SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
Pengenalan


      Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan
aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan
daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan
dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi
proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat
komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni
visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai
keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang
terdapat disekeliling mereka.


      Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas
utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic
mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan
logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan etika. Tugas-tugas
profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain
yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas
manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang
berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian
identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai
warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh
bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang diberikan
kepada golongan pendidik dewasa ini.


      Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional
(initial training ) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya
disekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru

                                           1
seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan
baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni
dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada
kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain
mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing,
motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan,
kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh
dan menyeronokkan.


Peranan Guru Pendidikan Seni Visual
Guru Sebagai Pengurus
Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. Apa
yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas
pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan
murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga
dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu
memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah
menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara
perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah:


      1. Menguruskan rutin bilik darjah.
      2. Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.
      3. Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.
      4. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.
      5. Mengurus aktiviti kumpulan.
      6. Mengurus karya dan hasil kerja murid.
      7. Mengurus sumber alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.
      8. Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.
      9. Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni
          yang menyeronokkan.
      10. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

                                           2
Guru Sebagai Pembimbing


Antara lain Guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam
pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahuan baru
kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil
bakat dan memupuk minat terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan
(fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan
mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994).
Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat
interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu
peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam pengajaran dan
pembelajaran Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-
muridnya melukis pemandangan ditepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui
pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru
perlu membimbing murid-murid melukis gambar tersebut dengan memberikan
input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan
melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru.


      Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai
sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-muridnya dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual:
      1. Bersopan santun
      2. Menghormati pandangan murid
      3. Peramah
      4. Jujur
      5. Prihatin
Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih
jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbingan
akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat
semasa menghasilkan karya seni visual.



                                           3
Guru Sebagai Motivator


Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru
untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh
seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan
yang dimaksudkan oleh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada
kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam pengajaran
dan pembelajaran Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk
memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka
tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi
guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin
membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni.


      Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?:


      1. Memberi komen yang positif.
      2. Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid.
      3. Memilih alat dan bahan.
         -   Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan
             yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
      4. Masa
         -   Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai
             masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi dan meneroka.
      5. Rangsangan
         -   Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan.
         -   Pamerkan hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk
             menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.




                                           4
6. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
          -   Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
              seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea
              dan cadangan daripada murid.
      7. Hormat-menghormati
          -   Guru Pendidikan Seni Visual perlu mempunyai sikap menghormati murid
              dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan.
      8. Memberi Galakan dan Motivasi
          -   Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat
              dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
      9. Penghargaan
          -Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan
          komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.


Guru Sebagai Pemudah Cara


Sebagai seorang guru seni yang cemerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah
penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.
Menurut Joyce B dan Weil M (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali
mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih
mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta
penguasaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan
memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana
untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan?


      Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru perlulah
berperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekirannya guru mahu mengajar
murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka, seperti yang kita ketahui
kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan
tugasan ini, agak sukar sekirannya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya.
Justeru itu, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara.

                                           5
Guru boleh menyediakan “ wording ” yang sesuai untuk membuat kain rentang
tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh
guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran
asas membuat kain rentang.


Guru Sebagai Inisiator


Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang sentiasa
berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai
inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan.
Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang
terbaik dalam penghasilan karya seni.
      Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni?


      1. Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua
         murid.
      2. Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan
         pembelajaran.
      3. Memahami dinamika kumpulan.
      4. Membantu murid memperkembangkan ilmu seni.
      5. Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid
         menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni mereka.
      6. Menggubah dan menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
         dapat menarik perhatian murid.


Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni.
Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung
akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik
dalam penghasilan karya seni.



