SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
1

Sejauhmanakah Masalah Buli Di Kalangan Pelajar Kolej Vokasional Di Negeri Pahang

1.0

Pengenalan

Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dan
keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak di mana
penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untuk membalas
semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak
negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga
kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini.
Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang
berlaku di sekolah-sekolah menengah kebangsaan merupakan perkara biasa pada hari ini dan
merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Terdapat lebih 35 kes pelajar
sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu
dari 1999 hingga 2003 (Berita Minggu, 14 Julai 2005). Kebanyakan kes-kes ini berpunca
daripada perbuatan buli.
Para pengkaji telah mengenal pasti tiga jenis tingkah laku buli yang terdapat dalam
kalangan pembuli iaitu fizikal, verbal dan antisosial. Jenis tingkah laku buli fizikal, verbal
dan anti sosial termasuklah tindakan-tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul
(Olweus, 1991; Thompson dan Sharp, 1998). Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk
kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada
tingkah laku buli secara tidak langsung.
Definisi yang dinyatakan mempunyai persamaan dengan definisi oleh Connel dan
Farrington, 1996; Espelage et al. (2000) iaitu jenis tingkah laku buli termasuklah serangan
fizikal seperti menumbuk, menendang dan menolak. Jenis tingkah laku buli verbal adalah
seperti cemuhan, hinaan, panggilan nama, ejekan dan ugutan, manakala jenis tingkah laku
buli antisosial (secara psikologi) seperti pemulauan, menyebabkan gossip dan
memanipulasikan hubungan sosial.
2

Kejadian buli yang dilaporkan ini semakin menular di sekolah-sekolah. Akhbar di
Malaysia telah melaporkan bahawa seorang pelajar tingkatan empat sekolah menengah
agama meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior. Gejala tingkah laku
buli ini yang membabitkan pelajar aliran agama amat memeranjatkan masyarakat kerana
falsafah Sekolah Agama yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk
melahirkan insan yang berperibadi mulia tidak mencapai matlamat yang diharapkan.
Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, keseriusan masalah buli dalam kalangan
murid sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi satu
masalah besar kepada negara pada masa hadapan. Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang
dilakukan oleh pelajar sekolah, seperti kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan
bunuh telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.

2.0

Pernyataan Masalah

Kanak-kanak yang sering menjadi mangsa buli lazimnya akan menonjolkan ciri-ciri
tingkah laku dalaman seperti bersikap pasif, sensitif, pendiam, lemah dan tidak akan
bertindak balas sekiranya diserang atau diganggu (Nansel et al, 2001). Secara umumnya
kanak-kanak ini kurang berkeyakinan. Mereka mempunyai esteem kendiri yang rendah dan
sering menganggap diri mereka sebagai individu yang tidak kompeten, tertekan dan sentiasa
dalam kebimbangan. Ini memberi kesan langsung yang negatif kepada pembelajaran
akademik seseorang kanak-kanak tersebut.

Sejauh manakah masalah buli di kalangan pelajar sekolah diukur merupakan salah
satu masalah dalam penyelidikan berkaitan tingkah laku buli di sekolah (Arora, 1999).
Sehubungan dengan itu, kajian dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh manakah masalah
buli di kalangan pelajar Kolej Vokasional di sekitar Pahang.
3

3.0

Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang telah dikenal pasti oleh penyelidik di dalam kajian
ini iaitu :
i.

Mengenal pasti pengalaman buli di kalangan pelajar Kolej Vokasional di
Pahang.

ii.

Mengenal pasti kekerapan kes buli di kalangan pelajar oleh kaunselor Kolej
Vokasional di Pahang.

iii.

Mengenal pasti masalah buli di kalangan pelajar asrama oleh warden asrama
Kolej Vokasional di Pahang.

4.0

Metodologi Kajian

Metodologi merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian. Kajian ini adalah
bertujuan untuk melihat sejauh manakah masalah buli di kalangan pelajar berdasarkan
tinjauan kepada, kaunselor kolej, warden asrama dan pelajar yang dibuli di semua Kolej
Vokasional seluruh Pahang. Setelah langkah-langkah mengenal pasti masalah kajian
dilakukan dan tinjauan terhadap sorotan penulisan, penyelidik seterusnya menerangkan
secara lebih terperinci perkara-perkara yang berkaitan langkah-langkah dan kaedah-kaedah
yang digunakan oleh penyelidik semasa menjalankan kajian. Aspek-aspek yang diterangkan
dalam bab ini merangkumi reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, pembinaan
instrumen kajian dan kerangka kajian, langkah-langkah pengumpulan data serta kaedah
analisis data bagi menyempurnakan kajian.
4

