SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  18
Tema: 
Kegigihan dan ketabahan seorang anak muda dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan sehingga 
berjaya mengecapai kejayaan yang gemilang sebagai seorang seniman. 
Persoalan: 
1. Kepentingan Ilmu pengetahuan dalam kehidupan. 
a) Hilmi tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan yang baik walaupun cuba dibantu oleh Datuk 
Johari kerana beliau tidak mempunyai pendidikan. 
2. Kerajinan dan kegigihan dapat menjadikan diri seseorang berjaya. 
a) Walaupun tidak berpendidikan dan miskin, Hilmi akhirnya berjaya menjadi seorang seniman yang 
terkenal kerana usaha gigih beliau mempelajari ilmu bermain alat muzik. 
3. Sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan pangkat dan memandang rendah pada orang 
lain. 
a) Datin Salmah memandang hina kepada Hilmi kerana beliau anak kampung yang tidak berpendidikan 
dan miskin. 
b) Datin Salmah menganggap kehadiran Hilmi ke rumah beliau hanya menjejaskan status keluarganya. 
Hilmi juga dimarah apabila mengusik piano anaknya Hayati. 
4. Keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa mengharapakan balasan. 
a) Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan mencipta lagu sehingga Hilmi berjaya 
menjadi seorang seniman yang terkenal. Encik Bakar tidak mengenakan apa-apa bayaran semasa 
mengajar Hilmi. 
5. Berkorban demi kebahagiaan orang lain. 
a) Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan ibu bapanya. Hayati mencintai Hilmi 
tetapi berkahwin dengan Mohsin kerana memenuhi kehendak Datuk Johari dan Datin Salmah. 
b) Pak Karim berkorban untuk kebahagiaan Datuk Johari dan Datin Salmah. Pak Karim sanggup 
merahsiakan Hilmi adalah anak Datuk Johari kerana takut mengancam kebahagiaan rumah tangga 
Datuk Johari dan Datin Salmah. 
6. Sifat bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 
a) Hilmi menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai tukang kebun. Hilmi menanam 
pelbagai sayur seperti bayam, petola, terung, kacang dan mentimun. Hilmi menternak ayam dan 
hasilnya dapat dijadikan lauk pauk. Hilmi dapat menjaga pokok bunga sehingga halaman rumah Datuk 
Johari sangat cantik. 
b) Hilmi bekerja keras untuk menjayakan Pertunjukan Orkestra Perdana kerana tugas itu telah 
diamanahkan kepadanya oleh Ketua pengarah RTM. 
7. Menyedari kesilapan yang pernah dilakukan. 
a) Datuk Johari insaf akan perbuatannya yang kejam terhadap isteri pertamanya. 
b) Datin Salmah menangis apabila mengetahui kisah sebenar Hilmi ketika Hilmi sedang sakit. 
c) Azizah menyesali kerana perbuatannya meninggalkan Helmi. Beliau datang ke hospital memohon 
maaf daripada Pak Karim kerana berbuat salah 
NILAI 
1. Kegigihan : Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga akhirnya beliau 
menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. 
2. kasih sayang : Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau berubah daripada 
seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan agama. 
3. Keimanan : Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab bertajuk “Hidup 
sesudah mati”. 
4. Kerjasama : Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert perdana setelah 
Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert tersebut mendapat pujian.
5. Merendah diri : Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana menghina Hilmi serta 
bersikap bongkak dan mementingkan darjat. 
6. Kejujuran : Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai Hilmi walaupun 
beliau telah bersuamikan Mohsin. 
7. Patuh perintah ibu bapa : Contohnya, Hayati memamatuhi perintah ibunya dan mengikut kemahuan 
ibunya supaya berkahwin dengan Mohsin. 
PENGAJARAN: 
1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi gigih 
mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. 
2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya Hayati 
menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu membolehkan konsert 
perdana tersebut Berjaya. 
3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada peringkat awal 
Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar cinta kepada kekasih. 
4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan perintah ibunya 
supaya beliau berkahwin dengan Mohsin. 
5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah berkahwin 
dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi. 
6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar mengajar muzik 
kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal. 
7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa mengerjakan 
solat setelah membaca buku “Hidup sesudah mati”. 
WATAK DAN PERWATAKAN: 
A. Hilmi 
1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan hanya 
berkelulusan darjah empat sekolah rendah. 
2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu 
menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan 
kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. 
3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa sanggup 
berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang 
bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik bakar. 
4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmah sehingga taman 
itu menjadi cantik serta menarik. 
5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin salmah. Dia juga tidak 
pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim 
semasa dia bertemu Pak Kasim. 
6. Seorang yang bercita-cita tinggi : Hilmi merantau ke Kuala Lumpur untuk berusaha mencapai 
impiannya menjadi orang yang Berjaya. Dia berusaha mengejar impiannya dengan berusaha belajar
muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi seorang. 
7. Seorang yang kuat agama : Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana 
sekalipun dia berada. 
8. Seorang yang bijak/ berkebolehan : Dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun 
hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya. 
B. Datin Salmah: 
1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. 
2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana 
Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah. Beliau 
sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. 
3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau 
dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”. 
4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai kepercayaan karut apabila 
mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada hayati sehingga Hayati berubah 
daripada sikap asalnya. 
5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati 
dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin. 
6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai 
orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati mula 
berubah mengerjakan sembahyang. 
7. Insaf akan kesilapannya dan ingin menebus dosanya : Datin salmah kesal atas perkara yang telah 
dilakukannya ke atas Hilmi setelah mengetahui bahawa Hilmi ialah anak datuk Johari. Dia ingin 
menebus dosanya dengan menyatakan keinginannya untu memelihara anak Hilmi. 
C. Hayati 
1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan Mohsin. 
2. Seorang yang cantik. 
3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi 
keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. 
4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati 
seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau 
berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang. 
5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak 
mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. 
D. Datuk Johari 
1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan 
tinggi. Beliau juga merupakan “bapa saudara” kepada Hilmi. 
2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa
yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. 
3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya 
ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana merosakkan piano Hayati. 
Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja. 
4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat dilihat apabila 
terdapat sebuah ‘mini bar’ di rumahnya. Beliau seorang peminum minuman keras. 
5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang sudah 
terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu. 
6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya 
iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu 
oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. alah 
terhadap Hilmi. 
Teknik Plot berdasarkan novel Konserto Terakhir 
1. Teknik pemerian (teknik bercerita secara langsung dalam novel. pengarang berperanan sebagai 
tukang cerita atau tukang lapor secara menyeluruh tentang watak, perwatakan, latar tempat, latar 
masa, latar masyarakat dan lain-lain). Contohnya, 
Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu. Sejak bapanya meninggal dunia. Hari 
bapanya meninggaldunia dia hanya kembali untuk beberapa jam sahaja dan kemudian setelah mayat 
bapanya dikuburkan, dia pun pulang semula ke Kuala Lumpur. (Hal. 12) 
2. Teknik imbas muka(bayangkan apa akan berlaku) Contohnya, 
semasa Hayati menyatakan bahawa dia boleh menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin orkestra 
3. Teknik imbas kembali ( flash back apa yang telah berlaku) Contohnya, 
Datuk Johari teringat saat-saat dia meninggalkan isterinya pada malam pengantin. 
4. Teknik monolog (bercakap seorang-seorang / bersungut bersendirian). Contohnya, 
Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk menggantikan Hayati selama Hayati tiada. 
"Kalian setuju kalau aku pilih Ros itu, menggantikan Hayati selama dia tidak ada?" katanya kepada 
bunga-bunga itu. 
5. Teknik monolog dalaman (dalam hati) pengucapan batin, fikiran. contohnya, 
Hati kecil HIlmi mengutuk-ngutuk marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah yang mencerca, 
menghina setiap kali berjumpa. (hal. 68) 
Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussien terdapat penggunaan gaya bahasa yang 
menarik misalnya penggunaan peribahasa. Contohnya, "jauh panggang dari api", 'hangat-hangat tahi 
ayam" dan biang keladi. Seterusnya, pengarang turut menggunakan ayat yang 
pendek-pendek seperti "Dia tergamam", "itu sahaja", "Hilmi kecewa" dan "Berfikirsejenak". 
Penggunaan metafora pula digambarkan melalui kata-kata, "warna perlindungan" dan "tasik 
matanya". 
A) LATAR TEMPAT 
Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat utama di sekitar 
negeri Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku berpusat dirumah Datuk Johari. 
Banyak peristiwa yang berlaku di rumah ini. Antaranya termasuklah Hilmi bekerja
sebagai tukang kebun. Dia telah menjadikan halaman rumah lebih cantik. Helmi juga 
dimarahi oleh Datin Salmah kerana menyebabkan piano rosak. Dia hampir dihalau 
keluar dari rumah itu. Di rumah itu juga Hilmi semakin rapat dengan Hayati sehingga 
menimbulkan rasa tidak senang hati Datin Salmah. Hilmi dimarahi sekali lagi oleh Datin 
