dalam keghairahan kita menerima teknologi ini, pelbagai impak
negatif telah melanda negara dan masyarakat sama ada kita sedari atau tidak. Penggunaan media
sosial tanpa had dan pemantauan telah memberikan keburukan yang sekiranya tidak dibendung boleh
membawa kepada keruntuhan sesebuah masyarakat atau negara itu sendiri (Koh Siaw Yoke, 2012).
Kesan negatif penggunaan media sosial adalah rentetan langsung daripada kesan penyalahgunaan
internet. Ketagihan melayari laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Pinterest, Linkedin boleh
membahayakan kesihatan kerana menggalakkan individu menjadi tidak aktif secara fizikal serta
obesiti kerana duduk di hadapan komputer terlalu lama (Cris Rowan (2010). Pengasingan diri dari
bermasyarakat boleh meningkatkan tekanan perasaan dan perasaan sunyi seterusnya mengakibatkan
masalah mental. Selain itu, fokus individu akan beralih kepada media sosial dan perhatian kepada
keluarga menjadi kurang menyebabkan hubungan kekeluargaan mulai renggang. Secara tidak
langsung kehidupan sosial secara bersemuka akan digantikan dengan kehidupan bersosial secara
maya dan mewujudkan individu yang bersifat antisosial. Tidak hairanlah kemampuan bersosial
seperti kemahiran komunikasi interpersonal dan kemampuan membaca bahasa tubuh dalam kalangan
generasi muda sangat rendah kerana kemahiran itu telah diganti dengan cara menulis atau menaip
(M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Jusoh Bin Seman, 2011).
Apabila kegilaan melayari internet tidak dapat dikawal, pelajar akan malas belajar manakala
pekerja bersikap suka curi tulang. Waktu terbuang dengan sia-sia malah prestasi mereka juga turut
merosot. Apa yang membimbangkan adalah pengguna terjebak dengan jerat cinta siber dan ini boleh
mengundang gejala lain yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat seperti penipuan identiti
yang sering berlaku di aplikasi rangkaian sosial. Terdapat sesetengah golongan pengguna suka
menyamar dengan menggunakan maklumat peribadi palsu dan foto orang lain untuk melakukan
penipuan dari segi kewangan ataupun hubungan seks. Ini telah menyebabkan masalah sosial seperti
membunuh, merogol, penipuan dan lain-lain. Contohnya satu kes jenayah yang berlaku pada seorang
gadis yang berbangsa British, berumur 17 tahun telah dirogol dan dibunuh oleh seorang bekas
perogol yang menyamar sebagai seorang lelaki tampan di laman Facebook dan mengumpannya
untuk berjumpa . (http://bmkumpulan6.blogspot.com/2010/08/masalah-
penggunaan-aplikasi-rangkaian_09.html).
Aplikasi rangkaian sosial juga menyediakan satu perkhidmatan bagi kemudahan pengguna untuk
berkongsi video dengan pengguna lain. Akan tetapi, kemudahan ini telah disalahgunakan dan
menimbulkan gejala sosial. Video yang mengandungi unsur-unsur pornografi dan keganasan boleh
dimuat naik atau dimuat turun dan disebar luas di aplikasi rangkaian sosial. Oleh kerana kebanyakan
aplikasi rangkaian sosial tidak memiliki kaedah yang boleh mengesahkan umur sebenar setiap
penggunanya, video-video tersebut boleh membawa impak negatif kepada minda golongan pengguna
yang belum mencukupi umur ke atas 18 tahun. Contohnya seperti video kes buli yang dimuat naik
dan dikongsi atau disebarkan di aplikasi rangkaian sosial. Video tersebut telah mendapat perhatian
dan rating tinggi daripada kalangan masyarakat. Keadaan ini amat membimbangkan kerana remaja-
remaja yang masih berfikiran mentah mungkin akan mencontohi perbuatan di dalam video-video
tersebut untuk memenuhi kepuasan sifat ingin tahu mereka (Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia,
2010).
Kebiasaannya pengguna yang ingin menyertai laman sosial dan menggunakan perkhidmatan
rangkaian sosial perlu mendaftar akaun di ruang yang ditetapkan dengan mengisi maklumat peribadi
seperti nama, alamat, nombor telefon, ataupun hobi. Perkhidmatan ini adalah bertujuan bagi
memudahkan pengguna berkenalan dengan pengguna rangkaian sosial yang lain. Namun, tanpa kita
sedari perkhidmatan ini telah mendedahkan maklumat peribadi pengguna kepada risiko kecurian
maklumat. Oleh itu, perkhidmatan rangkaian sosial menjadi sasaran utama bagi kumpulan jenayah
kerana ia menyimpan maklumat peribadi yang bernilai. Menurut sumber yang dinyatakan oleh
media, setiap maklumat peribadi dikatakan boleh dijual di pasaran gelap dengan harga AS$1 iaitu
kira-kira RM3.80. Risiko kecurian maklumat ini menyebabkan kebebasan peribadi pengguna aplikasi
rangkaian sosial tergugat. Selain itu, maklumat peribadi pengguna juga boleh dicuri dan disalahguna
oleh kumpulan jenayah untuk tujuan lain seperti memeras ugut melalui telefon dan sebagainya.
Salah satu ciri aplikasi rangkaian sosial yang disukai ialah membolehkan pengguna
meninggalkan komen pada catatan dan gambar orang lain. Namun terdapat segolongan pengguna
yang menyalahgunakan kemudahan ini dengan melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti
menjatuhkan maruah orang lain, mencaci, memfitnah serta mengumpat orang lain. Perbuatan seperti
ini bukan sahaja akan menjadi satu teladan atau budaya negatif kepada generasi muda malahan akan
memberi impak negatif terhadap masyarakat.
Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh,
ketika membincangkan kertas kerja bertajuk Facebook: Media Sosial dan Impak Terhadap Keluarga”
(2011), menegaskan komunikasi keluarga tidak akan terjejas akibat perkembangan IT jika mereka
bijak mengawal dan memantau penggunaannya. “Di Amerika Syarikat, kes perceraian meningkatkan
kira-kira 81 peratus sejak lima tahun lalu yang disebabkan catatan-catatan dalam laman sosial
berkenaan,” katanya.
Kesan penggunaan media sosial yang meluas menyebabkan fitnah mudah berlaku. Kini terdapat
banyak laman web dan blog yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip. Bagi masyarakat
yang tidak mahu berfikir panjang atau membuat kajian, mereka akan menerima apa sahaja berita
yang ditulis dalam internet tanpa memikirkan kesahihan berita atau isu tersebut. Mengikut laporan
sebuah portal berita tempatan pada 18 Mac 2014, pelbagai cerita dan spekulasi berterusan ditulis di
media sosial. Masing-masing mengeluarkan teori rekaan sendiri untuk menunjuk pandai dan
mempengaruhi pembaca agar mempercayai tulisan mereka itu. Menurut Sengupta dan Chaudhuri
(2008), penyalahgunaan maklumat yang tidak benar serta menghantar ugutan dan mesej agresif dikira
sebagai ‘Internet abuse’ sekali gus mampu mencemarkan maruah, kedudukan dan tekanan kepada
individu. Propaganda negatif yang tersiar ini boleh menimbulkan kekacauan dan kegelisahan
masyarakat. Semua bahan yang ditulis itu mampu mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara
masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Medium ini memudahkan
penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada masyarakat (Berita Tempatan, 2014).
Blog, laman sosial, laman web dan aplikasi media sosial telah banyak mencetus provokasi
melalui penyataan status, rating Like, komen, khidmat pesanan ringkas, kritikan serta artikel yang
dimuat naik secara bebas tanpa garis panduan serta peraturan kukuh yang dikuatkuasakan. Artikel-
artikel akhbar menunjukkan ahli politik adalah golongan yang paling banyak difitnah melalui
khidmat pesanan ringkas (Utusan Malaysia, 2014). Berita-berita lain juga mempamerkan
