SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
Télécharger pour lire hors ligne
1
Subjek : Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)
Tugasan 2 : Kenalpasti dan bincangkan jenis penilaian risiko (natural hazards).
Nama Pelajar : MAZLAN BIN MANSOR (P89860)
ZULKIPLI BIN ABDULLAH (P89843)
Tajuk : Penilaian Risiko Natural Hazard Tanah Runtuh di Cameron Highland
1.0 Pengenalan
Bencana alam merupakan cabaran paling genting yang sedang dilalui oleh
sejumlah besar komuniti dunia. Kekerapan berlakunya kejadian bencana seringkali
berkait rapat dengan kepesatan dan kemajuan serta pertambahan kepadatan populasi
sesebuah negara (Coppola, 2007). Menurut Ghosh, 2012, kemusnahan akibat
daripada bencana sukar untuk diukur malah ia seringkali berbeza-beza mengikut
lokasi geografi dan tahap kerentanannya. Majoriti negara-negara di Asia, Natural
hazards yang bersifat bahaya semulajadi seperti tanah runtuh, banjir, gempa bumi,
letusan gunung berapi, ribut dan tsunami menjadi kebimbangan paling utama.
Pelbagai natural hazards yang dihadapi oleh sesebuah negara bergantung kepada
keadaan iklim, geografi, geologi dan amalan penggunaan tanah di negara tersebut.
Kawasan kedudukan tanah tinggi merupakan kawasan yang sensitif alam
akibat cerun dan puncak bukit yang curam, hujan yang lebat, dan flora dan fauna yang
terancam. Pembangunan tanah tinggi mengubah ciri tanah yang sensitif tersebut. Di
Malaysia, beberapa kajian telah menunjukkan kesan-kesan negatif pembangunan
tidak terkawal terhadap persekitaran tanah tinggi. Menurut Lim dan Lee (1992) telah
mengkaji pembangunan tanah tinggi di Malaysia dan merumuskan bahawa
pembangunan pesat yang tidak terkawal telah membawa kepada degradasi
persekitaran sehingga berlakunya bencana persekitaran.
Sejak dari era 1970an hingga kini, Malaysia telah mengalami banyak peristiwa
bencana termasuk runtuhan kondominium Highland Towers pada tahun 1993; tanah
runtuh Genting Highlands pada Julai 1995; tragedi Pos Dipang; kejadian 60 tanah
runtuh di Pulau Pinang pada bulan September 1995; runtuhan cerun di lebuhraya
Utara-Selatan dekat Gua Tempurung pada bulan Januari 1996; tanah runtuh dan
aliran lumpur Pos Dipang pada bulan Ogos 1996; dan tanah runtuh pada Oktober 1996
di Cameron Highlands; batu jatuh di lebuhraya Lembah kelang (NKVE) pada bulan
2
Disember 2003 yang menutupkan lebuhraya itu untuk enam bulan; tanah runtuh pada
31 Mei 2006 di Kampung Pasir Ulu Kelang, tanah runtuh pada 26 Disember 2007 yang
memusnahkan sembilan rumah di Kampung Baru Cina, Kapit, tanah runtuh di Bukit
Ceylon, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2009, dan tanah runtuh pada 21 Mei 2011
yang memusnahkan rumah anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa di FELCRA
Semungkis, Hulu Langat.
Selain dari tanah runtuh, pembangunan tanah tinggi juga telah menyebabkan
masalah seperti hakisan tanah, pergerakan jisim, penyahhutanan, pencemaran air
akibat pengenapan sungai dan tasik, dan banjir di kawasan kaki bukit dan dataran
rendah.
2.0 Definisi Tanah runtuh Natural Hazard
Tanah runtuh merupakan salah satu bencana alam yang sering berlaku di
Malaysia. Mengikut definisi oleh Cruden dan Varnes (1996), tanah runtuh adalah
pergerakan jisim samada batu, lempung atau tanah menuju ke arah bawah cerun.
Selain itu, (Crozier, 1986; Wieczorek;1996), mendefinisikan kejadian tanah runtuh
mendatangkan kesan-kesan buruk seperti kerosakan harta benda, kerugian wang
ringgit, kecederaan dan kematian. Kejadian tanah runtuh disebabkan oleh beberapa
faktor iaitu geologi, morfologi, fizikal dan aktiviti-aktiviti manusia di mana faktor-faktor
ini boleh dipecahkan kepada 3 kategori utama iaitu persediaan, pencetus dan
kawalan.
Secara umumnya tanah runtuh adalah pergerakan tanah, batuan atau kedua-
duanya menuruni cerun (Cruden, 1991; Sassa et al., 2007). Selain itu, tanah runtuh
juga dikenali sebagai fenomena semulajadi yang membawa kepada pergerakan
sesuatu bahan dari kedudukan yang tidak stabil kepada kedudukan yang lebih stabil.
Terdapat pelbagai jenis pergerakan tanah runtuh seperti jatuhan batuan, gelinciran
batuan, tanah runtuh, gelongsoran batuan, gelongsoran salji, aliran lumpur dan aliran
tanah yang merujuk kepada jenis batuan pada cerun dan mekanisma gelinciran atau
jatuhan (Mathur & Sarkar, 2004).
3.0 Faktor Kejadian Tanah Runtuh
Tanah tinggi atau tanah bukit merupakan kawasan alam sekitar yang berisiko
atas kecuraman, keunikan iklim mikro, keamatan hujan dan sensitiviti hidupan liar
dengan flora dan faunanya. Potensi dan risiko kejejasan aktiviti pembangunan boleh
3
megubah sensitiviti di kawasan persekitaran bukit dan sekitarnya. Kebanyakkan
kawasan di Malaysia terutamanya kawasan luar bandar dan resort tanah tinggi,
penambahan tekanan tanah, perumahan di kawasan tinggi, permintaan pelancongan,
dan ketamakan di kalangan pemaju yang tidak bertanggungjawab, mengakibatkan
bukit hijau subur bertukar menjadi tandus seperti gurun. Pembangunan tanah tinggi
boleh menyebabkan degradasi persekitaran sering menambahkan risiko bencana dan
bahaya persekitaran.
Terdapat juga beberapa faktor lain yang menjadi penyumbang kepada
kejadian tanah runtuh. Antaranya; ialah aktiviti manusia melalui penerokaan hutan.
Penebangan hutan secara berleluasa sama ada secara sah atau sebaliknya untuk
pembangunan menyebabkan banyak tumbuhan musnah. Pembalakan menyebabkan
tumbuhan lain tidak dapat menjalankan fungsi sebagai pengukuh struktur tanah. Akar
tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai pencengkam yang menggenggam tanah untuk
mengukuhkan struktur tanah. Penebangan hutan juga akan menyebabkan struktur
tanah menjadi longgar dan menjadi punca kepada fenomena tanah runtuh.
Seterusnya penyebab kejadian tanah runtuh juga disebabkan faktor semulajadi
yang menyumbang pekada kejadian tanah runtuh. Komposisi dan kandungan mineral
sesuatu tanah turut mempengaruhi struktur tanah. Sekiranya tanah itu terdiri daripada
mineral batu kapur,tanah itu akan mudah bertindakbalas dengan air. Tindakbalas ini
menyebabkan tanah menjadi rapuh,mempunyai struktur tanah yang longgar,dan
menjurus kepada kejadian tanah runtuh.
Kejadian hujan secara semulajadi turut mempengaruhi faktor berlaku kejadian
tanah runtuh. Terdapat dua jenis hujan iaitu hujan yang lebat dalam jangkamasa yang
pendek dan hujan tidak lebat dalam jangka masa yang panjang. Ketika hujan turun
dengan lebat dalam jangkamasa yang singkat, kadar serapan air hujan ke dalam tanah
adalah minimum.Tanah yang terdedah kepada air hujan akan menjadi tepu dengan
air yang mengalir khusus di lereng cerun bukit. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh banyak mendatangkan kesan buruk kepada
manusia seperti kerosakan harta benda,tempat tinggal,dan juga nyawa. Jadual 1.1
menunjukkan beberapa kejadian tanah runtuh yang berlaku di Malaysia dari tahun
1993 sehingga tahun 2014.
Jadual 1.1 : Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Malaysia
Bil. Tarikh Lokasi Kematian Kecederaan Kesan
1 24.10.1993 KM 58, Kuala Lipis - Gua Musang 1 15 Tiada rekod
4
2 28.11.1993 KM 63, Kuala Lumpur - Karak
Highway
2 - Tiada rekod
3 11.12.1993 Highland Towers 48 2 Ratusan penduduk
kehilangan tempat tinggal
4 31.12.1993 KM 59.5, LebuhrayaTimur - Barat 1 3 Sebuah kereta musnah
dan jalan ditutup
selama satu hari
5 30.06.1995 Genting Sempah, KL - Karak
Highway