Salmah kerana meninggalkan rumah. Akhirnya Hilmi meninggalkan rumah tersebut. Di 
rumah itu juga Datuk Johari menerima panggilan telefon yang memberitahu Hilmi 
meninggal dan dia juga jatuh dan meninggal. 
Beberapa peristiwa berlaku di Rumah Encik Bakar. Antara peristiwa penting ialah 
kedatangan Hilmi untuk belajar muzik semasa diamasih tinggal ri rumah Datuk Johari. 
Dia dimarahi kerana meninggalkan rumah. Selepas keluar dari rumah Datuk Johari, 
Hilmi meneruskan pelajaran muzik di rumah ini sehingga berjaya menjadi pemuzik 
terkenal. Di rumah ini juga Hilmi pernah digoda oleh Azizah. Azizah kecewa apabila 
mengetahui Hilmi hanya bekerja sebagai tukang kebun. 
Satu lagi tempat penting dalam novel ini ialah Dewan Tunku Canselor. Ia menjadi 
tempat diadakan Konsert Perdana yang dipimpin oleh Hilmi. Hilmi telah 
dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal. Keadaan kecoh terjadi. Namun 
Hayati telah menyelamatkan keadaan. Dia yang pulang dari London untuk menyaksikan 
persembahan itu telah menggantikan tempat Hilmi. Persembahan itu berjaya diteruskan 
dengan jayanta. 
Selain itu, peristiwa penting juga berlaku di hospital. Hilmi telah dimasukkan ke Unit 
Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan 
Ketua Pengarah RTM datang selepas persembahan di Dewan Tunku Canselor. Di situ 
juga Datuk Johari diberitahu oleh saudara sepupunya bahawa Hilmi merupakan anak 
kandungnya. 
B) LATAR MASYARAKAT 
Secara umumnya pengarang novel ini menggambarkan kehidupanmasyarakat 
Melayu melalui keluarga Datuk Johari selain daripada Hilmi sendiri, Encil Bakar, Mamat 
dan juga Pak Amat. Selain daripada keluarga Datuk Dolhi, terdapat beberapa watak lain 
yang terdiri daripada orang India iaitu Dr. Nathan yang merupakan jiran kepada Datuk 
Johari. Terdapat juga masyarakat Cina iaitu Tony Lim yang mejadi salah seorang 
daripada ahli Kugiran Dahlia. 
Dari aspek cirri kemasyarakatan,pengarang menggambarkan masyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi 
rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat 
pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga 
sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik 
Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.
Penulis juga menggambarkan masyarakat yang tidak mengamalkan ajaran agama. Selain 
mengamalkan budaya hidup secara kebaratan, Datin Salmah juga digambarkan tidak mengerjakan 
solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang. Demikian juga dengan Datuk 
Johari. Dia sudah lama benar meninggalkan solat. Malah dia sering minum minuman keras. Hayati 
walau bagaimanapun telah berubah dan mula sembahyang setelah mengenali Hilmi. 
Watak Datin Salmah dan Azizah menggambarkan masyarakat yang sombong dan mementingkan 
darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta 
berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap 
mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati 
Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang 
kebun. 
Watak datin Salmah juga menggambarkan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan 
tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati 
apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi. Sekali lagi Datin Salmah percaya kepada ubat guna-guna 
apabila melihat perubahan sikap Hayati. Hayati telah berubah daripada sikap asalnya serta mula 
bersembahyang. Datin Salmah sangsi dan terkejut dengan perubahan itu. 
Datuk Johari dan Encik Bakar menggambarkan masyarakat yang baik hati. Datuk Johari sanggup 
membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan 
kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi bermain 
alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik 
yang terkenal. 
Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir. Pengarang novel Konserto Terakhir 
ialah Abdullah Hussain. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920, di Sungai Limau, 
Yan, Kedah. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Melayu Sungai Limau 
sehingga lulus darjah lima. Kemudian, beliau menyambung pelajaran beliau di 
Sekolah Inggeris St. Michael (1932-1933). Seterusnya, beliau bersekolah di Anglo 
Chinese School, Alor Star pada tahun 1935. 
Dari segi pekerjaan, beliau pernah sebagai Penolong Penjaga Setor di 
sebuah perusahaan bijih timah di Pahang pada tahun 1939, Pengarang Akhbar 
Sahabat (1941), Pengarang Majalah Puspa di Medan, pernah bekerja di Kem 
Tentera Sg.Petani dan juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968). 
Dalam bidang penulisan, beliau banyak menulis cerpen, novel, biografi, 
autobiografi, esei, kritikan, drama, dan sebagainya. Hasil-hasil karya beliau yang 
lain adalah sepertiIssabela (terjemahan), Orang Tua dengan Laut (terjemahan), 
dan banyak lagi.
Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, beliau banyak 
meraih kemenangan. Beliau pernah SEA Write Award, dan kejayaan yang 
terbesar ialah beliau telah memenangi Sasterawan Negara ke-8. 
Sinopsis Bab 1 – Keluarga 
Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat 
kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. 
Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua 
pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi 
yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai 
saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. 
Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik 
berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan 
Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun 
lalu. 
Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya 
yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari 
pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi 
bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya 
cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin. 
Sinopsis Bab 2 – Kuli 
Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan 
yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan 
juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat 
pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. 
Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati 
menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. 
Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. 
Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi 
kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. 
Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha 
mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. 
Sinopsis Bab 3 – Piano 
Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telah 
melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. 
Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya
Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan 
tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali 
dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada 
hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah 
berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, 
dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar 
lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. 
Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana 
Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang. 
Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang 
kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap 
orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti 
terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu 
kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada 
teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang 
datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin 
Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya. 
Sinopsis Bab 4 – Hukuman 
Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin 
Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat 
datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak 
ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke 
rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak 
menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut 
dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah 
memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari 
rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya 
tentang perlakuannya tadi. 
Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia 
menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano 
dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada “fa” 
nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah 
mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak 
Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin 
mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk 
Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk 
Hayati dan memohon maaf daripadanya. 
Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak 
Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut
sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka 
terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan 
mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya 
bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja. 
Sinopsis Bab 5 – Penunggu 
Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia 
memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan 
supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun 
dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat 
simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan 
juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. 
Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk 
ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak 
ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia 
amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu 
pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam 
dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba 
Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. 
Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan. 
Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama 
isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi 
makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. 
Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak 
Mamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik 
Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi 
telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara 
percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya 
Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya. 
Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, 
dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar 
janji-janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam 
terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik 
Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik. 
Sinopsis Bab 6 - Muzik 
Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang 
dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok 
bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya.
Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. 
Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk 
Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi 
bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia 
menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak 
ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali 
ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh 
untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. 
Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu “Blue Danube”. Hubungan mesra Hilmi dan 
Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh 
kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun 
disebutnya nama Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan 
Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati. 
Sinopsis Bab 7 – Oleh-oleh 
Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat 
menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke 
rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat 
dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan 
ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang 
konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip 
di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya. 
Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. 
Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan 
tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu 
yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira 
menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang ini. 
Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. 
Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya 
itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan 
peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi 
apabila membabitkan anak penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk 
mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan kasar 
menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi 
dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari 
rumahnya. 
Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah 
menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung 
yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. 
Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari 
tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya.
Sinopsis Bab 8 - Sengketa 
Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. 
Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. 
Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk 
satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila 
mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi 
itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin 
untuk pulang. 
Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga 
motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah 
belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. 
Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, 
Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf 
daripada mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus 
masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah. 
Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik 
Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik 
iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. 
Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi 
bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya 
Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah 
pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan 
perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan 
tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu 
terhadap Hilmi. 
Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu makan makanan 
yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak 
membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas 
meja kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul 
bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah 
Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang 
diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah mempedulikannya, 
Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan 
menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi 
kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat 
untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari. 
Sinopsis Bab 9 – Pertemuan 
Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran 
Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu
memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari 
tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah 
mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram 
bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak 
diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana 
pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton 
permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa 
dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah 
pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak 
suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa 
Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang 
berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia 
bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan 
pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. 
Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan keadaan 
Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin. 
Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya 
sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis 
oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia 
ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, 
salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. 
Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. 
Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi 
pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan 
sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam. 
Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi 
minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah 
menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak 
mempedulikannya. Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa 
semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. 
Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih 
kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu 
lagi. 
Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya 
tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan 
Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu disambut 
dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin 
menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin 
pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam 
untuk menggantikannya bekerja. 
Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar
berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat 
itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai 
bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik 
Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not 
kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu 
membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola. 
Sinopsis Bab 10 - Bebas 
Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang 
dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah 
sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. 
Keadaan itu menyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung 
bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi 
Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning 
coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang 
dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi 
gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana 
terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat 
dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu 
dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui 
anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula 
menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia 
terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung. 
Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat 
perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar 
sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di 
cawangan banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah 
mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu 
tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira. 
Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. 
Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi 
memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula 
datang ke biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England 
sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya 
Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. 
Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun 
petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan 
sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil 
dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu “Sebuah Intermeso”. Hilmi berasa 
gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai 
pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.
Sinopsis Bab 11 – Intermeso 
Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah 
quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam 
quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke 
Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja 
daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi 
memainkan lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. 
Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar 
Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan hiburan 
akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi 
terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk “Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola 
Hikmat Malaysia”. 
Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati 
yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak 
menyangka tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin 
menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati 
mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik 
dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih 
apabila ditanya tentang Hilmi. 
Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah Intermeso” 
tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha 
Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan 
perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah 
terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat 
daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap 
itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, 
tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul semua 
ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong 
kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang 
terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, 
tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi 
sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka 
bermain seperti biasa. 
Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan 
Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan 
dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu 
membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. 
Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya 
terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.
Sinopsis Bab 12 - Krisis 
Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional 
dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah 
ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan 
diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah 
membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik 
di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa 
pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan 
Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke 
rumah. 
Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu 
lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu 
itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. 
Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh 
Mamat menyatakan dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa 
Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat 
mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin 
dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan 
bahawa lagu “Sebuah Intermeso” itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. 
Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi 
memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu. 
Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, 
Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang 
sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam 
berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat 
yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah 
berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul 
“Perpisahan”. Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah 
lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan 
lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan 
menjadi rekod. 
Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat 
keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia” ringkasan 
nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat 
popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah 
mulai terkenal. Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, 
Hilmi kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod 
dan kaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai 
penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan 
masalah cetak rompak.
Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada 
mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun 
setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut 
berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu 
menyebabkan Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. 
Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun 
kepada Encik Bakar. 
Sinopsis Bab 13 – Perpecahan 
Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik 
Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan 
rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. 
Tetapi pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak 
boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa 
jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah 
khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah 
menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu “Balada 
Kasih”.Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat 
sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus 
menghiburkan orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia 
juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya 
menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan 
Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari 
katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah 
ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi 
hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau 
bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak 
pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan 
duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan 
memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah. 
Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan 
Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya 
telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari 
Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala 
Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi 
nama “Seniman” yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya. 
Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang 
dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan 
Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal 
Performance ( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk 
membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama “Hilmi Potpouri”.
Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi 
juga melalui media massa di seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari 
mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu Datin Mastura 
(kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam (kakak), dan seluruh geng morning 
coffee telah bercadang untuk menontonnya. 
Sinopsis Bab 14 – Seniman 
Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum 
kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput 
Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak 
Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu 
daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua 
Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah 
dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi 
terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah 
mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. 
Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba 
muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin 
kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati 
mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu 
Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan 
pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan 
Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut. 
Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi 
apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga 
menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong 
diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas 
kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, 
begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di 
hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru 
sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya 
serta Hakim, anak Hilmi. 
Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa 
Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu 
Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia 
sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk 
Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. 
Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke 
rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat 
membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, 
mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima
khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas 
lantai dan pergi buat selama-lamanya. 
Sinopsis Keseluruhan 
Konserto Terakhir mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke 
rumah bapa saudaranya, Datuk Johari untuk mencari pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh 
Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah 
empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan 
akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap 
tidak mendapat layanan yang baik daripada keluarga Datuk Johari.Datuk Johari mempunyai seorang 
anak gadis yang bernama Hayati.Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik sepupunya. Di 
samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak 
sengaja telah merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan 
dipotong gajinya. 
Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke luar negeri, Hilmi ditugaskan untuk menjaga rumah. 
Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk 
Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah berkahwin dengan Esah. Mamat juga telah 
membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang bernama Encik Bakar. 
Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat untuk melatih Hilmi menjadi 
ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran. 
Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah 
kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi piano dimainkan. 
Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung. 
Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi 
kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik dengan 
Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet, 
seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul 
“Sebuah Intermeso”.Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan 
Hayati dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan 
Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah muncul 
sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British 
Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. 
Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah 
lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan 
muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang 
diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi 
dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. 
Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila 
mendapat berita Encik Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun 
berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang 
dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu 
arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra 
Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh 
pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”. 
Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan minum. 
Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan, Hilmi telah 
jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan 
memimpin pertunjukan itu.Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya 
Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi anak Datuk Johari. 
Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi. 
Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke 
rumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan telefon menyatakan 
Hilmi telah meninggal dunia.

Contenu connexe

En vedette

Bebelusii nu cauta scurtaturi si nu tin cont de gura lumii
Bebelusii nu cauta scurtaturi si nu tin cont de gura lumiiBebelusii nu cauta scurtaturi si nu tin cont de gura lumii
Bebelusii nu cauta scurtaturi si nu tin cont de gura lumiiFani Rarinca
 
Quest learning institute outbound activities
Quest learning institute outbound activitiesQuest learning institute outbound activities
Quest learning institute outbound activitiesQuest Adventure Group
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1h00236551
 
Tony Linnane NSW Trade & Investment Mine Safety - new WHS laws for mining
Tony Linnane NSW Trade & Investment Mine Safety - new WHS laws for miningTony Linnane NSW Trade & Investment Mine Safety - new WHS laws for mining
Tony Linnane NSW Trade & Investment Mine Safety - new WHS laws for miningNSW Environment and Planning
 
Exploration in the House 2015: NSW Seamless Geology Project: Progress to date...
Exploration in the House 2015: NSW Seamless Geology Project: Progress to date...Exploration in the House 2015: NSW Seamless Geology Project: Progress to date...
Exploration in the House 2015: NSW Seamless Geology Project: Progress to date...NSW Environment and Planning
 
Exploration in the House 2015: The Importance of the Junior Sector for minera...
Exploration in the House 2015: The Importance of the Junior Sector for minera...Exploration in the House 2015: The Importance of the Junior Sector for minera...
Exploration in the House 2015: The Importance of the Junior Sector for minera...NSW Environment and Planning
 
Calculations with personal
Calculations with personalCalculations with personal
Calculations with personalssnet2
 
Exploration in the House 2015: Geology Survey of NSW Overview and highlights ...
Exploration in the House 2015: Geology Survey of NSW Overview and highlights ...Exploration in the House 2015: Geology Survey of NSW Overview and highlights ...
Exploration in the House 2015: Geology Survey of NSW Overview and highlights ...NSW Environment and Planning
 

En vedette (20)

Bebelusii nu cauta scurtaturi si nu tin cont de gura lumii
Bebelusii nu cauta scurtaturi si nu tin cont de gura lumiiBebelusii nu cauta scurtaturi si nu tin cont de gura lumii
Bebelusii nu cauta scurtaturi si nu tin cont de gura lumii
 
Perspective on New Zealand Smart Meter rollout
Perspective on New Zealand Smart Meter rolloutPerspective on New Zealand Smart Meter rollout
Perspective on New Zealand Smart Meter rollout
 
ιός
ιόςιός
ιός
 
GSNSW Activities The Year in Review
GSNSW Activities The Year in ReviewGSNSW Activities The Year in Review
GSNSW Activities The Year in Review
 
Quest learning institute outbound activities
Quest learning institute outbound activitiesQuest learning institute outbound activities
Quest learning institute outbound activities
 
The Centre
The CentreThe Centre
The Centre
 
Human factors additional paper Ronny Lardner
Human factors additional paper  Ronny LardnerHuman factors additional paper  Ronny Lardner
Human factors additional paper Ronny Lardner
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Implementing proximity detection
Implementing proximity detectionImplementing proximity detection
Implementing proximity detection
 
Tony Linnane NSW Trade & Investment Mine Safety - new WHS laws for mining
Tony Linnane NSW Trade & Investment Mine Safety - new WHS laws for miningTony Linnane NSW Trade & Investment Mine Safety - new WHS laws for mining
Tony Linnane NSW Trade & Investment Mine Safety - new WHS laws for mining
 
Exploration in the House 2015: NSW Seamless Geology Project: Progress to date...
Exploration in the House 2015: NSW Seamless Geology Project: Progress to date...Exploration in the House 2015: NSW Seamless Geology Project: Progress to date...
Exploration in the House 2015: NSW Seamless Geology Project: Progress to date...
 
