SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
PENGENALAN 
Kesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya Dan ciptaan seni yang diperoleh 
dalam kalangan masyarakat . Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala ciptaan 
seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan berintegrasi 
dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, dalam upacara perkahwinan, tetamu yang hadir 
dapat menyaksikan satu adengan yang menarik dengan menggunakan bahasa yang menarik 
dan indah semasa wakil keluarga pengantin kedua-dua belah pihak berbicara. Mereka saling 
berbalas pantun untuk menyampaikan hajat masing-masing. 
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), perkembangan pesat yang berlaku mengubah 
dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh hal yang demikian, maka sastera 
telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada 
masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf dalam 
masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan dimiliki bersama telah berubah 
menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak cipta tersendiri. 
Pada masa kini, perhubungan antara sastera dengan kehidupan sering dibincangkan. 
Sastera sebagai salah satu bidang kesenian dilihat berfungsi bagi memperjelas, memperdalam 
serta memperkaya penghayatan manusia dalam kehidupan seharian. 
KONSEP KESUSASTERAAN 
Pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai 
Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan. 
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. 
Kesusasteraan bermaksud semua bentuk karya bernilai seni dan berguna. Menurut pandangan 
Hashim Awang ( 1984 ), kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui 
bahasa. 
Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983) yang 
mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau 
bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang 
bersifat kreatif.
Menurut Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni 
yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan 
yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam 
aspek-aspek isi atau daya pengucapannya. 
Menurut Syed Ali Ashraf (1989) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni 
tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Karya-karya sastera 
memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu 
mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. 
Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan 
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. 
Ali Ahmad (1994) menerangkan makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul 
kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut 
syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan 
secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata 
susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus 
dan indah. 
Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan 
menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua 
bahagian iaitu su dan sastera. 
Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud 
kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar 
Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah 
kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan 
penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah 
keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan 
penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.
Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan 
serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan 
berbagai-bagai perkataan. 
Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997) yang memberi pengertian sastera 
sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan 
estetik. 
Menurut Harun Mat Piah ( 2006 ), kesusasteraan membawa pengertian sebagai segala 
penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan 
mahupun melalui lisan dan pendengaran. Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang 
mana medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin 
berkembang mengikut peredaran semasa. 
Kesusasteraan menurut kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa 
atau puisi yang terkandung ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Berdasarkan kepada etimologi, 
kesusasteraan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu ‘sastra’ yang berereti karya ( lisan/ 
bertulis ) atau buku. Awalan –su pula bermaksud baik, indah, cantik, seni dan 
berguna.Imbuhan ke- dan –an membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala yang tertulis, 
yang bernilai seni dan estetik. 
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa sastera merupakan seni bahasa. 
Sastera adalah ekspresi fikiran iaitu idea-idea , pandangan, perasaan, pemikiran dan semua 
kegiatan mental manusia yang menggunakan bahasa sebagai perantara. Garapan ini 
seterusnya diserlahkan dalam sesebuah karya tulisan yang indah. Di samping itu, sastera juga 
dapat memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan 
sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dihasilkan dalam bentuk 
yang begitu mempersonakan. 
Berdasarkan apa yang telah dihuraikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dalam 
sastera terkandung beberapa unsur yang saling berkait. Antara unsur-unsur tersebut ialah: 
a) Isi kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, 
keyakinan, kepercayaan dan sebagainya. 
b) Menjadikan bahasa sebagai sebagai medium pengungkapan bentuk sastera. Bahasa 
merupakan bahan penting bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk 
sastera yang indah.
c) Ekspresi dan ungkapan – ekspresi ialah keupayaan untuk mengeluarkan sesuatu dalam 
diri manusia. Sekiranya seseorang itu mempunyai pengalaman yang hebat, fikiran 
yang cemerlang, perasaan yang mendalam dan keyakinan yang tinggi, tetapi selagi dia 
tidak mampu mengekspresikannya keluar dari dalam dirinya, maka tentu tidak akan 
diterima dan diketahui oleh orang lain. 
d) Bentuk – unsur isi dan diri manusia dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk. Jika tiada 
bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua perkara tadi dapat 
disampaikan kepada orang lain. Bentuk pengungkapan sastera bermacam ragamnya 
seperti ungkapan dalam bentuk suara yang disertai dengan bunyi-bunyian. 
Kemudiannya terjelmalah pelbagai bentuk seni sastera seperti seni tari, seni rupa, seni 
muzik dan sebagainya. Bentuk dalam seni itu sendiri menggunakan istilah sebagai 
bentuk yang indah, mempesonakan, mengasyikkan, menyenangkan dan menarik. 
Menurut Arba’ie ( 2008), secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur 
