SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Sejambak kasih seharum kasturi buat peneraju majlis, jemaah hakim yang
berintegriti, warga pendidik yang disanjungi, seterusnya rakan-rakan seperjuangan
yang dihormati.
Pucuk manis permatang hati,
Pucuk purut harum mewangi,
Yang tua dihormati,
Yang muda disayangi.
Demikianlah tajuk pidato saya yang bakal dikupas buat santapan semua. Sebelum
lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur
hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin
terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata.
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat tua bermaksud orang yang sudah tua
atau orang yang dianggap tua seperti ibu bapa. Hormat pula membawa maksud
perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang. Muda
dalam konteks manusia bermaksud anak muda, remaja, belia dan kanak-kanak.
Sayang pula membawa makna kasih, rindu dan asyik. Ini dapat difahami bahawa
orang yang lebih tua perlu di hormati dan yang muda perlu dikasihi serta disayangi.
Hadirin yang bervisi,
Kututup rapat pintu definisi, Kubuka pula maksud isi
„Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi‟. Berdasarkan ungkapan di atas,
muncul satu persoalan dibenak fikiran kita. Adakah masih relevan lagi ungkapan
tersebut diguna pakai pada zaman ini? Hal ini demikian kerana sikap generasi
muda yang sudah hilang rasa hormat dan sopannya kepada generasi tua.
Contohnya mereka akan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan hati dan
perasaan orang yang lebih tua daripada mereka.
Putera puteri anak pertiwi,
Lontaran idea seterusnya berteraskan kata kunci memuliakan orang yang
lebih tua. Menghormati orang yang tua bukan hanya budaya, namun ia
sebahagian daripada akhlak mulia dan terpuji yang diseru oleh Islam. Hal ini
dilakukan dengan cara memuliakannya dan memerhatikan hak-haknya. Nabi
Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa tidak menyayangi anak kecil kami & tidak mengenal hak orang tua
kami maka bukan termasuk golongan kami.” (HR. Al-Bukhari)
Warga dewan yang budiman
Dihias indah fakta seterusnya, mendahulukan orang yang lebih tua. Dalam
Islam disyariatkan mendahului orang yang lebih tua dalam beberapa keadaan.
1. Mengimami solat : sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
“Bila waktu solat telah tiba, maka hendaklah salah seorang kalian
mengumandangkan azan dan orang yang paling tua mengimami solat
kalian.” (HR. Al-Bukhari )
2. Dalam berbicara dan memberi pendapat. Perlu kita mendahulukan orang
yang lebih tua dalam kata-kata dan mengajukan pendapat.
3. Dalam pemberian. Kita perlu mendahulukan mereka yang lebih tua
sebagaimana dalam hadis Rasulullah yang meminta sahabat mendahulukan
mereka yang lebih tua.
Sidang pendengar budiman,
Menelusi hujah di bawah nirmala kata menyayangi yang muda. Bila orang
yang telah lanjut usia mendapat hak penghormatan dan kemuliaan, demikian pula
dengan anak yang masih kecil, mereka berhak mendapat kasih sayang.
Menyayangi anak kecil merupakan keharusan.
Pernah pada suatu saat Nabi SAW mencium cucunya Hasan bin Ali. Waktu
itu, di sisi Nabi ada seorang bernama Al-Aqra‟ bin Habis At-Tamimi sedang duduk.
Maka Al-Aqra‟ mengatakan: “Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, tidak
pernah seorang pun yang saya cium.” Maka Rasulullah SAW melihat kepadanya &
mengatakan:
“Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (Allah).” (HR. Al-Bukhari )
Tentunya, menyayangi anak-anak kecil tidak hanya terbatas pada anak
sendiri bahkan umum sifatnya iaitu semua kanak-kanak tidak kira bangsa dan
agama. Bentuk menyayangi anak kecil juga banyak. Misalnya, menciumnya,
menggendongnya, mengusap kepalanya, menyapa & menyalaminya, serta
mengucapkan salam kepadanya.
Pada suatu masa Anas bin Malik r.a melewati anak-anak kecil lalu ia
mengucapkan salam kepada mereka. Anas berkata: “Dahulu Rasulullah SAW
melakukan demikian.” (Muttafaqun „alaihi)
Sidang dewan permisi,
Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Amalan Budi Bahasa Budaya Kita, disemarakkan Agar jutaan rakyat Malaysia
bersama-sama menghayati konsep jati diri dan membetulkan organisasi lantas
menanam dan mengkambus jauh telunjuk lurus kelingking berkait. Didikan ágama
dan kerohanian disemai suburkan dalam diri setiap ahli keluarga dengan akhlak-
akhlak mulia dan mahmudah agar sikap sayang menyayang dalam keluarga dan
masyarakat tidak bertepi. Sudah tentulah puncak kasih akan berpanjangan. Jelas
menunjukkan usaha-usaha telah dilakukan bagi membentuk akhlak mulia dan
akhinya membentuk masyarakat penyayang.
Anak-anak bangsaku,
Konklusinya, bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang
tersendiri. Nilai-nilai tradisi dan akhlak mulia masih utuh mendasari prinsip yang tua
dihormati yang muda disayangi. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kekalkan
warisan gemilang selagi hayat di kandung badan. Marilah kita lakarkan potret
kegemilangan Malaysia berpaksikan al-Quran dan Sunnah pada masa hadapan.
Sekian. Salam kasih sayang.
Wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualikum WBT.