                                          6
Rumusan


      Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan pernyataan yang menjadi
penentu arah haluan, asas serta sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan
dalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yang
meliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan khususnya
sekolah.
      Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian falsafah
dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Suasana persekolahan yang member peluang kepada pelajar mendapat
pengalaman hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membina
persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di samping
itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat menggalakkan
pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara lisan dan bertulis.
      Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid secara
menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja secara
terpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu meningkatkan
perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar.
      Akhirnya semua pihak sewajarnya bersama- sama berusaha untuk mencari
formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan
jayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Sesungguhnya, sikap tidak bertanggungjawab ini akan meranapkan
impian untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai satu sistem pendidikan
bertaraf dunia.




                                            7

Contenu connexe

Tendances

Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualSabariah Bahrum
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniLaila Wati Johari
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridHalimaton Sad'iah
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Boss
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarAngel Spaghcoroni
 
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINNorhaniza Taharuddin
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAssgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAhmad NazRi
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanShin Lee
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratIzzat Hakim
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanAni Anne
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVNoor Syazwanni
 

Tendances (20)

Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAssgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
teknik resis
teknik resisteknik resis
teknik resis
 
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaan
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
 

En vedette

Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psvAisyah Mainol
 
Peranan guru disekolah
Peranan guru disekolahPeranan guru disekolah
Peranan guru disekolahiskawia
 
Seni dan kanak kanak
Seni dan kanak kanakSeni dan kanak kanak
Seni dan kanak kanakmilzi5215
 
Seni kanak kanak
Seni kanak kanakSeni kanak kanak
Seni kanak kanakAzrin Ahmed
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakLinda Zain
 
Minggu 1: KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Minggu 1: KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA Minggu 1: KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Minggu 1: KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA kamektok2011
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72Farihah Ha
 
Buku rujukan i think terkini oktober
Buku rujukan i think terkini oktoberBuku rujukan i think terkini oktober
Buku rujukan i think terkini oktoberFakhrulrozi Rahman
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Peran Guru Sebagai Motivator
Peran Guru Sebagai MotivatorPeran Guru Sebagai Motivator
Peran Guru Sebagai MotivatorMuhamad Yogi
 
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psvCik Lieya
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahHon Shan Shan
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Guru sebagai pendidik
Guru sebagai pendidikGuru sebagai pendidik
Guru sebagai pendidikayu Naoman
 

En vedette (20)

Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
 
Peranan guru disekolah
Peranan guru disekolahPeranan guru disekolah
Peranan guru disekolah
 
Seni dan kanak kanak
Seni dan kanak kanakSeni dan kanak kanak
Seni dan kanak kanak
 
Seni kanak kanak
Seni kanak kanakSeni kanak kanak
Seni kanak kanak
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanak
 
Minggu 1: KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Minggu 1: KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA Minggu 1: KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Minggu 1: KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
 
Konsep guru
Konsep guruKonsep guru
Konsep guru
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
 
6. guru
6. guru6. guru
6. guru
 
Buku rujukan i think terkini oktober
Buku rujukan i think terkini oktoberBuku rujukan i think terkini oktober
Buku rujukan i think terkini oktober
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Peran Guru Sebagai Motivator
Peran Guru Sebagai MotivatorPeran Guru Sebagai Motivator
Peran Guru Sebagai Motivator
 
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Guru sebagai pendidik
Guru sebagai pendidikGuru sebagai pendidik
Guru sebagai pendidik
 

Similaire à Peranan guru psv

36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)Alene Juel
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangMariah Inah
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakHarliza Nordin
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanOnie Gi
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1saeful_4h13
 
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupaMateri 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupaPPGhybrid3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Azzam Yusof
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Farah Husna Tajuddin
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Watie Razali
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5淡 云
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Kim44444
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 

Similaire à Peranan guru psv (20)

36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
 
Corak dan rekaan
Corak dan rekaanCorak dan rekaan
Corak dan rekaan
 
Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlang
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
M uas
M uasM uas
M uas
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
 
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupaMateri 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
 