yang berikut: 
S – Seni bahasa yang indah 
A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang 
S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang 
T – Tersurat & tersirat 
E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa 
R – Realiti kehidupan 
A – Alternatif 
Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang 
digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan 
kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna 
yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah 
karya itu hidup dan bertenaga. 
Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga 
diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan 
perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi
bersama oleh pembaca. Menurut Arba’ie (2008) Unsur akaliah ini merupakan langkah 
pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya. 
Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu 
mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau 
sensitiviti mereka. Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan 
prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber 
asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan 
membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti 
belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang 
dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau 
dialami oleh pembaca. 
Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan 
kekosongan. Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang 
terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca 
memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu 
memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang 
diungkapkan. 
Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk 
struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah 
karya itu. 
Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-persoalan 
yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam 
masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan 
secara halus dan berhemah. 
Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan 
perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya 
bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan 
manusia sejagat.
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN 
Kesusasteraan dilihat berbeza dengan ciptaan seni yang lain. Hal ini disebabkan 
ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai pengantara. Menerusi bahasa, keindahan garapan 
kesusasteraan dapat dirasai oleh pembaca atau pendengar. Menerusi bahasa, pengkarya dapat 
menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang ingin 
dicurahkan. Sesebuah hasil karya kesusasteraan tidak akan dianggap bermutu sekiranya 
pengkaryanya gagal menggunakan bahasa yang indah di samping memaparkan unsur-unsur 
intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya 
dengan kreativiti. 
Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi 
secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi 
gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak 
milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui 
tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa 
lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain 
kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal 
huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad 
disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif. 
Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya 
perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam 
sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang 
tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan 
keramat.
KATEGORI KESUSASTERAAN MELAYU 
Dalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan 
zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arba’ie et al,2008 
hlm 8) Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional 
dan moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi. 
Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang tersenarai: 
Prosa Puisi 
Sastera Rakyat Pantun 
Sastera Pengaruh Hindu Syair 
Sastera Zaman Peralihan Peribahasa 
Sastera Pengaruh Islam Teromba 
Sastera Panji Talibun 
Sastera Ketatanegaraan Nyanyian Kanak-kanak 
Sastera Undang-undang Jampi Mentera 
Sastera Saduran Gurindam Zikir 
Cerita Berbingkai Seloka, Kit’ahMasnawi 
Manakala bagi kategori Sastera Moden, genre prosa dan puisi moden pula adalah 
seperti berikut: 
Prosa Puisi 
Cerpen Sajak 
Novel 
Drama 
Walaupun kedua-dua sastera tradisional dan moden mempunyai genre 
prosa dan puisi, namun, ciri-ciri khusus akan dibincangkan selanjutnya untuk 
membandingkan sastera tradisional dan moden. 
PUISI MELAYU TRADISIONAL
Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai 
untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan 
kemanisan serta kecantikan bahasa.(Arba’ie et al,2008 hlm 9) Pendapat yang sama 
juga diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai 
kata-kata terindah dalam susunan terindah. (Arba’ie et al,2008 hlm10) 
Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali 
Bachik (2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat 
yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. 
Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya 
dan melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi. 
Gurindam Dua Belas merupakan karya hasil karangan Raja Ali Haji yang 
termasyhur. Beliau merupakan seorang sasterawan negara dari Pulau Penyegat, Riau, 
Indonesia. Gurindam Dua Belas menyentuh perihal ketuhanan, keagamaan, budi 
pekerti, kewajipan antara anak dan ibu bapa dan sebaliknya serta hidup 
bermasyarakat. 
Salah satu tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untuk 
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti 
mulia, mentaati dan menghormati ibu bapa serta banyak lagi. Berikut adalah berapa 
baris daripada petikan Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji. 
GURINDAM DUA BELAS 
... 
Jika hendak mengenal orang berbangsa, 
Lihat kepada budi dan bahasa, 
... 
Jika hendak mengenal orang yang berilmu, 
Bertanya dan belajar tiadalah jemu 
...
Apabila anak tidak dilatih, 
Ketika besar, bapanya letih. 
... 
Berdasarkan petikan tersebut, dengan cara mengenali atau 
mempelajari budi dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita akan bangsanya. 
Budi dan bahasa dalam baris ini bukan sahaja menyentuh pada sistem linguistik 
semata-mata tetapi merangkumi juga sistem budaya dan adat sesebuah bangsa. 
Cara kita menggunakan bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya dan 
taraf sosial kita dalam masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa 