20 22 10 kenderaan musnah
6 06.01.1996 KM 303.8 PLUS
Highway,Gua Tempurung, Ipoh
1 1 Jalan ditutup selama dua
minggu dan tiga bulan
untuk peralihan jalan
7 02.09.1996 Pos Dipang 44 10 Seluruh kampung
dipindahkan
8 09.10.1996 Kuala Terla, Cameron Highlands 3 2 Beberapa buah rumah
musnah
9 25.12.1997 KM 17, Lebuhraya
Ampang-Hulu Kelang
3 Tiada rekod
10 18.10.1996 Pantai dalam, Kuala Lumpur 1 4 19 buah keluarga
dipindahkan
11 28.11.1998 Paya Terubong, Pulau Pinang 0 0 17 buah kenderaan
tertimbus
12 08.02.1999 Kg. Gelam, Sandakan, Sabah 17 0 Beberapa buah rumah
dipindahkan
13 15.05.1999 Bukit Antarabangsa, Selangor 0 0 1, 000 penduduk
dipindahkan dan 15, 000
terkandas.
14 28.11.1999 Bukit Aman, Pahang 0 0 15 kereta , sebuah bas
dan sebuah motosikal
musnah
15 03.12.1999 KM 449.6 Lebuhraya Utara-
Selatan Sg. Buloh, Selangor
0 0 Ribuan kenderaan
terkandas. Jalan ditutup
selama sehari.
16 09.01.2000 Km 81.6, Jalan Brinchang, Tanah
Rata, Cameron highlands
6 0 15, 000 pengguna jalan
raya terkandas sehingga
beberapa jam
17 27.12.2001 Kg. Sri gunung Pulai, Pontian
Johor
15 2 Sebuah rumah musnah
18 28.01.2002 Ruan Changkul, Sarawak 16 0 Sebuah rumah panjang
dipindahkan
19 20.11.2002 Taman Hillview, Selangor 8 5 Sebuah banglo musnah
20 26.11.2003 KM 21.8 , NKVE , Bukit Lanjan - Tiada rekod
21 29.11.2004 KM 59, Kuala Lipis, Merapoh 4 Tiada rekod
22 26.06.2006 KM8.5, FT 606, Pelabuhan
Sepanggar, Kota Kinabalu,
Sabah
1 Tiada rekod
23 21.05.2011 Rumah Anak Yatim Al Taqwa,
Hulu Langat,
Selangor
16
5
24 07.08.2011 Perkampungan Orang Asli,
Sg. Ruil, Cameron
Highlands
7 Beberapa buah rumah
musnah
25 26.12.2012 Kilometer 139, Jerangau-Jabor Enam kereta tertimbus
26 28.12.2012 Taman Puncak Setiawangsa Sebuah banglo musnah
dan puluhan penduduk
dipindahkan
27 06.05.2013 Jalan Ampang 9 kenderaan musnah
28 03.07.2013 Ukay Perdana 3 1 Kawasan pembinaan
29 07.01.2014 Jalan Mahameru Trafik terputus ke
Jalan Kuching &
PWTC
Sumber: Shu et al. (1981), Chow (1981), Chow (1984), Tajul Annuar Jamaluddin et al. (2003),
Arkib akbar digital di tapak web www.emedia.com.my dan News Straits Times (2002)
dalam Lim (2004)
4.0 Penilaian Risiko Natural Hazard (Tanah Runtuh)
Risiko tanah runtuh adalah merujuk kepada jangkaan kemusnahan dan
kehilangan yang berlaku disebabkan oleh tanah runtuh (Hervas & Bobrowsky, 2009).
Dalam penilaian risiko tanah runtuh, nilai setiap kemusnahan dan kehilangan diukur
dalam bentuk ekonomi dengan mendapatkan kos yang ditanggung seperti kos
penyelenggaraan bangunan dan infrastruktur, kos ubatan bagi individu yang tercedera
atau kehilangan nyawa serta kehilangan tempat tinggal sekiranya berlaku tanah
runtuh. Oleh itu, peta risiko tanah runtuh mewakili bahaya tanah runtuh di sesuatu
kawasan yang terlibat serta kesannya kepada kehidupan manusia, ekonomi dan
perubahan persekitaran di kawasan tersebut.
4,1 Implikasi risiko Natural Hazard terhadap fizikal dan manusia.
Kejadian tanah runtuh merupakan fenomena bencana alam yang memberikan
impak yang besar terhadap fizikal dan manusia di sesebuah negara. Sebarang
kerosakan dan kemusnahan sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat
kejadian tersebut terpaksa ditanggung kos kerugian oleh pihak kerajaan atau pihak
persendirian. Impak pembangunan tanah tinggi yang tidak terkawal akan membawa
banyak kesan buruk berbagai yang meliputi impak terhadap alam sekitar fizikal dan
juga alam sekitar budaya (manusia).
Pembangunan tanah tinggi menggalakkan aktiviti industri pelancongan dan
sering dianggapkan sebagai salah satu prinsip pergantungan ekonomi Malaysia pada
6
masa akan datang. Oleh itu, perlancongan merupakan satu teras utama dari segi
ekonomi pembangunan di Malaysia untuk menarik kehadiran pelancong. Sejak
kebelakangan ini banyak resort tanah tinggi telah dibangunkan di Malaysia dalam
tempoh masa yang singkat, biasanya tanpa sabarang pertimbangan yang terperinci
atas akibat- akibat terhadap sektor yang berkaitan seperti daya tampung (kapasiti
membawa) pada kawasan-kawasan yang sensitif alam sekitar. Tambahan pula,
pembangunan pesat dalam semua sektor terutamanya dalam sektor industri,
perdagangan, pembinaan, pertanian, infrastruktur dan urbanisasi telah meningkatkan
keperluan atas penggunaan tanah.
4.2 Implikasi risiko Natural Hazard terhadap fizikal
4.2.1 Implikasi ke terhadap Bentuk Muka Bumi
Pembangunan yang tidak terancang boleh memburukkan pemandangan alam
semula jadi kawasan tanah tinggi yang indah. Sebelum kegiatan pertanian dan
pelancongan dimajukan secara pesat dalam tahun 1900an, pemandanagn di Cameron
Highlands hampir keseluruhannya terdiri dari pelbagai jenis kawasan hutan rizab yang
indah. Namun, hutan terus ditebang dan pandang-darat berubah secara dramatik
sejak beberapa dekad yang lalu. Kajian Chan dan Barrow (2010) terhadap kawasan
itu mendapati banyak tebing dan kawasan hutan telah mengalami kemusnahan
(disebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh). Oleh disebab kejadian ini telah
menjadikan kehilanganlah satu landskap yang indah, yang dulunya merupakan
penarikan untuk pelancongan serta sebab-sebab estetik. Ia juga dijangka bahawa
topografi di kawasan projek terdiri daripada kawasan pergunungan akan berubah
dengan cerun curam, puncak sempit dan rabung dan juga bukit banyak dengan cerun
antara 6 - 40 darjah.
4.2.2 Implikasi Terhadap Perubahan Iklim
Kesan-kesan pembangunan tanah tinggi tanpa kawalan juga berupaya
membawa perubahan iklim mikro kepada sesuatu tempat. Hal ini telah dibuktikan oleh
Chan et al (2006), di Cameron Highlands di mana pekan-pekan dan kawasan
pembandaran didapati mengalami fenomena “Pulau Haba Bandar” dengan suhu yang
lebih panas berbanding dengan kawasan di luar bandar. Selain itu, kajian Leong
(2006), juga mendapati bahawa iklim mikro tanah tinggi tersebut telah dipengaruhi
oleh pemanasan global, dan membawa kepada kenaikan suhu. Kelembapan di
7
kawasan tanah tinggi adalah lazimnya lebih tinggi berbanding dengan kawasan
dataran rendah. Daripada segi kandungan udara, didapati kawasan tanah tinggi
mengalami kandungan udara yang lebih segar dan tidak tercemar berbanding dengan
kawasan dataran rendah, khasnya kawasan bandar.
Pembasmian hutan di atas bukit mengubahkan iklim kawasan tanah tinggi.
Pada tahun 1991, satu kajian di Bukit Pulau Pinang terhadap ekosistem yang
mendedahkan bahawa iklim mikro telah terjejas oleh lebih penebangan hutan,
pembangunan perumahan dan juga lain-lain pembangunan (termasuk setinggan
haram) (Chan, 1991b). Manakala kajian oleh Ho (1992) dan Friends of Penang Hill
(1991), juga menunjukkan bahawa unsur-unsur iklim boleh diubahsuai dengan ketara
sebagai akibat degradasi alam sekitar tanah tinggi. Pembangunan secara luas di
Cameron Highlands dengan menggantikan hutan dengan jalan berturap, bangunan
dan lain-lain yang tinggi dengan bahan penyerapan solar telah menaikkan suhu min
di resort tanah tinggi.
4.2.3 Implikasi Terhadap Hidrologi
Salah satu impak yang serius adalah disebabkan daripada penebangan hutan.
Ia berkait dengan perubahan iklim mikro tetapi sedikit berkaitan dengan perubahan
suhu. Walaupun ia akan mengurangkan daya tarikan resort tempatan, sebaliknya ia
akan menyebabkan pengurangan fungsi- fungsi penting hutan tanah tinggi.
Kehilangan perlindungan hutan akan menyebabkan penyerapan haba kurang ditukar
kepada lembapan dan juga kurang dilepaskan ke dalam atmosfera. Dengan masa
