SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
KPT 6043:Pengajaran Berasaskan Web Dan Elektronik1


KAJIAN BACAAN ARTIKEL
oleh
MADIHATURRAHMAH BT AMINUDDIN [M20092001129]

   Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Terhadap Pencapaian
                        Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan


              Farah Mohamad Zain, Hanafi Atan, Noorizdayantie Samar,
                        Omar Majid & Zuraidah Abd Rahman

                         Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
                                Universiti Sains Malaysia
                              casarina_84@yahoo.com

       Berdasarkan kepada jurnal yang dibentangkan oleh pelajar USM ini, ianya
berkaitan satu paradigm baru dalam dunia pendidikan iaitu penggunaan interaksi
secara bersemuka dengan agen pedagogi dalam persekitaran pembelajaran atas talian
interaktif.   Kajian ini melibatkan pembangunan bahan pembelajaran berdasarkan
kepada Model Rekabentuk Allesi & Trollip manakala pembangunan bahan pula
berasaskan Model adegan Pengajaran Gagne, Brigss & Wager.

       Menurut     artikel   tersebut,   tujuan   kajian   dijalankan   adalah   untuk
membincangkan tentang kesan maklum balas yang berbeza oleh agen pedagogi
terhadap pencapaian pelajar yang berbeza lokus kawalan secara atas talian (online
learning). Kajian ini menggunakan salah satu topik yang terdapat dalam mata
pelajaran Fizik Tingkatan 4 yang bertajuk “Understanding Lenses” yang bermaksud
memahami kanta. Sampel kajian yang diambil terdiri daripada 88 orang pelajar dari
dua buah sekolah teknik yang terletak di negeri Pulau Pinang. Pelajar tersebut terdiri
daripda mereka yang mempunyai lokus kawalan yang berbeza iaitu Lokus Kawalan
Dalaman (LKD) atau Lokus Kawalan Luaran (LKL).


       Menurut Lester (2000), agen pedagogi membawa maksud watak-watak bebas
yang tampak hidup dalam persekitaran pembelajaran dan berinteraksi secara
bersemuka. Dalam artikel ini, agen pedagogi bertindak sebagai tenaga pengajar dan
KPT 6043:Pengajaran Berasaskan Web Dan Elektronik2


berkomunikasi dengan pelajar dalam mata pelajaran Fizik yang dikenali sebagai
Teacher Rina. Ianya melibatkan pembangunan agen pedagogi yang akan memberikan
kesan maklum balas yang berbeza. Terdapat dua jenis mod maklum balas yang
digunakan dalam kajian iaitu Maklum Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang
Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan penghuraian (EF).

      Menurut artikel ini juga, kajian ini menggunakan reka bentuk secara
eksperimental dengan mengukur pencapaian pelajar dalam pembelajaran atas talian.
Kesan pembolehubah bebas iaitu maklum balas KCR dan maklumbalas EF terhadap
pencapaian pelajar juga turut dikaji. Pembolehubah moderator iaitu lokus kawalan
dalaman (LKD) dan lokus kawalan luaran (LKL) juga akan mempengaruhi dapatan
kajian. Kajian ini juga, menggunakan empat instrumen atau alat kajian dalam
pengumpulan data iaitu melibatkan praujian, pascaujian, Soal Selidik Tanggungjawab
Terhadap Pencapaian Intelek (Intellectual Academic Responsibility, IAR) dan juga
Soal Selidik Literasi Komputer.

      Berdasarkan kepada kajian, terdapat beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh
penyelidik iaitu 1. Adakah pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen
pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar
yang menggunakan maklum balas EF oleh agen pedagogi? 2. Dengan menggunakan
pembelajaran atas talian, adakah pelajar berlokus kawalan berbeza akan memperoleh
skor min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan?

      Daripada persoalan kajian yang timbul, terdapat hipotesis atau andaian awal
yang dibina. Hipotesis pertama ialah Pelajar yang menggunakan maklum balas EF
oleh agen pedagogi akan memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan
daripada pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen pedagogi.
Manakala hipotesis yang kedua pula menyatakan bahawa dengan menggunakan
pembelajaran atas talian, pelajar berlokus kawalan berbeza akan memperoleh skor
min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan.

      Menurut artikel ini juga, hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa mod
EF adalah maklum balas yang yang dapat membantu meningkatkan pencapaian
KPT 6043:Pengajaran Berasaskan Web Dan Elektronik3


pelajar dalam mempelajari Fizik berbanding mod KCR. Ini jelas dibuktikan walaupun
pelajar tersebut berbeza lokus kawalan samada lokus kawalan dalaman atau lokus
kawalan luaran mereka tetap menunjukkan pencapaian yang lebih baik sekiranya
menggunakan maklum balas EF.