melambangkan bangsa, bangsa melambangkan budaya.” Dari bangsa seseorang 
kita akan kenali bahasanya dan dari bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya. 
Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan 
bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan 
berhenti untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang 
dahagakan ilmu itu tidak akan pernah jemu untuk mencarinya walau sejauh 
manapun seperti hadits yang berbunyi, ‘menuntutlah ilmu sekalipun sejauh di negeri 
Cina’. 
Berdasarkan petikan di atas, Raja Ali Haji juga menyentuh tentang 
pendidikan anak-anak. Ianya merupakan nasihat kepada ibu bapa agar tidak 
mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil supaya tidak meletihkan 
atau menyusahkan kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak. Memang seharusnya, 
anak-anak dari kecillah yang perlu diasuh, dididik dan diberi teguran akan tingkah 
lakunya agar sentiasa berkelakuan baik dan berbudi bahasa. Jika tidak dilentur
buluh dari rebungnya, atau dari kecil lagi, maka ketika dewasa, segala tingkah laku 
dan peribadi seseorang itu sukar diubah dan diperbaiki. 
PROSA MELAYU TRADISIONAL 
Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. 
Sastera rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan 
oleh tukang-tukang cerita pada waktu malam untuk menghilangkan penat selepas 
bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan nama, penglipur lara. 
Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi dengan alat muzik tertentu (ms 92), ciri 
umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana, mengenai putera-putera raja yang 
tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri raja yang cantik jelita tiada 
bandingannya seperti dalam contoh Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik 
Tunggal di mana watak-wataknya berpusat kepada anak-anak raja. Cerita-cerita 
penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana 
masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang 
amat ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. 
Justeru itu, rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh 
kepada unsur-unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. 
Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan 
percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan-peperangan yang terpaksa 
dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan. 
Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. 
Cerita-cerita teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk 
prosa. Cerita-cerita ini bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan 
peraturan kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran agama. (Arba’ie et al,2008
hlm 104) Jika cerita penglipur lara berkisar kepada anak-anak raja, cerita teladan ini 
pula lazimnya terdiri daripada manusia biasa. Kebanyakannya berlatar belakangkan 
dunia nyata dan menggunakan gaya pertuturan seharian. Di samping memberikan 
didikan moral , cerita teladan ini lazimnya memberikan kesan yang mendalam di jiwa 
kanak-kanak. 
Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang, Batu Belah 
Batu Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah. Ajaran utama dalam 
cerita-cerita teladan ini ialah balasan baik terhadap setiap kebaikan dan sebaliknya 
seperti mana yang dapat kita lihat dalam cerita Si Tanggang. Tanggang adalah 
seorang anak yang tidak mengenang jasa ibunya dan durhaka. Bukan sahaja 
Tanggang tidak mengakui ibunya, dia juga telah menolak ibunya hingga jatuh ketika 
ibunya berjumpa dengan Tanggang. Anak durhaka dan biadap terhadap ibunya ini 
telah akhirnya disumpah menjadi batu. Satu pengajaran yang cukup meninggalkan 
kesan betapa mabrurnya doa seorang ibu dan balasan yang setimpal yang diterima 
oleh seorang anak yang durhaka. 
Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam cerita Batu Belah Batu 
Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh batu belah kerana kecewa dengan 
perbuatan anaknya yang tidak meninggalkan walaupun secebis telur ikan tembakul. 
Kekecewaan itu telah mengakibatkan ibunya berlari menyerah diri agar ditelan oleh 
batu belah. 
Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan oleh 
para sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yang 
mengaitkan sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupan manusia. 
Antara fungsi utama terhasilnya sesebuah karya oleh seorang pengarang ialah
dengan tujuan didaktik atau pengajaran kepada masyarakatnya. Dalam hubungan ini 
Usman Awang berpendapat bahawa sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk 
tujuan keseronokan sahaja tetapi juga mengungkapkan gagasan dan pemikiran 
pengarangnya. Ini juga ditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan 
bahawa sastera adalah rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya 
merupakan satu refleksi kehidupan yang diterjemahkan secara halus dan berhemah 
oleh pengarangnya. 
Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan 
masyarakatnya. Dalam Sejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup 
memenuhi tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untuk 
memperisterikannya. Tuntutan Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hati nyamuk, 7 
dulang hati kuman, jambatan emas dan istana di puncak gunung Ledang dan 
semangkuk darah Raja Muda. Segala permintaan Puteri Gunung Ledang dapat 
dilaksanakan oleh Sultan walaupun ianya bermakna mengorbankan rakyat jelata. 
Hanya semangkuk darah Raja Muda yang memisahkan Sultan Melaka daripada 
mencapai hasrat hatinya. Ini kerana semua yang terlaksana atau yang dapat 
dipersembahkan merupakan hasil penat lelah rakyat . Manakala, untuk mengambil 
semangkuk darah Raja Muda, adalah satu pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan 
oleh Sultan Melaka sendiri. 
Peristiwa ini juga memberikan gambaran kehidupan masyarakat pada 
waktu itu yang terikat dengan kepercayaan, adat dan tradisi selain memperlihatkan 
sejauh mana ketaatan rakyat terhadap raja yang disembah. Sultan Melaka 
mengenepikan belas ihsannya terhadap masyarakatnya demi mencapai 
keinginannya memperisterikan Puteri Gunung Ledang. Peristiwa ini juga
memperlihatkan pengabdian rakyat kepada seorang raja sewaktu dikerahkan 
membina jejambat emas dari puncak Gunung Ledang. 
RUMUSAN 
Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat 
dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. 
Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya 
sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan 
ciri-ciri khususnya. 
Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan 
membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur 
dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam 
kehidupan masyarakat. 
 Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press 
Sdn Bhd. 
 Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa dan Pustaka 
 Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan 
Bahasa dan Pustaka 
http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html 
Menurut Profesor Ismail Hussein; 
kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala 
kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak 
bercetak.
Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita 
bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu 
wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk 
dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan 
kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang 
utama iaitu: 
1. Kesusasteraan Lisan 
2. Kesusasteraan Tulisan 
Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan 
masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani 
dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di 
pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut 
sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya 
buta huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya 
kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati 
begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan 
atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil 
keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai 
kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. 
Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan 
rakyat. 
Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang 
Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang 
awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah 
pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang 
Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau 
bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya 
pupus.
Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu 
lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama 
Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang 
lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang 
Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan 
dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini 
mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. 
Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana 
sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah 
lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang 
menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan 
semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud. 
Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan 
satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal 
kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah 
himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang 
menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, 
jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara 
Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv). 
Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh 
Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk 
kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti : 
1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama 
masyarakat 
2. Hasil karya bersifat feudal 
3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak 
4. Dihasilkan sebelum 1800. 
5. Bersifat fungsional 
6. Pelbagai genre 
7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak 
dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu. 
8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini
9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat 
yang mewarisinya. 
10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap 
11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai 
struktur formal yang terikat. 
12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak 
memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre 
Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya 
kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak 
manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya 
mesin cetak. Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan 
masyarakat awal yang masih lagi primitif dan mengamalkan 
kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan 
kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan 
kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. 
Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia 
serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya kesusasteraan 
hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti 
Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, ternyata 
kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia 
sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan 
lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil 
kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. 
Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 
1800, karya kesusasteraan pun bertukar wajah daripada 
tradisional kepada moden. 
Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh 
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan 
bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis 
atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan 
bawahan seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai 
kesusasteraan rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah
ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem 
tulisan dalam sesebuah masyarakat itu 
Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai 
Kesusasteraan Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 
1. Para pelajar perlu mengetahui, membaca dan memahami 
SUKATAN PELAJARAN Kesusasteraan Melayu 922 yang 
boleh dimuat turun dari laman web Majlis Peperiksaan 
Malaysia (MPM). Secara umum Kesusasteraan Melayu 
peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1 
adalah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 adalah 
Kesusasteraan Melayu Moden. Para pelajar boleh mengetahui 
dengan lebih lanjut tentang kertas dua melalui beberapa blog 
dan web yang sedia ada di internet. Seperti yang telah 
dijelaskan sebelum ini blog ini hanya akan memfokuskan 
kepada Kertas 1. 
Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh 
MPM) soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 
1 terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. 
Pembahagian kertas 1 ditunjukkan melalui keterangan di 
bawah: 
BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU 
TRADISIONAL 
BAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS

Contenu connexe

Tendances

TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
fitri norlida
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
pikaosman
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Pensil Dan Pemadam
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pensil Dan Pemadam
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
xiaomei1029
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
MohdRainie
 

Tendances (20)

TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
Assgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sasteraAssgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sastera
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan MalaysiaSejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan Melayu
 

En vedette (9)

Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
Kaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikanKaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikan
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 

Similaire à Kerja kursus kesusasteraan melayu

Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayuKesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Jessyca Ungat
 
hakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisihakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisi
rizka_pratiwi
 
Kajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newKajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta new
Nancy Rothstein
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file http
Syawiril Syawiril
 

Similaire à Kerja kursus kesusasteraan melayu (20)

Hbml4203
Hbml4203Hbml4203
Hbml4203
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sastera
 
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayuKesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
 
Bahas indonesia
Bahas indonesiaBahas indonesia
Bahas indonesia
 
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYUKESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
 
hakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisihakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisi
 
kajian stilistika
kajian stilistika kajian stilistika
kajian stilistika
 
Kajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newKajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta new
 
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanKonsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
 
Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140
 
Materi teori sastra
Materi teori sastraMateri teori sastra
Materi teori sastra
 
Ilmu budaya dasar
Ilmu budaya dasarIlmu budaya dasar
Ilmu budaya dasar
 
Sastera
SasteraSastera
Sastera
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file http
 
Kritik sastra
Kritik sastraKritik sastra
Kritik sastra
 
Seni budaya lokal islam indonesia
Seni budaya lokal islam indonesiaSeni budaya lokal islam indonesia
Seni budaya lokal islam indonesia
 
Analisis PUISI
Analisis PUISIAnalisis PUISI
Analisis PUISI
 
Konsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam Kesusastraan
Konsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam KesusastraanKonsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam Kesusastraan
Konsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam Kesusastraan
 
Makalah tentangsastra
Makalah tentangsastraMakalah tentangsastra
Makalah tentangsastra
 