4.1

Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah menggunakan kaedah kualitatif berbentuk temu bual dan

kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Data berbentuk kuantitatif bersifat
numerik, iaitu data diperoleh adalah hasil daripada cerapan maklum balas daripada bilangan
sampel yang ramai.
4.2

Populasi Dan Sampel
Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih

daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan
Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Penggunaan saiz
sampel menurut Mohd. Majid (1998) perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian
bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Dengan
pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan.
Populasi kajian ialah kaunselor sekolah, warden asrama dan pelajar yang dibuli di
semua Kolej Vokasional seluruh Pahang,
4.3

Kaedah Pengumpulan Data
Bagi mencapai objektif kajian, satu set borang soal selidik dirangka bagi mendapatkan

maklum balas dari responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal
selidik. Instrumen kajian seperti ini lazim digunakan dalam kajian deskriptif. Instrumen
berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat
daripada responden (Tuckmen, 1978).
Satu set soal selidik telah dibina oleh penyelidik bagi mengumpul maklumat dan
seterus menjawab persoalan kajian. Set soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu
bahagian :
A.

Maklumat diri pelajar

B.

Soal selidik sikap pelajar

C.

Soal selidik pengaruh rakan sebaya
5

D.

Soal selidik persekitaran pelajar

4.4

Analisis Data
Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan objektif kajian. Data-data yang

diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan adalah `Statistical
Package for the Social Science (SPSS) versi 14. Analisis deskriptif min dan peratus
digunakan untuk menentukan taburan jenis dan kekerapan tingkah laku buli dalam kalangan
pelajar.

5

Skop Kajian
Skop kajian merupakan suatu ruang lingkup atau kawasan penyelidikan yang menjadi

keutamaan dalam fokus pengkaji. Dalam kajian ini fokus tertumpu kepada kaunselor
sekolah, warden asrama dan pelajar yang dibuli di semua Kolej Vokasional seluruh Pahang.
Kajian ini juga untuk mengenal pasti pengalaman pelajar dibuli, kekerapan kes buli di
sekolah dan masalah buli di kalangan pelajar asrama di semua Kolej Vokasional seluruh
Pahang.

6

Tinjauan Literatur

Tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah merupakan satu fenomena global yang
bukan sahaja berlaku di sekolah-sekolah Malaysia tetapi juga berlaku di sekolah-sekolah di
negara maju seperti di Amerika Syarikat, England, Jepun dan Australia. Pemahaman tentang
tingkah laku buli di kalangan pelajar adalah perlu bagi membolehkan kita mencari kaedah
atau pendekatan yang sesuai bagi menangani masalah ini.
6

Perlakuan buli adalah tingkah laku aggresif yang dikategorikan sebagai
ketidakimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa (Pepler dan Craig, 1988). Perlakuan
buli juga menggabungkan julat tingkah laku yang luas seperti panggilan nama yang bersifat
menghina, peras ugut, perlakuan ganas, fitnah, penyisihan daripada kumpulan, merosakkan
harta benda orang lain dan ancaman verbal (Smith dan Sharp, 1994).
Ireland (2002), telah menjalankan kajian perbandingan perlakuan buli di kalangan
remaja dan pesalah juvana. Remaja dilihat mempunyai kekerapan perlakuan buli yang tinggi
berbanding pesalah juvana. Remaja juga didapati lebih signifikan terlibat dalam perlakuan
buli secara fizikal, psikologikal atau verbal dan keseluruhan bentuk perlakuan buli secara
langsung berbanding dengan pesalah juvana.
Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku di kalangan pelajar
lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan (O'Moore dan Hillery, 1989; Hazler,
Hoover, dan Oliver, 1991; Hoover, Oliver, dan Thomson, 1993). Namun menurut
Roberts (1988), perlakuan buli di kalangan pelajar juga wanita tidak harus diketepikan
malah ada yang merasakan bahawa kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar-pelajar
ini semakin meningkat. Pembuli biasanya lebih agresif,mempunyai fizikal yang lebih kuat
dan lebih besar berbanding mangsa. Tingkah laku buli di kalangan pelajar lelaki lebih kerap
berlaku berbanding pelajar perempuan (Olweus:1993a).