Seni rupa
Seni rupaSeni rupa
Seni rupa
 
Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4
 

Plus de Kamal Khalid

Kulit depan k em upsr.
Kulit depan k em upsr.Kulit depan k em upsr.
Kulit depan k em upsr.Kamal Khalid
 
Muka depan perancangan koku
Muka depan perancangan kokuMuka depan perancangan koku
Muka depan perancangan kokuKamal Khalid
 
Program selepas upsr
Program selepas upsrProgram selepas upsr
Program selepas upsrKamal Khalid
 
Kertas kerja kursus
Kertas kerja kursusKertas kerja kursus
Kertas kerja kursusKamal Khalid
 
4 model pengajaran
4 model pengajaran4 model pengajaran
4 model pengajaranKamal Khalid
 
Kajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanakKajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanakKamal Khalid
 
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02Kamal Khalid
 

Plus de Kamal Khalid (8)

Kulit depan k em upsr.
Kulit depan k em upsr.Kulit depan k em upsr.
Kulit depan k em upsr.
 
Muka depan perancangan koku
Muka depan perancangan kokuMuka depan perancangan koku
Muka depan perancangan koku
 
Program selepas upsr
Program selepas upsrProgram selepas upsr
Program selepas upsr
 
Kertas kerja kursus
Kertas kerja kursusKertas kerja kursus
Kertas kerja kursus
 
Mutiara kata.
Mutiara kata.Mutiara kata.
Mutiara kata.
 
4 model pengajaran
4 model pengajaran4 model pengajaran
4 model pengajaran
 
Kajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanakKajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanak
 
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
 

Peranan guru psv

  • 1. Pengenalan Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat disekeliling mereka. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini. Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training ) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya disekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru 1
  • 2. seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Peranan Guru Pendidikan Seni Visual Guru Sebagai Pengurus Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah: 1. Menguruskan rutin bilik darjah. 2. Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian. 3. Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah. 4. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. 5. Mengurus aktiviti kumpulan. 6. Mengurus karya dan hasil kerja murid. 7. Mengurus sumber alat dan bahan Pendidikan Seni Visual. 8. Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik. 9. Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang menyeronokkan. 10. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. 2
  • 3. Guru Sebagai Pembimbing Antara lain Guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahuan baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid- muridnya melukis pemandangan ditepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru. Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual: 1. Bersopan santun 2. Menghormati pandangan murid 3. Peramah 4. Jujur 5. Prihatin Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual. 3
  • 4. Guru Sebagai Motivator Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?: 1. Memberi komen yang positif. 2. Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid. 3. Memilih alat dan bahan. - Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. 4. Masa - Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi dan meneroka. 5. Rangsangan - Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. - Pamerkan hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. 4
  • 5. 6. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel - Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. 7. Hormat-menghormati - Guru Pendidikan Seni Visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan. 8. Memberi Galakan dan Motivasi - Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. 9. Penghargaan -Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas. Guru Sebagai Pemudah Cara Sebagai seorang guru seni yang cemerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Menurut Joyce B dan Weil M (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan? Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekirannya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka, seperti yang kita ketahui kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekirannya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru itu, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. 5
  • 6. Guru boleh menyediakan “ wording ” yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain rentang. Guru Sebagai Inisiator Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni? 1. Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid. 2. Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Memahami dinamika kumpulan. 4. Membantu murid memperkembangkan ilmu seni. 5. Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni mereka. 6. Menggubah dan menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid. Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni. 6
  • 7. Rumusan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan pernyataan yang menjadi penentu arah haluan, asas serta sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yang meliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan khususnya sekolah. Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana persekolahan yang member peluang kepada pelajar mendapat pengalaman hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di samping itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat menggalakkan pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara lisan dan bertulis. Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid secara menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja secara terpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu meningkatkan perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar. Akhirnya semua pihak sewajarnya bersama- sama berusaha untuk mencari formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sesungguhnya, sikap tidak bertanggungjawab ini akan meranapkan impian untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai satu sistem pendidikan bertaraf dunia. 7