SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
Télécharger pour lire hors ligne
X PENGENALAN
Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah
Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Pengetua/Guru Besar sebagai
Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan
Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki,
mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah.
TTooppiikk
33
X Pengurusanȱ
Kokurikulumȱ
diȱSekolahȱȱ
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan senarai organisasi pengurusan kokurikulum di sekolah;
2. Menyenaraikan jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang terdapat di
sekolah;
3. Menjelaskan fungsi-fungsi aktiviti kokurikulum dijalankan;
4. Membincangkan ciri-ciri utama pelajar yang mengikuti aktiviti
kokurikulum di sekolah; dan
5. Menerangkan perancangan strategi yang sesuai untuk melaksanakan
kokurikulum di sekolah.
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 25
Beberapa perkara perlu di ambil kira semasa membentuk organisasi ini agar ia
dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah.
(a) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli;
(b) Kekerapan mengadakan mesyuarat;
(c) Pembentukan jawatankuasa kecil;
(d) Pelaporan berkala; dan
(e) Dokumentasi.
JAWATANKUASA PENGURUSAN
KOKURIKULUM SEKOLAH
Rajah 3.1 menyatakan antara jawatankuasa pengurusan kokurikulum di sekolah-
sekolah.
Rajah 3.1: Jawatankuasa pengurusan kokurikulum di sekolah
3.1.1 Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah
Berikut adalah beberapa skema pelaksanaan kokurikulum sekolah, iaitu:
Ć 1.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan
Kokurikulum Sekolah.
3.1
X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH26
Ć 1.2.2 Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah { Rujuk
Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.1/1985 bertarikh 2hb Januari 1986}.
Ć 1.2.3 Merumuskan dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum
sekolah dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-
pelajar. {Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum
ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa
Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah}.
Ć 1.2.4 Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan
Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat
persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam dan sukan/permainan.
Ć 1.2.5 Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam
pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya
dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan.
Ć 1.2.6 Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan
kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan.
Ć 1.2.7 Menyediakan keperluan asas pentadbiran {termasuklah fail,
dokumen-dokumen rujukan prosedur, undang-undang atau
peraturan dan tatacara pelaksanaan, kurikulum kegiatan, boring-
borang penilaian dan sijil-sijil}.
Ć 1.2.8 Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan
kemudahan-kemudahan asas.
Ć 1.2.9 Mengenal pasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan seperti
sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber
bantuan dan kewangan, dan kecendorongan pelajar.
Ć 1.2.10 Memperolehi dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat, dan
harta modal bidang kokurikulum.
Ć 1.2.11 Menyediakan perancangan dan jadual tahunan {takwim} kegiatan
kokurikulum sekolah.
Ć 1.2.12 Menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik
guru-guru penasihat {Rujuk peraturan-peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh
21hb Mei 1998 Jil.42/No.11: PU (A) 196}.
Ć 1.2.13 Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab.
Ć 1.2.14 Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada
guru-guru.
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 27
Ć 1.2.15 Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan
beruniform berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/
badan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum
sekolah dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri.
Ć 1.2.16 Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokuikulum.
Ć 1.2.17 Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan
oleh setiap persatuan/kelab, badan beruniform dan
persatuan/kelab sukan dan permainan.
Ć 1.2.18 Melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap
pelajar.
Ć 1.2.19 Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan.
Ć 1.2.20 Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat
dareah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa.
Ć 1.2.21 Menyediakan laporan Tahunan Kokrikulum. {Lampiran Laporan}.
3.1.2 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum
Berikut adalah beberapa prinsip pelaksanaan kokurikulum sekolah:
Ć 1.3.1 Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan
pembelajaran yang menarik, menyeronokkan, dan merentasi
kokurikulum, bagi membantu murid/pelajar mengikuti, melalui, dan
mengalami alam persekolahan dalam keadaan selesa, selamat dan
sejahtera dengan pewujudan iklim, budaya dan persekitaran sekolah
yang kondusif, ceria dan bersih.
Ć 1.3.2 Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum
yang berbentuk aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengalaman
pembelajaran dan persekolahan murid/pelajar dalam usaha untuk
melengkapkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program
akademik dan menjadikannya lebih berkaitan dan relevan dengan
alam dan kehidupan di luar sekolah.
Ć 1.3.3 Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada
pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan
pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan
keinsanan demi meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan
diri, daya saing, dan kesejahteraan diri murid/pelajar dan
masyarakat.
X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH28
Ć 1.3.4 Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar
kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat
patriotism, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi
kesejahteraan masyarakat, bangsa dan Negara.
Ć 1.3.5 Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi
dengan mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum bagi
membolehkan penyertaan murid/pelajar secara beramai-ramai;
penyertaan seramai mungkin murid-murid terpilih; dan peragaan
murid kepada khalayak yang lebih ramai dan terbuka.
Ć 1.3.6 Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran,
pencapaian, dan kepimpinan dalam setiap bidang kokurikulum
supaya murid/pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka sertai, dan
berpeluang mengatasi atau mempertingkatkannya secara berterusan.
Ć 1.3.7 Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur,
dan dikelolakan memberi peluang dan kesempatan kepada
murid/pelajar mengembangkan minat, bakat kreatif dan inovatif
masing-masing; dan menatarkan idea, pendapat, buah fikiran, ilham
dan cita rasa secara berhemah dan bijaksana melalui pelbagai genre
dan budaya warisan bangsa.
Ć 1.3.8 Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar
memperagakan kepada khalayak bakat dan kebolehan masin-masing
dalam bidang-bidang yang mereka minati.
Ć 1.3.9 Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan
kokurikulum yang dirancang, dianjur dan dikelolakan.
Ć 1.3.10 Seberapa boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-
agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi, untuk
memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan
murid/pelajar dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum.
Ć 1.3.11 Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar mempertingkatkan daya
saing dan daya tahan masing-masing, di samping memperteguh
semangat kesukarelawan dan kekendirian.
Ć 1.3.12 Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap
aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur dan dikelolakan.
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 29
JENIS-JENIS KOKURIKULUM
Aktiviti Kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini
akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam subtopik berikutnya.
3.2.1 Pasukan Pakaian Seragam
Berikut disenaraikan beberapa pasukan pakaian seragam:
Ć 2.1.1 Kelab Judo;
Ć 2.1.2 Kelab Karate;
Ć 2.1.3 Kelab Taekwando;
Ć 2.1.4 Pasukan Kadet Bersatu Malaysia {Darat, Laut dan Udara};
Ć 2.1.5 Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat;
Ć 2.1.6 Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalanraya;
Ć 2.1.7 Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA);
Ć 2.1.8 Pasukan Kadet Polis;
Ć 2.1.9 Pasukan Kadet Remaja Sekolah;
Ć 2.1.10 Pasukan Pancaragam/Okestra Sekolah;
Ć 2.1.11 Pergerakan Briged Putera/Briged Puteri;
Ć 2.1.12 Pergerakan Pandu Puteri;
Ć 2.1.13 Pergerakan Pengakap;
Ć 2.1.14 Pergerakan Puteri Islam;
Ć 2.1.15 Persatuan Bulan Sabit Merah;
Ć 2.1.16 Persatuan Seni Silat;
Ć 2.1.17 Persatuan Silambam;
Ć 2.1.18 Persatuan St.John Ambulans Malaysia; dan
Ć 2.1.19 Persatuan Wushu.
3.2
X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH30
3.2.2 Persatuan / Kelab
Subtopik ini akan membincangkan antara persatuan-persatuan dan kelab-kelab
kokurikulum dengan lebih terperinci.
(a) PPersatuan Akademik
Berikut disenaraikan beberapa persatuan akademik:
Ć Persatuan Agama Islam;
Ć Persatuan Bahasa;
Ć Persatuan Drama dan Kesusasteraan;
Ć Persatuan Ekonomi Rumahtangga;
Ć Persatuan Geografi/ Sejarah;
Ć Persatuan Kebudayaan;
Ć Persatuan Kemahiran Hidup;
Ć Persatuan Perdagangan;
Ć Persatuan Persuratan dan Bahas;
Ć Persatuan Sains dan Matematik;
Ć Persatuan Sains Kemasyarakatan; dan
Ć Persatuan Tingkatan Enam.
(b) KKelab Hobi dan Rekreasi
Berikut disenaraikan beberapa kelab-kelab hobi dan rekreasi:
Ć Kelab Alat Pandang Dengar;
Ć Kelab Astronomi;
Ć Kelab Bina Badan;
Ć Kelab Binaan / Bangunan;
Ć Kelab Elektronik;
Ć Kelab Equestrian;
Ć Kelab Kebajikan;
Ć Kelab Keceriaan Sekolah;
Ć Kelab Kembara;
Ć Kelab Koir Sekolah;
Ć Kelab Komputer;
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 31
Ć Kelab Koperasi;
Ć Kelab Memancing;
Ć Kelab Menaip;
Ć Kelab Motor Mekanik;
Ć Kelab Muzik dan Seni Suara;
Ć Kelab Perlancongan;
Ć Kelab Pembimbing Rakan Sebaya;
Ć Kelab Pencinta Alam;
Ć Kelab Pengguna;
Ć Kelab Permainan Tradisional;
Ć Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber;
Ć Kelab Rekreasi;
Ć Kelab Seni Foto;
Ć Kelab Seni Tampak / Halus;
Ć Kelab Seni Tari;
Ć Kelab Pandu Arah;
Ć Kelab Wayang Gambar;
Ć Kelab Pencegah Jenayah;
Ć Kelab Rukun Negara; dan
Ć Kelab Perlancongan.
(c) KKelab Sukan Dan Permainan
Subtopik ini akan menjelaskan antara kelab-kelab sukan dan permainan di
dalam kokurikulum dengan lebih terperinci.
(i) PPermainan
Berikut disenaraikan beberapa jenis permainan di dalam kokurikulum:
Ć Kelab Badminton;
Ć Kelab Bola Jaring;
Ć Kelab Bola Baling;
Ć Kelab Bola Keranjang;
Ć Kelab Bola Sepak;
X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH32
Ć Kelab Bola Tampar;
Ć Kelab Bowling;
Ć Kelab Bowling Padang;
Ć Kelab Catur;
Ć Kelab Dart;
Ć Kelab Gasing Pangkah;
Ć Kelab Gimnastik;
Ć Kelab Gimrama;
Ć Kelab Golf;
Ć Kelab Hoki;
Ć Kelab Karum;
Ć Kelab Kriket;
Ć Kelab Ping Pong;
Ć Kelab Ragbi;
Ć Kelab Sepak Takraw;
Ć Kelab Sofbol;
Ć Kelab Squasy;
Ć Kelab Tenis; dan
Ć Kelab Petanque.
(ii) OOlahraga
Berikut disenaraikan beberapa jenis olahraga di dalam kokurikulum:
Ć Kelab Berbasikal;
Ć Kelab Olahraga;
Ć Kelab Memanah;
Ć Kelab Merentas Desa;
Ć Kelab Motor / Go Kart; dan
Ć Kelab Senamrobik.
(iii) SSukan Air
Berikut disenaraikan beberapa jenis sukan air di dalam kokurikulum:
Ć Kelab Berkeno / Kayak;
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 33
Ć Kelab Luncur Air;
Ć Kelab Perahu Layar;
Ć Kelab Perahu Naga;
Ć Kelab Polo Air;
Ć Kelab Renang;
Ć Kelab Rowing (Berdayung);
Ć Kelab Skuba;
Ć Kelab Skuter Air;
Ć Kelab Snorkeling; dan
Ć Kelab Terjun.
FUNGSI AKTIVITI KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum mempunyai beberapa fungsi tertentu. Fungsi-fungsi
tersebut akan dibincangkan di dalam subtopik berikutnya.
3.3.1 Pengukuhan dan Pengayaan
Pengetahuan yang diperolehi daripada matapelajaran akademik dapat
diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga
dapat memberi peluang kepada murid-murid memahami konsep latihan dalam
bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks
yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begitu juga dapat
member pengalaman yang mungkin tidak dapat dalam bilik darjah.
Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya selaras
dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh
membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.
3.3
X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH34
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi
pengukuhan dan pengayaan:
(a) AAktiviti Pergerakan Pasukan Pakaian Seragam
Antara aktiviti pergerakan pasukan pakaian seragam adalah:
(i) PPertolongan Cemas
Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba
pengetahuan/pengalaman tentang cara-cara member rawatan
kecemasan serta menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam
mata pelajaran sains.
(ii) PPerkhemahan
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid
menggunakan pengetahuan membaca peta (geografi), di samping
dapat member pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang
cara hidup berdikari, semangat kembara, berani dan berikhtiar.
(iii) KKawad Kaki
Aktiviti ini dapat mewujudkan disiplin dalam pasukan, semangat
bekerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan.
(b) AAktiviti Persatuan/Kelab
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi
pengukuhan dan pengayaaan:
(i) KKuiz
Aktiviti ini antara lain dapat member peluang kepada murid-murid
menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan.
(ii) BBahas dan Pidato
Aktiviti ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid
mrnggunakan kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan
hujah dengan menggunakan fakta.
(iii) PProjek Membuat Kincir Air
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid
menggunakan pengetahuan mereka dalam matematik, fizik dan
geografi, di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan
kemahiran hidup.
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 35
(c) AAktiviti Sukan/Permainan
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi
pengukuhan dan pengayaaan:
(i) OOlahraga
Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang
ilmu anatomi, iaitu berkenaan sistem otot dan pembinaan otot yang
kuat. Ini bukan sahaja memperkukuhkan pelajaran mengenai biologi
tetapi murid juga dapat memahami konsep latihan dalam sukan dan
menggunakan pengetahuan yang ada dalam latihan itu.
(ii) BBola Sepak
Aktivti ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman,
bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri, dan
ketepatan membuat keputusan. Ia memberi peluang kepada murid-
murid memperkukuhkan dan memperkayakan pendidikan jasmani,
nilai agama dan moral, sivik dan lain-lain.
3.3.2 Khidmat Masyarakat
Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh member khidmat kepada masyarakat
dan begitulah sebaliknya, Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan dua
hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat,
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.
(a) SSumbangan Sekolah kepada Masyarakat
Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber
bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan
yang diperolehi kepada masyarakat. Contohnya, melalui aktiviti Persatuan
Bulan Sabit Merah, murid dapat pendedahan serba sedikit ilmu kesihatan
dan cara-cara rawatan asas kepada masyarakat setempat. Di samping itu,
banyak lagi aktiviti khidmat masyarakat yang dapat menimbulkan suasana
hubungan dua hala seperti bergotong-royong, membersihkan
masjid/surau, kawasan perumahan/Bandar, mengadakan minggu kerja,
ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.
(b) SSumbangan Masyarakat kepada Sekolah
Masyarakat boleh memberi sumbangan dengan cara membantu
sekolahdalam bentuk material, tenaga, usaha, buah fikiran dan kepakaran.
Antaranya ialah:
X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH36
(i) Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu
bagi melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah seperti peralatan
sukan, pakaian, komputer dan lain-lain.
(ii) Memberi ceramah, tunjuk ajar dalam bidang kerjaya, bimbingan dan
latihan dalam kemahiran tertentu seperti menganyam, membuat
tembikar dan lain-lain.
(iii) Memberikan bantuan kepada murid-murid.
(iv) Mengadakan projek anak angkat
(v) Mengadakan rumah terbuka
(vi) Membantu pihak sekolah mengelolakan sukan, hari kokurikulum,
hari kantin dan lain-lain.
(vii) Membantu sekolah menganjurkan gotong royong sama ada di
sekolah atau luar sekolah.
(viii) Membantu projek khidmat ke rumah anak yatim, orang tua dan lain-lain.
3.3.3 Hobi dan Rekreasi
Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum setiap murid akan
memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta mengisi masa lapang dengan
pelbagai aktiviti yang berfaedah dan sesuai dengan keperluan pembangunan
sahsiah serta fizikal.
Setiap aktiviti luar yang bersifat akademik dan bukan akademik akan dapat juga
membantu perkembangan kemahiran serta pengetahuan murid-murid. Bukan
itu sahaja, malahan setiap aktiviti yang dijalankan seperti berkebun, berriadah,
menyanyi, bermain, bermain alat muzik, menulis esei, menulis sajak, ceramah,
mengumpul setem, dan lain-lain akan memberikan impak yang amat positif
kepada diri setiap orang murid. Di samping melaksanakan aktiviti mengikut
kesukaan murid-murid, mereka juga akan berpeluang membugar
kecenderungan dan minat yang ada dalam diri mereka.
3.3.4 Kerjaya
Aktiviti kokurikulum juga akan dapat memberikan asas kerjaya kepada setiap
orang murid. Dengan mengikuti aktiviti kokurikulum yang terancang, setiap
orang murid akan dapat memilih serta membugar kerjaya yang bersesuaian
dengan diri serta kemahiran dan kebolehan mereka. Pengetahuan dan
kemahiran ini sangat berguna kepada murid-murid untuk melahirkan generasi
bekerja yang cemerlang serta menghasilkan daya keluaran yang optimum
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 37
mengikut pilihan kerjaya mereka. Setiap aktiviti yang dijalankan boleh
dilakukan sama ada secara individu ataupun berkumpulan dan tidak hanya
terbatas kepada kemudahan yang ada di sekolah sahaja, malahan melalui
perkongsian pintar sama ada bersama sekolah lain atau masyarakat setempat
setiap aktiviti pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya.
(a) CContoh aktiviti kerjaya yang berkaitan dengan mata pelajaran
Sila rujuk Jadual 3.1 untuk contoh aktiviti kerjaya yang berkaitan dengan
mata pelajaran.
Jadual 3.1: Aktiviti Kerjaya yang Berkaitan dengan Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Aktiviti Kerjaya
Kemahiran Hidup Seni bina, pertukangan, mekanik, membaiki radio dan
televisyen, kimpalan dan lain-lain.
Sains Pertanian Berkebun, berternak dan lain-lain.
ERT Gubahan, jahitan, masakan, perhiasan dan lain-lain.
Seni Lukis Tenunan, kraftangan, seni ukir, anyaman, membuat wau, dll.
Aktiviti yang dinyatakan di atas bukan sahaja bersifat dapat membangunkan
kerjaya setiap orang murid, malahan juga akan dapat meningkatkan daya
kreativiti inovatif serta kreatif dalam kalangan setiap orang murid. Ia juga
merupakan aktiviti yang tidak banyak menggunakan pemikiran tetapi lebih
tertumpu kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran. Secara tidak langsung
aktiviti-aktiviti seperti ini akan dapat menarik minat setiap orang murid untuk
terus aktif dalam setiap kegiatan kokurikulum.
(b) CContoh aktiviti yang berkaitan dengan pandangan dan pengetahuan
bidang kerjaya
(i) Ceramah;
(ii) Pameran;
(iii) Lawatan ke tempat kerja seperti kerjaya angkatan tentera, polis,
bomba dan lain-lain;
(iv) Lawatan ke pejabat kerajaan;
(v) Lawatan ke tempat perusahaan, perniagaan, perkilangan dan lain-
lain; dan
(vi) Lawatan ke lain-lain tempat perkihdmatan social dan profesional.
X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH38
3.3.5 Perkembangan Diri Individu
Semua aktiviti kokurikulum yang dijalankan akan dapat memberikan peluang
kepada murid-murid melatih diri sendiri untuk perkembangan kesihatan,
disiplin, memupuk minat, dan bakat serta membina semangat untuk menghati
nilai perpaduan dan kewarganegaraan.
(a) KKesihatan
Banyak aktiviti kokurikulum yang boleh disepadukan dengan
perkembangan kesihatan diri murid-murid. Antaranya ialah:
(i) Aktiviti pakaian seragam yang memerlukan setiap orang murid
dalam keadaan sentiasa kemas dan bersih.
(ii) Aktiviti pertolongan cemas yang mementingkan kebersihan dan
langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan.
(iii) Latihan sukan yang mementingkan kesihatan
(iv) Kerja-kerja amal dan ibadah serta khidmat masyarakat yang
memerlukan kesiapsiagaan diri berbakti dan berdisiplin.
(b) PPeningkatan Disiplin
Dalam konteks ini, sudah pasti setiap aktiviti kokurikulum memerlukan
murid-murid mempunyai daya saing dan didiplin diri yang amat tinggi.
Ketika aktiviti perkhemahan contohnya, setiap orang murid perlulah
mempunyai disiplin yang tinggi dari segi pengurusan masa, diri, pakaian,
kesihatan, aktiviti dan lain-lain. Hanya dengan kawalan serta penampilan
didiplin yang tinggi, setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya.
CIRI-CIRI PELAJAR / MURID YANG
DIHASRATKAN MELALUI AKTIVITI
KOKURIKULUM
Berikut disenaraikan beberapa ciri yang perlu dimiliki oleh pelajar atau murid
melalui aktiviti kokurikulum:
Ć 3.6.1 Celik huruf dan menguasai kemahiran 3 M.
Ć 3.6.2 Menguasai asas kemahiran belajar.
Ć 3.6.3 Menyedari kepentingan pengetahuan.
Ć 3.6.4 Mengetahuan dan mengamalkan pelbagai kaedah memperoleh ilmu
pengetahuan.
3.4
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 39
Ć 3.6.5 Bijak menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Ć 3.6.6 Mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang
bijaksana.
Ć 3.6.7 Sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan baru.
Ć 3.6.8 Memikir dan menemukan ilmu pengetahuan dan kemahiran,
pendekatan dan teknologi baru.
Ć 3.6.9 Mencintai ilmu untuk mencari rahsia dan nikmat kebesaran Tuhan.
Ć 3.6.10 Menjadikan ilmu pengetahuan sebagai pembimbing kehidupan.
Ć 3.6.11 Pembelajaran sepanjang hayat.
Ć 3.6.12 Sentiasa bersiap sedia untuk belajar.
Ć 3.6.13 Suka dan gembira belajar.
Ć 3.6.14 Sihat tubuh badan dan terhindar daripada bahaya.
Ć 3.6.15 Sentiasa hadir ke sekolah.
Ć 3.6.16 Mengamalkan gaya hidup sihat.
Ć 3.6.17 Berbudi pekerti mulia.
Ć 3.6.18 Menjaga keselamatan diri.
Ć 3.6.19 Mendapat layanan yang saksama dalam persekolahan.
Ć 3.6.20 Menerima sokongan dan kemudahan yang mencukupi untuk belajar.
Ć 3.6.21 Maju dan menunjukkan peningkatan pembelajaran dari semasa ke
semasa.
Ć 3.6.22 Mendapat peluang menyuburkan pembelajaran dan kebajikan diri.
Ć 3.6.23 Peluang mengembangkan bakat.
Ć 3.6.24 Peluang mengembangkan keintelektualan.
Ć 3.6.25 Mengetahui bakat dan potensi diri serta berusaha mengembangkannya.
Ć 3.6.26 Suka berbakti kepada rakan, keluarga dan sekolah.
Ć 3.6.27 Suka mencipta dan berkarya.
Ć 3.6.28 Berani bersaing dan bertanding.
Ć 3.6.29 Berani merebut, meneroka dan mencipta peluang.
Ć 3.6.30 Rajin dan bijaksana membuat penyelidikan dan meneroka dapatan
baru.
Ć 3.6.31 Menguasai teknologi.
X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH40
Ć 3.6.32 Mampu memimpin diri sendiri dan rakan.
Ć 3.6.33 Mampu mengemukakan idea yang kritis dan analitis secara berhemah
dan sepontan semasa di khalayak.
Ć 3.6.34 Mampu berkomunikasi secara berhemah, bijaksana dan berkesan.
Ć 3.6.35 Mampu melahirkan perasaan secara berhemah.
Ć 3.6.36 Mampu berdikari dan menyumbangkan kepada kemakmuran dan
kesejahteraan sekolah dan masyarakat.
Ć 3.6.37 Berketrampilan dalam pelbagai bidang.
Ć 3.6.38 Mencintai alam sekitar.
Ć 3.6.39 Mempunyai dan merealisasikan sifat penyayang.
Ć 3.6.40 Mencintai bangsa dan negara.
Ć 3.6.41 Bersyukur, bertakwa, beriman dan bertawakal.
Ć 3.6.42 Melahirkan insan yang syumul dan berpaksikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
PERANCANGAN STRATEGIK
Perancangan strategik merupakan satu perancangan jangka panjang yang boleh
diubahsuai dan dinilai dalam proses pelaksanaannya berdasarkan tahun semasa.
Terdapat beberapa elemen penting yang perlu diteliti semasa menyempurnakan
perancangan strategik ini. Antaranya ialah:
(a) Cadangan visi kokurikulum;
(b) Cadangan misi kokurikulum;
(c) Matlamat strategik kokurikulum;
(d) Objektif Khusus kokurikulum;
(e) Pelan tindakan; dan
(f) Penilaian.
3.5.1 Cadangan Visi
Cadangan visi kokurikulum merupakan pernyataan cita-cita/ harapan/ impian/
arah tuju hala sesebuah sekolah dalam mencapai sasaran yang diharapkan aspek
kegiatan kokurikulum. Ia juga memerlukan perancangan berkaitan dengan sasaran
tahun di mana setiap perancangan aktiviti kokuriklum akan tercapai kelak.
3.5
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 41
3.5.2 Cadangan Misi
Misi ialah pembentukan langkah-langkah bagi mencapai setiap visi yang
dicadangkan. Di dalam misi terdapat enam elemen penting yang perlu digarap
oleh pihak pengurusan, Antaranya ialah:
(a) 4.2.1 Pernyataan Kurikulum;
(b) 4.2.2 Pernyataan kokurikulum;
(c) 4.2.3 Pernyataan Hal Ehwal Murid;
(d) 4.2.4 Pernyataan Pengurusan Sekolah;
(e) 4.2.5 Pernyataan Persekitaran Sekolah; dan
(f) 4.2.6 Pernyataan Hubungan dengan Masyarakat.
3.5.3 Matlamat Strategik
Matlamat strategik merujuk kepada tujuan dalam jangka panjang sesuatu aktiviti
yang akan dilaksanakan. Ia akan diperincikan mengikut sub unit masing-masing
di sekolah. Mereka yang menggubal matlamat ini di sekolah ialah Penolong
Kanan Kurikulum, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-
Guru Kanan, Ketua-Ketua Panitia, Setiausaha Peperiksaan, Ketua-ketua unit
HEM dan Kokurikulum serta Penyelaras Pusat Sumber.
Matlamat strategik setiap unit berbeza mengikut pernyataan di dalam cadangan
misi. Setiap matlamat strategik setiap unit berbeza mengikut pernyataan
cadangan misi dan keperluan setiap unit itu sendiri. Setiap matlamat strategik
perlu diperincikan kepada beberapa pembahagian, contohnya jika antara
misinya ialah „Semua Pelajar Aktif Dalam Kokurikulum‰, maka matlamat
strategiknya berkemungkinan seperti berikut:
(a) Memestikan setiap guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
sesuatu permainan, kelab dan unit berunifom
(b) Memastikan setiap unit berunifom, persatuan dan kelab mempunyai
sukatan dan perancangan tahunan dan pemantauan aktiviti sepanjang
tahun.
(c) Menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan permainan,
kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan
kebangsaan.
X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH42
3.5.4 Objektif Khusus
Objektif khusus ialah objektif yang jelas dan bersifat nyata pengukurannya. Ia
amat penting kerana akan memberikan impak dari segi pengurusan keseluruhan
sesuatu aktiviti kokurikulum. Contoh objektif khusus seperti berikut:
(a) Pada akhir Januari 2010 semua unit berunifom, percangan untuk aktiviti
sepanjang tahun.
(b) Pada akhir Mac 2010 sukan olahraga peringkat sekolah telah selesai diadakan.
(c) Pada akhir April dan Jun 2010 perkembangan staf untuk guru dapat
dilaksanakan khususnya dalam bidang sukan permainan.
(d) Pada akhir Jun 2010 Karnival Kokurikulum telah selesai dijalankan.
(e) Pasukan bola sepak, bola jaring, dan bola baling sekolah menjadi johan di
peringkat zon pada tahun 2010
(f) Pada akhir September 2010 Hari Perkhemahan Unit Berunifom selesai
dijalankan.
3.5.5 Pelan Tindakan
Pelan tindakan ialah suatu rancangan bertindak bagi menyempurnakan sesuatu
aktiviti atau program yang telah dirancangkan. Contoh jadual pelan tindakan
boleh dilihat seperti dalam jadual berikut:
Bil
Huraian
Aktiviti
Pegawai
Bertanggungjawab
Anggaran
kos
Tarikh
jangkaan
Tarikh
Laksana
Petunjuk
kejayaan
Catatan
Catatan:
Kertas Projek (Berdasarkan huraiaan aktiviti) perlu dibuat sekiranya aktiviti
yang hendak dilaksanakan memerlukan penglibatan ramai guru dan kos yang
tinggi.
TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 43
3.5.6 Penilaian
Penilaian sesuatu aktiviti atau program boleh dilaksanakan sama ada selepas
selesai sesuatu aktiviti (post mortem) atau selepas satu tahun kemudiannya.
Terdapat beberapa kaedah untuk membuat penilaian. Antaranya ialah:
(a) Rajah tulang ikan;
(b) Penandarasan (benchmark);
(c) Sumbangsaran (brainstorming);
(d) Carta dan graf; dan
(e) Carta gant.

Contenu connexe

Tendances

Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Ayah Ma
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Jimmy Siow
 
Perancangan kokurikulum-sks-2012
Perancangan kokurikulum-sks-2012Perancangan kokurikulum-sks-2012
Perancangan kokurikulum-sks-2012Rozaimah Mahmud
 
WAJ 3131 Nota PPG Persatuan
WAJ 3131 Nota PPG PersatuanWAJ 3131 Nota PPG Persatuan
WAJ 3131 Nota PPG PersatuanRavi Nair
 
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolahTajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolahWan Suhaimi Wan Setapa
 
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendahPenubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendahAbdullah Kadir
 
Senarai tugas ahli dan pengurusan fail
Senarai tugas ahli dan pengurusan failSenarai tugas ahli dan pengurusan fail
Senarai tugas ahli dan pengurusan failRoiamah Basri
 
Perlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepakPerlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepakRazuna Othman
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulumNurul Husna
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahRoiamah Basri
 

Tendances (19)

Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
 
Perancangan kokurikulum-sks-2012
Perancangan kokurikulum-sks-2012Perancangan kokurikulum-sks-2012
Perancangan kokurikulum-sks-2012
 
WAJ 3131 Nota PPG Persatuan
WAJ 3131 Nota PPG PersatuanWAJ 3131 Nota PPG Persatuan
WAJ 3131 Nota PPG Persatuan
 
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolahTajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
 
Penubuhan persatuan
Penubuhan persatuanPenubuhan persatuan
Penubuhan persatuan
 
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendahPenubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
 
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling IkhtisasSurat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
 
Tajuk 1 pengenalan gerko
Tajuk 1 pengenalan gerkoTajuk 1 pengenalan gerko
Tajuk 1 pengenalan gerko
 
Perlembagaan pibg
Perlembagaan pibgPerlembagaan pibg
Perlembagaan pibg
 
Senarai tugas ahli dan pengurusan fail
Senarai tugas ahli dan pengurusan failSenarai tugas ahli dan pengurusan fail
Senarai tugas ahli dan pengurusan fail
 
Perlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepakPerlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepak
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Perancangan pkkk-2014
Perancangan pkkk-2014Perancangan pkkk-2014
Perancangan pkkk-2014
 
Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
 

En vedette

soalan-ujian-gerko
 soalan-ujian-gerko soalan-ujian-gerko
soalan-ujian-gerkoTiong DTiong
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumWan Suhaimi Wan Setapa
 
ΘΑΛΑΣΣΙΝΑ ΤΡΑΓΟΥΔΙΑ, ΓΕΩΡΓΙΟΣ ΔΡΟΣΙΝΗΣ
ΘΑΛΑΣΣΙΝΑ ΤΡΑΓΟΥΔΙΑ, ΓΕΩΡΓΙΟΣ ΔΡΟΣΙΝΗΣΘΑΛΑΣΣΙΝΑ ΤΡΑΓΟΥΔΙΑ, ΓΕΩΡΓΙΟΣ ΔΡΟΣΙΝΗΣ
ΘΑΛΑΣΣΙΝΑ ΤΡΑΓΟΥΔΙΑ, ΓΕΩΡΓΙΟΣ ΔΡΟΣΙΝΗΣAlexandra Gerakini
 
NeoPlaces Trend Trip California 2014
NeoPlaces Trend Trip California 2014 NeoPlaces Trend Trip California 2014
NeoPlaces Trend Trip California 2014 NEO PLACES
 
Neo Places Marketing Services Offer 2014 for Hospitality and Leisure brands
Neo Places Marketing Services Offer 2014 for Hospitality and Leisure brandsNeo Places Marketing Services Offer 2014 for Hospitality and Leisure brands
Neo Places Marketing Services Offer 2014 for Hospitality and Leisure brandsNEO PLACES
 
Neoplaces_2017
Neoplaces_2017Neoplaces_2017
Neoplaces_2017NEO PLACES
 
Topic for video speech presentation
Topic for video speech presentationTopic for video speech presentation
Topic for video speech presentationmanzuna
 
The Vistage Advantage
The Vistage AdvantageThe Vistage Advantage
The Vistage Advantagedcnoonan
 
Spanish tenancy contract
Spanish tenancy contractSpanish tenancy contract
Spanish tenancy contractsimon_ev
 
ΟΛΑ ΤΑ ΠΗΡΕ ΤΟ ΚΑΛΟΚΑΙΡΙ, ΟΔΥΣΣΕΑΣ ΕΛΥΤΗΣ
ΟΛΑ ΤΑ ΠΗΡΕ ΤΟ ΚΑΛΟΚΑΙΡΙ, ΟΔΥΣΣΕΑΣ ΕΛΥΤΗΣΟΛΑ ΤΑ ΠΗΡΕ ΤΟ ΚΑΛΟΚΑΙΡΙ, ΟΔΥΣΣΕΑΣ ΕΛΥΤΗΣ
ΟΛΑ ΤΑ ΠΗΡΕ ΤΟ ΚΑΛΟΚΑΙΡΙ, ΟΔΥΣΣΕΑΣ ΕΛΥΤΗΣAlexandra Gerakini
 
ΝΕΟ ΠΡΟΓΡΑΜΜΑ ΣΠΟΥΔΩΝ ΓΙΑ ΤΗ ΛΟΓΟΤΕΧΝΙΑ
ΝΕΟ ΠΡΟΓΡΑΜΜΑ ΣΠΟΥΔΩΝ ΓΙΑ ΤΗ ΛΟΓΟΤΕΧΝΙΑ ΝΕΟ ΠΡΟΓΡΑΜΜΑ ΣΠΟΥΔΩΝ ΓΙΑ ΤΗ ΛΟΓΟΤΕΧΝΙΑ
ΝΕΟ ΠΡΟΓΡΑΜΜΑ ΣΠΟΥΔΩΝ ΓΙΑ ΤΗ ΛΟΓΟΤΕΧΝΙΑ Alexandra Gerakini
 
ΦΥΛΛΟ ΕΡΓΑΣΙΑΣ , ΟΙ ΚΥΡΙΑΚΕΣ ΣΤΗ ΘΑΛΑΣΣΑ
ΦΥΛΛΟ  ΕΡΓΑΣΙΑΣ , ΟΙ ΚΥΡΙΑΚΕΣ ΣΤΗ ΘΑΛΑΣΣΑΦΥΛΛΟ  ΕΡΓΑΣΙΑΣ , ΟΙ ΚΥΡΙΑΚΕΣ ΣΤΗ ΘΑΛΑΣΣΑ
ΦΥΛΛΟ ΕΡΓΑΣΙΑΣ , ΟΙ ΚΥΡΙΑΚΕΣ ΣΤΗ ΘΑΛΑΣΣΑAlexandra Gerakini
 
Εργασίες μαθητών της Γ Γυμνασίου στο μάθημα της Λογοτεχνίας
Εργασίες μαθητών της Γ Γυμνασίου στο μάθημα της ΛογοτεχνίαςΕργασίες μαθητών της Γ Γυμνασίου στο μάθημα της Λογοτεχνίας
Εργασίες μαθητών της Γ Γυμνασίου στο μάθημα της ΛογοτεχνίαςAlexandra Gerakini
 
P.muzik thn 5
P.muzik thn 5P.muzik thn 5
P.muzik thn 5manzuna
 
Management information system unit v
Management information system unit vManagement information system unit v
Management information system unit vpanibatla neeta
 

En vedette (20)

Kuiz cmp
Kuiz cmpKuiz cmp
Kuiz cmp
 
soalan-ujian-gerko
 soalan-ujian-gerko soalan-ujian-gerko
soalan-ujian-gerko
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
 
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat QadianiFahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
 
ΘΑΛΑΣΣΙΝΑ ΤΡΑΓΟΥΔΙΑ, ΓΕΩΡΓΙΟΣ ΔΡΟΣΙΝΗΣ
ΘΑΛΑΣΣΙΝΑ ΤΡΑΓΟΥΔΙΑ, ΓΕΩΡΓΙΟΣ ΔΡΟΣΙΝΗΣΘΑΛΑΣΣΙΝΑ ΤΡΑΓΟΥΔΙΑ, ΓΕΩΡΓΙΟΣ ΔΡΟΣΙΝΗΣ
ΘΑΛΑΣΣΙΝΑ ΤΡΑΓΟΥΔΙΑ, ΓΕΩΡΓΙΟΣ ΔΡΟΣΙΝΗΣ
 
NeoPlaces Trend Trip California 2014
NeoPlaces Trend Trip California 2014 NeoPlaces Trend Trip California 2014
NeoPlaces Trend Trip California 2014
 
111
111111
111
 
Manzuna
ManzunaManzuna
Manzuna
 
Neo Places Marketing Services Offer 2014 for Hospitality and Leisure brands
Neo Places Marketing Services Offer 2014 for Hospitality and Leisure brandsNeo Places Marketing Services Offer 2014 for Hospitality and Leisure brands
Neo Places Marketing Services Offer 2014 for Hospitality and Leisure brands
 
Neoplaces_2017
Neoplaces_2017Neoplaces_2017
Neoplaces_2017
 
Topic for video speech presentation
Topic for video speech presentationTopic for video speech presentation
Topic for video speech presentation
 
The Vistage Advantage
The Vistage AdvantageThe Vistage Advantage
The Vistage Advantage
 
Spanish tenancy contract
Spanish tenancy contractSpanish tenancy contract
Spanish tenancy contract
 
ΟΛΑ ΤΑ ΠΗΡΕ ΤΟ ΚΑΛΟΚΑΙΡΙ, ΟΔΥΣΣΕΑΣ ΕΛΥΤΗΣ
ΟΛΑ ΤΑ ΠΗΡΕ ΤΟ ΚΑΛΟΚΑΙΡΙ, ΟΔΥΣΣΕΑΣ ΕΛΥΤΗΣΟΛΑ ΤΑ ΠΗΡΕ ΤΟ ΚΑΛΟΚΑΙΡΙ, ΟΔΥΣΣΕΑΣ ΕΛΥΤΗΣ
ΟΛΑ ΤΑ ΠΗΡΕ ΤΟ ΚΑΛΟΚΑΙΡΙ, ΟΔΥΣΣΕΑΣ ΕΛΥΤΗΣ
 
Ulang kaji ktmk
Ulang kaji ktmkUlang kaji ktmk
Ulang kaji ktmk
 
ΝΕΟ ΠΡΟΓΡΑΜΜΑ ΣΠΟΥΔΩΝ ΓΙΑ ΤΗ ΛΟΓΟΤΕΧΝΙΑ
ΝΕΟ ΠΡΟΓΡΑΜΜΑ ΣΠΟΥΔΩΝ ΓΙΑ ΤΗ ΛΟΓΟΤΕΧΝΙΑ ΝΕΟ ΠΡΟΓΡΑΜΜΑ ΣΠΟΥΔΩΝ ΓΙΑ ΤΗ ΛΟΓΟΤΕΧΝΙΑ
ΝΕΟ ΠΡΟΓΡΑΜΜΑ ΣΠΟΥΔΩΝ ΓΙΑ ΤΗ ΛΟΓΟΤΕΧΝΙΑ
 
ΦΥΛΛΟ ΕΡΓΑΣΙΑΣ , ΟΙ ΚΥΡΙΑΚΕΣ ΣΤΗ ΘΑΛΑΣΣΑ
ΦΥΛΛΟ  ΕΡΓΑΣΙΑΣ , ΟΙ ΚΥΡΙΑΚΕΣ ΣΤΗ ΘΑΛΑΣΣΑΦΥΛΛΟ  ΕΡΓΑΣΙΑΣ , ΟΙ ΚΥΡΙΑΚΕΣ ΣΤΗ ΘΑΛΑΣΣΑ
ΦΥΛΛΟ ΕΡΓΑΣΙΑΣ , ΟΙ ΚΥΡΙΑΚΕΣ ΣΤΗ ΘΑΛΑΣΣΑ
 
Εργασίες μαθητών της Γ Γυμνασίου στο μάθημα της Λογοτεχνίας
Εργασίες μαθητών της Γ Γυμνασίου στο μάθημα της ΛογοτεχνίαςΕργασίες μαθητών της Γ Γυμνασίου στο μάθημα της Λογοτεχνίας
Εργασίες μαθητών της Γ Γυμνασίου στο μάθημα της Λογοτεχνίας
 
P.muzik thn 5
P.muzik thn 5P.muzik thn 5
P.muzik thn 5
 
Management information system unit v
Management information system unit vManagement information system unit v
Management information system unit v
 

Similaire à 201202141215 hbef2703 topik 3

Tajuk 15 Penilaian Kokurikulum
Tajuk 15 Penilaian KokurikulumTajuk 15 Penilaian Kokurikulum
Tajuk 15 Penilaian Kokurikulumkokurikulumbainun
 
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strAktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strSAMUEL NOEID
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulumSharon Er
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1jaykoko
 
Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2Achik Zainal
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013mas61
 
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1eija johari
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Rainne Lee
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulumali ahmad
 
Skpm nazir kokurikulum & sukan
Skpm nazir kokurikulum & sukanSkpm nazir kokurikulum & sukan
Skpm nazir kokurikulum & sukanPPD HULU SELANGOR
 
Buku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnBuku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnrageesiva
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPauling Chia
 
Fail meja su kokurikulum
Fail meja su kokurikulumFail meja su kokurikulum
Fail meja su kokurikulumAfira Mustafar
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Mohd Hisham
 
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1PPD HULU SELANGOR
 
TAJUK 1- KOKURIKULUM-FARAH FADHIL -TO SUBMIT.pptx
TAJUK 1- KOKURIKULUM-FARAH FADHIL -TO SUBMIT.pptxTAJUK 1- KOKURIKULUM-FARAH FADHIL -TO SUBMIT.pptx
TAJUK 1- KOKURIKULUM-FARAH FADHIL -TO SUBMIT.pptxkumaran55
 

Similaire à 201202141215 hbef2703 topik 3 (20)

Tajuk 15 Penilaian Kokurikulum
Tajuk 15 Penilaian KokurikulumTajuk 15 Penilaian Kokurikulum
Tajuk 15 Penilaian Kokurikulum
 
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strAktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1
 
Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2
 
Ko kum
Ko kumKo kum
Ko kum
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
 
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7
 
Tajuk 15 penilaian kokurikulum
Tajuk 15 penilaian kokurikulumTajuk 15 penilaian kokurikulum
Tajuk 15 penilaian kokurikulum
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
 
Skpm nazir kokurikulum & sukan
Skpm nazir kokurikulum & sukanSkpm nazir kokurikulum & sukan
Skpm nazir kokurikulum & sukan
 
Buku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnBuku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rn
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
 
KOKO
KOKOKOKO
KOKO
 
Fail meja su kokurikulum
Fail meja su kokurikulumFail meja su kokurikulum
Fail meja su kokurikulum
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001
 
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
 
Spi bil 1 1985
Spi bil 1 1985Spi bil 1 1985
Spi bil 1 1985
 
TAJUK 1- KOKURIKULUM-FARAH FADHIL -TO SUBMIT.pptx
TAJUK 1- KOKURIKULUM-FARAH FADHIL -TO SUBMIT.pptxTAJUK 1- KOKURIKULUM-FARAH FADHIL -TO SUBMIT.pptx
TAJUK 1- KOKURIKULUM-FARAH FADHIL -TO SUBMIT.pptx
 

Plus de manzuna

Skema ppt rbt tahun 6 2016
Skema ppt rbt tahun 6 2016Skema ppt rbt tahun 6 2016
Skema ppt rbt tahun 6 2016manzuna
 
Surat aku janji
Surat aku janjiSurat aku janji
Surat aku janjimanzuna
 
Borang pendaftaran r01 terkini 2
Borang pendaftaran r01 terkini 2Borang pendaftaran r01 terkini 2
Borang pendaftaran r01 terkini 2manzuna
 
Rptsainstahun4kssr 140105072847-phpapp01
Rptsainstahun4kssr 140105072847-phpapp01Rptsainstahun4kssr 140105072847-phpapp01
Rptsainstahun4kssr 140105072847-phpapp01manzuna
 
2015 rancangan tahunan version orange kelabu
2015 rancangan tahunan  version orange kelabu2015 rancangan tahunan  version orange kelabu
2015 rancangan tahunan version orange kelabumanzuna
 
P.muzik thn 5
P.muzik thn 5P.muzik thn 5
P.muzik thn 5manzuna
 
P.muzik thn 5
P.muzik thn 5P.muzik thn 5
P.muzik thn 5manzuna
 
Sd kad sik dapat baca
Sd kad sik dapat bacaSd kad sik dapat baca
Sd kad sik dapat bacamanzuna
 
Contoh struktur rancangan pelajaran upsi
Contoh struktur rancangan pelajaran upsiContoh struktur rancangan pelajaran upsi
Contoh struktur rancangan pelajaran upsimanzuna
 

Plus de manzuna (11)

Skema ppt rbt tahun 6 2016
Skema ppt rbt tahun 6 2016Skema ppt rbt tahun 6 2016
Skema ppt rbt tahun 6 2016
 
Surat aku janji
Surat aku janjiSurat aku janji
Surat aku janji
 
Borang pendaftaran r01 terkini 2
Borang pendaftaran r01 terkini 2Borang pendaftaran r01 terkini 2
Borang pendaftaran r01 terkini 2
 
Rptsainstahun4kssr 140105072847-phpapp01
Rptsainstahun4kssr 140105072847-phpapp01Rptsainstahun4kssr 140105072847-phpapp01
Rptsainstahun4kssr 140105072847-phpapp01
 
Manual
ManualManual
Manual
 
2015 rancangan tahunan version orange kelabu
2015 rancangan tahunan  version orange kelabu2015 rancangan tahunan  version orange kelabu
2015 rancangan tahunan version orange kelabu
 
P.muzik thn 5
P.muzik thn 5P.muzik thn 5
P.muzik thn 5
 
P.muzik thn 5
P.muzik thn 5P.muzik thn 5
P.muzik thn 5
 
Sd kad sik dapat baca
Sd kad sik dapat bacaSd kad sik dapat baca
Sd kad sik dapat baca
 
Contoh struktur rancangan pelajaran upsi
Contoh struktur rancangan pelajaran upsiContoh struktur rancangan pelajaran upsi
Contoh struktur rancangan pelajaran upsi
 
22222
2222222222
22222
 

201202141215 hbef2703 topik 3

  • 1. X PENGENALAN Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Pengetua/Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah. TTooppiikk 33 X Pengurusanȱ Kokurikulumȱ diȱSekolahȱȱ HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan senarai organisasi pengurusan kokurikulum di sekolah; 2. Menyenaraikan jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang terdapat di sekolah; 3. Menjelaskan fungsi-fungsi aktiviti kokurikulum dijalankan; 4. Membincangkan ciri-ciri utama pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah; dan 5. Menerangkan perancangan strategi yang sesuai untuk melaksanakan kokurikulum di sekolah.
  • 2. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 25 Beberapa perkara perlu di ambil kira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah. (a) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli; (b) Kekerapan mengadakan mesyuarat; (c) Pembentukan jawatankuasa kecil; (d) Pelaporan berkala; dan (e) Dokumentasi. JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH Rajah 3.1 menyatakan antara jawatankuasa pengurusan kokurikulum di sekolah- sekolah. Rajah 3.1: Jawatankuasa pengurusan kokurikulum di sekolah 3.1.1 Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Berikut adalah beberapa skema pelaksanaan kokurikulum sekolah, iaitu: Ć 1.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah. 3.1
  • 3. X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH26 Ć 1.2.2 Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah { Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.1/1985 bertarikh 2hb Januari 1986}. Ć 1.2.3 Merumuskan dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar- pelajar. {Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah}. Ć 1.2.4 Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam dan sukan/permainan. Ć 1.2.5 Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. Ć 1.2.6 Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan. Ć 1.2.7 Menyediakan keperluan asas pentadbiran {termasuklah fail, dokumen-dokumen rujukan prosedur, undang-undang atau peraturan dan tatacara pelaksanaan, kurikulum kegiatan, boring- borang penilaian dan sijil-sijil}. Ć 1.2.8 Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas. Ć 1.2.9 Mengenal pasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan dan kewangan, dan kecendorongan pelajar. Ć 1.2.10 Memperolehi dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat, dan harta modal bidang kokurikulum. Ć 1.2.11 Menyediakan perancangan dan jadual tahunan {takwim} kegiatan kokurikulum sekolah. Ć 1.2.12 Menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru penasihat {Rujuk peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 Jil.42/No.11: PU (A) 196}. Ć 1.2.13 Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab. Ć 1.2.14 Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru.
  • 4. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 27 Ć 1.2.15 Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/ badan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri. Ć 1.2.16 Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokuikulum. Ć 1.2.17 Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap persatuan/kelab, badan beruniform dan persatuan/kelab sukan dan permainan. Ć 1.2.18 Melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar. Ć 1.2.19 Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan. Ć 1.2.20 Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat dareah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa. Ć 1.2.21 Menyediakan laporan Tahunan Kokrikulum. {Lampiran Laporan}. 3.1.2 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum Berikut adalah beberapa prinsip pelaksanaan kokurikulum sekolah: Ć 1.3.1 Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan, dan merentasi kokurikulum, bagi membantu murid/pelajar mengikuti, melalui, dan mengalami alam persekolahan dalam keadaan selesa, selamat dan sejahtera dengan pewujudan iklim, budaya dan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bersih. Ć 1.3.2 Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengalaman pembelajaran dan persekolahan murid/pelajar dalam usaha untuk melengkapkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program akademik dan menjadikannya lebih berkaitan dan relevan dengan alam dan kehidupan di luar sekolah. Ć 1.3.3 Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan demi meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing, dan kesejahteraan diri murid/pelajar dan masyarakat.
  • 5. X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH28 Ć 1.3.4 Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotism, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi kesejahteraan masyarakat, bangsa dan Negara. Ć 1.3.5 Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi dengan mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum bagi membolehkan penyertaan murid/pelajar secara beramai-ramai; penyertaan seramai mungkin murid-murid terpilih; dan peragaan murid kepada khalayak yang lebih ramai dan terbuka. Ć 1.3.6 Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan dalam setiap bidang kokurikulum supaya murid/pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka sertai, dan berpeluang mengatasi atau mempertingkatkannya secara berterusan. Ć 1.3.7 Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur, dan dikelolakan memberi peluang dan kesempatan kepada murid/pelajar mengembangkan minat, bakat kreatif dan inovatif masing-masing; dan menatarkan idea, pendapat, buah fikiran, ilham dan cita rasa secara berhemah dan bijaksana melalui pelbagai genre dan budaya warisan bangsa. Ć 1.3.8 Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar memperagakan kepada khalayak bakat dan kebolehan masin-masing dalam bidang-bidang yang mereka minati. Ć 1.3.9 Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur dan dikelolakan. Ć 1.3.10 Seberapa boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi- agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi, untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan murid/pelajar dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum. Ć 1.3.11 Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing, di samping memperteguh semangat kesukarelawan dan kekendirian. Ć 1.3.12 Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur dan dikelolakan.
  • 6. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 29 JENIS-JENIS KOKURIKULUM Aktiviti Kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam subtopik berikutnya. 3.2.1 Pasukan Pakaian Seragam Berikut disenaraikan beberapa pasukan pakaian seragam: Ć 2.1.1 Kelab Judo; Ć 2.1.2 Kelab Karate; Ć 2.1.3 Kelab Taekwando; Ć 2.1.4 Pasukan Kadet Bersatu Malaysia {Darat, Laut dan Udara}; Ć 2.1.5 Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat; Ć 2.1.6 Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalanraya; Ć 2.1.7 Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA); Ć 2.1.8 Pasukan Kadet Polis; Ć 2.1.9 Pasukan Kadet Remaja Sekolah; Ć 2.1.10 Pasukan Pancaragam/Okestra Sekolah; Ć 2.1.11 Pergerakan Briged Putera/Briged Puteri; Ć 2.1.12 Pergerakan Pandu Puteri; Ć 2.1.13 Pergerakan Pengakap; Ć 2.1.14 Pergerakan Puteri Islam; Ć 2.1.15 Persatuan Bulan Sabit Merah; Ć 2.1.16 Persatuan Seni Silat; Ć 2.1.17 Persatuan Silambam; Ć 2.1.18 Persatuan St.John Ambulans Malaysia; dan Ć 2.1.19 Persatuan Wushu. 3.2
  • 7. X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH30 3.2.2 Persatuan / Kelab Subtopik ini akan membincangkan antara persatuan-persatuan dan kelab-kelab kokurikulum dengan lebih terperinci. (a) PPersatuan Akademik Berikut disenaraikan beberapa persatuan akademik: Ć Persatuan Agama Islam; Ć Persatuan Bahasa; Ć Persatuan Drama dan Kesusasteraan; Ć Persatuan Ekonomi Rumahtangga; Ć Persatuan Geografi/ Sejarah; Ć Persatuan Kebudayaan; Ć Persatuan Kemahiran Hidup; Ć Persatuan Perdagangan; Ć Persatuan Persuratan dan Bahas; Ć Persatuan Sains dan Matematik; Ć Persatuan Sains Kemasyarakatan; dan Ć Persatuan Tingkatan Enam. (b) KKelab Hobi dan Rekreasi Berikut disenaraikan beberapa kelab-kelab hobi dan rekreasi: Ć Kelab Alat Pandang Dengar; Ć Kelab Astronomi; Ć Kelab Bina Badan; Ć Kelab Binaan / Bangunan; Ć Kelab Elektronik; Ć Kelab Equestrian; Ć Kelab Kebajikan; Ć Kelab Keceriaan Sekolah; Ć Kelab Kembara; Ć Kelab Koir Sekolah; Ć Kelab Komputer;
  • 8. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 31 Ć Kelab Koperasi; Ć Kelab Memancing; Ć Kelab Menaip; Ć Kelab Motor Mekanik; Ć Kelab Muzik dan Seni Suara; Ć Kelab Perlancongan; Ć Kelab Pembimbing Rakan Sebaya; Ć Kelab Pencinta Alam; Ć Kelab Pengguna; Ć Kelab Permainan Tradisional; Ć Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber; Ć Kelab Rekreasi; Ć Kelab Seni Foto; Ć Kelab Seni Tampak / Halus; Ć Kelab Seni Tari; Ć Kelab Pandu Arah; Ć Kelab Wayang Gambar; Ć Kelab Pencegah Jenayah; Ć Kelab Rukun Negara; dan Ć Kelab Perlancongan. (c) KKelab Sukan Dan Permainan Subtopik ini akan menjelaskan antara kelab-kelab sukan dan permainan di dalam kokurikulum dengan lebih terperinci. (i) PPermainan Berikut disenaraikan beberapa jenis permainan di dalam kokurikulum: Ć Kelab Badminton; Ć Kelab Bola Jaring; Ć Kelab Bola Baling; Ć Kelab Bola Keranjang; Ć Kelab Bola Sepak;
  • 9. X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH32 Ć Kelab Bola Tampar; Ć Kelab Bowling; Ć Kelab Bowling Padang; Ć Kelab Catur; Ć Kelab Dart; Ć Kelab Gasing Pangkah; Ć Kelab Gimnastik; Ć Kelab Gimrama; Ć Kelab Golf; Ć Kelab Hoki; Ć Kelab Karum; Ć Kelab Kriket; Ć Kelab Ping Pong; Ć Kelab Ragbi; Ć Kelab Sepak Takraw; Ć Kelab Sofbol; Ć Kelab Squasy; Ć Kelab Tenis; dan Ć Kelab Petanque. (ii) OOlahraga Berikut disenaraikan beberapa jenis olahraga di dalam kokurikulum: Ć Kelab Berbasikal; Ć Kelab Olahraga; Ć Kelab Memanah; Ć Kelab Merentas Desa; Ć Kelab Motor / Go Kart; dan Ć Kelab Senamrobik. (iii) SSukan Air Berikut disenaraikan beberapa jenis sukan air di dalam kokurikulum: Ć Kelab Berkeno / Kayak;
  • 10. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 33 Ć Kelab Luncur Air; Ć Kelab Perahu Layar; Ć Kelab Perahu Naga; Ć Kelab Polo Air; Ć Kelab Renang; Ć Kelab Rowing (Berdayung); Ć Kelab Skuba; Ć Kelab Skuter Air; Ć Kelab Snorkeling; dan Ć Kelab Terjun. FUNGSI AKTIVITI KOKURIKULUM Aktiviti kokurikulum mempunyai beberapa fungsi tertentu. Fungsi-fungsi tersebut akan dibincangkan di dalam subtopik berikutnya. 3.3.1 Pengukuhan dan Pengayaan Pengetahuan yang diperolehi daripada matapelajaran akademik dapat diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begitu juga dapat member pengalaman yang mungkin tidak dapat dalam bilik darjah. Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran. 3.3
  • 11. X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH34 Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi pengukuhan dan pengayaan: (a) AAktiviti Pergerakan Pasukan Pakaian Seragam Antara aktiviti pergerakan pasukan pakaian seragam adalah: (i) PPertolongan Cemas Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba pengetahuan/pengalaman tentang cara-cara member rawatan kecemasan serta menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam mata pelajaran sains. (ii) PPerkhemahan Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid menggunakan pengetahuan membaca peta (geografi), di samping dapat member pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang cara hidup berdikari, semangat kembara, berani dan berikhtiar. (iii) KKawad Kaki Aktiviti ini dapat mewujudkan disiplin dalam pasukan, semangat bekerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan. (b) AAktiviti Persatuan/Kelab Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi pengukuhan dan pengayaaan: (i) KKuiz Aktiviti ini antara lain dapat member peluang kepada murid-murid menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan. (ii) BBahas dan Pidato Aktiviti ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid mrnggunakan kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan hujah dengan menggunakan fakta. (iii) PProjek Membuat Kincir Air Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid menggunakan pengetahuan mereka dalam matematik, fizik dan geografi, di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran hidup.
  • 12. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 35 (c) AAktiviti Sukan/Permainan Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi pengukuhan dan pengayaaan: (i) OOlahraga Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang ilmu anatomi, iaitu berkenaan sistem otot dan pembinaan otot yang kuat. Ini bukan sahaja memperkukuhkan pelajaran mengenai biologi tetapi murid juga dapat memahami konsep latihan dalam sukan dan menggunakan pengetahuan yang ada dalam latihan itu. (ii) BBola Sepak Aktivti ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri, dan ketepatan membuat keputusan. Ia memberi peluang kepada murid- murid memperkukuhkan dan memperkayakan pendidikan jasmani, nilai agama dan moral, sivik dan lain-lain. 3.3.2 Khidmat Masyarakat Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh member khidmat kepada masyarakat dan begitulah sebaliknya, Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. (a) SSumbangan Sekolah kepada Masyarakat Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan yang diperolehi kepada masyarakat. Contohnya, melalui aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah, murid dapat pendedahan serba sedikit ilmu kesihatan dan cara-cara rawatan asas kepada masyarakat setempat. Di samping itu, banyak lagi aktiviti khidmat masyarakat yang dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotong-royong, membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/Bandar, mengadakan minggu kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu. (b) SSumbangan Masyarakat kepada Sekolah Masyarakat boleh memberi sumbangan dengan cara membantu sekolahdalam bentuk material, tenaga, usaha, buah fikiran dan kepakaran. Antaranya ialah:
  • 13. X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH36 (i) Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu bagi melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah seperti peralatan sukan, pakaian, komputer dan lain-lain. (ii) Memberi ceramah, tunjuk ajar dalam bidang kerjaya, bimbingan dan latihan dalam kemahiran tertentu seperti menganyam, membuat tembikar dan lain-lain. (iii) Memberikan bantuan kepada murid-murid. (iv) Mengadakan projek anak angkat (v) Mengadakan rumah terbuka (vi) Membantu pihak sekolah mengelolakan sukan, hari kokurikulum, hari kantin dan lain-lain. (vii) Membantu sekolah menganjurkan gotong royong sama ada di sekolah atau luar sekolah. (viii) Membantu projek khidmat ke rumah anak yatim, orang tua dan lain-lain. 3.3.3 Hobi dan Rekreasi Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum setiap murid akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan sesuai dengan keperluan pembangunan sahsiah serta fizikal. Setiap aktiviti luar yang bersifat akademik dan bukan akademik akan dapat juga membantu perkembangan kemahiran serta pengetahuan murid-murid. Bukan itu sahaja, malahan setiap aktiviti yang dijalankan seperti berkebun, berriadah, menyanyi, bermain, bermain alat muzik, menulis esei, menulis sajak, ceramah, mengumpul setem, dan lain-lain akan memberikan impak yang amat positif kepada diri setiap orang murid. Di samping melaksanakan aktiviti mengikut kesukaan murid-murid, mereka juga akan berpeluang membugar kecenderungan dan minat yang ada dalam diri mereka. 3.3.4 Kerjaya Aktiviti kokurikulum juga akan dapat memberikan asas kerjaya kepada setiap orang murid. Dengan mengikuti aktiviti kokurikulum yang terancang, setiap orang murid akan dapat memilih serta membugar kerjaya yang bersesuaian dengan diri serta kemahiran dan kebolehan mereka. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna kepada murid-murid untuk melahirkan generasi bekerja yang cemerlang serta menghasilkan daya keluaran yang optimum
  • 14. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 37 mengikut pilihan kerjaya mereka. Setiap aktiviti yang dijalankan boleh dilakukan sama ada secara individu ataupun berkumpulan dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan yang ada di sekolah sahaja, malahan melalui perkongsian pintar sama ada bersama sekolah lain atau masyarakat setempat setiap aktiviti pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya. (a) CContoh aktiviti kerjaya yang berkaitan dengan mata pelajaran Sila rujuk Jadual 3.1 untuk contoh aktiviti kerjaya yang berkaitan dengan mata pelajaran. Jadual 3.1: Aktiviti Kerjaya yang Berkaitan dengan Mata Pelajaran Mata Pelajaran Aktiviti Kerjaya Kemahiran Hidup Seni bina, pertukangan, mekanik, membaiki radio dan televisyen, kimpalan dan lain-lain. Sains Pertanian Berkebun, berternak dan lain-lain. ERT Gubahan, jahitan, masakan, perhiasan dan lain-lain. Seni Lukis Tenunan, kraftangan, seni ukir, anyaman, membuat wau, dll. Aktiviti yang dinyatakan di atas bukan sahaja bersifat dapat membangunkan kerjaya setiap orang murid, malahan juga akan dapat meningkatkan daya kreativiti inovatif serta kreatif dalam kalangan setiap orang murid. Ia juga merupakan aktiviti yang tidak banyak menggunakan pemikiran tetapi lebih tertumpu kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti seperti ini akan dapat menarik minat setiap orang murid untuk terus aktif dalam setiap kegiatan kokurikulum. (b) CContoh aktiviti yang berkaitan dengan pandangan dan pengetahuan bidang kerjaya (i) Ceramah; (ii) Pameran; (iii) Lawatan ke tempat kerja seperti kerjaya angkatan tentera, polis, bomba dan lain-lain; (iv) Lawatan ke pejabat kerajaan; (v) Lawatan ke tempat perusahaan, perniagaan, perkilangan dan lain- lain; dan (vi) Lawatan ke lain-lain tempat perkihdmatan social dan profesional.