Kerja kursus kesusasteraan melayu

  • 1. PENGENALAN Kesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya Dan ciptaan seni yang diperoleh dalam kalangan masyarakat . Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, dalam upacara perkahwinan, tetamu yang hadir dapat menyaksikan satu adengan yang menarik dengan menggunakan bahasa yang menarik dan indah semasa wakil keluarga pengantin kedua-dua belah pihak berbicara. Mereka saling berbalas pantun untuk menyampaikan hajat masing-masing. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), perkembangan pesat yang berlaku mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh hal yang demikian, maka sastera telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf dalam masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan dimiliki bersama telah berubah menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak cipta tersendiri. Pada masa kini, perhubungan antara sastera dengan kehidupan sering dibincangkan. Sastera sebagai salah satu bidang kesenian dilihat berfungsi bagi memperjelas, memperdalam serta memperkaya penghayatan manusia dalam kehidupan seharian. KONSEP KESUSASTERAAN Pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan. Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan bermaksud semua bentuk karya bernilai seni dan berguna. Menurut pandangan Hashim Awang ( 1984 ), kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif.
  • 2. Menurut Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya. Menurut Syed Ali Ashraf (1989) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Ali Ahmad (1994) menerangkan makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera. Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.
  • 3. Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997) yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Menurut Harun Mat Piah ( 2006 ), kesusasteraan membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran. Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang mana medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa. Kesusasteraan menurut kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang terkandung ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Berdasarkan kepada etimologi, kesusasteraan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu ‘sastra’ yang berereti karya ( lisan/ bertulis ) atau buku. Awalan –su pula bermaksud baik, indah, cantik, seni dan berguna.Imbuhan ke- dan –an membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetik. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa sastera merupakan seni bahasa. Sastera adalah ekspresi fikiran iaitu idea-idea , pandangan, perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental manusia yang menggunakan bahasa sebagai perantara. Garapan ini seterusnya diserlahkan dalam sesebuah karya tulisan yang indah. Di samping itu, sastera juga dapat memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dihasilkan dalam bentuk yang begitu mempersonakan. Berdasarkan apa yang telah dihuraikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dalam sastera terkandung beberapa unsur yang saling berkait. Antara unsur-unsur tersebut ialah: a) Isi kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dan sebagainya. b) Menjadikan bahasa sebagai sebagai medium pengungkapan bentuk sastera. Bahasa merupakan bahan penting bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.
  • 4. c) Ekspresi dan ungkapan – ekspresi ialah keupayaan untuk mengeluarkan sesuatu dalam diri manusia. Sekiranya seseorang itu mempunyai pengalaman yang hebat, fikiran yang cemerlang, perasaan yang mendalam dan keyakinan yang tinggi, tetapi selagi dia tidak mampu mengekspresikannya keluar dari dalam dirinya, maka tentu tidak akan diterima dan diketahui oleh orang lain. d) Bentuk – unsur isi dan diri manusia dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk. Jika tiada bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua perkara tadi dapat disampaikan kepada orang lain. Bentuk pengungkapan sastera bermacam ragamnya seperti ungkapan dalam bentuk suara yang disertai dengan bunyi-bunyian. Kemudiannya terjelmalah pelbagai bentuk seni sastera seperti seni tari, seni rupa, seni muzik dan sebagainya. Bentuk dalam seni itu sendiri menggunakan istilah sebagai bentuk yang indah, mempesonakan, mengasyikkan, menyenangkan dan menarik. Menurut Arba’ie ( 2008), secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut: S – Seni bahasa yang indah A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang T – Tersurat & tersirat E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa R – Realiti kehidupan A – Alternatif Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga. Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi
  • 5. bersama oleh pembaca. Menurut Arba’ie (2008) Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya. Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti mereka. Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami oleh pembaca. Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan kekosongan. Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan. Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah karya itu. Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan secara halus dan berhemah. Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat.