6.1

Masalah Perlakuan Buli
Tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah bukan sahaja merupakan masalah di

negara kita , tetapi ianya juga merupakan masalah di seluruh dunia. Banyak penyelidik
seperti Beale dan Scott (2001); Yoon J.S dan Karen Kerber (2003), mendapati tingkah laku
agresif dan buli merupakan satu fenomena tingkah laku yang berlaku secara berleluasan di
sekolah pada hari ini. Dapatan kajian oleh para sarjana barat menunjukkan bahawa satu
daripada sepuluh pelajar sekolah adalah terlibat dalam tingkah laku buli sama ada sebagai
pembuli atau mangsa buli (Glover et al., 2000). Kajian Olweus (1994) pula, mendapati
bahawa perlakuan buli kerap berlaku di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan pelajar yang lebih
muda usia mereka.
7

7

Kerangka Teori & Kerangka Konsep

Teori Behaviour
Tingkah laku pelajar
boleh :
i. Diperhatikan
ii. Dikawal

Proses
Kajian masalah buli :
i. Pelajar
ii. Kaunselor Sekolah
iii. Warden Asrama

Output
Tahap kes buli di
semua Sekolah
Menengah
Vokasional di
Seluruh Pahang.

iii. Diramal

Rajah 1 : Kerangka Teori

8

Kepentingan Kajian

Kajian ini akan dapat memberikan satu gambaran yang umum sejauh manakah
masalah buli di kalangan pelajar semua Sekolah Menengah Vokasional di seluruh Pahang.
Kajian ini juga akan memberi maklumat yang baru kepada beberapa pihak.

8.1

Kementerian Pendidikan
Data-data yang diperolehi seperti punca-punca kejadian buli dan ciri-ciri mangsa buli,

boleh digunakan dalam perancangan program-program intervensi, pencegahan dan
penyelesaian masalah tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah.
8

8.2

Kepentingan Kepada Guru

Para guru yang terlibat secara langsung dengan tingkah laku pelajar di kelas, akan
mendapat faedah daripada dapatan kajian ini. Dapatan kajian ini akan dapat membantuguru
untuk mengatasi dan mencegah masalah buli yang berlaku di kelas atau di sekolah.Ianya juga
akan membekalkan maklumat-maklumat yang baru berkenaan tingkah laku buli yang boleh
digunakan oleh guru bagi menangani masalah buli yang berlaku di kelas mereka.

8.3

Pihak – Pihak Lain

Pihak-pihak lain yang berkaitan dengan pelajar sekolah seperti ibu bapa dan
masyarakat serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti PIBG, pertubuhan belia,
kesatuan guru dan pertubuhan kemasyarakatan boleh memperoleh faedah daripada dapatan
kajian ini dalam usaha merancang program kemasyarakatan ke arah masyarakat yang berbudi
bahasa dan cemerlang.

9

Definisi Istilah

Definisi istilah berikut adalah dalam konteks kajian ini sahaja.
9.1 Tingkah Laku Buli
Tingkah laku buli merupakan satu bentuk tingkah laku aggresif (Smith dan Sharp,
1994). Menurut Olweus (1993) tingkah laku buli adalah tingkah laku agresif yang dilakukan
9

secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau berkumpulan. Tingkah laku
agresif boleh jadi dalam bentuk fizikal atau lisan yang boleh menyebabkan kecederaan atau
ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu lain iaitu mangsa buli. Tingkah laku buli
termasuklah tindakkan –tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991;
Rigby, 1997; Thompson dan Sharp, 1998).
9.2

Buli
Buli menurut kamus dewan edisi ke-4 bermaksud perbuatan mempermainkan,

mendera seseorang untuk mendapatkan keseronokan. Manakala menurut Olwens (1993)
dalam Sander dan Phye (2004) a student is being bullied or victimized when he is exposed
repeatedly and over time to negative actions on the part of one or more other student.
Pernyataan ini disokong oleh Rigby (1996) yang mengatakan proses buli akan sentiasa
berulang dimana pembuli akan terus membuli mangsa untuk satu jangka masa.

9.3

Pelajar
Menurut Kamus Dewan (1996), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut.

Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab atau universiti.
Pelajar pula membawa maksud, “sesiapa yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk
mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah
rendah”

10 Kesimpulan

Kesimpulannya, pengkaji berharap dengan kajian yang telah dijalankan sedikit
sebanyak dapat membantu pihak sekolah mengenalpasti sejauh manakah masalah buli di
semua Kolej Vokasional di seluruh Pahang. Begitu juga dengan langkah-langkah yang boleh
10

di ambil untuk membasmi masalah ini. Matlamat kajian dikira berjaya sekiranya objektif
kajian tercapai. Seterusnya dapat menaiktaraf imej sekolah tanpa wujud masalah buli di
dalam asrama mahupun di dalam sekolah serta mampu melahirkan pelajar yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

11 Rujukan

Arora, T. (1999). Levels of Bullying Measured by British Schools Using the ‘Life in
School’ Checklist : A Case for Benchmarking? Pastoral Care In Education,17,
17 – 22.
Beale, A. V. & Scott,P.C (2001). “Bullybusters:” Using drama to empower students to
take a stand against bullying. Professional School Counseling, 4(4), 300-308.
Connel, A., & Farrington, D. P. (1996). Bullying among incarcerated young offenders
Developing an interview schedule and some preliminary results. Journal of
Adolescence,19, 75-93.
Espelage, D. L., Bosworth, K., & Simon, T. R. (2000). Examining the social context of
bullying behaviours in early adolescence. Journal Counselling Development, 78, 326
-333.
11

Glover, D. Gerry, G., Michael, J. dan Netta, C., (2000). Bullying in 25 Secondary Schools:
Incidence, Impact and Intervention. Educational Research Vol. 42(2),141-156.
Haynie, D. L., Nansel, T. R., Eitel, P., Crump, A. D., Saylor, K., Yu, K.,dan
Simons-Morton, B. (2001). Bullies, victims, and bully/victims: Distinct groups of atrisk youth. Journal of Early Adolescence,21(1), 29-49.
Hazler, R.J., Hoover, J.H., dan Oliver, R. (1991). Student perceptions of victimization by
bullies in school. Journal of Humanistic Education and Development, 29, 143-150.
Hoover, J, Oliver, R. L., Thompson, (1993). Perceived victimization by school bullies: New
research and future direction. Journal of Humanistic Education and Development, 32,
76-84.

Ireland, J.L. (2002). Do juveniles bully more than young offenders. Journal of
Adolescence, v25, n2, p. 155-168(14).
Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. DBP
Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and effects of a
school-based intervention programme. Dalam Pepler, D., & Rubin, K. (Eds.). The
development and treatment of childhood aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Olweus, D. (1993a). Bullying in School. London, Willy and Son.: What we know and
what we can do. Oxford, Blackwell.
Olweus D. (1994). Bullying at school: basic facts and effects of a school based
intervention program. Child Psychology Psychiatry;35:1171-90.
O'Moore, A.M. dan Hillery, B. (1989). Bullying in Dublin schools. Irish Journal of
Psychology, 10(3), 426-441.
12

Pepler, D.J. dan Craig, W.M. (1988). Making a Difference in bullying. Toronto:
LaMarsh Centre for Research on Violence and Conflict Resolution, York University.
Portney L.G & Walkins M.R. (1993). Foundations of clinical research: Applications to
practice. East Norwalk, Conn.: Appleton and Lang.
Rigby, K., Cox, I., dan Black, G. (1997). Cooperativeness and bully/victim
problems among Austrialian schoolchildren. The Journal of Social Psychology, 137,
357-368.
Roberts, M., (1988). Schoolyard menace. Psychology Today, February, 54-56.
Smith, P. dan Sharp, S. (1994). The problem of school bullying. In P.K. Smith & S.Sharp
(Eds.) School Bullying Insights and Perspectives. London:Routledge.
Thompson, D., & Sharp, S. (1998). The dynamics of victimisation and rejection in school.
improving schools: Establishing and integrating whole school behaviour policies.
London: David Fulton.
Tuckmen, B. W. (1978). Conducting educational research (3rd ed.). New York: Harcourt
Brace Jovanovich.
Webster, M. (1985). Webster`s nith new collegiate dictionary. Meriam - Webster Inc
Whitney, I. dan Smith, P.K. (1993) A survey of the nature and extent of bullying in
junior, middle and secondary schools. Educational Research 35, 3-25.
Yoon, J.S dan Kerber,K. (2003). Bullying: Elementary Teachers’ Attitudes and
Intervention Strategies. Research in Education No. 69, 27-35.

Contenu connexe

Tendances

Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bfLee Roy
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)wmkfirdaus
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanembun Pagi
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikankamektok2011
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahMaizatul Malik
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosialcik noorlyda
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Assignment Penghasilan JSU, Item Ujian dan Skema Pemarkahan sjh3093e
Assignment Penghasilan JSU, Item Ujian dan Skema Pemarkahan sjh3093eAssignment Penghasilan JSU, Item Ujian dan Skema Pemarkahan sjh3093e
Assignment Penghasilan JSU, Item Ujian dan Skema Pemarkahan sjh3093eSherly Jewinly
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21Kau Ilhamku
 
Melaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumMelaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumadah awie
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03Rafiza Diy
 

Tendances (20)

Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operan
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Taburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung NormalTaburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung Normal
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosial
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Assignment Penghasilan JSU, Item Ujian dan Skema Pemarkahan sjh3093e
Assignment Penghasilan JSU, Item Ujian dan Skema Pemarkahan sjh3093eAssignment Penghasilan JSU, Item Ujian dan Skema Pemarkahan sjh3093e
Assignment Penghasilan JSU, Item Ujian dan Skema Pemarkahan sjh3093e
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
 
Melaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumMelaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulum
 
Rph
RphRph
Rph
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
ulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budayaulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budaya
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 

En vedette

Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafahKertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafahmrsm tawau,sabah.
 
“The study of working capital management and its performance for Internationa...
“The study of working capital management and its performance for Internationa...“The study of working capital management and its performance for Internationa...
“The study of working capital management and its performance for Internationa...rajeshmandal01
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
A study on working capital management
A study on working capital managementA study on working capital management
A study on working capital managementchandnichhabra9
 
CCIL SUMMER TRAINING PROJECT REPORT-2015
CCIL SUMMER TRAINING PROJECT REPORT-2015CCIL SUMMER TRAINING PROJECT REPORT-2015
CCIL SUMMER TRAINING PROJECT REPORT-2015Rajat Bansal
 
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanTahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanhus kher
 

En vedette (7)

Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafahKertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
 
“The study of working capital management and its performance for Internationa...
“The study of working capital management and its performance for Internationa...“The study of working capital management and its performance for Internationa...
“The study of working capital management and its performance for Internationa...
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
A study on working capital management
A study on working capital managementA study on working capital management
A study on working capital management
 
CCIL SUMMER TRAINING PROJECT REPORT-2015
CCIL SUMMER TRAINING PROJECT REPORT-2015CCIL SUMMER TRAINING PROJECT REPORT-2015
CCIL SUMMER TRAINING PROJECT REPORT-2015
 
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanTahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
 
LM Cookery G9
LM Cookery G9LM Cookery G9
LM Cookery G9
 

Similaire à Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang

gejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.pptgejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.pptmohamadnorzamree1
 
Zaleha yaacobmfp2010abs
Zaleha yaacobmfp2010absZaleha yaacobmfp2010abs
Zaleha yaacobmfp2010absNadia Syafikah
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahaddy mat
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pagesSayshare
 
30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplinFangyi Tio
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationSayshare
 
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Sya Rosyada II
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Ceramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.pptCeramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.pptNuraishahZainudin
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remajaBuli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remajaJamil A Bakar
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajaraizam1205
 

Similaire à Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang (20)

Buli
BuliBuli
Buli
 
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.pptgejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 
Zaleha yaacobmfp2010abs
Zaleha yaacobmfp2010absZaleha yaacobmfp2010abs
Zaleha yaacobmfp2010abs
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pages
 
30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in education
 
Laporan kritikal
Laporan kritikalLaporan kritikal
Laporan kritikal
 
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Ceramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.pptCeramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.ppt
 
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptxCeramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remajaBuli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
 

Dernier

PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 

Dernier (12)

PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 

Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang

  • 1. 1 Sejauhmanakah Masalah Buli Di Kalangan Pelajar Kolej Vokasional Di Negeri Pahang 1.0 Pengenalan Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dan keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini. Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang berlaku di sekolah-sekolah menengah kebangsaan merupakan perkara biasa pada hari ini dan merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu dari 1999 hingga 2003 (Berita Minggu, 14 Julai 2005). Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada perbuatan buli. Para pengkaji telah mengenal pasti tiga jenis tingkah laku buli yang terdapat dalam kalangan pembuli iaitu fizikal, verbal dan antisosial. Jenis tingkah laku buli fizikal, verbal dan anti sosial termasuklah tindakan-tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991; Thompson dan Sharp, 1998). Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Definisi yang dinyatakan mempunyai persamaan dengan definisi oleh Connel dan Farrington, 1996; Espelage et al. (2000) iaitu jenis tingkah laku buli termasuklah serangan fizikal seperti menumbuk, menendang dan menolak. Jenis tingkah laku buli verbal adalah seperti cemuhan, hinaan, panggilan nama, ejekan dan ugutan, manakala jenis tingkah laku buli antisosial (secara psikologi) seperti pemulauan, menyebabkan gossip dan memanipulasikan hubungan sosial.
  • 2. 2 Kejadian buli yang dilaporkan ini semakin menular di sekolah-sekolah. Akhbar di Malaysia telah melaporkan bahawa seorang pelajar tingkatan empat sekolah menengah agama meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior. Gejala tingkah laku buli ini yang membabitkan pelajar aliran agama amat memeranjatkan masyarakat kerana falsafah Sekolah Agama yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang berperibadi mulia tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, keseriusan masalah buli dalam kalangan murid sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi satu masalah besar kepada negara pada masa hadapan. Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah, seperti kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. 2.0 Pernyataan Masalah Kanak-kanak yang sering menjadi mangsa buli lazimnya akan menonjolkan ciri-ciri tingkah laku dalaman seperti bersikap pasif, sensitif, pendiam, lemah dan tidak akan bertindak balas sekiranya diserang atau diganggu (Nansel et al, 2001). Secara umumnya kanak-kanak ini kurang berkeyakinan. Mereka mempunyai esteem kendiri yang rendah dan sering menganggap diri mereka sebagai individu yang tidak kompeten, tertekan dan sentiasa dalam kebimbangan. Ini memberi kesan langsung yang negatif kepada pembelajaran akademik seseorang kanak-kanak tersebut. Sejauh manakah masalah buli di kalangan pelajar sekolah diukur merupakan salah satu masalah dalam penyelidikan berkaitan tingkah laku buli di sekolah (Arora, 1999). Sehubungan dengan itu, kajian dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh manakah masalah buli di kalangan pelajar Kolej Vokasional di sekitar Pahang.
  • 3. 3 3.0 Objektif Kajian Terdapat beberapa objektif yang telah dikenal pasti oleh penyelidik di dalam kajian ini iaitu : i. Mengenal pasti pengalaman buli di kalangan pelajar Kolej Vokasional di Pahang. ii. Mengenal pasti kekerapan kes buli di kalangan pelajar oleh kaunselor Kolej Vokasional di Pahang. iii. Mengenal pasti masalah buli di kalangan pelajar asrama oleh warden asrama Kolej Vokasional di Pahang. 4.0 Metodologi Kajian Metodologi merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah masalah buli di kalangan pelajar berdasarkan tinjauan kepada, kaunselor kolej, warden asrama dan pelajar yang dibuli di semua Kolej Vokasional seluruh Pahang. Setelah langkah-langkah mengenal pasti masalah kajian dilakukan dan tinjauan terhadap sorotan penulisan, penyelidik seterusnya menerangkan secara lebih terperinci perkara-perkara yang berkaitan langkah-langkah dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh penyelidik semasa menjalankan kajian. Aspek-aspek yang diterangkan dalam bab ini merangkumi reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, pembinaan instrumen kajian dan kerangka kajian, langkah-langkah pengumpulan data serta kaedah analisis data bagi menyempurnakan kajian.
  • 4. 4 4.1 Rekabentuk Kajian Reka bentuk kajian adalah menggunakan kaedah kualitatif berbentuk temu bual dan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Data berbentuk kuantitatif bersifat numerik, iaitu data diperoleh adalah hasil daripada cerapan maklum balas daripada bilangan sampel yang ramai. 4.2 Populasi Dan Sampel Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Penggunaan saiz sampel menurut Mohd. Majid (1998) perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Populasi kajian ialah kaunselor sekolah, warden asrama dan pelajar yang dibuli di semua Kolej Vokasional seluruh Pahang, 4.3 Kaedah Pengumpulan Data Bagi mencapai objektif kajian, satu set borang soal selidik dirangka bagi mendapatkan maklum balas dari responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik. Instrumen kajian seperti ini lazim digunakan dalam kajian deskriptif. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden (Tuckmen, 1978). Satu set soal selidik telah dibina oleh penyelidik bagi mengumpul maklumat dan seterus menjawab persoalan kajian. Set soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian : A. Maklumat diri pelajar B. Soal selidik sikap pelajar C. Soal selidik pengaruh rakan sebaya