       Berdasarkan kepada kajian ini, kesimpulan yang dapat diperoleh ialah mod
maklumbalas EF dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Fizik
berbanding mod maklumbalas KCR walaupun pelajar tersebut berbeza lokus
kawalan. Ini bermaksud sekiranya penerangan kepada jawapan itu diberikan dengan
jelas pelajar dapat menguasai pembelajaran itu walaupun mereka merupakan pelajar
yang mempunyai lokus kawalan luaran. Justeru itu, dengan penggunaan agen
pedagogi dalam pembelajaran secara tidak langsung akan menarik minat dalam
pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek itu.



Rujukan

Lester, J. C. (2000). Animated pedagogical agents; face-to-face interaction in interactive learning
        environments. International Journal of Artificial Intelligence in Education, 11, 47 – 78.

       citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/

Steffen Mencke, Reine R. Dumke. (2007). A Framework For Agent – Supported E-Learning.
        Conference ICL.

       http://hal.archieves-ouverts.fr/docs

Prof Madya Dr. Azizi Hj Yahaya, & Abdul Razak Zaiden. (2003). Hubungan Antara Lokus Kawalan
       Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar sekolah Menengah Teknik. National
       Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan.

       http://eprints.utm.my/2335/1/din.pdf

Amy L. Baylor. (2005). The Impact Of Pedagogical Agent Image On Affective Outcomes. Proceeding
       Of Workshop On Affective Interactions: Computers In Th affective Loop, International
       Conference Intelligent User Interfaces.

       http://mailer.fsu.edu

Erlin, Yusof Norazah dan Abdul Rahman azizah. (2008). Overview On Agent Application To Support
         Collaborative Learning Interactive. US – China Education Review.

       http://eprints.utm.my

Contenu connexe

Tendances

TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan JurnalTUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnalzulizarohayu
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamsharifahmunirah1002
 
Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2
Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2
Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2Zek Wahi
 
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)mohdharmanmdrodzi
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105gokulmahes
 
Pembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnalPembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnalNor Fiz
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningcombi07
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehlyza_ms
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Zakaria Mohamed
 
Perbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan JurnalPerbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan Jurnalmyzara
 

Tendances (18)

TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan JurnalTUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
 
cabis
cabiscabis
cabis
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
 
Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2
Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2
Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2
 
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105
 
Pembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnalPembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnal
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
Interaksi 7
Interaksi 7Interaksi 7
Interaksi 7
 
Perbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan JurnalPerbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan Jurnal
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Dapatan kajian
Dapatan kajianDapatan kajian
Dapatan kajian
 

Similaire à Kajian bacaan artikel

Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044wongsheauwen2
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalhelidzia
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044sammuechan
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105maheswary2402
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...faiza mohdzuki
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatfaiza mohdzuki
 

Similaire à Kajian bacaan artikel (20)

Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 
Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Tugasan 1-ANALISIS JURNAL
Tugasan 1-ANALISIS JURNALTugasan 1-ANALISIS JURNAL
Tugasan 1-ANALISIS JURNAL
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
 