Contenu connexe

Tendances

Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahFuad Ee
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as soutkenjisword
 
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Noor Hayati Haya Haya
 
Ciri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikanCiri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikanShaeddaAsua
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahamira nurfahmida
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU
 
Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1Mohd Shukri
 
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanCiri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanNORFATEHAHBINTIESHAM
 
Hadis mencegah kemungkaran
Hadis mencegah kemungkaranHadis mencegah kemungkaran
Hadis mencegah kemungkarannasuha79 nas
 
Hindari khurafat tahun 6.pptx
Hindari khurafat tahun 6.pptxHindari khurafat tahun 6.pptx
Hindari khurafat tahun 6.pptxNadirahSalim
 
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamKonsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamDalila Syakireen
 

Tendances (20)

2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
Piagam madinah
Piagam madinahPiagam madinah
Piagam madinah
 
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
 
Ciri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikanCiri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikan
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Doa majlis ihya
Doa majlis ihyaDoa majlis ihya
Doa majlis ihya
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
Nota dakwah
Nota dakwahNota dakwah
Nota dakwah
 
Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1
 
Silibus 1
Silibus 1Silibus 1
Silibus 1
 
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanCiri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
 
Hadis mencegah kemungkaran
Hadis mencegah kemungkaranHadis mencegah kemungkaran
Hadis mencegah kemungkaran
 
Hindari khurafat tahun 6.pptx
Hindari khurafat tahun 6.pptxHindari khurafat tahun 6.pptx
Hindari khurafat tahun 6.pptx
 
sirah nabawiyyah
sirah nabawiyyahsirah nabawiyyah
sirah nabawiyyah
 
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamKonsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Adab terhadap guru beserta dalil
Adab terhadap guru beserta dalilAdab terhadap guru beserta dalil
Adab terhadap guru beserta dalil
 

En vedette

Pidato tua&muda
Pidato tua&mudaPidato tua&muda
Pidato tua&mudamandina
 
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
Soalan percubaan bahasa melayu   pt3Soalan percubaan bahasa melayu   pt3
Soalan percubaan bahasa melayu pt3Aynora Nur
 
Naskah pidato; berbakti kepada kedua orang tua
Naskah pidato; berbakti kepada kedua orang tuaNaskah pidato; berbakti kepada kedua orang tua
Naskah pidato; berbakti kepada kedua orang tuaAlvin 'Holocoust'
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahanone piece
 