  • 6. CIRI-CIRI KESUSASTERAAN Kesusasteraan dilihat berbeza dengan ciptaan seni yang lain. Hal ini disebabkan ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai pengantara. Menerusi bahasa, keindahan garapan kesusasteraan dapat dirasai oleh pembaca atau pendengar. Menerusi bahasa, pengkarya dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang ingin dicurahkan. Sesebuah hasil karya kesusasteraan tidak akan dianggap bermutu sekiranya pengkaryanya gagal menggunakan bahasa yang indah di samping memaparkan unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan kreativiti. Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif. Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan keramat.
  • 7. KATEGORI KESUSASTERAAN MELAYU Dalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arba’ie et al,2008 hlm 8) Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional dan moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi. Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang tersenarai: Prosa Puisi Sastera Rakyat Pantun Sastera Pengaruh Hindu Syair Sastera Zaman Peralihan Peribahasa Sastera Pengaruh Islam Teromba Sastera Panji Talibun Sastera Ketatanegaraan Nyanyian Kanak-kanak Sastera Undang-undang Jampi Mentera Sastera Saduran Gurindam Zikir Cerita Berbingkai Seloka, Kit’ahMasnawi Manakala bagi kategori Sastera Moden, genre prosa dan puisi moden pula adalah seperti berikut: Prosa Puisi Cerpen Sajak Novel Drama Walaupun kedua-dua sastera tradisional dan moden mempunyai genre prosa dan puisi, namun, ciri-ciri khusus akan dibincangkan selanjutnya untuk membandingkan sastera tradisional dan moden. PUISI MELAYU TRADISIONAL
  • 8. Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa.(Arba’ie et al,2008 hlm 9) Pendapat yang sama juga diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai kata-kata terindah dalam susunan terindah. (Arba’ie et al,2008 hlm10) Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali Bachik (2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya dan melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi. Gurindam Dua Belas merupakan karya hasil karangan Raja Ali Haji yang termasyhur. Beliau merupakan seorang sasterawan negara dari Pulau Penyegat, Riau, Indonesia. Gurindam Dua Belas menyentuh perihal ketuhanan, keagamaan, budi pekerti, kewajipan antara anak dan ibu bapa dan sebaliknya serta hidup bermasyarakat. Salah satu tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti mulia, mentaati dan menghormati ibu bapa serta banyak lagi. Berikut adalah berapa baris daripada petikan Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji. GURINDAM DUA BELAS ... Jika hendak mengenal orang berbangsa, Lihat kepada budi dan bahasa, ... Jika hendak mengenal orang yang berilmu, Bertanya dan belajar tiadalah jemu ...
  • 9. Apabila anak tidak dilatih, Ketika besar, bapanya letih. ... Berdasarkan petikan tersebut, dengan cara mengenali atau mempelajari budi dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita akan bangsanya. Budi dan bahasa dalam baris ini bukan sahaja menyentuh pada sistem linguistik semata-mata tetapi merangkumi juga sistem budaya dan adat sesebuah bangsa. Cara kita menggunakan bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya dan taraf sosial kita dalam masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa melambangkan bangsa, bangsa melambangkan budaya.” Dari bangsa seseorang kita akan kenali bahasanya dan dari bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya. Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan berhenti untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang dahagakan ilmu itu tidak akan pernah jemu untuk mencarinya walau sejauh manapun seperti hadits yang berbunyi, ‘menuntutlah ilmu sekalipun sejauh di negeri Cina’. Berdasarkan petikan di atas, Raja Ali Haji juga menyentuh tentang pendidikan anak-anak. Ianya merupakan nasihat kepada ibu bapa agar tidak mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil supaya tidak meletihkan atau menyusahkan kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak. Memang seharusnya, anak-anak dari kecillah yang perlu diasuh, dididik dan diberi teguran akan tingkah lakunya agar sentiasa berkelakuan baik dan berbudi bahasa. Jika tidak dilentur
  • 10. buluh dari rebungnya, atau dari kecil lagi, maka ketika dewasa, segala tingkah laku dan peribadi seseorang itu sukar diubah dan diperbaiki. PROSA MELAYU TRADISIONAL Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh tukang-tukang cerita pada waktu malam untuk menghilangkan penat selepas bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan nama, penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi dengan alat muzik tertentu (ms 92), ciri umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana, mengenai putera-putera raja yang tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri raja yang cantik jelita tiada bandingannya seperti dalam contoh Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal di mana watak-wataknya berpusat kepada anak-anak raja. Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu, rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada unsur-unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan-peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan. Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. Cerita-cerita teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa. Cerita-cerita ini bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran agama. (Arba’ie et al,2008