penyalahgunaan laman media sosial yang banyak digunakan untuk memfitnah, menjatuhkan maruah
dan sebagai medan berbalas cacian yang selalunya melibatkan selebriti. Tidak kurang juga remaja
yang memuat naik video panas untuk meraih populariti. Lebih parah apabila ada kalangan rakyat
yang memberontak melalui blog sendiri yang dijadikan ruang untuk meluahkan idea secara ekstrem
tanpa memikirkan akibat tindakan tersebut. Kes-kes penghinaan agama, institusi beraja dan hasutan
berbaur perkauman melalui media sosial telah dilaporkan dan ada yang dibawa ke muka pengadilan.
Sehingga Jun 2013 sahaja, sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi
raja melalui media sosial telah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM).
Contoh-contoh Laman sesawang yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam ialah
:
• http://members.cox.net/terroristhunters (dihoskan di Amerika Syarikat).
• http://www.malaysiasucks.com/Malaysia_Sucks.html (dihoskan di Amerika Syarikat).
Contoh-contoh Laman sesawang berunsur hasutan
• http://malaysia-today.net (dihoskan di Singapura tetapi pemilik adalah rakyat Malaysia).
o Isu laporan ASLI berkenaan Dasar Ekonomi Baru.
o Perhimpunan Agung UMNO 2006.
o Kes kematian Rayapan Anthony.
o Isu perdebatan anti-hadis.
o Isu Dasar Ekonomi Baru.
o Pameran Kegemilangan Sains dan Tamadun Islam.
• http://jameswongwingon-online.blogspot.com/ (dihoskan di Amerika Syarikat tetapi pemilik adalah
rakyat Malaysia).
o Menyokong pergerakan Komunisme di Malaysia.
Laman web video YouTube (Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California)
Contoh laman web lucah
• http://groups.yahoo.com/group/jandamuda
• http://groups.yahoo.com/group/Gadis_Urut_Batin
• http://groups.yahoo.yahoo.com/group/3gpvideoxchange
Kebebasan yang tiada batasnya dalam dunia siber menyebabkan aspek keselamatan seperti
serangan siber dan sistem data maklumat negara boleh terancam. Negara kita juga tidak terkecuali
dan terpaksa berhadapan dengan ancaman siber ini. Justeru, pada tahun 2006, MCSA telah
ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berfungsi sebagai pusat
keselamatan siber di Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan oleh MCSA ialah berkaitan tindak
balas kecemasan siber, penyelidikan terhadap ancaman siber, pemantauan pematuhan dasar,
pengurusan keselamatan dan amalan terbaik, latihan dan outreach serta jaminan keselamatan siber.
Wujudnya pelbagai laman web berbentuk hasutan dan lucah boleh memberi implikasi buruk kepada
negara. Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunaan internet
telah menjadi gaya hidup masyarakat kini. Soalnya kini, apa tindakan yang boleh diambil terhadap
pemilik-pemilik media sosial ini supaya mereka akur kepada lunas-lunas sosio-budaya dan tuntutan
kenegaraan? Soalan ini masih belum ada jawapan yang memuaskan walaupun telah ada reaksi-reaksi
spontan seperti akan tutup Facebook, akan daftar semua pemilik akaun media sosial dan sebagainya
(Arkib Utusan Malaysia, 2014).
1.4 ANCAMAN MEDIA SOSIAL TERHADAP KESELAMATAN NEGARA
Pada tahun 2000, Bruce Schneier, seorang pakar dalam bidang keselamatan komputer telah
meramalkan bahawa serangan semantik akan menjadi lebih serius dan sukar untuk ditangani
berbanding dengan serangan berbentuk fizikal dan sintetik. Serangan semantik merupakan satu
serangan yang dilakukan dengan memanipulasi sesebuah kandungan dan mengubah maksud asal
sesuatu maklumat. Sasaran serangan semantik ialah manusia. Antara contoh serangan semantik ialah
penyebaran kandungan palsu, khabar angin dan fitnah. Kebelakangan ini, bentuk serangan semantik
dan serangan siber semakin berleluasa di media sosial. Berbanding dengan media konvensional,
media sosial meningkatkan lagi keupayaan serangan semantik melalui kelebihannya yang mudah
untuk digunakan, kos yang murah, interaksi dan capaian kepada komuniti yang lebih besar pada satu-
satu masa dalam waktu yang singkat .
(http://www2.bharian.com.my/articles/DuaindividuhinaNabidikenalpasti/Article/).
Infrastruktur maklumat kritikal negara (CNII) merupakan sebarang aset, sistem dan fungsi yang
amat penting kepada negara yang mana ketidakupayaan atau kemusnahannya akan memberikan
kesan yang amat buruk kepada negara dari segi ekonomi, imej, keselamatan dan pertahanan,
keupayaan kerajaan untuk berfungsi, kesihatan dan keselamatan awam.
Agensi-agensi kerajaan dan swasta yang dikategorikan dalam CNII terdiri daripada sektor
kesihatan, air, perbankan dan kewangan, maklumat dan komunikasi, tenaga, pengangkutan,
pertahanan dan keselamatan, kerajaan, pertanian serta perkhidmatan kecemasan. Antara agensi yang
dikategorikan dalam CNII seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat Perdana Menteri dan
Kementerian Kerja Raya juga tidak ketinggalan menjadi mangsa serangan semantik di media sosial.
Melihat pada trend serangan semantik, hampir kesemuanya dilihat mempunyai motif yang sama
iaitu menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan membangkitkan rasa marah rakyat. Sebagai contoh,
penyebaran khabar angin mengenai 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh telah mengakibatkan
proses pilihan raya terganggu. Antara kesan penyebaran tersebut adalah penahanan dan serangan
terhadap pengundi yang disyaki pengundi hantu oleh pihak pembangkang, selain serangan ke atas
warga asing serta membangkitkan kemarahan orang awam. Kerajaan perlu mengambil serius kaedah
serangan semantik melalui media sosial dengan pemantauan yang berterusan selain penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas.
Revolusi Arab Spring yang didukung oleh media sosial tidak seharusnya dilupakan. Twitter,
Facebook dan Youtube pada waktu itu telah digunakan sebaik-baiknya untuk membangkitkan
semangat orang awam menumbangkan kerajaan sedia ada. Malah, media tersebut juga digunakan
untuk mengorganisasikan tunjuk perasaan serta membentuk persepsi masyarakat terhadap mereka.
Beberapa tindakan media sosial yang mencabul dan merosakkan keberkesanan kerajaan dan
sosio-budaya Malaysia semenjak lima tahun lalu amat meluas dan berat padahnya. Islam kerap dikeji
dan dipersenda (www.bharian.com.my, 2014), raja-raja kita dicemuh dan diejek
(www.rajamenangis.com, 2012), para pimpinan negara dibelasah dengan fitnah demi fitnah, seolah-
olah Malaysia sudah tidak punya kedaulatan undang-undang lagi. Juga kenampakan seolah-olah
pihak berkuasa semacam tidak berkeupayaan lagi mengambil tindakan kerana apabila kes-kes
tertentu dibawa ke mahkamah, penghakimannya banyak yang tidak setimpal dengan kesalahan
(Arkib Utusan Malaysia, 2014).
Polarisasi kaum juga dijadikan asakan media sosial yang sudah pun meninggalkan kesan buruk
kepada perpaduan. Malah Peguam Negara sendiri digugat oleh sesetengah pihak dalam laman
Facebook (Arkib Utusan Malaysia, 2014).
Terakhir, tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kekejaman Zionis dibumi Palestin juga
tidak dikecualikan daripada tindakan tuan punya media sosial seperti Facebook. Tulisan beliau
dinyahkan daripada bacaan umum tanpa dakwa-dakwi dan blog beliau dirempuh supaya tidak boleh
menyiarkan tulisannya tentang Zionis, pemusnah bumi dan rakyat Palestin (Arkib Utusan Malaysia,
2014).
Kajian Kes terbaru melibatkan pembongkaran Wikileaks mengenai rahsia-rahsia keselamatan