Soalan bm kertas 1
Soalan bm kertas 1Soalan bm kertas 1
Soalan bm kertas 1balingindah
 
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4huda_ahmad
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktacikgushamsuddin
 
Contoh pidato bertema pendidikan
Contoh pidato bertema pendidikanContoh pidato bertema pendidikan
Contoh pidato bertema pendidikanAsep Misdan
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
Surat perjanjian
Surat perjanjianSurat perjanjian
Surat perjanjianbinaman
 
2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismailKamarudin Jaafar
 
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiKepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiJun Sahrul
 

En vedette (20)

Pidato tua&muda
Pidato tua&mudaPidato tua&muda
Pidato tua&muda
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
Soalan percubaan bahasa melayu   pt3Soalan percubaan bahasa melayu   pt3
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmu
 
Naskah pidato; berbakti kepada kedua orang tua
Naskah pidato; berbakti kepada kedua orang tuaNaskah pidato; berbakti kepada kedua orang tua
Naskah pidato; berbakti kepada kedua orang tua
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
Media pembelajaran pai intekatif sk 6 oke
Media pembelajaran pai intekatif sk 6 okeMedia pembelajaran pai intekatif sk 6 oke
Media pembelajaran pai intekatif sk 6 oke
 
Soalan bm kertas 1
Soalan bm kertas 1Soalan bm kertas 1
Soalan bm kertas 1
 
Penulisan fakta
Penulisan faktaPenulisan fakta
Penulisan fakta
 
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
2. amanah
2. amanah2. amanah
2. amanah
 
Contoh pidato
Contoh pidatoContoh pidato
Contoh pidato
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis fakta
 
Contoh pidato bertema pendidikan
Contoh pidato bertema pendidikanContoh pidato bertema pendidikan
Contoh pidato bertema pendidikan
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
2. teks dugaan n. yusuf
2. teks dugaan n. yusuf2. teks dugaan n. yusuf
2. teks dugaan n. yusuf
 
Surat perjanjian
Surat perjanjianSurat perjanjian
Surat perjanjian
 
2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail
 
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiKepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
 

Similaire à Pidato tua&muda

A169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam IslamA169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam IslamNURULSABRINA15
 
Bertutur Santun dalam Islam
Bertutur Santun dalam IslamBertutur Santun dalam Islam
Bertutur Santun dalam Islamyuniarkowahyu
 
Bertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islamBertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islamyuniarkowahyu
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaBowo Aquhh
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaSugengwi Kocakabiezt
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormatiAmalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormatiJannah Salman
 
Bertuntun santun dalam islam
Bertuntun santun dalam islamBertuntun santun dalam islam
Bertuntun santun dalam islamyuniarkowahyu
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamUstajah ILa AzieLa
 
Bertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islamBertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islamyuniarkowahyu
 
Bertuntur santun dalam islam
Bertuntur santun dalam islamBertuntur santun dalam islam
Bertuntur santun dalam islamyuniarkowahyu
 
Makalah akida akhlak man 2021
Makalah akida akhlak man 2021Makalah akida akhlak man 2021
Makalah akida akhlak man 2021andreanapulu
 
Peranan keluarga dalam masyarakat islam
Peranan keluarga dalam masyarakat islamPeranan keluarga dalam masyarakat islam
Peranan keluarga dalam masyarakat islamfidera94
 
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnal
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnalKelompok 1 spai pend. geografi jurnal
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnalRicky Ramadhan
 
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosialA163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosializzaidahwan
 
Cerahkan nurani dengan saling menasehati
Cerahkan nurani dengan saling menasehatiCerahkan nurani dengan saling menasehati
Cerahkan nurani dengan saling menasehatiNamaku Merah
 