  • 5. 5 D. Soal selidik persekitaran pelajar 4.4 Analisis Data Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan objektif kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan adalah `Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 14. Analisis deskriptif min dan peratus digunakan untuk menentukan taburan jenis dan kekerapan tingkah laku buli dalam kalangan pelajar. 5 Skop Kajian Skop kajian merupakan suatu ruang lingkup atau kawasan penyelidikan yang menjadi keutamaan dalam fokus pengkaji. Dalam kajian ini fokus tertumpu kepada kaunselor sekolah, warden asrama dan pelajar yang dibuli di semua Kolej Vokasional seluruh Pahang. Kajian ini juga untuk mengenal pasti pengalaman pelajar dibuli, kekerapan kes buli di sekolah dan masalah buli di kalangan pelajar asrama di semua Kolej Vokasional seluruh Pahang. 6 Tinjauan Literatur Tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah merupakan satu fenomena global yang bukan sahaja berlaku di sekolah-sekolah Malaysia tetapi juga berlaku di sekolah-sekolah di negara maju seperti di Amerika Syarikat, England, Jepun dan Australia. Pemahaman tentang tingkah laku buli di kalangan pelajar adalah perlu bagi membolehkan kita mencari kaedah atau pendekatan yang sesuai bagi menangani masalah ini.
  • 6. 6 Perlakuan buli adalah tingkah laku aggresif yang dikategorikan sebagai ketidakimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa (Pepler dan Craig, 1988). Perlakuan buli juga menggabungkan julat tingkah laku yang luas seperti panggilan nama yang bersifat menghina, peras ugut, perlakuan ganas, fitnah, penyisihan daripada kumpulan, merosakkan harta benda orang lain dan ancaman verbal (Smith dan Sharp, 1994). Ireland (2002), telah menjalankan kajian perbandingan perlakuan buli di kalangan remaja dan pesalah juvana. Remaja dilihat mempunyai kekerapan perlakuan buli yang tinggi berbanding pesalah juvana. Remaja juga didapati lebih signifikan terlibat dalam perlakuan buli secara fizikal, psikologikal atau verbal dan keseluruhan bentuk perlakuan buli secara langsung berbanding dengan pesalah juvana. Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku di kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan (O'Moore dan Hillery, 1989; Hazler, Hoover, dan Oliver, 1991; Hoover, Oliver, dan Thomson, 1993). Namun menurut Roberts (1988), perlakuan buli di kalangan pelajar juga wanita tidak harus diketepikan malah ada yang merasakan bahawa kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar-pelajar ini semakin meningkat. Pembuli biasanya lebih agresif,mempunyai fizikal yang lebih kuat dan lebih besar berbanding mangsa. Tingkah laku buli di kalangan pelajar lelaki lebih kerap berlaku berbanding pelajar perempuan (Olweus:1993a). 6.1 Masalah Perlakuan Buli Tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah bukan sahaja merupakan masalah di negara kita , tetapi ianya juga merupakan masalah di seluruh dunia. Banyak penyelidik seperti Beale dan Scott (2001); Yoon J.S dan Karen Kerber (2003), mendapati tingkah laku agresif dan buli merupakan satu fenomena tingkah laku yang berlaku secara berleluasan di sekolah pada hari ini. Dapatan kajian oleh para sarjana barat menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pelajar sekolah adalah terlibat dalam tingkah laku buli sama ada sebagai pembuli atau mangsa buli (Glover et al., 2000). Kajian Olweus (1994) pula, mendapati bahawa perlakuan buli kerap berlaku di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan pelajar yang lebih muda usia mereka.
  • 7. 7 7 Kerangka Teori & Kerangka Konsep Teori Behaviour Tingkah laku pelajar boleh : i. Diperhatikan ii. Dikawal Proses Kajian masalah buli : i. Pelajar ii. Kaunselor Sekolah iii. Warden Asrama Output Tahap kes buli di semua Sekolah Menengah Vokasional di Seluruh Pahang. iii. Diramal Rajah 1 : Kerangka Teori 8 Kepentingan Kajian Kajian ini akan dapat memberikan satu gambaran yang umum sejauh manakah masalah buli di kalangan pelajar semua Sekolah Menengah Vokasional di seluruh Pahang. Kajian ini juga akan memberi maklumat yang baru kepada beberapa pihak. 8.1 Kementerian Pendidikan Data-data yang diperolehi seperti punca-punca kejadian buli dan ciri-ciri mangsa buli, boleh digunakan dalam perancangan program-program intervensi, pencegahan dan penyelesaian masalah tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah.
  • 8. 8 8.2 Kepentingan Kepada Guru Para guru yang terlibat secara langsung dengan tingkah laku pelajar di kelas, akan mendapat faedah daripada dapatan kajian ini. Dapatan kajian ini akan dapat membantuguru untuk mengatasi dan mencegah masalah buli yang berlaku di kelas atau di sekolah.Ianya juga akan membekalkan maklumat-maklumat yang baru berkenaan tingkah laku buli yang boleh digunakan oleh guru bagi menangani masalah buli yang berlaku di kelas mereka. 8.3 Pihak – Pihak Lain Pihak-pihak lain yang berkaitan dengan pelajar sekolah seperti ibu bapa dan masyarakat serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti PIBG, pertubuhan belia, kesatuan guru dan pertubuhan kemasyarakatan boleh memperoleh faedah daripada dapatan kajian ini dalam usaha merancang program kemasyarakatan ke arah masyarakat yang berbudi bahasa dan cemerlang. 9 Definisi Istilah Definisi istilah berikut adalah dalam konteks kajian ini sahaja. 9.1 Tingkah Laku Buli Tingkah laku buli merupakan satu bentuk tingkah laku aggresif (Smith dan Sharp, 1994). Menurut Olweus (1993) tingkah laku buli adalah tingkah laku agresif yang dilakukan