sesebuah negara. Kerahsiaan menjadi agenda teratas bagi sistem pertahanan di mana-mana negara di
dunia. Kehebatan strategi pertahanan bukan sahaja diukur oleh senjata berteknologi tinggi tetapi juga
sistem yang melindungi sebarang rahsia mengenai pertahanan negara dibocorkan. Bayangkan apabila
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau Pentagon dicerobohi dan banyak rahsia tentang
strateginya dicuri. Bayangkan pula apabila Agensi Perisikan Pusat (CIA) misalnya berjaya
menceroboh sistem pertahanan Iran yang memusuhi AS. Kedua-dua negara ini terdedah kepada
serangan musuh yang sudah menggenggam rahsia pertahanannya. Fail-fail rahsia mengenai
keselamatan di sesebuah negara adalah nyawa. Sekiranya ini terjatuh ke tangan musuh, strategi dan
kekuatan sudah bocor, benteng pertahanan dengan sendirinya runtuh
(http://satuhikayat.blogspot.com/2012/02/media- sosial-keselamatan-negara.html)
Kewujudan media sosial membuka peluang untuk memungkinkan perkara ini berlaku. Dengan
medium sembang sosial di Facebook, Yahoo Messanger, Twitter, Friendster dan sebagainya telah
menjadikan perbualan ini lebih mudah. Tanpa disedari, perbualan-perbualan kita dan mesej-mesej
peribadi boleh digodam dan diakses oleh musuh-musuh negara dan ancaman lain seumpamanya.
Dalam Angkatan Tentera Malaysia(ATM) misalnya, perkara-perkara sebegini perlu diberi
perhatian yang serius kerana apa sahaja pembongkaran atau pendedahan berkaitan ketenteraan yang
dilakukan oleh anggotanya mungkin menjadi ancaman buat keselamatan negara. Penulisan yang
boleh dianggap sulit untuk ATM perlu dielakkan. Sewajarnya ATM di bawah badan yang sewajarnya
tampil dengan satu garis panduan yang khusus berkaitan perkara ini untuk menjadi panduan anggota
dalam menggunakan laman sosial dan internet.
Secara idealnya Internet adalah saluran yang boleh menyalurkan apa sahaja maklumat seperti
maklumat teknikal, saintifik, politik, ekonomi dan gosip selagi tiada sekatan terhadap penyaluran itu
termasuk maklumat yang boleh ditafsirkan sebagai ‘mengancam keselamatan negara’. Maklumat
yang dikira sebagai membahayakan sesebuah rejim negara itu boleh dikenakan penapisan sama ada
bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik yang sedang memerintah atau sememangnya bertujuan
menjauhi bahaya yang akan menjejaskan keharmonian rakyat negara berkenaan. Untuk tujuan inilah
pentingnya perisikan internet bagi mengawal kebocoran maklumat. Di Malaysia, agen utama untuk
mengawal kebocoran dan kandungan internet adalah terletak di bawah Suruhanjaya Komunikasi
Multimedia dan Maklumat (SKMM), di bawah Kementerian Kebudayaan, Komunikasi dan
Maklumat.
Pada bulan Jun lalu sahaja, sebanyak 51 buah laman web milik agensi kerajaan telah digodam
menyebabkan keadaan menjadi huru-hara berikutan gangguan tersebut yang melibatkan maklumat
kerajaan. Bagaimanapun, kerisauan orang ramai sedikit lega apabila Ketua Pengawai Eksekutif
Cybersecurity, Lt. Kol. (B) Datuk Husin Jazri menjelaskan semua maklumat berada dalam keadaan
selamat dan laman-laman web itu mulai beransur-ansur untuk beroperasi semula.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, sehingga bulan
Ogos 2011, sebanyak 10,406 insiden jenayah siber telah dikendalikan oleh Cybersecurity. Ujarnya,
jumlah tersebut adalah kenaikan yang amat drastik iaitu sebanyak 137 peratus berbanding tempoh
masa yang sama pada tahun 2010. Angka ini cukup untuk menunjukkan keganasan serta jenayah
siber kian berleluasa dan kita perlu mencari jalan bagi menghadapinya.
1.5 CADANGAN TINDAKAN
Antara inisiatif kerajaan bagi meningkatkan daya tahan infrastruktur maklumat kritikal negara
bagi menangani ancaman siber adalah dengan mewujudkan Dasar Keselamatan Siber Negara
(NCSP). Bagaimanapun, pelaksanaan dasar ini dilihat lebih memfokuskan kepada serangan
berbentuk fizikal dan sintetik berbanding dengan bentuk serangan semantik.
Satu kerangka perlu diwujudkan segera agar serangan berbentuk semantik ini dipantau secara
berterusan bagi membolehkan tindakan yang pantas diambil. Ini adalah penting bagi mengelakkan
kesan serangan tersebut merebak dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat dan seterusnya
mampu membentuk persepsi negatif yang kekal pada mereka. Kebanyakan fitnah dan khabar angin
mengenai sesuatu isu yang tersebar di media sosial biasanya tidak diberikan maklum balas yang
pantas oleh pihak yang menjadi mangsa serangan dan kebiasaannya mengambil masa sehingga
beberapa hari untuk menjawab isu tersebut. Ini memberikan ruang dan peluang kepada penyerang
menyebarkan dan memainkan isu-isu tersebut berulang-ulang kali tanpa ada sebarang penafian yang
boleh meneutralkan fitnah dan khabar angin yang dimainkan.
Ungkapan Adolf Hitler bahawa sesebuah fakta yang salah sekiranya diulang berulang kali, ia akan
dipercayai. Jadi perkara ini seharusnya diambil iktibar. Maklumat yang salah tidak seharusnya
dibiarkan tersebar sewenang-wenangnya sehingga mampu mengganggu gugat kestabilan ekonomi,
politik dan sosial negara.
Soalnya kini, apa tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik-pemilik media sosial ini supaya
mereka akur kepada lunas-lunas sosio-budaya dan tuntutan kenegaraan? Soalan ini masih belum ada
jawapan yang memuaskan walaupun telah ada reaksi-reaksi spontan seperti akan tutup Facebook,
akan daftar semua pemilik akaun media sosial dan sebagainya (Arkib Utusan Malaysia, 2014).
1.6 PENUTUP
Kekebalan sistem pertahanan negara bukan sahaja perlu dilihat daripada sudut ketenteraan, malah
negara juga perlu sentiasa bersiap sedia untuk menangkis sebarang serangan siber. Aspek
keselamatan siber ini amat penting dititikberatkan kerana dalam dunia tanpa sempadan, sebarang
ancaman dan serangan terhadap negara boleh dilakukan beribu-ribu batu jauhnya. Oleh kerana itu,
masyarakat hendaklah sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunaan internet kini
telah menjadi sebahagian gaya hidup dan keperluan dalam mencari maklumat dan melakukan tugasan
harian.
Rujukan
Ahlqvist, Toni; Bäck, A., Halonen, M., Heinonen, S (2008). "Social media roadmaps exploring the
futures triggered by social media". VTT Tiedotteita - Valtion Teknillinen Tutkimuskeskus (2454): 13
Artikel diperoleh dari :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ict/4709-isu-media-dan-keselamatan-siber.html
Artikel diperoleh dari :
http://zonfiniti.blogspot.com/
Artikel diperoleh dari :
http://www.infosecisland.com/blogview/14771-The-Legal-Implications-of-Social-Networking.html
Kaplan, Andreas M.; Michael Haenlein [2010] "Users of the world, unite! The challenges and
opportunities of Social Media". Business Horizons 53(1): 59–68))
Malaysian Cyber Security Agency (MCSA) 2013 .
http://mediasosial2012.blogspot.com/p/pengenalan.html
Rencana Berita Harian Online (2014). Diperolehi dari :
http://www2.bharian.com.my/articles/DuaindividuhinaNabidikenalpasti/Article/.
Rencana Utusan Malaysia Online (2014). Diperolehi dari :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140102/re_06/Lindungi-maklumat-kritikal-negara-
daripada-ancaman-media-sosial#ixzz3MyN5C9as
Rencana Utusan Malaysia Online (2014). Diperolehi dari :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140817/re_04/Media-sosial-Apa-perlu-
dilakukan#ixzz3N1gruOwx

Contenu connexe

Tendances

Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Athirah Amalina
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
mothy
 
Dasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraDasar Sosial Negara
Dasar Sosial Negara
Mis Sem
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Mohd Fadzil Ambok
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Amira Dolce Farhana
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Hishamhana583
 

Tendances (20)

CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
FAKTOR BERLAKUNYA  GEJALA SOSIAL DI  KALANGAN REMAJA FAKTOR BERLAKUNYA  GEJALA SOSIAL DI  KALANGAN REMAJA
FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Dasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraDasar Sosial Negara
Dasar Sosial Negara
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Bab 8 kawalan
Bab 8  kawalanBab 8  kawalan
Bab 8 kawalan
 
Aktiviti kemasyarakatan
Aktiviti kemasyarakatanAktiviti kemasyarakatan
Aktiviti kemasyarakatan
 
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Pengurusan Masa
Pengurusan Masa Pengurusan Masa
Pengurusan Masa
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretikaEtika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 

En vedette

Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasiPengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
ramdani77
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Nabila Syuhada
 
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islamCabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Are Matt
 
Pengaruh media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
Pengaruh  media sosial terhadap perkembangan pola fikir remajaPengaruh  media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
Pengaruh media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
Andi Undu
 
Pengaruh Jejaring Sosial Terhadap Remaja
Pengaruh Jejaring Sosial Terhadap RemajaPengaruh Jejaring Sosial Terhadap Remaja
Pengaruh Jejaring Sosial Terhadap Remaja
siti_dea
 
Reese ICT4902 Information Overload
Reese ICT4902 Information OverloadReese ICT4902 Information Overload
Reese ICT4902 Information Overload
Michael Reese
 
Dampak penyalah gunaan kebebasan media massa bagi pribadi
Dampak penyalah gunaan kebebasan media massa bagi pribadiDampak penyalah gunaan kebebasan media massa bagi pribadi
Dampak penyalah gunaan kebebasan media massa bagi pribadi
VJ Asenk
 
Media massa
Media massaMedia massa
Media massa
iyukara
 

En vedette (20)

Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media Sosial
 
Media sosial
Media sosialMedia sosial
Media sosial
 
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasiPengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
 
Kebaikan dan keburukan internet
Kebaikan dan keburukan internetKebaikan dan keburukan internet
Kebaikan dan keburukan internet
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Media Antarabangsa
Media AntarabangsaMedia Antarabangsa
Media Antarabangsa
 
Keruntuhan institusi kekeluargaan akibat penyalahgunaan teknologi
Keruntuhan institusi kekeluargaan akibat penyalahgunaan teknologiKeruntuhan institusi kekeluargaan akibat penyalahgunaan teknologi
Keruntuhan institusi kekeluargaan akibat penyalahgunaan teknologi
 
Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan TeknologiKeruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
 
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islamCabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
 
Pengaruh media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
Pengaruh  media sosial terhadap perkembangan pola fikir remajaPengaruh  media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
Pengaruh media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
 
Pengaruh Jejaring Sosial Terhadap Remaja
Pengaruh Jejaring Sosial Terhadap RemajaPengaruh Jejaring Sosial Terhadap Remaja
Pengaruh Jejaring Sosial Terhadap Remaja
 
Presentasi sosial media
Presentasi sosial mediaPresentasi sosial media
Presentasi sosial media
 
Reese ICT4902 Information Overload
Reese ICT4902 Information OverloadReese ICT4902 Information Overload
Reese ICT4902 Information Overload
 
Fungsi & sosial media penyiaran-Formatologi Berita
Fungsi & sosial media penyiaran-Formatologi BeritaFungsi & sosial media penyiaran-Formatologi Berita
Fungsi & sosial media penyiaran-Formatologi Berita
 
Kerajaan tempatan
Kerajaan  tempatanKerajaan  tempatan
Kerajaan tempatan
 
Dampak penyalah gunaan kebebasan media massa bagi pribadi
Dampak penyalah gunaan kebebasan media massa bagi pribadiDampak penyalah gunaan kebebasan media massa bagi pribadi
Dampak penyalah gunaan kebebasan media massa bagi pribadi
 
Media massa
Media massaMedia massa
Media massa
 
Keselamatan siber
Keselamatan siberKeselamatan siber
Keselamatan siber
 
DADAH
  DADAH  DADAH
DADAH
 

Similaire à Media Sosial

Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaranPemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
sri wahyuni wahyuni
 
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari mudaPengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
Warnet Raha
 
Makalah Media Sosial - ENSCHAi
Makalah Media Sosial - ENSCHAiMakalah Media Sosial - ENSCHAi
Makalah Media Sosial - ENSCHAi
Alluka Tita
 
bijakbersosmed-tipsdaninformasigerakan2017-180208072341.pdf
bijakbersosmed-tipsdaninformasigerakan2017-180208072341.pdfbijakbersosmed-tipsdaninformasigerakan2017-180208072341.pdf
bijakbersosmed-tipsdaninformasigerakan2017-180208072341.pdf
DwikiNugroho2
 
T pkn 0808102_chapter1
T pkn 0808102_chapter1T pkn 0808102_chapter1
T pkn 0808102_chapter1
cigintung
 

Similaire à Media Sosial (20)

MAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL
MAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIALMAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL
MAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL
 
teks syarahan BM rendah.docx
teks syarahan BM rendah.docxteks syarahan BM rendah.docx
teks syarahan BM rendah.docx
 
teks syarahan BM rendah.docx
teks syarahan BM rendah.docxteks syarahan BM rendah.docx
teks syarahan BM rendah.docx
 
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaranPemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
 
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari mudaPengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
 
HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...
HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...
HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...
 
Dampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdf
Dampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdfDampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdf
Dampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdf
 
Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)
Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)
Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Makalah Media Sosial - ENSCHAi
Makalah Media Sosial - ENSCHAiMakalah Media Sosial - ENSCHAi
Makalah Media Sosial - ENSCHAi
 
Ch4_Jejaring Sosial dan Media Sosial.pptx
Ch4_Jejaring Sosial dan Media Sosial.pptxCh4_Jejaring Sosial dan Media Sosial.pptx
Ch4_Jejaring Sosial dan Media Sosial.pptx
 
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
 
Tm 1 transformasi dunia cyber
Tm 1 transformasi dunia cyberTm 1 transformasi dunia cyber
Tm 1 transformasi dunia cyber
 
Makalah cybercrime
Makalah cybercrimeMakalah cybercrime
Makalah cybercrime
 
Tugas IT B
Tugas IT BTugas IT B
Tugas IT B
 
Tugas kelompok IT
Tugas kelompok ITTugas kelompok IT
Tugas kelompok IT
 
Tugas kelompok IT
Tugas kelompok ITTugas kelompok IT
Tugas kelompok IT
 
bijakbersosmed-tipsdaninformasigerakan2017-180208072341.pdf
bijakbersosmed-tipsdaninformasigerakan2017-180208072341.pdfbijakbersosmed-tipsdaninformasigerakan2017-180208072341.pdf
bijakbersosmed-tipsdaninformasigerakan2017-180208072341.pdf
 
T pkn 0808102_chapter1
T pkn 0808102_chapter1T pkn 0808102_chapter1
T pkn 0808102_chapter1
 
Penggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajarPenggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajar
 

Dernier

Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Dernier (20)

PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 

Media Sosial

  • 1. Media Sosial dan Risiko Kesannya Kepada Keharmonian Masyarakat dan Keselamatan Negara Kuziana Kubut University Kebangsaan Malaysia kuziana@ukm.edu.my 1.1 PENDAHULUAN Abad ke-21 kini menyajikan ledakan teknologi maklumat (ICT) yang memberi kebebasan komunikasi tanpa sempadan di seluruh dunia.. Menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta pada 2012. Laporan itu juga menyatakan, kadar penembusan jalur lebar isi rumah didapati meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, yang kini terdapat 42.6 juta langganan. Kini media sosial muncul sebagai medium komunikasi paling hangat di abad ini sehingga sudah menjadi sebahagian keutamaan hidup. Kehadiran media sosial membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara dalam talian. Proses komunikasi dan penyebaran maklumat bertambah canggih dan dunia menjadi semakin kecil. Antara kelebihan utama penggunaan media sosial ialah mudah diakses, pantas, murah dan banyak pilihan. Selain pelbagai impak positif yang diraih hasil daripada kemajuan teknologi saat ini, terdapat juga risiko dan kesan negatif yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Salah satu risiko penggunaan media sosial adalah ia boleh memberi kesan terhadap perpaduan, keharmonian masyarakat dan keselamatan negara (Koh Siaw Yoke, 2012). Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan risiko kesan media sosial yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan masyarakat dan negara serta sedikit cadangan dan usaha yang boleh dan telah dilakukan bagi mengawal risiko tersebut. 1.2 PENGENALAN Apa yang dimaksudkan dengan “Media Sosial”? Media sosial merujuk kepada penggunaan teknologi alat mudah alih yang berasaskan website dan internet sebagai alat komunikasi secara berinteraktif. Kini media sosial mengambil bahagian di pelbagai tempat seperti di Forum Internet, Weblogs, Socialblogs, Microblogging, Wikis, Podcasts, Video dan social bookmarking. Andreas Kaplan dan
  • 2. Michael Haenlein (2010) mendefinisikan media sosial sebagai "suatu kumpulan aplikasi berasakan internet yang terbina atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, yang membolehkan penciptaan dan pertukaran kandungan yang dibuat oleh penggunanya. Menurut mereka terdapat 6 kategori media sosial iaitu : (1) Laman Jaringan Sosial seperti FaceBook (2) Kandungan Komuniti seperti YouTube (3) Blogs dan Microblog seperti Twitter (4) Projek Usahasama seperti Wikipedia (5) Permainan Dunia Maya seperti World of Warcraft dan (6) Sosial Dunia Maya seperti Second Life. (Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, 2011) Kini penggunaan aplikasi yang terdapat dalam media sosial menjadi satu budaya dan santapan harian di kalangan pengguna internet. Aplikasi media sosial dalam telefon pintar seperti Whatsapp, WeChat, LINE dan Telegram menambahkan lagi obsesi pengguna terhadap internet tanpa wayar . Kebanjiran laman-laman interaksi sosial di internet membolehkan komunikasi berjalan dengan begitu pantas hanya dengan satu klik dan segalanya boleh tersebar sekelip mata tanpa ada batasan tempat dan masa. (Rosma Nayan et. al., 2012). 1.2.1 PERKEMBANGAN MEDIA SOSIAL • 1978 Penemuan awal sistem papan buletin yang memungkinkan manusia berhubung dengan orang lain menggunakan surat elektronik (email), memuat naik dan memuat turun perisian, aplikasi dan data, semua ini dilakukan masih dengan menggunakan talian tetap telefon yang dihubungkan dengan modem. • 1995 Kelahiran laman sesawang GeoCities yang mana laman ini melayani Web Hosting iaitu layanan penyewaan penyimpanan data-data sesuatu laman sesawang agar laman tersebut boleh diakses dari mana sahaja. Kemunculan GeoCities ini menjadi tonggak asas berdirinya laman-laman sesawang lain. • 1997 Muncul laman sesawang rangkaian sosial pertama iaitu Sixdegree.com walaupun sebenarnya pada tahun 1995 terdapat laman Classmates.com yang juga merupakan laman rangkaian sosial. Namun Sixdegree.com dianggap lebih menawarkan perkhidmatan spesifik sebuah laman jejaring sosial berbanding Classmates.com • 1999 Muncul laman untuk membuat blog pribadi, iaitu Blogger. Laman ini menawarkan penggunanya untuk membina laman web sendiri. Pengguna Blogger boleh memuatkan sebarang maklumat termasuk hal peribadi ataupun untuk mengkritik pemerintah sehingga bole di katakan blogger ini menjadi tonggak berkembangnya sebuah fungsi media sosial. • 2002 Tercetus Friendster, laman rangkaian sosial yang pada saat itu menjadi ledakan popular serta menjadi sebuah media sosial yang mencetus fenomena tersendiri dengan jumlah pengguna yang ramai. • 2003 Wujudnya LinkedIn, yang bukan hanya digunakan untuk bersosial tetapi juga berguna untuk mencari pekerjaan, sehingga fungsi dari sebuah media sosial makin berkembang. • 2003 Berdirinya MySpace, MySpace menawarkan kemudahan dalam menggunakannya,sehingga MySpace dikatakan laman rangkaian sosial yang paling mesra pengguna (user friendly). • 2004 Lahirnya Facebook, laman rangkaian sosial yang terkenal hingga saat ini, merupakan salah satu laman rangkaian sosial yang memiliki pengguna berdaftar paling ramai. • 2006 Lahirnya Twitter, laman rangkaian sosial yang berbeza dengan yang lain kerana pengguna
  • 3. Twitter hanya boleh mengemaskini status di laman Tweet ini dengan aksara tidak melebihi 140 karakter. • 2007 Lahirnya Wiser, laman rangkaian sosial pertama sekali dilancarkan bertepatan dengan peringatan Hari Bumi (22 April) 2007. Laman ini diharapkan mampu menjadi sebuah direktori atas talian untuk organisasi lingkungan seluruh dunia termasuk pergerakan lingkungan yang dilakukan individu mahupun kelompok. • 2011 Lahirnya Google+. Google melancarkan laman sesawang sosialnya yang bernama Google+. Namun pada awal pelancaran Google+ hanya terhad kepada pengguna yang telah di jemput oleh Google. Setelah itu google+ di lancarkan secara umum. 1.2.2 PERANAN MEDIA SOSIAL Secara umumnya media sosial berfungsi sebagai media komunikasi segera antara individu. Namun, jika dilihat lebih mendalam , media sosial memainkan peranan untuk perkongsian dan penyebaran maklumat, pembinaan jaringan hubungan sesama rakan baru dan lama, medan perniagaan dan pengurusan kewangan, tempat berbual sama ada secara panggilan audio, video atau mesej teks, penghantaran e-mail, tempat perbincangan, luahan idea dan perasaan, permainan sosial dan media penerbitan. Status terbaik di media sosial adalah update status yang informatif dan inspiratif (www.romelteamedia.com). Namun, dalam keghairahan mencari tempat untuk bersosial kadang kala masyarakat lepa terhadap etika, adab serta moral yang perlu dijaga ketika menggunakan media sosial. 1.3 KESAN MEDIA SOSIAL TERHADAP KEHARMONIAN MASYARAKAT Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Kita boleh melihat remaja, orang tua dan kanak-kanak serta ahli perniagaan melayari internet pada setiap masa dan tempat dengan begitu mudah. Namun, adalah menjadi lumrah kehidupan, setiap kebaikan akan turut disertai keburukan kerana sifat manusia itu berakal dan mempunyai nafsu. Dalam keghairahan kita menerima teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan masyarakat sama ada kita sedari atau tidak. Penggunaan media sosial tanpa had dan pemantauan telah memberikan keburukan yang sekiranya tidak dibendung boleh membawa kepada keruntuhan sesebuah masyarakat atau negara itu sendiri (Koh Siaw Yoke, 2012). Kesan negatif penggunaan media sosial adalah rentetan langsung daripada kesan penyalahgunaan internet. Ketagihan melayari laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Pinterest, Linkedin boleh membahayakan kesihatan kerana menggalakkan individu menjadi tidak aktif secara fizikal serta obesiti kerana duduk di hadapan komputer terlalu lama (Cris Rowan (2010). Pengasingan diri dari bermasyarakat boleh meningkatkan tekanan perasaan dan perasaan sunyi seterusnya mengakibatkan masalah mental. Selain itu, fokus individu akan beralih kepada media sosial dan perhatian kepada keluarga menjadi kurang menyebabkan hubungan kekeluargaan mulai renggang. Secara tidak langsung kehidupan sosial secara bersemuka akan digantikan dengan kehidupan bersosial secara
  • 4. maya dan mewujudkan individu yang bersifat antisosial. Tidak hairanlah kemampuan bersosial seperti kemahiran komunikasi interpersonal dan kemampuan membaca bahasa tubuh dalam kalangan generasi muda sangat rendah kerana kemahiran itu telah diganti dengan cara menulis atau menaip (M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Jusoh Bin Seman, 2011). Apabila kegilaan melayari internet tidak dapat dikawal, pelajar akan malas belajar manakala pekerja bersikap suka curi tulang. Waktu terbuang dengan sia-sia malah prestasi mereka juga turut merosot. Apa yang membimbangkan adalah pengguna terjebak dengan jerat cinta siber dan ini boleh mengundang gejala lain yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat seperti penipuan identiti yang sering berlaku di aplikasi rangkaian sosial. Terdapat sesetengah golongan pengguna suka menyamar dengan menggunakan maklumat peribadi palsu dan foto orang lain untuk melakukan penipuan dari segi kewangan ataupun hubungan seks. Ini telah menyebabkan masalah sosial seperti membunuh, merogol, penipuan dan lain-lain. Contohnya satu kes jenayah yang berlaku pada seorang gadis yang berbangsa British, berumur 17 tahun telah dirogol dan dibunuh oleh seorang bekas perogol yang menyamar sebagai seorang lelaki tampan di laman Facebook dan mengumpannya untuk berjumpa . (http://bmkumpulan6.blogspot.com/2010/08/masalah- penggunaan-aplikasi-rangkaian_09.html). Aplikasi rangkaian sosial juga menyediakan satu perkhidmatan bagi kemudahan pengguna untuk berkongsi video dengan pengguna lain. Akan tetapi, kemudahan ini telah disalahgunakan dan menimbulkan gejala sosial. Video yang mengandungi unsur-unsur pornografi dan keganasan boleh dimuat naik atau dimuat turun dan disebar luas di aplikasi rangkaian sosial. Oleh kerana kebanyakan aplikasi rangkaian sosial tidak memiliki kaedah yang boleh mengesahkan umur sebenar setiap penggunanya, video-video tersebut boleh membawa impak negatif kepada minda golongan pengguna yang belum mencukupi umur ke atas 18 tahun. Contohnya seperti video kes buli yang dimuat naik dan dikongsi atau disebarkan di aplikasi rangkaian sosial. Video tersebut telah mendapat perhatian dan rating tinggi daripada kalangan masyarakat. Keadaan ini amat membimbangkan kerana remaja- remaja yang masih berfikiran mentah mungkin akan mencontohi perbuatan di dalam video-video tersebut untuk memenuhi kepuasan sifat ingin tahu mereka (Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, 2010). Kebiasaannya pengguna yang ingin menyertai laman sosial dan menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial perlu mendaftar akaun di ruang yang ditetapkan dengan mengisi maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, ataupun hobi. Perkhidmatan ini adalah bertujuan bagi memudahkan pengguna berkenalan dengan pengguna rangkaian sosial yang lain. Namun, tanpa kita sedari perkhidmatan ini telah mendedahkan maklumat peribadi pengguna kepada risiko kecurian maklumat. Oleh itu, perkhidmatan rangkaian sosial menjadi sasaran utama bagi kumpulan jenayah kerana ia menyimpan maklumat peribadi yang bernilai. Menurut sumber yang dinyatakan oleh media, setiap maklumat peribadi dikatakan boleh dijual di pasaran gelap dengan harga AS$1 iaitu kira-kira RM3.80. Risiko kecurian maklumat ini menyebabkan kebebasan peribadi pengguna aplikasi rangkaian sosial tergugat. Selain itu, maklumat peribadi pengguna juga boleh dicuri dan disalahguna oleh kumpulan jenayah untuk tujuan lain seperti memeras ugut melalui telefon dan sebagainya. Salah satu ciri aplikasi rangkaian sosial yang disukai ialah membolehkan pengguna meninggalkan komen pada catatan dan gambar orang lain. Namun terdapat segolongan pengguna yang menyalahgunakan kemudahan ini dengan melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti
  • 5. menjatuhkan maruah orang lain, mencaci, memfitnah serta mengumpat orang lain. Perbuatan seperti ini bukan sahaja akan menjadi satu teladan atau budaya negatif kepada generasi muda malahan akan memberi impak negatif terhadap masyarakat. Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh, ketika membincangkan kertas kerja bertajuk Facebook: Media Sosial dan Impak Terhadap Keluarga” (2011), menegaskan komunikasi keluarga tidak akan terjejas akibat perkembangan IT jika mereka bijak mengawal dan memantau penggunaannya. “Di Amerika Syarikat, kes perceraian meningkatkan kira-kira 81 peratus sejak lima tahun lalu yang disebabkan catatan-catatan dalam laman sosial berkenaan,” katanya. Kesan penggunaan media sosial yang meluas menyebabkan fitnah mudah berlaku. Kini terdapat banyak laman web dan blog yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip. Bagi masyarakat yang tidak mahu berfikir panjang atau membuat kajian, mereka akan menerima apa sahaja berita yang ditulis dalam internet tanpa memikirkan kesahihan berita atau isu tersebut. Mengikut laporan sebuah portal berita tempatan pada 18 Mac 2014, pelbagai cerita dan spekulasi berterusan ditulis di media sosial. Masing-masing mengeluarkan teori rekaan sendiri untuk menunjuk pandai dan mempengaruhi pembaca agar mempercayai tulisan mereka itu. Menurut Sengupta dan Chaudhuri (2008), penyalahgunaan maklumat yang tidak benar serta menghantar ugutan dan mesej agresif dikira sebagai ‘Internet abuse’ sekali gus mampu mencemarkan maruah, kedudukan dan tekanan kepada individu. Propaganda negatif yang tersiar ini boleh menimbulkan kekacauan dan kegelisahan masyarakat. Semua bahan yang ditulis itu mampu mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Medium ini memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada masyarakat (Berita Tempatan, 2014). Blog, laman sosial, laman web dan aplikasi media sosial telah banyak mencetus provokasi melalui penyataan status, rating Like, komen, khidmat pesanan ringkas, kritikan serta artikel yang dimuat naik secara bebas tanpa garis panduan serta peraturan kukuh yang dikuatkuasakan. Artikel- artikel akhbar menunjukkan ahli politik adalah golongan yang paling banyak difitnah melalui khidmat pesanan ringkas (Utusan Malaysia, 2014). Berita-berita lain juga mempamerkan penyalahgunaan laman media sosial yang banyak digunakan untuk memfitnah, menjatuhkan maruah dan sebagai medan berbalas cacian yang selalunya melibatkan selebriti. Tidak kurang juga remaja yang memuat naik video panas untuk meraih populariti. Lebih parah apabila ada kalangan rakyat yang memberontak melalui blog sendiri yang dijadikan ruang untuk meluahkan idea secara ekstrem tanpa memikirkan akibat tindakan tersebut. Kes-kes penghinaan agama, institusi beraja dan hasutan berbaur perkauman melalui media sosial telah dilaporkan dan ada yang dibawa ke muka pengadilan. Sehingga Jun 2013 sahaja, sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi raja melalui media sosial telah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Contoh-contoh Laman sesawang yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam ialah : • http://members.cox.net/terroristhunters (dihoskan di Amerika Syarikat). • http://www.malaysiasucks.com/Malaysia_Sucks.html (dihoskan di Amerika Syarikat). Contoh-contoh Laman sesawang berunsur hasutan