Meraih Kasih Allah dengan Ihsan.docx
Meraih  Kasih Allah dengan Ihsan.docxMeraih  Kasih Allah dengan Ihsan.docx
Meraih Kasih Allah dengan Ihsan.docxZukét Printing
 
Meraih Kasih Allah dengan Ihsan.pdf
Meraih  Kasih Allah dengan Ihsan.pdfMeraih  Kasih Allah dengan Ihsan.pdf
Meraih Kasih Allah dengan Ihsan.pdfZukét Printing
 

Similaire à Pidato tua&muda (20)

A169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam IslamA169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
 
Bertutur Santun dalam Islam
Bertutur Santun dalam IslamBertutur Santun dalam Islam
Bertutur Santun dalam Islam
 
Bertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islamBertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islam
 
Saling menasehati
Saling menasehatiSaling menasehati
Saling menasehati
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormatiAmalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
 
Bertuntun santun dalam islam
Bertuntun santun dalam islamBertuntun santun dalam islam
Bertuntun santun dalam islam
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islam
 
Bertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islamBertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islam
 
Bertuntur santun dalam islam
Bertuntur santun dalam islamBertuntur santun dalam islam
Bertuntur santun dalam islam
 
Ebook wa marrotan ukhro
Ebook wa marrotan ukhroEbook wa marrotan ukhro
Ebook wa marrotan ukhro
 
Makalah akida akhlak man 2021
Makalah akida akhlak man 2021Makalah akida akhlak man 2021
Makalah akida akhlak man 2021
 
Peranan keluarga dalam masyarakat islam
Peranan keluarga dalam masyarakat islamPeranan keluarga dalam masyarakat islam
Peranan keluarga dalam masyarakat islam
 
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnal
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnalKelompok 1 spai pend. geografi jurnal
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnal
 
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosialA163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
Fokus pendidikan islam
Fokus pendidikan islamFokus pendidikan islam
Fokus pendidikan islam
 
Cerahkan nurani dengan saling menasehati
Cerahkan nurani dengan saling menasehatiCerahkan nurani dengan saling menasehati
Cerahkan nurani dengan saling menasehati
 
Meraih Kasih Allah dengan Ihsan.docx
Meraih  Kasih Allah dengan Ihsan.docxMeraih  Kasih Allah dengan Ihsan.docx
Meraih Kasih Allah dengan Ihsan.docx
 
Meraih Kasih Allah dengan Ihsan.pdf
Meraih  Kasih Allah dengan Ihsan.pdfMeraih  Kasih Allah dengan Ihsan.pdf
Meraih Kasih Allah dengan Ihsan.pdf
 

Plus de mandina

KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINANmandina
 
buka minda, lapangkan dada.pptx
buka minda, lapangkan dada.pptxbuka minda, lapangkan dada.pptx
buka minda, lapangkan dada.pptxmandina
 
SLOT 4 KAEDAH PELAKSANAAN SPSM.pptx
SLOT 4 KAEDAH PELAKSANAAN SPSM.pptxSLOT 4 KAEDAH PELAKSANAAN SPSM.pptx
SLOT 4 KAEDAH PELAKSANAAN SPSM.pptxmandina
 
SLOT 3 SPSM.pptx
SLOT 3 SPSM.pptxSLOT 3 SPSM.pptx
SLOT 3 SPSM.pptxmandina
 
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxSLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxmandina
 
Bk12 sains
Bk12 sainsBk12 sains
Bk12 sainsmandina
 
03. bab i
03. bab i03. bab i
03. bab imandina
 
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_mamandina
 
Huruf arab
Huruf arabHuruf arab
Huruf arabmandina
 
Tokoh guru
Tokoh guruTokoh guru
Tokoh gurumandina
 
Bijak menempuh-halangan
Bijak menempuh-halanganBijak menempuh-halangan
Bijak menempuh-halanganmandina
 