semakin lama, ini menunjukkan kenapa kawasan-kawasan hutan akan mengalami
kekurangan hujan. Gejala ini telah dialami di Pulau Pinang sebab hampir 94 % negeri
itu telah tiada hutan (Chan, 2000). Oleh itu, pembukaan hutan yang menyebabkan
kukurangan hutan telah menjadi faktor untuk kekurangan air hujan kerana kekurangan
dalam menangkap kelembapan melintang.
4.2.4 Implikasi Terhadap Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh
Pencemaran kualiti air permukaan melalui proses pengenapan disebabkan
hakisan tanah berlaku akibat pembangunan di tanah tinggi. Malah kejadian tanah
runtuh dan lumpur runtuh juga akan merosotkan kualiti air permukaan. Pembangunan
tanah tinggi biasanya menyebabkan pendedahan permukaan tanah kepada unsur-
unsur cuaca. Di Malaysia, iklim khatulistiwa yang lembap menghasilkan hujan lebat
8
dengan keamatan tinggi, biasanya lebih daripada seratus milimeter dalam satu jam
dan menyababkan hakisan. Hakisan tanah disebabkan air hujan juga menyebabkan
kadar hakisan tanah yang tinggi dan pencemaran kualiti air. Hutan dan tumbuhan
berupaya memberi perlindungan kepada permukaan tanah untuk mengelakkan
hakisan tanah, hakisan air larian, dan juga tanah runtuh. Friends of Penang Hill (1991),
mendapati bahawa kadar hakisan boleh dipertingkatkan dengan pembangunan tanah
tinggi. Hakisan tanah yang menyebabkan kehilangan tanih sebanyak 83 tan/ha/tahun
didapati berlaku di tanah bercerun landai (Wan Abdullah et. al., 2001). Jika kecerunan
menjadi lebih curam, risiko dan potensi hakisan tanah boleh meningkat sehingga 150
tan/ha/tahun.
4.3 Implikasi risiko Natural Hazard terhadap manusia
4.3.1 Kehilangan Tempat Tinggal Masyarakat Tempatan
Menurut Suriati Ghazali et al.(2006), pembangunan pesat di tanah tinggi
tersebut telah memasuki tanah warisan orang asli dan juga hutan di mana mereka cari
makanan. Justeru, mereka telah kehilangan tempat tinggal dan juga sumber rezeki.
Walaupun orang asli telah disediakan tempat tingggal alternatif di kampung-kampung
baru tersusun, kebanyakan orang asli hilang hala tuju sebab di kampung-kampung
baru tersebut mereka tidak dapat diadaptasi dengan kehidupan.
Sebilangan besar komuniti orang asli telah hilang tempat kediaman akibat
pembangunan pelancongan. Nicolas (2004) mendapati bahawa orang asli telah hilang
tanah tradisi mereka kepada pembangunan empangan, lapangan terbang, padang
permainan golf, lebuhraya, taman rekreasi dan resort, ladang kelapa sawit,
petempatan pekan dan kawasan perumahan baru, konsesi pembalakan, pusat industri
dan juga pihak swasta.
Selain itu, pembangunan pesat di kawasan tanah tinggi di Malaysia telah
membawa kepada peningkatan kejadian tanah runtuh yang lazim memusnahkan
rumah oarng asli. Misalnya, pada 29 Ogos 1996, sesuatu tanah runtuh dan aliran
lumpur telah berlaku di sekitar petempatan orang asli bernama Pos Dipang dekat
Kampar, Perak telah memusnahkan berpuluh-puluh rumah oarng asli. Selepas
kejadian tersebut, kerajaan telah mengarahkan orang asli yang terlibat untuk pindah
sebab kawasan perumahan tersebut dianggap merbahaya.
9
4.3.2 Pemusnahan Sumber Air dan Kemerosotan Kualiti Air
Tanah Tinggi Cameron Highlands terkenal dengan keindahan alam dan iklim
sejuknya kini mengalami kemerosotan kualiti persekitaran yang mendadak, di mana
pembukaan hutan secara haram dan pencemaran sumber air menjadi paling serius.
Pembukaan hutan secara haram untuk aktiviti pertanian telah dijalankan oleh petani
yang tidak bertanggungjawab, iaitu mereka yang tidak mempunyai sebarang lesen
(permit) untuk berbuat demikian. Mesin-mesin berat (yang diharamkan di Cameron
Highlands) telah digunakan secara haram pada hujung minggu. Kebanyakan
pembukaan hutan dan penebangan cerun bukit (yang berkelas “Tiga” atau “Empat”,
iaitu melebihi 30-darjah gradiennya, telah menyebabkan hakisan teruk dan tanah
runtuh. Apabila hujan berlaku, air hujan membawa banyak enapan masuk ke dalam
sungai lalu menjadikan warnanya perang atau warna seperti “teh tarik”.
Kawasan tanah tinggi Cameron Highlands juga memperlihatkan kemerosotan
fungsinya sebagai tadahan air. Ini adalah kerana pencemaran sumber air dalam
sungai-sungai di kawasan tersebut akibat pengenapan yang menyebabkan air sungai
berwarna kuning-oren, iaitu penuh dengan enapan. Tambahan lagi, tasik di Ringlet
yang mana banyak sungai di Cameron Highlands mengalir ke dalam, telah menjadi
cetek dan tercemar dengan enapan.
4.3.3 Kehilangan Nyawa dan Kecederaan
Realiti implikasi pembangunan pesat di kawasan tanah tinggi di Malaysia telah
membawa kepada peningkatan kejadian tanah runtuh yang lazim menyebabkan
kematian dan kecederaan. Kehilangan nyawa merupakan satu malapetaka yang
major. Apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh ianya amat sukar dielakkan. Misalnya,
pada 11 Disember 1993, 48 orang terkorban apabila tanah runtuh menyebabkan
pangsapuri Highland Towers teruntuh di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor.
Manakala pada 30 Jun 1995, 20 orang terkorban akibat tanah runtuh di jalan menuju
ke Genting Highlands berhampiran lebuhraya Karak. Pada 6 Januari 1996 pulak,
sesuatu tanah runtuh berlaku di tepi Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung
dan menyebabkan seoarng meninggal. Kejadian pada 29 Ogos 1996, sesuatu tanah
runtuh dan aliran lumpur telah berlaku di sekitar petempatan orang asli bernama Pos
Dipang dekat Kampar, Perak. Dalam kejadian itu, seramai 44 orang terkorban dan
berpuluh-puluh tercedera. Pada 1 Mei 2011, 16 orang (kebanyakan kanak-kanak)
sebuah rumah yatim terkorban dalam tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat
di rumah yatim Children's Hidayah Madrasah Al-Taqwa di FELCRA Semungkis, Hulu
10
Langat, Selangor. Angka-angka kematian yang terlibat adalah suatu kehilangan yang
tiada gantinya.
5.0 Langkah Pemuliharaan, Pemeliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar di Cameron
Highlands
Kemusnahan alam sekitar yang serius di Cameron Highlands perlu dibendung
bagi menjamin keunikan dan keindahan kawasan tanah tinggi. Langkah-langkah
pengurusan alam sekitar perlu diamalkan bagi tujuan membendung impak yang
berterusan daripada pembangunan yang telah dan sedang dilakukan.
5.1 Menghentikan Projek Pembangunan yang Berisiko
Kemusnahan alam sekitar di Cameron Highlands amat serius ekoran
pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan infrastruktur yang dijalankan
tanpa mengambil kira kesan yang akan berlaku. Oleh itu kerajaan Pahang dan kabinet
telah mengeluarkan arahan untuk menamatkan projek-projek pembangunan yang
berisiko tinggi. Mana-mana projek yang berisiko tinggi yang boleh mengancam alam
sekitar yang perlu dihentikan dengan segera ialah pembukaan tanah haram untuk
pertanian, penebangan hutan dan pemotongan bukit. Pertama; mengenalpasti punca-
punca pencemaran pada peringkat sumber dan seterusnya mencegah keadaan
tersebut daripada berleluasa. Kedua, melakukan pemonitoran terhadap aktiviti-aktiviti
yang dijangka boleh menjejaskan alam sekitar. Ketiga; penguatkuasaan undang-
undang secara menyeluruh kepada individu atau syarikat untuk mereka mengikuti
peraturan-peraturan alam sekitar semasa menjalankan aktiviti pembangunan.
5.2 Perancangan Pembangunan masa depan
Perkara yang jarang sekali diberi perhatian ialah punca yang mendasari
peningkatan kemudah-terancaman sosial akibat peristiwa bencana (Cutter 1996).
Perancangan pembangunan harus dilakukan secara bersepadu dan mengambilkira
risiko kejadian banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Pendekatan asas di sini melibatkan
perancangan kawalan berdasarkan peta bencana, peta risiko dan kawalan melalui kod
bangunan (Pereira & Ibrahim Komoo 1998). Selain itu, keberkesanan pengurusan
banjir, banjir kilat dan tanah runtuh perlu ditingkatkan. Tiga pendekatan asas
diamalkan dalam pengurusan dan tebatan iaitu kawalan dan limitasi; pengurangan;
dan penyesuaian (Bennet & Doyle 1997).
11
5.3 Mewartakan Kawasan Hutan Simpan Baru
Jabatan Perhutanan Cameron Highlands telah mewartakan beberapa
kawasan baru sebagai hutan simpan pada tahun 1997 bagi memastikan tiada
gangguan terhadap spesis yang bernilai ini. Spesis-spesis tumbuhan yang terdapat di
Cameron Highlands merupakan jenis spesis hutan tanah tinggi (1000 meter ke atas).
Bagi tujuan pemuliharaan, Jabatan Perhutanan Cameron Highlands telah menanam
spesis pokok-pokok baru di kawasan Hutan Simpan Mentigi bagi percubaan untuk
mewujudkan kawasan hutan yang baru. Bagi meningkatkan lagi hutan simpan baru
beberapa kawasan hutan telah diwartakan sebagai hutan simpan tambahan, iaitu
Hutan Simpan Kekal Batu Gangan, Hutan Simpan Kekal Mentigi, Hutan Simpan Kekal
Ulu Lemoi dan Hutan Simpan Kekal Sg Kial (Jabatan Perhutanan, 1997).
5.4 Penetapan Garis Panduan kepada Petani
Majoriti petani di Tanah Tinggi Cameron Highlands menjalankan aktiviti
pertanian tanpa memikirkan kesan yang buruk seperti hakisan dan tanah runtuh serta
kelodak yang memenuhi sistem saliran. Antara langkah yang perlu diperkenalkan
kepada pengusaha ialah, pertama; menaman tanaman penutup bumi seperti
kekacang bagi tujuan mencegah hakisan terutama pada musim hujan terutama di
kawasan yang baru diteroka. Kedua; membuat sungkupan bagi menutup permukaan
tanah dan mengukuhkan batas-batas tanaman di samping mengelak hakisan,
mengekalkan nutrien dan mengelakkan tanah runtuh. Ketiga; menanam rumput di
tebing-tebing yang curam bagi tujuan untuk mencengkam tanah dan, keempat;
menyediakan sistem saliran yang sempurna perlu dilakukan supaya air dapat dialirkan
tanpa meninggalkan hakisan kepada tanah.
5.5 Kempen Kesedaran Keselamatan Dan Risiko Bencana
Program kempen kesedaran awam ini merupakan perancangan aktiviti
kesiapsiagaan bencana bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai
terhadap bencana tanah runtuh, gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem yang
berlaku di Malaysia. Selain dapat mempraktis pengetahuan tentang kaedah
penyebaran amaran awal bencana. Pihak-pihak yang seharusnya terlibat dan komitted
dalam kempen terletak kepada kepakaran Koordinasi agensi-agensi kecemasan
seperti Bomba, Rakan Cop, Angkatan Pertahanan Awam (APAM) dan MERCY.
12
6.0 Kesimpulan
Pengurusan dan penilaian bencana persekitaran merupakan satu langkah
yang logik dan praktik bagi memastikan kelestarian pembangunan di kawasan tanah
tinggi terancang dan bersistematik. Pembangunan pesat kawasan tanah tinggi amnya
di Malaysia telah menyebabkan degradasi alam sekitar. Sehingga kini, kawalan
pembangunan tanah tinggi adalah kurang berkesan disebabkan oleh penguatkuasaan
yang masih belum mencapai kepaduan dan dasar-dasar yang tidak konsisten di antara
kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Disebabkan oleh ketidakselerasan
tersebut, kerajaan persekutuan telah mengambil langkah melaksanakan kajian
terhadap langkah-langkah kawalan, perundangan dan peraturan pembangunan tanah
tinggi. Pembangunan dan perkembangan kawasan tanah tinggi perlu dikawal kerana
kawasan ini adalah diklasifikasikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar. Aktiviti
pertanian juga haruslah dijalankan dengan mempertimbangkan alam sekitar seperti
penggunaan teres, tanaman tutup bumi, bumbung penuaian air hujan, sungkupan, dan
lain- lain langkah konservasi lagi. Cameron Highlands, dengan sejarah tersendiri pusat
pelancongan dan pertanian tanah tinggi, harus menjadi inspirasi pertanian lestari dan
bukan sebaliknya.
Rujukan
Barrow, C.J. 2006. Sustainable agriculture in the Cameron Highlands, Malaysia. Dlm.
Chan, N.W. (pnyt.). Cameron Highlands: Issues & Challenges in Sustainable
Development. Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia Hlm. 62-
75.
Barrow, C.J., Chan, N.W. & Tarmiji Masron. 2008. Evolving more sustainable
sustainable agriculture in the Cameron Highlands, Malaysia. International Journal
of Agricultural Resources Governance and Ecology (IJARGE) 7(6): 450-468.
Bennet, M.R. & Doyle, P. 1997. Environmental geology: geology and the human
environment. Chichester: John Wiley & Sons.
Chan, N.W. 1991b, The Climate of Penang Island. Kajian Malaysia IX (1), June, 62-86.
Chan, N.W. 1997a. Environmental Effects of Rapid Development and Urbanisation: The
Case of Hill Development and Land Reclamation in Penang. Paper presented in
"Chemistry and Technological Development in Environmental Management", 23-
25 October 1997, Unversiti Sains Malaysia, Penang.
13
Chan, N.W. 1997b. Chapter 4.3 Water Resources. In DCT Consultancy Services Sdn
Bhd (December 1997). Penang Environmental Conservation Strategy - Interim
Report. Report prepared for the Penang State Government, Pulau Pinang, 4-31
to 4-48.
Chan, N.W. 1998. Responding to Landslide Hazards in Rapidly Developing Malaysia: A
Case of Economics Versus Environmental Protection. Disaster Prevention and
Management: An International Journal 7 (1), 14 - 27.
Cutter, S. L. 1996. Vulnerability to environmental hazards. Progress in Human
Geography 20(4): 529-539.
Goh, K.C. 1978. Human Interference with the Malaysian tropical rainforest: its
hydrological and erosional implications with reference to Endau-Rompin.
Malaysian Naturalist 4(2): 16-21.
Lim, R.P. & Lee, S.W. (eds). 1992. Hill Development: Proceedings of the Seminar.
Malayan Nature Society, Kuala Lumpur.
Nicholas, C. 2004. Mahathir and the invisible orang asli. In Welsh, B. (ed.). Reflections:
The Mahathir Years. John Hopkins University, Washington D.C. Hlm. 220-230.
Suriati Ghazali, Chan, N.W. & Norizan Md Nor. 2006. The economic and socio-cultural
impacts of ecotourism on the Orang Asli in Cameron Highlands, Pahang,
Malaysia. In. Chan, N.W. (ed.). Cameron Highlands: Issues & Challenges in
Sustainable Development: Penang: School of Humanities, Universiti Sains
Malaysia Hlm. 94-106.
Wan Abdullah. 2002. Agro-Pollution of water Resources Under Intensive Agricultural
Systems in Cameron Highlands – An Integrated Study. In Chan N W (Ed) Rivers:
Towards Sustainable Development. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang, 87-93.
14
Lampiran
Rajah 1 Lokasi Bencana Tanah runtuh di kawasan tanah tinggi Cameron Higlands, Pahang pada Disember 2016
lalu.
Rajah 2 Tanah runtuh di kawasan pertanian tanah tinggi Cameron Higlands pada Disember 2016 lalu.
15
LAMPIRAN
Rajah 3 Risiko bahaya yang boleh disebabkan oleh jatuhan batuan. Keadaan yang sebegini boleh diistilahkan
sebagai geobahaya
Rajah 3 Kejadian tanah runtuh dalam bentuk jatuhan batuan yang telah mendatangkan kemusnahan kepada harta
benda. Sebelum jatuhan batuan berlaku, blok batuan tersebut diistilahkan berada dalam keadaan bahaya dan
apabila kejadian berlaku, keadaan tersebut diketegorikan sebagai bencana atau geobencana. (Gambar oleh
Jabatan Mineral dan Geosains Selangor).

Contenu connexe

Plus de ILKKM SG BULOH

Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.
ILKKM SG BULOH
 

Plus de ILKKM SG BULOH (20)

PKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.ppt
PKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.pptPKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.ppt
PKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.ppt
 
PKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.ppt
PKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.pptPKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.ppt
PKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.ppt
 
PKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.pptPKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
 
Topik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptx
Topik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptxTopik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptx
Topik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptx
 
Topik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptx
Topik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptxTopik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptx
Topik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptx
 
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptxTopik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
 
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptxSKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
 
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4  Struktur Organisasi KKM.pptxTopik 4  Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
 
Ozone forming potential of reformulated gasoline
Ozone forming potential of reformulated gasoline Ozone forming potential of reformulated gasoline
Ozone forming potential of reformulated gasoline
 
Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...
Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...
Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...
 
Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.
Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.
Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.
 
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
 
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDARKERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
 
Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.
Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.
Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.
 
Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.
 
Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...
Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...
Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...
 
Ulasan Graf Penilaian Bencana Banjir
Ulasan Graf  Penilaian Bencana BanjirUlasan Graf  Penilaian Bencana Banjir
Ulasan Graf Penilaian Bencana Banjir
 
Malaria 2020
Malaria 2020Malaria 2020
Malaria 2020
 
KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan
 
Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020
 

Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)

  • 1. 1 Subjek : Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163) Tugasan 2 : Kenalpasti dan bincangkan jenis penilaian risiko (natural hazards). Nama Pelajar : MAZLAN BIN MANSOR (P89860) ZULKIPLI BIN ABDULLAH (P89843) Tajuk : Penilaian Risiko Natural Hazard Tanah Runtuh di Cameron Highland 1.0 Pengenalan Bencana alam merupakan cabaran paling genting yang sedang dilalui oleh sejumlah besar komuniti dunia. Kekerapan berlakunya kejadian bencana seringkali berkait rapat dengan kepesatan dan kemajuan serta pertambahan kepadatan populasi sesebuah negara (Coppola, 2007). Menurut Ghosh, 2012, kemusnahan akibat daripada bencana sukar untuk diukur malah ia seringkali berbeza-beza mengikut lokasi geografi dan tahap kerentanannya. Majoriti negara-negara di Asia, Natural hazards yang bersifat bahaya semulajadi seperti tanah runtuh, banjir, gempa bumi, letusan gunung berapi, ribut dan tsunami menjadi kebimbangan paling utama. Pelbagai natural hazards yang dihadapi oleh sesebuah negara bergantung kepada keadaan iklim, geografi, geologi dan amalan penggunaan tanah di negara tersebut. Kawasan kedudukan tanah tinggi merupakan kawasan yang sensitif alam akibat cerun dan puncak bukit yang curam, hujan yang lebat, dan flora dan fauna yang terancam. Pembangunan tanah tinggi mengubah ciri tanah yang sensitif tersebut. Di Malaysia, beberapa kajian telah menunjukkan kesan-kesan negatif pembangunan tidak terkawal terhadap persekitaran tanah tinggi. Menurut Lim dan Lee (1992) telah mengkaji pembangunan tanah tinggi di Malaysia dan merumuskan bahawa pembangunan pesat yang tidak terkawal telah membawa kepada degradasi persekitaran sehingga berlakunya bencana persekitaran. Sejak dari era 1970an hingga kini, Malaysia telah mengalami banyak peristiwa bencana termasuk runtuhan kondominium Highland Towers pada tahun 1993; tanah runtuh Genting Highlands pada Julai 1995; tragedi Pos Dipang; kejadian 60 tanah runtuh di Pulau Pinang pada bulan September 1995; runtuhan cerun di lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung pada bulan Januari 1996; tanah runtuh dan aliran lumpur Pos Dipang pada bulan Ogos 1996; dan tanah runtuh pada Oktober 1996 di Cameron Highlands; batu jatuh di lebuhraya Lembah kelang (NKVE) pada bulan
  • 2. 2 Disember 2003 yang menutupkan lebuhraya itu untuk enam bulan; tanah runtuh pada 31 Mei 2006 di Kampung Pasir Ulu Kelang, tanah runtuh pada 26 Disember 2007 yang memusnahkan sembilan rumah di Kampung Baru Cina, Kapit, tanah runtuh di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2009, dan tanah runtuh pada 21 Mei 2011 yang memusnahkan rumah anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa di FELCRA Semungkis, Hulu Langat. Selain dari tanah runtuh, pembangunan tanah tinggi juga telah menyebabkan masalah seperti hakisan tanah, pergerakan jisim, penyahhutanan, pencemaran air akibat pengenapan sungai dan tasik, dan banjir di kawasan kaki bukit dan dataran rendah. 2.0 Definisi Tanah runtuh Natural Hazard Tanah runtuh merupakan salah satu bencana alam yang sering berlaku di Malaysia. Mengikut definisi oleh Cruden dan Varnes (1996), tanah runtuh adalah pergerakan jisim samada batu, lempung atau tanah menuju ke arah bawah cerun. Selain itu, (Crozier, 1986; Wieczorek;1996), mendefinisikan kejadian tanah runtuh mendatangkan kesan-kesan buruk seperti kerosakan harta benda, kerugian wang ringgit, kecederaan dan kematian. Kejadian tanah runtuh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu geologi, morfologi, fizikal dan aktiviti-aktiviti manusia di mana faktor-faktor ini boleh dipecahkan kepada 3 kategori utama iaitu persediaan, pencetus dan kawalan. Secara umumnya tanah runtuh adalah pergerakan tanah, batuan atau kedua- duanya menuruni cerun (Cruden, 1991; Sassa et al., 2007). Selain itu, tanah runtuh juga dikenali sebagai fenomena semulajadi yang membawa kepada pergerakan sesuatu bahan dari kedudukan yang tidak stabil kepada kedudukan yang lebih stabil. Terdapat pelbagai jenis pergerakan tanah runtuh seperti jatuhan batuan, gelinciran batuan, tanah runtuh, gelongsoran batuan, gelongsoran salji, aliran lumpur dan aliran tanah yang merujuk kepada jenis batuan pada cerun dan mekanisma gelinciran atau jatuhan (Mathur & Sarkar, 2004). 3.0 Faktor Kejadian Tanah Runtuh Tanah tinggi atau tanah bukit merupakan kawasan alam sekitar yang berisiko atas kecuraman, keunikan iklim mikro, keamatan hujan dan sensitiviti hidupan liar dengan flora dan faunanya. Potensi dan risiko kejejasan aktiviti pembangunan boleh
  • 3. 3 megubah sensitiviti di kawasan persekitaran bukit dan sekitarnya. Kebanyakkan kawasan di Malaysia terutamanya kawasan luar bandar dan resort tanah tinggi, penambahan tekanan tanah, perumahan di kawasan tinggi, permintaan pelancongan, dan ketamakan di kalangan pemaju yang tidak bertanggungjawab, mengakibatkan bukit hijau subur bertukar menjadi tandus seperti gurun. Pembangunan tanah tinggi boleh menyebabkan degradasi persekitaran sering menambahkan risiko bencana dan bahaya persekitaran. Terdapat juga beberapa faktor lain yang menjadi penyumbang kepada kejadian tanah runtuh. Antaranya; ialah aktiviti manusia melalui penerokaan hutan. Penebangan hutan secara berleluasa sama ada secara sah atau sebaliknya untuk pembangunan menyebabkan banyak tumbuhan musnah. Pembalakan menyebabkan tumbuhan lain tidak dapat menjalankan fungsi sebagai pengukuh struktur tanah. Akar tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai pencengkam yang menggenggam tanah untuk mengukuhkan struktur tanah. Penebangan hutan juga akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan menjadi punca kepada fenomena tanah runtuh. Seterusnya penyebab kejadian tanah runtuh juga disebabkan faktor semulajadi yang menyumbang pekada kejadian tanah runtuh. Komposisi dan kandungan mineral sesuatu tanah turut mempengaruhi struktur tanah. Sekiranya tanah itu terdiri daripada mineral batu kapur,tanah itu akan mudah bertindakbalas dengan air. Tindakbalas ini menyebabkan tanah menjadi rapuh,mempunyai struktur tanah yang longgar,dan menjurus kepada kejadian tanah runtuh. Kejadian hujan secara semulajadi turut mempengaruhi faktor berlaku kejadian tanah runtuh. Terdapat dua jenis hujan iaitu hujan yang lebat dalam jangkamasa yang pendek dan hujan tidak lebat dalam jangka masa yang panjang. Ketika hujan turun dengan lebat dalam jangkamasa yang singkat, kadar serapan air hujan ke dalam tanah adalah minimum.Tanah yang terdedah kepada air hujan akan menjadi tepu dengan air yang mengalir khusus di lereng cerun bukit. Keadaan ini menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh banyak mendatangkan kesan buruk kepada manusia seperti kerosakan harta benda,tempat tinggal,dan juga nyawa. Jadual 1.1 menunjukkan beberapa kejadian tanah runtuh yang berlaku di Malaysia dari tahun 1993 sehingga tahun 2014. Jadual 1.1 : Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Malaysia Bil. Tarikh Lokasi Kematian Kecederaan Kesan 1 24.10.1993 KM 58, Kuala Lipis - Gua Musang 1 15 Tiada rekod
  • 4. 4 2 28.11.1993 KM 63, Kuala Lumpur - Karak Highway 2 - Tiada rekod 3 11.12.1993 Highland Towers 48 2 Ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal 4 31.12.1993 KM 59.5, LebuhrayaTimur - Barat 1 3 Sebuah kereta musnah dan jalan ditutup selama satu hari 5 30.06.1995 Genting Sempah, KL - Karak Highway 20 22 10 kenderaan musnah 6 06.01.1996 KM 303.8 PLUS Highway,Gua Tempurung, Ipoh 1 1 Jalan ditutup selama dua minggu dan tiga bulan untuk peralihan jalan 7 02.09.1996 Pos Dipang 44 10 Seluruh kampung dipindahkan 8 09.10.1996 Kuala Terla, Cameron Highlands 3 2 Beberapa buah rumah musnah 9 25.12.1997 KM 17, Lebuhraya Ampang-Hulu Kelang 3 Tiada rekod 10 18.10.1996 Pantai dalam, Kuala Lumpur 1 4 19 buah keluarga dipindahkan 11 28.11.1998 Paya Terubong, Pulau Pinang 0 0 17 buah kenderaan tertimbus 12 08.02.1999 Kg. Gelam, Sandakan, Sabah 17 0 Beberapa buah rumah dipindahkan 13 15.05.1999 Bukit Antarabangsa, Selangor 0 0 1, 000 penduduk dipindahkan dan 15, 000 terkandas. 14 28.11.1999 Bukit Aman, Pahang 0 0 15 kereta , sebuah bas dan sebuah motosikal musnah 15 03.12.1999 KM 449.6 Lebuhraya Utara- Selatan Sg. Buloh, Selangor 0 0 Ribuan kenderaan terkandas. Jalan ditutup selama sehari. 16 09.01.2000 Km 81.6, Jalan Brinchang, Tanah Rata, Cameron highlands 6 0 15, 000 pengguna jalan raya terkandas sehingga beberapa jam 17 27.12.2001 Kg. Sri gunung Pulai, Pontian Johor 15 2 Sebuah rumah musnah 18 28.01.2002 Ruan Changkul, Sarawak 16 0 Sebuah rumah panjang dipindahkan 19 20.11.2002 Taman Hillview, Selangor 8 5 Sebuah banglo musnah 20 26.11.2003 KM 21.8 , NKVE , Bukit Lanjan - Tiada rekod 21 29.11.2004 KM 59, Kuala Lipis, Merapoh 4 Tiada rekod 22 26.06.2006 KM8.5, FT 606, Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah 1 Tiada rekod 23 21.05.2011 Rumah Anak Yatim Al Taqwa, Hulu Langat, Selangor 16