  • 6. • http://malaysia-today.net (dihoskan di Singapura tetapi pemilik adalah rakyat Malaysia). o Isu laporan ASLI berkenaan Dasar Ekonomi Baru. o Perhimpunan Agung UMNO 2006. o Kes kematian Rayapan Anthony. o Isu perdebatan anti-hadis. o Isu Dasar Ekonomi Baru. o Pameran Kegemilangan Sains dan Tamadun Islam. • http://jameswongwingon-online.blogspot.com/ (dihoskan di Amerika Syarikat tetapi pemilik adalah rakyat Malaysia). o Menyokong pergerakan Komunisme di Malaysia. Laman web video YouTube (Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California) Contoh laman web lucah • http://groups.yahoo.com/group/jandamuda • http://groups.yahoo.com/group/Gadis_Urut_Batin • http://groups.yahoo.yahoo.com/group/3gpvideoxchange Kebebasan yang tiada batasnya dalam dunia siber menyebabkan aspek keselamatan seperti serangan siber dan sistem data maklumat negara boleh terancam. Negara kita juga tidak terkecuali dan terpaksa berhadapan dengan ancaman siber ini. Justeru, pada tahun 2006, MCSA telah ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berfungsi sebagai pusat keselamatan siber di Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan oleh MCSA ialah berkaitan tindak balas kecemasan siber, penyelidikan terhadap ancaman siber, pemantauan pematuhan dasar, pengurusan keselamatan dan amalan terbaik, latihan dan outreach serta jaminan keselamatan siber. Wujudnya pelbagai laman web berbentuk hasutan dan lucah boleh memberi implikasi buruk kepada negara. Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunaan internet telah menjadi gaya hidup masyarakat kini. Soalnya kini, apa tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik-pemilik media sosial ini supaya mereka akur kepada lunas-lunas sosio-budaya dan tuntutan kenegaraan? Soalan ini masih belum ada jawapan yang memuaskan walaupun telah ada reaksi-reaksi spontan seperti akan tutup Facebook, akan daftar semua pemilik akaun media sosial dan sebagainya (Arkib Utusan Malaysia, 2014). 1.4 ANCAMAN MEDIA SOSIAL TERHADAP KESELAMATAN NEGARA Pada tahun 2000, Bruce Schneier, seorang pakar dalam bidang keselamatan komputer telah meramalkan bahawa serangan semantik akan menjadi lebih serius dan sukar untuk ditangani berbanding dengan serangan berbentuk fizikal dan sintetik. Serangan semantik merupakan satu serangan yang dilakukan dengan memanipulasi sesebuah kandungan dan mengubah maksud asal sesuatu maklumat. Sasaran serangan semantik ialah manusia. Antara contoh serangan semantik ialah penyebaran kandungan palsu, khabar angin dan fitnah. Kebelakangan ini, bentuk serangan semantik dan serangan siber semakin berleluasa di media sosial. Berbanding dengan media konvensional,
  • 7. media sosial meningkatkan lagi keupayaan serangan semantik melalui kelebihannya yang mudah untuk digunakan, kos yang murah, interaksi dan capaian kepada komuniti yang lebih besar pada satu- satu masa dalam waktu yang singkat . (http://www2.bharian.com.my/articles/DuaindividuhinaNabidikenalpasti/Article/). Infrastruktur maklumat kritikal negara (CNII) merupakan sebarang aset, sistem dan fungsi yang amat penting kepada negara yang mana ketidakupayaan atau kemusnahannya akan memberikan kesan yang amat buruk kepada negara dari segi ekonomi, imej, keselamatan dan pertahanan, keupayaan kerajaan untuk berfungsi, kesihatan dan keselamatan awam. Agensi-agensi kerajaan dan swasta yang dikategorikan dalam CNII terdiri daripada sektor kesihatan, air, perbankan dan kewangan, maklumat dan komunikasi, tenaga, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan, kerajaan, pertanian serta perkhidmatan kecemasan. Antara agensi yang dikategorikan dalam CNII seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kerja Raya juga tidak ketinggalan menjadi mangsa serangan semantik di media sosial. Melihat pada trend serangan semantik, hampir kesemuanya dilihat mempunyai motif yang sama iaitu menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan membangkitkan rasa marah rakyat. Sebagai contoh, penyebaran khabar angin mengenai 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh telah mengakibatkan proses pilihan raya terganggu. Antara kesan penyebaran tersebut adalah penahanan dan serangan terhadap pengundi yang disyaki pengundi hantu oleh pihak pembangkang, selain serangan ke atas warga asing serta membangkitkan kemarahan orang awam. Kerajaan perlu mengambil serius kaedah serangan semantik melalui media sosial dengan pemantauan yang berterusan selain penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Revolusi Arab Spring yang didukung oleh media sosial tidak seharusnya dilupakan. Twitter, Facebook dan Youtube pada waktu itu telah digunakan sebaik-baiknya untuk membangkitkan semangat orang awam menumbangkan kerajaan sedia ada. Malah, media tersebut juga digunakan untuk mengorganisasikan tunjuk perasaan serta membentuk persepsi masyarakat terhadap mereka. Beberapa tindakan media sosial yang mencabul dan merosakkan keberkesanan kerajaan dan sosio-budaya Malaysia semenjak lima tahun lalu amat meluas dan berat padahnya. Islam kerap dikeji dan dipersenda (www.bharian.com.my, 2014), raja-raja kita dicemuh dan diejek (www.rajamenangis.com, 2012), para pimpinan negara dibelasah dengan fitnah demi fitnah, seolah- olah Malaysia sudah tidak punya kedaulatan undang-undang lagi. Juga kenampakan seolah-olah pihak berkuasa semacam tidak berkeupayaan lagi mengambil tindakan kerana apabila kes-kes tertentu dibawa ke mahkamah, penghakimannya banyak yang tidak setimpal dengan kesalahan (Arkib Utusan Malaysia, 2014). Polarisasi kaum juga dijadikan asakan media sosial yang sudah pun meninggalkan kesan buruk kepada perpaduan. Malah Peguam Negara sendiri digugat oleh sesetengah pihak dalam laman Facebook (Arkib Utusan Malaysia, 2014). Terakhir, tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kekejaman Zionis dibumi Palestin juga tidak dikecualikan daripada tindakan tuan punya media sosial seperti Facebook. Tulisan beliau dinyahkan daripada bacaan umum tanpa dakwa-dakwi dan blog beliau dirempuh supaya tidak boleh menyiarkan tulisannya tentang Zionis, pemusnah bumi dan rakyat Palestin (Arkib Utusan Malaysia, 2014). Kajian Kes terbaru melibatkan pembongkaran Wikileaks mengenai rahsia-rahsia keselamatan
  • 8. sesebuah negara. Kerahsiaan menjadi agenda teratas bagi sistem pertahanan di mana-mana negara di dunia. Kehebatan strategi pertahanan bukan sahaja diukur oleh senjata berteknologi tinggi tetapi juga sistem yang melindungi sebarang rahsia mengenai pertahanan negara dibocorkan. Bayangkan apabila Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau Pentagon dicerobohi dan banyak rahsia tentang strateginya dicuri. Bayangkan pula apabila Agensi Perisikan Pusat (CIA) misalnya berjaya menceroboh sistem pertahanan Iran yang memusuhi AS. Kedua-dua negara ini terdedah kepada serangan musuh yang sudah menggenggam rahsia pertahanannya. Fail-fail rahsia mengenai keselamatan di sesebuah negara adalah nyawa. Sekiranya ini terjatuh ke tangan musuh, strategi dan kekuatan sudah bocor, benteng pertahanan dengan sendirinya runtuh (http://satuhikayat.blogspot.com/2012/02/media- sosial-keselamatan-negara.html) Kewujudan media sosial membuka peluang untuk memungkinkan perkara ini berlaku. Dengan medium sembang sosial di Facebook, Yahoo Messanger, Twitter, Friendster dan sebagainya telah menjadikan perbualan ini lebih mudah. Tanpa disedari, perbualan-perbualan kita dan mesej-mesej peribadi boleh digodam dan diakses oleh musuh-musuh negara dan ancaman lain seumpamanya. Dalam Angkatan Tentera Malaysia(ATM) misalnya, perkara-perkara sebegini perlu diberi perhatian yang serius kerana apa sahaja pembongkaran atau pendedahan berkaitan ketenteraan yang dilakukan oleh anggotanya mungkin menjadi ancaman buat keselamatan negara. Penulisan yang boleh dianggap sulit untuk ATM perlu dielakkan. Sewajarnya ATM di bawah badan yang sewajarnya tampil dengan satu garis panduan yang khusus berkaitan perkara ini untuk menjadi panduan anggota dalam menggunakan laman sosial dan internet. Secara idealnya Internet adalah saluran yang boleh menyalurkan apa sahaja maklumat seperti maklumat teknikal, saintifik, politik, ekonomi dan gosip selagi tiada sekatan terhadap penyaluran itu termasuk maklumat yang boleh ditafsirkan sebagai ‘mengancam keselamatan negara’. Maklumat yang dikira sebagai membahayakan sesebuah rejim negara itu boleh dikenakan penapisan sama ada bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik yang sedang memerintah atau sememangnya bertujuan menjauhi bahaya yang akan menjejaskan keharmonian rakyat negara berkenaan. Untuk tujuan inilah pentingnya perisikan internet bagi mengawal kebocoran maklumat. Di Malaysia, agen utama untuk mengawal kebocoran dan kandungan internet adalah terletak di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan Maklumat (SKMM), di bawah Kementerian Kebudayaan, Komunikasi dan Maklumat. Pada bulan Jun lalu sahaja, sebanyak 51 buah laman web milik agensi kerajaan telah digodam menyebabkan keadaan menjadi huru-hara berikutan gangguan tersebut yang melibatkan maklumat kerajaan. Bagaimanapun, kerisauan orang ramai sedikit lega apabila Ketua Pengawai Eksekutif Cybersecurity, Lt. Kol. (B) Datuk Husin Jazri menjelaskan semua maklumat berada dalam keadaan selamat dan laman-laman web itu mulai beransur-ansur untuk beroperasi semula. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, sehingga bulan Ogos 2011, sebanyak 10,406 insiden jenayah siber telah dikendalikan oleh Cybersecurity. Ujarnya, jumlah tersebut adalah kenaikan yang amat drastik iaitu sebanyak 137 peratus berbanding tempoh masa yang sama pada tahun 2010. Angka ini cukup untuk menunjukkan keganasan serta jenayah siber kian berleluasa dan kita perlu mencari jalan bagi menghadapinya. 1.5 CADANGAN TINDAKAN
  • 9. Antara inisiatif kerajaan bagi meningkatkan daya tahan infrastruktur maklumat kritikal negara bagi menangani ancaman siber adalah dengan mewujudkan Dasar Keselamatan Siber Negara (NCSP). Bagaimanapun, pelaksanaan dasar ini dilihat lebih memfokuskan kepada serangan berbentuk fizikal dan sintetik berbanding dengan bentuk serangan semantik. Satu kerangka perlu diwujudkan segera agar serangan berbentuk semantik ini dipantau secara berterusan bagi membolehkan tindakan yang pantas diambil. Ini adalah penting bagi mengelakkan kesan serangan tersebut merebak dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mampu membentuk persepsi negatif yang kekal pada mereka. Kebanyakan fitnah dan khabar angin mengenai sesuatu isu yang tersebar di media sosial biasanya tidak diberikan maklum balas yang pantas oleh pihak yang menjadi mangsa serangan dan kebiasaannya mengambil masa sehingga beberapa hari untuk menjawab isu tersebut. Ini memberikan ruang dan peluang kepada penyerang menyebarkan dan memainkan isu-isu tersebut berulang-ulang kali tanpa ada sebarang penafian yang boleh meneutralkan fitnah dan khabar angin yang dimainkan. Ungkapan Adolf Hitler bahawa sesebuah fakta yang salah sekiranya diulang berulang kali, ia akan dipercayai. Jadi perkara ini seharusnya diambil iktibar. Maklumat yang salah tidak seharusnya dibiarkan tersebar sewenang-wenangnya sehingga mampu mengganggu gugat kestabilan ekonomi, politik dan sosial negara. Soalnya kini, apa tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik-pemilik media sosial ini supaya mereka akur kepada lunas-lunas sosio-budaya dan tuntutan kenegaraan? Soalan ini masih belum ada jawapan yang memuaskan walaupun telah ada reaksi-reaksi spontan seperti akan tutup Facebook, akan daftar semua pemilik akaun media sosial dan sebagainya (Arkib Utusan Malaysia, 2014). 1.6 PENUTUP Kekebalan sistem pertahanan negara bukan sahaja perlu dilihat daripada sudut ketenteraan, malah negara juga perlu sentiasa bersiap sedia untuk menangkis sebarang serangan siber. Aspek keselamatan siber ini amat penting dititikberatkan kerana dalam dunia tanpa sempadan, sebarang ancaman dan serangan terhadap negara boleh dilakukan beribu-ribu batu jauhnya. Oleh kerana itu, masyarakat hendaklah sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunaan internet kini telah menjadi sebahagian gaya hidup dan keperluan dalam mencari maklumat dan melakukan tugasan harian.
  • 10. Rujukan Ahlqvist, Toni; Bäck, A., Halonen, M., Heinonen, S (2008). "Social media roadmaps exploring the futures triggered by social media". VTT Tiedotteita - Valtion Teknillinen Tutkimuskeskus (2454): 13 Artikel diperoleh dari : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ict/4709-isu-media-dan-keselamatan-siber.html Artikel diperoleh dari : http://zonfiniti.blogspot.com/ Artikel diperoleh dari : http://www.infosecisland.com/blogview/14771-The-Legal-Implications-of-Social-Networking.html Kaplan, Andreas M.; Michael Haenlein [2010] "Users of the world, unite! The challenges and opportunities of Social Media". Business Horizons 53(1): 59–68)) Malaysian Cyber Security Agency (MCSA) 2013 . http://mediasosial2012.blogspot.com/p/pengenalan.html Rencana Berita Harian Online (2014). Diperolehi dari : http://www2.bharian.com.my/articles/DuaindividuhinaNabidikenalpasti/Article/. Rencana Utusan Malaysia Online (2014). Diperolehi dari : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140102/re_06/Lindungi-maklumat-kritikal-negara- daripada-ancaman-media-sosial#ixzz3MyN5C9as Rencana Utusan Malaysia Online (2014). Diperolehi dari : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140817/re_04/Media-sosial-Apa-perlu- dilakukan#ixzz3N1gruOwx