CV_KAhmed
CV_KAhmedCV_KAhmed
CV_KAhmed
 
Sport
SportSport
Sport
 
Collision awareness systems another defence
Collision awareness systems   another defenceCollision awareness systems   another defence
Collision awareness systems another defence
 
Barry Cutting - Booster fans Angus Place Colliery
Barry Cutting  - Booster fans Angus Place CollieryBarry Cutting  - Booster fans Angus Place Colliery
Barry Cutting - Booster fans Angus Place Colliery
 
Mark Parcell - History of mining legislation nsw
Mark Parcell - History of mining legislation nswMark Parcell - History of mining legislation nsw
Mark Parcell - History of mining legislation nsw
 
Exploration in the House 2015: The Importance of the Junior Sector for minera...
Exploration in the House 2015: The Importance of the Junior Sector for minera...Exploration in the House 2015: The Importance of the Junior Sector for minera...
Exploration in the House 2015: The Importance of the Junior Sector for minera...
 
Calculations with personal
Calculations with personalCalculations with personal
Calculations with personal
 
Exploration in the House 2015: Geology Survey of NSW Overview and highlights ...
Exploration in the House 2015: Geology Survey of NSW Overview and highlights ...Exploration in the House 2015: Geology Survey of NSW Overview and highlights ...
Exploration in the House 2015: Geology Survey of NSW Overview and highlights ...
 
Dr David Sweeting - Update on arcing hazards
Dr David Sweeting - Update on arcing hazardsDr David Sweeting - Update on arcing hazards
Dr David Sweeting - Update on arcing hazards
 

Komsas soniyah 2015

  • 1. Tema: Kegigihan dan ketabahan seorang anak muda dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan sehingga berjaya mengecapai kejayaan yang gemilang sebagai seorang seniman. Persoalan: 1. Kepentingan Ilmu pengetahuan dalam kehidupan. a) Hilmi tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan yang baik walaupun cuba dibantu oleh Datuk Johari kerana beliau tidak mempunyai pendidikan. 2. Kerajinan dan kegigihan dapat menjadikan diri seseorang berjaya. a) Walaupun tidak berpendidikan dan miskin, Hilmi akhirnya berjaya menjadi seorang seniman yang terkenal kerana usaha gigih beliau mempelajari ilmu bermain alat muzik. 3. Sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan pangkat dan memandang rendah pada orang lain. a) Datin Salmah memandang hina kepada Hilmi kerana beliau anak kampung yang tidak berpendidikan dan miskin. b) Datin Salmah menganggap kehadiran Hilmi ke rumah beliau hanya menjejaskan status keluarganya. Hilmi juga dimarah apabila mengusik piano anaknya Hayati. 4. Keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa mengharapakan balasan. a) Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan mencipta lagu sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang seniman yang terkenal. Encik Bakar tidak mengenakan apa-apa bayaran semasa mengajar Hilmi. 5. Berkorban demi kebahagiaan orang lain. a) Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan ibu bapanya. Hayati mencintai Hilmi tetapi berkahwin dengan Mohsin kerana memenuhi kehendak Datuk Johari dan Datin Salmah. b) Pak Karim berkorban untuk kebahagiaan Datuk Johari dan Datin Salmah. Pak Karim sanggup merahsiakan Hilmi adalah anak Datuk Johari kerana takut mengancam kebahagiaan rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah. 6. Sifat bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu pekerjaan. a) Hilmi menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai tukang kebun. Hilmi menanam pelbagai sayur seperti bayam, petola, terung, kacang dan mentimun. Hilmi menternak ayam dan hasilnya dapat dijadikan lauk pauk. Hilmi dapat menjaga pokok bunga sehingga halaman rumah Datuk Johari sangat cantik. b) Hilmi bekerja keras untuk menjayakan Pertunjukan Orkestra Perdana kerana tugas itu telah diamanahkan kepadanya oleh Ketua pengarah RTM. 7. Menyedari kesilapan yang pernah dilakukan. a) Datuk Johari insaf akan perbuatannya yang kejam terhadap isteri pertamanya. b) Datin Salmah menangis apabila mengetahui kisah sebenar Hilmi ketika Hilmi sedang sakit. c) Azizah menyesali kerana perbuatannya meninggalkan Helmi. Beliau datang ke hospital memohon maaf daripada Pak Karim kerana berbuat salah NILAI 1. Kegigihan : Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga akhirnya beliau menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. 2. kasih sayang : Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau berubah daripada seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan agama. 3. Keimanan : Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab bertajuk “Hidup sesudah mati”. 4. Kerjasama : Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert perdana setelah Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert tersebut mendapat pujian.
  • 2. 5. Merendah diri : Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana menghina Hilmi serta bersikap bongkak dan mementingkan darjat. 6. Kejujuran : Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai Hilmi walaupun beliau telah bersuamikan Mohsin. 7. Patuh perintah ibu bapa : Contohnya, Hayati memamatuhi perintah ibunya dan mengikut kemahuan ibunya supaya berkahwin dengan Mohsin. PENGAJARAN: 1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. 2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu membolehkan konsert perdana tersebut Berjaya. 3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar cinta kepada kekasih. 4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan perintah ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin. 5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi. 6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal. 7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa mengerjakan solat setelah membaca buku “Hidup sesudah mati”. WATAK DAN PERWATAKAN: A. Hilmi 1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah. 2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. 3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa sanggup berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik bakar. 4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmah sehingga taman itu menjadi cantik serta menarik. 5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim. 6. Seorang yang bercita-cita tinggi : Hilmi merantau ke Kuala Lumpur untuk berusaha mencapai impiannya menjadi orang yang Berjaya. Dia berusaha mengejar impiannya dengan berusaha belajar
  • 3. muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi seorang. 7. Seorang yang kuat agama : Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. 8. Seorang yang bijak/ berkebolehan : Dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya. B. Datin Salmah: 1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. 2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. 3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”. 4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada hayati sehingga Hayati berubah daripada sikap asalnya. 5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin. 6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati mula berubah mengerjakan sembahyang. 7. Insaf akan kesilapannya dan ingin menebus dosanya : Datin salmah kesal atas perkara yang telah dilakukannya ke atas Hilmi setelah mengetahui bahawa Hilmi ialah anak datuk Johari. Dia ingin menebus dosanya dengan menyatakan keinginannya untu memelihara anak Hilmi. C. Hayati 1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan Mohsin. 2. Seorang yang cantik. 3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. 4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang. 5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. D. Datuk Johari 1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan “bapa saudara” kepada Hilmi. 2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa
  • 4. yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. 3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja. 4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat dilihat apabila terdapat sebuah ‘mini bar’ di rumahnya. Beliau seorang peminum minuman keras. 5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu. 6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. alah terhadap Hilmi. Teknik Plot berdasarkan novel Konserto Terakhir 1. Teknik pemerian (teknik bercerita secara langsung dalam novel. pengarang berperanan sebagai tukang cerita atau tukang lapor secara menyeluruh tentang watak, perwatakan, latar tempat, latar masa, latar masyarakat dan lain-lain). Contohnya, Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu. Sejak bapanya meninggal dunia. Hari bapanya meninggaldunia dia hanya kembali untuk beberapa jam sahaja dan kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang semula ke Kuala Lumpur. (Hal. 12) 2. Teknik imbas muka(bayangkan apa akan berlaku) Contohnya, semasa Hayati menyatakan bahawa dia boleh menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin orkestra 3. Teknik imbas kembali ( flash back apa yang telah berlaku) Contohnya, Datuk Johari teringat saat-saat dia meninggalkan isterinya pada malam pengantin. 4. Teknik monolog (bercakap seorang-seorang / bersungut bersendirian). Contohnya, Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk menggantikan Hayati selama Hayati tiada. "Kalian setuju kalau aku pilih Ros itu, menggantikan Hayati selama dia tidak ada?" katanya kepada bunga-bunga itu. 5. Teknik monolog dalaman (dalam hati) pengucapan batin, fikiran. contohnya, Hati kecil HIlmi mengutuk-ngutuk marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah yang mencerca, menghina setiap kali berjumpa. (hal. 68) Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussien terdapat penggunaan gaya bahasa yang menarik misalnya penggunaan peribahasa. Contohnya, "jauh panggang dari api", 'hangat-hangat tahi ayam" dan biang keladi. Seterusnya, pengarang turut menggunakan ayat yang pendek-pendek seperti "Dia tergamam", "itu sahaja", "Hilmi kecewa" dan "Berfikirsejenak". Penggunaan metafora pula digambarkan melalui kata-kata, "warna perlindungan" dan "tasik matanya". A) LATAR TEMPAT Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat utama di sekitar negeri Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku berpusat dirumah Datuk Johari. Banyak peristiwa yang berlaku di rumah ini. Antaranya termasuklah Hilmi bekerja
  • 5. sebagai tukang kebun. Dia telah menjadikan halaman rumah lebih cantik. Helmi juga dimarahi oleh Datin Salmah kerana menyebabkan piano rosak. Dia hampir dihalau keluar dari rumah itu. Di rumah itu juga Hilmi semakin rapat dengan Hayati sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati Datin Salmah. Hilmi dimarahi sekali lagi oleh Datin Salmah kerana meninggalkan rumah. Akhirnya Hilmi meninggalkan rumah tersebut. Di rumah itu juga Datuk Johari menerima panggilan telefon yang memberitahu Hilmi meninggal dan dia juga jatuh dan meninggal. Beberapa peristiwa berlaku di Rumah Encik Bakar. Antara peristiwa penting ialah kedatangan Hilmi untuk belajar muzik semasa diamasih tinggal ri rumah Datuk Johari. Dia dimarahi kerana meninggalkan rumah. Selepas keluar dari rumah Datuk Johari, Hilmi meneruskan pelajaran muzik di rumah ini sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal. Di rumah ini juga Hilmi pernah digoda oleh Azizah. Azizah kecewa apabila mengetahui Hilmi hanya bekerja sebagai tukang kebun. Satu lagi tempat penting dalam novel ini ialah Dewan Tunku Canselor. Ia menjadi tempat diadakan Konsert Perdana yang dipimpin oleh Hilmi. Hilmi telah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal. Keadaan kecoh terjadi. Namun Hayati telah menyelamatkan keadaan. Dia yang pulang dari London untuk menyaksikan persembahan itu telah menggantikan tempat Hilmi. Persembahan itu berjaya diteruskan dengan jayanta. Selain itu, peristiwa penting juga berlaku di hospital. Hilmi telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM datang selepas persembahan di Dewan Tunku Canselor. Di situ juga Datuk Johari diberitahu oleh saudara sepupunya bahawa Hilmi merupakan anak kandungnya. B) LATAR MASYARAKAT Secara umumnya pengarang novel ini menggambarkan kehidupanmasyarakat Melayu melalui keluarga Datuk Johari selain daripada Hilmi sendiri, Encil Bakar, Mamat dan juga Pak Amat. Selain daripada keluarga Datuk Dolhi, terdapat beberapa watak lain yang terdiri daripada orang India iaitu Dr. Nathan yang merupakan jiran kepada Datuk Johari. Terdapat juga masyarakat Cina iaitu Tony Lim yang mejadi salah seorang daripada ahli Kugiran Dahlia. Dari aspek cirri kemasyarakatan,pengarang menggambarkan masyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.
  • 6. Penulis juga menggambarkan masyarakat yang tidak mengamalkan ajaran agama. Selain mengamalkan budaya hidup secara kebaratan, Datin Salmah juga digambarkan tidak mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang. Demikian juga dengan Datuk Johari. Dia sudah lama benar meninggalkan solat. Malah dia sering minum minuman keras. Hayati walau bagaimanapun telah berubah dan mula sembahyang setelah mengenali Hilmi. Watak Datin Salmah dan Azizah menggambarkan masyarakat yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun. Watak datin Salmah juga menggambarkan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi. Sekali lagi Datin Salmah percaya kepada ubat guna-guna apabila melihat perubahan sikap Hayati. Hayati telah berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang. Datin Salmah sangsi dan terkejut dengan perubahan itu. Datuk Johari dan Encik Bakar menggambarkan masyarakat yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir. Pengarang novel Konserto Terakhir ialah Abdullah Hussain. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920, di Sungai Limau, Yan, Kedah. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Melayu Sungai Limau sehingga lulus darjah lima. Kemudian, beliau menyambung pelajaran beliau di Sekolah Inggeris St. Michael (1932-1933). Seterusnya, beliau bersekolah di Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935. Dari segi pekerjaan, beliau pernah sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah perusahaan bijih timah di Pahang pada tahun 1939, Pengarang Akhbar Sahabat (1941), Pengarang Majalah Puspa di Medan, pernah bekerja di Kem Tentera Sg.Petani dan juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968). Dalam bidang penulisan, beliau banyak menulis cerpen, novel, biografi, autobiografi, esei, kritikan, drama, dan sebagainya. Hasil-hasil karya beliau yang lain adalah sepertiIssabela (terjemahan), Orang Tua dengan Laut (terjemahan), dan banyak lagi.
  • 7. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih kemenangan. Beliau pernah SEA Write Award, dan kejayaan yang terbesar ialah beliau telah memenangi Sasterawan Negara ke-8. Sinopsis Bab 1 – Keluarga Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin. Sinopsis Bab 2 – Kuli Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Sinopsis Bab 3 – Piano Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya
  • 8. Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya. Sinopsis Bab 4 – Hukuman Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada “fa” nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya. Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut
  • 9. sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja. Sinopsis Bab 5 – Penunggu Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan. Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya. Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik. Sinopsis Bab 6 - Muzik Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya.
  • 10. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu “Blue Danube”. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati. Sinopsis Bab 7 – Oleh-oleh Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya. Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang ini. Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya. Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya.
  • 11. Sinopsis Bab 8 - Sengketa Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang. Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah. Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi. Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari. Sinopsis Bab 9 – Pertemuan Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu
  • 12. memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin. Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam. Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi. Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja. Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar
  • 13. berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Sinopsis Bab 10 - Bebas Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung. Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira. Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu “Sebuah Intermeso”. Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.
  • 14. Sinopsis Bab 11 – Intermeso Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk “Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang Hilmi. Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah Intermeso” tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa. Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.
  • 15. Sinopsis Bab 12 - Krisis Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke rumah. Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu “Sebuah Intermeso” itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu. Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul “Perpisahan”. Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod. Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia” ringkasan nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak.
  • 16. Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar. Sinopsis Bab 13 – Perpecahan Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu “Balada Kasih”.Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah. Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama “Seniman” yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya. Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama “Hilmi Potpouri”.
  • 17. Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya. Sinopsis Bab 14 – Seniman Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima
  • 18. khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya. Sinopsis Keseluruhan Konserto Terakhir mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari untuk mencari pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik daripada keluarga Datuk Johari.Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang bernama Hayati.Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik sepupunya. Di samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan dipotong gajinya. Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke luar negeri, Hilmi ditugaskan untuk menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah berkahwin dengan Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat untuk melatih Hilmi menjadi ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran. Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi piano dimainkan. Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung. Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah Intermeso”.Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila mendapat berita Encik Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”. Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan itu.Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke rumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.