  • 5. 5 24 07.08.2011 Perkampungan Orang Asli, Sg. Ruil, Cameron Highlands 7 Beberapa buah rumah musnah 25 26.12.2012 Kilometer 139, Jerangau-Jabor Enam kereta tertimbus 26 28.12.2012 Taman Puncak Setiawangsa Sebuah banglo musnah dan puluhan penduduk dipindahkan 27 06.05.2013 Jalan Ampang 9 kenderaan musnah 28 03.07.2013 Ukay Perdana 3 1 Kawasan pembinaan 29 07.01.2014 Jalan Mahameru Trafik terputus ke Jalan Kuching & PWTC Sumber: Shu et al. (1981), Chow (1981), Chow (1984), Tajul Annuar Jamaluddin et al. (2003), Arkib akbar digital di tapak web www.emedia.com.my dan News Straits Times (2002) dalam Lim (2004) 4.0 Penilaian Risiko Natural Hazard (Tanah Runtuh) Risiko tanah runtuh adalah merujuk kepada jangkaan kemusnahan dan kehilangan yang berlaku disebabkan oleh tanah runtuh (Hervas & Bobrowsky, 2009). Dalam penilaian risiko tanah runtuh, nilai setiap kemusnahan dan kehilangan diukur dalam bentuk ekonomi dengan mendapatkan kos yang ditanggung seperti kos penyelenggaraan bangunan dan infrastruktur, kos ubatan bagi individu yang tercedera atau kehilangan nyawa serta kehilangan tempat tinggal sekiranya berlaku tanah runtuh. Oleh itu, peta risiko tanah runtuh mewakili bahaya tanah runtuh di sesuatu kawasan yang terlibat serta kesannya kepada kehidupan manusia, ekonomi dan perubahan persekitaran di kawasan tersebut. 4,1 Implikasi risiko Natural Hazard terhadap fizikal dan manusia. Kejadian tanah runtuh merupakan fenomena bencana alam yang memberikan impak yang besar terhadap fizikal dan manusia di sesebuah negara. Sebarang kerosakan dan kemusnahan sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat kejadian tersebut terpaksa ditanggung kos kerugian oleh pihak kerajaan atau pihak persendirian. Impak pembangunan tanah tinggi yang tidak terkawal akan membawa banyak kesan buruk berbagai yang meliputi impak terhadap alam sekitar fizikal dan juga alam sekitar budaya (manusia). Pembangunan tanah tinggi menggalakkan aktiviti industri pelancongan dan sering dianggapkan sebagai salah satu prinsip pergantungan ekonomi Malaysia pada
  • 6. 6 masa akan datang. Oleh itu, perlancongan merupakan satu teras utama dari segi ekonomi pembangunan di Malaysia untuk menarik kehadiran pelancong. Sejak kebelakangan ini banyak resort tanah tinggi telah dibangunkan di Malaysia dalam tempoh masa yang singkat, biasanya tanpa sabarang pertimbangan yang terperinci atas akibat- akibat terhadap sektor yang berkaitan seperti daya tampung (kapasiti membawa) pada kawasan-kawasan yang sensitif alam sekitar. Tambahan pula, pembangunan pesat dalam semua sektor terutamanya dalam sektor industri, perdagangan, pembinaan, pertanian, infrastruktur dan urbanisasi telah meningkatkan keperluan atas penggunaan tanah. 4.2 Implikasi risiko Natural Hazard terhadap fizikal 4.2.1 Implikasi ke terhadap Bentuk Muka Bumi Pembangunan yang tidak terancang boleh memburukkan pemandangan alam semula jadi kawasan tanah tinggi yang indah. Sebelum kegiatan pertanian dan pelancongan dimajukan secara pesat dalam tahun 1900an, pemandanagn di Cameron Highlands hampir keseluruhannya terdiri dari pelbagai jenis kawasan hutan rizab yang indah. Namun, hutan terus ditebang dan pandang-darat berubah secara dramatik sejak beberapa dekad yang lalu. Kajian Chan dan Barrow (2010) terhadap kawasan itu mendapati banyak tebing dan kawasan hutan telah mengalami kemusnahan (disebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh). Oleh disebab kejadian ini telah menjadikan kehilanganlah satu landskap yang indah, yang dulunya merupakan penarikan untuk pelancongan serta sebab-sebab estetik. Ia juga dijangka bahawa topografi di kawasan projek terdiri daripada kawasan pergunungan akan berubah dengan cerun curam, puncak sempit dan rabung dan juga bukit banyak dengan cerun antara 6 - 40 darjah. 4.2.2 Implikasi Terhadap Perubahan Iklim Kesan-kesan pembangunan tanah tinggi tanpa kawalan juga berupaya membawa perubahan iklim mikro kepada sesuatu tempat. Hal ini telah dibuktikan oleh Chan et al (2006), di Cameron Highlands di mana pekan-pekan dan kawasan pembandaran didapati mengalami fenomena “Pulau Haba Bandar” dengan suhu yang lebih panas berbanding dengan kawasan di luar bandar. Selain itu, kajian Leong (2006), juga mendapati bahawa iklim mikro tanah tinggi tersebut telah dipengaruhi oleh pemanasan global, dan membawa kepada kenaikan suhu. Kelembapan di
  • 7. 7 kawasan tanah tinggi adalah lazimnya lebih tinggi berbanding dengan kawasan dataran rendah. Daripada segi kandungan udara, didapati kawasan tanah tinggi mengalami kandungan udara yang lebih segar dan tidak tercemar berbanding dengan kawasan dataran rendah, khasnya kawasan bandar. Pembasmian hutan di atas bukit mengubahkan iklim kawasan tanah tinggi. Pada tahun 1991, satu kajian di Bukit Pulau Pinang terhadap ekosistem yang mendedahkan bahawa iklim mikro telah terjejas oleh lebih penebangan hutan, pembangunan perumahan dan juga lain-lain pembangunan (termasuk setinggan haram) (Chan, 1991b). Manakala kajian oleh Ho (1992) dan Friends of Penang Hill (1991), juga menunjukkan bahawa unsur-unsur iklim boleh diubahsuai dengan ketara sebagai akibat degradasi alam sekitar tanah tinggi. Pembangunan secara luas di Cameron Highlands dengan menggantikan hutan dengan jalan berturap, bangunan dan lain-lain yang tinggi dengan bahan penyerapan solar telah menaikkan suhu min di resort tanah tinggi. 4.2.3 Implikasi Terhadap Hidrologi Salah satu impak yang serius adalah disebabkan daripada penebangan hutan. Ia berkait dengan perubahan iklim mikro tetapi sedikit berkaitan dengan perubahan suhu. Walaupun ia akan mengurangkan daya tarikan resort tempatan, sebaliknya ia akan menyebabkan pengurangan fungsi- fungsi penting hutan tanah tinggi. Kehilangan perlindungan hutan akan menyebabkan penyerapan haba kurang ditukar kepada lembapan dan juga kurang dilepaskan ke dalam atmosfera. Dengan masa semakin lama, ini menunjukkan kenapa kawasan-kawasan hutan akan mengalami kekurangan hujan. Gejala ini telah dialami di Pulau Pinang sebab hampir 94 % negeri itu telah tiada hutan (Chan, 2000). Oleh itu, pembukaan hutan yang menyebabkan kukurangan hutan telah menjadi faktor untuk kekurangan air hujan kerana kekurangan dalam menangkap kelembapan melintang. 4.2.4 Implikasi Terhadap Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh Pencemaran kualiti air permukaan melalui proses pengenapan disebabkan hakisan tanah berlaku akibat pembangunan di tanah tinggi. Malah kejadian tanah runtuh dan lumpur runtuh juga akan merosotkan kualiti air permukaan. Pembangunan tanah tinggi biasanya menyebabkan pendedahan permukaan tanah kepada unsur- unsur cuaca. Di Malaysia, iklim khatulistiwa yang lembap menghasilkan hujan lebat
  • 8. 8 dengan keamatan tinggi, biasanya lebih daripada seratus milimeter dalam satu jam dan menyababkan hakisan. Hakisan tanah disebabkan air hujan juga menyebabkan kadar hakisan tanah yang tinggi dan pencemaran kualiti air. Hutan dan tumbuhan berupaya memberi perlindungan kepada permukaan tanah untuk mengelakkan hakisan tanah, hakisan air larian, dan juga tanah runtuh. Friends of Penang Hill (1991), mendapati bahawa kadar hakisan boleh dipertingkatkan dengan pembangunan tanah tinggi. Hakisan tanah yang menyebabkan kehilangan tanih sebanyak 83 tan/ha/tahun didapati berlaku di tanah bercerun landai (Wan Abdullah et. al., 2001). Jika kecerunan menjadi lebih curam, risiko dan potensi hakisan tanah boleh meningkat sehingga 150 tan/ha/tahun. 4.3 Implikasi risiko Natural Hazard terhadap manusia 4.3.1 Kehilangan Tempat Tinggal Masyarakat Tempatan Menurut Suriati Ghazali et al.(2006), pembangunan pesat di tanah tinggi tersebut telah memasuki tanah warisan orang asli dan juga hutan di mana mereka cari makanan. Justeru, mereka telah kehilangan tempat tinggal dan juga sumber rezeki. Walaupun orang asli telah disediakan tempat tingggal alternatif di kampung-kampung baru tersusun, kebanyakan orang asli hilang hala tuju sebab di kampung-kampung baru tersebut mereka tidak dapat diadaptasi dengan kehidupan. Sebilangan besar komuniti orang asli telah hilang tempat kediaman akibat pembangunan pelancongan. Nicolas (2004) mendapati bahawa orang asli telah hilang tanah tradisi mereka kepada pembangunan empangan, lapangan terbang, padang permainan golf, lebuhraya, taman rekreasi dan resort, ladang kelapa sawit, petempatan pekan dan kawasan perumahan baru, konsesi pembalakan, pusat industri dan juga pihak swasta. Selain itu, pembangunan pesat di kawasan tanah tinggi di Malaysia telah membawa kepada peningkatan kejadian tanah runtuh yang lazim memusnahkan rumah oarng asli. Misalnya, pada 29 Ogos 1996, sesuatu tanah runtuh dan aliran lumpur telah berlaku di sekitar petempatan orang asli bernama Pos Dipang dekat Kampar, Perak telah memusnahkan berpuluh-puluh rumah oarng asli. Selepas kejadian tersebut, kerajaan telah mengarahkan orang asli yang terlibat untuk pindah sebab kawasan perumahan tersebut dianggap merbahaya.
  • 9. 9 4.3.2 Pemusnahan Sumber Air dan Kemerosotan Kualiti Air Tanah Tinggi Cameron Highlands terkenal dengan keindahan alam dan iklim sejuknya kini mengalami kemerosotan kualiti persekitaran yang mendadak, di mana pembukaan hutan secara haram dan pencemaran sumber air menjadi paling serius. Pembukaan hutan secara haram untuk aktiviti pertanian telah dijalankan oleh petani yang tidak bertanggungjawab, iaitu mereka yang tidak mempunyai sebarang lesen (permit) untuk berbuat demikian. Mesin-mesin berat (yang diharamkan di Cameron Highlands) telah digunakan secara haram pada hujung minggu. Kebanyakan pembukaan hutan dan penebangan cerun bukit (yang berkelas “Tiga” atau “Empat”, iaitu melebihi 30-darjah gradiennya, telah menyebabkan hakisan teruk dan tanah runtuh. Apabila hujan berlaku, air hujan membawa banyak enapan masuk ke dalam sungai lalu menjadikan warnanya perang atau warna seperti “teh tarik”. Kawasan tanah tinggi Cameron Highlands juga memperlihatkan kemerosotan fungsinya sebagai tadahan air. Ini adalah kerana pencemaran sumber air dalam sungai-sungai di kawasan tersebut akibat pengenapan yang menyebabkan air sungai berwarna kuning-oren, iaitu penuh dengan enapan. Tambahan lagi, tasik di Ringlet yang mana banyak sungai di Cameron Highlands mengalir ke dalam, telah menjadi cetek dan tercemar dengan enapan. 4.3.3 Kehilangan Nyawa dan Kecederaan Realiti implikasi pembangunan pesat di kawasan tanah tinggi di Malaysia telah membawa kepada peningkatan kejadian tanah runtuh yang lazim menyebabkan kematian dan kecederaan. Kehilangan nyawa merupakan satu malapetaka yang major. Apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh ianya amat sukar dielakkan. Misalnya, pada 11 Disember 1993, 48 orang terkorban apabila tanah runtuh menyebabkan pangsapuri Highland Towers teruntuh di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Manakala pada 30 Jun 1995, 20 orang terkorban akibat tanah runtuh di jalan menuju ke Genting Highlands berhampiran lebuhraya Karak. Pada 6 Januari 1996 pulak, sesuatu tanah runtuh berlaku di tepi Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung dan menyebabkan seoarng meninggal. Kejadian pada 29 Ogos 1996, sesuatu tanah runtuh dan aliran lumpur telah berlaku di sekitar petempatan orang asli bernama Pos Dipang dekat Kampar, Perak. Dalam kejadian itu, seramai 44 orang terkorban dan berpuluh-puluh tercedera. Pada 1 Mei 2011, 16 orang (kebanyakan kanak-kanak) sebuah rumah yatim terkorban dalam tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di rumah yatim Children's Hidayah Madrasah Al-Taqwa di FELCRA Semungkis, Hulu