  • 9. 9 secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau berkumpulan. Tingkah laku agresif boleh jadi dalam bentuk fizikal atau lisan yang boleh menyebabkan kecederaan atau ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu lain iaitu mangsa buli. Tingkah laku buli termasuklah tindakkan –tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991; Rigby, 1997; Thompson dan Sharp, 1998). 9.2 Buli Buli menurut kamus dewan edisi ke-4 bermaksud perbuatan mempermainkan, mendera seseorang untuk mendapatkan keseronokan. Manakala menurut Olwens (1993) dalam Sander dan Phye (2004) a student is being bullied or victimized when he is exposed repeatedly and over time to negative actions on the part of one or more other student. Pernyataan ini disokong oleh Rigby (1996) yang mengatakan proses buli akan sentiasa berulang dimana pembuli akan terus membuli mangsa untuk satu jangka masa. 9.3 Pelajar Menurut Kamus Dewan (1996), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut. Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab atau universiti. Pelajar pula membawa maksud, “sesiapa yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah rendah” 10 Kesimpulan Kesimpulannya, pengkaji berharap dengan kajian yang telah dijalankan sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah mengenalpasti sejauh manakah masalah buli di semua Kolej Vokasional di seluruh Pahang. Begitu juga dengan langkah-langkah yang boleh
  • 10. 10 di ambil untuk membasmi masalah ini. Matlamat kajian dikira berjaya sekiranya objektif kajian tercapai. Seterusnya dapat menaiktaraf imej sekolah tanpa wujud masalah buli di dalam asrama mahupun di dalam sekolah serta mampu melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 11 Rujukan Arora, T. (1999). Levels of Bullying Measured by British Schools Using the ‘Life in School’ Checklist : A Case for Benchmarking? Pastoral Care In Education,17, 17 – 22. Beale, A. V. & Scott,P.C (2001). “Bullybusters:” Using drama to empower students to take a stand against bullying. Professional School Counseling, 4(4), 300-308. Connel, A., & Farrington, D. P. (1996). Bullying among incarcerated young offenders Developing an interview schedule and some preliminary results. Journal of Adolescence,19, 75-93. Espelage, D. L., Bosworth, K., & Simon, T. R. (2000). Examining the social context of bullying behaviours in early adolescence. Journal Counselling Development, 78, 326 -333.
  • 11. 11 Glover, D. Gerry, G., Michael, J. dan Netta, C., (2000). Bullying in 25 Secondary Schools: Incidence, Impact and Intervention. Educational Research Vol. 42(2),141-156. Haynie, D. L., Nansel, T. R., Eitel, P., Crump, A. D., Saylor, K., Yu, K.,dan Simons-Morton, B. (2001). Bullies, victims, and bully/victims: Distinct groups of atrisk youth. Journal of Early Adolescence,21(1), 29-49. Hazler, R.J., Hoover, J.H., dan Oliver, R. (1991). Student perceptions of victimization by bullies in school. Journal of Humanistic Education and Development, 29, 143-150. Hoover, J, Oliver, R. L., Thompson, (1993). Perceived victimization by school bullies: New research and future direction. Journal of Humanistic Education and Development, 32, 76-84. Ireland, J.L. (2002). Do juveniles bully more than young offenders. Journal of Adolescence, v25, n2, p. 155-168(14). Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. DBP Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and effects of a school-based intervention programme. Dalam Pepler, D., & Rubin, K. (Eds.). The development and treatment of childhood aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum. Olweus, D. (1993a). Bullying in School. London, Willy and Son.: What we know and what we can do. Oxford, Blackwell. Olweus D. (1994). Bullying at school: basic facts and effects of a school based intervention program. Child Psychology Psychiatry;35:1171-90. O'Moore, A.M. dan Hillery, B. (1989). Bullying in Dublin schools. Irish Journal of Psychology, 10(3), 426-441.
  • 12. 12 Pepler, D.J. dan Craig, W.M. (1988). Making a Difference in bullying. Toronto: LaMarsh Centre for Research on Violence and Conflict Resolution, York University. Portney L.G & Walkins M.R. (1993). Foundations of clinical research: Applications to practice. East Norwalk, Conn.: Appleton and Lang. Rigby, K., Cox, I., dan Black, G. (1997). Cooperativeness and bully/victim problems among Austrialian schoolchildren. The Journal of Social Psychology, 137, 357-368. Roberts, M., (1988). Schoolyard menace. Psychology Today, February, 54-56. Smith, P. dan Sharp, S. (1994). The problem of school bullying. In P.K. Smith & S.Sharp (Eds.) School Bullying Insights and Perspectives. London:Routledge. Thompson, D., & Sharp, S. (1998). The dynamics of victimisation and rejection in school. improving schools: Establishing and integrating whole school behaviour policies. London: David Fulton. Tuckmen, B. W. (1978). Conducting educational research (3rd ed.). New York: Harcourt Brace Jovanovich. Webster, M. (1985). Webster`s nith new collegiate dictionary. Meriam - Webster Inc Whitney, I. dan Smith, P.K. (1993) A survey of the nature and extent of bullying in junior, middle and secondary schools. Educational Research 35, 3-25. Yoon, J.S dan Kerber,K. (2003). Bullying: Elementary Teachers’ Attitudes and Intervention Strategies. Research in Education No. 69, 27-35.