Kajian bacaan artikel

  • 1. KPT 6043:Pengajaran Berasaskan Web Dan Elektronik1 KAJIAN BACAAN ARTIKEL oleh MADIHATURRAHMAH BT AMINUDDIN [M20092001129] Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan Farah Mohamad Zain, Hanafi Atan, Noorizdayantie Samar, Omar Majid & Zuraidah Abd Rahman Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia casarina_84@yahoo.com Berdasarkan kepada jurnal yang dibentangkan oleh pelajar USM ini, ianya berkaitan satu paradigm baru dalam dunia pendidikan iaitu penggunaan interaksi secara bersemuka dengan agen pedagogi dalam persekitaran pembelajaran atas talian interaktif. Kajian ini melibatkan pembangunan bahan pembelajaran berdasarkan kepada Model Rekabentuk Allesi & Trollip manakala pembangunan bahan pula berasaskan Model adegan Pengajaran Gagne, Brigss & Wager. Menurut artikel tersebut, tujuan kajian dijalankan adalah untuk membincangkan tentang kesan maklum balas yang berbeza oleh agen pedagogi terhadap pencapaian pelajar yang berbeza lokus kawalan secara atas talian (online learning). Kajian ini menggunakan salah satu topik yang terdapat dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 yang bertajuk “Understanding Lenses” yang bermaksud memahami kanta. Sampel kajian yang diambil terdiri daripada 88 orang pelajar dari dua buah sekolah teknik yang terletak di negeri Pulau Pinang. Pelajar tersebut terdiri daripda mereka yang mempunyai lokus kawalan yang berbeza iaitu Lokus Kawalan Dalaman (LKD) atau Lokus Kawalan Luaran (LKL). Menurut Lester (2000), agen pedagogi membawa maksud watak-watak bebas yang tampak hidup dalam persekitaran pembelajaran dan berinteraksi secara bersemuka. Dalam artikel ini, agen pedagogi bertindak sebagai tenaga pengajar dan
  • 2. KPT 6043:Pengajaran Berasaskan Web Dan Elektronik2 berkomunikasi dengan pelajar dalam mata pelajaran Fizik yang dikenali sebagai Teacher Rina. Ianya melibatkan pembangunan agen pedagogi yang akan memberikan kesan maklum balas yang berbeza. Terdapat dua jenis mod maklum balas yang digunakan dalam kajian iaitu Maklum Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan penghuraian (EF). Menurut artikel ini juga, kajian ini menggunakan reka bentuk secara eksperimental dengan mengukur pencapaian pelajar dalam pembelajaran atas talian. Kesan pembolehubah bebas iaitu maklum balas KCR dan maklumbalas EF terhadap pencapaian pelajar juga turut dikaji. Pembolehubah moderator iaitu lokus kawalan dalaman (LKD) dan lokus kawalan luaran (LKL) juga akan mempengaruhi dapatan kajian. Kajian ini juga, menggunakan empat instrumen atau alat kajian dalam pengumpulan data iaitu melibatkan praujian, pascaujian, Soal Selidik Tanggungjawab Terhadap Pencapaian Intelek (Intellectual Academic Responsibility, IAR) dan juga Soal Selidik Literasi Komputer. Berdasarkan kepada kajian, terdapat beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh penyelidik iaitu 1. Adakah pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar yang menggunakan maklum balas EF oleh agen pedagogi? 2. Dengan menggunakan pembelajaran atas talian, adakah pelajar berlokus kawalan berbeza akan memperoleh skor min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan? Daripada persoalan kajian yang timbul, terdapat hipotesis atau andaian awal yang dibina. Hipotesis pertama ialah Pelajar yang menggunakan maklum balas EF oleh agen pedagogi akan memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen pedagogi. Manakala hipotesis yang kedua pula menyatakan bahawa dengan menggunakan pembelajaran atas talian, pelajar berlokus kawalan berbeza akan memperoleh skor min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan. Menurut artikel ini juga, hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa mod EF adalah maklum balas yang yang dapat membantu meningkatkan pencapaian
  • 3. KPT 6043:Pengajaran Berasaskan Web Dan Elektronik3 pelajar dalam mempelajari Fizik berbanding mod KCR. Ini jelas dibuktikan walaupun pelajar tersebut berbeza lokus kawalan samada lokus kawalan dalaman atau lokus kawalan luaran mereka tetap menunjukkan pencapaian yang lebih baik sekiranya menggunakan maklum balas EF. Berdasarkan kepada kajian ini, kesimpulan yang dapat diperoleh ialah mod maklumbalas EF dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Fizik berbanding mod maklumbalas KCR walaupun pelajar tersebut berbeza lokus kawalan. Ini bermaksud sekiranya penerangan kepada jawapan itu diberikan dengan jelas pelajar dapat menguasai pembelajaran itu walaupun mereka merupakan pelajar yang mempunyai lokus kawalan luaran. Justeru itu, dengan penggunaan agen pedagogi dalam pembelajaran secara tidak langsung akan menarik minat dalam pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek itu. Rujukan Lester, J. C. (2000). Animated pedagogical agents; face-to-face interaction in interactive learning environments. International Journal of Artificial Intelligence in Education, 11, 47 – 78. citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/ Steffen Mencke, Reine R. Dumke. (2007). A Framework For Agent – Supported E-Learning. Conference ICL. http://hal.archieves-ouverts.fr/docs Prof Madya Dr. Azizi Hj Yahaya, & Abdul Razak Zaiden. (2003). Hubungan Antara Lokus Kawalan Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar sekolah Menengah Teknik. National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan. http://eprints.utm.my/2335/1/din.pdf Amy L. Baylor. (2005). The Impact Of Pedagogical Agent Image On Affective Outcomes. Proceeding Of Workshop On Affective Interactions: Computers In Th affective Loop, International Conference Intelligent User Interfaces. http://mailer.fsu.edu Erlin, Yusof Norazah dan Abdul Rahman azizah. (2008). Overview On Agent Application To Support Collaborative Learning Interactive. US – China Education Review. http://eprints.utm.my