  • 10. 10 Langat, Selangor. Angka-angka kematian yang terlibat adalah suatu kehilangan yang tiada gantinya. 5.0 Langkah Pemuliharaan, Pemeliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar di Cameron Highlands Kemusnahan alam sekitar yang serius di Cameron Highlands perlu dibendung bagi menjamin keunikan dan keindahan kawasan tanah tinggi. Langkah-langkah pengurusan alam sekitar perlu diamalkan bagi tujuan membendung impak yang berterusan daripada pembangunan yang telah dan sedang dilakukan. 5.1 Menghentikan Projek Pembangunan yang Berisiko Kemusnahan alam sekitar di Cameron Highlands amat serius ekoran pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan infrastruktur yang dijalankan tanpa mengambil kira kesan yang akan berlaku. Oleh itu kerajaan Pahang dan kabinet telah mengeluarkan arahan untuk menamatkan projek-projek pembangunan yang berisiko tinggi. Mana-mana projek yang berisiko tinggi yang boleh mengancam alam sekitar yang perlu dihentikan dengan segera ialah pembukaan tanah haram untuk pertanian, penebangan hutan dan pemotongan bukit. Pertama; mengenalpasti punca- punca pencemaran pada peringkat sumber dan seterusnya mencegah keadaan tersebut daripada berleluasa. Kedua, melakukan pemonitoran terhadap aktiviti-aktiviti yang dijangka boleh menjejaskan alam sekitar. Ketiga; penguatkuasaan undang- undang secara menyeluruh kepada individu atau syarikat untuk mereka mengikuti peraturan-peraturan alam sekitar semasa menjalankan aktiviti pembangunan. 5.2 Perancangan Pembangunan masa depan Perkara yang jarang sekali diberi perhatian ialah punca yang mendasari peningkatan kemudah-terancaman sosial akibat peristiwa bencana (Cutter 1996). Perancangan pembangunan harus dilakukan secara bersepadu dan mengambilkira risiko kejadian banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Pendekatan asas di sini melibatkan perancangan kawalan berdasarkan peta bencana, peta risiko dan kawalan melalui kod bangunan (Pereira & Ibrahim Komoo 1998). Selain itu, keberkesanan pengurusan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh perlu ditingkatkan. Tiga pendekatan asas diamalkan dalam pengurusan dan tebatan iaitu kawalan dan limitasi; pengurangan; dan penyesuaian (Bennet & Doyle 1997).
  • 11. 11 5.3 Mewartakan Kawasan Hutan Simpan Baru Jabatan Perhutanan Cameron Highlands telah mewartakan beberapa kawasan baru sebagai hutan simpan pada tahun 1997 bagi memastikan tiada gangguan terhadap spesis yang bernilai ini. Spesis-spesis tumbuhan yang terdapat di Cameron Highlands merupakan jenis spesis hutan tanah tinggi (1000 meter ke atas). Bagi tujuan pemuliharaan, Jabatan Perhutanan Cameron Highlands telah menanam spesis pokok-pokok baru di kawasan Hutan Simpan Mentigi bagi percubaan untuk mewujudkan kawasan hutan yang baru. Bagi meningkatkan lagi hutan simpan baru beberapa kawasan hutan telah diwartakan sebagai hutan simpan tambahan, iaitu Hutan Simpan Kekal Batu Gangan, Hutan Simpan Kekal Mentigi, Hutan Simpan Kekal Ulu Lemoi dan Hutan Simpan Kekal Sg Kial (Jabatan Perhutanan, 1997). 5.4 Penetapan Garis Panduan kepada Petani Majoriti petani di Tanah Tinggi Cameron Highlands menjalankan aktiviti pertanian tanpa memikirkan kesan yang buruk seperti hakisan dan tanah runtuh serta kelodak yang memenuhi sistem saliran. Antara langkah yang perlu diperkenalkan kepada pengusaha ialah, pertama; menaman tanaman penutup bumi seperti kekacang bagi tujuan mencegah hakisan terutama pada musim hujan terutama di kawasan yang baru diteroka. Kedua; membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah dan mengukuhkan batas-batas tanaman di samping mengelak hakisan, mengekalkan nutrien dan mengelakkan tanah runtuh. Ketiga; menanam rumput di tebing-tebing yang curam bagi tujuan untuk mencengkam tanah dan, keempat; menyediakan sistem saliran yang sempurna perlu dilakukan supaya air dapat dialirkan tanpa meninggalkan hakisan kepada tanah. 5.5 Kempen Kesedaran Keselamatan Dan Risiko Bencana Program kempen kesedaran awam ini merupakan perancangan aktiviti kesiapsiagaan bencana bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai terhadap bencana tanah runtuh, gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem yang berlaku di Malaysia. Selain dapat mempraktis pengetahuan tentang kaedah penyebaran amaran awal bencana. Pihak-pihak yang seharusnya terlibat dan komitted dalam kempen terletak kepada kepakaran Koordinasi agensi-agensi kecemasan seperti Bomba, Rakan Cop, Angkatan Pertahanan Awam (APAM) dan MERCY.
  • 12. 12 6.0 Kesimpulan Pengurusan dan penilaian bencana persekitaran merupakan satu langkah yang logik dan praktik bagi memastikan kelestarian pembangunan di kawasan tanah tinggi terancang dan bersistematik. Pembangunan pesat kawasan tanah tinggi amnya di Malaysia telah menyebabkan degradasi alam sekitar. Sehingga kini, kawalan pembangunan tanah tinggi adalah kurang berkesan disebabkan oleh penguatkuasaan yang masih belum mencapai kepaduan dan dasar-dasar yang tidak konsisten di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Disebabkan oleh ketidakselerasan tersebut, kerajaan persekutuan telah mengambil langkah melaksanakan kajian terhadap langkah-langkah kawalan, perundangan dan peraturan pembangunan tanah tinggi. Pembangunan dan perkembangan kawasan tanah tinggi perlu dikawal kerana kawasan ini adalah diklasifikasikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar. Aktiviti pertanian juga haruslah dijalankan dengan mempertimbangkan alam sekitar seperti penggunaan teres, tanaman tutup bumi, bumbung penuaian air hujan, sungkupan, dan lain- lain langkah konservasi lagi. Cameron Highlands, dengan sejarah tersendiri pusat pelancongan dan pertanian tanah tinggi, harus menjadi inspirasi pertanian lestari dan bukan sebaliknya. Rujukan Barrow, C.J. 2006. Sustainable agriculture in the Cameron Highlands, Malaysia. Dlm. Chan, N.W. (pnyt.). Cameron Highlands: Issues & Challenges in Sustainable Development. Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia Hlm. 62- 75. Barrow, C.J., Chan, N.W. & Tarmiji Masron. 2008. Evolving more sustainable sustainable agriculture in the Cameron Highlands, Malaysia. International Journal of Agricultural Resources Governance and Ecology (IJARGE) 7(6): 450-468. Bennet, M.R. & Doyle, P. 1997. Environmental geology: geology and the human environment. Chichester: John Wiley & Sons. Chan, N.W. 1991b, The Climate of Penang Island. Kajian Malaysia IX (1), June, 62-86. Chan, N.W. 1997a. Environmental Effects of Rapid Development and Urbanisation: The Case of Hill Development and Land Reclamation in Penang. Paper presented in "Chemistry and Technological Development in Environmental Management", 23- 25 October 1997, Unversiti Sains Malaysia, Penang.
  • 13. 13 Chan, N.W. 1997b. Chapter 4.3 Water Resources. In DCT Consultancy Services Sdn Bhd (December 1997). Penang Environmental Conservation Strategy - Interim Report. Report prepared for the Penang State Government, Pulau Pinang, 4-31 to 4-48. Chan, N.W. 1998. Responding to Landslide Hazards in Rapidly Developing Malaysia: A Case of Economics Versus Environmental Protection. Disaster Prevention and Management: An International Journal 7 (1), 14 - 27. Cutter, S. L. 1996. Vulnerability to environmental hazards. Progress in Human Geography 20(4): 529-539. Goh, K.C. 1978. Human Interference with the Malaysian tropical rainforest: its hydrological and erosional implications with reference to Endau-Rompin. Malaysian Naturalist 4(2): 16-21. Lim, R.P. & Lee, S.W. (eds). 1992. Hill Development: Proceedings of the Seminar. Malayan Nature Society, Kuala Lumpur. Nicholas, C. 2004. Mahathir and the invisible orang asli. In Welsh, B. (ed.). Reflections: The Mahathir Years. John Hopkins University, Washington D.C. Hlm. 220-230. Suriati Ghazali, Chan, N.W. & Norizan Md Nor. 2006. The economic and socio-cultural impacts of ecotourism on the Orang Asli in Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. In. Chan, N.W. (ed.). Cameron Highlands: Issues & Challenges in Sustainable Development: Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia Hlm. 94-106. Wan Abdullah. 2002. Agro-Pollution of water Resources Under Intensive Agricultural Systems in Cameron Highlands – An Integrated Study. In Chan N W (Ed) Rivers: Towards Sustainable Development. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 87-93.
  • 14. 14 Lampiran Rajah 1 Lokasi Bencana Tanah runtuh di kawasan tanah tinggi Cameron Higlands, Pahang pada Disember 2016 lalu. Rajah 2 Tanah runtuh di kawasan pertanian tanah tinggi Cameron Higlands pada Disember 2016 lalu.
  • 15. 15 LAMPIRAN Rajah 3 Risiko bahaya yang boleh disebabkan oleh jatuhan batuan. Keadaan yang sebegini boleh diistilahkan sebagai geobahaya Rajah 3 Kejadian tanah runtuh dalam bentuk jatuhan batuan yang telah mendatangkan kemusnahan kepada harta benda. Sebelum jatuhan batuan berlaku, blok batuan tersebut diistilahkan berada dalam keadaan bahaya dan apabila kejadian berlaku, keadaan tersebut diketegorikan sebagai bencana atau geobencana. (Gambar oleh Jabatan Mineral dan Geosains Selangor).