  • 11. hlm 104) Jika cerita penglipur lara berkisar kepada anak-anak raja, cerita teladan ini pula lazimnya terdiri daripada manusia biasa. Kebanyakannya berlatar belakangkan dunia nyata dan menggunakan gaya pertuturan seharian. Di samping memberikan didikan moral , cerita teladan ini lazimnya memberikan kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak. Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah. Ajaran utama dalam cerita-cerita teladan ini ialah balasan baik terhadap setiap kebaikan dan sebaliknya seperti mana yang dapat kita lihat dalam cerita Si Tanggang. Tanggang adalah seorang anak yang tidak mengenang jasa ibunya dan durhaka. Bukan sahaja Tanggang tidak mengakui ibunya, dia juga telah menolak ibunya hingga jatuh ketika ibunya berjumpa dengan Tanggang. Anak durhaka dan biadap terhadap ibunya ini telah akhirnya disumpah menjadi batu. Satu pengajaran yang cukup meninggalkan kesan betapa mabrurnya doa seorang ibu dan balasan yang setimpal yang diterima oleh seorang anak yang durhaka. Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh batu belah kerana kecewa dengan perbuatan anaknya yang tidak meninggalkan walaupun secebis telur ikan tembakul. Kekecewaan itu telah mengakibatkan ibunya berlari menyerah diri agar ditelan oleh batu belah. Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan oleh para sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yang mengaitkan sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupan manusia. Antara fungsi utama terhasilnya sesebuah karya oleh seorang pengarang ialah
  • 12. dengan tujuan didaktik atau pengajaran kepada masyarakatnya. Dalam hubungan ini Usman Awang berpendapat bahawa sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk tujuan keseronokan sahaja tetapi juga mengungkapkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Ini juga ditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan bahawa sastera adalah rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya merupakan satu refleksi kehidupan yang diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh pengarangnya. Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakatnya. Dalam Sejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup memenuhi tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untuk memperisterikannya. Tuntutan Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas dan istana di puncak gunung Ledang dan semangkuk darah Raja Muda. Segala permintaan Puteri Gunung Ledang dapat dilaksanakan oleh Sultan walaupun ianya bermakna mengorbankan rakyat jelata. Hanya semangkuk darah Raja Muda yang memisahkan Sultan Melaka daripada mencapai hasrat hatinya. Ini kerana semua yang terlaksana atau yang dapat dipersembahkan merupakan hasil penat lelah rakyat . Manakala, untuk mengambil semangkuk darah Raja Muda, adalah satu pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan oleh Sultan Melaka sendiri. Peristiwa ini juga memberikan gambaran kehidupan masyarakat pada waktu itu yang terikat dengan kepercayaan, adat dan tradisi selain memperlihatkan sejauh mana ketaatan rakyat terhadap raja yang disembah. Sultan Melaka mengenepikan belas ihsannya terhadap masyarakatnya demi mencapai keinginannya memperisterikan Puteri Gunung Ledang. Peristiwa ini juga
  • 13. memperlihatkan pengabdian rakyat kepada seorang raja sewaktu dikerahkan membina jejambat emas dari puncak Gunung Ledang. RUMUSAN Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya. Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.  Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn Bhd.  Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka  Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html Menurut Profesor Ismail Hussein; kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.
  • 14. Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu: 1. Kesusasteraan Lisan 2. Kesusasteraan Tulisan Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat. Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.
  • 15. Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud. Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv). Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti : 1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat 2. Hasil karya bersifat feudal 3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak 4. Dihasilkan sebelum 1800. 5. Bersifat fungsional 6. Pelbagai genre 7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu. 8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini
  • 16. 9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya. 10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap 11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat. 12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak. Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal yang masih lagi primitif dan mengamalkan kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, ternyata kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar wajah daripada tradisional kepada moden. Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah
  • 17. ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem tulisan dalam sesebuah masyarakat itu Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 1. Para pelajar perlu mengetahui, membaca dan memahami SUKATAN PELAJARAN Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh dimuat turun dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Secara umum Kesusasteraan Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1 adalah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 adalah Kesusasteraan Melayu Moden. Para pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kertas dua melalui beberapa blog dan web yang sedia ada di internet. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini blog ini hanya akan memfokuskan kepada Kertas 1. Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh MPM) soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Pembahagian kertas 1 ditunjukkan melalui keterangan di bawah: BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL BAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS