Penyakit jantung disebabkan oleh saluran darah ke otot jantung menjadi sempit akibat dindingnya dipenuhi lemak. Gejala serangan jantung ialah rasa sakit dada yang berterusan, menjalar ke tangan kiri dan rahang, susah bernafas, dan takut yang berlebihan. Faktor risiko termasuk merokok, tekanan, kandungan lemak tinggi, kurang senaman, darah tinggi, dan kencing manis. Langkah untuk mengurang
2. SAKIT JANTUNG ???
Jantung manusia terdiri daripada serabutserabut otot khusus yang bekerja untuk
mengepam darah. Apabila otot jantung tidak
mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang
itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara
penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak
cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit
kerana dinding sebelah dalam saluran darah
dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
3. Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa
kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang
berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah
tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami
kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang
keterlaluan.
4. Sebab sebenar rasa kesakitan ini
adalah disebabkan kematian
sebahagian otot jantung yang
disebabkan oleh salur darah di
bahagian tersebut tersumbat. Lebih
besar salur darah yang tersumbat,
lebih merbahaya serangan jantung
tersebut. Sekiranya saluran darah
tertutup sepenuhnya, sebahagian dari
otot jantung akan rosak. Kemudian,
sakit dada yang teramat sangat akan
terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan
"serangan sakit jantung".
5. FAKTOR PENYEBAB
Asap Rokok
Mempercepatkan pembekuan darah
Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding
saluran darah.
Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
Tekanan Perasaan
Seseorang yang mengalami tekanan perasaan,
degup jantungnya, meningkat.
Tekanan darahnya juga meningkat.
6. Kandungan
Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya.
Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti
mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
Senaman penting untuk menguatkan jantung.
Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah
ke
jantung. Bersenamlah.
7. Darah Tinggi
Darah tinggi menggalakkan berlakunya
penyempitan saluran darah.
Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk
mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula
peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya
mendapat serangan sakit jantung
8. FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN
KEMUNGKINAN MENGHADAPI PENYAKIT JANTUNG
KORONARI
Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap
penyakit jantung.
Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai
masalah berat badan.
Jika anda merokok.
Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan
anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang
tinggi.
Jika anda kurang bersenam.
Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
9. MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
Anda boleh memastikan sama ada keluarga
sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang
menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda
perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda
penyakit jantung dan digalakkan menjalani
pemeriksaan tahunan.
Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia
melebihi 35 tahun.
Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda
sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi
atau kencing manis.
Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan
cepat meradang atau runsing.