Bijak belajar
Bijak belajarBijak belajar
Bijak belajarmandina
 
Kajian tindakan 3 s fasa satu
Kajian tindakan 3 s fasa satuKajian tindakan 3 s fasa satu
Kajian tindakan 3 s fasa satumandina
 
Kisah bakal seorang ayah
Kisah bakal seorang ayahKisah bakal seorang ayah
Kisah bakal seorang ayahmandina
 
Kod hak 2
Kod hak 2Kod hak 2
Kod hak 2mandina
 
Bijak menempuh-halangan
Bijak menempuh-halanganBijak menempuh-halangan
Bijak menempuh-halanganmandina
 
Bunga dan rama2
Bunga dan rama2Bunga dan rama2
Bunga dan rama2mandina
 

Plus de mandina (18)

KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINAN
 
buka minda, lapangkan dada.pptx
buka minda, lapangkan dada.pptxbuka minda, lapangkan dada.pptx
buka minda, lapangkan dada.pptx
 
SLOT 4 KAEDAH PELAKSANAAN SPSM.pptx
SLOT 4 KAEDAH PELAKSANAAN SPSM.pptxSLOT 4 KAEDAH PELAKSANAAN SPSM.pptx
SLOT 4 KAEDAH PELAKSANAAN SPSM.pptx
 
SLOT 3 SPSM.pptx
SLOT 3 SPSM.pptxSLOT 3 SPSM.pptx
SLOT 3 SPSM.pptx
 
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxSLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
 
Bk12 sains
Bk12 sainsBk12 sains
Bk12 sains
 
03. bab i
03. bab i03. bab i
03. bab i
 
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
 
Huruf arab
Huruf arabHuruf arab
Huruf arab
 
Tokoh guru
Tokoh guruTokoh guru
Tokoh guru
 
5 cinta
5 cinta5 cinta
5 cinta
 
Bijak menempuh-halangan
Bijak menempuh-halanganBijak menempuh-halangan
Bijak menempuh-halangan
 
Bijak belajar
Bijak belajarBijak belajar
Bijak belajar
 
Kajian tindakan 3 s fasa satu
Kajian tindakan 3 s fasa satuKajian tindakan 3 s fasa satu
Kajian tindakan 3 s fasa satu
 
Kisah bakal seorang ayah
Kisah bakal seorang ayahKisah bakal seorang ayah
Kisah bakal seorang ayah
 
Kod hak 2
Kod hak 2Kod hak 2
Kod hak 2
 
Bijak menempuh-halangan
Bijak menempuh-halanganBijak menempuh-halangan
Bijak menempuh-halangan
 