  • 15. X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH38 3.3.5 Perkembangan Diri Individu Semua aktiviti kokurikulum yang dijalankan akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid melatih diri sendiri untuk perkembangan kesihatan, disiplin, memupuk minat, dan bakat serta membina semangat untuk menghati nilai perpaduan dan kewarganegaraan. (a) KKesihatan Banyak aktiviti kokurikulum yang boleh disepadukan dengan perkembangan kesihatan diri murid-murid. Antaranya ialah: (i) Aktiviti pakaian seragam yang memerlukan setiap orang murid dalam keadaan sentiasa kemas dan bersih. (ii) Aktiviti pertolongan cemas yang mementingkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan. (iii) Latihan sukan yang mementingkan kesihatan (iv) Kerja-kerja amal dan ibadah serta khidmat masyarakat yang memerlukan kesiapsiagaan diri berbakti dan berdisiplin. (b) PPeningkatan Disiplin Dalam konteks ini, sudah pasti setiap aktiviti kokurikulum memerlukan murid-murid mempunyai daya saing dan didiplin diri yang amat tinggi. Ketika aktiviti perkhemahan contohnya, setiap orang murid perlulah mempunyai disiplin yang tinggi dari segi pengurusan masa, diri, pakaian, kesihatan, aktiviti dan lain-lain. Hanya dengan kawalan serta penampilan didiplin yang tinggi, setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya. CIRI-CIRI PELAJAR / MURID YANG DIHASRATKAN MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM Berikut disenaraikan beberapa ciri yang perlu dimiliki oleh pelajar atau murid melalui aktiviti kokurikulum: Ć 3.6.1 Celik huruf dan menguasai kemahiran 3 M. Ć 3.6.2 Menguasai asas kemahiran belajar. Ć 3.6.3 Menyedari kepentingan pengetahuan. Ć 3.6.4 Mengetahuan dan mengamalkan pelbagai kaedah memperoleh ilmu pengetahuan. 3.4
  • 16. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 39 Ć 3.6.5 Bijak menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Ć 3.6.6 Mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijaksana. Ć 3.6.7 Sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan baru. Ć 3.6.8 Memikir dan menemukan ilmu pengetahuan dan kemahiran, pendekatan dan teknologi baru. Ć 3.6.9 Mencintai ilmu untuk mencari rahsia dan nikmat kebesaran Tuhan. Ć 3.6.10 Menjadikan ilmu pengetahuan sebagai pembimbing kehidupan. Ć 3.6.11 Pembelajaran sepanjang hayat. Ć 3.6.12 Sentiasa bersiap sedia untuk belajar. Ć 3.6.13 Suka dan gembira belajar. Ć 3.6.14 Sihat tubuh badan dan terhindar daripada bahaya. Ć 3.6.15 Sentiasa hadir ke sekolah. Ć 3.6.16 Mengamalkan gaya hidup sihat. Ć 3.6.17 Berbudi pekerti mulia. Ć 3.6.18 Menjaga keselamatan diri. Ć 3.6.19 Mendapat layanan yang saksama dalam persekolahan. Ć 3.6.20 Menerima sokongan dan kemudahan yang mencukupi untuk belajar. Ć 3.6.21 Maju dan menunjukkan peningkatan pembelajaran dari semasa ke semasa. Ć 3.6.22 Mendapat peluang menyuburkan pembelajaran dan kebajikan diri. Ć 3.6.23 Peluang mengembangkan bakat. Ć 3.6.24 Peluang mengembangkan keintelektualan. Ć 3.6.25 Mengetahui bakat dan potensi diri serta berusaha mengembangkannya. Ć 3.6.26 Suka berbakti kepada rakan, keluarga dan sekolah. Ć 3.6.27 Suka mencipta dan berkarya. Ć 3.6.28 Berani bersaing dan bertanding. Ć 3.6.29 Berani merebut, meneroka dan mencipta peluang. Ć 3.6.30 Rajin dan bijaksana membuat penyelidikan dan meneroka dapatan baru. Ć 3.6.31 Menguasai teknologi.
  • 17. X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH40 Ć 3.6.32 Mampu memimpin diri sendiri dan rakan. Ć 3.6.33 Mampu mengemukakan idea yang kritis dan analitis secara berhemah dan sepontan semasa di khalayak. Ć 3.6.34 Mampu berkomunikasi secara berhemah, bijaksana dan berkesan. Ć 3.6.35 Mampu melahirkan perasaan secara berhemah. Ć 3.6.36 Mampu berdikari dan menyumbangkan kepada kemakmuran dan kesejahteraan sekolah dan masyarakat. Ć 3.6.37 Berketrampilan dalam pelbagai bidang. Ć 3.6.38 Mencintai alam sekitar. Ć 3.6.39 Mempunyai dan merealisasikan sifat penyayang. Ć 3.6.40 Mencintai bangsa dan negara. Ć 3.6.41 Bersyukur, bertakwa, beriman dan bertawakal. Ć 3.6.42 Melahirkan insan yang syumul dan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PERANCANGAN STRATEGIK Perancangan strategik merupakan satu perancangan jangka panjang yang boleh diubahsuai dan dinilai dalam proses pelaksanaannya berdasarkan tahun semasa. Terdapat beberapa elemen penting yang perlu diteliti semasa menyempurnakan perancangan strategik ini. Antaranya ialah: (a) Cadangan visi kokurikulum; (b) Cadangan misi kokurikulum; (c) Matlamat strategik kokurikulum; (d) Objektif Khusus kokurikulum; (e) Pelan tindakan; dan (f) Penilaian. 3.5.1 Cadangan Visi Cadangan visi kokurikulum merupakan pernyataan cita-cita/ harapan/ impian/ arah tuju hala sesebuah sekolah dalam mencapai sasaran yang diharapkan aspek kegiatan kokurikulum. Ia juga memerlukan perancangan berkaitan dengan sasaran tahun di mana setiap perancangan aktiviti kokuriklum akan tercapai kelak. 3.5
  • 18. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 41 3.5.2 Cadangan Misi Misi ialah pembentukan langkah-langkah bagi mencapai setiap visi yang dicadangkan. Di dalam misi terdapat enam elemen penting yang perlu digarap oleh pihak pengurusan, Antaranya ialah: (a) 4.2.1 Pernyataan Kurikulum; (b) 4.2.2 Pernyataan kokurikulum; (c) 4.2.3 Pernyataan Hal Ehwal Murid; (d) 4.2.4 Pernyataan Pengurusan Sekolah; (e) 4.2.5 Pernyataan Persekitaran Sekolah; dan (f) 4.2.6 Pernyataan Hubungan dengan Masyarakat. 3.5.3 Matlamat Strategik Matlamat strategik merujuk kepada tujuan dalam jangka panjang sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Ia akan diperincikan mengikut sub unit masing-masing di sekolah. Mereka yang menggubal matlamat ini di sekolah ialah Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru- Guru Kanan, Ketua-Ketua Panitia, Setiausaha Peperiksaan, Ketua-ketua unit HEM dan Kokurikulum serta Penyelaras Pusat Sumber. Matlamat strategik setiap unit berbeza mengikut pernyataan di dalam cadangan misi. Setiap matlamat strategik setiap unit berbeza mengikut pernyataan cadangan misi dan keperluan setiap unit itu sendiri. Setiap matlamat strategik perlu diperincikan kepada beberapa pembahagian, contohnya jika antara misinya ialah „Semua Pelajar Aktif Dalam Kokurikulum‰, maka matlamat strategiknya berkemungkinan seperti berikut: (a) Memestikan setiap guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit berunifom (b) Memastikan setiap unit berunifom, persatuan dan kelab mempunyai sukatan dan perancangan tahunan dan pemantauan aktiviti sepanjang tahun. (c) Menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan permainan, kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.
  • 19. X TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH42 3.5.4 Objektif Khusus Objektif khusus ialah objektif yang jelas dan bersifat nyata pengukurannya. Ia amat penting kerana akan memberikan impak dari segi pengurusan keseluruhan sesuatu aktiviti kokurikulum. Contoh objektif khusus seperti berikut: (a) Pada akhir Januari 2010 semua unit berunifom, percangan untuk aktiviti sepanjang tahun. (b) Pada akhir Mac 2010 sukan olahraga peringkat sekolah telah selesai diadakan. (c) Pada akhir April dan Jun 2010 perkembangan staf untuk guru dapat dilaksanakan khususnya dalam bidang sukan permainan. (d) Pada akhir Jun 2010 Karnival Kokurikulum telah selesai dijalankan. (e) Pasukan bola sepak, bola jaring, dan bola baling sekolah menjadi johan di peringkat zon pada tahun 2010 (f) Pada akhir September 2010 Hari Perkhemahan Unit Berunifom selesai dijalankan. 3.5.5 Pelan Tindakan Pelan tindakan ialah suatu rancangan bertindak bagi menyempurnakan sesuatu aktiviti atau program yang telah dirancangkan. Contoh jadual pelan tindakan boleh dilihat seperti dalam jadual berikut: Bil Huraian Aktiviti Pegawai Bertanggungjawab Anggaran kos Tarikh jangkaan Tarikh Laksana Petunjuk kejayaan Catatan Catatan: Kertas Projek (Berdasarkan huraiaan aktiviti) perlu dibuat sekiranya aktiviti yang hendak dilaksanakan memerlukan penglibatan ramai guru dan kos yang tinggi.
  • 20. TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH W 43 3.5.6 Penilaian Penilaian sesuatu aktiviti atau program boleh dilaksanakan sama ada selepas selesai sesuatu aktiviti (post mortem) atau selepas satu tahun kemudiannya. Terdapat beberapa kaedah untuk membuat penilaian. Antaranya ialah: (a) Rajah tulang ikan; (b) Penandarasan (benchmark); (c) Sumbangsaran (brainstorming); (d) Carta dan graf; dan (e) Carta gant.