Bunga dan rama2
Bunga dan rama2Bunga dan rama2
Bunga dan rama2
 

Pidato tua&muda

  • 1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sejambak kasih seharum kasturi buat peneraju majlis, jemaah hakim yang berintegriti, warga pendidik yang disanjungi, seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dihormati. Pucuk manis permatang hati, Pucuk purut harum mewangi, Yang tua dihormati, Yang muda disayangi. Demikianlah tajuk pidato saya yang bakal dikupas buat santapan semua. Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat tua bermaksud orang yang sudah tua atau orang yang dianggap tua seperti ibu bapa. Hormat pula membawa maksud perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang. Muda dalam konteks manusia bermaksud anak muda, remaja, belia dan kanak-kanak. Sayang pula membawa makna kasih, rindu dan asyik. Ini dapat difahami bahawa orang yang lebih tua perlu di hormati dan yang muda perlu dikasihi serta disayangi. Hadirin yang bervisi, Kututup rapat pintu definisi, Kubuka pula maksud isi „Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi‟. Berdasarkan ungkapan di atas, muncul satu persoalan dibenak fikiran kita. Adakah masih relevan lagi ungkapan tersebut diguna pakai pada zaman ini? Hal ini demikian kerana sikap generasi muda yang sudah hilang rasa hormat dan sopannya kepada generasi tua. Contohnya mereka akan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang lebih tua daripada mereka. Putera puteri anak pertiwi, Lontaran idea seterusnya berteraskan kata kunci memuliakan orang yang lebih tua. Menghormati orang yang tua bukan hanya budaya, namun ia sebahagian daripada akhlak mulia dan terpuji yang diseru oleh Islam. Hal ini dilakukan dengan cara memuliakannya dan memerhatikan hak-haknya. Nabi Muhammad SAW bersabda:
  • 2. “Barangsiapa tidak menyayangi anak kecil kami & tidak mengenal hak orang tua kami maka bukan termasuk golongan kami.” (HR. Al-Bukhari) Warga dewan yang budiman Dihias indah fakta seterusnya, mendahulukan orang yang lebih tua. Dalam Islam disyariatkan mendahului orang yang lebih tua dalam beberapa keadaan. 1. Mengimami solat : sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Bila waktu solat telah tiba, maka hendaklah salah seorang kalian mengumandangkan azan dan orang yang paling tua mengimami solat kalian.” (HR. Al-Bukhari ) 2. Dalam berbicara dan memberi pendapat. Perlu kita mendahulukan orang yang lebih tua dalam kata-kata dan mengajukan pendapat. 3. Dalam pemberian. Kita perlu mendahulukan mereka yang lebih tua sebagaimana dalam hadis Rasulullah yang meminta sahabat mendahulukan mereka yang lebih tua. Sidang pendengar budiman, Menelusi hujah di bawah nirmala kata menyayangi yang muda. Bila orang yang telah lanjut usia mendapat hak penghormatan dan kemuliaan, demikian pula dengan anak yang masih kecil, mereka berhak mendapat kasih sayang. Menyayangi anak kecil merupakan keharusan. Pernah pada suatu saat Nabi SAW mencium cucunya Hasan bin Ali. Waktu itu, di sisi Nabi ada seorang bernama Al-Aqra‟ bin Habis At-Tamimi sedang duduk. Maka Al-Aqra‟ mengatakan: “Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, tidak pernah seorang pun yang saya cium.” Maka Rasulullah SAW melihat kepadanya & mengatakan: “Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (Allah).” (HR. Al-Bukhari )
  • 3. Tentunya, menyayangi anak-anak kecil tidak hanya terbatas pada anak sendiri bahkan umum sifatnya iaitu semua kanak-kanak tidak kira bangsa dan agama. Bentuk menyayangi anak kecil juga banyak. Misalnya, menciumnya, menggendongnya, mengusap kepalanya, menyapa & menyalaminya, serta mengucapkan salam kepadanya. Pada suatu masa Anas bin Malik r.a melewati anak-anak kecil lalu ia mengucapkan salam kepada mereka. Anas berkata: “Dahulu Rasulullah SAW melakukan demikian.” (Muttafaqun „alaihi) Sidang dewan permisi, Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Amalan Budi Bahasa Budaya Kita, disemarakkan Agar jutaan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati konsep jati diri dan membetulkan organisasi lantas menanam dan mengkambus jauh telunjuk lurus kelingking berkait. Didikan ágama dan kerohanian disemai suburkan dalam diri setiap ahli keluarga dengan akhlak- akhlak mulia dan mahmudah agar sikap sayang menyayang dalam keluarga dan masyarakat tidak bertepi. Sudah tentulah puncak kasih akan berpanjangan. Jelas menunjukkan usaha-usaha telah dilakukan bagi membentuk akhlak mulia dan akhinya membentuk masyarakat penyayang. Anak-anak bangsaku, Konklusinya, bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Nilai-nilai tradisi dan akhlak mulia masih utuh mendasari prinsip yang tua dihormati yang muda disayangi. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kekalkan warisan gemilang selagi hayat di kandung badan. Marilah kita lakarkan potret kegemilangan Malaysia berpaksikan al-Quran dan Sunnah pada masa hadapan. Sekian. Salam kasih sayang. Wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualikum WBT.